|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
sambungan lagi dan lagi...

saudara sebut usaha saudara menemui kejayaan dan kegagalan. Boleh saudara ceritakan apa usaha yang berjaya dan bagaimana boleh berjaya serta usaha yang gagal dan mengapa ia gagal?

MFR:mungkin tafsiran saya sebagai berjaya itu orang lain tak pandang sebagai berjaya,atau yang saya anggap gagal itu orang lain tak anggap gagal.

Kejayaan yang paling saya anggap berjaya ialah apabila saya dapat menyiapkan kertas kerja "penstrukturan Badar".Saya masih ingat lagi bagaimana saya merangka kertas kerja itu di saat peperiksaan SPM hampir tiba. Saya masih ingat lagi malam-malam di saat pelajar-pelajar tingkatan lima sibuk belajar, saya ke bilik urusetia pengawas secara sembunyi-sembunyi untuk menaip kertas kerja itu. Dan ada satu malam,komputer di bilik itu rosak dan hasil kerja saya tak sempat nak di save,habis terpadam semua.Mujurlah Allah berikan saya semangat untuk terus menaip semula kertas kerja itu dari awal.Saya bukan mahir dalam bidang taip menaip,malah menggunakan komputer pun tak reti pada masa itu. Oleh itu,memang menyiapkan kertas kerja itu memakan banyak masa.

Saya ingat lagi pada hari saya serahkan kertas kerja itu kepada pejabat sekolah,dan guru penasihat Badar,saya telah lewat masuk ke kelas,dan guru fizik saya ketika itu,Cikgu Goh Chai Sin (GCS) telah menegur saya supaya tak lagi aktif dengan kerja-kerja persatuan tapi menumpukan pada persediaan SPM. Ya,saya memang berasa kesuntukan waktu. Jika saya tak buat kertas kerja itu,saya khuatir saya akan menyesal kerana kalah dalam misi saya untuk checkmate sekolah.

Bermakna,saudara berjaya checkmate sekolah selepas kertas kerja itu diserahkan?

MFR: saya harapkan begitu. Dan pada tahun berikutnya,saya mendapat berita dari junior Badar bahawa kertas kerja saya telah diluluskan oleh pihak sekolah dan beberapa permohonan saya telah diterima.

Saya juga gembira apabila generasi 2 tahun selepas saya telah melakukan pembaikan terhadap kertas kerja saya dengan memantapkannya lagi dengan beberapa pindaan. Itu suatu yang baik,kerana generasi pejuang Badar sudah mula serius dalam melihat Badar berjalan dengan kemas dalam menyampaikan dakwah di seratas.

Selain itu,apakah kejayaan saudara lagi?

MFR: seterusnya pada saya bukan sekadar kejayaan saya seorang,tetapi kejayaan sekolah juga. Selama ini,banyak kes buli dilaporkan kepada pihak sekolah,tetapi pihak sekolah sekadar melepaskan batuk di tangga dalam berusaha menangani buli.

Apa yang menyedihkan lagi apabila para pelajar dan MP juga tidak bersungguh-sungguh untuk menghapuskan tradisi yang saya kira suatu yang amat bodoh itu.

Namun,atas kerjasama yang saya jalinkan dengan pihak HEM iaitu Cikgu Jaafar Md Dar yang saya anggap sebagai kerjasama Badar dan pihak pengurusan sekolah yang amat erat, maka beberapa pelajar berekod hitam yang selama itu memusuhi saya dan Badar telah berjaya dibuang sekolah. Saya sememangnya tidak mahu mereka dibuang,tetapi saya timbang semula atas perbuatan mereka yang tidak mengendahkan nasihat dan dakwah saya,malah membawa rasa ketakutan kepada pelajar junior dan merosakkan pemikiran pelajar junior,saya telah bersetuju untuk membanteras mereka sehingga dibuang sekolah.

Salah seorang dari mereka pernah memanggil saya anjing sekolah apabila saya secara berseorangan datang ke dorm tempat mereka memukul seorang pelajar junior.Mujur kawan-kawan MP datang menghalang saya dan kumpulan itu dari bertumbuk. Sebenarnya,saya tidak berniat mahu bertumbuk pun,dan saya bukan kaki gaduh,dan saya memang akan beri kumpulan itu memukul saya demi membuktikan betapa penakutnya kumpulan itu kerana memukul saya secara beramai-ramai dan seluruh warga asrama yang memejamkan mata serta memekakkan telinga atas kejadian-kejadian buli yang berlaku di asrama.

Saya tak peduli,mereka mahu kata saya gila microfon,cari publisiti,atau anjing sekolah, yang penting semua kemungkaran yang berlaku di sekolah itu tidak diiktiraf oleh mana-mana ulama ahlus sunnah wal jamaah dan bukan didikan baginda Rasulullah s.aw untuk melihat umatnya menjadi seperti bangsa zionis pembuli paling keji.


Apa pula kegagalan saudara?

MFR: saya nampak kegagalan itu lebih banyak.Pertama,walaupun struktur Badar telah kemas dan budaya buli berkurangan selama 2 tahun selepas saya keluar dari sekolah itu,namun ketika saya menziarahi sekolah setahun sebelum saya ke Jepun, junior Badar mengadu akan beberapa masalah lain pula timbul.

Masalah couple menjadi-jadi. Sehingga mereka mendakwa pelajar yang ber couple tidak segan silu untuk berdua-duaan di dalam kelas dengan alasan mahu mentelaah pelajaran secara bersama.Pelajar-pelajar junior tidak menghormati senior sehingga ada pelajar junior yang sanggup mengugut pelajar senior.Kes rokok menjadi-jadi malah pelajar junior lebih banyak merokok dari pelajar senior.Kemudian beberapa kes pelajar minum minuman keras juga terjadi.
Itu satu kes yang paling saya sedih.

Dan bertambah sedih apabila saya bersolat dengan pelajar junior di surau, majlis tazkirah sudah tidak lagi dihormati dan dimuliakan.Pada zaman saya dulu,ketika saya memberikan tazkirah walaupun ramai yang tidur,tetapi tidak ada yang berani bersembang dengan begitu kuat sehingga surau menjadi seakan-akan pasar borong. Suara pelajar yang memberikan tazkirah menggunakan microfon boleh tenggelam dengan riuh pekik pelajar lain bergosip apa benda entah. Mahu saja saya tengking mereka ketika itu.

Ohh..mengapa saudara tidak tengking?

MFR:Saya tergamam dan terkedu. Mahu mengalir air mata saya melihat suasana surau seperti itu setelah 2 tahun saya tinggalkan.Saya anggap usaha saya gagal. Walaupun majoriti pelajar sudah tidak mengenali saya,namun pelajar-pelajar yang memimpin Badar adalah junior-junior yang mengenali saya dulu.Saya kesal kerana tidak bekalkan mereka dengan ketegasan dan semangat berani.

Saya akui. Sepanjang saya memimpin Badar,saya merasakan perjuangan saya dalam badar adalah perjuangan saya seorang. Oleh itu,banyak usaha Badar, saya uruskan sendiri. Sampai ada muslimah Badar yang menganggap saya mentadbir Badar secara diktator. Dalam mesyuarat juga,kadang kala ramai yang hanya mendengar saya membentangkan idea, adalah juga seorang muslimah yang berani menegur,itupun terus diam apabila saya mula membidas.

Saya kesal dengan kepimpinan seumpama itu. Atas sebab didikan saya kepada junior juga tidak menyeluruh,maka pimpinan pelapis kadang kala tidak tahu apakah aspirasi yang saya bawakan dalam Badar.

Saya sangkakan dengan kertas kerja itu,saya dapat tinggalkan Badar suatu garis panduan dalam berjuang,namun garis panduan sahaja tidak cukup andai mereka tiada semangat untuk berkorban dan berjihad. Saya rasa saya gagal dalam menurunkan semangat juang buat generasi pelapis Badar. Tapi jika difikirkan semula, saya bukanlah orang yang layak berbuat demikian pada waktu saya di seratas kerana saya sendiri sedang membina diri.

Jika itu sahaja yang mampu saya sumbangkan di sekolah,maka saya anggap kemampuan saya itu begitu lemah sekali dan masih belum berjaya. Andai saya bukan orang yang berjaya melakukan perubahan di seratas sebuah medan yang amat kecil,bagaimana untuk saya melakukan perubahan kepada Malaysia atau dunia? Pastinya banyak lagi perkara yang saya perlu perkasakan.

Sebenarnya jika disenaraikan betapa gagalnya saya di zaman saya sendiri memang terlalu banyak.Rakan-rakan batch saya tentu mengetahui lebih mendalam,betapa tidak konsistennya saya dalam berjuang.Namun mengingatkan kegagalan itu akan buat saya rasa sedih dengan diri saya sendiri. Saya kumpulkan segala kegagalan dan kejayaan itu semuanya sebagai pengalaman yang wajar saya ambil iktibar demi perjuangan yang besar lagi.

Apa yang saudara belajar dari kejayaan dan kegagalan ini?

MFR: saya belajar satu ungkapan iaitu ungkapan yang menjadi kata-kata di blog alhikmah-diari ini sendiri.

"Hikmah dalam berdakwah,Redha Allah dalam berjuang."

Bukan senang untuk menjadi orang yang berhikmah. Hikmah itu bukan boleh dicipta atau dibina,tetapi ia umpama hidayah. Hikmah hanya diberi kepada mereka yang dikehendaki oleh Allah s.w.t sahaja. Jika seseorang telah dapat berdakwah secara hikmah maka, dia sewajarnya bersyukur, kerana bukan senang untuk berhikmah.

Saya berusaha sedaya upaya merancang dan meneliti setiap plan dalam berjuang,tapi sesudah berhempas pulas merancang itupun,masih lagi tidak hikmah dakwah yang saya jalankan. Dakwah yang hikmah itu mampu menyerap ke dalam jiwa mad'u,mampu berikan keinsafan. Dakwah yang hikmah itu mendekatkan mad'u kepada dai'e.Dakwah yang hikmah itu berjaya menenangkan suasana yang ribut atau kalut,berjaya merapatkan api permusuhan kepada kasih sayang,berjaya melegakan fikiran dan hati yang kusut.Betapa susahnya untuk mendapatkan hikmah dalam berdakwah.

Namun,saya percaya jika kita berjuang dalam berdakwah demi mencari redha Allah,nescaya akan sampai jua kita ke landasan hikmah dalam berdakwah. Matlamat mencari redha Allah itu mampu memandu fikiran dan hati kita untuk mengatur jalan dakwah secara hati-hati dan terancang.Setiap langkah,tindakan,perbuatan,percakapan,tulisan mahupun lukisan kita,jika diniatkan mencari redha Allah maka kita akan menjauhi dari sifat-sifat yang Allah murka. Saya akui diri saya sehingga saat ini masih lagi perlu dididik dan ditarbiyyah,oleh itu saya memang memerlukan guru untuk memandu saya supaya sentiasa berada di landasan yang tepat.

Guru itu boleh saja dari siapa sahaja,jika Allah s.w.t sendiri mendidik kita alangkah bahagianya, namun kita mesti percaya bahawa setiap kejadian yang Allah turunkan pada kita adalah salah satu jalan Allah mendidik kita,dengan syarat kita berfikir akan kejadian itu. Fikirlah dengan petunjuk al quran dan sunnah nabi kita Rasulullah s.a.w.

Guru boleh datang dari seorang yang tinggi ilmunya bergelar ulama. Guru boleh juga datang dari saudara dan sahabat kita sendiri yang lebih berkesedaran dari kita,maka mengapa tidak kita mendengar nasihat mereka,mungkin mereka lebih tahu dari kita. Guru juga mungkin boleh datang dari diri orang-orang yang kafir atau jahat.Kita belajar dari perbuatan jahat mereka agar kita dapat berjuang menegakkan kebaikan dan kebenaran menghapuskan kejahatan itu.

Guru itu mungkin saya istilahkan sebagai medium untuk kita menyedari akan suatu hal atau ilmu. Maka guru itu boleh sahaja datang dari alam ini sendiri.

Saya mula menyedari betapa kita mesti sentiasa berguru dalam banyak perkara. Jangan sesekali merasakan diri kita sudah terlalu pandai atau bijak sehingga tidak lagi mahu berlapang dada mendengar idea atau nasihat orang lain. Saya kira sikap itu tidak akan membantu saya memperbaiki kelemahan diri saya. Maka sikap mahu berguru itu mestilah saya semaikan dalam diri. Saya mesti sanggup berlapang dada mendengar pelbagai macam idea dan pandangan,melainkan idea dan pandangan itu ditentang oleh Rasulullah,para sahabat,para tabiin,para ulama,oleh itu saya juga bersedia untuk menjadi barisan pertama menentang sebarang idea sebegitu.

Buat masa ini,saya telah yakin bahawa golongan sekular,liberal dalam agama,plural dalam agama merupakan musuh yang paling utama untuk ditumpaskan di bumi Malaysia tanah air saya.Maka saya isytihar perang ke atas fahaman-fahaman di atas.

(bersambung lagi)
----------------------

surau seratas tahun 2005



walou-outlandish


3 komentar:

Dyat said...

salam,
hmm badar... teringat masa sekolah menengah dulu.

memang takda badar dekat sekolah- yelah sekolah harian lagipun...

tapi masa tingkatan dua, ustazah B. Arab suruh saya buat buletin tazkirah(untuk ditampal setiap kelas 2 kali seminggu)...

terbitan bawah nama persatuan bahasa arab.. tapi sy kira 'badar underground' la...

sampai sy tingkatan lima pun badar masih 'bawah tanah'... mmg patut pun sbb sy bukan pengucap yg baik, setakat menulis, mengecat mural khat, jadi siak bersih-bersihkan surau boleh lah =)

tapi alhamdulilah, dengan usaha 'junior-junior' yang lebih proaktif, abang baik hati dari abim, dan terutama ustazah tabah sy tu, badar thun lepas dah rasmi khabarnya..

sudah ada modul usrah tersendiri dan lain-lain...

aisey, terpanjang pula...
eloklah tu 'entri perasan' jadi komen pun 'komen perasan' hehehe...
apapun hidup BADAR!
Wallahumusta'an.

mfrstudio said...

salam,
eh kau bukan ke pernah masuk MCKK dulu?

aku tengok frenster ko,lepas masuk MCKK kau pindah sekolah harian balik?

bila sebut pasal buletin tazkirah,aku teringat kisah risalah dakwah yang aku buat kat UM dulu.

entri perasan nombor 7,aku akan cerita pasal perjuangan di UM pulak.

tapi tahniah pada kau dyat.sebab sanggup berkorban demi perjuangan dakwah,tak kisahlah apa juga cara,buat buletin dakwah ke,mengecat mural khat malah membersihkan surau!

banyak pahala tu bersihkan surau! lebih bagus dari beri tazkirah dalam keadaan jahil macam aku.

teringat aku kat junior2 form one yang aku selalu suruh bersihkan surau dulu.

btw,dekat sekolah asrama penuh pun bukan semua orang bijak2,lagi baik sekolah harian kalau boleh berlatih berjuang sama, ingatlah yg paling bijak yang banyak ingat mati.=)

Dyat said...

duk koleq sebulan msuk skola lama...

duk uia pj satu sem, msuk skola ambil stpm..

byk buat 'u-turn'... =)

ok, sy tunggu entri 7.. sy pun UM juga tapi UMP... hehe