|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

Seperti yang dimaklumkan di dalam entri yang lepas,pendidikan itu bukan sahaja memerlukan infrastruktur seperti kemudahan bangunan sekolah dan peralatan pembelajaran dan guru-guru sebagai penyokong proses pembelajaran tetapi persekitaran masyarakat sebagai sebahagian dari warga pendidik.

Inilah beza pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dengan pendidikan bagi melahirkan pejuang agama Allah.

Mari kita semak dengan lebih mendalam aspek-aspek perbezaan ini.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini bahawa tulisan ini membicarakan cadangan penulis di awal tahun 2000 yang telah dikemaskini pada tahun ini iaitu 2006.Pada asasnya cadangan yang asal cuma memberikan gambaran secara kasar dengan belum diberikan penelitian secara mendalam oleh penulis.Namun dalam entri kali ini penulis ingin membawa pembaca melihat cadangan ini dengan lebih mendalam.

Apa itu pendidikan berorientasikan peperiksaan?

katika penulis berbicara dengan guru penulis akan cadangan pendidikan ini,penulis beranggapan bahawa sistem pendidikan negara ketika itu (tahun 2000) merupakan pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.

Peperiksaan umum yang diadakan seperti yang kita sedia maklum ialah UPSR (ujian penilaian sekolah rendah),PMR (peperiksaan menengah rendah),SPM (sijil pelajaran malaysia),STPM (sijil tinggi pelajaran malaysia),dan sijil matrikulasi sebelum diberikan penilaian untuk masuk ke universiti atau institut pengajian tinggi.

Bagi menjayakan sistem pendidikan ini soalan-soalan peperiksaan dikaji dan disusun secara bersungguh-sungguh oleh panel pembuat soalan mengikut garis panduan kementerian pendidikan malaysia. Walaupun kadang kala dasar kerajaan malaysia berubah,namun panel pembuat soalan dianggap cekap menyesuaikan diri bagi sentiasa menyediakan soalan yang mampu mencapai hasrat kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berpengetahuan.

kita sedia maklum akan falsafah pendidikan negara.

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu

usaha berterusan kearah memperkembangkan

lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara”

falsafah pendidikan negara di atas tidak lari jauh dengan hasrat,objektif dan matlamat pendidikan yang dicadangkan oleh penulis. Cuma penulis lebih menumpukan kepada asas yang benar-benar asas dalam perlaksanaan pendidikan iaitu

"bermula dengan memperkenalkan Allah berakhir dengan pengharapan kepada keredhaan Allah"

dan penulis lebih melihat keperluan pendidikan sebagai suatu persediaan dan misi yang penting yang menjadi sebahagian daripada perjuangan umat Islam.

Misi perjuangan umat islam ini dilihat oleh penulis sebagai misi bersama dan bukanlah suatu misi kelompok atau cita-cita kumpulan.Maka dalam melaksanakan misi perjuangan ini,penulis telah merangka cadangan,plan dan strategi sebagai sebuah usaha menyumbang kepada kekuatan umat.Maka dalam misi ini pendidikan mer
upakan salah satu aspek yang dititikberatkan.Sebagai penegasan,penulis tidak pernah menyebut tulisan ini merupakan sebuah langkah wajib namun ini merupakan cadangan yang dapat difikirkan oleh penulis.Penulis percaya islam mengajar umat islam untuk terus berfikir dan merencanakan strategi dan langkah selagi mana strategi dan langkah itu masih menurut batasan-batasan dan kehendak ajaran islam.

Penulis beranggapan bahawa sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan tidak mampu memenuhi falsafah pendidikan negara secara sempurna,maka penulis mencadangkan pendidikan yang telah dibincangkan dalam entri sebelu
m ini degan harapan akan dapat memenuhi falsafah tersebut dengan lebih baik,malah yang lebih penting menyediakan pendidikan yang mampu mencapai cita-cita umat islam secara bersama.

Mengapa pendidikan berorientasi peperiksaan lemah?

Penulis percaya pendidikan yang sempurna bukan melahirkan penjawab soalan peperiksaan tetapi melahirkan pejuang.Bagi melahirkan pejuang ,aspek yang perlu dititikberatkan bukan sekadar peperiksaan,maka amat tidak wajar jika pelaja
r-pelajar sekolah ke kelas untuk belajar ilmu dan akhirnya fokus mereka ialah peperiksaan yang akan berikan penilaian tahap mereka. Akhirnya mereka dibeza-bezakan dengan gred yang merujuk kepada markah yang mereka peroleh dari peperiksaan tersebut.

Penulis percaya bahawa manusia yang diciptakan Allah tidak lahir dengan kebolehan dan kecenderungan yang sama.Manusia yang lahir ke dunia ini punya kebolehan dan kecenderungan yang berbeza akan tetapi mereka lengkap melengkapi.

Peperiksaan umum telah menjalankan suatu sistem yang melawan fitrah ini.

Sebagai contoh, pelajar yang mendapat A akan dipandang tinggi atau dianggap sebagai bijak. Manakala pelajar yang mendapat F akan dipandang rendah atau dianggap tidak
bijak.

Peperiksaan menjalankan suatu piawai dalam menilai manusia,padahal manusia tidak boleh dinilai dengan suatu piawaian sebegitu.

Mari kita lihat apa yang terjadi kepada seorang pelajar
yang mengikuti sistem pendidikan sebegini.

Bermula dengan tadika atau pra sekolah,seorang pelajar akan diajar asas pendidikan.Di sini akan diperkenalkan abjad-abjad dan huruf-huruf bagi memudahkan menanam kemahiran 3M iaitu membaca,menulis dan mengira.Bagi tadika aliran islam akan diajarkan asas-asas seorang muslim mungkin seperti doa-doa harian,cara-cara bersolat atau kemahiran membaca al quran.

kemudian kanak-kanak ini akan masuk ke sekolah rendah dan mengikuti pembelajaran.Guru akan mengajar mengikut sillabus. Sillabus adalah sistem pecahan tajuk atau bab
dalam satu-satu subjek yang akhirnya akan dinilai kefahaman dan penguasaan pelajar dalam subjek tersebut dengan diadakan ujian kecil,ujian bulanan,peperiksaan penggal sehinggalah menuju ke peperiksaan umum iaitu UPSR sebelum mereka menamatkan sesi persekolahan sekolah rendah.Semua pelajar akan belajar perkara yang sama dan dinilai dengan piawai yang sama.

Kemudiannya apabila ke sekolah menengah,mungkin sudah dimulai pecahan aliran pendidikan,di peringkat ini ada aliran agama dan vokasional dan juga beberapa sistem pakej peperiksaan yang pelajar-pelajar boleh memilihnya berga
ntung kepada sekolah samada sekolah itu ada menyediakan kelas subjek berkenaan jika tidak,pelajar yang ingin menambah subjek ke dalam peperiksaan umum perlu belajar dengan inisiatif sendiri seperti mengambil kelas tuisyen atau mengupah guru mengajar.

Akhirnya proses ini akan menuju kembali kepada peperiksaan umum. Dengan kata lain pelajar yang memasuki sistem ini perjuangan ilmu mereka difokuskan kepada mengejar gred terbaik di dalam peperiksaan umum.Dalam sistem ini demi mencapai cabaran peperiksaan umum tersebut pelajar-pelajar akan bergelumang dengan nota dan latihan soalan,jika ada praktikal pun ia tidak cukup untuk mengasah bakat dan kecenderungan melainkan pelajar itu sendiri yang mengambil inisiatif berani untuk membina diri.

Pembinaan diri adalah inisiatif sendiri dan bukan merupakan fokus yang menjadi matlamat akhir sistem. Matlamat akhir sistem adalah gred di dalam peperiksaan umum.

Mungkin akan ada pelajar yang aktif dalam bidang sukan,unit beruniform,pertandingan-pertandingan bahas,pidato,syarahan, atau aktiviti-aktiviti inisiatif sekolah seperti ceramah,kem motivasi dan lain-lain. Namun semua itu diadakan tanpa menjadikannya fokus penilaian utama sistem ini.Dan
mungkin ada merit yang akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang menyertai pelbagai aktiviti ko kurikulum ini.Namun masih belum cukup untuk memenuhi falsafah pendidikan negara.

Bukti utama kelemahan sistem ini ialah apabila pelajar-pelajar ini ke universiti dan mengikuti sistem universiti pula,dan apabila diberikan mereka soalan SPM yang pernah mereka duduki misalnya untuk mereka jawab,pastinya mereka sudah h
ilang kemahiran menjawab soalan tersebut.Adakah ini bermakna mereka sebenarnya adalah manusia yang tidak layak untuk mengikuti pelajaran ke universiti?

Dan sesudah mereka menamatkan pengajian di universiti dan mula untuk mencari pekerjaan dan katakanlah mereka telah bekerja dalam tempoh setahun atau dua tahun,cubalah diberikan pula mereka soalan peperiksaan yang diadakan di universiti dahulu,pastinya situasi yang sama akan berlaku.Mereka tidak akan menunjukkan prestasi menjawab soalan yang memuaskan melainkan kes-kes terpencil.


Apatah lagi jika diberikan soalan peperiksaan SPM pada mereka untuk mereka jawab,teknik menjawab soalan yang mereka belajar dahulu pastinya telahpun mereka lupa kerana telah meninggalkannya dengan tempoh yang lama.Kemungkinan untuk mereka dapat gred F jika menjawab soalan SPM tersebut juga adalah besar.

Jika seorang yang berkelulusan universiti dan telah b
ekerja dua tahun berisiko untuk mendapat F dalam SPM,maka adakah pelajar yang mendapat F dalam SPM adalah manusia bodoh yang tidak berguna?

Itu belum dinilai lagi keintelektualan bekas pelajar yang mengikuti sistem ini,apabila dilihat kepada keadaan masyarakat pada hari ini.Penglibatan mereka yang cemerlang dalam peperiksaan dalam kegiatan yang rosak akhlak dan sia-sia adalah angka yang tidak boleh diketepikan.

Akhirnya pembinaan bangsa yang ingin diadakan sejak zaman berzaman dilihat masih sukar untuk mencapai kejayaan walaupun ada sedikit kemaj
uan namun masyarakat islam masih berada di tahap yang tidak kukuh sama ada di bidang ekonomi mahupun pencapaian di bidang lain.

Fokus pendidikan mesti diubah dari fokus peperiksaan kepada fokus dalam usaha mempertingkatkan segala kebolehan dan kecenderungan semulajadi yang penulis anggap sebagai senjata kurniaan Allah sehingga mencapai tahap pejuang dalam bidang-bidang khusus yang penulis sebut bidang-bidang kritikal dalam entri yang lepas.

bersambung bahagian 4...



0 komentar: