|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts



Kerana setiap bahasa ada pasangan tulisannya. Bahasa Inggeris dengan tulisan Inggeris. Bahasa Cina dengan tulisan Cina. Bahasa Tamil dengan tulisan Tamil. Bahasa Melayu? Mana tulisan Melayu untuk Bahasa Melayu? Tulisan Melayu adalah tulisan Jawi. Jawi adalah nama lain bagi Melayu.Memahami Jawi itu Melayu, baru kita faham tulisan Jawi yang selama ini kita ingat tulisan untuk orang Islam sahaja, rupa-rupanya ia adalah tulisan Melayu untuk Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan semua rakyat Malaysia. Ia disebut dalam Akta Bahasa Kebangsaan sendiri.

Walaupun kita syukur sewaktu akta ini dibentangkan ia masih mengekalkan fakta bahawa tulisan Melayu itu tulisan Jawi, tapi penetapan tulisan Rumi sebagai tulisan untuk Bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan merupakan titik tolak bagaimana semua salah faham ini bermula.

Ya, bermula dari semua ahli parlimen yang menyokong Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang menetapkan tulisan rumi sebagai tulisan bagi bahasa kebangsaan, walau tak melarang penggunaan tulisan melayu iaitu tulisan Jawi, rakyat jadi keliru apa status tulisan Jawi dalam negara Malaysia ini? Tulisan seni dan budaya saja? Tidak juga.

Lihat bagaimana pelaksanaan asal KBSR gagal untuk pelajaran tulisan jawi diajar dalam sillabus Bahasa Malaysia KBSR yang kemudian diubah diajar dalam Pendidikan Islam, untuk sekolah kebangsaan 30 minit, untuk sekolah jenis kebangsaan sisipan sahaja, boleh rujuk sukatan pelajaran KPM tahun 1982. Ia memberi fahaman bahawa tulisan Jawi wajar diajar kepada anak-anak orang Islam sahaja. Ia memberi persepsi tulisan Jawi sebagai tulisan 'agama'.

Klimaksnya saya kira ketika Konvensyen Tulisan Jawi 1984 menetapkan tulisan jawi diajar untuk Pendidikan Islam sahaja di seluruh negara mulai tahun 1985 menyebabkan rakyat Malaysia salah faham ingat tulisan jawi benar-benar urusan umat Islam sahaja dan hanya berkaitan ajaran Islam sahaja. Padahal hakikatnya ia adalah tulisan bagi Bahasa Melayu yang sudah diangkat sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia.

Sejak itulah tulisan jawi melalui zaman gelap. Tiada martabat dan status unggul. Lebih malang Bahasa Melayu sendiri diperleceh sebagai bukan bahasa ilmu yang baik walaupun sudah mengguna tulisan Rumi dan diusahakan penterjemahan banyak istilah ilmu ke dalam Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris juga yang diangkat. Itulah yang berlaku pada zaman PM4.

Naik PM5, J-QAF diperkenalkan untuk memantapkan pembelajaran tulisan jawi di kalangan pelajar yang sudah mula menurun. Naik PM6, khat diperkenalkan semula dalam sillabus Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

Naik PM7, pembelajaran khat ditentang di sekolah jenis kebangsaan. Semua kerana rakyat Malaysia sudah lupa, Bahasa Melayu guna tulisan Melayu yang dipanggil tulisan Jawi sepertimana Bahasa Inggeris guna tulisan Inggeris, Bahasa Cina guna tulisan Cina atau Bahasa Tamil guna tulisan Tamil. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Jawi itu Melayu, Melayu itu Jawi. Bahasa Melayu itu Bahasa Kebangsaan kita, tulisan Melayu itu wujud. Tulisan Rumi bukan tulisan Melayu. Tulisan Melayu adalah tulisan Jawi. Jangan lupa, rakyat Malaysia semua!

mfr studio



1. Ada orang bimbang bangsa bukan Melayu melompat apabila dapat tahu Jawi itu Melayu, lalu berasa prejudis ke atas pembelajaran tulisan jawi dalam sillabus Bahasa Melayu di sekolah. Seterusnya dikatakan tidak hikmah dalam rangka mempromosi tulisan jawi di kalangan bukan Melayu. Kata kunci di sini adalah melompat, prejudis dan hikmah.

2. Apabila belajar Bahasa Inggeris, mana-mana bangsa akan belajar sekali tulisan Inggeris, tiada siapa yang melompat, prejudis dan rasa tak hikmah. Apabila belajar Bahasa Cina, mana-mana bangsa akan belajar sekali tulisan Cina, tiada siapa yang melompat, prejudis dan rasa tak hikmah. Apabila belajar Bahasa Jepun, mana-mana bangsa akan belajar sekali tulisan Jepun, tiada siapa yang melompat, prejudis dan rasa tak hikmah. Apabila belajar Bahasa Melayu, mana-mana bangsa akan belajar sekali tulisan Melayu iaitu tulisan Jawi, rupa-rupanya ada yang bimbang ada yang akan melompat, prejudis dan rasa tak hikmah. Ini menghairankan.

3. Melompat, prejudis dan rasa tak hikmah pada tempat yang tidak sesuai adalah sebuah kebodohan yang nyata. Kebodohan ini berasal dari tidak tahu tulisan Jawi adalah tulisan Melayu bagi Bahasa Melayu, sepertimana tulisan Inggeris bagi Bahasa Inggeris, tulisan Cina bagi Bahasa Cina dan tulisan Jepun bagi Bahasa Jepun. Tidak tahu Jawi itu bukan merujuk tulisan saja, Jawi itu adalah Melayu. Tulisan Jawi adalah tulisan Melayu.

4. Setiap bahasa ada sistem tulisannya. Ada orang mendakwa tulisan asal bagi Bahasa Melayu bukan tulisan Jawi. Ada yang dakwa Rencong, Kawi, Pallava adalah tulisan asal Bahasa Melayu. Kata kunci di sini adalah Bahasa Melayu. Siapa Melayu itu? Padahal Rencong, Kawi, Pallava lebih dijumpai di Sumatera. Adakah Melayu hanya ada di Sumatera? Di Malaysia, Jawa dan Bugis juga dikira Melayu. Tahukah anda, Bahasa Jawa ada tulisan Jawa dan Bahasa Bugis ada tulisan Bugis. Jadi senang-senang anda dakwa Bahasa Melayu asalnya bertulisan Rencong, Kawi dan Pallava.

5. Melayu adalah sebuah institusi pelbagai bangsa serumpun dan etnik yang mendirikan budaya dan identiti di Tanah Melayu. Asal Melayu itu banyak teorinya. Melayu di Sumatera, Melayu di Borneo, Melayu di Riau dan Melayu di Malaysia itu berbeza definisinya. Malaysia telah menetapkan siapa Melayu dalam perlembagaannya. Bahasa Melayu itu juga sebuah institusi yang terbina seiring dengan pembentukan institusi bangsa Melayu. Begitulah juga tulisan Melayu bagi Bahasa Melayu. Diulang, tulisan Melayu bagi Bahasa Melayu. Tulisan Melayu itu wujud.

6. Dalam Akta Bahasa Kebangsaan sendiri menerangkan: "Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu,yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan." Diulang "tulisan Melayu,yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi". Diulang "tulisan Melayu,yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi". Melayu itu Jawi. Tulisan Melayu adalah tulisan Jawi. Tulisan Jawi adalah Tulisan Melayu. Belajar Bahasa Melayu, Belajar Tulisan Melayu iaitu Tulisan Jawi. Bukan Rencong, Kawi, Pallava, Jawa, Abugida, Lontara, Nagiri atau selainnya.

7. Mengapa tulisan Rumi diletakkan sebagai tulisan bagi bahasa kebangsaan? Itu kena tanya pembuat akta dan dasar tersebut. Bolehkah akta ini dipinda? Tentulah boleh! Itulah tujuan parlimen diadakan untuk dibincang pindaan demi pindaan demi membaiki akta dan dasar negara supaya menjadi lurus! Bahasa Melayu guna tulisan Rumi, lurus atau tidak? Rumi itu apa? Rumi itu Rom. Tulisan Melayu ada tak? Ada, tulisan Melayu adalah tulisan Jawi. Melayu itu Jawi. Jawi itu Melayu. Saya kata, Jawi itu Melayu. Kamus Dewan kata, Jawi itu Melayu. Akta pun mengesahkan tulisan Melayu adalah tulisan Jawi. Itu fakta. Anda rasa tak hikmah?

8. Negara ini banyak perkara perlu dibaiki. Bahasa Melayu gunalah tulisan Melayu, itu hikmah sebenar. Tulisan Rumi bukan tulisan Melayu. Saya taip dalam rumi kerana akta sekarang menetapkannya sebagai tulisan bahasa kebangsaan. Boleh ubah akta atau tidak? Soalan berulang, memang boleh ubah dan patut diubah!

9. Sebagaimana banyak lagi perkara patut diubah di Malaysia ini supaya negara ini bergerak dengan makna lurus dan jatidiri yang kukuh. Agama Persekutuan adalah Islam, tapi common law rujuk British, tak lurus. Boleh ubah tak common law? Tentu boleh. Civil Law Act 1956 sendiri menyatakan, 'common law of England' dan 'the rules of equity' seperti yang berkuatkuasa di England pada 7 April 1956 hendaklah dipakai, MELAINKAN JIKA IANYA DIDAPATI TIDAK SESUAI DENGAN KEADAAN DI SINI. Keadaan di Malaysia sudah berubah, ilmuwan, cerdik pandai syariah sudah ramai, infra perundangan syariah juga sudah mengukuh, common law paling sesuai di Malaysia adalah syariah itu sendiri.

10. Apa-apa pun tahniah pada semua yang menyumbang untuk mengembalikan martabat tulisan Melayu iaitu tulisan Jawi terutama pengenalan J-QAF dengan pengambilan guru-guru tambahan. Tahniah juga dasar kerajaan yang tidak berganjak memperkenalkan khat di sekolah vernakular. Jangan U-turn pula. Apa yang lebih penting adalah meletakkan kembali Bahasa Melayu dengan tulisan rasminya iaitu tulisan Melayu atau dikenali sebagai tulisan Jawi. Berusahalah perbaiki akta sedia ada. Solusinya masih sama, jadi Muslim Berwibawa memperjuangkan syariah dan undi Muslim Berwibawa memperjuangkan syariah.

mfr studio

p/s: Syeikh Abdul Samad al-Palembani al-Jawi, Syeikh Daud Abdullah al-Fatani al-Jawi, Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi dan ramai lagi guna nama al-Jawi merujuk pada tanah asal Melayu bukan pada sistem tulisan. Jawi merujuk pada sistem tulisan semata-mata adalah dusta lagi menyempitkan fakta! Berubatlah pada sesiapa yang menyebutnya!
Akidah muslim dalam politik adalah menegakkan hukum Allah dalam setiap urustadbir negara kerana perintah Allah wajib ditaati. Maksudnya, urus ekonomi patuh syariah, urus kesihatan patuh syariah, urus pendidikan patuh syariah, urus keselamatan patuh syariah, urus sosial seni budaya patuh syariah, urus perpaduan patuh syariah dan lain-lain.

Sebab itu dari sudut fiqh politik pula, apa-apa yang membuka jalan ke arah menegakkan syariah di Malaysia adalah berpahala dan apa-apa yang menutup, menghalang malah memusnahkan jalan ke arah menegakkan syariah di Malaysia adalah berdosa lagi keji.

Itulah akidah dan fiqh politik bagi Muslim di Malaysia. Hal ini tiada khilaf lagi di kalangan ulama kerana dalil-dalil yang menyokongnya adalah sahih.

Solusi yang dicadangkan tanpa boleh dibantah lagi adalah undi Muslim Berwibawa Memperjuangkan Syariah dan penuhkan parlimen lalu luluskan usul meminda perlembagaan untuk meletakkan syariah adalah rujukan tertinggi perlembagaan, semua undang-undang wajib patuh syariah. Kemudian dengan asas ini, kita baiki sistem di Malaysia untuk patuh syariah semuanya.

Bagi menjayakan perkara ini, usaha jadi muslim berwibawa dan undi hanya muslim berwibawa memperjuangkan syariah. Tuntas.

mfr studio
Ambillah iktibar akan apa yang Allah s.w.t tonjolkan pada kita akan perihal manusia-manusia tak bermoral yang berada di atas-atas kita rakyat marhaen.

Sekali moral kita buang dari hidup, bukan senang untuk kita dapat dakap, semat dan amal moral itu kembali. Sesiapa yang diberi peluang untuk taubat, walau telah bergelumang dengan dosa sekian lama, cepat-cepatlah syukuri peluang itu dengan taubat nasuha dan buang terus sikap tak bermoral kita dulu. Azam dan jalani hidup sebagai Muslim yang memperjuangkan syariat dalam diri dan masyarakat serta negara.

Jika kita sambil lewa, dibimbangi kita akan terus hanyut, sesat, tak temui jalan pulang dan Allah telanjangkan segala sikap tak bermoral kita terang-terangan sampai terlalu jelas terpancar buruknya kita di mata orang beriman, walau kita usaha menipu dengan pakaian luaran, try hard untuk nampak suci, sanggup anjur majlis ingat Tuhan walau kitalah orang sama yang joget macam beruk kelmarin, sebagai contoh untuk mudah faham. Itu contoh.

Moga Allah lindungi kita semua, ampunkan dosa-dosa kita, tunjuk kita jalan benar, bantu kita jadi Muslim Berwibawa dan undi Muslim Berwibawa Yang Memperjuangkan Syariat, ameen.

(Klik untuk saiz besar)

Dalam Islam, lelaki bergaya seperti wanita di khalayak adalah berkait dengan keselamatan awam, bukan dosa peribadi semata-mata. Mereka harus diasingkan dari masyarakat untuk ditarbiyah semula supaya dapat insaf dan bertaubat. Sebuah pusat dakwah dan tarbiyah untuk pengumpulan semua lelaki jenis ini di kalangan muslim perlu disegerakan sebagai satu solusi.

Mana-mana muslim di kalangan mereka seperti ini yang mengganggotai jawatankuasa rasmi lantikan kerajaan perlu dipulihkan dahulu sebelum dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik dan selari dengan tuntutan syariah.

Membiarkan mereka tanpa usaha pemulihan adalah satu kezaliman besar atas diri mereka secara khusus dan masyarakat serta negara secara umumnya. Model Malaysia akan disalah fahami tidak ikut syariah dengan kezaliman yang berlaku.

Model Malaysia perlu berteraskan maqasid syariah, perlu mematuhi syariah dalam mendepani isu ini sebagaimana saranan Nabi s.a.w. Model Malaysia yang bertentangan syariah adalah melawan usaha YDPA dalam memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan Malaysia. Tindakan tegas perlu diambil ke atas mana-mana pihak yang mengusahakan aktiviti melawan pelaksanaan syariah di Malaysia.

mfr studio

 (Klik untuk saiz besar)

Pada 27 Mac 2018 lalu, saya telah rumuskan bahawa solusi bagi akar masalah politik di Malaysia adalah mengangkat Al Quran dan Hadith menjadi rujukan agung dalam Perlembagaan. Solusi ini diberikan oleh Allah s.w.t pencipta manusia dan alam ini sendiri dalam An Nisa ayat 59. Ini kerana masalah utama politik Malaysia adalah perselisihan, tuduh menuduh, dakwaan hukum-hukum zalim yang berlangsung. Tiada solusi lain bagi akar masalah sebegini adalah dengan memuktamadkan konsep kesepakatan akan apa itu adil dan apa itu zalim dengan neraca dari Allah s.w.t dan Rasul s.a.w iaitu rujukannya, Al Quran dan Hadith sebagai rujukan agung dalam Perlembagaan, supaya jadi titik temu yang tidak boleh dipertikai.

Pelan tindakan menjayakannya adalah memenuhkan Parlimen dengan Muslim Berwibawa yang memperjuangkan syariat dengan mengangkat Al Quran dan Hadith dalam Perlembagaan sebagai rujukan yang tidak boleh dipertikai. Langkah menjayakan pelan tindakan adalah menjadi rakyat yang tidak bodoh, malas dan lembik dengan bersepakat memenangkan hanya calon Muslim Berwibawa memperjuangkan syariat supaya parlimen dipenuhi ahli yang akan menyokong Al Quran dan Hadith diangkat jadi rujukan agung Perlembagaan Malaysia. Mudah faham.Titik.

Namun, solusi ini hanya menyelesaikan akar masalah kepada sistem kepercayaan untuk jalan persepakatan. Ia umpama menyelesaikan reka bentuk sebuah enjin mesin, tapi ke mana enjin itu nak dibawa adalah persoalan selanjutnya. Di sinilah kita mampu meletakkan politik kepada institusi pendekatan dan bukan lagi institusi kepercayaan untuk menjadi titik permusuhan rakyat Malaysia.Dengan politik menjadi institusi pendekatan, ia berpaksikan idea. Idea mesti dijana. Idea mesti dimusyawarah. Idea mesti datang dari solusi akar masalah tadi iaitu rujukan Al Quran dan Hadith, dari Allah dan Rasul, bersatu dan bersepakat pada tujuan syariah atau maqasidnya.

Bagaimana menjamin idea boleh dilimpahkan? Bagaimana menjamin idea yang dijana datang dari semangat menyelesaikan masalah atau sebuah solusi? Bagaimana menjamin solusi yang dijana datang dari petunjuk Allah dan Rasul? Itu hanya dapat dibangunkan oleh Sistem Pendidikan.

Maka selepas solusi pada akar masalah politik dicapai iaitu meletakkan Al Quran dan Hadith dalam Perlembagaan dijayakan, politik sebagai institusi pendekatan dalam memberikan solusi pembangunan negara asasnya adalah penjanaan serta musyawarah idea. Asas budaya idea adalah Sistem Pendidikan. Ini memberi erti Sistem Pendidikan datang dahulu sebelum politik sebagai institusi pendekatan berteraskan idea boleh dilaksanakan. Dan pelaksanaannya hanya boleh dijayakan apabila semua perselisihan telah kita kembalikan pada Allah dan Rasul iaitu mengangkat Al Quran dan Hadith sebagai rujukan agung dalam Perlembagaan.

Bagaimana meletakkan idea sebagai kemuncak Sistem Pendidikan? Di sini kita bincangkan.

Kita sering menggambarkan pendidikan adalah tapak melatih dan melahirkan pekerja berkemahiran untuk pasaran pekerjaan. Sama ada makan gaji atau bekerja sendiri, kita merasakan kelayakan sijil atau setidak-tidaknya kemahiran dapat diterap untuk memastikan individu yang keluar dari Sistem Pendidikan adalah berkelayakan atau berpeluang mendapat sumber pendapatan bagi kehidupan.

Kita melihat kehidupan mesti datang dari rantai pasaran tawaran dan permintaan dalam ekonomi. Kita memahami ekonomi mesti berasaskan sumber yang boleh dijual dan dapat pulangan. Kita terkongkong pada teori ini, maka kita menggambarkan jika seseorang tidak ada pelajaran, tiada pekerjaan, tiada pendapatan, tiada kehidupan. Produk rantai kehidupan selepas sistem pendidikan yang kita telah tetapkan adalah wang itu hidup.

Tapi hakikat hidup manusia sebenar bukan seperti itu. Manusia boleh hidup jika ada makanan, perlindungan dari ancaman dan peluang laksana tanggungjawab yang diberi Tuhan (ibadah, muamalat, dakwah dan lain-lain).

Kita percaya makanan, perlindungan dan peluang tadi hanya boleh diwujudkan jika ada tawaran dan permintaan dalam ekonomi dan asasnya perlu ada sumber, pendapatan atau wang. Hakikatnya ia boleh diwujudkan tanpa ekonomi tawaran dan permintaan berasaskan wang. Ia boleh diwujudkan dengan asas hukum bernegara.

Begini contohnya.

Makanan boleh muncul dari tanah yang diusahakan. Tanah adalah milik negara. Jika pemerintah melonggarkan syarat usaha tanah kepada semua rakyatnya dengan kaedah tertentu yang sistematik, semua rakyat mampu mempunyai sumber tanah untuk diusahakan tanpa wang. Gratis. Dengan tanah tadi, pemerintah juga mampu membekalkan apa-apa keperluan untuk rakyat mengusahakan tanah sama ada untuk bidang pertanian atau penternakan atau apa-apa usaha yang boleh mengeluarkan hasil makanan. Jika usaha rakyat tadi juga tidak meletakkan wang sebagai medium untuk dibahagikan sesama rakyat, makanan-makanan yang diusahakan boleh dibahagi untuk mencukupkan keperluan kehidupan tanpa wang juga. Nah, dengan itu tidak ada syarat kehidupan memerlukan wang jika urusan sumber bumi boleh dibina atas kesepakatan gratis antara pemerintah dan rakyat serta rakyat sesama rakyat.

Begitulah seterusnya formula yang sama pada elemen perlindungan dan peluang juga. Kita mampu mengusahakan sistem perlindungan kesihatan rakyat secara percuma (gratis) dan sistem pendidikan rakyat secara percuma (gratis) sepertimana contoh di atas berkaitan sistem bekalan makanan percuma (gratis) dapat diusahakan.

Dengan itu, persoalan Sistem Pendidikan mesti berprinsip dan berfalsafah melahirkan pekerja untuk pasaran tidak timbul lagi. Lalu meletakkan asas baru penjanaan idea solusi sebagai kemuncak pendidikan boleh diadakan.

Bagaimana mahu melangsungkannya?

Begini antara asas idea perlangsungannya.

Dunia hari ini telah wujud kajian-kajian alam dan teori-teori alat untuk membawa solusi kepada pengurusan alam dan kehidupan manusia. Kajian-kajian ini terus dibangunkan terutama oleh negara-negara kuasa besar yang menguasai lapangan akademik dan pengujian untuk pembangunan teknologi. Mereka jadi penentu ke arah mana manusia harus hidup dan bagaimana mahu hidup. Inilah asas ketamadunan. Persoalan di sini adakah ketamadunan yang wujud sebagai tamadun moden hari ini bersesuaian dengan sistem kepercayaan yang kita mahu angkat dalam Perlembagaan tadi, iaitu Al Quran dan Hadith, dari Allah dan Rasul?

Ia hanya boleh dijawab dengan dua persoalan. Pertama, adakah masalah yang dipermasalahkan dalam Al Quran dan Hadith adalah masalah yang sama mencetuskan kajian dan pembangunan teknologi dalam Tamadun Moden itu? Kedua, adakah penyelesaian yang ditawarkan dalam Al Quran dan Hadith adalah sama dengan apa yang ditawarkan oleh kajian dan pembangunan teknologi dalam Tamadun Moden itu? Kita boleh menapis segala tawaran tamadun moden berasaskan rujukan agung kita dan akan mendapati sebahagiannya menepati dan sebahagian yang lain tidak menepati. Tapi sekadar menapis, dan mengambil sebahagian solusi dan menghadapi masalah dalam sebahagian yang tiada solusi, bukanlah sebuah solusi. Kita perlukan solusi lengkap untuk kehidupan. Kita mampu tawarkan solusi ketamadunan dari pakej kajian dan pembangunan teknologi berasaskan rujukan agung kita.

Di sinilah peri penting kita ada Sistem Pendidikan berfalsafahkan penjanaan idea solusi yang berteraskan sumber rujukan agung Al Quran dan Hadith. Tamadun yang kita ingin bangunkan adalah PERADABAN. Kata akarnya ADAB. Adab inilah buah idea solusi yang kita maksudkan. Ia adalah pakej lengkap solusi atau solusi penuh yang menepati keseluruhannya dengan rujukan agung dari Allah dan Rasul. Adab inilah yang akan buat suatu kajian dan pembangunan teknologi itu menawarkan solusi pada apa yang tidak ditawarkan oleh tamadun moden malah menjadi polemik dan dilema yang dihadapi umat hari ini.

Permasalahan yang kita mahu selesaikan adalah masalah-masalah yang dipermasalahkan dalam Al Quran dan Hadith. Solusi-solusi yang kita mahu janakan adalah idea dari solusi-solusi Al Quran dan Hadith.

Berteraskan prinsip dan asas di atas, maka Sistem Pendidikan berfalfasahkan penjanaan idea boleh dikembangkan tanpa terikat malah perlu bebas dari konsep sistem sekolah dan universiti yang ada pada hari ini. Sistem penilaian piawai yang kita panggil sebagai peperiksaan untuk gred, markah dan status sijil harus kita lupakan. Solusi idea ertinya menyelesaikan permasalahan yang ada dan yang dijangka akan timbul. Asas kemahiran pendidikan di sini adalah mengenalpasti permasalahan bukan lagi pendoktrian teori kajian yang ada. Kajian yang ada hanya menjadi asas kepada perkembangan kajian baru, matlamatnya mengenalpasti masalah dan menjana idea untuk selesaikan.

Jika 2 juta penduduk Malaysia berkecimpung dalam medan pendidikan, bererti kita ada 2 juta permasalahan tamadun yang kita kaji lalu cari solusinya. Jika dalam 5 tahun sepenggal kita tukar pemerintah yang berusaha membangunkan pendidikan penjanaan idea, kita mampu ada 5 generasi penyelesai masalah dan pembangun PERADABAN untuk dilahirkan bagi menggerakkan politik sebagai institusi pendekatan berteraskan idea.

Ringkasnya, kita mesti meletakkan rujukan agung dalam perlembagaan. Dengan rujukan itu, kita mencukupkan kehidupan bebas dari prinsip kehidupan berasaskan ekonomi tawaran dan permintaan, tetapi kehidupan berasaskan kesepakatan gratis untuk mencukupkan keperluan tanpa wang. Dengan kecukupan itu, kita mampu ubah sistem pendidikan kita kepada gratis dan falsafahnya menuju ke arah penjanaan idea solusi dan pembangunan PERADABAN. Kita akan lihat politik itu nanti menjadi institusi pendekatan berteraskan idea solusi dan bukan lagi budaya pasif rakyat yang menyerah tengkuk pada politkus untuk mengheret rakyat pada konflik yang membuang masa dan lembah kezaliman serta penindasan berpanjangan akibat rakusnya mereka kepada kuasa bukan pada solusi.

mfr studio
(Tulisan asal diterbit di Facebook pada 27 Mac 2018)

Dukacita sekali saya membaca soalan sebegini dari kalangan rakyat Malaysia beragama Islam.

"Antara menumbangkan Najib dan menaikkan Mahathir", tulis Ustaz Masri yang berkongsikan poster saya naikkan sebelum ini dengan tajuk "Adakah dua pemimpin yang dulunya saling menuduh kini bekerjasama, boleh disahkan sebagai bermoral tanpa menarik tuduhan lampau?"

Tahukah anda poster saya naikkan itu menyimpulkan kedua-dua pemimpin itu tak bermoral bukan sekadar merujuk kepada persoalan "Anwar peliwat atau Mahathir pemfitnah", "Mahathir perompak duit rakyat atau Anwar pemfitnah", tapi ia sebenarnya jauh melangkaui semua watak politikus Malaysia dari zaman selepas merdeka hingga sekarang, dari zaman Perikatan, Barisan Nasional, Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat, Kongres Rakyat, Pakatan Harapan atau Gagasan Sejahtera muncul.

Soalan paling asas ditanya pada Muslim Malaysia adalah apakah akar masalah politik Malaysia dan apa solusi kemuncak yang ingin dicapai?

Ada yang kata Najib adalah akar masalah, ada kata 1MDB adalah akar masalah, ada kata GST akar masalah, ada kata pilihanraya tak adil akar masalah dan bermacam lagi.

Soalnya Muslim Malaysia tak sepakat nak guna neraca apa untuk kenal pasti akar masalah.

Padahal sudah ada perintah Allah nak guna neraca apa jika kita semua selisih:"...Jika kalian berselisih dalam suatu hal, maka kembalikanlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Jika kalian benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir.Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya" (An Nisa:59)

Baik, katakanlah semua Muslim Malaysia benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir lalu mahu kembalikan segala perselisihan politik kepada Allah dan Rasul. Jadi, dengan neraca itu sekarang apa akar masalah politik Malaysia? Kali ini kita mudah nak jawab. Jawapannya, Perlembagaan Malaysia. Sebab dari perlembagaanlah akan wujud undang-undang dan dasar negara.

Kalau perlembagaan Malaysia mengangkat Al Quran dan Hadith sebagai sumber hukum teragung yang tak boleh dipersoal oleh semua pembuat dasar dalam Parlimen, adakah anda ingat semudah itu 1MDB boleh tercipta untuk membuat pinjaman riba? Ada sistem cukai boleh wujud tanpa mengira miskin kaya? Ada kezaliman boleh berlaku pada tuduhan-tuduhan yang memerlukan pembuktian? Ada salah guna kuasa ketidakadilan dalam proses menghukum? Pertindihan kuasa antara sivil dan syariah yang jadi polemik panjang juga mudah selesai apabila kedua-dua sistem kehakiman kali ini sudah angkat Al Quran dan Hadith sebagai common law.

Semua itu, solusinya adalah penuhkan Muslim Berwibawa dalam Parlimen yang akan memperjuangkan Al Quran dan Hadith diangkat dalam Perlembagaan Malaysia. Sekarang, mudah kita nak cerita strategi PRU14. Soalannya satu sahaja, bagaimana nak penuhkan Muslim Berwibawa tersebut selepas PRU14?

Kita ada pelbagai pendapat sehingga ada yang mendakwa mengundi pejuang sekular yang menentang islam juga boleh memenuhkan Muslim Berwibawa dalam Parlimen. Kononnya, setelah mengundi pejuang sekular menentang islam itu, kita akan dakwah dia nanti selepas dia menang. Selepas kita dakwah dengan metod perasan boleh bagi hidayah, dia akhirnya akan sokong Al Quran dan Hadith diangkat dalam perlembagaan. Begitu sekali wujudnya kepelbagaian pendapat hingga pendapat tidak logik pun boleh kita dengar.

Solusinya sebenarnya sangat mudah. Mahu buat atau tidak buat. Itu saja.

Jika tak mahu buat, cakap berjela-jela pun tak menjadi juga Muslim Berwibawa penuh dalam Parlimen Malaysia. Itulah apa yang berlaku selama ini.

Jika anda setuju, mahu buat. Mari jawab tiga soalan ini:

1. Adakah kami bodoh?
2. Adakah kami malas?
3. Adakah kami lembik?

ADAKAH KAMI BODOH?

Jika anda mengaku anda bodoh, maka betullah apa yang selalu anda buat selama ini. Sudah resam orang bodoh, ikutlah orang pandai. Maka ikut sajalah siapa yang anda rasa pandai memandai-mandai dalam politik yang selalu buat anda tertipu, janji dicapati, berluka kecil, dikhianat, diberi harapan palsu dan sebagainya oleh politikus kesayangan anda masing-masing itu. Ikut saja. Sampai masa PRU, buang undi. Kemudian,kena tipu lagi, diberi harapan lagi, diberi janji lagi. Melawan lagi, luka kecil lagi, memaafkan lagi. Sampai lagi PRU, buang lagi undi. Buat sampai mati, sebab anda bodoh. Teruskan saja. Biar politikus-politikus yang anda sayang yang licik dan pandai itu uruskan segala.

Tapi jika anda tidak bodoh. Anda boleh tahu semua politikus tak boleh dipercayai. Yang boleh dipercayai pun bila masuk parti politik jadi politikus terjangkit juga penyakit sama. Kita bukan bercakap soal politik sehari dua ini. Kita bercakap 6 dekad punya sepak terajang politik. Kaji dan simpulkan sendiri. Anda kan tidak bodoh.

Jika anda tidak bodoh, maka anda bijak. Jika anda bijak, anda masih nak suruh ahli politik dan politikus uruskan hidup anda, negara anda, rakyat jelata? Anda bijak, maka andalah rancang pelan pembangunan Malaysia. Jika anda bijak, anda tahu anda tak boleh buat seorang. Anda perlukan usaha kolektif rakyat Malaysia yang bijak. Rakyat Malaysia yang bodoh boleh terus membodohkan diri. Jika telah capai kolektif, letakkan calon dari komuniti bijak anda sendiri ke PRU14. Undi dan menangkan calon komuniti.Itulah Muslim Berwibawa yang anda akan bawa ke Parlimen Malaysia.

Bagaimana jika calon kita gagal dimenangkan? Maka calon dari komuniti bodohlah yang dimenangkan dan dibodohkan lagilah politik Malaysia sepenggal lagi. Itulah peraturan pilihanraya demokrasi yang bodoh yang boleh memenangkan calon bodoh oleh komuniti bodoh yang lebih ramai yang terpaksa kita terima. Sekarang, adakah rugi kita usaha mencalonkan calon komuniti bijak ke PRU? Tak rugi langsung. Kita tahu apa akar masalah politik Malaysia, kita tahu apa kemuncak solusi, dan kita telah usaha bawakan solusi ke PRU tapi ternyata orang tak suka solusi, orang suka tradisi pembodohan dan suka memanjang-manjangkan lagi masalah. Adakah Allah akan hukum orang yang berusaha bawa solusi tapi kalah, atau hukum orang yang tolak solusi tapi menangkan pembodohan?

Mahu atau tidak, kita kena fahamkan pengundi-pengundi bahawa inilah solusinya. Calon komuniti yang menggabungkan rakyat jelata yang bijak-bijak. Bawa Muslim Berwibawa ke Parlimen untuk angkat Al Quran dan Hadith jadi neraca agung perlembagaan Malaysia.

ADAKAH KAMI MALAS?

Jika anda tidak malas, maka bergeraklah sekarang menggabung dan menghimpunkan ahli komuniti setempat untuk jadi sebuah gerakan di DUN dan Parlimen tempatan anda. Luruskan fahaman, tekadkan matlamat, bulatkan pelan tindakan, dan menangkan calon Muslim Berwibawa kawasan anda.

Tapi jika anda jawab anda malas, maka terpaksalah anda desak parti politik yang buat kerja. Mereka sudah ke hulu ke hilir menyebut-nyebut mahu ikut suara rakyat, mahu ikut denyut nadi rakyat, suara rakyat suara keramat, maka angkat suara anda sebagai suara rakyat, ini suaranya: SILA LETAK HANYA CALON MUSLIM BERWIBAWA YANG AKAN MEMPERJUANGKAN SYARIAT-AL QURAN DAN HADITH SEBAGAI NERACA AGUNG PERLEMBAGAAN MALAYSIA.KAMI HANYA UNDI CALON MUSLIM BERWIBAWA.

Tapi macam biasa, mereka tak akan peduli suara anda. Bukankah sudah kata, politikus akan kencing macam biasa. Anda bijak, anda patut tak jadi malas.

ADAKAH KAMI LEMBIK?

Jika anda tidak lembik, maka anda akan pilih untuk tak jadi malas.

Jika anda jawab, ya anda memang lembik. Maka walaupun anda bijak, anda tidak malas, tapi sebab anda lembik, maka jadilah seperti orang yang jawab dia bodoh tadi. Ikut sajalah apa yang orang lain buat.

Orang bincang jatuhkan Najib, anda bincangkan sama. Orang bincang naikkan Tun M, anda bincanglah juga. Orang bincang 1MDB, GST, ringgit jatuh, minyak naik, bincanglah berlembik-lembik.

Padahal isu Najib, Tun M, 1MDB, GST, ringgit, minyak tak timbul jika kita sepakat abaikan parti politik dan menangkan calon komuniti rakyat, berjaya penuhkan parlimen dengan Muslim Berwibawa, berjaya ubah perlembagaan, berjaya ubah sistem ekonomi riba, berjaya ubah sistem percukaian, berjaya ubah minda rakyat jadi bijak dan sepakat kembali pada Allah dan Rasul.Kita akan mandiri, kita akan banyak musyawarah, kita akan angkat idea dan solusi, kita akan jadi bangsa pembina teknologi, kita akan memimpin dunia ke satu dimensi kenegaraan yang baru. Jika mahu, semua itu boleh dilakukan.

Orang risau nanti ubah macam-macam sistem negara Malaysia, nanti lari pelabur, nanti kita miskin. Jika isunya takut miskin,renungkan perintah Allah yang melarang orang musyrik dari Masjidil Haram:

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (At Taubah:28)

Malaysia negara yang subur, jika tanah kita boleh tanam pelbagai tanaman, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan rempah ratus, anda fikir rakyat yang sepakat yang tolak parti politik lalu memerintah Malaysia dengan acuan sendiri sambil bergotong royong dan berkongsi sumber sesama sendiri tadi boleh mati kebuluran? Kita akan hidup inshaAllah. Malah hidup dengan lebih bebas dan berkembang minda berbanding zaman dikuasai parti politik dengan minda disempit pada isu picisan, dirompak dan ditindas pula selama ini.

Sekali lagi, isunya mahu buat atau tidak saja.

Tuntas.

mfr studio
Tuan Zamir Mohyedin menyebut dalam posting FB nya:

Pelopor sains moden adalah orang-orang Barat yang tak baca Quran pun. Itu pun dah menjadi aras perkembangan sains dan teknologi tidak memerlukan Quran.
Orang salah faham apa yang aku maksudkan etika. Etika kalau ditafsirkan dalam konteks bahasa Melayu memang sekadar adab dan akhlak.
Tapi dari istilah Inggeris, etika (ethics/moral philosophy), ia bukan sekadar adab, tapi lebih daripada itu. Ia bermain dengan konsep moral, tindakan, sosial, undang-undang. Malah, etika Kant pun sampai ke peringkat ketuhanan (metafizik).
Itulah aku kata, perkembangan teknologi ikut kaedah saintifiklah. Roh-roh orang yang menggerakkan itu, ikutlah etika masing-masing. Muslim wajiblah ikut Quran dalam etika mengendalikan sains.
Semudah itu. Tak perlulah campur-campur kaedah atau teori sains dengan kandungan Quran.

Rujuk:https://www.facebook.com/khalifah.prince/posts/1426357967384377

INI ULASAN SAYA:

 1. Pelopor sains moden dari Barat atau Timur (bukan islam) mungkin kebanyakan tidak membaca Al Quran tetapi penglibatan Muslim dalam arena sains moden tidak boleh diketepikan. Walaupun Abdus Salam yang menjadi dikatakan muslim pertama memenangi Nobel adalah dari gerakan Qadiani yang sesat boleh diabaikan, saintis muslim lain termasuk dari Malaysia yang membaca Al Quran tak boleh dikesampingkan seperti yang disenaraikan oleh Thomson Reuters sebagai ‘Minda Paling Berpengaruh Di Dunia 2015′: Prof Dato’ Dr. Ir. Hj Wan Ramli Wan Daud (UKM), Prof Dr Siti Khatum Kamarudin (UKM), dan Prof Dr Bassim H Hameed (USM).

2. Pelopor sains dan teknologi yang tidak berpandu Al Quran bukan saja ada di zaman ini, zaman sebelum Al Quran diturunkan seperti kaum-kaum yang dibinasakan oleh Allah seperti kaum Tsamud, Aad dan Madyan juga adalah di kalangan bangsa maju dalam sains dan teknologi di zaman mereka. Tinggalan artifak membuktikannya.

3. Sains dan teknologi yang tidak berpandu Al Quran di zaman ini bukan mahu ditolak, sebahagiannya bermanfaat untuk umat islam juga, tetapi hala tuju dan tujuannya dibangunkan tentulah bukan untuk memenuhi hala tuju dan tujuan seperti yang digariskan oleh Al Quran khususnya dalam Adz Dzariyat ayat 56 dan As Saf ayat 9. Dalam ilmu agama sendiri, ilmu yang bermanfaat disebar oleh alim dihargai manusia, tapi jika alim itu mempunyai hala tuju dan tujuan berbeza tiada nilai di sisi Allah s.w.t seperti yang disebut dalam hadith bagaimana seorang alim di dunia tetap ke neraka atas kerana niatnya menyebar ilmu hanya kerana mahu dikenali.

4. Kita semua tak dapat nafikan sebahagian besar teknologi yang diwujudkan di zaman moden oleh pelopor saintis bukan islam untuk memenuhi hala tuju dan tujuan konsumerisme, kapitalis, politik global atau pembuktian doktrin agama adalah salah.

5. Sains dan teknologi seperti ilmu falak/astronomi pernah dipelopori saintis muslim yang kajian mereka yang berpandu Al Quran mempunyai hala tuju dan tujuan untuk menyempurnakan ibadah (kait dengan Adz Dzariyat ayat 56) seperti penentuan anak bulan dengan kiraan, jadual solat atau kiblat; atau menyempurnakan misi dakwah (kaitan As Saf ayat 9) seperti dalam pelayaran ke benua asing melalui jalan laut.

6. Hala tuju dan Tujuan ini bukan soal Etika semata-mata walaupun Etika itu mahu dikaitkan sehingga ke peringkat ketuhanan (metafizik), tapi hala tuju dan tujuan ini merangkumi permasalahan, pengukuran dan hasil suatu eksperimen yang dijalankan seperti kajian sains berkaitan arah kiblat, permasalahannya untuk menyempurnakan ibadat solat yang ditetap oleh Al Quran, pengukurannya untuk mendapatkan arah kiblat yang ditetapkan oleh Al Quran, hasilnya untuk sujud ke arah kiblat dalam solat secara sempurna seperti ditetapkan oleh Al Quran. Kajian sains begini kait rapatnya dengan Al Quran sangat dekat.

7. Apa akan jadi jika anak-anak muda kita di lapangan sains dan teknologi melihat usaha dan inisiatif kajian mereka tidak berkait dengan Al Quran atau tidak memerlukan Al Quran?

i. Mereka akan jauh dari hala tuju dan tujuan yang digariskan oleh Al Quran.

ii. Kajian mereka dibimbangi hanya memenuhi konsumerisme, kapitalis, politik global dan mungkin pembuktian agama tidak relevan sepertimana juga teknologi yang dipelopor bukan islam.

iii. Kita tak mampu membangunkan peradaban sebenar yang dituntut islam yang disebut sebagai Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur untuk menjadi bukti konkrit pada dunia bahawa islam mampu membina peradaban yang berbeza dengan apa yang ada di dunia hari ini.

iv. Sampai bila-bila kita sukar menghadirkan sumbangan original (pinjam istilah Za'ba) yang datang dari Al Quran, petunjuk dari Allah sebagaimana Allah pernah ajarkan teknologi baju besi kepada Nabi Daud (rujuk Al Anbiya ayat 80)

8. Saya mahu lihat suatu hari nanti bagaimana Tuan Zamir boleh hadirkan sumbangan original dalam sains untuk membangunkan peradaban menurut Al Quran tanpa merujuk apa-apa dari Al Quran dan hanya berteraskan alam. Ia sangat mustahil. Kita mahu sumbang ikut Al Quran tapi tak mahu rujuk sedikitpun dari Al Quran.

Sekian.

mfr studio


-------------------------------

PERBINCANGAN SAYA DENGAN TUAN ZAMIR MOHYEDIN.
Ringkasan (bagi yang malas baca):
1. Secara ringkas, beliau mengakui saintis muslim MEMERLUKAN AL QURAN tapi hanya pada "etika saintis". Etika saintis bagi beliau meliputi bab hala tuju dan tujuan seperti yang saya timbulkan. 

2.Kemudian beliau mengakui contoh saya berikan tentang kajian sains penentuan arah kiblat oleh Ibn al Syatir telah membuktikan al quran diperlukan untuk dicampur dalam scientific method terutama pada penentuan masalah, latar belakang kajian dan hipotesis. Beliau anggap ini hanya kes terpencil.

3. Ini telah membidas kenyataan beliau bahawa "aras perkembangan sains dan teknologi tidak memerlukan Quran" dan  "perkembangan teknologi ikut kaedah saintifiklah. Roh-roh orang yang menggerakkan itu, ikutlah etika masing-masing" kerana jelas kajian penentuan arah kiblat bukan sekadar etika tetapi dimasukkan dalam scientific method step.

4. Dari segi penjelasan beliau walaupun beliau mendakwa argumen saya dan beliau sama, tetapi jelas, beliau mahu mengekalkan  al quran diasingkan dari scientific method, sedangkan saya mahu al quran dijadikan asas pada scientific method oleh saintis muslim.

5. Saya lihat beliau hanya fokus pada isu sains yang telah published seperti kuantum, graviti dan lain-lain oleh saintis non muslim dan dakwa semua itu tak memerlukan al quran. Padahal isu itu tak timbul kerana memang saintis non muslim tak rujuk alquran pada scientific method mereka kerana mereka tak beriman pada al quran. Sepatutnya beliau fokus juga kesan anggapan beliau supaya al quran diasingkan dari scientific method pada usaha saintis muslim akan datang dalam membina peradaban islam.

6.Maka saya dan beliau berbeza. Saya tegaskan al quran mesti dimasukkan dalam scientific method supaya permasalahan kajian sains itu berkait dengan hala tuju dan tujuan yang digariskan al quran dan menyumbang pada peradaban menurut al quran.

Berikut transkip penuh perbincangan di FB sebagai rekod (merah:Zamir, biru:saya):

Zamir Mohyedin 
Tuan, saya tak pernah minta Quran ditinggalkan dalam apa jua lapangan. Saya fikir, tuan masih belum faham maksud 'etika' yang saya ketengahkan. Saya minta tuan sendiri baca berkenaan moral philosophy. Tengok di YouTube pun okey, penyampaian yang mudah.

Apa yang tuan sebut, tak bercanggah pun dengan apa yang saya utarakan. Hala tuju yang tuan canang-canag itu pun ada dalam etika.

Tapi saya tahu, tuan muncul apabila tuan tak bersetuju dengan saya. Tuan muncul apabila tuan fikir, apa yang saya sampaikan bercanggah dengan Islam.

Saya letih apabila orang salah faham apa yang saya maksudkan. Nak terangkan balik satu-satu. Macam saya ini menyembah sains.

Saya suka ambil pendekatan menyiasat. Kalau betul-betul tak faham, tanya dulu. Paling tidak Tuan tanya dulu apa etika yang saya maksudkan. Tuan lihatlah komen saya di atas, even perkataan 'neutral' pun saya tanya dulu apa yang pengkomen maksudkan, supaya definisi kita selari dan lebih dengan persefahaman.

Terpulanglah. Terima kasih atas penjelasan panjang lebar



---------

 Saya hairan bagaimana argumen tuan dan saya boleh sama. Boleh terangkan poin saya nombor 6 dari segi Etika yang dimaksudkan tuan.
_____________

Zamir Mohyedin 
Hala dan tujuan itu etika juga.


-------

Poin nombor 6 saya menyebut permasalahan, pengukuran dan hasil eksperimen berkait dengan Al Quran. Bagaimana argumen ini boleh sama dengan pandangan tuan bahawa Quran dan Sains tak patut dicampurkan? Mohon pencerahan.

__________________

Zamir Mohyedin 
Apa maksud pengukuran dan hasil eksperimen berkait dengan Quran?


Zamir Mohyedin 

Apa yang tuan sebut dalam pengukuran dan hasil bermula dari definisi arah tuju dan matlamat yang Tuan bawa.


Zamir Mohyedin 

Saya anggap sains adalah 'non-moral'. Tiada moral. Ia alat seperti pisau. Sains jadi 'jahat' apabila yang mengendalikan menuruti etika-etika 'jahat'. Sebaliknya begitulah juga.

Manusia ada moraliti. Apabila manusia berinteraksi alat, yang menjadi penentu arah tuju adalah manusia. Bukan alat itu sendiri yang sudah menentukan arah tujunya di mana, sebab ia alat.

Alat ada kaedahnya macam mana nak digunakan, ada teori-teorinya macam mana nak guna benda itu, yang manusia invent/discover sendiri macam mana nak guna.


------------

Tuan,

Poin nombor 6 saya menjurus pada contoh Ibn al Shatir ahli astronomi Islam yang bertugas sebagai muwaqqit (penjaga waktu ibadah) (1304–1375)

Kajian sains beliau untuk menyempurnakan ibadah solat, salah satu bab kajiannya adalah arah kiblat. Ketika empayar Islam telah luas, permasalahan berlaku dalam menentukan di manakah arah kaabah secara tepat.

Maka beliau melakukan pengukuran berdasarkan gerakan matahari yang akhirnya membawa kepada model bumi. Pihak barat sendiri mengakui model glob Ibn al Shatir lebih awal daripada Copernicus (1473-1543).

Permasalahan Ibn al Shatir untuk menyelesaikan permasalahan ibadah solat yang disebut al Quran, hukum menghadap kiblat dari al Quran, pergerakan matahari dari al Quran, dan hasil eksperimennya mencadangkan solusi pada soal ibadah tersebut dari al Quran. Pihak barat tidak berinisiatif untuk mencipta model bumi untuk tentukan arah kiblat tapi ibn al Shatir MEMERLUKAN AL QURAN untuk mula mengkaji dan mendapatkan hasil seperti diperintah al Quran.

Jika al Quran tidak dirujuk Ibn al Shatir, maka tiadalah model bumi al Shatir, malah al Shatir sendiri tak menjadi muwaqqit dan astronomer yang mengkaji kiblat.

Bagaimana mungkin argumen saya ini boleh sama dengan tuan dalam keadaan tuan katakan kajian sains (termasuk oleh saintis islam) tak memerlukan al quran sedangkan muslim mula mengkaji sains kerana mahu menyelesaikan permasalahan ibadah dan misi dakwah bagi memenuhi hala tuju dan tujuan yang saya sebutkan adz Dzariyat ayat 56 dan as Saf ayat 9.

Saya benar-benar hairan Etika yang dimaksudkan tuan adalah hala tuju dan tujuan tetapi kesimpulan tuan al Quran tak patut campur dengan sains, namun kajian ibn al Shatir memerlukan perintah solat menghadap kiblat dari al Quran jika tidak, tiadalah kajian ibn al Shatir sebagai penjaga waktu ibadah.

Mohon pencerahan tuan.


____________________

Zamir Mohyedin 
Saya dah terangkan di atas. Tuan tanya soalan yang sama, cuma dengan perkataan yang berbeza. Tak apalah kalau saya tak difahami. Mungkin saya tak jumpa perkataan yang sesuai ataupun saya tak tahu penyampaian yang sesuai. Terima kasih, Tuan.

-----------------

Terima kasih.

Jika argumen saya dan tuan adalah sama, maka secara tak langsung tuan mengakui saintis muslim MEMERLUKAN AL QURAN dalam kajian sains mereka kerana puncak sains dan teknologi yang ingin di capai saintis muslim adalah PERADABAN menurut al Quran bagi meninggi dan memenangkan islam ke atas agama lain dan menyempurnakan ibadah kepada Allah (seperti dalam as Saf ayat 9 dan adz Dzariyat ayat 56).

Sekian.


_________________

Zamir Mohyedin 
Saya sudah cakap awal-awal, saya tidak pernah sebut Muslim kena tinggalkan Quran. Dalam apa jua kita buat, kita ada etika, etika Muslim follow Quran. Sains ada kaedah dia pula, ada cara-cara dia sendiri, ada teori-teorinya sendiri yang kita tak perlu rujuk Quran. Dan jangan dicampur. Yang perlu dirujuk Quran adalah etika saintis, apa yang matlamat dia, apa tujuan dia, apa batas-batasannya.

--------------

Tuan,

Saya masih hairan dan keliru dengan pendirian tuan.

Boleh jawab dua soalan saya yang ini:

1. Adakah kajian saintis muslim dalam bidang sains MEMERLUKAN AL QURAN atau tidak?

2. Jika Ibn al Shatir tidak merujuk al quran langsung (tak pernah baca quran) adakah wujud kebarangkalian Ibn al Shatir mengetahui perintah supaya solat menghadap kiblat seterusnya memulakan kajian sains penentuan arah kiblat?

Mohon pencerahan.


______________________

Zamir Mohyedin 
1. Ya, tapi dari sudut etikanya.

2. Tidak. Menentukan arah kiblat, ikut kaedah sains sebab Quran tak sebut bagaimana kaedahnya. Etika beliau, beliau follow Quran.



------------------

 Soalan saya paling akhir,

3. Tuan mengakui Saintis Muslim MEMERLUKAN Al QURAN dalam kajian sains mereka, tetapi tuan katakan al quran tak patut campur dalam kajian sains. Bagaimana kajian sains penentuan arah kiblat mampu mengasingkan perintah al Quran dalam kajian sains mereka?

Mungkin saya sudah hampir tangkap apa maksud tuan.


____________________

Zamir Mohyedin 
Tuan, Kalau saintis ada munculkan apa-apa teori, jangan sesekali dikaitkan dengan Quran sebab teori bersifat tak konsisten. Sama ada teori itu masih 'bayi' ataupun teori itu ada kesilapan. Sains ada keadah saintifiknya sendiri, which disiplinnya tak sama dengan tafsiran, yang kadangkala orang suka campurkan.

Ini saja yang saya tegaskan, jangan dicampur-campur.

Perintah, matlamat, atau apa saja itu adalah etika. Etika saintis.


--------------------

 OK, maka saya sudah faham maksud tuan.

Dalam metod kajian sains yang saya fahami bermula dengan penentuan masalah, latar belakang kajian, hipotesis dan kemudian baru bermula eksperimen atau pengumpulan data.

Bagi tuan, penentuan masalah, latar belakang kajian malah hipotesis bukan sebahagian metod sains kerana dalam kajian penentuan arah kiblat mahu atau tidak, kita terpaksa campur perintah al Quran pada bahagian penentuan masalah, latar belakang kajian dan hipotesis.

Jadi di sinilah perbezaan kita. Kajian sains saya bermula dengan penentuan masalah (sebahagian scientific method/kaedah saintifik), latar belakang kajian malah hipotesis. Bagi tuan penentuan masalah, latar belakang kajian atau mungkin hipotesis bukan sebahagian kaedah saintifik, tetapi hanya etika. Kerana mustahil tuan dapat mengasingkan perintah al quran dalam step tersebut dalam kajian penentuan arah kiblat.

Sekian.


____________________

Zamir Mohyedin 
Tuan, saya masih mengikuti kaedah saintifik piawaian antarabangsa. Saya sedang buat program sarjana (Master), tentulah saya ikuti hipotesis, latar belakang kajian dan sebagainya.

Iyalah, kiblat adalah kes terpencil. Itu sajalah yang Tuan tegaskan dari awal. Kajian-kajian sains lain, tak merujuk pada Quran. Kuantum, graviti, solid state, phonon, etc. Kecuali saintis Muslim, yang rujuk Quran adalah pada etikanya.


---------------

 Jadi inilah juga perbezaan kita. Bagi tuan, kajian kiblat kes terpencil dan kajian-kajian sains lain tak merujuk pada Quran, mungkin tuan rujuk pada saintis bukan islam atau muslim yang tak mengikuti hala tuju dan tujuan al Quran yang saya sebut berulang kali di atas adz Dzariyat 56 dan as Saf ayat 9.

Bagi saya, SEMUA KAJIAN MUSLIM MESTI MERUJUK AL QURAN bagi MEMENUHI HALA TUJU DAN TUJUAN YANG DIGARISKAN AL QURAN (ADZ DZARIYAT AYAT 56 DAN AS SAF AYAT 9) pada step penentuan masalah, latar belakang kajian dan hipotesis.

Semua kajian sains Muslim mesti menjurus ke arah menyempurnakan ibadah dan meninggi dan memenangkan islam, sehingga terbina PERADABAN.

Jika muslim mengkaji mekanik mesin, mesti dalam penentuan masalah itu dipetik apa keperluan mesin itu pada agama (sempurna ibadah dan tinggikan islam) , jika tak ada manfaat tak perlu teruskan kajian tersebut, hanya baik untuk agama (sempurna ibadah dan tinggikan islam) baru ia jadi suatu permasalahan untuk umat islam selesaikan.

Inilah beza peradaban yang islam mahu bina dan kajian sains yang ada sekarang.

Saya sokong peradaban islam yang meletakkan kajian sains nya mesti berkaitan penyempurnaan ibadah dan meninggikan islam, maka syarat kajian mesti ada rujuka al Quran pada step penentuan masalah, latar belakang kajian dan hipotesis. Apa yang ada sekarang yang dipelopori oleh bukan islam tidak menetapkan hal tersebut.

Sekian.


----

 Tuan menyebut dalam edited komen di atas:

Kajian-kajian sains lain, tak merujuk pada Quran. Kuantum, graviti, solid state, phonon, etc.

Respon saya:
Perbincangan kita sepatutnya fokus pada isu kajian sains oleh muslim perlukan al quran atau tidak?

Jika kita bawakan contoh kajian saintis non muslim, sudah tentu jawapannya MEREKA TIDAK PERLU QURAN KERANA MEREKA TAK BERIMAN PADA AL QURAN. Nak buat apa kita bincangkan sama ada saintis non muslim perlukan al quran pada kajian mereka atau tidak KALAU KITA TELAH SETUJU DAN MEMAHAMI BAHAWA MEREKA NON MUSLIM TIDAK BERIMAN PADA AL QURAN.

Hairan saya tuan heretkan isu kajian non muslim di sini. Hatta jika tuan bawakan kajian muslim yang patuh pada hala tuju dan tujuan sains non muslim juga tak berbaloi untuk kita bincang.

Saya timbulkan isu ini kerana KEBIMBANGAN saya anak-anak muda yang berkecimpung dalam arena sains dan teknologi tetapi langsung TIDAK ADA ASPIRASI UNTUK MEMENUHI HALA TUJU DAN TUJUAN YANG DIGARISKAN AL QURAN (ADZ DZARIYAT AYAT 56 DAN AS SAF AYAT 9) BAGI MEMBINA PERADABAN ISLAM MENURUT AL QURAN DALAM KAJIAN SAINS MEREKA.

Sebab itu saya tak setuju al quran hanya pada etika saintis, tapi al quran mesti dimasukkan dalam step scientific method sebagai asas terutama pada penentuan masalah, latar belakang kajian dan hipotesis.

Saya rasa garis perbezaan kita jelas.

Tuan berpegang untuk meneruskan mengasing al quran dari kajian sains seperti yang diamalkan saintis non muslim.

Saya berpegang kita saintis muslim mesti memasukkan hala tuju dan tujuan AL QURAN pada isi penentuan masalah, latar belakang kajian dan hipotesis (sebahgian scientific method) supaya hasil kajian sains kita menyumbang pada terbinanya PERADABAN ISLAM MENURUT AL QURAN.

sekian.


________________________

Zamir Mohyedin
Saya nampak pandangan Tuan sama seperti polemik komik dahulu. Bila amati betul-betul, Tuan masih belum faham mesej saya.

Saya anggap sains adalah 'non-moral'. Tiada moral. Ia alat seperti pisau. Sains jadi 'jahat' apabila yang mengendalikan menuruti e
tika-etika 'jahat'. Sebaliknya begitulah juga.

Manusia ada moraliti. Apabila manusia berinteraksi alat, yang menjadi penentu arah tuju adalah manusia. Bukan alat itu sendiri yang sudah menentukan arah tujunya di mana, sebab ia alat.

Alat ada kaedahnya macam mana nak digunakan, ada teori-teorinya macam mana nak guna benda itu, yang manusia invent/discover sendiri macam mana nak guna.

Saya tak peduli membangun jadi tamadun Islam ke kafir ke, konsumerisme ke dan sebagainya.

Saya nak tekankan, sains mampu berkembang tanpa cara Tuan. Itu sudah menjadi maksud sains itu bersifat 'alat'. Terpulang pada kita nak gunakan ke mana, arah mana dan sebagainya.

--------------------

Jika tuan sudah anggap tak peduli sains akan membangunkan peradaban apa, maka logiklah tuan anggap sains tidak perlukan al Quran.

Saya tetap berpegang peradaban islam itu tujuan muslim terjun dalam kajian sains dan kajian sains muslim mesti berkembang ikut acuan Allah s.w.t dalam al Quran.

Apa-apa pun terima kasih kerana sudi berbincang.

Sekurang-kurangnya tuan ada nyatakan Saintis Muslim wajib rujuk al Quran dalam kajian sains dengan Etika walau tuan tak setuju pandangan saya kandungan al quran perlu dimasukkan dalam scientific method dalam membangun produk sains peradaban menurut al quran.

Ini secara tak langsung mewajibkan setiap Muslim meletakkan Al quran di hadapan setiap kajian mereka.

Terima kasih sekali lagi sudi membenarkan pandangan panjang lebar saya dicoret di sini.

Sekian.

oleh: mfr studio


1. Saya telah mendengar hujah-hujah memperkasa Mahkamah Syariah dengan meningkatkan kadar hukuman sedia ada dan hujah-hujah memperkasa Mahkamah Syariah dengan meningkatkan kadar gaji, profesionalisme dan infra mahkamah sedia ada.


2. Saya percaya PAS dan UMNO tidak ada masalah untuk sama-sama turut serta memperkasa kadar gaji, profesionalisme, dan infra mahkamah sedia ada seperti dicadang oleh Pakatan Harapan kerana persoalan ini bukan soal baharu. Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada tahun 2010 ketika membahas Bajet 2011 pun telah menyentuh soal selaras gaji ini. Rujuk:http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm


3. Ada pihak tertentu yang tidak memberikan gambaran sebenar usaha memperkasa Mahkamah Syariah di Malaysia. Ia bukan bermula dari Jawatankuasa Hudud antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 2014. Apatah lagi nak mengatakan ia bermula dengan Usul Persendirian Ahli Parlimen Marang untuk meningkatkan kadar hukuman Mahkamah Syariah pada tahun 2016.


4. Lebih mengelirukan jika ada yang mengatakan usaha memperkasa Mahkamah Syariah adalah cubaan untuk mengalih isu rasuah di Malaysia. Teruskan basmi rasuah, tiada siapa halang. Jika ada bukti serah pada pihak berkuasa Malaysia. Jika tak percaya Malaysia, serah bukti pada DOJ Amerika Syarikat.Apabila kita berbicara soal jenayah seksual kanak-kanak, bukan bermakna kita mengabaikan rasuah. Apabila kita berbicara soal terorisme, bukan bermakna kita mengabaikan rasuah. Samalah juga apabila kita berbicara soal memperkasa Mahkamah Syariah, bukan bermakna kita mengabaikan rasuah. Nak bicara rasuah, teruskan.Jangan nafikan ada banyak lagi hal dan perkara kita perlu bicarakan.


5. Jadi bilakah usaha memperkasa Mahkamah Syariah mula diadakan? Ia telah bermula sejak mahkamah syariah mula ditubuhkan, dengan lulusnya Akta 355, Akta Mahkamah Syariah 1965 lagi para hakim, peguam, graduan undang-undang, jabatan-jabatan agama kesemuanya memantau dan mengkaji bagi memperbaiki undang-undang yang dijalankan.


6. Rekod paling jelas usaha memperkasa Mahkamah Syariah adalah apabila tertubuhnya Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil dipengerusikan oleh Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim pada tahun 1988.Antara kejayaan jawatankuasa ini adalah berjaya meminda Perlembagaan Persekutuan, dengan memasukkan Klausa (1A) kepada Perkara 121 yang memisahkan secara jelas bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.


7. Namun tidak semua masalah bidangkuasa selesai. Seperti kata Tun Abdul Hamid mantan Ketua Hakim Negara, ada subject matter bidang kuasa Mahkamah Syariah tetapi pihak terlibat adalah seorang bukan islam sedangkan Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa terhadap bukan Islam. Sebab itu cadangan Tun Abdul Hamid pada tahun 2001, agar Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah disatukan dan rombakan sistem undang-undang negara yang perlu keluar dari common law British amat saya setujui. Isu ini kompleks tetapi idea radikal seperti ini harus difikirkan agar kekeliruan sistem dual undang-undang di negara kita dapat diselesaikan dan kita martabat terus Syariah sebagai undang-undang unggul di negara kita. Baca cadangan Tun Abdul Hamid: https://tunabdulhamid.me/2001/04/sistem-kehakiman-dan-perundangan-di-malaysia-satu-wawasan/


8. Tun Ahmad Fairuz yang juga mantan Ketua Hakim Negara juga baru-baru ini menjelaskan apa-apa undang-undang yang bertentangan dengan Quran dan Sunnah adalah tidak sah berikutan Perkara 3 dan 4 yang dibaca bersama meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang bertentangan dengan perlembagaan termasuk bertentangan dengan Islam sebagai Agama Persekutuan tentulah tidak sah. Rujuk:http://www.nst.com.my/news/2017/03/224249/laws-contradiction-islamic-laws-are-void-says-former-chief-justice
Ini boleh menjamin semua undang-undang sivil yang dibentuk perlu patuh syariah dan ini boleh menjadi titik mula merealisasi idea Tun Abdul Hamid di atas.


9. Kita juga perlu ingat, sebelum Jawatankuasa Hudud di Kelantan diwujudkan pada tahun 2014, JAKIM telah terlebih dahulu menggerakkan usaha pembentangan Kertas Cadangan Menaik Taraf Kedudukan Mahkamah Syariah dan Hakim-Hakim Mahkamah Syariah di Malaysia dalam Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 22 Ogos 2011. Rujuk: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-usaha-naik-taraf-mahkamah-syariah-1.333594


10. Saya berasa hairan apabila ada pihak Pakatan Harapan yang memandang enteng aspek kadar hukuman yang terhad di Mahkamah Syariah. Apabila kita memperkatakan tentang usaha memperkasakan Mahkamah Syariah, termasuklah juga dalam menjatuhkan hukuman sebagaimana yang ditetapkan di dalam al Quran dan Sunnah. Menaikkan kadar sebatan kepada 100 sebat seperti yang dicadangkan Ahli Parlimen Marang boleh menyelesaikan sebahagian kekangan tersebut.


11. Aspek kadar hukuman penjara 30 tahun dan denda RM100 ribu itu boleh diperhalusi kerana kita harus mempertimbangkan apa yang dijelaskan oleh Ahli Parlimen Marang tentang kesalahan jenayah yang wajar dikenakan hukuman berat seperti menyebar ajaran sesat/pesong akidah dan penganiayaan ke atas nafkah isteri.


12. Memang terlalu banyak lagi hal Mahkamah Syariah yang perlu kita lakukan, dan ia bukan boleh diselesaikan oleh satu pindaan ke atas Akta 355 semata-mata. Pindaan kadar hukuman menyelesaikan satu aspek kekangan di Mahkamah Syariah, namun banyak lagi pindaan perlu dibuat ke atas Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan Syariah di Malaysia dijulang, kekeliruan bidang kuasa Sivil-Syariah diselesaikan, dan keluarnya kita dari kepompong Common Law British.Ada aspek bidang kuasa ke atas bukan islam pada subject matter syariah, keseragaman undang-undang negeri, kelewatan perlantikan hakim, Kes tertangguh dan tertunggak, isu kewangan islam dan lain-lain.

Baca: http://mahir-al-hujjah.blogspot.my/2009/04/masalah-kelemahan-mahkamah-syariah-yang.html

Baca juga: http://www.jksnpp.gov.my/jksnpphq/index.php/en/18-penerbitan-mahkamah/90-ke-arah-mahkamah-syariah-persekutuan

13. Sebab itu cadangan saya, agar kita HANYA UNDI MUSLIM BERWIBAWA pada PRU14 nanti untuk Parlimen dan DUN agar Muslim Berwibawa yang mampu untuk meminda peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan di Parlimen dan meluluskan enakmen-enakmen Syariah yang adil di DUN dan tidak menyerahkan beban dan amanah ini kepada mana-mana calon bukan islam dalam PRU14 nanti.


14.Bayangkan seorang bukan islam yang tak beriman pada syariah diberikan tugas untuk meminda perlembagaan bagi memartabatkan syariah, seorang bukan islam yang sekular untuk bicara soal Syariah jadi undang-undang unggul menggantikan common law British dan seorang bukan islam yang anti Malaysia jadi negara islam diharapkan untuk berjuang jadikan Malaysia negara islam? Jangan susahkan ahli politik bukan islam dengan tugas yang tak mampu mereka pikul. Biarkan mereka menang di kawasan majoriti yang menyokong mereka, tetapi kita sebagai Muslim harus belas ihsan pada kemampuan seorang ahli politik bukan islam dengan tidak memberikan mereka beban tanggungjawab dan pangkahlah calon Muslim Berwibawa sahaja.


15. Jika anda seorang ahli parti politik, desak kepimpinan parti anda mencalonkan Muslim Berwibawa sahaja dalam PRU14. Jika tiada parti politik bersetuju mencalonkan calon Muslim Berwibawa di kawasan anda, musyawarahlah sesama komuniti di peringkat DUN dan Parlimen, cari tokoh Muslim Berwibawa di kawasan anda, calonkan mereka sebagai calon bebas, dan menangkan mereka. Kita perlu MEMENUHKAN parlimen dan DUN dengan Muslim Berwibawa. Banyak pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan perlu kita laksanakan. Kita sudah cadangkan dalam PRU13, tapi ada saudara muslim kita menentang arus baharu ini pada kedua-dua blok BN dan PR.


16. Biar PRU14 kali ini, kita bangkit tegas dan tuntas. UNDI HANYA CALON MUSLIM BERWIBAWA ADALAH SOLUSI MEMPERKASA SYARIAH DI MALAYSIA.

TUNTAS.

mfr studio
12 April 2017


Mfrstudio Ibnmukhtar·Thursday, 3 November 2016

Pada tahun 2005, ketika zaman saya aktif berforum maya dan berperang siber berkaitan politik, empat perkara ini sering jadi tajuk diskusi: Sistem Subsidi, Cukai, Harga Barang dan Pendapatan Negara.

Ringkasnya, pandangan saya sudah tuntas ketika itu lagi iaitu:
1. Subsidi patut dihapuskan kesemua sekali, biar pasaran yang tentukan harga.
2. Cukai patut dihapuskan kesemua sekali kecuali dalam bentuk Zakat untuk Muslim dan Jizyah untuk Non Muslim.
3. Harga barang biar ditentukan oleh pasaran dan kuasa pengguna, pemerintah hanya menghukum perniagaan yang menjual produk merosakkan peradaban dan berunsur penipuan.
4. Pendapatan negara 100% datang dari Infak ikhlas rakyat jelata.

Bagi menghurai lebih panjang, saya tulis di bahagian bawah perenggan ini dan saya tahu anda tak sanggup membacanya kerana majoriti memang tak suka dan tak setuju dengan saya atas kesimpulan saya di atas, yang saya nilai dari hujah-hujah pelbagai pihak zaman berzaman.

SUBSIDI

Ringkasnya ada dua pendapat berkaitan subsidi ini.
Pertama, pihak yang mahu item-item tertentu yang dianggap sebagai keperluan diberikan subsidi secara umum. Inilah yang dilaksanakan dahulu untuk minyak petrol, gula, minyak masak dan lain-lain yang sudah dikurangkan atau ditarik sama sekali subsidinya hari ini.

Kedua, pihak yang mahu subsidi diberikan secara langsung pada golongan sasar, maka tidak semua pihak mendapat manfaatnya. Ini yang kita alami sekarang seperti BR1M, Baucar buku pelajar, rumah PR1MA dan lain-lain.

Pihak yang pertama sebenarnya cuba menutup mata pada persoalan “manfaat pada semua” yang sebenarnya bukan sahaja golongan Marhaen mendapat manfaat, tetapi juga Elit Kaya, Tauke Besar dan Penyamun. Mereka rasa ia tak ada masalah kerana semua itu rakyat Malaysia jua. Untuk Elit Kaya dan Tauke Besar, mereka harap dapat dicukaikan semula kekayaan hasil manfaat dari subsidi tadi. Untuk Penyamun, mereka optimis boleh banteras sebarang salah guna subsidi. Hakikatnya pihak pemerintah perlu keluarkan lebih banyak peruntukan untuk penguatkuasaan cukai dan salah guna subsidi. Tolak campur tolak campur, kerugian jua lebih banyak berlaku.

Pihak yang kedua harapkan jika diubah konsep subsidi pada golongan sasar, maka pemerintah dapat jimat dari segi peruntukan subsidi. Tetapi sebenarnya elemen yang tidak diambil perhatian adalah kecenderungan amat besar rakyat untuk duduk dalam kelompok golongan sasar kerana itulah zon selesa untuk survive. Jadi melihat statistik juga, kelompok golongan sasar ini akan bertambah dari tahun ke tahun, dan ini bukanlah peradaban yang kita mahukan. Apatahlagi mengalih subsidi ke golongan sasar tak menghapuskan Penyamun yang masih wujud dalam masyarakat, yang suka ambil kesempatan untuk keuntungan sendiri.

Disebabkan itulah saya fikir, solusi terbaik adalah tiada langsung subsidi untuk apa-apa item sekalipun. Ada orang ambil kesempatan? Ada Penyamun nak salah guna lagi? Ada kerugian? Langsung tak ada kerana tiada langsung peruntukan subsidi. Persoalan yang timbul kemudiannya, bagaimana rakyat yang susah dapat dibantu? Solusi itu ada pada perbincangan Pendapatan Negara di bawah sekali nanti.

CUKAI

Apabila bincang bab subsidi, saya kena sebut tentang cukai. Masalah harga barang perlu diberikan subsidi kerana masalah harga tak terkawal. Harga tak terkawal ini boleh selesai jika hanya ada satu faktor yang menentukan harga barang iaitu Pasaran. Pasaran pula boleh dikawal dengan mudah dan dijinakkan oleh Kuasa Pengguna. Namun masalah harga barang menjadi rumit apabila faktor-faktor tambahan memonopoli dunia perniagaan dan antara faktor itu adalah Cukai.

Baik sistem SST atau GST, kedua-duanya terdedah kepada manipulasi ahli perniagaan untuk menaikkan harga barang, dan ia sangat susah untuk dikawal oleh pemerintah melainkan meletakkan harga siling atau berikan subsidi.

Apabila dilaksanakan GST, terdedah pula pada kezaliman mengutip cukai daripada golongan miskin. Walaupun disasarkan subsidi kemudiannya baik dalam bentuk BR1M atau bagaimana, ia tak menjamin kezaliman tak berlaku kerana subsidi golongan sasar itu juga hakikatnya dalam bentuk umum yang tak mengambilkira situasi spesifik keluarga miskin tersebut. Setiap keluarga mempunyai keperluan berbeza, maka boleh sahaja berlaku ketidakcukupan subsidi yang diberikan berbanding cukai yang diperas kembali.

Isu yang paling saya cukup tak selesa bab Cukai, adalah kerana pembayar terbesar Cukai sebenarnya adalah syarikat-syarikat besar atau golongan-golongan Elit Kaya. Apabila mereka adalah minoriti yang sangat diperlukan dalam Bajet Negara, maka unsur-unsur ‘balas budi’ oleh politikus amat kuat hingga pengurusan negara mengambilkira keselesaan para pembayar cukai terbesar ini berbanding rakyat marhaen. Jadi kita akan terus mendengar rengekan bahawa projek-projek mega, pembangunan mapan, pertumbuhan ekonomi negara tak dirasai oleh rakyat. Memanglah susah untuk dirasai kerana kepentingan diberikan kepada para pembayar cukai utama negara, mereka inilah yang rasa kekayaan melampau-lampau.
Oleh sebab itulah, saya berpendapat Cukai apa pun di negara ini dari sekecil-kecil cukai pintu, cukai tanah, cukai pendapatan, cukai barang dan perkhidmatan, cukai korporat, semuanya wajar dihapuskan. Kita tak mahu ada majikan yang mengemudi di balik tabir para ahli dewan rakyat, malah lebih dahsyat menaja dan manipulasi politikus dan drama politik negara. Cukai perlu dihapuskan semua sekali. Dan untuk menambah efisyennya mandiri politik negara, kita runtuhkan politik kepartian sekali, rakyat bergerak ke arah politik gotong royong, Musyawarah Umat, dan itu saya bicarakan dalam karangan yang lain.

HARGA BARANG

Disebabkan dua perkara, Subsidi dan Cukai saya minta dihapuskan, persoalan yang timbul seterusnya apa akan jadi pada harga barang. Ia akan jadi sepertimana sabda Nabi s.a.w:

“Harga melambung pada zaman Rasulullah SAW. Orang-orang ketika itu mengajukan saran kepada Rasulullah dengan berkata: “ya Rasulullah hendaklah engkau menentukan harga”. Rasulullah SAW. berkata:”Sesungguhnya Allah-lah yang menentukan harga, yang menahan dan melapangkan dan memberi rezeki. Sangat aku harapkan bahwa kelak aku menemui Allah dalam keadaan tidak seorang pun dari kamu menuntutku tentang kezaliman dalam darah maupun harta.” (Riwayat Abu Dawud, At Tirmidzi-sahih)

Dan berkaitan harga juga, Rasulullah s.a.w tak menghalang pun sahabat buat untung sehingga 100% dari jumlah modalnya.

Dari Urwah al Bariqi Radhiyallahu anhu, bahwasanya Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberinya satu dinar uang untuk membeli seekor kambing. Dengan uang satu dinar tersebut, dia membeli dua ekor kambing dan kemudian menjual kembali seekor kambing seharga satu dinar. Selanjutnya dia datang menemui Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan membawa seekor kambing dan uang satu dinar. (Melihat hal ini) Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendoakan keberkahan pada perniagaan sahabat Urwah, sehingga seandainya ia membeli debu, niscaya ia mendapatkan laba darinya. (Riwayat Bukhari-sahih)

Maka, dua faktor (tidak menentukan harga, malah merestui peniaga buat untung hingga 100% dari jumlah modal) menginsafkan saya akan hasrat Rasulullah s.a.w untuk melihat perniagaan ditentukan oleh Pasaran itu sendiri dan bukan apa-apa faktor pemaksaan dari luar. Dan kita sedia maklum Pasaran di sini bermaksud Persetujuan antara Peniaga dan Pembeli dalam keadaan Suka Sama Suka. Di sinilah kata kunci bagaimana Pembeli boleh mengawal ketamakan haloba Peniaga, dengan berani katakan “Tak Suka” jika harga itu buat pembeli tak suka.

Itulah kuasa pengguna. Dan persoalan kuasa pengguna ini menjadi dilema apabila timbul situasi Pembeli sudah berani katakan “Tak Suka” tetapi Pembeli tak akan jumpa produk yang sama di tempat lain pula. Situasi sebegini amat menekan, apabila produk yang diingini itu adalah keperluan. Contoh di zaman ini, persoalan harga rumah, harga petrol, harga barang makanan dan sebagainya. Dilema ini langsung tak terjadi jika situasi perniagaan hanya tertumpu pada produk Kehendak dan bukannya produk Keperluan. Oleh itu saya letakkan solusi masalah produk keperluan ini pada perbincangan terakhir berkaitan Pendapatan Negara di bawah.

PENDAPATAN NEGARA

Persoalan yang timbul apabila dimansuhkan subsidi tadi, adalah bagaimana nak membantu rakyat yang susah jika tidak wujud subsidi? Dan persoalan sama apabila berbicara soal Harga Barang tadi, bagaimana aspek produk keperluan dapat diatasi apabila berhadapan monopoli oleh peniaga yag meletakkan harga “Tak Suka”?

Jawapannya adalah GOTONG ROYONG. Solusi yang sama saya bangkit dalam persoalan politik Musyawarah Umat. Rakyat perlu hidupkan semula budaya Gotong Royong.Dan budaya Gotong Royong ini bertepatan dengan hadith perumpamaan orang mukmin seperti bangunan:

“Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain seperti sebuah bangunan, sebagian menguatkan sebagian yang lain.” (Riwayat Muslim- Sahih)

Kita perlu hidup berkongsi. Perlu banyak memberi. Perlu banyak berkorban. Perlu banyak ikhlas tanpa minta pulangan dunia. Banyak gratis. Banyak kesukarelawanan. Percayalah, setiap rezeki apabila dikongsi sentiasa cukup. Tak akan ada yang tertinggal.

Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhu, beliau menyatakan bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Makan satu orang itu cukup untuk dua orang. Makanan dua orang itu cukup untuk empat orang. Makanan empat orang itu cukup untuk delapan orang.” (Riwayat Muslim-Sahih)

Kita telah hilang konsep Gotong Royong dan Semangat Berkongsi itu sedikit demi sedikit sebagaimana konsep keindahan Poligami juga telah hilang di zaman ini di kalangan wanita kita. Padahal Poligami itu sebahagian semangat Gotong Royong dan Perkongsian tadi.
Apabila para peniaga memonopoli harga rumah, kita berani katakan “Tak Suka” kerana komuniti kita sedia untuk bergotong royong membina rumah untuk kita, dan berkongsi tanah yang ada. Gotong royong, semangat berkongsi, kesukarelawanan memberi tanpa upah ini semua adalah pembunuh-pembunuh ekonomi kapitalis yang tamak.

Begitu jugalah halnya dalam aspek makanan, pakaian, pendidikan dan lain-lain hal yang semua itu mampu diusahakan secara bersama dengan SYARAT pemerintah tidak menyekat atau meletakkan apa-apa undang-undang untuk rakyat jelata meneroka dan membangunkan tanah dengan panduan pemeliharaan alam sekitar yang terkawal.

Lalu, untuk apa lagi bantuan pemerintah diperlukan? Untuk apa lagi subsidi? Apabila masyarakat dan rakyat mampu bantu membantu sesama sendiri, hidup bersama, berkongsi dan membangun bersama.

Apatahlagi cukai juga telah saya minta dimansuhkan, maka negara tiada langsung wang untuk membantu. Persoalan timbul, bagaimana dengan institusi perkhidmatan awam terutama bidang kritikal seperti Tentera, Polis, Bomba, Guru, Hakim, Doktor, Ahli Parlimen dan sebagainya, dari mana gaji untuk mereka?

Di sinilah saya harapkan sistem Infak dapat berlangsung. Saya harapkan apabila para peniaga mampu berniaga membuat untung hingga 100% pun tak apa, tanpa dicukai apa-apa, akan sudi menginfakkan sebahagian harta untuk Bajet Negara. Begitu juga ahli masyarakat yang sudah mampu membangunkan diri dengan bergotong royong tadi, akan dapat menghasilkan pula produk-produk inovasi lalu dieksport ke negara luar dan menjadi pelabur dan usahawan yang kaya raya dapat menginfakkan juga sebahagian harta pada negara.
Berkaitan infak ini, suka saya nak kongsi pandangan salah seorang ahli jemaah masjid berketurunan Pakistani ketika saya mengikuti program musafir sambil berdakwah di Jepun dahulu. Saya ada bangkitkan padanya situasi masjid yang dibina di Malaysia sukar untuk diimarahkan. Beliau bertanya dari mana datangnya kos bina masjid di Malaysia? Saya katakan, dari Cukai. Beliau lalu berkongsi, di Pakistan, mereka infak harta sesama mereka untuk bina masjid. Kerana nilai pengorbanan dalam menginfak itu, mereka jadi sayang pada masjid yang mereka sendiri bina. Begitulah harapan saya, jika kita sesama rakyat menginfak harta sendiri pada negara, nescaya semangat cinta untuk mempertahankan negara ini lebih tinggi daripada apa yang ada sekarang.

Perbelanjaan kerajaan sekarang pun banyak boleh diperbaiki lagi. Banyak jawatan dalam kerajaan yang fungsinya bertindih, banyak yang dapat gaji besar tetapi produktiviti zero atau tak relevan. Saya tak nampak sangat ketua-ketua jabatan atau pengarah-pengarah atau penolong pengarah berfungsi sangat dalam perkhidmatan awam. Pekerja kaunter dan ahli teknikal sahaja saya nampak betul-betul kritikal di samping anggota Tentera, Polis, Bomba, Guru, Hakim, Doktor, Ahli Parlimen dan sewaktu dengannya. Jika kira betul-betul kos perkhidmatan awam tak sebesar hari ini.

Memang sistem infak ini sangat-sangat bergantung pada keikhlasan hati, semangat memberi dan berkongsi, yang disemai pada ahli masyarakat. Inilah peradaban yang saya idamkan, dan inilah "Baldatun Thayyibatun wa Rabbun Ghafur" yang saya fahami. Inilah juga titik tolak politik Musyawarah Umat dapat berjalan dengan jayanya di Malaysia.

Sekian.

mfr studio



Mfrstudio Ibnmukhtar·Thursday, 20 October 2016

Isu yang panas sehari dua ini ada orang pertikaikan peraturan Jakim yang menggariskan nama produk yang sinonim dengan produk tidak halal atau nama produk yang mengelirukan adalah TIDAK LAYAK MEMOHON PENSIJILAN HALAL MALAYSIA.

Ini sebagaimana boleh dibaca di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Semakan Ketiga) Tahun 2014, muka surat 16 dan 17, perkara 4.8 seperti berikut:

4.8 permohonan yang tidak layak memohon adalah seperti berikut:
...... x.produk yang menggunakan nama atau nama yang sinonim dengan produk tidak halal atau istilah yang mengelirukan seperti ham, bak kut teh, bacon, beer, rum, hotdog, charsiew dan seumpama dengannya.
http://www.halal.gov.my/v4/images/pdf/MPPHM2014.pdf

Peraturan ini telah dikuatkuasa tahun 2014, 2 tahun yang lalu, tetapi ada pihak yang baru nak bising sekarang.

Persis kes haramnya tugu berbentuk haiwan dan manusia yang dibantah oleh orang pada September 2016 lalu, padahal fatwa telah lama muktamadkan haramnya pembinaan tugu berupa haiwan dan manusia dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali ke-86 tahun 2009 (7 tahun yang lalu).

Kita fokus semula pada isu penamaan makanan ini.

Isunya, sebahagian orang tidak setuju nama makanan “Pretzel Dog” keluaran Auntie Anne ditukar kerana istilah “Dog” itu bukan bermaksud makanan itu mengandungi daging anjing. Kita tahu Auntie Anne masih belum dapat sijil Halal kerana proses audit Jakim belum sempurna dijalankan. Tetapi mari kita fokus berkaitan nama produk sahaja dalam tulisan ini dan bantahan mereka yang anti Jakim.

Mereka katakan “Kenapa Pretzel Dog sahaja yang perlu tukar, bagaimana makanan yang lain?”. Lalu, mereka berikan contoh “Coney Dog”dan “Root Beer” keluaran A&W. Padahal A&W telah lama menukar namanya kepada “Chicken Coney”,”Beef Coney”dan “RB”. Mereka berikan pula contoh “Hot Dog” keluaran Ramly Burger, padahal baik di kiosk atau Ramly Halal Mart, tiada “hotdog”, yang ada “Frankfurter Ayam”,”Frankfurter Lembu”.

Mereka tidak puas hati, jadi bagaimana dengan kuih tradisional Melayu, Kuih Tahi Itik, Kuih Badak Berendam, Cucur Kodok, atau buah Mata Kucing? Tetapi mereka tidak dapat buktikan produk-produk dengan nama itu mendapat Sijil Halal Malaysia.

Isu mereka, ada sijil atau tidak, yang mereka nak tahu adakah Halal atau Haram makanan itu menurut Islam? Jika Halal, mengapa Jakim sibuk-sibuk suruh tukar nama. Jika Haram, apa selama ini umat Islam makan makanan haram kerana namanya tak mengikut klasifikasi Jakim termasuk kuih tradisional Melayu.

Baik, mari kita jangan campur aduk isu ini. Jika mahu tahu halal atau haram suatu makanan, cukup untuk kita baca takrif Halal yang dikeluarkan Jakim sendiri dalam MPPHM2014 muka surat 10-11, perkara 2.3:

2.3 Halal
2.3.1 Halal berasal daripada kalimah Arab iaitu halla, yahillu, hillan, wahalalan yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak.
2.3.2 Takrif halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) (Pindaan) 2012 adalah seperti berikut:
i. Apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti makanan atau barang-barang itu:
a. bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh Hukum Syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak dan Fatwa;
b. tidak mengandungi apa-apa benda yang najis mengikut Hukum Syarak dan Fatwa;
c. tidak memabukkan mengikut Hukum Syarak dan Fatwa;
d. tidak mengandungi mana-mana bahagian atau anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak dan Fatwa;
e. tidak beracun atau memudaratkan kesihatan;
f. tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan apa-apa peralatan yang dicemari najis mengikut Hukum Syarak dan Fatwa; dan
g. tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang gagal memenuhi sub-sub perenggan (a) dan (b).
ii. Apabila perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu dijalankan mengikut Hukum Syarak.
Ringkasnya, Halal suatu makanan dilihat pada bahan yang digunakan, penyediaannya dan perkhidmatan yang berhubung dengannya mengikut Hukum Syarak. Jadi di mana elemen “nama makanan”?

“Nama makanan” tidak termasuk dalam penentuan halal atau haram makanan itu, tapi tentunya perbuatan menamakan makanan dengan nama jelik termasuk dalam bab “Akhlak” dan berkait pula dengan “Taqwa”. Hukum yang paling ringan tentunya Makruh. Dan hal makruh ini jika dibebaskan tentunya membawa kepada kelunturan iman yang akhirnya membawa kepada Haram jua.

Ini sesuai dengan ulasan islamqa.info kelolaan Syaikh Muhammad Saalih alMunajjid tentang jenama “Saudi Champagne” yang merupakan minuman yang halal di Saudi tetapi mempunyai nama yang sinonim dengan produk arak yang haram,

إطلاق أسماء الأشياء التي يبغضها الله تعالى على الأشياء التي أباحها ؛ فهو فعل يحتوي على استهانة بشرع الله تعالى وعدم التعظيم لأحكامه ، وهذا مناف لتقوى الله تعالى

"Menyebut sesuatu yang Allah halalkan dengan menggunakan istilah sesuatu yang Allah benci, perbuatan semacam ini termasuk meremehkan aturan Allah dan tidak mengagungkan hukum-hukum-Nya. Dan ini bertentangan dengan sikap taqwa kepada Allah."
https://islamqa.info/ar/234755

Jika sudah berkait dengan Taqwa, adakah perkara Makruh yang boleh membawa kepada Haram ini boleh dibiarkan untuk mendapatkan sijil Halal Malaysia?

Hal yang sama sebenarnya terlalu banyak berlaku di Indonesia, seperti Rawon Setan, Es Pocong, Bakso Tuyul, Bakso Laknat, Pentol Granat, Sambel Neraka dan lain-lain.
Ustadz Ammi Nur Baits mengulas isu ini di Indonesia dengan hujah berikut:

“Beliau menghalalkan yang thayyibat untuk mereka, dan beliau mengharamkan al-Khabaits.” (QS. al-A’raf: 157)

Thayib secara bahasa artinya baik. Khabaits, bentuk jamak dari khabits, yang artinya sesuatu yang menjijikkan. Semua yang halal adalah thayyib, dan adalah, dan semua yang haram adalah Khabits.Artinya, Allah memberikan nama yang baik untuk yang halal dan Allah memberikan nama yang buruk untuk sesuatu yang haram.Karena, memberi nama yang baik untuk sesuatu yang baik, dan memberi nama yang buruk untuk sesuatu yang buruk, bagian dari mengikuti petunjuk Allah. Sebaliknya memberi nama yang buruk untuk sesuatu yang Allah halalkan, bisa termasuk menghinakan rizki yang Allah berikan.
https://konsultasisyariah.com/25980-memberi-nama-makanan-dengan-setan.html

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam status FB bertarikh semalam (19/10/2016) juga tidak menafikan pemberian nama yang baik kepada makanan dituntut walaupun bagi beliau, penentuan hukum Halal atau Haram makanan tidak mengambil kira namanya:

“ Buah mata kucing halal walaupun mata kucing sebenar haram. Kuih tahi itik di Kelantan halal walaupun tahi itik tidak dimakan dan najis pada majoriti ulama. Kodok diharamkan tapi cucur kodok halal. Telinga keling tidak boleh dimakan tapi kuih telinga keling halal. Maka, halal dan haram dalam makanan merujuk kepada bahan ataupun kandungan makanan bukan namanya. Memang kita disuruh memberikan nama yang elok kepada diri, anak-anak dan orang lain. Pasti juga kepada nama produk kita jika kita yang menamakannya. Namun, jika nama itu sudah terpakai dan bukan kita yang memilihnya, makanan tidak haram hanya kerana namanya tapi yang dinilai ialah kandungannya.”

Jadi, adakah ada mana-mana khilaf akan tuntutan pemberian nama makanan dengan nama yang baik-baik, halal dan thayyibah? Tidak ada. Hampir sepakat semua Muslim setuju makanan Halal wajar diberi nama yang baik-baik.

Jadi, berbalik pada persoalan di awal tadi, bagaimana dengan kuih tradisional Melayu, Kuih Tahi Itik, Kuih Badak Berendam, Cucur Kodok, atau buah Mata Kucing?

Kuih Tahi Itik, apa kata dipanggil Kuih Putih Telor?
Kuih Badak Berendam, apa kata kita panggil Kuih Sopang Pantai Timur?
Cucur Kodok, apa kata kita panggil Jemput-jemput Pisang?
Buah Mata Kucing, apa kata kita panggil Buah Longan?

Ada sahaja alternatif jika kita mahu dan tak kisah dengan nostalgia asal usul pemberian namanya. Mengapa kita mahu teruskan budaya Melayu yang tidak sesuai dan selari dengan anjuran Islam? Mengapa?

Saya tak mahu bangkitkan hal ini, tapi memang ada makanan yang dipanggil oleh kaum Melayu berbunyi rasis.

Contohnya,
Kuih Telinga Keling, padahal ada namanya yang lain Peniram dan Denderam.
Asam Taik Idung Cina, sebenarnya adalah Asam Buah Mo Fa Kor.
Jadi, wahai warga keturunan Cina, India dan Melayu yang anti-Jakim, adakah budaya rasis dalam panggilan nama makanan boleh di-Halalkan?

Makanya, sepakat saja, nama yang jelik kita tolak, apa yang boleh diubah, kita ubah!

Tuntas.

mfr studio


 
 Mfrstudio Ibnmukhtar, 5 September 2016


“Bilakah wujud negara Palestin merdeka?”

Itu soalan saya yang amat dibenci oleh segelintir pihak.
Sebelum ada orang tuduh saya bukan-bukan, saya ingin jelaskan di sini, saya juga mahu menyelamatkan tanah Palestin.

Saya pernah adakan sedikit ceramah kesedaran sewaktu menjadi tok siak tak bertauliah di Gofuku Musolla semasa belajar di Toyama, Jepun dahulu. Video masih ada di youtube:
https://www.youtube.com/view_play_list?p=9A0E94AEC8D1B55E

Saya juga ada ilustrasikan cadangan saya kaedah menyelamatkan Palestin dengan tiga cara iaitu guna senjata doa, harta/jiwa dan ketenteraaan:
https://mfrstudio.blogspot.my/2012/08/bagaimana-nak-selamatkan-bumi-palestin.html

Jadi berbalik kepada soalan tadi:
“Bilakah wujud negara Palestin merdeka?”

Berkali-kali saya lihat orang mengulang-ulang gambar Palestin pada zaman 1920-1948. Di pihak ISMA, pernah ada aktivisnya meletak gambar matawang Palestin zaman itu dan mendakwa itulah buktinya Palestin pernah wujud sebagai negara merdeka. Kemudian aktivis itu menarik semula gambar tersebut setelah saya menegur. Seniornya mesej saya memohon maaf atas kesilapan. Kini, sekali lagi di pihak ISMA mengulang kesilapan sama, kali ini pimpinannya sendiri, Dr Zainur Rashid:


Gambar-gambar Palestin tahun 1920-1948 didakwa sebagai zaman Palestin merdeka oleh Dr Zainur Rashid

Ini pula jawapan dari Dr Zainur Rashid selepas teguran saya:


Walaupun saya masih tak tahu apa hujah Dr Zainur Rashid mendakwa Palestin merdeka pada 1920-1948 menurut buku-buku yang dikarangnya itu namun hakikat sejarah sememangnya tahun 1920-1948, Palestin dijajah British. Bagaimana tanah yang dijajah oleh pihak luar kita panggil sebagai “Merdeka”?

Saya tulis note ini supaya lepas ini harapnya tidaklah lagi berulang hal yang sama baik di pihak ISMA atau lain-lain pihak lagi. Moga ia menjadi rekod rujukan.

----------------------------------------------------
Samalah macam tak habis-habis orang perli hoax berkaitan maksud pokemon itu “saya yahudi”. Dr Yusuf al Qaradhawi ketika mengharamkan pokemon pada tahun 2001 sudah lama selesaikan hal tersebut seperti yang diterjemah dalam buku terbitan PTS, Fiqh Hiburan dan Rekreasi menyatakan pada muka surat 221-222:

“Selain itu, ada yang mendakwa perkataan-perkataan dalam permainan itu ada yang bermaksud ‘saya seorang yahudi’, ‘jadilah seorang yahudi’, ‘Allah lemah’ dan lain-lain tidak dapat kami pastikan kesahihannya dan sudah dinafikan oleh sebahagian rakyat Jepun yang berada di Arab Saudi dan selainnya. Maka, tidak wajar bagi menghukum sesuatu perkara tanpa bukti yang kukuh dalam disiplin ilmu”-Dr Yusuf al Qaradhawi, Fiqh Hiburan dan Rekreasi terbitan PTS, muka surat 221-222.

Dr Yusuf al Qaradhawi yang mengharamkan pokemon pun menolak hoax itu pada tahun 2001, tapi masih lagi dimainkan kononnya ulama mengharamkan pokemon kerana maksud pokemon adalah “aku yahudi”.

Sama juga dengan isu pengharaman patung dan tugu berbentuk manusia dan haiwan yang sudah diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan kali ke-86 pada tahun 2009, tetapi pada baru-baru ini pada tahun 2016 apabila timbul isu haram membuat patung berbentuk helang, orang berkali-kali bertanya, “bila mufti nak bincang hukum tugu negara?”. Bincang apa? Dah putuskan hukumnya pada tahun 2009 lagi. Masih nak ulang-ulang tanya lagi.

Penat kita melihat orang mengulang-ulang kesilapan, persoalan dan isu yang sudah lama diselesaikan dan dituntaskan. Isu sebenar adalah menyelesaikan masalah. Isu Palestin tak akan selesai jika kita bawa fakta salah bahawa Palestin merdeka pada tahun 1920-1948 waktu dijajah British. Masalah pokemon adalah masalah pendidikan anak-anak kita kepada hiburan islami yang ketinggalan. Masalah patung dan tugu, kita tak dapat kesepakatan dan kerjasama melaksanakan fatwa dengan pihak berkuasa sama ada PBT atau kerajaan memerintah. Kita tak amalkan bergerak ke arah solusi. Sudahlah itu, kita masih ulang-ulang berbincang hal yang sudah muktamad kerana kemalasan mengkaji.
----------------------------------------------------------

Baik, berbalik kepada persoalan:
“Bilakah wujud negara Palestin merdeka?”

Saya sudah menjawab persoalan itu dalam blog post saya pada tahun 2009 bertajuk, “Benarkah Wujud Negara Palestin?”:https://alhikmah-diari.blogspot.my/2009/01/benarkah-wujud-negara-palestin.html

Ringkasnya, saya sebut:

Dan kita tahu bumi Palestin tak pernah wujud sebagai sebuah negara seperti yang difahami hari ini. Sejak pembebasan dari Rom, Palestin bernaung bawah pemerintahan empat kerajaan islam, kerajaan Khalifah arRashidin, kerajaan Umayyah, kerajaan Abbasiah, dan kerajaan Fatimiyah. Selepas itu bumi itu ditakluk tentera Salib, seterusnya dibebaskan oleh kerajaan Mamluk,dan berada di bawah Uthmaniyyah ketika kebangkitan khilafah itu.

Hari ini apabila berbicara mengenai mendapatkan "negara Palestin" ada pula pemimpin muslim yang menandatangani wilayah 1967 pembahagian Israel-Palestin, dan ada pula sibuk mahukan wilayah 1947,padahal mereka tak sedarkah wilayah baki yang dipanggil Israel samaada tahun 1948 atau 1967 semuanya adalah tanah umat islam yang diceroboh yang wajib dipertahankan bukan diberimilik pada musuh.

Pada 1947, fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagikan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan negara Israel di Palestin. Pada 1956 fatwa Syaikhul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara negara.

Dan tengok saja bendera Palestin hari inipun, saya rasa sedih. Kalau tengok gambar cover note ini, itu semacam bendera Palestin hari ini. Ya, itu bukan bendera Palestin tetapi bendera yang dikibarkan mewakili gerakan Nasionalisme Arab menentang Empayar Turki Uthmaniyyah sejak Jun 1916. Lebih menyedihkan Sharif Hussein yang antara awal menggunakan bendera ini bekerjasama dengan Sir Mark Sykes ,diplomat British yang merupakan sekutunya untuk hasilkan desain bendera ini. Dr Mahdi Abdul Hadi menerangkan sejarah bendera ini,menyatakan orang-orang Palestin yang pro kepada Sharif Hussein juga mengangkat bendera ini pada tahun 1917 menentang Empayar Uthmaniyyah yang berlaku tidak lama sebelum akhirnya pada tahun 1920 hingga 1948, orang-orang Palestin dijajah oleh British.

Sedih saya kisah perjuangan menuntut negara Palestin ini, ia berkaitan dengan isu tertipu dengan nasionalisme Arab yang akhirnya negara-negara umat terpecah malah berbangga pula dengan permainan percaturan “nation state” yang akhirnya buat tiada lagi umat sebagai binaan.

Saya petik ulasan saya sendiri tentang hal ini dalam blog post yang saya beri sebelum ini, saya menyatakan:

Ranumnya "demokrasi" atas kalimah "kuasa rakyat" atau "power of the people" akan sentiasa membuatkan manusia-manusia yang Allah jadikan bersuku puak (berbangsa-bangsa) ini akan berbangga dengan bangsa seterusnya negara bangsa mereka. Inilah yang dinamakan semangat kebangsaan atau "nasionalisme".

Dan atas nilai ini, walaupun seorang manusia itu memanggil dirinya muslim, sampai bila-bilapun mereka tak akan ada sifat bersaudara sesama muslim (ikhwanul muslimin) jika nasionalisme sangat menebal. Ingatlah kata-kata Kamal Attarturk ketika menjatuhkan khilafah terakhir di bumi Turki, mahu "menjadikan Turki sebagai negara demokrasi".Sehingga Mustafa Kamal itu mengubah azan dalam bahasa Turki untuk meletakkan semangat Nasionalisme dan kebanggaan menjadi seorang Turki lebih daripada menjadi seorang Muslim.

Hari ini kita mendengar ungkapan "bangla", "indon","pak arab" sebagai manifestasi sindiran ke atas bangsa menjarakkan lagi perasaan sayang pada saudara muslim di bangladesh, indonesia atau negara arab. Malah ungkapan "melayu layu", "jawa totok", atau "mamak" juga kini mula didendang supaya ungkapan "anak malaysia" menjadi kuat. Padahal ungkapan "saya muslim" atau "I'm muslim" itulah yang menyatukan manusia-manusia beriman seluruh dunia.

Kesimpulannya, marilah kita berbangga sebagai muslim, marilah kita sayang sesama muslim, marilah kita menitikberatkan maqasid syariah atas peliharaan 5 asas yang perlu dijaga untuk umat, agama, jiwa, akal,keturunan dan harta. Marilah kita merasakan seluruh harta umat menjadi tanggungjawab umat untuk menjaganya, sepertimana agama umat (islam) menjadi tanggungjawab seluruh umat menjaganya.

Marilah kita merasakan seluruh wilayah umat Islam adalah tanah-tanah umat islam keseluruhannya. Marilah kita runtuhkan benteng kebangsaan kerana kita umat islam seluruhnya adalah SATU binaan bukan dua,tiga atau berpecah-pecah. Marilah kita hancurkan cerita-cerita kartun yang cuba ditanam oleh para musuh bahawa nasionalisme itu suci, demokrasi itu agung. Marilah kita kembang dan sebarkan bahawa iman itu terasnya, ukhuwwah itu penyatunya, taqwa itu titikpuncaknya, dan syariah itu sistem yang sebetulnya bukan lain-lain ideologi.

“MUSLIM SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT”

Sekian, tulisan panjang saya. Lama dah tak berblog macam dulu.