|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

(entri ini akan bertambah semangatnya apabila anda baca sambil menekan 'play' lagu Taku Iwasaki di atas.)

Bermulanya tulisan ini penulis ingin petik dua kata-kata yang kedua-duanya ditulis di dalam ruang komen blog Roslansms.

Adapun kata-kata pertama itu menceritakan betapa pihak pembangkang mempunyai plan atau strategi jangka panjang yang hebat-hebat belaka. Media dan penyokong kerajaan sentiasa memandang rendah dengan pihak pembangkang seolah-olah pembangkang hanya tahu memberi kritikan tanpa ada cadangan atau strategi lebih membina.Orang yang berkata-kata itu, mengatakan bahawa plan dan strategi jangka panjang pihak pembangkang tidak wajar didedahkan kerana takut-takut pihak kerajaan meniru strategi itu,dan kemudian nanti kerajaanlah yang mendapat nama.Pihak pembangkang hanya akan membentangkan strategi dan plan mereka apabila dipilih menjadi kerajaan suatu hari nanti.

Adapun kata-kata kedua merujuk kepada kata-kata yang bersetuju akan komen penulis bahawa orang melayu dan umat islam adalah satu tubuh,maka kita wajar mencari persamaan dan menjadikan langkah kita satu,fokus kita satu,matlamat dan impian kita satu.Kemudiannya orang yang berkata-kata itu mengatakan penulis telah terlepas pandang sesuatu iaitu strategi dan kaedah untuk mempersatukan orang melayu dan islam.

Pastinya orang yang berkata-kata itu tidak mengenali diri penulis. Penulis mengorbankan masa muda penulis demi mencari strategi dan kaedah itu selama ini! Penulis adalah pejuang strategi dan kaedah! Penulis bukan pejuang yang kritik tanpa ada cadangan!Oleh itu tidak tepat mengatakan penulis terlepas pandang akan hal strategi dan kaedah.

Penulis bermula berfikir akan masalah perpecahan melayu sekitar tahun 1995 selepas penulis berhijrah ke bumi Selangor buat pertama kali. Kemudiannya penulis telah mengorbankan sebahagian dari zaman kanak-kanak penulis untuk memahami perangai dan tingkah laku orang-orang tua yang bertelagah ketika itu. 6 tahun semuanya. Dari tahun 1995 hingga tahun 2000. Kemudiannya penulis lancarkan 3 cita-cita satu impian dalam misi yang penulis canangkan sebagai "revolusi empayar islam abad ke 21".

Penulis diketawakan kerana mempunyai strategi dan kaedah. Siapa yang mentertawakan penulis ketika itu? Siapa? Tidak lain dan tidak bukan ialah golongan tua yang mengatakan diri mereka matang,berpengalaman, bijak, hebat,berani,cergas dan sebagainya. Golongan tua ini mentertawakan idea penulis hanya atas sebab faktor usia. Hanya kerana penulis ketika itu baru berumur 10 tahun,11 tahun,12 tahun,13 tahun,14 tahun dan 15 tahun.Dan penulis terus menerima ejekan dan usaha merendah-rendah dari golongan tua ini selepas itu dengan alasan,penulis belum pun berumur 18 tahun sebagai usia matang di malaysia.

Ketika penulis berumur 18 tahun,ketika penulis membentangkan idea dan strategi penulis untuk mempersatukan orang melayu,mereka masih mentertawakan penulis kerana penulis belum berumur 21 tahun untuk layak berbicara soal politik. Nah,tahun ini penulis sudah berumur 21 tahun! Tahun hadapan penulis sudah berumur 22 tahun. Berapa tahun lagi golongan tua ini mahu mentertawakan idea ini,dan langsung tidak mahukan memikirkannya walau sejenak?Idea penyatuan dan perpaduan ini bukan datang dari diri penulis. Penulis tidak sebijak dan sehebat itu untuk memiliki idea ini. Tetapi inilah idea dan harapan Rasulullah s.a.w,para sahabat baginda,dan para ulama silam yang mahu jiwa dan hati-hati kita umat islam terikat dengan ukhuwah penyatuan!

Rasulullah s.a.w menunjukkan dengan jelas betapa kunci kepada pembinaan ummah yang kuat dalam institusi bernegara ialah persaudaraan islam! Antara langkah awal sebelum pembinaan negara islam madinah,Rasulullah terlebih dahulu mempersaudarakan muhajirin dan ansar,kaum Aus dan Khazraj! Tahukah kalian apa itu persaudaraan islam? Lihatlah bagaimana kaum Ansar membantu Muhajirin selepas dipersaudarakan! Ada yang sanggup membahagikan separuh harta untuk diserahkan.Ada yang sanggup menceraikan salah seorang isteri mereka untuk dikahwinkan! Bukan sedikit-sedikit PENGORBANAN yang dibuat. Penulis menyerahkan kepada barisan ulama kita untuk mengajar dan menjelaskan lebih lanjut mengenai sejarah Rasulullah mempersaudarakan mereka dan hikmah disebaliknya yang wajar diambil iktibar.Penulis bukan orang yang berilmu. Penulis akur,diri penulis masih muda,sebagai bukti bahawa ilmu penulis adalah cetek.

Tetapi kalian yang tua-tua,yang matang-matang,yang pengalamannya banyak-banyak,yang berani juga cergas, adakah kalian buntu dengan kaedah yang ada untuk menyatukan orang Melayu dan umat Islam?

Mari lihat pula apa yang para sahabat baginda Rasulullah tunjukkan. Kita sering mendengar para sahabat pernah berbeza pandangan dalam suatu perkara. Setiap pandangan yang berbeza itu mencadangkan idea yang berbeza. Apabila para sahabat memberikan pandangan mereka,dan kemudian Rasulullah memilih salah satu pandangan yang dikira sebagai baik,maka tahukah kalian apa yang dibuat oleh sahabat? Adakah sahabat yang mempunyai pandangan berbeza dan tidak dipilih pandangannya berasa marah dan juga geram,lalu memberontak sebagai tanda menegakkan prinsip dan perjuangan? TIDAK! Para sahabat tidak melakukan sebegitu. Adakah sahabat yang tidak diterima pandangannya akan berasa marah pada sahabat yang diterima pandangannya? Adakah ada dendam? adakah ada cacian? adakah ada pertelingkahan dan usaha memburuk-burukkan antara satu sama lain? TIDAK! Malah para sahabat terus mengukuhkan ukhuwah mereka.

Lihatlah,betapa para sahabat juga menterjemahkan usaha MUSYAWARAH dan UKHUWAH demi memastikan pautan yang dibina oleh Rasulullah pada hati-hati mereka tidak terjejas!

Oleh itu,apa kita ini lebih bagus,sehingga merasakan perpecahan kita suatu rahmat? pertelingkahan kita suatu yang patut disyukuri? pergaduhan kita suatu yang indah dan menghiburkan kita? Usaha merendah-rendahkan antara satu sama lain, kutuk mengutuk,tikam menikam adalah suatu yang dapat mendekatkan kita dengan Allah?

Kita lihat pula bagaimana para ulama kita iaitu para ulama ahlus sunnah wal jamaah mengurus perbezaan dan perselisihan mereka. Kita tahu perkara yang diperselisih oleh ulama kita adalah bidang khilafiyyah. Dan apakah langkah mereka demi menjaga kesatuan dan perpaduan kita sesama islam? Itulah dia sikap berlapang dada.

Bermakna, prinsip persaudaraan islam dan perpaduan kita adalah merujuk kepada kaedah, MUSYAWARAH, DAKWAH DALAM UKHUWAH,dan BERLAPANG DADA!

sudahkah kalian bermusyawarah dalam hal-hal yang kalian perselisihkan itu? sudahkah kalian berdakwah dalam ukhuwah iaitu menyeru kepada makruf dan mencegah kemungkaran tetapi memastikan ukhuwah tidak terjejas? sudahkah kalian berlapang dada dari hasil musyawarah dan dakwah yang kalian kerjakan itu?

Apa yang kalian buat selama ini adalah ajak berdebat! Ajak berdebat dan berdebat dan berdebat! Tahukah kalian apa maksud debat? Debat bukan usaha untuk mencari titik persamaan dan mencari kata putus dari hal yang diperselisihkan,tetapi debat adalah pentas untuk membuktikan diri sendiri adalah di pihak yang benar! Sampai bila kalian mahu begini?

Kalian tanya kaedah dan strategi,dan inilah strategi yang pertama untuk kalian tegakkan! Iaitu musyawarah! Bukan sekadar berbincang dengan membentangkan permohonan dan permintaan semata-mata! Tetapi bermusyawarah untuk mencari titik persamaan dan pertemuan dengan MATLAMAT di akhir musyawarah itu nanti,kita akan bersatu dan berpadu!

tahukah kalian apakah matlamat yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana orang islam yang beriman walau apa juga fahaman dan jalan politik mereka? Tahukah kalian? Tidak lain tidak bukan ialah.... REDHA ALLAH!

Siapakah umat islam yang mengaku beriman yang menafikan redha Allah sebagai matlamat dalam hidup dan amal ibadat atau pekerjaan mereka sehari-hari? Siapakah yang mendakwa beriman tetapi tidak kisah sama ada Allah redha pada dirinya dan redha pada amalannya. Sebutkan.

Oleh itu, REDHA ALLAH CENTRIC lah yang mampu melancarkan proses MUSYAWARAH yang menjadi kaedah pertama dalam mencari penyatuan dan perpaduan.

Fahamkan yang itu dahulu. Untuk memahami bab redha Allah dan kaedah musyawarah, tolonglah pergi jumpa para ulama kita. Para ulama kita bertungkus lumus menuntut ilmu islam bukan hanya untuk dijadikan simbol pada badan mereka,tetapi wajar menjadi tempat merujuk kita semua.

Penulis percaya para ulama ahlus sunnah wal jamaah kita yang ikhlas dalam berjuang,akan mengajarkan ilmu dengan ikhlas dan jujur. Mereka boleh memandu kita. Letakkan para ulama sebagai pemudahcara kepada pertemuan para pemimpin islam yang berbeza aliran politik untuk mencari penyatuan dan perpaduan.

Penulis akan sambung strategi mencari penyatuan dan perpaduan ini apabila kalian yang hebat-hebat dan mahir dalam politik sudah dapat menangkap mesej dalam artikel ini.

bersambung langkah kedua di lain masa.

---------------------------
klik untuk baca:forum pemikiran politik penulis

1 komentar:

zf_zamir said...

hebat, mampu berfikir mengenai politik sejak dari kecil..

strategi yang mantap..

tapi..

strategi akan tetap menjadi strategi..

selagi UMNO memegang tampuk pemerintahan..

usahkan musyawarah..

tudung pun tak mau pakai..

bukan nak mengutuk, mencela atau apa..

dalam kontinum masa kini, hanya revolusi politik yang mampu merubah semua ini..

revolusi politik..