|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
MENGAJAR ILMU SEBARKAN JATIDIRI

Ketika cendikiawan islam menterjemahkan ilmu-ilmu greek dan yunani,semestinya cendikiawan islam mempelajari dan menguasai bahasa greek dan yunani.Usaha penguasaan bahasa asing sememangnya perlu untuk memindahkan ilmu dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain.NAMUN,para cendikiawan yang menyelidik dan mengkaji ilmu itu tidak pula membukukan ilmu yang mereka susun dan jumpai dalam bahasa greek atau yunani semula.Dan apabila mengajarkan ilmu-ilmu itu tidak pula diajarkan dalam bahasa greek dan yunani tetapi cendikiawan islam menggunakan bahasa arab atau bahasa suku kaum mereka ketika itu untuk mengajarkan anak bangsa mereka.

Orang-orang Eropah yang mengambil ilmu dari tamadun islam juga menguasai bahasa asing iaitu bahasa Arab bagi membolehkan mereka mendalami ilmu yang disampaikan. Tetapi selepas itu tidak pula mereka menulis buku dalam bahasa arab atau mengajar anak bangsa mereka dengan bahasa arab.

Orang-orang jepun semasa pemerintahan Meiji juga membenarkan ilmu dan teknologi luar dibawa masuk ke jepun.Segolongan rakyat jepun dihantar keluar negara ke negara barat,belajar bahasa mereka dan kutip ilmu dan bawa balik ke jepun.Ketika para saintis jepun yang telah dididik dari dunia barat menulis kajian dan penyelidikan mereka tidak pula mereka tulis dalam bahasa inggeris tetapi mereka tulis dan ajarkan anak bangsa mereka dalam bahasa jepun.

Hanya mereka yang cuba berselindung dari kebenaran sahaja yang akan tidak bersetuju akan perihal ini.Mengutip ilmu dari bangsa asing itu satu konteks yang lain,dan menyebarkan ilmu dan mengajarkan kepada anak bangsa itu suatu konteks dan cerita yang lain pula.mengajarkan ilmu bukan sekadar ilmu yang disebar,tetapi nilai yang ada di dalam ilmu itu.Orang jepun memasukkan nilai untuk percaya bahawa bangsa jepun adalah kuat dan berani.Orang barat menyertakan nilai percaya bahawa manusia itu tuan kepada dunia dalam ilmunya. Dan orang Arab menyertakan nilai islam,nilai iman,dan nilai taqwa dalam ilmunya.

Islam Hadhari adalah pendekatan yang diumumkan kerajaan di bawah pimpinan pak lah. Pak Lah sendiri menyebut dengan terang bahawa tamadun yang ingin dibina dari pendekatan Islam Hadhari bukanlah merujuk kepada tamadun barat tetapi merujuk kepada tamadun islam yang gemilang ketika zaman ilmu di dunia ini dipegang oleh umat islam.

Adakah usaha pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris ini sama semangat dan nilainya yang terkandung dalam zaman kegemilangan islam.

Seperti yang dihuraikan oleh penulis di awal bab bahawa zaman kegemilangan islam itu yang diterap bukan soal ilmu dan kepakaran untuk bina tamadun material seperti tamadun barat. Yang dilakukan oleh cendikiawan islam ke atas naskhah ilmu greek dan yunani adalah mengutip ilmu Allah yang disalah guna oleh suatu kaum yang kufur untuk ditiupkan roh ilmu sebenar yang berteraskan wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah dengan harapan dan matlamat agar ilmu itu akan melahirkan golongan berilmu yang mulia di sisi Allah.

Jika umat islam di malaysia itu menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pertuturan dan menyebarkan ilmu islam,kitab-kitab karangan ulama juga majoriti berbahasa Cina,dan khutbah jumaat,kuliah agama dan sebagainya menjadikan bahasa Cina sebagai bahasa ilmu islam,maka penulis tidak teragak-agak untuk berjuang menjadikan bahasa Cina sebagai Bahasa rasmi Malaysia dan akan bersegera mendesak kerajaan melaksanakan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Cina.

Begitu juga jika bahasa Tamil itu bahasa pertuturan orang islam di malaysia,kitab-kitab karangan ulamanya berbahasa Tamil,khutbah jumaat,kuliah agama semuanya berbahasa Tamil,maka perkara yang sama juga akan penulis perjuangkan.

Dan kini,bahasa melayu adalah bahasa pertuturan majoriti umat islam di malaysia.Kitab-kitab karangan ulama melayu juga kebanyakannya berbahasa melayu,khutbah jumaat dan kuliah agama juga begitu.Dan bahasa rasmi negara sudahpun meletakkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi,dan kita bersyukur atas usaha pejuang terdahulu yang berusaha akan perkara itu,dan kini mengapakah setelah penat dan lelah para pejuang kita berusaha memperluaskan perbendaharaan bahasa melayu untuk diletakkan setanding dengan bahasa ilmu yang lain telah dimansuhkan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa melayu?

Tidakkah kita melangkah ke belakang dalam memartabatkan bahasa melayu? Dan lebih penting melangkah ke belakang dalam usaha meniupkan roh ilmu ke dalam bidang-bidang ilmu dalam sistem pendidikan kita kerana apabila bahasa inggeris menjadi bahasa pengantarnya maka rujukan bagi mendalami bidang sains dan matematik tentu sekali dari buku-buku inggeris. Tidak tahukah anda apa yang telah dibuat oleh para cendikiawan barat terhadap ilmu sains dan matematik yang dikutip oleh mereka dari tamadun islam itu? mereka telah MENGHILANGKAN ROH ILMU!

0 komentar: