|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

Remaja bertemu remaja

Dalam memberitakan kisah remaja gagah ini dibuatkan orang sebagai sebuah kisah yang punya watak dan jalan cerita.Dibuat sebegini untuk orang yang mendengarnya faham bahawa begitulah keadaannya remaja gagah dalam menghadapi cabaran dunia.Dan begitulah jua diri kita di dalam dunia ini,kita punya watak dan jalan cerita yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sebagai takdir hidup.

Penceritaan remaja gagah bukan cerita yang ditulis untuk memenangi mana-mana kategori penulisan sastera,akan tetapi penceritaan remaja gagah untuk menyampaikan idea,strategi,jalan-jalan yang terbuka buat kita memahami bahawa umat islam masih punya peluang untuk menjadi gagah sehingga disebut sebagai sebuah umat yang digeruni oleh musuh-musuh Islam.

Remaja gagah itu mungkin lebih ramai bilangannya tetapi dalam penceritaan ini kisah mereka dikisahkan berjumlah 12 orang semuanya yang berasal dari perkampungan wira.Mengapa 12? Tentulah ada sebab tersendiri mengapa bilangan 12 yang diambil barangkali ada 12 skop yang ingin disentuh dalam penceritaan ini.12 remaja gagah itu masing-masing memiliki nama dari bulan-bulan dalam kalendar Islam.

Kisah remaja gagah yang mula dihantar ibu bapa masing-masing menghadapi masyarakat yang penuh dosa dan noda barangkali wajarlah dimulakan dengan skop remaja itu sendiri.Dan ada dua remaja yang menghadapi mereka ini.Seorangnya bernama Rejab dan seorang lagi bernama Syaaban.

Adapun Rejab tugasnya mengumpul maklumat tentang golongan remaja yang tidak berada di landasan perjuangan Islam,golongan remaja itu bukan sahaja tidak memberi sumbangan buat perjuangan Islam malah dikhuatiri merekalah yang melemahkan asset umat iaitu golongan remaja itu sendiri yang sepatutnya lahir sebagai pejuang-pejuang gagah mendepani musuh-musuh Islam yang menyerang agama ini.

Manakala Syaaban tugasnya mengumpul maklumat mengenai golongan remaja yang terjun dalam perjuangan islam atau mungkin mereka tidak terjun dalam perjuangan islam tetapi golongan mereka itu menuju ke arah kekukuhan pembinaan kekuatan umat.Cuma golongan ini juga ada masalah tersendiri yang perlu diselidiki supaya nanti moga-moga dapat bertukar menjadi remaja gagah yang berjuang dengan panji islam.

Rejab dan Syaaban diberi tugas untuk membawa dua golongan remaja ini bersatu akhirnya membentuk sebuah golongan remaja yang memberi nilai tinggi buat perjuangan islam.Mampukah mereka melakukannya? Sudah tentu kisah ini akan diceritakan dalam hukum logik yang diterima akal ertinya tidak akan menambah pula kisah ini dengan kesaktian kuasa atau keajaiban peristiwa bagi melihat kisah ini mampu membuatkan kita berfikir akan peluang dan cara yang ada buat membina kegagahan umat.

Dalam menceritakan kisah Rejab dan Syaaban,kedua-dua mereka punya tugas yang sama penting membuktikan pada kita kedua-dua golongan yang mereka hadapi sama-sama penting dalam perjuangan islam.

Cuma dalam kisah ini kisah Rejab dimulakan dahulu.Walaupun dikatakan golongan yang dihadapi Rejab sebagai sebuah golongan namun golongan itu ada bermacam-macam puak dan kumpulan.Kategori terbesar yang punya bermacam-macam kumpulan ialah kategori muzikal.Adapun ada lagi kategori yang lain tetapi wajarlah kita melihat satu persatu supaya kita tidak serabut melihat keserabutan masalah yang ada dalam golongan yang dihadapi Rejab ini.

Rejab mengumpul maklumat underground.

Mendapatkan maklumat mengenai golongan muzikal underground ini tidak terlalu payah buat Rejab kerana di perkampungan wira sendiri pejuang-pejuang tua yang pakar akan isu-isu semasa pernah memberi jalan-jalan buat menyelidik.

Rejab bertemu dengan seorang penglipurlara underground yang menamakan dirinya Mr Copypaste.Ketika ditanya kepada Mr Copypaste bagaimanakah sejarah perkembangan golongan underground di tanah tumpah airnya Malaysia,Mr copypaste menceritakan sebagai berikut:

Mereka pada mulanya lebih terpengaruh kepada muzik Punk setelah banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga daripada band The Sex Pistols yang begitu popular ketika itu. Mereka mula mengumpul berita, kaset dan majalah mengenai punk dan mula berhubung dengan scene punk di luar negara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.

Joe Kidd telah menubuhkan scene punk yang pertama di Kuala Terengganu pada awal 80an. Mereka hanya bermain gitar kapok sambil lepak di tepi pantai, tetapi pada tahun 1987 terdapat sebuah band di Terengganu yang memainkan irama punk dengan pengaruh thrash metal iaitu Mallaria dan mereka turut merakamkan demo yang tidak diketahui kesudahannya.

Selain Joe Kidd dan rakan-rakan di Kuala Terengganu, terdapat juga geng-geng punk yang lain di Kuala Lumpur dan P. Pinang ( Abazz daripada band punk The Karatz ) tetapi semuanya dalam komuniti yang kecil dan tidak mempengaruhi budak-budak lain. Ketika itu juga telah muncul segelintir pemuzik yang memainkan irama yang lebih keras iaitu thrash metal. Muzik ini dikesan pada sekitar awal tahun 1984 dan mula berkembang selepas lebih kurang dua tahun selepas itu. Antara band metal terawal di Malaysia ialah Punisher, Nemesis, Glottis, Picagari dan FTG. Mereka ini kebanyakannya mendapat pengaruh band-band luar negara seperti Sodom, Kreator, Black Sabbath, Venom, Slayer, Bathory dan King Diamond.

Pada peringkat awal ia tidak dilabel muzik underground kerana tidak wujud suasana bertukar-tukar demo tape, maklumat dan membuat fanzine sendiri. Material-material dari luar negara ( album, demo dan majalah ) masih lagi tidak dijual di sini. Kebanyakannya hanya dibawa oleh pelajar-pelajar di luar negara dan mana-mana mamat yang berminat cuma fotostat dan dubbing sahaja daripada mereka. Bermula pada tahun 1988, keadaan sudah menjadi semakin hangat apabila sudah ramai remaja yang berminat muzik sebegini. Muzik tersebut sudah mula diklasifikasikan dengan lebih spesifik sperti death metal, industrial, grindcore dan black metal. Kalau sebelum itu jika sesuatu muzik itu lebih berat daripada heavy metal, ianya dipanggil thrash metal.

Selain daripada band-band yang disebutkan tadi, sudah ada band yang memainkan muzik yang lebih ganas konsepnya iaitu black metal. Antara band black metal terawal ialah Black Fire, Rator dan Vulga. Pada tahun itu juga sebuah konsert thrash metal pertama kali telah diadakan di Stadium Negara dengan aksi band Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death. Penonton dianggarkan sekitar 6000 orang walaupun sebelum beberapa buah media tempatan mengatakan konsert tersebut tidak akan mendapat sambutan ekoran daripada jenis muzik yang dibawakan. Suasana underground mula wujud apabila sudah banyak band mula merakamkan demo, membuat fanzine dan sudah ada gig secara kecil-kecilan. Muzik thrash, black dan death metal telah dilabel sebagai muzik underground. Pada penghujung tahun 1989, Rator telah merakamkan demo mereka yang pertama iaitu 'Evil Symphony' di Hellion Studio, Sil Khannaz juga telah ditubuhkan pada waktu ini. Fanzine juga telah mula wujud dan antara yang terawal ialah Aedes ( Joe Kidd ) dan Thrash Attack ( Aziz ). Zine Thrash Attack hanya dikeluarkan sehingga isu ke lapan sahaja dan selepas itu Aziz menyambungnya dengan zine Vortex From The East.

Ada yang mengatakan zine Aedes ( dimulakan pada tahun 1986 ) merupakan zine underground yang pertama di Malaysia tetapi menurut Joe Kidd sebelum itu sudah terdapat sebuah lagi zine di Terengganu iaitu Huru-Hara. Menurutnya editor zine tersebut hanya diedarkan di kalangan rakan-rakannya sahaja di Kuala Terengganu. Zine Aedes hanya wujud hingga isu ke tujuh sahaja. Zine-zine tersebut pada awalnya hanya ditulis tangan atau ditaip sahaja ( menggunakan manual typewriter ) dan kemudian difotostat serta diedarkan kepada rakan-rakan mereka di dalam dan luar negara. Sebuah zine dari Ipoh iaitu Krenmaut yang diusahakan oleh Sam ( Batara Guru ), Ajak dan Bearkey juga adalah antara zine yang terawal.

Selepas tahun 1993 bermacam-macam zine yang keluar dan boleh dikatakan tedapat di seluruh negara terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang. Antaranya ialah Heartcore, Buddy Holly, Suffer Age, Mukus, Obscure People, Earslaughter, Piss of Mine, Nathias, Verization, Noisy Scene dan banyak lagi. Ada antara zine tersebut yang masih wujud sehingga kini seperti Nathias dan Mukus.Pada waktu yang sama, scene underground berkembang dengan begitu pesat. Antara yang begitu aktif ialah di Kuala Lumpur, Ipoh, Kuantan dan Pulau Pinang. Pada awalnya hanya muzik metal sahaja yang menduduki 'carta underground' dan begitu banyak diadakan di kelab-kelab. Pada waktu ini sudah banyak band metal ditubuhkan seperti Silent Death, Suffercation, Infectious Maggots, dan banyak lagi. Kebanyakan daripada band-band ini berpusat di Kuala Lumpur dan sering membuat 'meeting' di Central Market. Bandaraya Ipoh juga antara yang paling aktif melahirkan band-band metal yang power. Antaranya ialah Langsuyr, Profane Creation, Necrotic Chaos, Athotorgh dan banyak lagi. Di Sarawak juga terdapat scene yang aktif dengan band metal seperti Senseless, Sputum dan Kremation.

Pada waktu tersebut juga terdapat band black metal seperti Aradia, Nebiras, Bazzah, Hayagriva, Misanthrope, Mistik, Nakaratul Khaum dan macam-macam lagi. Selepas itu wujud bermacam-macam lagi band beraliran metal seperti Narsamum, Infernal Void, Silo, Kerrasuk dan pelbagai lagi band dengan konsep metal yang pelbagai. Kebanyakan daripada band tersebut juga sudah mula merakam album di bawah label-label independen yang wujud untuk menyokong scene underground seperti Dark Journey Records, Ultra Hingax Productions dan Sonic Asylum Records.

bersambung episod 3..


2 komentar:

Kay J said...

sejarah tu betul ke?

mfrstudio said...

menurut Mr Copypaste je.. kalo nak tahu betul atau tidak.. kena jalankan siasatan sejarah.. (^_~)