1. Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 1930 untuk menentang British yang menguasai Tanah Melayu ketika itu.
2. Perlu diingat, sebelum PKM ditubuhkan, ia berasal dari Parti Komunis Nanyang yang ditubuhkan di Singapura oleh Parti Komunis China pada tahun 1922. Fokusnya menyebarkan fahaman komunis dalam pertubuhan buruh/pekerja.
3. Apa itu Parti Komunis China? Parti Komunis China adalah parti politik di Tanah Besar China yang diasaskan sekitar tahun 1921. Ia merupakan susulan gerakan komunis sedunia yang berjaya menyebarkan falsafah fahaman mereka dan mahu menyebarkan pengaruh komunisme di seluruh dunia sebagai melawan semua bentuk penindasan golongan kaya khususnya golongan raja monarki, elit bangsawan, dan kaum pedagang kapitalis. Ini sesuai dengan teori falsafah yang dikemukakan oleh Karl Marx, Friedrich Engels dan Vladimir Lenin.
4. Di tanah besar China, Parti Komunis berperang dengan Parti Kuomintang yang menjunjung nasionalisme Cina dan pernah menjatuhkan dinasti maharaja China. Pada tahun 1949, Parti Komunis China berjaya mengalahkan Parti Kuomitang dan memerintah China hingga ke hari ini. Falsafah komunisme yang dibawa Parti Komunis China berevolusi sepanjang zaman hinggalah ke fahaman Komunis Moden China yang berjaya membawa China menjadi Kuasa Ekonomi Utama dunia pada hari ini hanya dengan "satu parti" memerintah.
5. Di Tanah Melayu, PKM mula mendapatkan pengaruh di kalangan kaum Cina di Tanah Melayu sekitar tahun 1937 apabila Jepun menjajah sebahagian China.
6. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu tahun 1941, pihak British menawarkan kerjasama ketenteraan dengan PKM untuk berperang dengan Jepun. PKM lalu menubuhkan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA).
7. Selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom oleh Amerika Syarikat pada tahun 1945, Jepun berhasrat menyerah kalah di semua tanah jajahannya termasuk Tanah Melayu. PKM menganggap penyerahan kalah Jepun sebagai kemenangan perang oleh PKM.
8. Pada tahun 1945 juga Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan dengan dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso yang pernah berjuang bersama MPAJA.
9. British kembali untuk menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 mengenepikan PKM yang pernah memberi kerjasama menentang Jepun. Jun 1948, berlaku pembunuhan pengurus estet bangsa Eropah di Perak yang disyaki dibunuh oleh PKM. Julai 1948, darurat diisytiharkan di seluruh negara dan PKM diharamkan. PKM mula mengangkat senjata dan lancarkan perang gerila.
10. Darurat berterusan sehingga pengaruh PKM sudah lemah, pemimpin PKM Chin Peng bersetuju mengadakan rundingan dengan Kerajaan Perikatan yang memenangi Pilihanraya pertama 1955. Rundingan itu dikenali sebagai Rundingan Baling 1955. Pihak Perikatan membuktikan pada pihak British dengan usaha Rundingan Baling untuk meyakinkan British memberikan kemerdekaan pada Malaya pada tahun 1957.
12. Pada era itu, beberapa tokoh Melayu Muslim masih mempercayai falsafah komunisme lebih baik daripada nasionalisme yang dibawa oleh Perikatan. Tapi di tanah besar China, pada tahun 1950 hingga 1958, bekas-bekas tentera Cina Muslim dari Parti Kuomintang melancarkan perang ke atas Parti Komunis China. Pada 1950, di Mesir, Jeneral Ma Bufang pemimpin tentera Cina Muslim menyatakan Cina Muslim tidak akan tunduk kepada Komunis dan akan terus melancarkan perang gerila. Pada 1951, seorang lagi tokoh Cina Muslim, Bai Chongxi memanggil seluruh dunia Islam untuk memerangi Mao (komunis di China) dan Stalin (komunis di Rusia).
13. Kembali ke Tanah Melayu,pada tahun 1960, darurat memerangi komunis ditamatkan di Malaysia. Pada tahun 1989, perjanjian damai ditandatangani antara PKM dan Kerajaan Malaysia.
Sekian.
mfr
0 komentar:
Post a Comment