|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
PENTINGNYA TUJUAN DALAM SEMUA HAL

Perkara ini menjadi asas dalam hidup aku. Aku jua lemah dan selalu tersilap. Aku jua pelupa dan perlu diingatkan. Sering aku tersesat, sering aku terkeliru atau terbabas. Namun untuk memperbetulkan semula, meletakkan kembali hidup di atas trek semula, menggerakkan usaha ke arah solusi tuntas pada permasalahan, ujian atau keperluan, aku mulakan semula proses "Mengenalpasti Tujuan".

"Mengenalpasti Tujuan" ini amat penting supaya usaha yang dilakukan selepasnya berbaloi, usaha yang mustahil dan tidak bermakna boleh diabaikan, usaha yang kecil, sampingan atau sekadar sokongan tak diperbesarkan atau disibukkan, usaha utama dapat terfokus, paling penting usaha yang dilakukan akan mencapai "Solusi Tuntas".

1. CONTOH DALAM BERBINCANG MENCARI SOLUSI

Contohnya jika seorang isteri berkata, "Rasa nak jumpa suamilah hujung minggu, kalau boleh nak pergi klinik untuk scanning sama-sama, tapi tak nak susahkan suami. Dia duduk jauh". 

Ayat di atas mungkin terlalu spesifik kepada kes suami-isteri yang tinggal berjauhan dan hanya bertemu pada hujung minggu. Kebetulan pada satu atau dua minggu setiap bulan, suaminya perlu bekerja tambahan pada satu hari di hujung minggu sama ada Sabtu atau Ahad. Isteri pula telah sarat mengandung yang sangat merindui suaminya dan tak sanggup menanti dua minggu untuk bertemu dengan suami. Dia terbayangkan, alangkah indah jika jadual ke klinik untuk scanning dapat dibuat bersama suami. Suami mungkin boleh usaha untuk memandu 200km pergi dan balik dalam satu hari untuk merealisasikan impiannya, tapi dia tak mahu menyusahkan suami. Sekarang, si isteri sangat keliru akan masalahnya. Apakah solusinya?

Baik, mengapa si isteri keliru untuk dapatkan solusi?

Kerana si isteri tidak pasti "Tujuan" bagi "Masalah"nya. Apa buktinya?

Dalam masalah yang terngiang di fikiran si isteri itu, terdapat tiga tujuan yang sama berat untuk dicapai iaitu:
a. Nak berjumpa dengan suami
b. Nak ke klinik bersama-sama
c. Tak nak menyusahkan suami

Prinsip untuk mengenalpasti tujuan adalah mengenali sifat "Tujuan", iaitu:
a. Tujuan itu satu.
b. Tujuan itu adalah matlamat akhir.
c. Tujuan itu solusi pada masalah. Ertinya, selepas mencapai tujuan, masalah lenyap terus.

Bagi sifat pertama, kita lihat si isteri tak dapat "Mengenalpasti Tujuan" kerana si isteri memiliki tiga tujuan dalam masalahnya, sedangkan sifat tujuan itu adalah satu. Maka besar kemungkinan "Tujuan sebenar" adalah salah satu dari ketiga-tiganya sebagai "Tujuan utama" yang ingin dicapai ATAU besar kemungkinan ketiga-tiga tujuan itu bukan "Tujuan sebenar" tapi hanyalah "Cara" untuk mencapai "Tujuan sebenar".

Bagi sifat kedua, apakah ketiga-tiga tujuan itu ada sifat matlamat akhir? Matlamat akhir mestilah "Tujuan tanpa ada tujuan selepasnya". Contohnya, jika "Nak berjumpa suami" itu untuk "Nak melepaskan rindu", maka "Nak berjumpa suami" bukan tujuan, kerana selepasnya ada tujuan "Nak melepaskan rindu" pula. Dalam kes itu, "Nak melepaskan rindu" adalah sebenarnya tujuan, dan "Nak berjumpa suami" hanyalah "Cara".

Atau, "Nak ke klinik bersama suami" itu sebenarnya untuk "Mahu suami melihat scanning baby bersama", maka "Nak ke klinik bersama suami" bukan tujuan, tapi adalah "Cara" dan "Mahu suami melihat scanning baby bersama" itulah tujuan.

Begitu juga, jika "Tak nak menyusahkan suami" itu kerana "Tidak mahu suami penat", maka "Tak nak menyusahkan suami" itu cara dan "Tidak mahu suami penat" itu tujuan sebenar.

Maka apa beza apabila "Cara" dianggap sebagai "Tujuan" berbanding "Tujuan sebenar" menjadi "Tujuan"?

Beza besarnya, apabila "Cara" menjadi "Tujuan" kita akan terikat dengan "1 cara" yang belum tentu boleh menjadi "solusi", berbanding jika "Tujuan sebenar" menjadi "Tujuan", kita mampu mengungkapkan "Pelbagai cara" dan kebarangkalian mencapai "solusi" lebih besar. Inilah yang akan memberikan kesan berbeza kepada "masalah", iaitu; apabila terikat dengan "1 cara" kita akan keliru, berasa masalah adalah kompleks seterusnya tidak menjumpai jalan untuk "solusi"; berbanding apabila kita ada "Pelbagai cara" maka kita akan dapat terfokus mencari solusi, masalah menjadi mudah dan ringan, dan jalan "solusi" menjadi terang dan lapang.

Seterusnya, sifat ketiga, tujuan itu mestilah solusi bagi masalah, maka mempunyai tiga tujuan di atas, adakah mampu melenyapkan masalah utama si isteri secara tuntas, atau hanya melunaskan hal-hal luaran masalah yang bukan akar bagi masalah. Sebab itu, "Mengenalpasti Tujuan" tak boleh lari dari "Mengenalpasti akar masalah". 

2. TUJUAN AGUNG SELURUH HIDUP INI UNTUK BERIBADAH PADA ALLAH DEMI MENCAPAI REDHA-NYA.

Kita hidup di dunia ini menghadapi pelbagai masalah, ujian dan keperluan yang perlu dilunaskan. Dalam mencari solusi kepada masalah, ujian atau keperluan itu, sebenarnya kita tak boleh terbabas, terkeluar, tersasar, dan lari dari tujuan agung keseluruhan hidup di dunia ini iaitu: beribadah pada Allah demi mencapai redha-Nya.

Ada orang tujuannya hanya beribadah, tetapi tidak meneliti ibadah yang dikerjakan diredhai Allah atau tidak. Ada orang tujuannya untuk capai redha Allah, tetapi tidak meneliti setiap yang dilakukannya adalah ibadah atau tidak. Di situ ibadah dan redha Allah tak boleh dipisahkan untuk menjadi tujuan agung. Lalu, setiap tujuan bagi usaha mencari solusi untuk pelbagai masalah, ujian, dan keperluan tadi mestilah tujuan-tujuan yang dikenalpasti mencapai tujuan agung yang satu itu.

Dalam pengajian Islam, dewasa ini pengkajian usul fiqh tak dapat lari dari berbicara soal Maqasid Syariah. Para ulama zaman ini, menekankan soal Maqasid kerana "Maqasid" itu bererti "maksud" dan "mengenalpasti maksud suatu syariat" itu adalah memberikan fokus fatwa atau hukum yang digariskan tidak tersasar kepada "Tujuan utama Syariat". Imam Syatibi menggariskan 5 perkara sebagai tujuan syariat iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta.

3. MASALAH UMAT TANPA MENJUMPAI SOLUSI

Merenung lebih jauh dalam permasalahan umat hari ini baik isu politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan agama semuanya mampu untuk diselesaikan apabila perbincangan fokus kepada "Mengenalpasti Tujuan" seterusnya mencapai "Solusi".

Kita bercakap mengenai matlamat Malaysia , "ingin menjadi negara maju menjelang 2020", tetapi sudahkah kita tuntaskan apakah "Tujuan" untuk "menjadi negara maju" itu? Jika "Tujuan agung" kita adalah "ibadah demi redha Allah", maka adakah bergerak menjadi "negara maju" itu "diredhai Allah"? Jika "negara maju" itu punya tujuan selepasnya, maka "negara maju" akan hanya menjadi "cara" dan tujuan selepasnya itulah "tujuan sebenar". Kemudian, kita perlu tuntaskan apakah "tujuan sebenar" menjadi "negara maju"? Di situlah yang akan menentukan sebenarnya "apa yang kita ingin Malaysia capai". Adakah akhirnya "pencapaian" itu bergerak ke arah "Tujuan agung"? atau sebenarnya kita lari dan tersasar dari "Tujuan agung" menuju "cinta dunia" atau "cinta nafsu".

Persoalan inilah jua memuktamadkan ke arah mana kita ingin capai dalam "kempen memboikot" untuk selamatkan Palestin. Adakah kita sudah kenalpasti "akar masalah" Palestin seterusnya "mengenalpasti tujuan" untuk selesaikan "akar masalah" itu? Kemudiannya adakah "memboikot" itu akhirnya akan mencapai "tujuan" tadi seterusnya masalah Palestin akan lenyap? Di situlah lorong-lorong yang kita cuba untuk lari yang akhirnya tak bawa kita kepada solusi, tapi hanya berlegar di ruang perdebatan dan pertikaian mengenai "apakah perlu boikot atau tidak", padahal tenaga fikir kita perlu memuktamadkan "akar masalah" seterusnya "mengenalpasti tujuan" yang kemudiannya barulah membawa kita kepada solusi seterusnya melenyapkan terus masalah Palestin.

Sebagai contoh, bagaimana sistem "mengenalpasti tujuan" dalam kes Palestin boleh bawa pada "solusi tuntas"? Saya mudahkan sebagai berikut:

Akar masalah: Umat Islam tidak digeruni musuh hingga musuh menzalimi, menceroboh, menjajah dan menindas.
Mengenalpasti Tujuan: Menggerunkan musuh hingga mampu menghalang musuh dari meneruskan kezaliman, pencerobohan, penjajahan dan penindasan.
Solusi: Pakatan Tentera Islam.
Dapatkah tujuan mencapai tujuan agung?: Menggerunkan musuh dan menghalang semua bentuk kezaliman adalah perintah Allah (rujuk al anfal: 60) maka ia adalah ibadah yang mendapat keredhaan Allah.

Jadi apabila sudah mencapai solusi, maka semua umat Islam bergerak menuju solusi tersebut dan tak membazir masa dengan solusi yang tak tentu tujuan.

Begitu juga halnya dalam usaha perbankan Islam. Adakah "mengadakan sistem tanpa riba" itu adalah "tujuan sebenar" atau "menghilangkan ketidakadilan, penindasan dan kezaliman dari sistem riba" itu adalah "tujuan sebenar"? Di sebabkan kita tak mengadakan proses "mengenalpasti tujuan", maka hari ini perbankan Islam selesa dalam bermuslihat secara kontrak, sistem riba hilang dalam akad, tapi masih tertinggal motif kapitalis perniagaan yang zalim dan menindas umat. Sekiranya "mengadakan sistem tanpa riba" bukan "tujuan" tetapi hanya "cara", maka usaha perbankan Islam tidak akan terus istiqamah dengan usaha sedia ada tetapi bergerak menuju "institusi pinjaman tanpa riba dan tanpa motif perniagaan" hingga "hilang semua penindasan dan kezaliman dari sistem riba total". Adakah perbankan Islam menuju ke arah itu? Dalam keadaan motif keuntungan berlipat ganda dipromosikan kepada bank konvensional untuk beralih pada perbankan Islam? Tujuan menentukan halatuju usaha.

Bercakap soal pilihanraya jua sama, adakah "Politik Kepartian" hari ini solusi bagi mencapai tujuan "Politik Umat"? Ke mana "Politik Islam" mahu capai? Dahulu kebanyakan pejuang sering menyebut perjuangan "Politik Islam" untuk mengembalikan "Khilafah memerintah dunia dengan mengangkat syariat sebagai hukum atau undang-undang", tapi hari ini sudah banyak pula yang menyebut "Negara Berkebajikan dan Tadbir urus Baik" sudah cukup dicapai sebagai tujuan, maka terbitlah suara menyebut "Sistem sekular lebih baik dari sistem Ayatullah atau Taliban" dan sebagainya. Kita masih tak tuntas apakah "tujuan sebenar" bagi "politik Islam", kemudiannya kita keliru akan "solusi" untuk politik kita. Kita tak tuntaskan apakah "akar masalah" untuk politik umat, kemudiannya kita langsung tak "mengenalpasti tujuan" kita berpolitik.

Sosial umat dalam hiburan jua sama. Kita masing-masing tak selesa dengan "hedonisme", tapi solusi "membina blok hiburan islami patuh syariat" tak ke mana. Kita buat filem dan drama dakwah, kita minta pelakon pakai niqab kemudian buka aurat bila babak di dalam rumah. Kita tulis skrip sebut "marilah taat pada Allah", lalu kita minta pelakon bersentuhan malah berpelukan. Apa ini? Selepas kita protes dan menegur, termasuk mengemukakan solusi lakonan islami, mereka sebut, "siapa yang nak tonton filem dan drama tanpa buka aurat, pelukan dan sentuhan itu?". Nah, sekarang kan bukti bahawa "berdakwah dengan filem dan drama" bukanlah tujuan untuk capai "tujuan agung"-ibadah demi redha Allah, bukankah "mendapat tontonan tertinggi" atau "keuntungan tayangan" yang menjadi "tujuan sebenar" yang sudah tersasar dari "tujuan agung"?

Mahu bebaskan "pendidikan" dari "berorientasikan peperiksaan" dengan menambah pelbagai bentuk dan sistem pemarkahan untuk pelajar, tetapi apabila mahu diterima ke universiti dan alam pekerjaan khususnya sektor awam, tetap jua dinilai berdasarkan "gred" dan "sijil" dari sistem peperiksaan. Kita tak mengerti tujuan sebenar pendidikan, tidak mengerti tujuan sebenar penilaian, tidak mengerti tujuan sebenar manusia dididik dan diberi kerja. Kita tersasar solusi dari tujuan sebenar. Akhirnya kita masih menjadi masyarakat pengguna dan bukan masyarakat pencipta. Jika ditakdirkan kita mencapai negara maju, namun adakah kita maju hingga memimpin dunia, memperbaiki dan mengubah kelemahan menjadi kekuatan, atau kita hanya maju sebagai pengikut dan dipimpin, diperbudakkan dan diubah dari lemah menjadi terus bergantung pada musuh.

Kita, ke mana kita nak tuju, solusi atau berbasa-basi, tujuan atau hanya tuju kekeliruan. Itu sahaja sudah atau belum kita kenalpasti?




Gaza diserang lagi November 2012. Kini suara-suara memanggil untuk boikot McD bergema lagi di Fesbuk. Sinis dengan panggilan itu, ada yang menyindir, "suruh boikot McD, kenapa tak boikot Fesbuk sekali, bukankah itu dari Yahudi juga?". Bising dan kalut bagi yang mempertahankan usaha boikot McD dan yang menyindir dan sinis akan kesahihan fakta boikot serta impak boikot pada usaha menyelamatkan Palestin.

Saya secara tuntas memandang solusi bagi konflik di bumi Palestin angkara Zionis Laknatullah adalah mewujudkan Pakatan Tentera Islam. (Baca: "Benarkah Wujud Negara Palestin?" dan Poster: "Bagaimana Nak Selamatkan Bumi Palestin Dari Zionis?")

Walaupun saya tidak menganggap boikot satu usaha solusi untuk konflik, tapi saya mengakui ia berfaedah dalam beberapa hal. Namun spesifik kepada isu boikot syarikat restoran McDonald dan perihal jihad makanan dan ekonomi, berikut merupakan pendirian saya:

"Boikot makanan sebenarnya bukan satu usaha yang payah di malaysia. kajian tourism malaysia membuktikan malaysia adalah syurga makanan halal. kerajaan malaysia malah sedang berusaha jadikan malaysia hub halal dunia. oleh itu jika saya nak boikot nasi kandar pelita, bukanlah usaha yang payah, hatta jika saya ketagih nasi kandar pun saya masih boleh beralih pada berpuluh nasi kandar jenama yang lain. jikapun saya nak boikot seluruh restoran nasi kandar apa saja jenama, saya masih lagi berpeluang makan nasi kandar masak sendiri atau di rumah terbuka. 
Begitulah kiranya pemboikotan McD, bukanlah satu usaha yang payah kerana di Malaysia, untuk makan burger, minum air cola atau kentang goreng sangatlah mudah. malah bahan-bahan untuk masak sendiri juga banyak di supermarket mahupun mini market. jadi seorang penagih McD masih boleh berpesta makan makanan fast food, berlemak, berminyak dan tak sihat dengan mudah tanpa membeli dan menyokong product McD. Ia usaha yang tak payah mana. 
Usaha yang payah adalah tuntutan Islam bukan terhenti pada beralih jenama, dari jenama yang menyokong Israel kepada jenama buatan umat Islam sendiri, tapi dalam isu jihad ekonomi dan makanan khususnya, adalah betapa kita wajib memlilih bukan saja HALAL malah TOYYIBAH! Kita sebenarnya bukan setakat perlu BOIKOT MCD kerana MCD sokong Israel, tapi kita perlu boikot SEMUA MAKANAN TAK SIHAT DAN MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, kerana disebabkan kita tak masukkan dalam badan kita MAKANAN HALAL YANG SIHAT, maka Allah TAK KURNIAKAN KITA BADAN YANG SIHAT DAN KUAT SEKUAT MUJAHIDIN, malah OTAK KITA JUGA JADI BODOH DAN TAK BIJAK HINGGA GAGAL MENCIPTA PRODUK SENDIRI, MEMIMPIN TAMADUN MANUSIA KE ARAH PRODUK YANG DIREDHAI ALLAH, DAN MENGUASAI EKONOMI DUNIA SERTA MENGALAHKAN MUSUH DALAM APA JUA BIDANG EKONOMI! 
Ini kisah paling asas sebelum sampai kepada usaha pemboikotan McD, iaitu sejauh mana kita memboikot (menjauhi sungguh-sungguh) makanan tak menyihatkan termasuk makanan tradisi nasi lemak atau teh tarik, bagi memastikan kita bertubuh sihat dan kuat, berotak bijak dan cerdas untuk membina diri menjadi Mujahidin bagi melawan Yahudi laknatullah?
Saya kira kalau kita setel hal asas ini, boikot McD tak payah diwar-warkan pun, kerana McD memang tak pernah jadi idaman hati para mujahidin untuk bertubuh sihat."
(diterbitkan dalam ruangan komen status FB Syabab Musafir Kasih a.k.a Rusydi)

Kemudian bagi meleraikan konflik pertembungan apakah patut boikot McD saja tapi tidak FB atau boikot kedua-duanya, atau tak boikot ape langsung, saya mendatangkan solusi berikut:

1. Boikot syarikat makanan berkaitan Yahudi
Cara menyeluruh: Rajin memasak di dapur dan lebihkan kuahnya untuk dimakan seisi keluarga dan diberi pada jiran-jiran.

Dalilnya:Dari Abu Zar RA katanya ,Rasulallah SAW bersabda :”Bila engkau memasak,perbanyakkanlah kuahnya dan berikanlah untuk tetangga kamu” riwayat Muslim

Kesannya: Apabila semua muslim rajin memasak di dapur, maka secara tak langsung telah memboikot semua restoran baik yang berkaitan Yahudi mahupun restoran-restoran lain yang tak tentu halal, berkat, bersih dan sihat makanannya. Ahli keluarga akan dipastikan makan makanan segar, berkhasiat, malah boleh menunaikan kebaikan pada jiran tetangga.

2. Boikot media maya berkaitan Yahudi
Cara menyeluruh: Gunakan media semata-mata untuk menyebarkan seruan pada Allah, amar makruf nahi munkar, dan tinggalkan sosial maya (deactivate, wujud akaun tanpa friend hanya subscribe bahan ilmu,unfriend dan block orang yang guna media maya untuk sosial) dan pertingkatkan amalan ziarah saudara-saudara dari rumah ke rumah, lorong ke lorong, kampung ke kampung yang mampu bertemu dan berpisah kerana Allah.

Dalilnya:
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sesungguhnya, aku termasuk orang-orang muslim (yang berserah diri)?” (Fussilat 33)
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar ; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali Imran : 104)
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, "Aku takut kepada Allah", seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya."
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah) 
Kesannya: terhindar umat dari semua bentuk sosial dan ikhtilat yang melalai dan menjurus pada dosa yang diinginkan Yahudi. semua dapat pahala dakwah baik dakwah di media maya (sebab guna media maya 200% untuk dakwah semata-mata) dan dakwah realiti (sebab rajin menziarahi saudara mara dan bercakap mengenai kebesaran Allah apabila bertemu mahupun berpisah). masyarakat akan kembali menghayati islam kerana wujud biah solehah baik di alam maya mahupun realiti.
(diterbitkan di ruangan komen FB sama seperti sebelumnya)

Semoga kita lebih fokus pada matlamat sebenar iaitu menyelamatkan Palestin dan mendatangkan solusi buat umat, bukan sekadar siapa lebih handal menunjukkan semata-mata pedulisme, setakat itu saja, tanpa mahu sungguh-sungguh menyelamatkan dunia hari ini dan sediakan diri sebagai pejuang agama Allah.
Entri ini adalah komen saya kepada entri Eyna-Chan yang bertajuk "Tukar Bidang?". Blogger.com tak kasi komen lebih-lebih pula di ruang komen blog.

Bismillah.

Sebenarnya isu matlamat hidup dan mengenal potensi dan bakat diri ini patut selesai paling lewat umur 12 tahun. Dan setiap muslim jangan pernah ada matlamat hidupnya itu diletakkan apa yang nak dicapai di DUNIA. Jauhkan matlamat itu hingga mencapai motif dan tujuan manusia itu dijadikan Allah. Matlamat hidup semua muslim adalah mencapai redha Allah di AKHIRAT dengan memenuhkan hidup di dunia dengan IBADAH NON STOP. Benda ni dah kena selesai dah waktu 12 tahun.

Kemudiannya BERTERASKAN matlamat itulah maka berbeza-bezalah semua muslim mengenalpasti potensi dan bakat diri. Dan pastikan potensi dan bakat diri itu akhirnya menjadikan kita bermanfaat untuk umat manusia lainnya. Sebab itu sajalah yang mampu buat kita BERIBADAH NON STOP. Start bangun hingga tidur hingga bangun semula, semuanya jadi IBADAH.

Saya dah kenalpasti matlamat ini semasa umur 10 tahun dan dah buat keputusan yang seluruh hidup saya adalah mencapai matlamat akhirat. Saya kena buat keputusan awal, sebab saya taknak nanti bila dah akil baligh, dah ada buku amalan sendiri, baru nak fikir apa nak dibuat di dunia, padahal patutnya bila dah ada buku amalan, terus BERAMAL bukan baru nak fikir nak AMAL apa. Itu yang menghantui setiap fikiran saya semasa umur 10 tahun.

Walaupun saya akui, zaman kanak-kanak saya habis dengan usaha saya keluarkan potensi diri semaksimum mungkin dan tak ada ramai kawan-kawan, tak ada kenangan bermain dan bergembira berfoya-foya buang masa, tak ada kenangan terpengaruh dan dipengaruhi budaya sosial remaja. Tapi semua itu menyelamatkan saya dari kemelut dan dilema seperti kawan-kawan lain yang baru nak rangka dan fikir tujuan dan matlamat hidup sebenar selepas keluar univ.

Saya minat melukis bagai nak gila sejak umur 3 tahun lagi dan berjaya hasilkan senaskhah komik 24 halaman mukasurat waktu umur 6 tahun, tapi masa umur 7 tahun lepas diwajibkan solat oleh ibubapa, saya sedar semata-mata melukis tidak akan manfaatkan potensi diri saya sepenuhnya, maka saya cuba fahamkan apa yang diperlukan oleh tamadun manusia waktu itu. Zaman 90 an itu dunia sibuk bercakap tentang teknologi, dan perang teknologi senjata canggih dan pemusnah hangat dibualkan. Saya rasa itu adalah apa yang dunia perlukan dari saya. Bagaimana saya boleh gunakan potensi diri lain selain melukis, adalah saya kena jadi pembangun teknologi. Nak bangun teknologi dua bidang penting saya kena kuasai adalah matematik dan sains, lalu saya bersemangat belajar matematik dan sains yang akhirnya menemukan saya bahawa ilmu teknologi itu bukan berkenaan matematik dan sains saja, malah seluruh ilmu di dunia terlibat.

Belajar dan belajar bukan untuk periksa, zaman belajar adalah zaman saya kumpulkan ilmu, taktik, rancangan, pelan untuk ubah seluruh dunia, baiki seluruh sistem politik, ekonomi dan sosial. Semangat membuak-buak kerana sudah dikuasai jiwa yang nak sangat raih redha Allah, biar Allah pandang kita pejuang yang beri manfaat untuk tamadun dunia. Habis univ, tak kisah kerja apa, apa yang diberi oleh Allah, saya grab, dan teruskan. Sebabnya matlamat saya bukan dunia ni, nak jadi apa pun kat dunia, jadilah asalkan Allah redha, sebab saya nak kumpul seluruh ilmu dan gunakan seluruh nikmat untuk jadi pejuang. Perjuangan bukan sehari, tapi sampai mati. Cinta kasih benci, bukan pada jenama bidang, jenama kerjaya, tapi pada apa yang saya dah sumbangkan setiap saat dari bangun hingga tidur hingga bangun semula.

Sedar akan hakikat takdir dan alam hidup ini seluruhnya dipegang Allah, maka hadapi apa saja yang Allah beri, usahakan terus untuk jadi penyumbang dan penyumbang non stop. Di dunia ini bukan tempat nak rasa bahagia, nak rasa seronok, nak rasa puas sebab dapat buat apa yang kita MAHUKAN, tapi di dunia ini adalah tempat untuk nak rasa semangat, nak rasa kuat, nak rasa tabah dan sabar untuk terus-terus menyumbang apa yang tamadun dunia PERLUKAN.

Hebatnya Allah bila niat dan jiwa kita adalah semangat untuk menyumbang, dibukakan peluang besar di zaman ini kita boleh lakukan banyak hal tanpa banyak sekatan. Hari ini saya berkerjaya sebagai jurutera, tapi saya juga boleh melukis komik dakwah, boleh belajar pelbagai ilmu dari banyak ilmuwan, buku, internet secara global.

Orang berkata, buat apa paksa buat benda yang kita tak suka setiap hari. Mana ada benda yang kita boleh tak suka, hatta diberikan ujian pedih oleh Allah di dunia ini pun kita kena suka, dengan maksud suka bererti redha. Hidup ini memang bukan tempat bersuka-suka. Orang berkata, dah tu takkanlah kita langsung tak boleh nak cari bahagia, rasa suka, dan enjoy? Kita kata bila masa pulak langsung tak boleh, bila dah selesai menyumbang non stop di dunia, maka bahagia, rasa suka dan enjoy secara NON STOP adalah selepas kita mati dan dikurniakan JANNAH di akhirat nanti! Kan boleh macam tu!

JOURNEY TO JANNAH, itu misi kita!

sekian.

mfr
Bismillah.

Setiap sesuatu ada hikmah. Setiap yang berhikmah patut diambil ibrah.

Imam Hoslan Hussin (bekas imam rawatib Masjid Ar Rahimah Kampung Pandan Kuala Lumpur) telah diisytihar sebagai hero oleh sahabat bff aku, Rusydee Artz di wall facebooknya.

Saya telah mengomentar agak kontra dalam isu akhlak dan melabel perbuatan tertentu si imam atau si hero sahabatku ini suatu yang tidak islami. Maka saya melihat di situ ada yang keliru dan terpinga-pinga tentang apa hal dan apa kes sebenarnya kisah si Imam Hoslan Hussin pembaling kasut ini?

Maka di sini saya senaraikan kronologi bulat-bulat diambil dari sumber Malaysiakini.com dan dengan kaedah anggapan bahawa semua yang dilaporkan adalah fakta tanpa spekulasi atau prejudis.


___________________________________________

IMAM HOSLAN HUSSIN

1. Nama: Hoslan bin Hussin
Anak: 7 orang (berusia antara 6-16 tahun)

Hoslan juga perlu menyara tujuh anaknya, berusia antara enam hingga 16 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai alam sekitar di Jabatan Alam Sekitar, kata Karpal lagi.


2. Bekas pengikut Arqam dan penyokong PAS

Bekas pengikut al-Arqam itu lagi turut mengakui bahawa beliau merupakan seorang penyokong PAS – parti yang disifatkannya sebagai gerakan yang mendukung kebenaran.


Tahun 90-an

1. Penyelewengan duit Masjid Ar Rahimah berlaku

Beliau mendakwa, dakwaan penyelewengan berjumlah "ratusan ribu" itu antara lainnya melibatkan bayaran sewa tanah masjid, kutipan daripada tabung masjid dan juga sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Beliau mendakwa, penyelewengan itu berlaku sejak tahun 1990-an lagi.

Tahun 2002

1. Tinggal di kuarters masjid bersama tujuh anak

Keputusan itu juga memaksa beliau untuk mengosongkan kuarters imam yang dihuni bersama tujuh orang anaknya itu sejak 2002.


Tahun 2005

1. Dilantik menjadi imam rawatib

Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.


2. Menerima elaun RM450 semenjak bertugas sebagai imam rawatib

Beliau menerima elaun sebanyak RM450 semenjak bertugas sebagai imam rawatib di masjid tersebut, sehinggalah perkhidmatannya ditamatkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2008.


3. Menghidu penyelewengan duit masjid

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, beliau mendakwa mula menghidu perkara itu apabila dilantik sebagai imam rawatib di masjid tersebut sejak tahun 2005.


4. Dibentuk 4 ahli jawatankuasa bertindak oleh MAIWP

Difahamkan pada tahun itu juga, sebuah jawatankuasa bertindak yang dianggotai empat ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dibentuk dan menghantar laporan kepada MAIWP pada Februari 2006, yang kemudiannya menjalankan audit dalaman pada bulan berikutnya.


Feb 2006

1. Jawatankuasa bertindak menghantar laporan

Mac 2006

1. Audit dalaman dijalankan dan mesyuarat sahkan duit banyak hilang antara tahun 2003-2005

"Mesyuarat itu sahkan banyak duit hilang," dakwa Hoslan lagi yang merujuk kepada mesyuarat hasil daripada audit dalaman untuk tahun 2003 hingga 2005 – dijalankan jabatan tersebut pada Mac.

Mesyuarat berkenaan dikatakan antara lainnya mendapati perbezaan di antara penyata kewangan, penyata kutipan dan penyata bank masjid tersebut, menurut minit mesyuarat itu yang dilihat Malaysiakini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali itu juga dikatakan mendapati jawatankuasa itu tidak mengetahui mengenai sumbangan jabatannya sebanyak RM2,000 setiap tahun.

22 Mei 2006

1.Pertemuan JAWI dengan semua ahli jawatankuasa masjid

Dakwaan Hoslan itu pernah mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengadakan pertemuan dengan kesemua anggota jawatankuasa masjid berkenaan pada 22 Mei 2006.

MAIWP selaku pemegang amanah masjid tersebut kemudiannya dikatakan telah mengadakan mesyuarat dengan memanggil semua ahli jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah pada Mei 2006, mengikut peruntukan Seksyen 72, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.


2. Jawatankuasa dipecat atas dakwaan penyelewengan dan jawatankuasa baru dilantik

Hoslan mendakwa, kesemua anggota jawatankuasa berkenaan telah dipecat dan satu jawatankuasa baru dibentuk. Bagaimanapun, ahli jawatankuasa itu masih tidak berpuas hati dengannya apabila beliau terus menimbulkan dakwaan penyelewengan melibatkan jawatankuasa berkenaan, dakwanya.


Julai 2006

1. Laporan polis dibuat atas salahlaku dan penyelewengan kewangan masjid

Satu laporan polis kemudiannya dibuat pada Julai 2006, atas dakwaan salahlaku dan penyelewengan kewangan terhadap seorang pegawai masjid berkenaan pada Julai 2006 berhubung isu yang dibangkitkan dalam mesyuara berkenaan.

Laporan di ibupejabat kontinjen polis Kuala Lumpur itu juga dibuat berhubung kutipan tabung masjid yang didakwa dibuat tanpa rekod sah.

Tahun 2008

1. Masalah disiplin Imam Hoslan menimbulkan rasa malu pentadbiran masjid

"Keputusan tersebut diambil berdasarkan pemerhatian dan penilaian terhadap beliau bagi memelihara kemuliaan jawatan imam di mata masyarakat dan menjaga nama baik masjid Ar-Rahimah," laporan itu dipetik.

Laporan JAWI ke atasnya antara lainnya mendakwa Hoslan sering tidak memakai pakaian rasmi lengkap imam dan tidak berkerjasama dengan pihak masjid dalam program yang dijalankan.

Malah, beliau juga didakwa telah memakai pakaian yang melambangkan imej parti politik dalam satu bengkel pada Mei 2008, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hoslan juga didakwa sering "berebut" dengan imam dan juga khatib jemputan untuk menjalankan tugas berkenaan – satu tindakan yang menimbulkan rasa malu di kalangan pentadbiran masjid, menurut laporan itu lagi.
2. Membantu setiap pilihanraya kecil PAS

Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.


16 Mei 2008

1. Pertemuan jawatankuasa masjid dengan Imam Hoslan dan jawatan imam ditamatkan.

Pihak pentadbiran masjid berkenaan juga telah mengadakan perjumpaan untuk memberi teguran kepadanya dan mendapatkan penjelasan daripada beliau pada 16 Mei 2008.

Susulan daripada pertemuan itu, pentadbiran masjid tersebut kemudiannya mencadangkan supaya perkhidmatan beliau sebagai imam ratib ditamatkan.


2. Duduk di kuarters masjid tanpa kebenaran

Selain itu, Hoslan juga didakwa menduduki kuarters masjid tanpa kebenaran walaupun telah diberikan unit perumahan di salah satu pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Termiskin.


3. Notis dari MAIWP mengosongkan kuarters

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kemudiannya menamatkan perkhidmatan Hoslan pada 2008 dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

4. Berkeras duduk di kuarters masjid

Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ.

Jun 2011

1. Dihalau kerana pendedahan penyelewengan

Beliau juga percaya bahawa tindakan yang dikenakan ke atasnya setakat ini, termasuk dihalau keluar daripada kuarters imam, adalah ekoran daripada pendedahannya berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku di masjid itu.

Ketua imam masjid itu, Zakaria Mohamed ketika dihubungi hari ini bagaimanapun enggan mengulas dakwaan yang ditimbulkan Hoslan.

"Tidak boleh tanya saya... Kena tanya MAIWP sebab semuanya itu urusan MAIWP," katanya lagi.

2. Perintah Mahkamah dikeluarkan

Perintah Mahkamah Tinggi pada Jun 2011 itu bagaimanapun dirayu oleh Hoslan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan itu semalam.


3. Merayu di Mahkamah Rayuan

Julai 2011

1. Mengangkat jubah menunjukkan baju T BERSIH 2.0 ketika khutbah Jumaat.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya,
khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.
Namun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya


22 Feb 2012

1. Merayu di Mahkamah Persekutuan akan perintah Mahkamah mengosongkan kuarters masjid.

2. Keadilan cuba ditegak bukan berkenaan pengusiran tapi berkenaan kes penyelewengan duit masjid dan kaitan UMNO dengan MAIWP

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu berkaitan tidak dilayan.

Beliau mendakwa banyak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan berkenaan, tetapi tiada tindakan.

Malah, dakwanya, Umno turut terbabit menggunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.

3. Tidak diwakili peguam

Hoslan tampil mewakili dirinya sendiri di mahkamah semalam dan bertindak membaling kasut berkenaan apabila mendengar keputusan tersebut yang menjadikan beliau seorang penceroboh sekiranya terus tinggal di kuarters masjid.
Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya

4. Mahkamah menolak rayuan beliau atas perintah Mahkamah Tinggi mengusir beliau dari kuarters kerana beliau lambat mengemukakan rayuan.


Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Imam berkenaan, Hoslan Hussain (kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.
Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menolak dokumen tersebut setelah dibantah oleh peguam yang mewakili MAIWP dengan alasan, dokumen tersebut tidak difailkan mengikut tertib


5. Membaling selipar ke arah Hakim setelah tak boleh terima alasan rayuan ditolak

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau.

6. Balingan kena timbalan pendaftar

Surat oleh timbalan pendaftar mahkamah Jumirah Marjuki itu juga menyatakan bahawa balingan tersebut mengenai seorang timbalan pendaftar ketika mahkamah itu bersidang.

7. Hakim tidak buat apa-apa perintah mengenai tindakan membaling selipar itu.
Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.
8. Tidak tahu prosedur sehingga menyebabkan rayuan ditolak
"Saya hanya seorang imam sahaja. Saya tidak tahu undang-undang ini (prosedur mahkamah) semua," kata Hoslan ketika mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menolak permohonan rayuannya semalam.

23 Feb 2012

1. Membuat laporan polis ke atas hakim

Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu semalam membuat laporan polis ke atas panel tiga orang hakim tersebut – Tan Sri Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriadi Halim Omar dan Datin Zaleha Zahari.

"Keputusan hakim tidak menepati keadilan mengakibatkan saya melemparkan sepatu saya kepada hakim, bukan bertujuan menghina mahkamah.

"Keputusan itu menyokong orang-orang dan pentadbir masjid yang menyelewengkan beratus ribu duit Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan yang telah dihantar kepada ketua polis negara," katanya dalam laporan polisnya.

24 Feb 2012

1. Menjawab sebab baling selipar kerana kehakiman negara sudah rosak

Bekas imam sebuah masjid yang melontarkan kasut ke arah hakim ketika sesi Mahkamah Persekutuan Rabu lalu berkata, beliau berbuat demikian sebagai satu tanda bahawa "kehakiman negara sudah rosak."

Hoslan Hussin, 46, berkata beliau juga bertindak melontar kasutnya ke arah hakim memandangkan keadilan tidak memihak kepadanya.

"Tidak tahulah, siapa yang kena itu rezekilah," katanya sambil tersenyum ketika ditemui di satu sudut di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di Kuala Lumpur, semalam.

Hoslan memilih sudut berkenaan untuk mengadakan temubual – 'port' istimewanya di masjid itu yang digunakannya untuk bersembahyang sunat dan juga untuk mengajar kanak-kanak membaca al-Quran.

2. Tinggal di PPRT Cochrane Kuala Lumpur

Hoslan yang kini tinggal di PPRT Cochrane, Kuala Lumpur berkata, apa yang diharapkannya hanyalah untuk mendapatkan kebenaran demi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapinya sebelum ini.

7 Mac 2012

1. Menerima surat untuk hadir mahkamah kes baling selipar

Hoslan, 46, berkata beliau telah menerima surat berkenaan hari ini, yang meminta beliau hadir ke mahkamah berkenaan pada pagi esok.

Beliau diminta menjelaskan sebab yang boleh menghalang Mahkamah Persekutuan daripada mengambil tindakan ke atas kesalahan "menghina mahkamah" itu, kata Hoslan yang membacakan surat berkenaan.

Surat itu juga menyebut, "(Hoslan) telah bertindak menghina mahkamah dengan membaling selipar ke arah panel hakim ketika mahkamah sedang bersidang."

Hoslan berkata, surat berkenaan diserahkan kepadanya oleh anggota polis ketika beliau pulang ke rumahnya di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Cochrane, Kuala Lumpur tengahari ini.

2. Meminta pandangan peguam (akan diwakili peguam)

Bagaimanapun, Hoslan berkata beliau tetap akan mendapatkan pandangan daripada peguamnya terlebih dahulu, petang ini.


8 Mac 2012

1. Memohon maaf dan kesal kerana membaling selipar

Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu.

"Saya kesal atas apa yang berlaku dan memohon maaf kepada seluruh kehakiman.

"Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan," katanya lagi.


2. Menangis dengan kuat dan solat sunat

Hoslan yang tidak berkasut hari ini turut dilihat menangis dengan kuat selepas memohon maaf daripada mahkamah.

Beliau turut menarik perhatian orang ramai apabila beliau menunaikan solat sunat di ruang legar mahkamah ketika mahkamah berhenti rehat.


3. Keliru dengan perjalanan kes

Hoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu.

Hoslan yang mewakili dirinya sendiri dalam kes berkenaan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."

Kes tersebut sepatutnya didengar di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil, katanya lagi yang meminta prihatin mahkamah.

4. Keputusan hakim menjatuhkan penjara setahun

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin (kanan) ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.

Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung.

Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong.

Suzana berkata tindakan Hoslan telah menyebabkan institusi kehakiman dipersenda dan mencadangkan hukuman penjara.

Wong turut mempersetujui cadangan hukuman oleh wakil Peguam Negara itu.

Seorang lagi panel hakim, Datuk Suriyadi Halim Omar pula berkata beliau tidak begitu bermurah hati dalam menjatuhkan hukuman atas insiden yang "amat memalukan" itu.

Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.

Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," katanya.

Tambahnya, Hoslan menunjukkan kepercayaan kepada mahkamah apabila mengemukakan kes tersebut.

"Tapi bila kecewa atas tindakan yang tidak cekap, anda bertindak sedemikian.

"Jadi sekarang anda perlulah terima padahnya," katanya lagi.

5. Tindakan membaling selipar tidak dapat dipertahankan, namun peguam bela, Karpal Singh minta pertimbang emosi, faktor keliru dan anak-anak Imam Hoslan perlu tanggung.

Dalam mitigasinya selepas itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Hoslan turut memberitahu mahkamah bahawa tindakan membaling selipar itu "tidak dapat dipertahan."

Bagaimanapun mahkamah perlu mengambil kira faktor emosi Hoslan dan tindakan itu dilakukan secara tiba-tiba kerana beliau "keliru."

Hoslan juga perlu menyara tujuh anaknya, berusia antara enam hingga 16 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai alam sekitar di Jabatan Alam Sekitar, kata Karpal lagi.
_________________________tamat kronologi_____________________

Berikut kronologi yang ditulis sahabatku Rusydee,

- nama beliau Imam Hoslan Hussin, 46 tahun.
- beliau mengesyaki penyelewengan duit masjid telah berlaku.
- lalu mengadu, tetapi sebaliknya terjadi beliau pula digari di dlm masjid sedangkan beliau imam yang membaca khutbah.
- kes dibawa ke mahkamah, kes tidak dilayan.
- berang dengan ketidakadilan, beliau bertindak melempar selipar ke arah hakim. kemudian, bersolat sunat di dlm mahkamah.
- sekali lagi ke mahkamah. beliau solat sunat lagi, kali ini di luar mahkamah.
- kes didengar semula, tapi bukan kes penyelewengan. Kes didengar utk pertuduhan hina mahkamah yg dikatakan kesalahan serius (melebihi penyelewengan duit masjid).
- mahkamah yang 'adil lagi bijaksana' memutuskan beliau dipenjara 1 tahun kerana melempar selipar (wlpn tidak mengenai sesiapa).
- keadilan yg dicari, penjara yang diberi.
- ya, ini di Malaysia, tanah tumpahnya darahku.

Kesalahan fakta kronologi ini yang dapat saya kesan adalah seperti berikut:

- lalu mengadu, tetapi sebaliknya terjadi beliau pula digari di dlm masjid sedangkan beliau imam yang membaca khutbah.
1. Beliau tidak digari kerana mengadu penyelewengan tetapi atas perintah mahkamah yang mengkehendaki beliau hadir beri keterangan kerana keengganan beliau mengosongkan kuarters masjid walaupun telah ditamatkan kontrak sebagai imam pada 2008. Tentunya polis menggari kerana beliau tidak mahu mengikut polis.

- kes dibawa ke mahkamah, kes tidak dilayan.
2. Kes di bawa di mahkamah adalah berkenaan rayuan beliau akan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengeluarkan perintah beliau mengosongkan kuarters.

- berang dengan ketidakadilan, beliau bertindak melempar selipar ke arah hakim. kemudian, bersolat sunat di dlm mahkamah.
3. Beliau berang kerana mahkamah menolak rayuan beliau disebabkan bantahan peguam MAIWP yang berhujah beliau mengemukakan dokumen rayuan di luar tempoh rayuan.

- kes didengar semula, tapi bukan kes penyelewengan. Kes didengar utk pertuduhan hina mahkamah yg dikatakan kesalahan serius (melebihi penyelewengan duit masjid).
4. Kes yang didengar pada 8 Mac itu adalah kes susulan laporan polis yang dibuat timbalan pendaftar berkenaan beliau membaling selipar ke arah hakim. Asalnya hakim tidak buat apa-apa perintah berkenaan hal itu tapi sebab telah ada laporan polis dan dibuat dakwaan maka mahkamah memberi surat 7 mac 2012 untuk beliau hadir menjelaskan apa-apa halangan untuk mahkamah tak kenakan tindakan pada beliau atas perbuatan membaling selipar. Kes penyelewengan masjid adalah kes lain yang tak ada kaitan dengan fokus mahkamah pada hari itu.

- mahkamah yang 'adil lagi bijaksana' memutuskan beliau dipenjara 1 tahun kerana melempar selipar (wlpn tidak mengenai sesiapa).
5. Selipar itu mengenai timbalan pendaftar. Beliau juga mengaku itu adalah suatu kesalahan termasuk peguam bela beliau sendiri maka, setiap yang bersalah perlu dihukum. Cuma mungkin beliau boleh merayu hukuman dikurangkan kerana beliau sudah insaf dan kesal dengan perbuatannya.

- keadilan yg dicari, penjara yang diberi.
6. Keadilan yang beliau cari sudah diadili sewaktu mesyuarat Mei 2006 apabila ahli jawatankuasa lama dipecat kerana tidak mengurus kewangan dengan betul dan dilantik jawatankuasa yang baru. Cuma mungkin beliau cuba membawa pesalah-pesalah itu untuk dihukum penjara atau hukuman yang lebih berat dari dipecat. Mungkin juga bukti untuk sabit kesalahan tidak kuat oleh polis atau sprm membuatkan kes itu tertangguh. Apa-apapun beliau boleh berusaha mengukuhkan segala bukti untuk dibentangkan. Adapun membaling selipar tak ada kaitan dengan pembuktian kes penyelewengan duit masjid, tapi adalah berkenaan rayuan beliau untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi untuk beliau kosongkan kuarters yang bukan menjadi haknya telah ditolak.

Sekian.

___________________________________________

UPDATE 11 MAC 2012

INFO DARI SAKSI KEJADIAN

oleh Nana Diana:

i) Kes ni takde kena mengena dgn islam...Islam tidak dicerca dalam kes ini...yang kuat mencerca adalah orang tertentu di wall ni yang menganggap syurga sudah di tangan mereka...dan bg yg mencerca saya di wall ni... takpelah...sekurang-kurangnya saya tidak menganggap syurga sudah ada di tangan saya hingga berasa layak utk mengutuk org lain dan menunjukkan kepandaian saya dlm Islam...teguran dengan kutukan itu berbeza..teguran2 tu saya boleh terima...sebab tuhan bagi saya dua telinga utk dengar ajaran dan teguran...bukan kutukan...

ii) "imam" tersebut hadir ke Mahkamah hanya krn ketidakpuasan hati beliau setelah diarah utk mengosongkan Quaters tetapi beliau terus bertahun2 tinggal di quaters tanpa kebenaran...sewaktu kes berjalan beliau sudah pun mengosongkan quaters tersebut dan tinggal di rumah PPRT...tapi beliau membawa ketidakpuasan hati itu ke mahkamah...kes ni cuma kes nak balas dendam krn beliau telah di minta keluar walaupun setelah bertahun2 dibiarkan duduk tanpa kebenaran...tiada kena mengena dgn Islam..perkara berkaitan dgn Islam mahkamah civil tidak berhak mendengarnya berdasarkan Perkara 121A Perlembagaan Persekutuan...malah mahkamah tidak mengenakan sebarang hukuman terhadap kesalahan menetap di quaters selama bertahun2 walaupun tanpa kebenaran...malah quaters yg didukinya pun bukan quaters yg ditetapkan utk "imam" masjid...quaters utk jawatan masjid yg lain...

iii) beliau dihukum kerana menghina institusi mahkamah dengan membaling kasut walaupun hakim telah bersikap sgt sopan dan menghormati beliau...saya ada di situ...yang comment lebat2 di wall ni tiada di situ...cakap la apa nak cakap...kutuk lah apa nak dikutuk..tapi kesalahan dgn manusia cuma manusia yg berhak maafkan...kesalahan dengan tuhan...barulah mintak ampun dgn tuhan..itu basic knowledge kann...kutuk lah lagi saya panjang2...takpe..syurga sudah pun ada di tangan anda..tapi belajarlah untuk membezakan teguran dengan kutukan sebelum mempamerkan kehebatan anda beragama...

Bismillah.

Latar Belakang

1. Politik Malaysia banyak berkisar tentang hidup Parti Politik berbanding hidup Rakyat.
2. Parti Politik mula menarik rakyat untuk menyokong atau menentang berdasarkan masalah peribadi, masalah skandal individu, masalah-masalah teknikal, isu moral, isu rasuah, lobi, tak amanah yang berlegar dalam dunia Parti Politik sehingga tenggelam isu dan masalah rakyat.
3. Banyak masalah rakyat tidak selesai walaupun sudah berpuluh tahun mengadu- banjir berulang, tiada infrastruktur sempurna, kemudahan asas lengkap, jenayah, ekonomi, sosial dan lain-lain.
4. Wakil rakyat selalu berjanji itu ini tapi hanya mengulang untuk kempen pilihanraya berikutnya dan berikan alasan sibuk dengan aktiviti parti atau sibuk bekerja padahal kerja wakil rakyat selesaikan masalah rakyat.
5. Rakyat telah membesar dan bertumbuh menjadi matang dan bijak, penuh idea bernas, kreatif untuk fikirkan solusi, mampu merancang lebih baik dari ahli politik yang duduk dalam Parti Politik disebabkan isu-isu yang memeningkan kepala mereka berupa gosip dan skandal maka mereka tiada masa untuk bertumbuh menjadi lebih bijak. Jurang intelektual semakin membesar antara calon pemimpin dan rakyat yang ingin dipimpin dan ia berkeadaan songsang, yang dipimpin lebih bijak dari yang memimpin.

Solusi:

1. Politik Kepartian diganti dengan Politik Musyawarah

Cara-caranya:

1. Masyarakat berkumpul mengikut kawasan DUN/ Parlimen.
2. Senarai masalah masyarakat yang boleh disenaraipanjangkan.
3. Membahagi-bahagikan masalah yang boleh diselesaikan dalam tempoh sepenggal, perlu tindakan berterusan, atau masalah yang mengambil tempoh lebih sepenggal.
4. Bincang strategi penyelesaian, keperluan, rancangan, aktiviti, program, semua untuk menyelesaikan masalah secara tuntas.
5. Senaraikan kriteria amanah dan quwwah bagi tugasan menyelesaikan strategi yang telah ditetapkan.
6. Menyelidik calon yang ada amanah dan quwwah di kalangan rakyat setempat bagi membolehkan segala strategi penyelesaian dapat dijalankan dalam sepenggal.
6. Menyenaipanjangkan calon.
7. Menyenaraipendekkan calon.
8. Membentangkan profil calon-calon bersama kekuatan amanah dan quwwah yang ditetapkan dan memilih satu sebagai keputusan sepakat rakyat setempat.
9. Ikrar untuk bertugas tertakluk pada musyawarah oleh calon jika menang.
10. Dicalonkan nama wakil musyawarah ke pilihanraya.
11. Menang, jalankan segala perancangan yang sudah disepakati rakyat setempat.
12. Laporan mingguan atau bulanan pada musyawarah setempat.
13. Meletak jawatan selepas habis sepenggal.
14. Ulang semula no 1 menjelang pilihanraya berikutnya.

Keuntungan:

1. Jika diamalkan oleh semua kawasan, Politik Malaysia akan berfokus dan berlegar berkenaan menyelesaikan masalah rakyat.
2. Rakyat akan berlumba-lumba menjana idea untuk menyelesaikan masalah hidup mereka, membudayakan sikap berfikir masyarakat.
3. Idea-idea bernas dan kreatif melimpahruah, memajukan Malaysia dengan idea-idea baru untuk rujukan dunia.
4. Malaysia menjadi negara bertamadun tinggi sebagai umat pencipta kreatif dan inovatif bukan lagi pengguna semata-mata.
5. Musyawarah menjadi amalan masyarakat, menguatkan kembali budaya bermasyarakat.
6. Masjid akan imarah sebab musyawarah diadakan di perkarangan masjid.
7. Tiada lagi semua nilai negatif Politik Kepartian.

Mohon mencadang.

Sekian.