Bismillah.
[1.] Menghadapi Politik Syiah Secara Berlembut/Toleransi/Dialog?
[1.1] Disember 2006, ketika menyampaikan kuliah berkenaan sejarah Syiah Imamiyah/Jaafariah/Isna Ashariah/Imam 12, TG Hj Hadi berkata,
"Mereka adalah golongan Syiah yang kedua terbesar dan berusaha supaya lebih hampir pada perpaduan dengan umat Islam seluruhnya. Golongan Syiah ini adalah paling ramai pengikutnya, iaitu dua pertiga penduduk Iran, separuh daripada penduduk Iraq, sebahagian penduduk Lubnan, beberapa juta di India dan di Asia Tengah yang dijajah oleh komunis Rusia."
"Fahaman mereka tidak menyebabkan mereka menjadi kufur, kerana ia hanyalah dalam masalah cabang."
[1.2] Delarasi Islamabad 2007 ditandatangani oleh Malaysia oleh Bekas Menteri Luar Datuk Syed Hamid Albar. Deklarasi itu menyebut,
"No Muslim, whether he or she is Shi'ite or Sunni, may be subject to murder or any harm, intimidation, terrorisation, or aggression on his property; incitement thereto; or forcible displacement, deportation, or kidnapping. All Muslims to refrain seriously from any provocation of sensitivities or sectarian or ethnic strife, as well as any name-calling, abuse, prejudice or vilification and invectives."
[1.3] Mac 2010, Presiden PAS TG Hj Hadi menyertai Muktamar Taqrib Antara Mazhab, Tehran Iran.
[1.4] 20 Disember 2010, Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyebut syiah bukan ancaman.
[1.5] 22 Mei 2013, dalam satu dialog dengan Bekas Presiden Iran, Mohamad Khatami Tun Dr Mahathir berkata, "Apa yang penting, kita terima perbezaan pendapat itu dan berhenti membunuh satu sama lain kerana kita sembah Tuhan yang sama, mengikut nabi yang sama dan berpandu kepada kitab yang sama.
"Jika kita saling bunuh membunuh, musuh Islam akan bertepuk tangan kerana gembira kita melakukan kerja itu bagi mereka, jadi sudah tiba masanya kita semua berhenti melakukan keganasan sesama Islam,"
[1.6] Ogos 2013, TG Hj Hadi berkata, "“Syiah yang masih lagi dianggap seorang Islam yang dianuti di Iran, di Iraq dan selatan Lubnan. Mereka dibenar menunaikan haji di Mekah kerana ulama mengatakan mereka juga orang Islam.
“Jadi hendak bincang hal Syiah kena ada orang akademik, perbincangan dalaman dan kerajaan mesti bertindak secara ilmu dan bukan bertindak untuk jadikan isu politik,”.
[2.] Menghadapi Politik Syiah Secara Tegas Dengan Mengharamkannya?
[2.1] Mac 2012, Menteri di JPM Datuk Jamil Khir menyebut di parlimen, syiah boleh diamalkan oleh para pengikutnya tetapi tidak boleh disebarkan kepada umat Islam lain.
[2.2] 14 Jun 2013, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar menggesa semua pihak berperanan serius memastikan fahaman Syiah tidak menular. Beliau berkata, "Kita tidak boleh biarkan fahaman Syiah berkembang dengan bebas, walaupun kita hormati pegangan dia, tapi dalam konteks masyarakat kita di Malaysia, pada pandangan kita, kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan sendiri, pegangan kita adalah Sunnah Wal Jamaah. Kumpulan Syiah ini apabila mereka 'di atas' (berkuasa), mereka menekan orang-orang Sunni"
[2.3] Julai 2013, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir berkata, "kita tak soal pada seseorang itu dari lahir lagi berada didalam Syiah. Namun menjadi pertikaian sekarang ni adalah sekiranya mereka-mereka yang menyumbangkan fahaman Syiah ini cuba untuk mempengaruhi umat Islam di negeri Kedah yang rata-ratanya dari kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah"
[2.4] 24 Julai 2013, Tun Dr Mahathir berkata, "Pengembangan ajaran Syiah di negara ini akan memecahbelahkan lagi umat Islam yang pada ketika ini sudahpun lemah kerana perbezaan fahaman politik,"
[2.5] Julai 2013, Ahli Majlis Syura PAS, Ust Zaharuddin Mohammad berkata, “Jika ada bukti seorang itu adalah pengikut Syiah, kita pecat serta merta tidak kira apa jawatannya sekali pun dalam parti,”
[2.6] Ogos 2013, Mursyidul Am PAS TG Nik Aziz berkata, "Fahaman Syiah adalah sesat kerana ia mengubah Islam sehingga tidak mengikut ajarannya yang sebenar".
[3.] Berlembut/Toleransi/Dialog ATAU Tegas Dengan Mengharamkannya?
[3.1] Jika berlembut/toleransi/dialog akan diambil kesempatan oleh pengikut Syiah sebagai mengiktiraf mereka satu mazhab/taifah sebaris dengan mazhab-mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Jika tegas mengharamkan akan diambil kesempatan oleh pengikut Syiah sebagai diskriminasi hak asasi manusia, bersifat sektarian mahupun penindasan golongan minoriti.
[3.2] Para pemimpin politik telah memainkan peranan baik secara berlembut mahupun bertegas dalam menghadapi politik Syiah, kita hargai dan ucapkan terima kasih.
[3.3] Namun, atas kerana ahli politik tidak konsisten dalam prinsip menghadapi politik Syiah sehingga tak dapat memuktamadkan adakah Syiah sebahagian Islam atau tidak, maka usaha dialog dan ketegasan mereka hanya menggambarkan ahli politik berTAQIYYAH dan setiap tindakan mereka tak berdasarkan prinsip jitu yang konsisten tapi prinsip bercampur baur yang mengelirukan masyarakat awam Malaysia.
[3.4] Ahli Politik mesti menjelaskan adakah mereka menghadapi Syiah sebagai kumpulan bukan Islam atau kumpulan saudara seIslam. Kemudian barulah mereka boleh meletakkan prinsip jitu seperti berikut:
i. Jika menghadapi Syiah sebagai kumpulan bukan Islam:
a) Dialog dibuat secara debat seperti mana Rasulullah s.a.w berjidal dengan kafir Kristian, dengan harapan Syiah meninggalkan fahaman mereka dan kembali kepada Islam sebenar.
b) Syiah boleh diamalkan oleh penganutnya namun tidak boleh disebarkan kepada orang Islam sepertimana ajaran-ajaran bukan Islam di Malaysia.
ii. Jika menghadapi Syiah sebagai saudara seIslam:
a) Dialog dibuat secara akademik dan menegakkan dengan hujah-hujah dalil dengan harapan menunjukkan Syiah adalah ijtihad yang lemah malah sesat untuk dianuti oleh orang Islam.
b) Syiah tidak boleh diamalkan oleh penganutnya dan setiap penganutnya wajib dipulihkan semula sepertimana anggota ajaran sesat lain di Malaysia.
[3.5] Melihatkan sejarah umat dan pengalaman para ulama besar zaman berzaman menghadapi Syiah, kedua-dua usaha dialog dan penguatkuasaan yang mengharamkan semata-mata tidak cukup menjadi solusi permasalahan ini. Saya mencadangkan sebuah Institut Kefahaman Umat diwujudkan dengan bidang tugas berikut:
i. Mengumpul semua individu yang dikenalpasti sebagai penganut, pengamal mahupun penyebar ajaran Syiah di kalangan rakyat Malaysia ke dalam satu premis lengkap asrama, dewan makan, tandas, kawasan riadah dan lain-lain hak asasi untuk disekolahkan tanpa dibenarkan untuk keluar ke dalam masyarakat.
ii. Sistem sekolahnya adalah selama 1 tahun lengkap dengan modul berikut:
a) Berdialog secara intensif dengan Ulama ahlus sunnah yang merupakan para pengkaji Syiah dengan membuka dari kulit ke kulit segala kitab Syiah muktabar untuk melihat permasalahan terpesongnya ajaran Syiah.
b) Mendalami kitab-kitab akidah ahlus sunnah dari kulit ke kulit untuk membandingkannya dengan akidah Syiah.
c) Beribadah secara intensif untuk mencapai taubat nasuha.
iii. Kesemua mereka akan digraduasikan selepas setahun bersekolah.
[3.6] Jika usaha ini mampu memulihkan pengikut Syiah, ia wajar dilaksanakan juga pada semua pengamal ajaran sesat, pendokong Islam Liberal, pluralisme agama, sekularisme mahupun kesemua artis Muslim Malaysia yang terang-terangan menonjolkan kejahilan baik dari segi hidup seharian mereka mahupun dari karya-karya mereka. Di samping usaha pencegahan dibuat di peringkat kanak-kanak dengan memperkasakan pembelajaran Akidah di peringkat sekolah.
[3.7] Jika usaha ini dianggap mustahil untuk dilaksanakan oleh para pemimpin politik hari ini, maka saya doakan moga tidak mustahil oleh para pemimpin politik akan datang yang bakal menggantikan ahli politik hari ini. Moga umat tidak lagi meneruskan tradisi mengundi pemimpin yang lemah, dan beranilah berubah untuk mengundi pemimpin yang terbukti kuat atau umat sendiri jadi pemimpin yang kuat untuk ganti semua pemimpin hari ini yang lemah.
Tuntas.
Sekian.
mfr
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment