|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

Pendidikan itu bermula dengan mengenalkan tentang Allah s.w.t. Konsep tauhid dan akidah yang tepat diberikan sejak kanak-kanak memasuki sistem pendidikan ini.Mereka dinilai bukan sahaja dari hafalan-hafalan tertentu tetapi mereka dinilai dengan interview atau perbincangan untuk lihat kefahaman mereka benar-benar berada di landasan tauhid dan akidah yang sebenar. Dari tauhid ini kemudiannya berkembang kepada subjek meneroka Al quran dan sunnah.

Mereka diuji dengan meletakkan mereka dalam situasi seakan-akan situasi sebenar,dan apabila mereka berada dalam situasi berkenaan apakah yang akan mereka lakukan? adakah mereka akan mengharapkan pada Allah atau mereka lupa diri dan berputus harap. Mereka dididik dengan banyak sekali latihan praktikal .Di sekolah terdapat pelbagai macam kemudahan untuk tujuan praktikal tauhid,mereka diasuh dan ditarbiyah bukan sahaja dalam sekolah tetapi jua ke dalam masyarakat.

Pendidikan ini bukan sahaja melibatkan golongan yang disasarkan iaitu kanak-kanak yang mahu dilahirkan sebagai pejuang tetapi pendidikan ini juga melibatkan masyarakat. Peranan masyarakat dalam sistem pendidikan ini wajar diberi perhatian serius,oleh itu sebarang individu dengan pengaruh buruk tidak wajar berada dalam persekitaran pendidikan maka wajar dikeluarkan dari masyarakat dalam sistem pendidikan ini.

Maka usaha pendidikan ini melibatkan penguatkuasa.Dan tentu sekali kawasan pendidikan mestilah dikhaskan dan fokus ke dalam masyarakat yang benar-benar bertanggungjawab sahaja. Kanak-kanak dididik pada peringkat awal dengan menjaga mereka sehingga tidak benarkan ada individu mahupun pengaruh luar memasuki minda mereka maka usaha menanamkan tauhid dan keyakinan yang utuh dengan kefahaman yang mendalam dapat dicapai.Boleh diadakan kajian berapa tahunkah mereka wajar diberikan kefahaman ini sehingga mereka menguasai bukan sahaja tauhid,malah akhlak,ibadah,muamalah yang semuanya bersumberkan al quran dan sunnah di samping mereka diajar membaca al quran,membaca kitab-kitab hadis dan diajar juga kemahiran asas dalam bahasa pelbagai membaca,menulis,mengira,berfikir dan bertindak.

Berikutnya mereka ke arah fasa kedua dengan diberikan mereka kefahaman tentang dunia dan sejarah tamadun manusia sehinggalah kepada zaman mereka.Mereka memahami bagaimanakah dunia berubah akibat tiadanya pengharapan dan pengagungan Allah maka manusia binasa dan bercelaru.Dan apabila manusia mengikut adab-adab lalu taat akan perintah Allah maka manusia berjaya mambina tamadun yang indah.Tamadun boleh sahaja dibina tanpa ketaatan dan ketaqwaan namun hasilnya manusia bukan hidup lebih bahagia tetapi menderita.

Dalam fasa ini bakat mereka mula dikesan.Mereka sewajarnya diuji untuk melihat kecenderungan mereka. Ke arah manakah bakat dan keistimewaan yang Allah telah kurniakan kepada mereka wajar diselidiki oleh guru-guru sistem pendidikan ini.Kemudian bakat itu akan diserapkan kepada projek 7 bidang kritikal yang dibincangkan sebelum ini,dan dalam projek itu mereka diasuh betul-betul sehingga layak menjadi pejuang bidang masing-masing dalam usia yang muda dan matang.

Namun Allah kurniakan manusia yang lambat untuk dikesan bakat mereka,mungkin disebabkan kelemahan yang sengaja Allah kurniakan buat mereka untuk diuji hidup mereka itu.Guru-guru dalam sistem pendidikan ini memegang prinsip bahawa semua manusia yang diciptakan Allah itu istimewa dan tidak ada satu pun yang yang tidak punya manfaat. Bakat dan kebolehan merupakan senjata yang Allah lahirkan bersama-sama jasad manusia ketika keluar dari rahim. Senjata itu mampu berfungsi jika bergabung dengan senjata-senjata lain yang dikurniakan pula kepada individu yang lain.

