|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
sambungan temubual..

adakah saudara sedar selepas berlaku jahil itu?

MFR:tidak. waktu itu saya sedang mencari-cari lagi jalan perjuangan islam yang benar-benar mapan.yang mampu mempamerkan kesyumulan islam,dan mampu mengembalikan masyarakat dan umat islam pada jalan sebenar islam.

saya memang teruja dengan perubahan zaman yang berlaku pada diri saya secara mendadak waktu itu. Semuanya boleh dikatakan bermula dari polemik politik dan krisis ekonomi malaysia 1998 membawa kepada kajian politik secara serius, tarbiyyah Dr Tengku Asmadi 1999, Misi Revolusi Empayar Islam Abad ke 21 yang menjadi propaganda perjuangan saya 2000, dan mendapat amanah daie kecil dari jamaah Badar 2001.

Dan perlu diingatkan golongan pertama yang berkonfrantasi dengan idea saya ialah golongan dari UMNO.

Perlu untuk saya ceritakan di sini.

Di Seratas sememangnya ustaz-ustaz di sana cenderung kepada fahaman politik PAS,namun mereka tidak berlaku pecah amanah ilmu dengan menyajikan buah-buah politik kepartian dalam didikan dan asuhan mereka kepada para pelajar. Ustaz-ustaz di Seratas amat saya senangi walaupun mereka kadang kala mendedahkan beberapa teori politik.Saya yang masih menganggap orang-orang politik bermasalah ketika itu sama ada dalam UMNO atau PAS,walaupun saya telah menjalankan kajian mengenai politik malaysia secara serius pada tahun 1998 iaitu ketika di tingkatan 2.

Ertinya saya tidak cenderung kepada mana-mana parti dan melihat perlunya perubahan minda orang-orang politik dalam salah satu agenda 'revolusi' saya.

Badar juga cenderung kepada fahaman politik PAS dengan beberapa kepimpinan tinggi adalah penyokong PAS sama ada secara terang-terang mahupun sembunyi. Namun, jamaah Badar juga saya lihat tidak menjadi sarang penyebaran fahaman politik kepartian,dan para senior masih jujur dan ikhlas dalam berjuang walaupun hakikatnya mereka menyokong parti politik PAS.

Saya berterima kasih kepada jamaah Badar kerana,ketika menjadi ahli Badarlah saya mula melebarluaskan lagi kajian perjuangan islam saya kepada dunia islam luar,terutamanya isu palestin dan afghanistan,juga indonesia.

Tadi saudara menyebut tentang golongan UMNO sebagai golongan yang berkonfrantasi dengan saudara,boleh saudara ceritakan lebih lanjut?

MFR: saya tidak pasti dari manakah mulanya. Mungkin pengurusan tertinggi sekolah ketika itu telah mendapat pekeliling dari pihak kerajaan untuk membanteras aktiviti politik di kalangan guru.

Isu yang pertama yang menjadi perselisihan antara saya dan pengurusan tertinggi sekolah yang boleh saya anggap sebagai ahli UMNO yang menyampaikan aspirasi pihak kerajaan adalah berkenaan "isu songkok dan kopiah putih".

Para ustaz yang selalu memakai kopiah putih,telah diarahkan untuk memakai songkok.Para pelajar juga tidak dibenarkan untuk memakai kopiah putih,yang sebelum itu telah dikempen oleh Badar untuk mempopularkan kopiah putih ketika solat jamaah.

Ahli Badar yang memakai serban juga disuruh tanggal dan hanya pak imam solat sahaja yang dibenar memakai serban sebagai tolak ansur pihak sekolah.

Dan saya masih ingat bagaimana pengurusan tertinggi sekolah telah menyindir salah seorang senior saya yang memakai serban ketika bermain bola di padang. Saya juga berasa aneh pada senior saya itu. adakah perlu untuk memakai serban ketika bermain bola?

Namun,saya tidak bersetuju apabila pihak sekolah jadikan alasan kes senior saya itu,dengan memberikan gambaran bahawa memakai serban boleh mencenderungkan para pelajar kepada aliran "ekstrimis agama".

itu adalah isu rentetan dari isu "songkok dan kopiah putih",iaitu isu "islam sederhana dan islam pelampau".

isu ini yang buat saya akhirnya dicop oleh orang-orang UMNO di persekitaran saya sebagai pelampau agama.

apakah pendirian saudara dalam kedua-dua isu tersebut?

MFR:saya tidak ada masalah untuk memakai songkok ketika solat. Dan saya rasa tidak perlu untuk berkeras dengan pihak sekolah,berikutan saya fikirkan diberi peluang belajar di sekolah itu satu nikmat dan keutamaan yang perlu diberi perhatian. saya anggap, berbudaya seperti adat di tempat orang, selagi adat orang itu tidak bercanggah dengan budaya islam.

saya pernah melihat gambar-gambar para ulama di pakistan dan india yang memakai songkok.Dan saya pernah melihat juga gambar Imam Hassan Al Banna memakai tarbus orang Mesir.

Pada saya, jika suatu yang bukan haram,tidak perlulah kita haramkan. songkok itu tidak pernah pula saya dengar ada ulama fatwakan haram. oleh itu, halal memakai songkok,jadi saya tidak ada masalah dengan arahan pemakaian songkok.

Namun,yang buat saya marah,adalah pihak sekolah seakan-akan mengharamkan kopiah putih. Memberi gambaran bahawa serban sebagai satu unsur ekstrimis.Padahal seperti ulama yang memakai songkok, saya pernah lihat gambar ulama majoritinya memakai kopiah putih dan serban! oleh itu untuk apa diasuhkan pada para pelajar supaya memandang kopiah putih dan serban sebagai unsur islam pelampau.

semua itu saya tahu adalah berunsur politik. Ketika tahun 2001, kerajaan di bawah Dr Mahathir,memang cenderung untuk mengajak rakyat memandang PAS sebagai parti islam pelampau. Kerana kita tahu orang-orang PAS dilambangkan dengan kopiah putih.

Menolak Pas bererti menolak Parti keadilan di bawah naungan Anwar Ibrahim.Maka semuanya adalah berkisar politik. Sekali lagi orang-orang politik telah buat saya marah. Kerana mereka mahu berpolitik,ada isu-isu yang tak wajar dipolitikkan telah dipolitikkan.

Apa pentingnya pakaian dipolitikkan?

Dan saya amat bimbang ketika itu,kerana isu tersebut mungkin akan dipergunakan oleh puak sekular dan liberal di kalangan Melayu untuk menekan para ulama terus menjadi golongan rendah dan tiada martabat di mata umat.

Saya memang berasa marah apabila golongan ulama diperlecehkan. Kerana ulama sebagai pewaris nabi,oleh itu jika ulama sudah boleh diperkecil dan diperleceh,tidak mustahil ilmu mereka juga diperleceh dan diperkecil dan akhirnya Rasulullah sendiri akan diperkecil dan diperleceh!!!

Saya tidak akan benarkan!

Sememangnya sejak saya kecil,saya jahil agama. Walaupun saya jahil,tapi saya telah dididik dengan sempurna oleh keluarga saya dalam mencintai Allah dan Rasul! Bagi saya, jika Allah dan Rasul dihina,maka orang yang menghina itu akan menjadi musuh saya,saya tak kan benarkan!!

err..bersabar...bawak mengucap.

MFR:ohh maaf. ash ha du alla ilaha illallah,wa ash ha du anna muhammadar rasulullah. astaghfirullah al adzim.

bagus-bagus. jadi,apa tindakan saudara sehingga dilihat sebagai pelampau agama?

MFR: sebenarnya ia lebih kepada dialog antara saya dan pengurusan tertinggi sekolah. Saya berdialog perihal isu "songkok dan kopiah putih".

dalam dialog itu,saya meminta penjelasan dari pihak pengetua,sebab apa dilarang memakai kopiah putih? adakah semua itu ada kaitan dengan suasana politik?

Tuan pengetua waktu itu menjelaskan sememangnya ia ada kaitan dengan suasana politik. Dia menganggap adalah bahaya jika pekeliling yang dikeluarkan kerajaan tidak dilaksanakan oleh pihak sekolah secara tegas.

Beliau juga menjelaskan bahawa, pengaruh politik PAS tidak membawa faedah kepada para pelajar kerana para pelajar akan mengabaikan pelajaran jika terlampau asyik mengikuti pengaruh PAS. Kerana perjuangan PAS adalah untuk menang pilihanraya bagi membolehkan negara islam ditubuhkan. Oleh itu PAS akan menggunakan segala kekuatan pengaruhnya untuk mem 'brain wash' para pelajar supaya melawan kerajaan.

Sifat melawan atau menentang kerajaan itu akan buat para pelajar merasakan adalah lebih besar jihadnya turut serta dalam aktiviti melawan kerajaan seperti berdemonstrasi atau merusuh dari berjuang menuntut ilmu dan perkasakan diri.

Dengan keadaan dan situasi itu,mungkin masyarakat melayu akan kehilangan anak bangsa yang mampu menyerlah dan menjadi pengubah keadaan sosio-ekonomi kaum Melayu yang akhirnya akan ditindas dari segi ekonomi oleh orang bukan melayu. Tidak mustahil jika ekonomi dikuasai oleh orang bukan melayu,maka mereka mampu menjadi seperti yahudi di amerika yang membeli ahli politik kristian untuk menjalankan polisi zionis mereka. Tuan pengetua menjelaskan betapa jika perkara itu berlaku bukan saja orang melayu tidak mendapat negara islam yang diidam-idamkan malah,mungkin akan menjadi peminta sedekah di bumi sendiri,dibeli jatidiri oleh orang luar,dan tidak mustahil akan menjadi kaum yang memalingkan agama demi meneruskan hidup.Kemiskinan membawa kepada kekufuran.

Begitulah penjelasan tuan pengetua.

Kemudian saya mengakui ada benarnya kata-kata tuan pengetua itu. Namun saya tetap berkeras supaya kopiah putih tidak dilarang,dan serban dimuliakan dan jangan dianggap ekstrimis,kerana bahaya anggapan itu boleh meminggirkan golongan ulama.

Tuan pengetua tidak bersetuju. Dia mengatakan islam bukan agama yang terletak pada pakaian,tapi cara hidup.oleh itu jika memakai kot dan bertali leher tapi mengamalkan sunnah rasulullah dari segi akhlak,islam pasti akan terlaksana oleh individu itu juga.

Saya berkeras untuk tidak bersetuju dengan beliau. Saya katakan jika kita cenderung untuk menyerupai suatu kaum iaitu kaum barat,maka kita akan cenderung untuk tergolong dalam kaum itu iaitu kaum barat. Jika hari ini kita pandang kopiah putih dan serban sebagai ekstrimis dan kot beserta tali leher itu lambang modenis,maka tidak mustahil satu hari nanti kita akan pandang para ulama sekolah pondok yang ada ilmu islam tinggi sebagai kolot dan jumud dan seorang tokoh korporat yang kaya raya sebagai simbol kecemerlangan hidup. saya katakan kecenderungan itu akan buat generasi muda jauh dengan ulama dan dekat dengan golongan sekular,liberal,materialistik,atau individualistik.

dengan erti kata lain, umat islam akan meninggalkan ajaran islam yang memandang dunia sebagai tempat yang olok-olok dan mengagungkan akhirat yang menjadi matlamat sebenar.Umat islam akan jadi sebaliknya iaitu tidak peduli akhirat dan memandang dunia sebagai matlamat.

kemudian saya mencadangkan pada tuan pengetua agar mempopularkan kopiah putih dan serban di kalangan ahli UMNO supaya pihak sekular dalam UMNO tidak lagi boleh mempolitikkan pakaian orang islam atau ulama.

Tuan pengetua hanya mentertawakan idea saya,dan kemudian menganggap jiwa saya terlalu ekstrim dan keras. Beliau menganggap saya menyempitkan agama dan menjadikan islam pelampau sebagai ikutan. Beliau meminta saya menjadi golongan bersederhana.

Selepas itu saya karangkan sebuah sajak mengutuk fahaman yang dikatakan islam sederhana itu dalam diari saya.Saya tahu apa yang disebut sebagai islam sederhana itu bukanlah konsep wasatiah dalam agama,tapi membenarkan mungkar bersama-sama makruf bercampur aduk.

(bersambung lagi)
-----------------------------


9 komentar:

Anonymous said...

just nk tegur skit..boleh ek.

dlm kita nk perjuangkan agama, kita sdiri mestilah org yg pertama laksanakan suruhan agam kita.

spt video di atas...penyanyi nyer adlh perempuan, dan suara perempuan ada aurat. mendedahkan aurat adlh haram...

mfrstudio said...

itu hukum yang qat'i atau khilaf?

saya nak minta tolong anda sedikit boleh?

minta ajarkan saya macam mana nak bagitahu hujah anda tu kat penganjur majlis maulidur rasul yg menjemput siti nurhaliza itu.

sekurang-kurangnya penganjur dah mampu menyuruh siti memakai tudung.

minta tolong ajarkan saya,ya? boleh ya.

saya nak bg tahu pertandingan tilawah peringkat antarabangsa yg jadi acara tahunan kat malaysia jugak pasal hukum anda itu.

tolong ya...tolong ajar saya ya.

terima kasih.

Anonymous said...

Suatu perkara yg berlaku, sdg berlaku, telah dilakukan, tidak akan sekali2 ubah hakikat. Majority doesn't always means right, kalau sebegitu, Nabi Muhammad saw awal2 lg dah salah...

Dlm isu ni, yg qat'inya adlh menjaga aurat. Dlm suara pula, wp khilaf, tp isu khilaf tu masih berat ke arah haramkan pendedahan suara perempuan di hdpn lelaki. Bukankah lebih baik utk kita sbg daie (saya dan MFR) jg utk menjauhi syubhat. Kalau kita sbg daie berada dekat dgn perkara2 yg boleh membawa kpd haram (boleh rujuk hadith 6 dr Hadith 40 an-Nawawi), apatah lg mskt2 yg nk jdkan kita sbg qudwah.

Point saya di sini bukannya ttg aurat per se, tp ttg cara pembawaan kita shj.

Maaf jika saya tersalah hikmah, dlm menegur. Kalau comment ni boleh buat scr hidden lg bagus, spy MFR shj yg melihatnya. Saya jg tak mahu benda ni jd debat. Boleh delete saje komen2 ni iA...yg penting msg sampai.

Wbp, saya kagum dgn smgt MFR sejak kecil lg =). Teruskan usaha

akhukum fillah...

mfrstudio said...

saya rasa mungkin saudara sejati keliru dengan pendekatan saya di dalam blog ini.

pendedahan saya kepada video siti nurhaliza menyanyikan lagu bertajuk Tuhan sambil memakai tudung itu ada mesej tersirat yang saya ingin sampaikan. mesej tersirat itu pula mampu berkembang dengan luas merangkumi strategi dan plan dalam perjuangan.

jika orang yang berfikir, mereka akan nampak maksud tersirat saya.

tapi saya tidak mahu menulis mesej tersirat itu kerana mahu para pejuang yang mengatakan mahu berjuang supaya berfikir dan memerhati dengan fikiran yang tajam.

perhatikan betul-betul fenomena artis bernama siti nurhaliza itu.

kemudian ada juga kaitan sedikit dengan ayat terakhir dalam entri di atas,iaitu:

"Selepas itu saya karangkan sebuah sajak mengutuk fahaman yang dikatakan islam sederhana itu dalam diari saya.Saya tahu apa yang disebut sebagai islam sederhana itu bukanlah konsep wasatiah dalam agama,tapi membenarkan mungkar bersama-sama makruf bercampur aduk."

saya tegaskan di sini,penyiaran video itu bukan tujuan untuk mendewa-dewakan siti apatah lagi membangkitkan berahi sesiapa dengan alunan suara siti. tapi cuba fikir,apa yang melanda masyarakat kita hari ini. buka saja tv, ada saja suara perempuan.

fikirlah wahai pejuang.

entri 'perasan' ini amat kritis dan sarkastik bagi sesiapa yang berfikir.

fikirlah di luar kotak.

dalam bab hukum,saya amat mengalu-alukan sebarang perkongsian ilmu. jangan malu untuk nukilkan hukum-hukum agama yang anda pegang untuk dikongsi bersama.

saya tidak akan delete walaupun firqah anda berbeza dengan saya iaitu firqah majoriti ahlus sunnah wal jamaah.

Mawardi said...

Yosh, aku sokong mfr-sempai!!

Alahai, bab video siti tu letak ke tepilaa. susah kalo nak menafikan realiti sekarang ni. lagipun takde apa yang mencolok mata dengan video tu. kalo nak tajdid sangat, tajdidlah dengan diri kita sendiri, jangan diharamkan apa yang tak haram.

Anonymous said...

Maaf, mencelah. Cumanya ingin dinaqalkan sedikit. Benar ianya khilaf dan ana amat setuju dengan think out of the box and read between the lines.

Namun, bilamana isu memaparkan siapa sahaja, artis atau bagaimana apapun. Hukumnya apa yg membawa kepada fitnah adalah sesuatu yg perlu di jauhkan. Walau apa jua hujjah, perempuan di atas tetap bertabarruj. Dan ulama'una Mazahabib Al-Arbaa'ah sgt tegas dlm hal ini. Lebih baik mengikuti merka. Bukanlah memandang kdp Siti secara khusus, bahawa boleh dah dipakai tudung ke majlis ni. Namun dhwabit dan asas kepada penutupun aurat wanita secara umum. Tak kisah siapa juga. Kebanyakan ataujumhur ulama' tidak membenarkan.

Anonymous said...

Cuma Dr Yusuf Qardhawi yg mutasahhil dan Syeikhuna kebanyakkan mengatakan Dr. Yusuf Qardhawi seorang yg kita hormati pandangan kontemporai dalam hal kesatuan ummah, namun beliau buklanlah ulama' yg boleh diambil fatwa feqhnya dengan mudah. Ini pesan Syaiekhuna. Syeikh Nuruddin juga ana difahamkan menyanggah sebahagian pendapat Dr Yusuf Qardhawi. Namun bukanlah bermakna kita menolak sepenuhnya kredibiltinya. Namun inshAllah dgn berpegang pd ijma' dan jumhur lebih dekat dengan kebenaran. Dan juga mrk yg benar2 ahli dalamnya

Anonymous said...

Ini merujuk tentang hukum wanita berada di depan dan menyanyi. Ya, ana juga berpegang dgn fatawa Dr Yusuf Qardhawi sebelum ni dan perbahasan tentang dalil-dalil dan hadith yg dibahaskan Dr Yusuf Qardhawi. Namun, sebanrnya hujah2 ulama'una arbaah hadith tentang alat muzik dan hukum menyanyi sohih namun tidak sorih. Memang kedapatan hadith dhoif dn sebagainya. Namun perbahasan nya sgt panjang. InshAllah kalau berkesempatan ana naqalkan di sini.

Andai dilihat pula secara kritis memang di situ terdapatnya satu method kreatif dlm berdakwah. Namun ianya adalah perlara sandaran dan perkara asal yg qotie dlm perkara tabarruj perlulah di dahulukan seperti yg telah digariskan oleh ulama' Usul Feqh apabila berlaku pertembungan dii antara qaotie dan zonni.

Anonymous said...

Andai dilihat pula maslahah dlm dakwah, ianya sebenarnya tidaklah terlalu besar pd pandangan ana yg dhoif ini, melainkan akan menarik org ramai ke majlis tersebut. Yg bagi ana satu permulaan baik namun kesannya diragui utk hadam akan mesej di Majlis itu.

Walau terdapat perkara-perkara yg boleh diambil kira berdasarkan maqasid syariah, namun Ulama' ita terutamanya Imam Syafie sgt ihtiyaton atau berhati-hati dalam setiap perkara. Dan mengelakkan drpd manusia dgn mudah memakai dan menutup aurat atas dasar seolah ianya dipermainkan (tdk bermakna ana mengatakan secara personal kpd sesiapa , tp secara umum ilmu) hukum.

Namun tidak pula kita menafikan akan keikhlasan seseorang dlm memakai tudung pd waktu2 tertentu andai tdk diniatkan mengambil mudah, maka inshAllah akan diganjarkan Allah. Hanya sahaja usah kita tertipu dgn syaitan dan nafsu. Seperti peesan Ibn Qudamah.
Allahua'lam