|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

Remaja itu hanya satu tempoh usia seorang manusia.Tempoh itu bukan tempoh dia membangunkan mindanya kerana tempoh membangun minda itu tempoh usianya ketika kanak-kanak.Itu merupakan tempoh selepas mindanya terbina.Ketika kanak-kanak dia diasuh bukan dibiar bermain dan bertindak sesuka hati.Asuhan itu dimulakan dengan memperkenalkannya akan Tuhan Maha Pencipta,Allah s.w.t tiada tuhan melainkanNya.

Yang menciptakan pohon-pohon rendang itu Allah s.w.t.Yang mencipta rumput-rumput yang menghijau itu Allah s.w.t.Yang mencipta sang unggas yang terbang hinggap di atas pepohon itu Allah s.w.t.Yang mencipta langit yang membiru dan bumi yang terhampar luas itu ialah Allah s.w.t.Manusia-manusia yang hidup di atas bumi ini,dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain mencari kurnia Allah itu juga dicipta oleh Allah s.w.t. Seluruh alam ini dan tidak ada satu pun yang bukan dijadikan oleh Allah s.w.t.Maka ketahuilah olehnya bahawa Allah itulah raja bagi alam ini dan segala sesuatu dibawah pemerhatian dan pengetahuanNya Yang Amat Luas.

Dia dibenarkan bermain bersama rakan-rakan mahupun saudara mara.Tetapi sebelum bermain dia diasuh dan dididik dengan aturan akhlak dan adab yang dia perlu jaga.

Jangan ambil hak orang lain jadi hak kita.
Jangan sakitkan orang lain.
Jangan sakitkan diri sendiri.
Jangan mendekati benda yang berbahaya.
Banyakkan senyum dan mesra dengan semua orang hatta mereka yang buat jahat terhadap kita.
Tetapi tetap tegas mengatakan tidak pada perkara yang tidak baik.
Cuba menasihat orang lain menjauhi perkara yang tidak baik dan meminta orang lain menasihati kita andai kita lalai.
Bermainlah dengan sopan kerana Allah melihat kita.

Itu antara asuhan dan didikan yang ditanam di dalam kepalanya sebelum sesi bermain bersama rakan-rakan mahupun saudara mara dijalankan.Atas sebab asuhan seperti itu menjadi dasar permainan yang dijalankan,maka seringlah saja permainan kelompok kanak-kanak itu membuahkan ilmu dan pengalaman baru terhadap mereka.

Mereka ialah kanak-kanak gagah sebelum lahir menjadi remaja gagah.Kanak-kanak itu diberi makanan yang segar dibawa dari kebun,laut,dan ladang.Para bapa bercucuk tanam di tanah-tanah yang subur,menjala ikan dan haiwan laut,menternak binatang ternakan dari baka berkualiti,dibantu pula oleh kaum ibu.Ibu dan ayah tidak kira kepenatan untuk membesar dan mendidik anak-anak yang mereka sediakan makanan yang segar-segar,dan mengasuhnya dengan ilmu kerohanian dan mengajar akan tauhid,fiqh,tasawwuf,akhlak,dan pelbagai cabang ilmu al quran dan hadis.

Pastinya semua itu tidak mustahil untuk berlaku kerana mereka bukan ibu dan ayah yang bersendirian dalam hal ini.Mereka ialah sekelompok ibu dan ayah dan mengikat persaudaraan utuh dengan kalimah Lailahaillallah sebagai pengikat ukhuwah mereka.Mereka mungkin 5 atau 6 keluarga namun tidak mustahil mereka lebih dari 10 keluarga yang mendiami perkampungan wira itu.

Perkampungan wira adalah perkampungan untuk melahirkan wira.Wira yang lahir itu pastinya diletakkan harapan kepada kanak-kanak gagah itu untuk menjadi remaja gagah lalu jadilah nanti mereka semua wira terbilang.Di luar sana peperangan sedang mengombak dan membadai bak lautan yang ganas.Mereka kelompok ibu dan ayah yang bertugas untuk mendirikan perkampungan itu di samping membekalkan makanan buat para pejuang yang berperang,mereka juga menjaga dan memelihara perkampungan itu untuk dijadikan pusat didikan,asuhan,dan tarbiyah yang kondusif buat kanak-kanak gagah itu.

Asalnya mereka kelompok ibu bapa yang hidup terasing dan berpisah-pisah.Mereka masing-masing menyeru kepada masyarakat sekeliling mereka untuk berubah menjadi masyarakat yang menyembah Allah s.w.t selayak-layaknya.Namun masyarakat itu semakin tenggelam dengan dosa dan noda.Sehinggalah setiap ibu-ibu itu mengandungkan seorang anak lelaki dan bimbang sekiranya anak lelaki mereka terpengaruh dengan masyarakat yang rosak binasa itu.

Dalam masa yang sama kelompok ayah itu juga sedang mencari kawasan baru untuk diteroka bagi menjayakan usaha mengeluarkan hasil tani,hasil laut dan hasil penternakan yang berjaya.Maka mereka bertemu di suatu tempat yang sama.Medan yang sama sehinggalah mereka bertaaruf dan menjadilah mereka saudara yang bermatlamatkan keredhaan Allah buat kehidupan mereka.Maka mereka berkumpul di perkampungan wira demi mendidik anak-anak mereka menjadi pelapis pejuang yang semakin berkurangan di abad itu.Disamping terus bekerja mencari kurniaan Allah s.w.t di perkampungan yang dahulunya cuma belantara yang tiada nilai bagi sesiapa.

Perkampungan itu sememangnya tenang dan aman ditambah penduduknya mengutamakan semangat ukhuwah islamiah yang tinggi ditambah amalan-amalan seharian yang semuanya bertepatan dengan sunnah rasulullah.Lama-kelamaan kelompok penduduk itu mula didatangi pejuang-pejuang tua yang mencari pelapis untuk mewarisi segala bentuk ilmu dan kemahiran mereka.Pejuang-pejuang tua itu ada yang mahir ekonomi,sains dan teknologi,seni peperangan,serta beberapa lagi kemahiran yang semuanya melengkapi segenap kehidupan manusia di abad itu.

Kanak-kanak gagah itu semuanya sudah mula mencecah usia remaja.Maka ilmu dan kemahiran yang dibekalkan telah penuh di dada mereka.Bukan sahaja ilmu kerohanian dan pegangan agama yang utuh bahkan kemahiran ilmu dunia yang masing-masing punya kelebihan tersendiri dalam menguasai setiap ilmu-ilmu itu.

Maka ibu dan ayah masing-masing telah mula untuk menghantar anak-anak mereka menghadapi masyarakat yang dahulunya telah menolak si ibu dan ayah dan meminggirkan seruan-seruan dakwah mereka.Kini yang menghadapi masyarakat ialah remaja-remaja gagah.Mampukah remaja-remaja ini mengubah masyarakat seterusnya membina sebuah masyarakat islam yang mengagungkan Allah s.w.t.?

kita akan lihat strategi mereka dalam episod 2...

1 komentar:

Dyat said...

salam,
ya mesti gagah juga gah!

islam ya'lu wa la yu'la alaih...