Sistem pendidikan ini percaya dan yakin bahawa Allah mengurniakan bangsa yang beriman itu kumpulan manusia yang punya senjata yang mengimbangi antara satu sama lain dan apabila digabung kumpulan senjata itu menjadi satu senjata yang amat digeruni oleh pihak musuh. Senjata-senjata itulah yang wajar digilap dan dihebatkan oleh para guru dan akhirnya pejuang-pejuang itu akan keluar dari sistem pendidikan ini dengan masing-masing punya fokus dan matlamat yang jelas. Iaitu berjuang mencari redha Allah memakmurkan dunia menunaikan amanah sebagai khalifah dunia.

Sistem pendidikan dalam projek-projek bidang kritikal mestilah disusun berdasarkan matlamat setiap bidang kritikal.Boleh merujuk bahagian sebelum ini menyenaraikan bidang kritikal dan matlamatnya.

Pendidikan mementingkan kefahaman dan bukan hafalan.Peperiksaan yang mendatangkan perasaan takut,gerun,cuak,gubra,dan usaha-usaha dibuat d
alam keadaan tertekan dan bukan atas kecintaan ilmu. Sistem pendidikan seperti ini bukan sistem pendidikan yang mendidik untuk memahami dengan daya kecenderungan untuk mencintai ilmu seterusnya memahami sebuah ilmu tersebut.Ini sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan. Sistem pendidikan yang menghasilkan manusia penghafal nota dan buku teks,pendidikan yang menghasilkan jaguh-jaguh penjawab soalan peperiksaan. Mungkin boleh melahirkan graduan-graduan universiti pemegang ijazah namun bukan melahirkan jaguh-jaguh yang berupaya mewujudkan kepemimpinan dalam bidang kritikal mereka. Jaguh-jaguh cuma mampu dilahirkan andai jaguh-jaguh ini berada dalam matlamat yang jelas sejak bermula pendidikan lagi.

Bilakah bermula pendidikan? Pendidikan bermula di rumah yang berharmoni dengan masyarakat. Itu sekolah yang utama. Sekolah kehidupan. Sekolah kedua yang mengandungi guru-guru cuma sebagai landasan atau pentas penggilapan senjata ilmu dan bakat yang ada pada setiap kanak-kanak,remaja mahupun pemuda pemudi yang belia.Inilah hubungan pendidikan yang meletakkan anak-anak generasi baru Islam sebagai golongan sasaran atau golongan yang dididik. Keluarga,masyarakat dan guru-guru sebagai pemain tanggungjawab pendidik. Di sini dilihat pemimpin,p
enguasa,dan ahli penyokong sistem hidup (seperti pengilang untuk mengeluarkan barangan keperluan,peniaga untuk memperdagangkan barangan,doktor untuk meninjau kesihatan,bomba dan penyelamat untuk kecemasan dan sbg nya) adalah sebuah unit-unit pengawal sistem pendidikan ini supaya tidak diganggugugat sehinggalah anak-anak generasi islam ini berjaya dibentuk menjadi golongan pejuang,golongan khalifah,golongan yang meneruskan pimpinan dunia supaya berada di tangan orang-orang soleh.

Pendidikan adalah suatu yang indah dan menarik. Ia mendidik bukan sahaja menyalurkan ilmu dari kajian manusia pencinta ilmu seperti saintis-saintis islam yang menyusun ilmu fikiran manusia yang mengkaji fitrah alam juga sunnatullah yang membawa kepada penggunaan konsep lalu tercetusnya ciptaan-ciptaan bagi kemudahan manusia( ilmu sains dan teknologi) malah ilmu-ilmu sebegitu mendekatkan diri pengkaji dan penuntut ilmu untuk lebih dekat dengan Allah.Pendidikan suatu yang tidak menyeksakan tetapi ia membuka minda manusia untuk menjadi lebih selesa dan lega dalam memahami alam,mengurus alam,dan memelihara alam.

Pendidikan itu bermula dari mengenal akan Allah s.w.t dan berakhir dengan pengharapan kepada keredhaan Allah s.w.t.

bersambung bahagian 3

0 komentar: