JADI,APA KAITAN DENGAN BAHASA MELAYU?
Untuk memahami apa kaitannya antara tujuan ilmu,ilmu dalam bahasa,dan peranan bahasa menyampaikan roh ilmu dengan isu BAHASA MELAYU pada hari ini,wajarlah kita terbang kembali ke zaman silam untuk melihat sejarah melayu semula.
melayu itu bangsanya samar-samar. dari mana asalnya,apa bahasanya, dan bagaimana yang dikatakan melayu itu juga tidak jelas.jika ada pembaca artikel ini yang tahu mengenai apa-apa kajian bangsa melayu maka mengapa tidak anda berkongsi dengan penulis dan pembaca yang lain? mengapa tidak?sila tulis diruang komen.
Namun penulis bawakanlah salah satu teori bangsa melayu yang menyebut bahawa bangsa melayu itu asalnya dari bangsa Austronesia di daerah Yunnan(awan selatan) di China.Penulis tidak pasti apakah bukti yang mengukuhkan dakwaan ini,adakah kerana faktor kulit atau wajah? Dan pada hari ini,penulis sendiri tidak pasti bagaimanakah wajah melayu yang dijadikan piawai.
Kemudiannya melayu yang datang dari Yunnan ini digelar sebagai Melayu proto dan telah berhijrah ke asia tenggara ketika zaman batu hingga terbentuklah masyarakat melayu asli di semenanjung Malaysia,dayak di sarawak,batak dan komering di sumatera.
Bahasa Austronesia (berarti "Kepulauan Selatan" dan berasal dari bahasa Latin austrālis yang berarti "selatan" dan bahasa Yunani nêsos yang berarti "pulau") iaitu bahasa bangsa Austronesia itu dikatakan luas penyebarannya di dunia dari Taiwan dan Hawaii di hujung utara sampai Selandia Baru (Aotearoa) di ujung selatan dan dari Madagaskar di hujung barat sampai Pulau Paskah (Rapanui) di hujung timur.
Antara bahasa yang terumpun dari bahasa bangsa Austronesia ini bolehlah dibahagikan kepada 2bahagian iaitu
1) Taiwanik
bahasa Atayalik
bahasa Tsouik
bahasa Paiwanik
bahasa Taiwanik Barat
bahasa Taiwanik yang terpengaruh bahasa Tionghoa
2) bahasa Melayu-Polinesia (terpecah pula 3 bahagian)
i)bahasa Melayu-Polinesia Barat
bahasa Borneo
bahasa Filipina Utara
bahasa Filipina Tengah
bahasa Filipina Selatan
bahasa Mindanao Selatan
bahasa Sama-Bajau
bahasa Sulawesi
bahasa Sundik
ii)bahasa Melayu-Polinesia Tengah
bahasa Bima-Sumba
bahasa Maluku Tengah
bahasa Maluku Tenggara
bahasa Timor-Flores
iii)bahasa Melayu-Polinesia Timur
bahasa Halmahera Selatan-Papua Barat-Laut
bahasa Oseania
Begitulah serba ringkas maklumat mengenai asal usul bangsa melayu dan bahasanya yang penulis kutip dari wikipedia.(penulis bukan pengkaji profesional).
Apa yang penulis ingin tonjolkan adalah berkenaan dengan kaitan bahasa melayu dengan bab yang sebelum ini.mengapakah bahasa melayu yang berasal dari bangsa austronesia yang tidak diketahui dengan jelas bagaimanakah corak bangsanya itu, dan adakah bangsa itu antara kaum yang diredhai atau dimurkai Allah s.w.t? adakah ada nabi atau rasul yang diutuskan pada bangsa itu? Juga tiada bukti-bukti yang dapat menjelaskan kita persoalan ini.
NAMUN,eloklah penulis membawa para pembaca tidak pergi terlampau jauh ke konteks dan skop yang berbeza kerana isu BAHASA MELAYU yang ingin dikupas oleh penulis ialah yang berada di MALAYSIA.
oleh itu, dari bangsa austronesia hingga melayu proto bertukar menjadi orang asli di semenanjung,sejarah melayu di malaysia itu tidak pula menumpukan kepada masyarakat orang asli.Dan kita semua tahu bahawa sejarah melayu di malaysia itu yang diajar kepada kita rakyat malaysia ialah yang bermula pada zaman kesultanan melayu melaka.
Kita pasti kenal parameswara.dari namanya sahaja kita tahu itu bukannya nama biasa orang islam.Dari sini kita mengenali bahawa yang dikatakan melayu itu pada asalnya ialah kaum yang beragama Hindu.Parameswara dikatakan putera sriwijaya yang pada asalnya mempunyai konflik dengan kerajaan majapahit telah membuka melaka pada tahun 1402,dan dikatakan menjadi sultan yang islam pada tahun 1414.
Melaka akhirnya muncul sebagai pelabuhan yang terkenal dan tempat berhimpun para saudagar dari seluruh dunia.Ramailah penduduk dari negara luar hidup dan tinggal di melaka.Banyak teori bagaimana kaum melayu semuanya boleh beragama islam di malaysia.Ada yang mendakwa keislaman sultan telah dijadikan isyarat supaya rakyat jelata juga memeluk agama islam.Ada pula yang mendakwa ketika Melaka muncul sebagai tempat jual beli yang terkenal,maka pedagang islam dari Arab telah datang dan melakukan dakwah secara langsung dan tidak langsung ke Melaka.Ada juga yang mendakwa ulama dari India yang datang,dan tidak lupa ulama dari tanah besar China.
Sultan melaka didakwa ada belajar agama dari para ulama juga.Ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa Melaka akhirnya muncul sebagai tapak penyebaran agama islam.Tentu sekali bahasa penyebaran itu ialah di dalam bahasa Melayu.
Di sinilah poin penting yang ingin penulis bawakan,iaitu bahasa melayu telah bertukar sebagai bahasa yang punya roh islam setelah bahasa itu digunakan sebagai medium penyebaran ilmu dan petunjuk Allah di zaman kegemilangan melaka.Kita harus sedar jua,Acheh dan beberapa kerajaan islam lain yang kecil juga tumbuh di sekitar nusantara dan ini mengukuhkan lagi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu islam di nusantara.
para ulama melayu yang alim lahir dengan ramainya dan sebahagian mereka memimpin masyarakat bukan sekadar mengajarkan ilmu agama,malah para ulama silam ada yang meguasai ilmu-ilmu dunia mirip zaman kegemilangan islam yang diceritakan oleh penulis sebelum ini.Dan ramai juga ulama-ulama Melayu pergi ke Mekah dan berguru dengan ulama-ulama besar di sana dan muncul sebagai ulama besar pula di sana.Dalam bidang agama ini sememangnya bahasa arab dikuasai oleh para ulama kita,tetapi ketika menulis kitab-kitab untuk bacaan dan dakwah orang ramai iaitu majoriti kaum melayu,mereka pastinya menulis dalam bahasa melayu.
antara contoh ulama melayu yang cukup disegani adalah datuk kepada perdana menteri malaysia pada hari ini,iaitu Sheikh Abdullah Fahim yang menguasai bidang agama dalam masa yang sama menguasai bidang ilmu falak sehingga diberikan penghormatan untuk menetapkan tarikh kemerdekaan malaya pada tahun 1957.
Setelah negara Malaysia ditubuhkan,kerajaan yang dipimpin UMNO cuba membawa perubahan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu untuk keluar dari kemiskinan dan ketinggalan dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan yang menjadi teras kepada institusi sosial sesuatu masyarakat.Kita tahu Dasar ekonomi Baru ditubuhkan dan pelbagai peluang buat orang Melayu dibuka lebih luas.
Sebelum itu di dalam perlembagaan Malaysia telah tercatat 3 perkara penting yang diadakan bagi memelihara hak-hak orang melayu sendiri iaitu:
1)keistimewaan orang melayu tidak boleh dipertikai
2)islam sebagai agama rasmi
3)bahasa melayu sebagai bahasa rasmi
Dasar pendidikan negara juga digubal dan perubahan demi perubahan berlaku sehingga akhirnya atas usaha para pejuang akademik melayu,pengistilahan sains dalam bahasa inggeris di zaman awal kemerdekaan berjaya ditukar kepada bahasa melayu secara berperingkat.Setelah hampir kepada kemuncak usaha memartabatkan bahasa melayu selari dengan kehendak perlembagaan yang mahu melihat bahasa melayu sebagai bahasa rasmi negara termasuklah dalam dasar mengajarkan apa jua subjek di sekolah dengan bahasa melayu akhirnya ranap.Negara mula kembali melihat ke belakang.Negara mula melangkah ke zaman awal kemerdekaan ketika belum ada usaha menterjemahkan istilah sains dalam bahasa inggeris ke bahasa melayu dibuat. Pendidikan negara mula pandang ke belakang. Bahasa Melayu telah digantikan dengan Bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik pada tahun 2003 dan dijanjikan akan terus kekal hingga 2008.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment