|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Bismillah.

Latar Belakang

1. Politik Malaysia banyak berkisar tentang hidup Parti Politik berbanding hidup Rakyat.
2. Parti Politik mula menarik rakyat untuk menyokong atau menentang berdasarkan masalah peribadi, masalah skandal individu, masalah-masalah teknikal, isu moral, isu rasuah, lobi, tak amanah yang berlegar dalam dunia Parti Politik sehingga tenggelam isu dan masalah rakyat.
3. Banyak masalah rakyat tidak selesai walaupun sudah berpuluh tahun mengadu- banjir berulang, tiada infrastruktur sempurna, kemudahan asas lengkap, jenayah, ekonomi, sosial dan lain-lain.
4. Wakil rakyat selalu berjanji itu ini tapi hanya mengulang untuk kempen pilihanraya berikutnya dan berikan alasan sibuk dengan aktiviti parti atau sibuk bekerja padahal kerja wakil rakyat selesaikan masalah rakyat.
5. Rakyat telah membesar dan bertumbuh menjadi matang dan bijak, penuh idea bernas, kreatif untuk fikirkan solusi, mampu merancang lebih baik dari ahli politik yang duduk dalam Parti Politik disebabkan isu-isu yang memeningkan kepala mereka berupa gosip dan skandal maka mereka tiada masa untuk bertumbuh menjadi lebih bijak. Jurang intelektual semakin membesar antara calon pemimpin dan rakyat yang ingin dipimpin dan ia berkeadaan songsang, yang dipimpin lebih bijak dari yang memimpin.

Solusi:

1. Politik Kepartian diganti dengan Politik Musyawarah

Cara-caranya:

1. Masyarakat berkumpul mengikut kawasan DUN/ Parlimen.
2. Senarai masalah masyarakat yang boleh disenaraipanjangkan.
3. Membahagi-bahagikan masalah yang boleh diselesaikan dalam tempoh sepenggal, perlu tindakan berterusan, atau masalah yang mengambil tempoh lebih sepenggal.
4. Bincang strategi penyelesaian, keperluan, rancangan, aktiviti, program, semua untuk menyelesaikan masalah secara tuntas.
5. Senaraikan kriteria amanah dan quwwah bagi tugasan menyelesaikan strategi yang telah ditetapkan.
6. Menyelidik calon yang ada amanah dan quwwah di kalangan rakyat setempat bagi membolehkan segala strategi penyelesaian dapat dijalankan dalam sepenggal.
6. Menyenaipanjangkan calon.
7. Menyenaraipendekkan calon.
8. Membentangkan profil calon-calon bersama kekuatan amanah dan quwwah yang ditetapkan dan memilih satu sebagai keputusan sepakat rakyat setempat.
9. Ikrar untuk bertugas tertakluk pada musyawarah oleh calon jika menang.
10. Dicalonkan nama wakil musyawarah ke pilihanraya.
11. Menang, jalankan segala perancangan yang sudah disepakati rakyat setempat.
12. Laporan mingguan atau bulanan pada musyawarah setempat.
13. Meletak jawatan selepas habis sepenggal.
14. Ulang semula no 1 menjelang pilihanraya berikutnya.

Keuntungan:

1. Jika diamalkan oleh semua kawasan, Politik Malaysia akan berfokus dan berlegar berkenaan menyelesaikan masalah rakyat.
2. Rakyat akan berlumba-lumba menjana idea untuk menyelesaikan masalah hidup mereka, membudayakan sikap berfikir masyarakat.
3. Idea-idea bernas dan kreatif melimpahruah, memajukan Malaysia dengan idea-idea baru untuk rujukan dunia.
4. Malaysia menjadi negara bertamadun tinggi sebagai umat pencipta kreatif dan inovatif bukan lagi pengguna semata-mata.
5. Musyawarah menjadi amalan masyarakat, menguatkan kembali budaya bermasyarakat.
6. Masjid akan imarah sebab musyawarah diadakan di perkarangan masjid.
7. Tiada lagi semua nilai negatif Politik Kepartian.

Mohon mencadang.

Sekian.

2 komentar:

hafez said...

aslkm, tak payah sembanglah kalau tak faham dan tak pernah bergiat dalam parti politik. Yang penting sekrang, UMNO BN perlu ditumbangkan dan semua masyarakat islam melayu bersatu bersama PAS. Selesai.. Lepas tu barulah boleh bincang politik musyawarah ke apa ke. Selagi kuasa pemerintahan ada pada pemimpin yang zalim, korupsi, dan sekular selagi itulah orang melayu akan berpecah, dan nasib orang melayu jadi macam sekarang, tengok negeri johor dan kebanyakkan negeri2 di malaysia.. siapa pegang ekonomi. Tak lain tak bukan, pemimpin2 korupsi UMNO lah puncanya. Simple je nak faham kan.

mfrstudio said...

waalaikumussalam. pertamanya tahniah kerana anda sangat faham dan pernah/sedang bergiat dalam parti politik. syabas.

keduanya, soalan mudah untuk anda, jika dilaksanakan politik musyawarah ini dan dimenangkan calon dari musyawarah umat, tidakkah secara automatik UMNO BN itu tumbang sepertimana yang diimpikan anda (seorang aktivis PAS)?

tidakkah juga bermusyawarah dalam memilih calon dengan memeriksa quwwah dan amanah secara muafakat dan kesepakatan seluruh masyarakat dengan dipimpin umat Islam itu adalah juga bertepatan dengan apa yang diperjuangkan PAS sendiri?

jika mahu PAS menaungi umat Islam seMalaysia, maka mengapa tidak PAS menerajui idea Politik Musyawarah ini? Tak islamikkah Politik Musyawarah?