KRONOLOGI REVOLUSI MESIR ABAD KE-21
oleh mfr
1. Pada Mac 2008, sekumpulan aktivis muda Mesir memulakan page Facebook untuk menyokong protes pekerja di Mahalla al-Kobra ke atas bayaran upah yang rendah dan kenaikan harga barang makanan. Antara aktivis awal adalah Esraa Abdel Fattah dan Ahmed Maher. Page Facebook itu kemudiannya dengan cepat menjadi popular.
2. 6 April 2008, beribu pekerja merusuh dan polis Mesir membunuh 4 orang dan menahan lebih 400 yang lain. Aktivis Esraa dan Ahmed Maher juga ditahan dan dipenjarakan beberapa minggu. Dari tarikh itu, Ahmed Maher meneruskan gerakan bernama "April 6 Youth Movement"/ "gerakan 6 April".
3. Sebuah protes yang diadakan oleh "gerakan 6 April" pada 4 Mei 2008 (hari jadi Hosni Mubarak) telah menyebabkan Ahmed Maher ditahan. Dan begitulah seterusnya gerakan ini bergerak, protes dan ditahan.
4. Disember 2008, salah seorang ahli "gerakan 6 April" menyertai "Alliance of Youth Movements Summit" di US. Di sana, pemuda pemudi diajar strategi dan teknik berhadapan pihak penguasa kerajaan.
5. Tahun 2009, Mohammed Adel dari gerakan 6 April, pergi ke Serbia untuk menjalani latihan "nonviolence warfare" dengan Srdja Popovic iaitu pemimpin gerakan Otpor! yang membantu mengguling Presiden Serbia Slobodan Milošević pada tahun 2000 dan mengasaskan pertubuhan CANVAS untuk menyebarkan idea "revolusi" secara protes jalanan. CANVAS berjaya mempengaruhi gerakan muda pro-demokrasi seperti Rose Revolution Georgia (2003), Orange Revolution Ukraine (2004) dan Cedar Revolution Lubnan (2005).
6. Srdja Popovic mengaku beliau terpengaruh dengan karya Gene Sharp dari US antaranya "From Dictatorship to Democracy" yang terbit pada tahun 1993. Gene Sharp menubuhkan The Albert Einstein Institution sejak tahun 1983 untuk mempromosikan idea demokrasi melalui kaedah "nonviolent action". Seperti biasa, pertubuhan Gene Sharp disokong oleh kerajaan US melalui dana dari Ford Foundation,International Republican Institute (IRI), dan National Endowment for Democracy (NED). Pertubuhan Gene Sharp kemudiannya menyokong pula pertubuhan CANVAS oleh Srdja Popovic.
7. Pada 6 Jun 2010, Khaled Mohamed Said seorang pemuda Mesir mati dibunuh selepas ditahan oleh polis Mesir. Seorang jurutera komputer muda Mesir, Wael Ghonim membuka page Facebook "We Are All Khaled Said" bagi menunjukkan protes ke atas pembunuhan Khaled Said seterusnya menjemput puluh ribu pemuda mesir lain menyokongnya, termasuk "gerakan 6 April".
8. Akhirnya lewat tahun 2010, pemuda-pemuda yang bersemangat ekoran kes Khaled Said bersatu dalam pelbagai pertubuhan Youth for Justice and Freedom, Coalition of the Youth of the Revolution, Popular Democratic Movement for Change, Revolutionary Socialists dan National Association for Change, mengandungi pelbagai latar belakang pemuda termasuk sosialis, liberalis, sekularis, kristian, islamis dan sebagainya. Namun atas pengalaman "gerakan 6 April" menganjurkan protes, pemuda-pemuda ini mengikut pelan bertindak yang dipimpin oleh "gerakan 6 April".
9. Pada 18 Disember 2010, Revolusi Tunisia tercetus ekoran kejadian Mohamed Bouazizi pemuda Tunisia membakar dirinya dan kemarahan rakyat Tunisia ke atas Presiden Ben Ali. Protes besar-besaran terjadi di Tunisia hingga berakhir pada Januari 2011.
10. Pada 18 Januari 2011, Asmaa Mahfouz seorang dari aktivis gerakan 6 April, mengupload video ke Youtube mengajak semua rakyat Mesir bersamanya dalam protes jalanan di Tahrir Square pada 25 Januari untuk mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan. Video itu kemudiannya menjadi viral di internet dan mendapat sokongan ramai, ekoran banyak isu korupsi Hosni Mubarak, isu ekonomi Mesir, kematian Khaled Said, dan inspirasi Revolusi Tunisia.
11. Pada 25 Januari 2011 (sempena Hari Polis di Mesir), berlakulah protes besar-besaran di Tahrir Square yang akhirnya mencetuskan Revolusi Mesir Abad ke-21.
12. Pada 28 Januari 2011, ketika protes bertukar menjadi rusuhan antara anti-Mubarak dan pro-Mubarak, Mohamed ElBaradei datang ke Mesir lalu diangkat menjadi wakil perunding bagi pihak anti-Mubarak dengan pemerintah Hosni Mubarak. Mohamed ElBaradei yang pernah mengetuai International Atomic Energy Agency (IAEA), juga diketahui adalah ahli International Crisis Group yang dibiaya oleh US.
