|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
ILMU DALAM BAHASA

Selepas Nabi Adam a.s dicampakkan Allah s.w.t ke dunia maka hiduplah Nabi adam bersama isteri baginda Hawa,sehingga beranak pinaklah mereka dan bertambah-tambahlah bilangan manusia.

Kita sering baca pengkaji sejarah menulis bagaimana tamadun manusia berubah setiap zaman dari zaman batu,ke zaman logam,zaman industri sehingga ke zaman moden. Dalam perubahan zaman itu Allah s.w.t tidak berhenti mendidik manusia dan mengurniakan ilmu kepada manusia,dan kita wajib percaya bahawa semua ilmu yang ada pada manusia sehingga mereka boleh menguruskan diri atau membina tamadun adalah atas sifat pemurahnya Allah s.w.t kepada manusia dan ilmu-ilmu itu bukan atas usaha akal fikiran manusia.

Seperti yang penulis sebutkan di bahagian intro,anak pinak Nabi Adam a.s akhirnya dijadikan Allah bangsa-bangsa dan suku-suku kaum yang punya sifat tersendiri termasuk bahasa sendiri.Dan ilmu yang diberikan Allah s.w.t kepada manusia seperti cara-cara menghidupkan api,bagaimana ingin memburu dan mencari tempat teduhan dari cuaca panas dan sejuk telah disampaikan dari satu generasi ke satu generasi melalui BAHASA.

Maka dari bahasa-bahasa itulah maka manusia mula menyusun ilmu yang asalnya adalah kurniaan Allah s.w.t kepada nenek moyang mereka,lalu mereka kaji lagi ilmu itu dan berfikir lebih mendalam akannya sehingga ilmu itu berkembang dan memberi manfaat besar kepada kaum mereka. Dalam usaha mengkaji ini juga,bukanlah kuasa manusia yang telah mencipta ilmu itu,Allah s.w.t jua yang mengurniakan idea dan menggerakkan fikiran para pengkaji itu berfikir dari pelbagai sudut sehingga mereka dapat memahami perkara ilmu itu dan aplikasikannya menjadi ilmu seperti matematik, sains dan teknologi.

Adapun kurniaan Allah s.w.t kepada suatu kaum itu yang punya kepakaran ilmu yang tinggi dan tamadun yang hebat-hebat sehingga mampu membina bangunan yang besar-besar adalah tiada erti bagi Allah s.w.t. Di sisi Allah,bukan itu yang dinilaikan kerana ilmu dan tamadun itu semuanya adalah pemberian Allah atas kasihannya Allah s.w.t kepada manusia yang lemah supaya manusia dapat menguruskan hidup mereka dengan lebih baik.Di sisi Allah,apa yang ingin dilihat adalah hamba-hambaNya ialah membesarkan diriNya iaitu beribadah kepadaNya di dunia ini,menunjukkan rasa syukur,dan taqwa,itulah hamba-hambaNya yang mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.Oleh itu Allah s.w.t turunkan nabi dan rasul sebagai pembawa petunjuk,peringatan,ancaman dan berita gembira buat kaum manusia yang mahu sedar.Jika kaum itu ingkar dan kufur atas peringatan yang dibawa oleh para rasul itu,maka Allah s.w.t tidak teragak-agak untuk menghukum mereka sesungguhnya azab Allah itu amatlah pedih dan mereka tidak boleh lari padanya.

Kita dapat lihat betapa ilmu,kepakaran dan segala macam teknologi kaum terdahulu yang berjaya mendirikan tamadun agung semuanya musnah hilang lenyap dari muka bumi atas sebab apa? atas sebab kufur pada Allah s.w.t.Oleh itu ilmu yang mulia hanya ilmu yang ada roh membesarkan Allah. Ilmu yang disertai nilai keimanan dan ketaqwaan. Allah s.w.t tidak menghalang manusia untuk bertamadun malah tamadun itu dikurniakan oleh Allah s.w.t sendiri supaya manusia selesa beribadah pada Allah di muka bumi ini.Maka ilmu dan tamadun yang tidak bertujuan membina hubungan kepada Allah s.w.t adalah BUKAN ILMU YANG DIREDHAI ALLAH s.w.t.

Begitulah peralihan manusia di dunia ini yang silih berganti dengan pelbagai kaum serta bahasa mereka sehinggalah Allah munculkan rasulullah dari bangsa Arab dan menyempurnakan agama Allah di dunia ini dan meredhai agama islam sebagai agama umat manusia seluruhnya.

Setelah Rasulullah s.a.w wafat,dan islam terus diperjuangkan oleh para sahabat dengan pemerintahan empat khalifah yang utama,dan naik silih berganti pemerintahan khalifah selepas itu,islam yang telah disempurnakan Allah s.w.t itu telah tersebar luas ke setiap penjuru dunia sehingga ada yang menyebut pemerintahan islam meliputi 2/3 dunia.

Tamadun terdahulu yang tersimpan ilmu dunia di dalamnya telah dikumpul oleh para cendikiawan islam dan disusun menjadi satu bentuk ilmu yang baru dan segar.

Kita sering membaca dari tulisan para sarjana barat bahawa ilmu-ilmu matematik dan sains yang menjadi tunjang kepada teknologi dunia hari ini berasal dari ilmu-ilmu greek dan yunani.Tetapi para sarjana barat telah memadamkan satu usaha besar yang kita tahu tercatat dalam sejarah tamadun manusia terutamanya di zaman khalifah al ma'mun yang merupakan asas kepada ilmu matematik dan sains yang lebih tersusun dan teratur yang dibuat oleh para ilmuwan islam di baitul hikmah di baghdad.

Antara makalah matematik Greek yang diterjemahkan termasuk, the Elements, the Data, the Optics, the Phaenomena, dan On Divisions (Euklid), Sfera dan Silinder, Pengukuran Bulatan (Arkhimedes), makalah-makalah oleh Apollonius, Arithmetica (Diophantus), Sphaerica (Menelaus), Almagest dan Planisphaerium (Ptolemy), kajian tentang cermin (Diocles), Spherics (Theodosius), Mechanics (Pappus), dan kajian tentang Polihedra Nalar (Hypsicles).

Ilmu yang sebelumnya dalam bahasa greek dan yunani telah diterjemah ke dalam bahasa arab yang diusahakan oleh al kindi,banu musa bersaudara,hunayn ibnu ishaq dan beberapa ramai lagi,yang usaha itu tidak berhenti setakat itu sahaja tetapi diteruskan dengan pengkajian dan penyelidikan ilmu sehingga melahirkan para ilmuwan yang agung dalam pelbagai bidang termasuklah matematik dan sains.

Al Khwarizmi misalnya terkenal dengan teori aljabar(algebra) yang telah menyatukan nombor rasional, nombor tak rasional, magnitud bergeometri, dan lain-lainnya dikenali sebagai algebraic objects. Ia telah menjana matematik ke arah perkembangan baru secara holistik dengan konsep yang lebih luas berbanding yang wujud sebelumnya, dan menyediakan ruang baru terhadap perkembangan seterusnya bagi matematik itu sendiri. aljabar ini juga berupaya mengembangkan teori matematik secara tersendiri yang mana perkara ini tidak berlaku semasa era Greek. Rashed telah menulis:- Al-Khwarizmi's successors undertook a systematic application of arithmetic to algebra, algebra to arithmetic, both to trigonometry, algebra to the Euclidean theory of numbers, algebra to geometry, and geometry to algebra. This was how the creation of polynomial algebra, combinatorial analysis, numerical analysis, the numerical solution of equations, the new elementary theory of numbers, and the geometric construction of equations arose.

Empat puluh tahun selepas al-Khwarizmi, al-Mahani (yang lahir pada 820 Masehi), telah memikirkan idea untuk menyelesaikan masalah geometri berkaitan duplikasi kubus secara aljabar. Abu Kamil (yang lahir pada 850 Masihi) telah membentuk hubungan yang penting dalam perkembangan aljabar di antara al-Khwarizmi dan al-Karaji. Meskipun tidak menggunakan simbol, tetapi menulis kuasa bagi x dalam perkataan, beliau telah pun memahami akan apa yang kita tulis hari ini sebagai xn.xm = xm+n. Simbol tidak digunakan dalam matematik Arab hinggalah kemudiannya apabila Ibn al-Banna dan al-Qalasadi menggunakannya pada abad ke-15.

Al-Karaji (yang lahir pada 953 Masihi) dilihat sebagai orang pertama yang membebaskan aljabar secara mutlak daripada operasi bergeometri dan menggantikannya dengan bentuk aritmetik bagi operasi yang mana akhirnya menjadi intipati penting aljabar hari ini. Beliau juga merupakan orang yang mula-mula sekali mentakrifkan monomial x, x2, x3, ... dan 1/x, 1/x2, 1/x3, ... dan memberikan petua pendaraban
bagi kedua-duanya. Beliau telah memulakan sekolah aljabar yang telah berkembang untuk selama beberapa ratus tahun lamanya.

Al-Samawal, pada 200 tahun terkemudian, merupakan ahli penting bagi sekolah al-Karaji. Al-Samawal (yang dilahirkan pada 1130 Masehi) merupakan orang pertama yang mengemukakan topik baru bagi aljabar dengan gambaran yang lebih tepat sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau:- ... melakukan operasi ke atas anu (unknowns) dengan kesemua pendekatan secara beraritmetik, sama sebagaimana yang dilakukan oleh aritmetikawan ke atas suatu nilai yang kita ketahui (known).

(terima kasih kepada artikel ini)

Sumbangan ilmu pada tamadun islam ini tidak kita fokuskan kepada nilai kejayaan menyusun ilmu itu semata-mata,tetapi seperti yang penulis telah berulang kali sebut di awal artikel ini bahawa,ilmu yang tidak bertunjang kepada membesarkan Allah adalah ilmu yang tiada roh,dan ilmu greek dan yunani yang tidak mempunyai roh yang cuma menjurus kepada nilai ketamadunan material semata-mata telah diberikan roh oleh para cendikiawan islam.

Dan para cendikiawan islam menggunakan bahasa Arab dalam usaha ini,iaitu bahasa Al Quran. Dan kita tahu ilmuwan kita seperti Ibnu Sina,Ibnu Khaldun atau Al Razi bukan semata-mata ilmuwan dalam bidang-bidang keduniaan tetapi turut alim dalam ilmu islam.
Mereka sebenarnya menjadi alim dalam ilmu islam dahulu sebelum berusaha menyumbang kepada manusia dalam ilmu dunia seperti astronomi,sosial,atau perubatan.

klik untuk kenali lebih ramai ilmuwan islam di zaman silam

Ilmu yang tiada roh dalam bahasa Greek dan Yunani akhirnya diberikan roh oleh cendikiawan islam dalam bahasa Arab,dan kemudian orang-orang Eropah yang cuba keluar dari zaman gelap telah berbondong-bondong datang belajar dari umat islam dan mengkaji kitab-kitab tulisan ilmuwan islam dan kemudian kembalikan ilmu kepada ilmu tanpa roh dalam bahasa-bahasa di eropah.

0 komentar: