Bismillah.
1. Adakah memegang anjing menghina Islam?
Pegang anjing tak hina Islam. Sebahagian ulama menganggap anjing adalah najis mughalazah sepertinya babi. Adakah pegang najis adalah haram? Jika pegang najis adalah haram, maka haramlah kita pegang segala tahi. Tahi sejenis najis.Cebok masa istinjak tak terlepas dari tersentuh najis. Dalam Islam, jika kita telah memegang najis, wajiblah kita membersih dan menyucikan kembali anggota yang menyentuh itu.
2. Jadi apa yang menghina Islam dalam video meraikan aidilfitri dengan anjing?
Membuat video meraikan aidilfitri dengan anjing itu pastilah menghina taraf aidilfitri yang merupakan hari yang mulia dalam Islam. Jika saya buat video bertajuk "Mari meraikan hari jadi Tuan Guru dengan anjing" atau "Mari meraikan Tuan Guru dengan babi hutan" membuatkan semua penyokong Tuan Guru tidak rasa terhina, maka kita boleh lanjutkan perbincangan mengenai hal ini.
3. Video meraikan aidilfitri dengan anjing itu mungkin tidak diniatkan menghina Islam.
Mungkin. Saya bersangka baik kemungkinan Chetz itu mahu menyampaikan di hari mulia aidilfitri itu, haruslah kita sebarkan kebaikan dan bersedekah dengan semua makhluk, bukan saja manusia tetapi juga haiwan seperti anjing. Saya puji usaha Chetz berbuat baik pada anjing. Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis juga menceritakan pelacur yang berbuat baik pada anjing dengan memberinya minum telah dimasukkan oleh Allah s.w.t ke dalam syurga. Mulia sungguh hati manusia yang berbuat baik pada semua makhluk Allah.
4. Apa kata Chetz tentang tujuan video tersebut?
Chetz berkata, “No special reason, I just want people to know that having dogs isn’t a dirty thing. We clean them and we clean ourselves well.”
(rujuk http://www.freemalaysiatoday.com/category/opinion/2013/08/01/why-my-friend-chetz-made-that-video/ )
5. Bela dan sayang anjing tak ada masalah?
Buat baik dengan anjing suatu yang terpuji. Tapi bela dan sayang anjing letak di rumah, pelihara tanpa ada keperluan seperti nak guna memburu, menjaga ladang, jaga keselamatan dan sebagainya adalah DILARANG oleh ISLAM.
6. Apa kata ulama mengenai membela anjing tanpa keperluan/sebab?
Dr Yusuf al Qaradhawi dalam kitabnya Halal wa Haram fi al-Islam pun ada menyebut termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan. Nabi bersabda: "Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan, maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qiroth bagi setiap hari" (Muttafaq 'Alaih)
Jika pun sebahagian ulama tidak mengharamkan membela anjing tanpa keperluan, tetapi tetap memakruhkannya. Apa maksud makruh? Makruh perbuatan yang besar kemungkinan boleh mendatangkan dosa dan meninggalkannya lebih baik.
"Keberadaan anjing di dalam rumah seorang muslim, akan memungkinkan terdapatnya najis pada pinggan mangkuk dan sebagainya karana jilatan anjing tersebut.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Apabila anjing menjilat dalam bekas kamu, maka cucilah ia sebanyak tujuh kali, salah satu di antaranya dengan tanah. "
[Riwayat Bukhari]
Sebahagian ulama ada yang berpendapat, antara hikmah dilarangnya memelihara anjing di rumah ialah: ia dapat menakutkan tetamu yang datang,membuatkan orang lari dan dapat mengganggu orang yang sedang berjalan.
Dari Nabi s.a.w. telah berkata:
"Malaikat Jibril a.s telah datang kepadaku, kemudian dia berkata kepadaku: Aku telah datang kepada engkau semalam, tidak ada sesuatu pun yang menghalangi aku untuk masuk kecuali karena di pintu rumahmu ada patung, dan di dalamnya ada dinding yang bergambar, dan di dalam rumah pula ada anjing. Oleh itu , perintahkanlah supaya kepala patung yang berada di dalam rumah itu dipotong. Di potong sehingga menjadi bentuk sebatang pokok. dan perintahkan juga supaya dinding itu dipotong untuk dijadikan dua bantal yang boleh diduduki, dan perintahkanlah anjing itu supaya ia keluar”
[Riwayat Abu Daud, Nasa'I, Tarmizi dan Ibnu Hibban]
Anjing yang dilarang dalam hadis ini hanyalah anjing yang dipelihara tanpa ada keperluan, bukannya anjing yang boleh dimanfaatkan.
________________________
Rujukan: الحلال و الحرام للقراضاوي"
Ibnu Hajar menyebut tentang memelihara anjing di dalam rumah:
i. Ia menakutkan jiran dan orang lalu lalang di luar rumah atau orang yang mengunjunginya.
ii. Berkurangnya pahala kepada pemeliharanya.
iii. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing.
iv. Ada anjing yang menjadi daripada jelmaan anjing (anjing hitam pekat).
v. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath)
Imam al-Nawawi berpendapat bahawa selain alasan untuk tiga tujuan membela anjing yang diharuskan melalui sabda baginda, iaitu boleh atau tidak membela anjing selain menjaga ternakan, menjaga tanaman dan memburu. Baginda mengharuskan sekiranya anjing itu dipelihara untuk menjaga keselamatan rumah dan tuan. Ini kerana alasan keharusan yang terdapat dalam hadis menunjukkan keperluan untuk membela anjing dengan adanya keperluan.
Namun, ini tidak bermaksud anjing disimpan dalam rumah kerana Nabi SAW telah menegaskan bahawa Malaikat (rahmat) tidak akan memasuki rumah yang terdapat anjing, sekali gus mengelak sebarang kemudaratan yang mungkin berlaku kerana anjing.
7. Termasuk video-video menghina Islam adalah kesemua video raya yang mengandungi aksi joget dan hedonisme di tv. Saya pernah menulisnya pada tahun 2010 di sini:
http://alhikmah-diari.blogspot.com/2010/09/iklan-hari-raya-sesat.html
Tuntas.
Sekian.
mfr
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment