|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Dengan nama Allah Yang Pengasih dan Penyayang,Yang Melihat dan Yang Menilai. Selawat dan puji bagi Rasulullah s.a.w.

Yang dimuliakan encik Iman, encik Islam, encik Ihsan, dan encik Ikhlas. Yang dihormati tangan yang menaip,mata yang melihat, hati dan fikiran yang berbicara dan berfikir.
Juga tidak dilupakan buat penjenguk blog ini yang datang secara sengaja atau tidak sengaja. Ahlan wa sahlan.

BUAH DUKU BUAH LANGSAT

Penulis tergerak untuk menulis artikel ini kerana ingin berkongsi beberapa mesej dan seruan untuk:
1)menyedari bahawa pengajaran sains dan matematik dalam pendidikan di Malaysia PERLU dalam BAHASA MELAYU.
2)memahami bahawa misi memartabatkan BAHASA MELAYU di MALAYSIA merupakan sebahagian dari fasa awal misi menegakkan kalimah ALLAH di bumi MALAYSIA.
3)beriltizam untuk tidak setakat memperjuangkan misi BAHASA MELAYU sahaja,tetapi meneruskan kesinambungannya dengan misi REMAJA GAGAH,PENDIDIKAN PEJUANG,EKONOMI PEJUANG,REDHA ALLAH CENTRIC dalam kehidupan,PERPADUAN dan PENYATUAN umat islam,dan pelbagai idea-idea kebangkitan islam yang lain yang sebahagiannya ada di sebut oleh penulis dalam entri yang lepas-lepas.

penulis ingin menegaskan BAHAWA penulis adalah orang melayu-islam yang lahir di kampung yang miskin dan jauh dari pembangunan,penulis bukan orang kaya,penulis bukan orang kacak,penulis bukan orang pandai,penulis bukan orang kuat,penulis bukan orang yang telah merantau ke 786 negara,atau 85 buah negara,atau 58,52,53,51,50,48,43 buah negara dan sebagainya.Penulis juga dengan terang benderang ingin menyatakan bahawa banyaknya ibadah penulis adalah mengikut fiqh mazhab imam syafie,dengan kata yang lebih mudah penulis bermazhab. Penulis juga tidak segan silu mengaku bahawa walaupun penulis mahu berjuang dalam lapangan jihad dan berjuang memartabatkan bahasa melayu namun penulis bukanlah orang yang punya ilmu tinggi dalam bidang agama atau memiliki kebolehan berbahasa melayu yang hebat.Di samping itu,penulis juga tidak mahir berbahasa inggeris,jepun,atau arab walaupun mengenali sedikit-sedikit mengenai bahasa itu.Bahasa selain itu,penulis adalah lebih bodoh akannya.Penulis sedar bahawa idea penulis adalah sampah,diri penulis adalah hina dan hanya ampunan dan redha Allah sahajalah yang dapat menyucikan diri penulis oleh itu penulis menanam tekad untuk berusaha membaiki diri dan bertaubat.

JIKA,anda tidak berkenan dengan maklumat di atas,anda boleh memilih untuk TERUS MEMBACA atau BERHENTI SETAKAT SINI SAJA.jika pilih untuk berhenti penulis mengucapkan terima kasih kerana sudi singgah dan selamat jalan pandu cermat jiwa selamat.

APABILA anda memilih untuk membaca artikel sampah sarap ini dan mendapati bahawa sampah sarap ini tiadalah boleh datangkan apa-apa manfaat,maka penulis meminta jasa baik anda untuk mendatangkan NASIHAT,DAKWAH,IKTIBAR,INGATAN dan apa sahaja yang boleh membantu penulis berada di jalan yang selamat.Boleh utarakan di ruang komen.

JIKA,anda mendapati idea yang tertanam dalam artikel ini adalah bodoh,jumud,sesat lagi menyesatkan,ketahuilah yang bodoh,jumud,dan sesat itu adalah diri penulis sendiri dan bukannya perjuangan islam. Maka celakalah diri penulis jika tidak insaf diri dan bertaubat dari kebodohan,kejumudan,dan kesesatan ini.Janganlah kiranya anda menyalahkan agama islam yang menjadi anutan penulis,janganlah dihinakan mazhab yang diikuti oleh penulis,janganlah dihinakan pejuang-pejuang bahasa melayu yang lain,janganlah dihinakan orang-orang tua serta para guru penulis yang mendidik dan mengasuh diri penulis ini. SEMUA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN DALAM ARTIKEL INI IALAH KELEMAHAN DAN KEKURANGAN DIRI PENULIS SENDIRI.

SEKIRANYA anda mendapati ada sedikit manfaat dari idea penulis dalam artikel ini,KETAHUILAH manfaat itu tiadalah datang dari diri penulis yang serba hina ini melainkan dari hidayah dan kudrat Allah jua,begitu juga adalah atas usaha orang-orang tua dan para guru penulis yang telah mendidik penulis selama ini.idea penulis ini bukanlah idea penulis pada asalnya cuma diterjemahkan dari idea orang-orang tua dan para guru penulis,jika buruk idea ini maka yang buruk bukan idea orang-orang tua dan para guru penulis tetapi pemahaman penulis terhadap idea-idea mereka.

INTRO

Penulis percaya bahawa bahasa adalah sebahagian dari budaya.Ungkapan bahasa jiwa bangsa merupakan suatu ungkapan yang meyakinkan penulis bahawa bahasa mampu menterjemah dan menyebarkan budaya suatu bangsa yang tentunya menjadi jiwa mereka.

Hal ini semakin kuat apabila penulis merenung ayat quran seperti di bawah:
"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Qur`an dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya."(yusuf:2)

"Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahwa mereka berkata: "Sesungguhnya Al Qur`an itu diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad)". Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahwa) Muhammad belajar kepadanya bahasa `Ajam* sedang Al Qur`an adalah dalam bahasa Arab yang terang."(an nahl:103)
*=bahasa 'ajam adalah bahasa selain arab atau bahasa arab yang tidak berapa baik,kerana orang yang dituduh mengajar Nabi Muhammad itu bukan orang arab dan hanya tahu bahasa arab sedikit-sedikit.

"(Ialah) Al Quraan dalam bahasa Arab yang tidak ada kebengkokan (di dalamnya) supaya mereka bertakwa."(az zumar:28)

"Dan jikalau Kami jadikan Al Quraan itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?" Apakah (patut Al Quraan) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al Quraan itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mu`min. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Quraan itu suatu kegelapan bagi mereka . Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh".(al fushilaat:44)

"Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Qur`an dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya* serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga, dan segolongan masuk Jahannam."(asy syura:7)
*=maksudnya penduduk seluruh dunia.

penulis menyerahkan kepada para ulama untuk mentafsirkan ayat-ayat yang dipetik di atas,dan tiadalah berani penulis untuk sewenang-wenang mentafsir mengikut akal penulis sendiri.

Namun apabila merenung petikan ayat al quran itu membuatkan penulis berfikir yang telah pun dijawab oleh ulama sejak zaman silam lagi berkenaan persoalan "mengapa al quran diturunkan dalam bahasa Arab?"

penulis menyerahkan kepada yang pakar untuk menjelaskannya,namun dalam artikel ini penulis ingin menyelitkan sedikit kesedaran yang ada hubungkait dengan strategi semasa yang ingin penulis kupas dalam artikel ini iaitu, kesedaran bahawa bahasa Arab dipilih oleh Allah s.w.t tentulah punya hikmah yang tersendiri.

Bukan sahaja pemilihan bahasa arab di dalam al quran,malah pemilihan Rasulullah yang lahir dari keturunan Arab jua wajar direnungi hikmahnya.

Kita wajib percaya bahawa bahasa Arab dan bangsa arab itu adalah ciptaan Allah s.w.t sendiri. Begitu juga dengan bahasa dan bangsa lain di dunia.Pada asalnya semestinya kita tahu dan mampu berfikir bahawa bangsa arab atau bahasa arab,begitu juga dengan bahasa dan bangsa manusia di dunia pada hari ini sebenarnya berasal dari satu keturunan dan satu punca jua iaitu manusia pertama yang dijadikan oleh Allah s.w.t,Nabi Adam a.s.

Jika ditanya mengapa dari satu keturunan itu,Allah jadikan pula bangsa-bangsa yang berbeza-beza,yang punya budaya berbeza-beza termasuk bahasa mereka,mengapa tidak Allah kekalkan saja kaum manusia ini dalam satu kaum atau puak dan satu bahasa,maka Allah s.w.t telahpun berfirman,

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."(al hujurat:13)

Dan apabila rasulullah s.a.w dipilih dari bangsa arab dan bahasa arab dijadikan bahasa al quran,maka kita wajib percaya bahawa pilihan Allah ini adalah cukup sempurna dan tidak boleh dipertikaikan lagi sebagaimana islam yang diturunkan kepada Rasulullah itu telah sempurna keadaannya.

".....Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni`mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu...."(al maidah:3)

0 komentar: