|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
sambungan temubual lagi...

apa yang saudara lakukan selain menulis sajak?

MFR: ya, anda tentu mentertawakan saya kerana cuba berjuang hanya melalui sajak yang bukan pun disebarkan pun,cuma ditulis dalam diari,dan dibaca sendiri.

Tapi apa lagi yang dapat saya buat untuk melawan suatu gelombang yang dicetuskan oleh pihak kerajaan dengan digerakkan oleh pihak sekolah.Dengan keadaan diri yang baru berumur 16 tahun,tanpa apa-apa kelayakan akademik,adakah orang mahu mendengar idea dan seruan saya?Saya amat yakin bahawa gelombang itu akan mengakibatkan kesan buruk ke atas usaha membawa masyarakat ke arah jalan al quran dan sunnah.

Anda bayangkan, selari dengan usaha memperlihatkan kopiah putih dan serban itu sebagai pakaian-pakaian ekstrim, golongan sekularisme artis sibuk mempromosikan pakaian-pakaian melanggar syariat secara berleluasa.

Saya pernah berdialog dengan sekumpulan kanak-kanak darjah satu,bertanyakan dua fenomena itu berlaku,apakah yang akan dipandang mulia dan hebat oleh golongan muda? kanak-kanak itu berkata dengan jujur, pakaian-pakaian artis itu lebih mengikut zaman sedangkan pakaian yang saya sebutkan melibatkan jubah,kopiah putih,atau serban adalah pakaian yang ketinggalan zaman dan khas untuk orang tua atau orang-orang yang mahu ke surau sahaja.Ada juga yang takut pada penampilan orang tua berjanggut dan memakai serban.

hal ini mungkin nampak kecil,tapi usaha ini telah pun menampakkan bukti yang jelas di kalangan generasi muda pada hari ini.Jika ketika saya bertanyakan hal itu kepada kumpulan pelajar berumur 7 tahun semasa saya berumur 16 tahun.Bermakna pada tahun ini ketika saya sudah berumur 21 tahun,kanak-kanak itu sudah pun berumur 12 tahun iaitu usia untuk melangkah ke alam remaja.Kita boleh tengok,pada masa sekarang,remaja memuliakan artis dan bukan ulama.

Apa yang akan masyarakat kita harapkan kepada para remaja kita pada hari ini?

Hari ini masyarakat kita mengeluh dengan isu mat rempit, remaja dadah,remaja berkhalwat dan berzina, remaja murtad,dan sebagainya seribu satu masalah keruntuhan remaja.Masyarakat mengutuk remaja,tapi yang buat saya marah,kadang kala masyarakat yang mengutuk itu adalah di kalangan mereka yang menjalankan usaha mengkategorikan islam sebagai dua jenis pada masa dulu iaitu islam sederhana dan islam pelampau.Mereka bercakap soal melahirkan generasi muda yang ada jatidiri,ada semangat berjuang,ada daya usaha untuk memajukan diri,tapi apa yang mereka didik kepada remaja kita?

Saya seolah-olah bercakap seperti mahu menyalahkan kerajaan kerana menjalankan dasar-dasar tertentu yang menghasilkan fahaman yang menjauhkan generasi muda kepada dunia ulama,namun kesalahan itu saya patut akui bahawa bukan kerajaan sahaja sebagai antara faktor penyumbang tetapi beberapa kelompok dalam masyarakat juga.

Saya agak keliru di sini. Boleh saudara terangkan dengan lebih jelas, apa yang mendorong keruntuhan akhlak remaja?

MFR:Perkara inilah yang saya nampak setelah lama berfikir faktor-faktor yang menyumbang kepada keruntuhan generasi muda dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menghalangnya.

Saya namakan agenda membentuk generasi muda pejuang ini dalam dua wacana yang saya panggil sebagai "Remaja Gagah" dan "Pendidikan Pejuang".Dalam Pendidikan Pejuang misalnya,saya ada mengkategorikan beberapa kelompok masyarakat sebagai penggerak.Maka disebabkan penggerak ini tidak bergeraklah maka generasi muda runtuh.

Jadi,apa tindakan saudara?

MFR:Setelah mendapati usaha dialog saya dengan tuan pengetua tidak menghasilkan apa-apa desakan untuk pengetua menjalankan perubahan dasar sekolah bagi meningkatkan suasana islam di sekolah, saya beranggapan bahawa sekiranya suatu perubahan itu hanya berada di tangan satu pihak dan pihak itu tidak mahu bertindak melakukan perubahan,maka jika kita mahukan perubahan berlaku,kitalah yang perlu menjadi pihak yang mengawal pihak yang berkuasa tadi.

errr...agak pening.Apa kaitan teori kita perlu menjadi pihak yang mengawal dan idea saudara tentang remaja gagah dan pendidikan pejuang itu?

MFR: ya, mungkin saudara sukar memahami. Saya juga percaya banyak gerakan politik terutama pembangkang tidak memahami strategi ini kecuali beberapa individu politik yang saya lihat banyak memainkan peranan dan berstrategi ala-ala strategi itu.

Jika kita main catur, kita mungkin boleh makan buah catur pihak lawan dengan menyerang buah catur itu bertubi-tubi.Jika kita target nak makan 'kuda' lawan,kita gerakkan 'biskop' dan letakkan pada petak serong yang menuju ke petak kuda,tentu sekali pihak lawan dapat mengagak kita mahu makan kudanya.Pihak lawan boleh mengabaikan biskop kita dengan menggerakkan kudanya ke petak lain,dan usaha kita gagal.

Jika kita berulang kali menjalankan langkah yang sama,tentu adalah kurang bijak.

Begitulah hakikat yang berlaku dalam dunia politik. Contohnya saya mahu pihak sekolah tidak meneruskan usaha mempolitikkan kopiah putih dan serban kerana bimbang para pelajar akan terpengaruh dengan usaha memperlihatkan kopiah putih dan serban sebagai pakaian ekstrim,lalu saya terus-terusan berjuang mendesak pihak sekolah menjalankan dasar baru untuk membenarkan pemakaian kopiah putih dan serban. Tentu sahaja pihak sekolah boleh abaikan usaha saya,dan paling sadis apabila senang-senang sahaja pihak sekolah boleh membuang saya dari sekolah dan akhirnya usaha saya lenyap begitu sahaja. Samalah seperti contoh buah catur tadi, akhirnya biskop tadi tak dapat pun makan kuda,silap-silap sepanjang biskop itu bergerak menyerang kuda,kuda tadi mengelak sambil makan buah-buah catur lain.

Bermakna saudara mahu strategi tidak fokus pada usaha menyerang?

MFR: lebih kurang begitu. sebab bukan memakai kopiah putih dan serban yang jadi matlamat. Tapi matlamatnya adalah menyelamatkan generasi muda dari terpengaruh dengan usaha memandang kopiah putih dan serban sebagai pakaian ekstrim,untuk mengelakkan generasi muda jangan lari jauh dari dunia ulama.

oleh itu, jika matlamatnya untuk makan buah catur kuda,kita mungkin boleh mengumpan pihak lawan menggerakkan buah caturnya sehingga kita dapat makan.Dengan kata lain,kita mesti menjadi mastermind dalam permainan catur itu. Dan sememangnya untuk menang dalam permainan catur bukanlah makan buah catur dengan banyak yang dikira pemenang,tetapi yang mengawal permainan sehingga pihak lawan tidak dapat mengelak lagi dari 'king' nya terbunuh atau yang kita panggil sebagai 'check mate'!

Hmm..jadi, usaha untuk check mate saudara bagaimana?

MFR: secara jujur saya katakan saya membina diri secara tergesa-gesa dahulu. Saya ada sebutkan pasal saya terlalu ingin cepat matang dan menjadi kanak-kanak tua, mahu cepat menjadi daie apabila dilantik bersama-sama badar,begitu juga dalam perjuangan ini,saya terlalu cepat mahu perubahan. Saya mahu sekolah check mate dengan awal.

Mungkin situasi yang memaksa saya jadi begitu. Bayangkanlah saya masuk seratas pada tahun 2001,dan saya mahu melihat perubahan pada tahun berikutnya iaitu tahun akhir saya di seratas iaitu pada tahun 2002.Ini satu perjuangan yang tidak hikmah.

Matlamat saya ialah mahu mencipta suasana islam di seratas.

Namun pihak sekolah meng had kan beberapa usaha saya,kerana berpendapat usaha itu perlu selari dengan peraturan sekolah.

Kemudian alhamdulillah,Allah berikan saya pengalaman berguna apabila saudara Naim presiden Badar 2001 telah melantik saya sebagai penggantinya untuk sesi tahun 2002,maka idea saya tidak tinggal idea,jika betul saya mahu berjuang,maka saya patut gunakan peluang yang telah terbuka itu untuk checkmate sekolah.

Hmm.Jadi saudara menerima pelantikan itu?

MFR: Pada awalnya saya menolak.Apa tidaknya,saya bukan orang yang layak menjadi imam pun. Bacaan quran saya tidak baik,hafalan surah saya teruk, saya cuma orang yang ada semangat dan idea sahaja,tapi kematangan menyusun tindakan KOSONG! Sebab itu sehingga hari ini ada beberapa perkara yang saya amat sedih tentang diri saya dahulu. Saya tidak hikmah dalam berdakwah.

Jadi,saudara memimpin Badar dalam keadaan jahil dan tindakan yang tidak hikmah?

MFR: mungkin itulah yang boleh kita tafsirkan. Dengan semangat dan berkobar-kobar untuk check mate sekolah,menghapuskan budaya buli, rokok, pengaruh muzik underground,dan pengabaian aurat,saya telah menggunakan saluran tazkirah untuk membawa pemikiran semua pelajar seratas ketika itu berfikir seperti saya.

Untuk bertindak sebagai mastermind,dan mengawal suasana,tazkirah banyaknya datang dari saya sendiri berturut-turut.Sehingga saya mendapat sindiran sebagai "gila microfon" atau "carpub=cari publisiti".

Itulah jalan paling terbaik yang dapat saya fikirkan untuk mengubah minda para pelajar supaya tidak mudah terpengaruh dengan gelombang atau fahaman yang salah.

Namun,usaha saya itu hakikatnya tidak sebesar mana. Para ustaz dan ustazah juga sudi beri kerjasama dan menyampaikan beberapa sesi kuliah buat mendidik.Ada usrah yang digerakkan oleh beberapa sahabat dalam Badar,halaqah al mulk,halaqah al ma'tsurat,dan majlis tahlil juga yasin.Rasanya semua itu perkara biasa di mana-mana sekolah asrama.Namun seharusnya saya puji Badar Seratas dan beberapa individu yang berilmu kerana mereka tidak jemu dalam berjuang.

Masalah timbul apabila,saya sendiri tidak begitu istiqamah.Penurunan prestasi dalam pelajaran dan tekanan dari masalah-masalah peribadi,kadang kala menguasai diri saya sehingga kecundang dari terus berjuang beberapa kali.

Dalam satu tahun itu,sebenarnya banyak turun naik diri saya.Namun dalam sesetengah perkara saya anggap perjuangan saya berjaya juga, tapi semuanya lebih kepada bantuan dari beberapa pihak dan pastinya pertolongan Allah.

Dan saya mengakui dalam kejayaan itu ada banyak kegagalan dan keburukan yang timbul,dan semuanya atas faktor diri saya.

(bersambung lagi..)


----------------
Heaven-Where True Loves Goes-Yusuf Islam


0 komentar: