|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Pada pagi 24 November 2006,wartawan MFR Production sempat ke kediaman MFR di Toyama shi Gofuku Ebanteru Aoyama bilik nombor 27, dilaporkan bahawa mereka melihat MFR baru sahaja pulang dari menghantar surat khabar dengan motosikalnya. Wartawan MFR Production tanpa segan silu sempat bertemu MFR untuk diadakan sesi temubual.Setelah MFR bersetuju,temubual pun diadakan.

Assalamualaikum,saudara MFR.Maaflah mengganggu pagi-pagi begini.

MFR:waalaikumsalam.ohh tak ape. yang bayar gaji kamu,saya juga. hahaha.

hahaha.astaghfirullah al adzim.

MFR:astaghfirullah al adzim.

baiklah,saudara. kita terus ke soalan pertamalah ya. Sebenarnya siapa saudara ini?

MFR: saya bukan sesiapa. saya penghantar surat khabar saja. haha.

cis cis.ok-ok. tolong serius sikit,saudara. banyak soalan nak ditanya ni.boleh saudara ceritakan apa tujuan saudara berkarya di ruang internet ini? kalau dulu, saudara pernah ada alhikmah-diari,alhikmah-karya,alhikmah-circle dan alhikmah comics yang saudara gelarkan sebagai rangkaian alhikmah.Dan sekarang,saudara menjenamakan semula alhikmah diari, kemudian hasilkan contengmfr.blogspot, ulas-mfr.blogspot, puisi-hamba.blogspot,dan cerpen-revolusi.blogspot.sebenarnya apa motif semua ini?

MFR: tak ada apa-apa motif. saya saja-saja bosan tak tau nak buat apa. haha.

tolong serius,saudara. tolong jawab soalan.

MFR:baiklah baiklah.semua itu adalah ruang untuk saya bermuhasabah dan berdakwah. saya bukan pendakwah yang baik sangat. jadi,saya cuba manfaatkan ruang yang ada,dan sedikit nikmat yang Allah beri untuk saya gunakan ke jalan yang baik. saya minat melukis dan menulis. daripada saya melukis sesuatu yang merapu dan menulis benda yang mengarut,adalah lebih baik saya curahkan minat saya itu ke ruang yang tersedia di depan mata.tapi perlu ditegaskan bahawa minat tak semestinya bakat.bakat tak semestinya hebat.semuanya lebih kepada usaha membentuk diri saya sendiri. kalau dulu orang tuduh dan kata bukan-bukan pada diri saya,maka adalah lebih baik saya memperbaiki diri supaya lebih mendatangkan manfaat buat diri saya dan semua. seboleh-bolehnya saya tidak mahu ada yang mendapat mudarat dari diri saya. itu saja.

saudara sebut tadi orang tuduh dan kata bukan-bukan,adakah ada cerita di sebalik itu?

MFR: memang ada. kisah silam lah.

boleh saudara cerita sedikit. mana tahu ada iktibar yang boleh dikongsi sama.

MFR:tak bolehlah cerita sedikit saja.haha. kena cerita banyak.

dahulu,semasa saya kecil,saya suka dengar orang-orang tua bersembang, bukan orang-orang tua yang asing tapi yang berada dalam keluarga dan susur galur keturunan saya sendiri. apabila saya dengar mereka bersembang,saya mula terfikir bahawa orang-orang tua ini patut menjadi contoh kerana mereka sembang perkara yang penting dan melibatkan isu-isu agama,bangsa dan negara.

jadi,saya tak mahu jadi macam kanak-kanak lain. saya mahu jadi kanak-kanak 'tua'.haha. bukan apa. sebab ada seorang tua itu berkata, bahawa setiap manusia akan mati tidak kira umur. jika Allah mahu kita mati muda maka kita akan mati muda. oleh itu,saya tak mahu mati dalam keadaan saya berfikiran keanak-anakan. saya mahu mati macam mana orang-orang tua mati. dengan keadaan memahami yang mana perkara penting dan mana tak penting.

ohh..jadi,apa kaitan dengan orang kata yang bukan-bukan pada saudara?

MFR: semuanya salah saya juga. saya terlampau nak cepat tua. masa saya umur 10 tahun,saya telah cuba masuk geng orang tua untuk sama-sama berkongsi pendapat. akhirnya mereka gelakkan saya,dan mereka suruh saya main jauh-jauh,jangan menyampuk orang tua bersembang.saya masa tu memang kanak-kanak. memang tak matang lagi walaupun hati mahu jadi matang dengan cepat. mereka,orang-orang tua kata saya budak kecik yang tak tahu apa-apa. Jadi, saya jadi marah. marah kat orang-orang tua.

wah,bahaya tu. itu sikap yang buruk. bukankah orang muda patut menghormati orang tua?

MFR: ya, itulah yang sebetulnya. tindakan saya itu satu dosa. tapi masa tu saya tak tahu. bolehlah kata diri saya jahil.walaupun saya marah kat orang-orang tua, tapi saya masih berdegil mahu memberi pendapat. tapi saya takut juga dengan ayah saya masa itu. ayah saya tentu sekali akan sebat saya kalau terus tak berakhlak dengan orang tua.

jadi,saya selalu diam. tak bercakap. dengar saja orang-orang tua bersembang dan apabila saya tak bersetuju dengan pandangan dan idea-idea orang tua itu ,maka saya sentiasa akan memberi pandangan saya yang kontra dalam hati saya.

akhirnya saya kumpul banyak idea-idea yang kontra dalam hati. saya jadi tak tahan. sejak itu,saya mula menulis pendapat dan idea saya dalam sebuah buku. buku itu saya buat sendiri. saya koyakkan semua kertas kosong dari buku-buku latihan garis satu yang dah tak guna,kemudian saya jahit kertas itu jadi sebuah buku yang tebal. nak beli buku bukan senang. duit belanja sekolah cukup-cukup untuk makan kat sekolah. kadang kala saya tak diberi duit belanja. alhamdulillah. saya bersyukur Allah jadikan saya anak keluarga yang susah. saya banyak belajar dari kesusahan untuk menjadi tabah.

hmm..kita abaikan dulu,kisah-kisah sentimental saudara.haha. jadi,apa idea yang saudara tuliskan dalam buku saudara itu? boleh cerita sedikit?

MFR: masa itu, saya berminat dengan isu orang melayu miskin,orang melayu yang kampung, orang melayu yang berpecah dan tak bersatu,dan pentingnya orang-orang melayu untuk kembali pada agama.

sebenarnya,itulah isu-isu yang diperbincangkan oleh orang-orang tua tersebut.

Jadi,apa idea saudara yang kontra itu?

MFR: masa itu,saya tak timbang banyak perkara sangat. memang saya banyak mendengar dan membaca mengenai isu-isu tersebut,tapi idea saya ketika itu tidak menyeluruh.tidak konkrit.

contohnya, isu melayu miskin,dengan pantas, saya tuliskan idea mengenai usaha melayu manfaatkan tanah mereka. untuk bercucuk tanam dan menternak haiwan. saya nampak pertanian dan penternakan boleh datangkan ekonomi yang besar.Pada saya,perniagaan yang terbaik adalah meniagakan hasil tanaman dan haiwan.

saya tengok,kat kampung-kampung banyak tanah terbiar. ada banyak semak samun. kadang-kadang masa saya bonceng motor dengan ayah saya,saya selalu tengok kat tepi-tepi jalan,banyak tanah yang tak dimanfaatkan. malaysia bukan negara besar. tapi malaysia masih banyak tanah yang boleh dimanfaatkan.

yang buat saya marah,adalah orang-orang tua dan muda yang melepak. kalau mereka ambil cangkul dan tanam biji buah mempelam contohnya atas tanah tempat mereka melepak itu, nescaya sudah ada pokok mempelam yang boleh menghasilkan buah mempelam untuk mereka. tapi mereka melepak bertahun-tahun. main gitar. minum kopi. hasilnya? sebiji buah mempelam pun tak mampu mereka beli. cis!

masa tu saya banyak kutuk orang melepak dalam tulisan saya.bagi saya ketika itu ialah penyelesaian bagi isu melayu miskin,adalah kuat bekerja. sebab guru-guru saya kat sekolah selalu kata,siapa yang bekerja keras,Allah akan beri rezeki. siapa yang malas, rezeki tak kan datang. itu yang guru-guru saya di sekolah rendah didik saya. idea-idea mereka juga saya kutip dan masukkan dalam tulisan saya bagi menyelesaikan masalah melayu miskin.

bagaimana pula dengan isu melayu kampung?

MFR:masa dulu,saya duduk kampung. kalau pekan pun,orang-orang melayu yang asal dari kampung juga yang tinggal di pekan-pekan itu.

dulu,masa saya kecil,saya pandang orang bandar itu canggih,orang kampung itu kolot. tapi bila dah besar sekarang,saya nampak orang bandar lebih kolot dari orang kampung.

cuma, memajukan kampung itu penting. cuma dulu masa saya kecik, saya sangkakan nak majukan kampung kena jadi bandar. oleh itu saya banyak tulis macam mana cara nak majukan kampung.

saya kadang-kadang bila terkenang balik tulisan saya dulu,ada kelakar juga. saya pernah tulis dalam buku saya itu, antara idea saya memajukan orang kampung adalah membangunkan industri kitar semula di kampung. dan antara langkah awal industri ini ialah mendidik pakcik-pakcik dan makcik-makcik tentang ilmu kitar semula.

dan saya pernah lakarkan peta kampung saya untuk diubah menjadi bandar. adalah bangunan-bangunan tertentu yang saya lukiskan. kadang kala melampau-lampau imaginasi saya,sampai nak buat lapangan terbang kecil di kampung saya,supaya orang luar negara boleh terus melancong ke kampung saya. tapi,mana kapal terbang boleh landing atas tanah yang sempit. masa tu saya kartun sangat.

ohh.lawak jugak ya saudara ini. jadi,apa pula idea pasal isu melayu berpecah?

MFR:ini isu paling saya minat. sebab isu ini bila orang-orang tua itu bersembang mesti panas. kadang kadang risau juga saya tengok. mereka macam nak bergaduh. mereka banyak cerita pasal politik.

oleh itu, pada saya ketika itu politik menjadi punca melayu tak bersatu. masa saya kecik saya cukup benci orang politik. sebab orang politiklah melayu tak bersatu.

saya banyak kali dengar orang UMNO ajak bersatu,malah lagu UMNO pun ada sebut bersatu,moto UMNO pun ada sebut bersatu. saya benci orang UMNO masa itu kerana mereka tak berusaha untuk bersatu dengan PAS.

pada masa awal-awal perbincangan orang tua itu banyak berkisar pasal PAS sebagai gerakan islam yang mulia. gerakan yang ikhlas berjuang kerana Allah. PAS sebagai kumpulan ulama.

oleh itu,saya rasa UMNO ini menolak islam.UMNO ajak bersatu,tapi patutnya UMNO pergilah jumpa orang PAS,cakap nak bersatu,tanak gaduh-gaduh.Sebab orang UMNO pun orang islam. Apa masalah untuk bersatu?

Masa itu saya fikirkan begitu.Sehinggalah satu masa saya mendengar ceramah orang PAS, mereka sebut,"lawan tetap lawan, sampai mati kita lawan UMNO! hancur UMNO!" sambil disertai gelak ketawa oleh hadirin. saya sedih waktu itu. rupa-rupanya ada orang PAS yang terhibur dengan perpecahan ini. saya cukup sedih waktu itu.

saya mendengar orang-orang tua PAS bersembang pula sejak itu. saya ingin tahu corak pemikiran mereka. sedih saya apabila salah seorang dari mereka mengatakan, "kafir orang-orang UMNO ini,tengoklah nanti, Allah turun bala atas UMNO".

rupa-rupanya agenda untuk bersatu dengan UMNO tak ada juga di dalam PAS pada pemikiran saya waktu itu.

Pada waktu itu, saya menganggap orang UMNO tak ingin bersatu dengan PAS dan hanya mahu PAS sertai UMNO. orang PAS juga tak mahu bersatu dengan UMNO,dan mahu orang UMNO sertai PAS.

jadi mereka berebut ahli untuk menjadi jaguh kesatuan. inilah beza pemikiran saya dengan mereka orang-orang tua itu. saya berpendapat parti dan jenama kesatuan itu tiada makna. pada saya melihat melayu bersatu itu lebih utama. sebab saya cukup yakin sehingga sekarang saya masih yakin, orang melayu akan gagah bila kita bernaung dalam kelompok yang sama. Jika membubarkan UMNO dan PAS itu mampu menyatukan orang melayu,maka saksikanlah saya orang pertama akan hancurkan tembok kepartian itu!

wahh.. ekstrim juga ya idea saudara ini. jadi, waktu itu,saudara tolak politik seratus peratus?

MFR: yaa.. waktu itu saya tolak politik seratus peratus. dalam kotak pemikiran saya waktu itu,saya malas nak berfikir pasal politik. waktu itupun politik malaysia agak stabil. Dalam UMNO sendiri waktu itu ada Dr Mahathir yang cekap memimpin malaysia,dan Anwar Ibrahim yang memperjuangkan islam. oleh itu,saya sebagai pengkagum mereka waktu itu,tidak kisah sangat pasal politik kerana yakin dua tokoh itu boleh bawa malaysia ke puncak jaya.Walaupun hakikatnya,saya tak suka budaya politik melayu malaysia,yang melihat parti macam agama. Orang UMNO pandang PAS macam orang agama lain. Bagitu juga PAS memandang UMNO macam penganut agama lain. Padahal mereka berbeza aliran politik sahaja,bukan agama. agama sama. malah mazhab juga majoriti sama iaitu mazhab syafie. Itu yang buat saya jadi marah dengan orang politik. sebab mereka abaikan teras dalam islam iaitu persaudaraan islam yang dibina Rasulullah. itulah pandangan saya ketika itu.

Jadi,apa yang saudara fokus dalam tulisan saudara selepas itu?

MFR: saya kutuk ramai orang politik secara umum. waktu itu,saya tak kaji politik malaysia secara serius lagi. saya banyak menumpukan idea-idea untuk membangunkan orang-orang melayu dan malaysia. saya banyak menumpukan kepada plan-plan ekonomi,contoh strategi-strategi nak menghapuskan monopoli bangsa bukan melayu dalam ekonomi dan memanfaatkan kekuatan orang melayu,seperti tanah dan sebagainya.

antara idea saya untuk malaysia ialah idea mengenai kemajuan sungai. saya tengok hari ini,sungai malaysia tak dimanfaatkan. saya terfikir suatu idea supaya mesti ada kegiatan ekonomi di sungai,seperti pasar sungai,restoran sungai,hotel sungai, jalan keretapi dalam sungai, perpustakaan dalam sungai,masjid sungai dan sebagainya. saya fikir,kalau suatu tanah semak samun akan dibersihkan untuk tujuan ekonomi,maka jika mahu membersihkan sungai mestilah menjadikan sungai tumpuan aktiviti ekonomi juga. itulah idea fantasi melampau saya yang dikira agak bernas juga oleh beberapa guru saya ketika saya tuliskan dalam kerja rumah karangan saya.

Hmm..jadi bagaimana pula dengan isu pentingnya melayu kembali pada agama?

MFR:saya suka baca buku agama sejak kecil. tapi saya masa kecik dulu bukan orang yang mahir agama. Saya malas solat ketika itu. solat fardu pun saya selalu tinggal. ayah dan mak pun tak tahu. masa tu kalau mak saya suruh mengaji muqaddam,saya akan baca gagap-gagap sampai nangis-nangis. begitulah jahilnya diri saya. tapi saya memang minat ilmu agama. cuma tak tahu kenapa,saya malas nak praktik agama.

saya skor dalam peperiksaan agama hampir dapat markah 100% setiap kali ujian. Tapi bila ustaz atau ustazah suruh baca teks jawi,saya yang paling bodoh sekali,baca pun gagap-gagap. kawan-kawan lain pun gelakkan. kalau baca ayat quran,lagilah gagap. padahal ada baris. tajwid pun lemah.

tapi yang kelakarnya bila soalan pasal tajwid,sayalah yang paling cepat menjawabnya. saya hafal saja hukum-hukum tajwid,tapi tak amalkan dalam bacaan al quran. begitulah sekularnya sikap saya ketika itu.

saya ada juga tulis pasal pentingnya melayu kembali pada agama. tapi waktu itu saya tak faham sangat mengenai jalan perjuangan islam. sehinggalah tahun 1998 ketika malaysia dilanda polemik politik dan krisis ekonomi. waktu itu saya mula nak memahami perjuangan islam. pada tahun 1999,Dr Tengku Asmadi yang berjaya membuka mata saya untuk memahami jalan perjuangan yang berteraskan islam dan punya matlamat yang jelas dalam hidup. Beliau banyak berjasa pada diri saya pada hari ini,pada cita-cita saya dan perjuangan saya. saya sentiasa mendoakan kebahagiaan beliau di dunia jua akhirat,sebab jasa beliau sukar untuk dibalas. terlalu besar pada diri saya. saya anggap beliau guru perjuangan hidup saya.

Bermakna ada idea saudara yang berubah setelah bertemu Dr Asmadi?

MFR: ya,boleh dikatakan begitu. saya mula menyemaikan sikap mengkaji dalam memahami suatu isu.

sebelumnya,saya hanya tulis idea tanpa betul-betul mengkaji dan menyiasat mengapa suatu isu itu timbul. tapi Dr Asmadi mengajar saya supaya teliti dalam merancang strategi.

Pada asasnya Dr asmadi mengajar kaedah cemerlang dalam peperiksaan,tapi saya mengorek falsafah dirinya,dan saya menyelami tunjuk ajarnya hingga saya nampak ada manfaat yang boleh diaplikasi secara lebih meluas dalam hidup.Bukan tertakluk kepada peperiksaan semata-mata.

setelah itu,banyak idea saya berubah dan diperkemaskan lagi. Sehingga tahun 2000, selepas melihat sendiri keputusan PMR saya hasil usaha saya mengaplikasi tunjuk ajar Dr Asmadi,saya berikrar dengan nama Allah,bahawa saya akan berjuang hingga mati untuk jadi pejuang agama Allah.

Dan pada tahun selepasnya, Allah berikan saya pengalaman yang amat berguna.

(bersambung).

-------------

0 komentar: