Bismillah.
Berikut merupakan komen saya dalam salah satu post Ahmad Sayuti Bashiron [ASB] yang mempertikai tindakan ISMA menyeru kesepakatan politik antara UMNO dan PAS. Ia merupakan komen 20 Jun 2012, dan merupakan cadangan saya untuk difikirkan oleh generasi muda setelah melihat berkali-kali seruan kesepakatan UMNO dan PAS gagal, atau setidak-tidaknya usaha menghentikan sengketa dan dendam antara kedua-duanya pun gagal.
-----------------------------------
[1]
bismillah.
biasanya kalau ajak umat Islam khususnya bangsa melayu bersatu, maka secara automatiknya pihak menyeru penyatuan itu akan dituduh sebagai alat UMNO. sedangkan PAS sampai kiamat akan memusuhi UMNO selagi UMNO memerintah Malaysia. Dalam dunia PAS-UMNO, permusuhan adalah qat'ie tanpa khilaf selagi PAS tak menang PRU. Maka haram dalam perjuangan menuju kemenangan itu ada mana-mana pihak cuba menghentikan permusuhan malah cuba menyeru penyatuan.
Tapi perkara itu bukan fitrah iman sebagai muslim lagi mukmin. Rasulullah s.a.w ajar kita bersatu, bersaudara, berkasih sayang, bermusyawarah, dan berpegang teguh dengan ajaran Islam dengan sentiasa tidak membiarkan saudara kita terlalai dan terleka di jalan permusuhan. Dengan pelbagai bangsa muslim di seluruh dunia, kita mengimpikan penyatuan umat dan tertegaknya khilafah memimpin dunia, apatah lagi sesama bangsa yang sama-sama mahu dikenali sebagai umat Islam, lebih lagi perlu mula bersatu. Dengan kata lain, sekali anda menyelam dalam permusuhan politik UMNO-PAS selagi itu anda akan jadi keliru dan celaru antara bersatu dan bermusuh.
Maka UMNO-PAS wajar ditinggalkan oleh umat Islam dan kita mulakan musyawarah setempat kemudian disusuli dengan musyawarah umat besar-besaran dan tuntaskan jalan penyatuan dengan penetapan dasar dan asas ajaran Islam yang kukuh. Bina semula umat dengan jalan Nabi bermethodkan musyawarah. Kemudian dari syura umat itu kita boleh kembang gerak kerja dakwah bersama (taawun jamaah erti kata sebenar), pendidikan, sosial, ekonomi malah cabang politik jua.
Kali ini politik kita terasnya musyawarah, penyatuan tanpa bermusuh janji tekad dan ikrar sampai kiamat takkan ulangi tabiat politik kepartian yang lapuk. InshaAllah selesai masalah penyatuan bangsa dan penyatuan umat Islam sekaligus.
Apa jadi pada UMNO dan PAS waktu itu? Biarkan mereka beramalkan ibadah permusuhan politik sampai kiamat. Jika mereka terima hidayah, inshaAllah mereka akan tinggalkan UMNO dan PAS dan bersatu dalam kelompok terbanyak umat yang cintakan penyatuan, persaudaraan dengan jalan musyawarah.
Parti politik umat berteraskan musyawarah jika menguasai pilihanraya dan politik Malaysia inshaAllah kemenangan itu nanti bukan kemenangan tahaluf siyasi seperti BN dan PR lagi yang perlu berkompromi dan melibatkan kafirun dalam keputusan menjalankan syariat. tapi kemenangan Islam memimpin manusia seluruhnya di Malaysia. Kelak dicontohi negara umat di dunia lain lalu harapan penyatuan umat seluruh dunia mudah berlaku, menegakkan khilafah akan jadi suara sepakat sedunia, dan bukan lagi khayalan atau teori saja di atas risalah.
fikir-fikirkan cadangan ini.
sekian.
mfr
-----------------------------------
[ASB]
Mfrstudio Ibnmukhtar;
Banyak salah dlm tulisan kamu. PAS tidak pernah anggap UMNO musuh. Tidak sesekali! PAS gerakan dakwah, sasarannya dakwah yg pelbagai di merata ceruk.
Yg PAS musuh adalah dasar & satu dua kerat pemuka UMNO yg tentukan dasar. Dasar yg zalim dan merosakkan Islam. TAPI Ahli UMNO semuanya mad'u, sasaran dakwah bersama. Semua itu bersaudara.
Itu perkara basic yg kamu gagal faham bila berkata!
Dan kedua;
Kesatuan dalam ISLAM adalah WAJIB. Tapi kamu kena perhalusi ayat Allah sebelum ayat kesatuan itu: apa tujuan kesatuan dan atas dasar apa wajib bersatu? Dasar yg kamu mahukan utk bersatu hanya atas dasar "bangsa' tanpa menilai faktor lain, maka jawapannya adalah kemusnahan & bala Allah!
w'alam
------------------------------
[2]
salam.
merujuk kepada respon berikut:
"Banyak salah dlm tulisan kamu. PAS tidak pernah anggap UMNO musuh. Tidak sesekali! PAS gerakan dakwah, sasarannya dakwah yg pelbagai di merata ceruk.
Yg PAS musuh adalah dasar & satu dua kerat pemuka UMNO yg tentukan dasar. Dasar yg zalim dan merosakkan Islam. TAPI Ahli UMNO semuanya mad'u, sasaran dakwah bersama. Semua itu bersaudara.
Itu perkara basic yg kamu gagal faham bila berkata!"
Saya rasa tuan tidak memahami permusuhan PAS kepada UMNO. Jika tuan katakan musuh PAS adalah dasar zalim dan merosakkan Islam dalam UMNO, maka sebutkan apakah dasar itu secara spesifik. Apakah ia menjadi suatu dasar atau pendekatan jahil manusia di dalam UMNO semata-mata. sebutkan jua apakah dasar PKR dan DAP yang bertahaluf siyasi dengan PAS tidak ada dasar zalim dan merosakkan Islam. Jika ada dasar PKR dan DAP yang bersifat zalim dan merosakkan Islam, maka wajarlah PAS konsisten dalam memusuhi dasar sebegitu. Saya tinggalkan untuk tuan respon secara fakta bukan emosi. Dari respon tuan itu barulah saya boleh timbang apakah benar PAS memusuhi dasar atau sebenarnya memusuhi UMNO.
Contohnya, yang sering disebut oleh TG Nik Aziz sendiri, PAS menentang UMNO kerana UMNO pegang dasar kebangsaan (nationalisme). Dasar kebangsaan adalah dasar sekularisme yang memisahkan pertimbangan agama dengan semangat kebangsaan. Hanya jika UMNO meletakkan dasar Quran dan Sunnah, barulah berhentinya permusuhan dan penentangan PAS ke atas UMNO. Namun,PKR dan DAP juga mempunyai dasar sekularisme menjunjung prinsip demokrasi liberal dan sosialisme yang memisahkan pertimbangan agama, serta tidak juga meletakkan Quran dan Sunnah sebagai dasar. Maka untuk konsisten menentang apa saja parti yang tak letakkan dasar Quran dan sunnah sebagai pegangan sebagai parti yang mesti ditentang, maka PAS wajar konsisten menentang PKR dan DAP jua. Tapi itu tak berlaku. Sedangkan PKR dan DAP jua ada muslim di dalamnya yang menjadi ahli dan pemimpin.
Sekarang nak memusuhi dasar zalim sekularisme, mesti kena tentang semua parti di Malaysia. Tapi PAS pilih dasar UMNO saja untuk dimusuhi. Mengapa? Di situ mari kita nilaikan secara mendalam dasar apa yang termaktub dalam UMNO yang tak zalim itu.Harap tuan dapat respon.
Merujuk respon berikut:
"Dan kedua;
Kesatuan dalam ISLAM adalah WAJIB. Tapi kamu kena perhalusi ayat Allah sebelum ayat kesatuan itu: apa tujuan kesatuan dan atas dasar apa wajib bersatu? Dasar yg kamu mahukan utk bersatu hanya atas dasar "bangsa' tanpa menilai faktor lain, maka jawapannya adalah kemusnahan & bala Allah!"
Saya rasa tuan tak baca pun apa yang saya tulis. Sehingga tuan dengan mudah menyebut: "Dasar yg kamu mahukan utk bersatu hanya atas dasar "bangsa' tanpa menilai faktor lain". Ini fakta yang datang dari mana? Tuan nampaknya bukanlah pembaca yang teliti yang mampu menganalisa tulisan dengan cermat. Tidak hairan tuan terlalu cepat menghukum ISMA dan pimpinannya.
Saya tepekkan kembali tulisan saya di atas. Secara jelas, penyatuan umat yang saya cadangkan adalah berteraskan ajaran Nabi iaitu penyatuan persaudaraan Muslim atas tauhid dan akidah! Bukan bangsa.
"Rasulullah s.a.w ajar kita bersatu, bersaudara, berkasih sayang, bermusyawarah, dan berpegang teguh dengan ajaran Islam dengan sentiasa tidak membiarkan saudara kita terlalai dan terleka di jalan permusuhan. Dengan pelbagai bangsa muslim di seluruh dunia, kita mengimpikan penyatuan umat dan tertegaknya khilafah memimpin dunia, apatah lagi sesama bangsa yang sama-sama mahu dikenali sebagai umat Islam, lebih lagi perlu mula bersatu. Dengan kata lain, sekali anda menyelam dalam permusuhan politik UMNO-PAS selagi itu anda akan jadi keliru dan celaru antara bersatu dan bermusuh. "
Akhir kata saya hadiahkan tuan komik yang dilukis saya ini untuk semua orang yang mahu jadi orang politik di Malaysia:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.201306109972530.28915.100002794267166&type=3
wassalam.
------------------------------------
[Suhaimi Kassim]
3. Untuk Mfrstudio...... kenapa PAS tidak boleh bersama dan bersepakat dengan UMNO.... Semoga link boleh mencerahkan kita untuk melihat kewajaran tindakan PAS. Akhi Sayuti menggunakan perkataan Fasik dan Fajir dan saya pula tidak menuduh individu ....harap difahami.
http://www.facebook.com/notes/suhaimi-kassim/pengkhianatan-umno-kepada-islam/402393959797299
http://www.facebook.com/notes/suhaimi-kassim/al-walak-wal-barak-kepada-golongan-munafiqin/402410893128939
-----------------------------------
[3]
Terima kasih atas link Tuan Suhaimi Kassim. Perihal UMNO dan PAS kedua-duanya tidak dapat tidak saya kena akui berdasarkan realiti telah khianat kepada Islam. Maka link tuan hanya memperkuatkan saranan saya supaya umat Islam Malaysia meninggalkan kedua-dua parti ini lalu duduk bersama memulakan Musyawarah Umat untuk bersatu atas teras tauhid dan sunnah Nabi s.a.w.
Saya kira tuan pun tak habis baca saranan saya, maka saya ulang semula di sini, supaya tidak susah payah tuan memberikan link akan kebejatan UMNO kerana saya juga mengetahui impak yang telah dilakukan PAS dalam Malaysia tercinta ini secara akar umbinya.
Berikut saranan saya dalam komen awal:
"Maka UMNO-PAS wajar ditinggalkan oleh umat Islam dan kita mulakan musyawarah setempat kemudian disusuli dengan musyawarah umat besar-besaran dan tuntaskan jalan penyatuan dengan penetapan dasar dan asas ajaran Islam yang kukuh. Bina semula umat dengan jalan Nabi bermethodkan musyawarah. Kemudian dari syura umat itu kita boleh kembang gerak kerja dakwah bersama (taawun jamaah erti kata sebenar), pendidikan, sosial, ekonomi malah cabang politik jua.
Kali ini politik kita terasnya musyawarah, penyatuan tanpa bermusuh janji tekad dan ikrar sampai kiamat takkan ulangi tabiat politik kepartian yang lapuk. InshaAllah selesai masalah penyatuan bangsa dan penyatuan umat Islam sekaligus.
Apa jadi pada UMNO dan PAS waktu itu? Biarkan mereka beramalkan ibadah permusuhan politik sampai kiamat. Jika mereka terima hidayah, inshaAllah mereka akan tinggalkan UMNO dan PAS dan bersatu dalam kelompok terbanyak umat yang cintakan penyatuan, persaudaraan dengan jalan musyawarah. "
wallahua'lam.
----------------------------------
[Suhaimi Kassim]
Mfrstudio.... tinggalkan UMNO dan PAS ....
yang itu anta dengan kawan-kawan anta boleh buat sendiri. ramai umat islam nakkan PAS dan mengakui keberkesanan PAS memelihara islam.....
Ya... tiada siapa yang menghalang anta. cuma janganlah disebabkan ilmu dakwah kita tak sampai ke peringkat pimpinan PAS atau jiwa kita tak suka alam dakwah politik, kita buat anjuran demikian....
Fahami betul-betul Al-Quran mengenai hakikat penyatuan oleh Allah SWT walaupun Allah SWT menganjurkan penyatuan.....
--------------------------------
[4]
Tuan Suhaimi Kassim, jika dikumpul semua umat Islam di Malaysia dan diminta memilih :
1)Penyatuan umat Islam atas dasar tauhid dan musyawarah umat
2) Bersatu umat Islam dengan UMNO
3) Bersatu umat Islam dengan PAS
Tuan fikir mana satu majoriti umat Islam di Malaysia akan pilih?
-------------------------------
[ASB]
Mfrstudio Ibnmukhtar;
Allah sebut, kalau ummat Islam itu tak mahu lagi perjuangkan Islam, dia akan gantikan dgn manusia lain..
Maka; Rasulullah nyatakan "kemenagan Islam akan turut dibantu oleh manusia yg bukan Islam [rajulun faajir].
Janji Allah itu di hadapan mata kita sekarang... apakah sanggup kita biarkan diri bersama kezaliman?
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ ۖ فَإِنِ انتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ
~ Tujuan perjuangan ini utk tiada FITNAH & permusuhan yg mempertahankan kezaliman berlaku.
-----------------------------
[5]
Tuan Ahmad Sayuti, saya amat sedar tuan amat mencintai perjuangan Islam dan membenci kezaliman. Tapi ketahuilah betapa politik PAS-UMNO telah banyak menzalimi umat Islam di Malaysia.
Lihat saja link yang diberikan oleh Tuan Suhaimi Kassim. Tuan dan beliau sama-sama menyebut "UMNO adalah musuh, ahli UMNO adalah mad'u". Tapi dalam link yang diberikan, banyak yang dipaparkan adalah kebejatan dan kejahilan ahli UMNO dan bukannya dasar pertubuhan UMNO itu sendiri. Itu antara contoh kecil yang berlaku dalam keadaan langsung sesama kita yang sedang berdiskusi di fb ini, masih menunjukkan bukti jelas "apa yang dicakap tak sama dengan apa yang ditonjol dan diangkat". Kalau betul mahu anggap ahli UMNO adalah mad'u adakah apabila ahli UMNO seperti Tun Mahathir tersalah faham dengan agama, dilaksanakan dakwah kepada beliau, atau gunakan kejahilan beliau akan agama sebagai bahan untuk menonjolkan semua itu adalah "dasar UMNO". Bukti yang jelas yang diperbuatkan oleh Tuan Suhaimi Kassim selepas mengatakan ahli UMNO adalah mad'u, beri link tunjuk bukti kejahilan dan kebejatan Tun Mahathir sebagai "dasar UMNO". Itukan tonjol tak sama dengan apa yang dicakap.
Hal ini telah bersebati di akar umbi rakyat jelata umat Islam Malaysia. Berpijak dengan realiti, siapa boleh menafikan banyak kezaliman berlaku oleh politik kepartian khususnya PAS-UMNO ini.
Sebab itu, sudah sampai masanya kita bantu agar kezaliman ini dihentikan. Jangan mempertahankan lagi permainan politik kepartian yang menzalimi umat. Berjanji setiap 5 tahun, tapi cukup 5 tahun berjanji hal yang sama , kerana apa? kerana 5 tahun sebelum itu tak buat kerja mengurus hidup rakyat tapi sibuk menghabis masa mempertahankan survival politik masing-masing.
Itu zalim! Tiba masanya umat Islam di Malaysia tidak lagi guna 24 jam sehari untuk berbalah menonjolkan pihak musuh mereka banyak salah, tapi diri sendiri satu habuk tak menyelesaikan masalah umat yang melanda setiap masa. Tiba masanya, kita fokus dengan penyelesaian masalah. Tiba masanya kita bersatu musyawarah untuk gabungkan idea bernas mencari solusi dan bergerak menyelesaikan masalah umat. Bukan berebut mengaku solusi masing-masing terbaik, tapi masalah teras umat tak selesai-selesai jua.
Musyawarah Umat adalah jalan untuk kita umat Islam bertaubat dan membetulkan semula langkah berpolitik. Kita tak berani untuk berubah kerana kita suka, selesa, dan gembira dengan pembuangan masa dan pembaziran tenaga berbalah sesama umat? Saya tak fikir rakyat marhaen selesa dan gembira dengan PAS dan UMNO. PAS dan UMNO boleh teruskan amalan politik kalian. Tapi ketahuilah setiap saat apa yang jelas, umat Islam di Malaysia mengharap dan berdoa semua ini dihentikan. Cuma sekarang, masih ada umat Islam di Malaysia belum sedar kekuatan masing-masing. Masih ada yang fikir UMNO dan PAS wujud untuk membantu mereka. Padahal masalah rakyat, rakyat lebih faham! Mereka harapkan UMNO dan PAS boleh bersatu, padahal penyatuan umat tak perlukan UMNO dan PAS. Jika UMNO dan PAS tak boleh bersatu, mengapa umat Islam Malaysia juga mesti menunggu mereka bersatu? Kita rakyat boleh bersatu sendiri!
Sudah ramai ulama, cendikiawan, tokoh, pakar, malah rakyat sendiri sudah punya idea membangun negara dengan kreatif dan inovatif tanpa perlukan khidmat fikiran UMNO dan PAS. Perlukah UMNO dan PAS jika NGO dan aktivis Islam sendiri lebih rasional, cintakan persaudaraan, profesional dalam tindakan, lebih kuat semangat untuk bergerak menjadi satu umat yang bersatu gerak kerja dan bersepadu tindakan dengan satu Musyawarah Umat?
Nasihat saya untuk warga ISMA untuk alihkan seruan penyatuan umat di kalangan rakyat sendiri. Abaikan PAS dan UMNO kerana mereka cakap lain, tonjol dan buatnya lain. Rakyat umat Islam menunggu seruan kuat untuk penyatuan. Jika rakyat Malaysia ada 30 juta orang, kita hanya perlukan suara 3 juta rakyat marhaen yang berani untuk mencetus dan menggemparkan pentas politik dengan Musyawarah Umat. Itu sudah cukup untuk menyatakan kita tak perlukan PAS dan UMNO yang tak mahu bersatu. Kita bersatu pun bukan atas dasar bangsa atau parti. Tapi atas kerana Allah perintah kita bersatu dan Nabi s.a.w ajar kita rapatkan saf umat laksanakan bangunan yang mengukuhkan. Bangunan Musyawarah Umat akan dibina satu persatu. PAS dan UMNO yang tak mahu memikirkannya, boleh tinggal di belakang dan luput dalam lipatan arus kebangkitan kesedaran iman dan semangat umat!
sekian.
-------------------------------
[ASB]
Saudara Mfrstudio Ibnmukhtar;
Saya yakin saudara berada dlm kelambu; seoronok sbb tak ada nyamuk, dapat tidur mimpi yg best. Walhal esok pagi saudara terpaksa juga bangun, kedapur, masak dan bekerja...sedangakan nyamuk tu tetap ada.
Saudara blh sahaja menyeru utk semua ISMA dan rakyat pakat masuk kelambu, duduk diam2 tak payah amik tahu hal nyamuk. TAPI seruan saudara langung tidak berpihak di bumi yg nyata. TAK PRACTICAL, dan melawan fitrah...
FAHAM tak analogi tu?
Bagi saya lari dari politik bererti saudara dah masuk alam fana, alam kubur shj, sebab dunia itu politik, dan manusia di arah Allah menguruskan dunia itu.
Baca di sini; http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150945063369876&set=a.10150215629584876.329083.632394875
------------------------------
[6]
Tuan Ahmad Sayuti, sekali lagi tuan tak faham apa yang saya seru. Saya seru supaya rakyat marhaen bersatu mengurus politik Malaysia dan jangan lagi memilih PAS atau UMNO mengurus politik negara ini.
Saya seru supaya rakyat memerah keringat masa, tenaga dan buah fikiran merencanakan solusi dengan bermusyawarah melebar lingkup dari medan dakwah, pendidikan, sosial, ekonomi termasuk politik!
Saya menyeru rakyat datangkan calon sendiri di setiap kawasan DUN dalam pilihanraya dan menjalankan musyawarah umat kebangsaan untuk memilih para pakar bidang masing-masing di kalangan rakyat untuk dicalon di kawasan parlimen yang akan diundi oleh rakyat yang bersatu bagi memerah fikiran untuk menggubal undang-undang yang memudahkan urusan hidup rakyat dan dicalonkan ke jawatan menteri-menteri untuk mengetuai saf kerajaan. sistem perlantikan Perdana Menteri juga akan diubah untuk dibawa dalam Musyawarah Umat.
Tuan benar-benar bukan pembaca yang baik, kerana tuan boleh pergi ke konklusi saya menyeru rakyat masuk kelambu dan lari dari politik. padahal yang saya seru adalah rakyat mengambilalih pentas politik dan memboikot semua parti politik khususnya UMNO dan PAS yang telah terbukti gagal berpolitik secara sihat dan membangun. Saya seru rakyat bergabung dalam Musyawarah Umat yang bermula sekecil-kecil musyawarah setempat dalam komuniti hingga ke DUN dan musyawarah umat kebangsaan.