13. Pada 11 Februari 2011, Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan perletakan jawatan Presiden oleh Hosni Mubarak.
14. Pada 13 Februari 2011, pihak tentera Mesir membubarkan parlimen dan menggantungkan perlembagaan.
15. Pada 9 Mac 2011, Mohamed ElBaradei mengumumkan untuk mencalonkan dirinya dalam pemilihan Presiden.
16. Pada 19 Mac 2011, kutipan suara diadakan untuk meluluskan pindaan perlembagaan. Mohamed ElBaradei mengajak rakyat Mesir menolak draf tersebut kerana beliau mendakwa perlembagaan itu tak mewakili rakyat Mesir yang mahu perlembagaan baru didraf. Pindaan perlembagaan yang kecil masih tak mengubah kedudukan golongan elit di Mesir. Beberapa pertubuhan sekular lain juga menolaknya. Walaubagaimanapun, Ikhwanul Muslimin dan beberapa parti lain menyokong. Keputusannya 70% menyokong pindaan perlembagaan.
17. Pada 1 April 2011, sekali lagi protes diadakan di Tahrir Square. Kali ini protes mendesak semua kroni Hosni Mubarak ditangkap dan dibicarakan di mahkamah atas kesalahan korupsi.
18. Pada 8 April 2011, protes lebih besar diadakan di Tahrir Square kerana pihak tentera tidak akur pada tuntutan revolusi rakyat Mesir. Kali ini Ikhwanul Muslimin memanggil ahli-ahlinya menyertai protes secara rasmi.
19. Pada 27 Mei 2011, protes digelar "revolusi marah" diadakan bagi menuntut orang awam tak dibicarakan atas kesalahan semasa revolusi dan semua pemerintah yang bertanggungjawab membunuh orang awam semasa revolusi dibicarakan.
20. Pada 1 Julai 2011- 21 November 2011, protes susulan berlangsung, kacau bilau berlaku saban hari kerana marahkan tindakan lambat tentera untuk akur tuntutan protes dan mengadakan pemilihan Presiden.
21. Pada 28 November 2011 – 11 Januari 2012, pilihanraya parlimen Mesir diadakan.
22. Pada 23 Januari 2012, tentera Mesir menyerahkan kuasa kepada wakil-wakil parlimen Mesir.
23. Pada 23 dan 24 Mei 2012, pemilihan Presiden Mesir pusingan pertama.
24. Pada 12 Jun 2012, undian parlimen untuk memilih ahli majlis perlembagaan, tapi beberapa ahli parlimen sekular keluar dewan kerana mendakwa parti islamis cuba mendominasi majlis itu.
25. Pada 14 Jun 2012, mahkamah Mesir menolak undang draf undang-undang yang dibuat oleh parlimen baru Mesir. Tentera Mesir kembali mengambil kuasa untuk melantik ahli majlis yang bertanggungjawab drafkan perlembagaan baru kerana mendakwa ahli parlimen gagal untuk bersepakat.
26. Pada 16 dan 17 Jun 2012, pemilihan Presiden Mesir pusingan kedua.
27. Pada 24 Jun 2012, Mohamed Mursi dari Ikhwanul Muslimin menang sebagai Presiden Mesir.
28. Pada 30 Jun 2012, Mohamed Mursi mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir yang baru.
29. Pada 22 November 2012, Mursi mengumumkan deklarasi yang menghalang mana-mana pihak mencabar dan perlindungan mutlak bagi apa saja yang didrafkan dalam perlembagaan baru Mesir. Pihak liberal dan sekular keluar dari parlimen sesudah deklarasi itu kerana mendakwa pihak islamis cuba menjadikan Mesir sebagai negara Islam. El Baradei pula mendakwa, Mursi mahu mengangkat dirinya menjadi firaun baru Mesir.
30. Pada 27 November 2012, satu protes mendesak Mursi menyemak semula deklarasi itu yang didakwa tidak demokratik.
31. Pada April 2013, sekumpulan aktivis anak muda Mesir termasuk "gerakan 6 April" dengan menggelarkan diri mereka Tamarrud kembali bergerak memainkan peranan dengan cuba mengumpul 22 Juta tandatangan bagi membantah Mursi sehingga Jun 2013.
32. Pada 30 Jun 2013 (sempena setahun tarikh Mursi mengangkat sumpah), protes besar-besaran diadakan sebagai anti-Mursi. Manakala penyokong Mursi juga mengadakan himpunan di tempat lain.
33. Pada 3 Julai 2013, Jeneral al-Sisi mengumumkan gugurnya jawatan Presiden dari Mursi kerana didakwa gagal menangani tuntutan rakyat.
34. Pada 9 Julai 2013,Hazem Al Beblawi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Mesir dengan sokongan Parti Nur (Salafi). Sebelum itu, nama El Baradei dicadangkan tetapi Parti Nur tidak menyokong.
35. Julai-Ogos 2013, penyokong Mursi dan ikhwanul muslimin terus menyatakan bantahan ke atas rampasan kuasa tentera ke atas Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah. Tentera pula mendakwa beberapa kejadian keganasan dilakukan menjelang protes menyebabkan pihak tentera bertindak dan membunuh orang awam yang protes berjumlah ratusan dan mungkin ribuan di saat ini.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment