|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
sambungan dari temubual semalam..

apa yang terjadi pada tahun selepas itu? boleh saudara ceritakan sedikit?

MFR: tahun selepas itu,selama 2 tahun pengalaman baru yang amat berguna. Selepas PMR,saya memasuki sekolah berasrama penuh di Taiping iaitu SERATAS.Di sana saya berkembang dengan bercampur-campur,namun saya amat bersyukur kerana perkembangan itu memberikan saya nilai tambah yang amat berguna dalam meluruskan lagi jalan perjuangan saya.

saya berterima kasih dengan Badar (Badan Dakwah dan Kerohanian) Seratas 2001 yang dipimpin oleh saudara Firdaus Shah dan saudara Naim.Saudara Firdaus Shah merupakan lagenda Seratas yang masyhur untuk beberapa generasi sebelum dan selepas saya.Beliau merupakan antara individu pejuang yang bakal menyerlah di arena kebangkitan islam di malaysia suatu hari nanti andai Allah terus memimpin beliau atas perjuangan beliau yang beliau bina di seratas dulu.Saya yakin beliau ada karisma,ada bakat kepimpinan melalui tauladan,dan punya jatidiri dan semangat jihad yang utuh. Saya tidak rapat dengan beliau di seratas,cuma beliau pernah mendekati saya untuk bertaaruf kerana saya adalah pelajar baru tingkatan empat pada tahun itu. saya tak tahu apa niat beliau di sebalik taaruf itu,namun mungkin ada kaitan dengan satu peristiwa.

Wosh! peristiwa apa itu?

MFR:Pada bulan-bulan awal batch pelajar tingkatan empat baru mendaftar di seratas, salah seorang rakan saya dari batch tingkatan empat baru telah dipukul di dalam dorm oleh pelajar-pelajar senior,dan diberitakan pada kami,ada individu pengawas sekolah atau MP(majlis pelajar) yang terlibat dalam insiden itu. saya tidak pasti penglibatan beliau ada unsur subahat atau sekadar kebetulan ada di situ.

Namun,insiden itu menyemarakkan semangat saya yang sememangnya mempunyai tanggapan buruk terhadap tradisi yang ada di sekolah berasrama penuh.

Tanggapan buruk? adakah saudara ini jenis yang suka bersangka buruk?

MFR: mungkin boleh dikatakan begitu pada waktu itu. namun, saya sedar bahawa sikap itu suatu yang tidak baik. cuma mungkin situasi juga yang membentuk sikap saya itu. sebelum saya masuk ke seratas, abang kandung saya telah dipukul dan dibuli di salah sebuah sekolah asrama penuh di seremban. Apabila saya masuk ke seratas, sudah tertanam dalam kepala saya bahawa di sekolah berasrama penuh ada tradisi buli yang berleluasa.

Insiden rakan saya dipukul itu telah menyebabkan tanggapan saya itu kembali dan semakin kukuh. Dan saya telah berikrar pada diri semasa mendapat keputusan PMR yang lalu pada Allah untuk menjadi pejuang agama Allah, amat yakin insiden itu sebagai ujian Allah untuk menguji sesiapa yang mengaku beriman untuk bertindak mencegah kemungkaran.

Kebetulan, Badar ada jalankan suatu aktiviti tazkirah bergilir di surau selepas maghrib. Jadual dikeluarkan untuk pelajar tingkatan empat baru bergilir-gilir menyampaikan tazkirah dengan membaca kitab yang disediakan oleh pihak Badar.

Kebetulan giliran saya menyampaikan tazkirah adalah pada malam selepas insiden itu. Maka saya amat yakin,mencegah kemungkaran perlu dengan strategi yang berkesan. Saya memilih ruang tazkirah untuk menyampaikan dakwah yang berbisa. Itulah tazkirah pertama saya di bumi seratas dan pertama juga dalam hidup saya. Saya tidak pernah memberi tazkirah di mana-mana surau sepanjang hidup saya sebelum itu. Dan tazkirah pertama saya bertajuk "hakikat syaitan".

Hmm. boleh saudara ceritakan lebih lanjut. nampak macam menarik.

MFR: Pada asasnya saya memetik beberapa ayat quran yang terlebih dulu saya semak dari terjemahan quran.Saya kutip ayat-ayat quran yang ada menyebut akan perihal syaitan sebagai musuh manusia. Memang banyak ayat quran yang menyebut akan sifat syaitan. Dan betapa syaitan itu adalah musuh nyata bagi orang-orang beriman.

Kemudiannya,saya tegaskan bahawa segala amal buruk manusia adalah berpunca dari godaan syaitan dan didikan syaitan ke atas nafsu manusia. Saya cuba jelaskan betapa manusia yang beramal buruk adalah mengikut jejak langkah syaitan atau dengan erti kata lain pengikut syaitan.

Kemudian saya bercerita tentang bani israel yang sentiasa mengikut jejak langkah syaitan. Saya menyebut juga betapa bani israel itu sehingga pada zaman ini dengan gerakan zionisnya jelas telah menjadi pengikut syaitan yang nyata.

Mereka membuli orang-orang beriman palestin,sehingga melayan orang-orang palestin umpama haiwan dan manusia yang tiada harga diri. Mereka menghalau,membunuh, menangkap dan mengurung rakyat palestin.

Dari situ saya cuba berkias tetapi cukup berbisa kepada pelajar-pelajar senior yang mendengar. Saya berkata, di malaysia sebuah negara aman, di sebuah sekolah di taiping terdapat golongan pengikut syaitan.Mereka membuli dan memukul saudara mereka sendiri padahal mereka bukan zionis tetapi telah bertindak seperti zionis. Saya kata, kalau israel dan amerika itu kita benci dengan sikap membulinya,maka adakah wajar kita menjadi golongan yang dibenci malah dilaknat oleh Allah? Syaitan itu dilaknat,untuk apa jadi pengikut jejak syaitan. Israel itu dilaknat,untuk apa mengikut cara mereka?

Kemudian saya menyerang golongan yang mengaku diri mereka pemimpin pelajar dan golongan daie. Secara tak langsung MP-MP juga terasa,dan Badar juga terasa. Dan akhir sekali saya telah menyebut,adalah lebih celaka apabila seorang yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan pelajar tidak menjalankan amanah itu.Maka tentu sekali warden juga terasa!

Malam itu tazkirah saya memakan masa hampir sejam,padahal yang diperuntukkan kepada saya hanya 10 minit. Surau malam itu saya rasa sunyi sepi,semua mata memandang saya. Ada mata senior,MP,badar,pelajar tingakatan empat baru dan lama,junior dan warden juga!

Memang saya gementar. Saya tahu, selepas itu pasti saya akan dikecam hebat oleh pelajar-pelajar kerana sebagai pelajar baru,kalau ikutkan tradisi tidak beradab jika terlampau menonjolkan diri. Namun, saya mempertimbangkan ikrar saya juga.Saya sudah berikrar kepada Allah,maka saya perlu buktikan pada Allah bahawa saya sanggup menanggung beban dan amanah menjadi pejuang.

Selepas saya beri tazkirah, Cikgu Sohor ketua warden pun berucap. Dia menenangkan balik suasana setelah saya menghangatkan suasana surau dengan sedikit bersuara agak keras dan lantang.Masa tu boleh dikatakan saya sedikit emosi dan marah.Begitulah betapa saya masih belum betul-betul matang untuk berdakwah.Pengalaman itu betul-betul mengajar saya.

Hmm.yaa..bertenang,saudara.hehe.nampaknya sekarang pun saudara sedikit emosi.hehe.

MFR:yaa..yaaa...maaf.

Ok-ok.Jadi saudara anggap saudara Firdaus Shah bertaaruf dengan saudara kerana peristiwa itu?

MFR:ya,mungkin. Mungkin beliau mahu menegur sikap saya yang melulu dalam berjuang. Saya tak patut berdiri dengan lantang dan beri tazkirah secara keras. Apa yang hadir mungkin kebencian dan bukan keinsafan. Saya rasa beliau mahu menyatakan begitu.Tapi beliau tidak tegur atau nasihat apa-apa.Beliau cuma bertanya saya berasal dari mana dan nama apa saja.

Kenapa saudara boleh anggap saudara firadus shah ingin menegur saudara?

MFR:Kerana gaya tazkirahnya lebih berkesan. Beliau bertazkirah dengan suara yang cukup perlahan dan menusuk kalbu. Saya cukup insaf mendengar suara beliau. Jika beliau menjadi imam solat,pasti mudah jemaah mengalirkan air mata dalam solat.

Ini cukup berbeza dengan gaya saya. Oleh sebab itu, beliau secara tak langsung telah berjasa dalam menyedarkan saya perihal "hikmah" dalam berdakwah.

Saya tahu, saya bertazkirah bukan atas dasar saya berilmu. Saya kutip ayat quran dengan merujuk terjemahan semata-mata tanpa mengaji dengan guru. Saya susun dalil-dalil itu untuk menguatkan hujah saya menyerang kelompok pembuli. Itulah niat yang salah. Saya tak patut berniat mahu menyerang mereka seolah-olah mengisytiharkan perang ke atas mereka. Dalam dakwah,niat utama kita perlu mencari redha Allah dan menarik sekalian manusia insaf dengan ajaran Allah.Kita berdakwah bukan untuk hasilkan musuh.Tapi hasilkan saudara.

Rasulullah boleh saja mengisytiharkan perang ke atas kelompok jahiliyyah,namun adakah wajar mereka dianggap musuh sebelum rasulullah menybarkan ajaran Allah?

Begitulah dunia pelajar. Ada pelajar yang tidak terdedah dengan ilmu islam walaupun beragama islam. Mungkin faktor keluarga mereka,atau diri mereka yang bergaul dengan kelompok yang lalai. Mereka ini boleh dianggap jahil. Oleh itu fasa awal dakwah islam adalah mengajar akan kebenaran islam dan betapa penting hidup mengikut cara hidup islam. Ini tugas para daie.

Wahh.nampaknya saudara dapat pengajaran yang begitu penting dari diri saudara firdaus shah.

MFR: yaa,benar sekali.Akan tetapi kesedaran tentang hikmah itu belum mantap ketika itu.

saya mengistiharkan perang ke atas buli,muzik underground,rokok,dan perempuan yang tak menjaga aurat selepas itu.Itu antara intipati perjuangan saya di seratas sebagai amar makruf nahi mungkar.

Apa usaha saudara dalam perjuangan itu?

MFR: secara terus terang saya katakan di sini bahawa perjuangan saya amat jahil ketika itu. Matlamatnya mungkin baik,iaitu menyemaikan jiwa islam dan jihad di kalangan para pelajar,tetapi kaedah dan faktor diri yang tidak istiqamah sebagai bukti saya masih jahil untuk betul-betul menjadi daie yang berkesan.

selepas beberapa bulan peristiwa tazkirah "hakikat syaitan" itu, saya mula dipanggil oleh pelajar senior badar,untuk menyertai barisan ahli baru badar.Bersama-sama saya ketika itu adalah saudara Jamzuri Ammir dan syed hadi. Saudara Jamzuri juga adalah pelajar baru dan juga punya karisma yang tinggi hingga beliau dilantik sebagai presiden organisasi tingkatan empat yang memimpin pelajar baru dan lama. Perlantikan beliau mungkin sedikit kontroversi berikutan beliau adalah pelajar baru.

Namun,beliau telah menjalankan tugas dengan baik ketika menangani kes kawan saya yang dipukul itu dengan merujuk kepada pihak warden dan pihak warden pula membawa kes itu sehingga menjadi kes polis. Oleh itu rakan saya yang dibuli telah dibela sebaiknya. Cuma mungkin saya sahaja yang bertindak di luar aspirasi pelajar tingkatan empat dengan bertindak sendiri dalam sesi tazkirah.

Jadi,apa yang jahilnya?

MFR: selepas menjadi ahli badar,saya terlalu ingin cepat menjadi daie,maka kitab yang pertama menjadi bacaan saya tanpa merujuk pada guru adalah kitab fiqh sunnah karangan sayid sabiq.

saya baca itu saja namun sudah pandai-pandai mahu mengajar ilmu fiqh atau memberikan tazkirah menyentuh hal-hal agama,yang sebenarnya tidak menjadi bidang yang saya dalami.

saya amat menyesal akan perbuatan saya.

(bersambung lagi)


--------------

BUKAN SEKADAR TUDUNG

3 komentar:

Anonymous said...

apakah maksud entri prasan ni?haha..

Tawel Sensei said...

Betul2 ada orang interview atau kau sekadar berinterior monolog?

Hai..iklan kebudayaan Terengganu nampak? Pembuatan labu sayung bila pulak?

Mawardi said...

Huhu.. ape kena pulaklaa dgn mfr nih dan entri perasan dia.. panjang tuh. aku kalo nak tulis satu page pun tak abis..