Saya menyeru rakyat Malaysia tidak lagi pasif dalam politik dengan hanya mewakilkan parti politik untuk memikirkan solusi untuk rakyat. Tapi kali ini rakyat sendiri akan fikirkan solusi setiap detail pelan perancangan penyelesaian masalah sekecil-kecil masalah rakyat hingga sebesar masalah dasar negara. Cukup sudah rakyat menunggu parti politik meletakkan calon pilihanraya, kali ini saya seru rakyat sendiri bermusyawarah kita pilih di kalangan rakyat sendiri yang paling terbaik quwwah dan amanah dan yang paling boleh mewakilkan rakyat sebagai wakil rakyat. Kemudian bersama-sama calon itu ke pilihanraya dan dimenangkan. Kemudian bersama-sama wakil rakyat dari musyawarah bekerjasama dalam bentuk gotong royong rakyat untuk selesaikan masalah rakyat.
Saya menyeru rakyat jadi lebih aktif berpolitik dengan menyumbang dalam gerak kerja politik mengurus dan menyelesaikan masalah secara lebih direct dan tanpa orang tengah seperti yang dilaksanakan sekarang dengan menunggu, mengharap, meminta dan mengemis untuk wakil rakyat parti politik menyelesaikan masalah kita rakyat jelata!
Tuntas, saya tak ajak masuk kelambu, tapi bergerak ke tengah padang dan membanting tulang dengan lebih giat. Tuan sangat naif dalam memahami aspirasi rakyat sebenar.
--------------------------------------
[ASB]
Laa isk Mfrstudio Ibnmukhtar, Sebab saya faham essai awak tu lah saya response mcm tu. Cuba awak baca 5 kali apa awak tulis tu ~ last2 mesti awak ketuk kepala sendiri, rupanay aku bermimpi dlm kelambu!
Bro, bagilah cadangan yg practical! PRU13 lagi 3 bulan. Wake up!
--------------------------------------
[7]
PAS dan UMNO boleh ditinggalkan bukan saja esok malah dari saat ini. Sudah boleh digerakkan dalam komuniti masing-masing memulakan musyawarah tak perlu tunggu maghrib, asar ini boleh mulakan. Sesudah itu seluruh umat Islam yang beriman boleh diseru berjemaah di setiap masjid, dan setiap masjid bergerak musyawarah. Bincang lumatkan selama sebulan suntuk untuk apa masalah umat setempat yang boleh diselesaikan dalam tempoh 5 tahun penggal ini, pelan perancangan penyelesaian, menyenaraipanjangkan calon rakyat yang paling quwwah dan amanah sesuai dengan solusi musyawarah.
Semua ini boleh bergerak sekarang. Seruan ini bukan baru. Tapi semua parti politik tak boleh gerakkannya. Maka kini rakyat perlu bergerak sendiri tanpa disuruh. Rakyat Malaysia boleh urus politik Malaysia tanpa parti politik. Politik=Parti politik, tapi Politik=Rakyat. Kita adalah politik negara ini. Abaikan parti politik, dan bergerak ke masjid sekarang bincang lumat solusi rakyat dan negara!
--------------------------------------
[ASB]
sila sila Mfrstudio Ibnmukhtar, ayuh awak mulakan...! awak namakan "Parti Kuasa Ketiga" baru gempaq. Ajak ISMA + JATI join sekali ok.
W'alam. Cukup NOKTAH saya di sini dlm cadangan awak itu..
-------------------------------------
[8]
bermusyawarahlah cara Nabi. saya seru rakyat berpolitik dengan bermusyawarah. bukan politik semberono. politik hari ini rakyat hanya jadi tukang percaya. ahli politik kata apa kita percaya. lepas parti politik menang, kita berharap, memohon, meminta dan mengemis. ada rezeki, akan dibantu masalah. tak ada rezeki, masalah tangguh hingga PRU berikutnya. sudah cukup sudah.
rakyat tak wajar berpolitik dengan pasif, berserah pada apa yang parti politik nak buat, nak letak calon posmen ke, nak letak calon ustaz ke, nak letak calon kaki bisnes ke, tak pernah disesuaikan dengan waqi' masyarakat setempat dengan permasalahan mendesak. wakil rakyat buat apa satu penggal pun rakyat tak tahu menahu. tak nampak batang hidung 5 tahun pun takkan malu datang lagi untuk minta diundi. cukup penggal datang kempen minta raih undi.
berbeza dengan politik musyawarah, rakyat sendiri bersatu dan bergabung, menyusun strategi dan bermusyawarah. tentulah akan dibahagi-bahagikan tugas-tugasan selayak kerja gotong royong, terorganisasi tersusun dengan lebih terperinci dan terfokus pada objektif menyelesaikan masalah.melakukan secara ijtima'i berbantu-bantu, berkongsi-kongsi, bersusah sama dipikul, untuk:
1.tuntaskan masalah mendesak rakyat setempat yang perlu diselesaikan dalam sepenggal selepas PRU.
2. tuntaskan solusi, dengan pelan perancangan lengkap, pembahagian tugas yang bakal dilaksanakan setiap individu dalam musyawarah selepas menang PRU nanti.
3. dapatkan wakil yang boleh dinamakan sebagai calon musyawarah umat setempat dalam PRU yang jika nama itu menang, wakil itu akan menyerahkan kembali pada musyawarah rakyat setempat menentukan, memantau dan melaksanakan segala solusi yang dituntas tadi.
musyawarah umat mengembalikan kuasa mengurus rakyat oleh rakyat sendiri. rakyat akan menggembleng tenaga bersama, idea bersama, kekuatan fikiran bersama, kekuatan ekonomi bersama, kekuatan semangat bersama. apa yang penting rakyat lebih tahu apa masalah rakyat yang perlu diselesaikan. semuanya akan dengar dalam musyawarah. musyawarah harian lepas solat jemaah, musyawarah mingguan, musyawarah bulanan. progress perlaksanaan solusi dipantau secara dekat dan teliti.
jika politik jenis ini tersebar, rakyat akan sibuk memerah idea, berfikir jalan penyelesaian, berfikir secara kreatif, mencipta tamadun, jadi umat pencipta bukan pengguna. ia baik untuk pembangunan teknologi baru. baik dan hebat untuk mendepani cabaran masa depan.
akan terhapus bicara bermusuh, sebab tak ada masa nak fikir gaduh2. nak cari solusi cepat. akan terhapus politiking, sebab politik jenis ini bukan nak angkat individu, tapi nak angkat idea dan kerja. idea mana yang praktikal dan menyelesaikan masalah akan diterima, orang yang boleh melaksanakan kerja dengan kriteria quwwah dan amanah yang menepati solusi akan diberi tugas. tiada lagi gosip politik, tiada lagi skandal, politik wang dan sebagainya. semua individu tak lagi mengejar jawatan, tapi berebut untuk menyelesaikan masalah. politik jadi sihat dan maju.
mungkin tuan tuan rasa tak praktikal sebab tuan tuan rasa tak mampu dan tak mahu duduk bermusyawarah, tak mahu berjalan ke masjid, tak mahu memerah keringat idea mencari solusi, tak mahu berkongsi susah senang bersama, kongsi harta dengan masyarakat untuk laksanakan solusi, tak mahu kerja keras mencari dan mengisi quwwah dan amanah. saya hanya menyeru dan menyampaikan. jika semua rakyat jelata Malaysia tolak idea ini, maka saya akur. tak ada masalah.
tuan-tuan boleh tak endah idea ini, dan teruskan dengan amalan harian politik kepartian, berdrama, bermusuh, sibuk memancung sesama sendiri. tak ada masalah. maka hasilnya politik malaysia akan terus kekal begini.jangankan generasi anak, sampai cucu nanti beginilah bentuk politik kita. jangan kata kalau PR menang PRU politik akan jadi aman damai ukhuwwah bersemi.lihat menang negeri pun, musuh politik akan terus wujud. selagi ada politik kepartian yang banyak fokus pada survival masing-masing, semua ini akan berputar setiap PRU zaman berzaman.
saya beri idea untuk hentikan karut marut politik ini. saya mahu wakil rakyat menang bukan wakil parti menang. wakil rakyat bicara dan kerjanya untuk rakyat. wakil parti gaduh parti nak angkat imej parti sentiasa.parti politik telah gagal membentuk politik sihat, gagal dan merosakkan juga rakyat jelata. kini ada option untuk kita beralih dari politik kepartian kepada politik musyawarah, gotong royong rakyat jelata, ukhuwwah bersemi, bertaut perpaduan, membentuk tamadun baru, bakal memimpin dunia.
isu ISMA kerana mencari penyatuan umat. kita semua sepakat umat mesti bersatu pada tali Allah. musyawarah umat ini jalan yang menurut 100% perintah Allah itu. bermusyawarah atas panduan quran dan sunnah. sesama umat islam kita berkasih sayang, berbantu-bantu, sesama rakyat malaysia kita bersepakat. saya fikir ia solusi untuk ISMA, PAS, UMNO atau apa saja pihak dalam mencapai objektif kalian menyatupadukan umat. bukankah jenama jemaah itu tak penting, yang penting jalannya sunnah, matlamatnya sunnah. tiada apa yang tak praktikalnya musyawarah umat. malah musyawarah memang jalan mencari solusi dalam setiap urusan umat. kalian sudah musyawarah dalam kelompok masing2-praktikal. mengapa musyawarah dilebarkan ke seluruh umat jadi tak praktikal. bergabung dengan musyawarah umat satu yang sangat2 praktikal.tinggal kita mahu atau tidak saja.
maafkan saya atas esei yang panjang Tuan Ahmad Sayuti, saya NOKTAHkan sekarang ini.
----------------------------------
[Kawe Gu Demo]
hmm...inilah yang terjadi bila pelukis komik bagi idea..
apa yg akhi ckp tu betul..but, please be REALISTIC!
Ya..rasanya xde yg x setuju dengan konsep musyawarah tu..bahkan kalu ianya betul2 ada sekarang ni, kami sanggup bg idea, mahu duduk musyawarah, mahu berjalan ke masjid, mahu memerah keringat idea mencari solusi, mahu berkongsi susah senang bersama, etc.
tp kena ingat, nak MELAKSANAKANNYA BUKANLAH SENANG mcm lukis komik.
percayalah..apa yang akhi fikir, orang lain dah fikir lama dah..
tp REALITI di MALAYSIA x macam tu..
cuba berpijak pada realiti
n kena ingat, kita mmg dah ada parti politik yg mengamalkan konsep syura (musyawarah) utk pilih calon kat malaysia sekarang ni...
---------------------------------------
[9]
terima kasih atas respon itu, saya ada mesej akhi di inbox. mungkin masuk bahagian other. kita boleh lanjutkan perbincangan untuk akhi jelaskan penghalang-penghalang perlaksanaan musyawarah umat tatkala tiada siapa tak setuju akan idea ini, semua orang dah fikir lama idea yang sama, dan semua sanggup duduk musyawarah dan bagi idea. tinggal lagi alasan tak realistik. mohon lanjut perbincangan di sana agar saya boleh bantu untuk dilaksanakan di tempat akhi inshaAllah.
---------------------------------------
[ASB]
Saudara Kawe Gu Demo, u spot it. Nak urus negara tidak blh semudah buat cartoon. Nak buat kartoon pun tak semudah nak baca buku pengurusan.... apatah lagi nak apply kan kitab2 muktabar pd pemerintahan.
Sauadara MfrStudio...,
Cukup dah kut di situ, nanti jadi lain pulak. Jom sama2 bila lepas bangun tidor dan dah dream yg best, pergi kerja... kalau nak tahu mcmana nak kerja, pi simggah rumah bro Jamzuri tu... ajak minum coffee...
Rasa Jamzuri blh bantu utk bagi idea cartoon yg terbaik yg terbaik utk ummah Islam!
Siiru 'ala barokaatillah!
---------------------------------------
[10]
Tuan Ahmad Sayuti, saya sebenarnya nak ucapkan tahniah pada tuan kerana ini kali pertamanya idea musyawarah umat ini boleh dicatat dengan begitu panjang tanpa didelete oleh tuan wall di facebook. Saya sudah diberi ruang luas dan bebas dan cukup di sini, maka saya takkan memanjang hingga jadi kurang ajar pada sesiapa. Jika benar saya mahu memperjuangkan ukhuwwah islamiyah penyatuan umat dalam musyawarah, wajarlah saya menyambut persaudaraan dengan sesiapa saja yang membukanya.
Saya harap dapat melanjutkan perbincangan dengan akhi "Kawe Gu Demo" di inbox untuk benar-benar membantunya melepasi halangan kesusahan perlaksanaan musyawarah umat apabila beliau telah menyatakan kesanggupan melaksanakannya.
Berkenaan kartun atau komik, saya bukanlah pelukis kartun atau komik. Saya hanya melukis sebagai antara usaha tambahan dakwah di alam realiti. Dan sebenarnya bukanlah mudah melukis kartun dan komik ini walaupun kita fikirkan mudah. Berkenaan Saudara Jamzuri ada idea, maka sewajarnya beliau juga cuba usaha melukis dan merealisasikan ideanya menjadi komik, agar tidak orang dengan mudah menuduh tidak realistik padahal belum pernah cuba direalisasikan.
Saya telah usahakan musyawarah umat di kampus Jepun dulu dan alhamdulillah telah berjaya mengubah komuniti muslim di sana menyatukan pelajar muslim pelbagai bangsa di kampus saya dalam usaha dakwah dan inshaAllah sebuah lagi masjid di bumi jepun akan terbina berhampiran kampus saya dulu. Saya kini usahakan musyawarah sama dalam komuniti saya sekarang di malaysia. Tidak ada yang mustahil termasuk mewujudkan musyawarah umat untuk satu DUN hingga mencalonkan seorang wakil dalam PRU satu masa nanti. semuanya terpulang pada kemahuan umat dalam komuniti. perlaksanaan mudah saja dijalankan jika ada kemahuan.jika tak berjaya hingga tahap itu lagi, masih tetap musyawarah menggerakkan usaha umat ke arah bantu membantu dalam menyelesaikan masalah bersama.
sekian.
jazakumullah khoir.
-----------------------------------------
Kesimpulannya, seruan penyatuan umat sangat baik terus diadakan, dan ia merupakan kewajipan setiap individu islam. Umat yang sentiasa cintakan Islam tidak akan berpecah sama sekali.
Umat Islam tak berpecah,cuma berbeza dalam memilih jalan hidup. Ada yang pilih jalan yang haq dan ada yang pilih jalan yang bathil. Di kalangan pilih jalan yang haq juga tak berpecah, cuma memilih ijtihad berbeza dalam pendekatan. Buktinya seluruh yang pilih jalan yang haq mereka berkasih sayang sesama sendiri. Di kalangan pilih jalan yang haq juga sering mendekati yang pilih jalan bathil untuk menyeru pada yang haq. Tak pecah. Sentiasa terikat akan tanggungjawab ukhuwwah dan dakwah.
Yang memecahkan umat adalah yang menyeru pada kebencian dan permusuhan. Mereka ini pilih benci orang yang pilih haq dengan pendekatan berbeza atas alasan yang paling HAQ adalah diri mereka sendiri. Dan mereka pilih untuk bermusuh dan memusnahkan saudara yang pilih jalan bathil kerana tiada lagi jalan pulang dan taubat buat mereka. Inilah golongan pemecahbelah umat. Kita jangan jadi macam ni.
Adapun jika sudah penat kita menyeru UMNO dan PAS bersatu, atau setidak-tidaknya sepakat perjuang Islam bersama, atau sekurang-kurangnya menghentikan dendam sesama mereka, namun semuanya gagal, saya fikir adalah wajar kita berpaling dari UMNO dan PAS.
Jika umat Islam berjumlah 18 Juta di Malaysia, dan UMNO punya 3 juta ahli dan PAS punya 2 juta ahli, masih UMNO dan PAS itu minoriti di kalangan umat selebihnya 13 juta orang. Adakah wajar kita harap 5 juta orang yang bergaduh untuk bersatu, padahal jika 13 juta yang tak bergaduh itu berpaling dari yang 5 juta dan bersatu memperjuangkan Islam, 13 juta adalah peneraju dan penentu halatuju umat. Soalnya mahu atau tidak saja.
wassalam.
mfr
25 Mac 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 komentar:
Assalamualaikum akhi mfr. Jazakallahu khair atas perbincangan yang ana kira amat menarik dan banyak manfaat boleh diambil. Tidak lupa juga adab2 berikhtilaf berjaya dijaga alhamdulillah. Tahniah pada pra pengomen yang berwibawa.
Soalan saya, boleh saudara bantu saya, bagaimana untuk mengetahui lebih lanjut tentang idea politik musyawarah ini? Bahan bacaaan mungkin?
Dan pada pandangan saudara, adakah idea politik musyawarah saudara ini selari dengan seruan dan hala tuju ISMA sekarang ini? Bagaimana dengan strategi yang ISMA ambil buat masa ini?
Adakah idea politik musyawarah ini boleh saya mudahkan dengan idea usrah As'Syahid Hassan al-Banna menerusi maratib amal?
Sejauh mana perlaksanaannya bertindih?
Waalaikumussalam akhi.
1. Idea Politik Musyawarah secara khusus belum ada bahan bacaan yang boleh dibaca sepengetahuan saya kerana istilah "Politik Musyawarah" itu saya cetuskan sendiri untuk membezakan dari corak Politik Kepartian.
Ia konsep yang mudah dengan membayangkan politik yang ada sekarang berjalan secara musyawarah dengan penglibatan semua pihak dari rakyat jelata hingga yang bertaraf bangsawan melondehkan semua cop dan jenama kepartian duduk tawadhuk secara sistematik membincangkan masalah dan solusi secara tuntas.
Kemudiannya apabila tiba tarikh PRU, calon-calon akan diwakilkan oleh setiap musyawarah kawasan DUN dan kawasan Parlimen untuk dapatkan kuasa memerintah. Rakyat jelata akan turun mengundi memenangkan semua calon musyawarah. Apabila menang, kuasa diserahkan kembali pada pihak musyawarah setiap kawasan untuk memerintah kawasan secara musyawarah.
Bagi kawasan parlimen, jika calon-calon musyawarah menguasai parlimen, parlimen akan diubah memerintah secara musyawarah dengan bawa suara setiap musyawarah DUN di kawasan parlimen dan dibincangkan secara musyawarah beradab quran dan sunnah.
Inilah kaedah memperalatkan demokrasi untuk memenangkan sistem musyawarah bagi menghidupkan budaya berpolitik secara berbincang beradab sistematik menegakkan Islam di bumi Malaysia.
Maka, untuk faham kepentingan perintah musyawarah dalam mengurus hal umat, boleh saja baca semua karya para ulama yang berbicara soal pentingnya perintah musyawarah ini dalam hidup, dan amalan syura dalam negara islam. Ini satu amalan yang sepakat oleh semua ulama satu amalan paling afdal untuk menyelesaikan masalah umat sekecil-kecil masalah hingga sebesar-besar dasar negara.
2.Politik Musyawarah ini sentiasa cerah masa depan apabila umat islam menyokong perpaduan, menyokong musyawarah dalam cari solusi, menyokong untuk tak taksub pemimpin atau parti, dan menyokong syariat paling tinggi dalam hidup. Saya sedar ini satu perjalanan panjang.
Namun, langkah pertama perlu dilakukan. Saya lihat ISMA mencetuskan banyak langkah-langkah baik ke arah musyawarah umat ini. ISMA sokong perpaduan (ajak melayu sepakat), sokong musyawarah cari solusi (adakan wacana dan muzakarah), sokong tak taksub pemimpin dan parti (kempen Arus Baru), dan tentunya sokong syariat (ngo dakwah manhaj im).
seruan dan halatuju isma pada ketika ini memang membantu harapan saya agar politik musyawarah dijayakan di masa depan. inshaAllah.
3. Idea Politik Musyawarah hanyalah idea sementara dalam menyediakan sebuah amal musyawarah dalam sebuah negara demokrasi. Matlamatnya tentunya tertegak syariat, bertukar demokrasi kepada syura sebenar, dan terbinanya sistem khilafah dunia semula.
Idea maratib amal lebih menyeluruh dari langkah individu hingga islam memimpin dunia.
Politik musyawarah mungkin bahagian kecil boleh menjayakan salah satu langkah maratib amal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam, atau setidak-tidaknya membebaskan umat dari sistem politik kepartian yang merosakkan.
Harap jawapan-jawapan ini memuaskan saudara.
Sekian.
mfr
Oh cikgu sidek
Assalam,
ISMA?? Tak minat ISMA. Bukan ana mahu memburukkan ISMA. Tapi hakikatnya daripada pengalaman SENDIRI. Ramai ahlinya terlalu keras dalam agama. Membawa fikira 'Dia' sahaja yang betul. Bukankah ini antara sifat wahabiyyah? Daripada pengalaman sendiri juga, sering bertemu carta ISMA yang membuat takfir. Sifat wahabiyah kedua. Tarbiyahkan dahulu kelembutan dalam ISMA baru ana sudi mendengar. Contoh: Pada satu ketika, terdengar sorang ahli ISMA (nama dirahsiakan) berkeras mahu hapuskan politik yang ada ketika satu diskusi politik. Sedangkan agama 'kepolitikan' di negara ini adalah urusan ramai. Beliau bangkit bersuara dalam bit-bit mahu menghapuskan. Bila cuba buat sebegitu, bukankah menegaskan ia tidak mengerti urusan ramai? Memasukkan dirinya dalam Ruwaibidhah. Ada juga pengalaman lain. Tapi memadailah dengan itu.
Rasulullah berpesan: Janganlah kamu menyeru dan memupuk kebencian, kedengkian dan permusuhan.
Post a Comment