|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
PERANAN BAHASA DALAM MENYAMPAIKAN ROH ILMU

Sekarang mari kita fahami pola yang berlaku di dalam lipatan sejarah manusia.

Setelah orang-orang eropah keluar dari zaman gelap berkat ilmu-ilmu yang dikutip dari tamadun islam,maka orang-orang Eropah telah menyedari sesuatu yang selama ini mengikat mereka.Itulah kekarutan agama mereka.

Cuba kita semak, tamadun islam yang berasal dari ajaran yang dibawa oleh Rasulullah telah membawa kaum Arab ke darjat yang tinggi dengan ilmu adalah berikutan intipati ajaran islam itu sendiri mengangkat golongan berilmu yang telah penulis terangkan pada bahagian yang sudah.

Perintah Allah supaya orang-orang beriman memperhati dan berfikir akan kebesaranNya yang terkandung di dalam alam telah merangsang umat islam untuk mengutip semula ilmu-ilmu Allah yang diturunkan pada tamadun kaum silam,dan mereka mula mengkaji dan menyelidik,untuk apa? untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menyumbang kepada manusia. mereka mahu menjadi golongan yang berilmu yang memahami petunjuk Allah agar keimanan dan ketaqwaan akan bertambah dan Allah s.w.t akan redha dengan diri mereka.

Dengan pemahaman islam,maka umat islam ketika itu mula menghargai ilmu dan akhirnya Allah s.w.t mengurniakan tamadun buat umat islam,bahkan meredhai mereka yang berusaha itu dan meredhai tamadun islam itu.Umat islam bertukar menjadi kaum dan bangsa yang gagah dan kuat yang pada awalnya umat islam yang menjadi pengikut awal Rasulullah hanyalah mereka yang datang dari keluarga miskin dan hamba abdi dan hidup terhina dan terseksa pula di Mekah.

Berbeza pula dengan tamadun barat.Mereka yang menimba ilmu dari zaman kegemilangan islam itu telah cuba mewujudkan revolusi orang-orang barat untuk keluar dari kepompong agama supaya boleh maju dan menjadi bangsa yang kuat.

Maka fahaman seperti atheis,sekularisme,atau humanisme mula melebar di kalangan orang barat dan ini telah menjadikan ajaran agama iaitu kristian di barat suatu agama di gereja sahaja dan bukan agama dalam kehidupan.

Lahirnya Renassaince di Itali pada abad 14-16 yang dikatakan titik tolak kepada kebangkitan orang-orang eropah yang percaya bahawa mereka adalah berasal dari tamadun greek dan rom.Kita lihat apa yang dilakukan oleh para ilmuwan renassaince ini.Contohnya leonardo drumi telah mengumpul semula tulisan-tulisan falsafah greek,Plato ke bahasa latin.Kita tahu,cendikiawan islam juga ada yang mengkaji falsafah greek malah cuba memahami manusia yang tiada mendapat hidayah Allah seperti Plato untuk memahami falsafahnya dan kemudian telah membantu ilmu islam dicungkil lebih mendalam.Namun usaha cendikiawan islam akhirnya menjurus kepada memahami wahyu,tetapi berbeza dengan ilmuwan renassaince yang sebenarnya cuba meniupkan 'roh' falsafah manusia yang terpesong dan sesat ke dalam ilmu.

Dari usaha sebegitulah maka orang-orang seperti eramus yang menghasilkan karya seperti the education of a christian prince dan echiridion militantis dan thomas moore melalui karyanya yang mahsyur iaitu utopia cuba mempromosikan idea baru dari sudut pemikiran manusia iaitu humanisme kristian yang menggabungkan nilai-nilai idea falsafah kuno dengan ajaran kristian.semuanya bertujuan agar orang-orang eropah akan lebih ber'ilmu' pada pandangan mereka.

Dan kemuncak kejayaan dari perkembangan renassaince ini mungkin boleh disebut apabila sistem feudal eropah mula dihapuskan dan diwujudkan negara-bangsa yang antara lain mengangkat tokoh seperti mechaivili yang membantu pembentukan negara england, sepanyol dan perancis. Idea-idea individualisme,humanisme,dan materialisme ahirnya membentuk sistem ekonomi kapitalis bagi negara-negara di barat itu.

Sesudah itu bermacam peristiwa lagi tercetus seperti reformasi,revolusi industri,revolusi politik dan sebagainya.

Ilmu dan kepakaran yang menghasilkan teknologi akhirnya digunakan sebaik mungkin untuk mengejar kekuasaan. Dunia mula dilanda Perang Dunia pertama pada tahun 1914 hingga 1918.Dan apa yang penulis ingin bawakan di sini ialah pertembungan kuasa-kuasa dunia yang membentuk dua pakatan yang digelar sebagai pihak bersekutu dan pakatan axis.

Penulis ingin menarik perhatian para pembaca dalam peristiwa itu,yang mencatatkan kerajaan islam Uthmaniyyah menyertai perang ini dan berpihak pada pakatan axis bersama-sama dengan Jerman,Bulgaria,dan Austria.

Dan peristiwa yang lebih menarik selepas itu ialah apabila pakatan axis kalah dalam perang tersebut dan pihak barat telah menaja Kemal Ataturk untuk menumbang dan melenyapkan Sistem Khalifah Islam yang terakhir dengan tumbangnya kerajaan islam Uthmaniyyah pada tahun 1924 secara total.

Dan anda boleh baca mengenai sekularisme Kemal Ataturk dalam entri SEKULARISME ARTIS yang penulis karangkan pada entri yang lepas dan salah satu usaha Kemal Ataturk adalah MEMANSUHKAN SISTEM TULISAN ARAB DALAM BAHASA TURKI dan MENGGANTIKANNYA DENGAN TULISAN ROMAN. Anda tahukah apa itu tulisan roman? anda tahu rom? semua itu saya telah terangkan dalam bab yang sudah.

Dan tujuan utama tulisan itu ditukar adalah supaya 'roh' yang terkandung di dalam tulisan yang merupakan tulisan al quran itu turut lenyap. Dan apa yang ingin dilenyapkan sebenarnya ialah roh dalam memahami ilmu islam! Dan tulisan roman yang diperjuangkan oleh orang-orang barat itu sebenarnya untuk memastikan bahasa barat yang terkandung falsafah barat dan budaya barat itu dalam meresap dalam pemikiran dan jiwa umat islam. Bukankah tulisan merupakan salah satu medium bahasa?

Apabila al quran sendiri telah dicetak dalam tulisan roman dan azan dalam bahasa turki maka Kemal Ataturk berharap 'roh' ilmu islam yang boleh menyerap dalam pelbagai bidang ilmu semasa zaman kegemilangan islam yang mengkehendaki umat manusia tunduk pada kebesaran Allah itu akan musnah pada bangsa turki.Dia menyangka itulah kemajuan. Dia menyangka itulah tamadun yang gemilang walaupun tanpa roh agama seperti yang penulis telah ceritakan secara panjang lebar sebelum ini bahawa tamadun tanpa roh agama dan petunjuk Allah adalah tamadun yang dimurkai Allah dan jika dibina juga maka nantikanlah kemurkaan Allah dan azab Allah jika tidak di dunia di akhirat lebihlah dahsyat!

0 komentar: