|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
(kata ganti diri saya digunakan semula mulai artikel ini)

2) POLITIK PENYATUAN (UKHUWWAH)

Sampai lumat, teori politik apa pun jika dibahas, unsur penyatuan telah tidak dapat disangkal lagi sebagai kunci kekuatan. Penyatuan bukan beerti mengumpul kuantiti penyokong yang banyak. Penyatuan bukan soal kuantiti. Dalam lipatan sejarah pertembungan manusia dan ideologi mahupun peperangan yang berlaku, telah terbukti kuantiti tidak pernah menjadi faktor besar dalam menyumbang kekuatan seterusnya kemenangan. Betapa sering kita dengar kelompok yang kecil mengalahkan kelompok yang besar. Perang Badar misalnya contoh terbaik bagaimana 313 mujahidin islam mengalahkan 1000 lebih musyrikin mekah. Sunnatullah atas kuantiti kecil menang kuantiti besar bukan saja tertakluk kepada orang islam dan beriman, malah Perang Rusia-Jepun juga menyaksikan betapa Allah telah mengizinkan kemenangan tentera Jepun yang berbilangan kecil dapat menewaskan Rusia yang lebih besar.

Jelas kepada kita, faktor kuantiti bukan bicara penting penyatuan. Penyatuan bukan ingin cari bilangan banyak supaya kita menang dan kuat di akhirnya. Oleh itu apakah soal sebenar penyatuan?

Jika kita lihat bagaimana islam meletakkan taraf munafik adalah sehina-hinanya , malah golongan ini disytiharkan salah satu golongan musuh yang utama dalam islam. Munafik golongan anti penyatuan. Nifak adalah satu sifat kepura-puraan beriman atau patuh, ertinya sifat ini tak pernah bersatu dalam keimanan,walaupun jasad seorang munafik berada dalam perkumpulan manusia beriman.

Dengan memahami golongan munafik ini, maka akan kita tahu bagaimana penyatuan boleh mendatangkan kekuatan dan kejayaan walaupun kuantiti kita sedikit, apatah lagi jika kuantiti kita adalah majoriti,maka tentu logiknya penyatuan kita akan membuahkan kejayaan dan kekuatan tidak ada tolok bandingnya.

Bangsa melayu islam, jika digabung dengan kelompok-kelompok saudara baru muslim mungkin boleh mencecah 67% atau dalam erti kata lain, 2/3 dari jumlah penduduk Malaysia. Namun mengapakah umat islam antara yang mundur bukan saja dari segi ekonomi, malah pendidikan dan akhlak/sosial. Adakah umat islam kekurangan pejuang-pejuang? Adakah umat islam kekurangan pemimpin-pemimpin? fakta itu mungkin boleh dipersoal kerana rata-rata orang melayu yakni umat islam di malaysia paling banyak dan ramai yang berpolitik saban tahun, maka jika kita fahami politik adalah kepemimpinan,maka tentunya umat islam paling banyak wakil pejuang-pejuang di negara Malaysia.

Lalu, adakah perjuangan pemimpin-pemimpin atau pemain-pemain politik islam ini berjuang dalam perjuangan yang berbeza? Hal itu juga boleh ditepis, atas kerana ketiga-tiga parti politik yang majoriti melayu-islam umno,pas dan pkr mendakwa diri mereka memperjuangkan nasib umat islam atau melayu-islam, malah umno,pas dan pkr masing-masing mencela golongan yang cuba merosakkan akidah umat islam dan merosakkan akhlak muda mudi yakni kebejatan sosial remaja.

Nampak gaya jika difikirkan logik, jika 3 parti politik ini masing-masing bersaing untuk menunjukkan mereka gagah sebagai pejuang umat islam, lalu telah berkejar-kejar membanteras gejala-gejala merosakkan umat, dan memberikan banyak kemudahan dan bantuan untuk umat islam maju dan keluar dari lembah jenayah,maksiat, dan kemunduran, maka mengapakah masalah umat islam makin bertambah dari sehari ke sehari?

Jawapannya pemimpin politik sama-sama bercakap soal perjuangan yang sama, namun gagal bersatu untuk bawa penyelesaian secara bersama. Nifak dalam perjuangan isu adalah jawapan yang lebih tepat dalam memperkatakan elemen anti- politik penyatuan atau ukhuwwah ini.

Kita tak perlu berbicara soal rasuah, yang ketiga-tiga parti bersetuju atas isu itu, namun rasuah makin menjadi-jadi juga. Lebih penting dari itu, adalah soal akidah dan akhlak pelapis negara atau muda mudi yang hampir mencecah majoriti besar penduduk malaysia hari ini. Isu ini lebih penting, malah sudah tidak boleh dielak lagi soal kesepakatan parti-parti politik dalam memperkatakannya. Contohnya isu dadah, umno mendakwa mereka menentang dadah, pkr dan pas juga begitu. Lalu tidakkah mereka berfikir sebagai golongan yang setiap kali pilihanraya menjadi golongan yang mendakwa mereka pemimpin rakyat yang layak diangkat sebagai pemimpin tidak mahu bersatu dalam merangka program bersama dengan tenaga kerja yang ramai jika disatukan ketiga-tiga parti politik ini untuk membanteras dadah dan menyelamatkan penagih dadah berbangsa melayu dan umat islam yang makin ramai di malaysia ini?

Atau isu pelacuran, mat rempit, rosak akhlak di kalangan remaja, bukankah tenaga kerja parti-parti politik yang 3 ini sudah sepakat suara membanteras dan keinginan mereka memperjuangkan umat islam, tidak mahukah menyelamat anak-anak muda ini? Atau kelompok underground muda mudi yang rata-rata sering terdedah kepada kepesongan akidah, tidak bolehkah tenaga kerja parti politik boleh digabung untuk ber'perang' menghapuskan sub-sub budaya yang meracuni gaya hidup anak-anak muda ini?

Jawapannya, parti politik tidak pernah berfikir politik adalah kepemimpinan ertinya memberikan pimpinan, tetapi parti-parti politik berfikir, politik adalah kuasa yang kemudiannya dibelit sebagai mencari kuasa untuk memimpin. Pemikiran apakah yang lebih bodoh dari memikirkan politik adalah mencari kuasa untuk memimpin, melaung-laungkan untuk menyelamat dan memajukan umat, akhirnya masing-masing langsung tak rela untuk bersatu tenaga dalam isu dan niat yang sepakat ini seterusnya memberikan pimpinan atau memimpin anak-anak muda dari terjebak dengan pelbagai gejala rosak?

Bertambah bodoh jika ada pemimpin politik yang sempit menakrifkan politik adalah kuasa, berkata kerana tiada kerusi di parlimen maka usaha memimpin anak-anak muda tak dapat dilakukan. Dan dua tiga kali lebih bodoh jika pemimpin yang berkuasa ada kerusi di parlimen menyerahkan tanggungjawab memimpin anak-anak muda kepada pihak keluarga,sekolah mahupun polis atau jabatan agama semata-mata.

Jika digabungkan semua pihak termasuk parti politik,ibubapa,sekolah,polis,NGO,jabatan agama,keseluruhan tenaga kerjanya mencecah berpuluh juta ramainya, namun gagal menyekat kemaraan pengaruh-pengaruh busuk dari melanda anak-anak muda. Kerana semua pihak di atas bukan saja setakat sepakat dalam slogan semata-mata untuk membanteras gejala sosial dan masalah kemunduran umat, akan tetapi mereka semua tak rela bersatu dalam gerak kerja yang merupakan asas nyata sebuah penyatuan.

Penyatuan hanya memberikan kekuatan,apabila gerak kerja bersama diadakan. Perang badar,atau perang Rusia-Jepun tidak akan berjaya dimenangi puak kecil,jika mereka bersatu dalam slogan semata-mata namun gerak kerjanya nanti mereka bercerai. Nifak perjuangan yang merosakkan penyatuan gerak kerja adalah apabila suara atau slogan yang sepakat akhirnya menghasilkan gerak kerja berlainan. Perang Uhud membuktikan kebenaran bagaimana nifak perjuangan terjadi, apabila awalnya semua mujahidin islam bertekad mahu berperang atas sebab mempertahankan akidah, akhirnya sekelompok berebut mengutip harta rampasan perang yang merupakan gerak kerja bertentangan dan tidak bersama dalam kesatuan itu.

Politik penyatuan (ukhuwwah) bukan sekadar menyeru untuk rakyat berkumpul dan menyokong sesebuah parti supaya kelihatan parti itu kuat kerana punya ahli yang ramai, lebih dari itu, sejauh mana parti-parti politik dapat menjayakan gerak kerja bersama dengan menggerakkan ahli dan penyokong parti samada antara parti politik, mahupun pihak-pihak lain seperti ibubapa,sekolah,polis mahupun NGO untuk menyelesaikan isu yang jelas lagi nyata iaitu kebejatan sosial dan akhlak anak-anak muda.

Ini suatu yang tidak logik,jika ahli atau pemimpin politik islam dapat bersatu dengan pemimpin bukan islam untuk membantah tol atau demonstrasi banteras rasuah atau menyuarakan tidak puas hati rakyat, akan tetapi gagal untuk bersatu sesama islam untuk menyelesaikan masalah umat islam yang nyata di malaysia iaitu kebejatan sosial dan akhlak, dengan kes dadah, rogol,rompak,bunuh, atau juvana remaja berleluasa melibatkan anak-anak muda pelapis negara.

Saya tak pandang suatu yang lebih dahsyat yang menjadi faktor mengapa parti atau pemimpin politik tidak boleh atau rela untuk menyumbang tenaga menonjolkan kepimpinan masing-masing, bukan setakat mengatakan amilin dengan menjadi penceramah, demonstrasi jalanan, pergi temubual ke satu negara ke satu negara, atau hanya sibuk bermegah-megah dengan projek pembangunan atau kempen slogan semata-mata, tetapi gagal merangka atau menjalinkan kerjasama,bersatu,dan bergerak dalam gerak kerja bersama untuk menyelamatkan isu umat islam malaysia yang sebenar melainkan faktor mentaliti perjuangan politik itu telah dikuasai takrifnya oleh pemain politik sebagai kuasa.

Di pihak kerajaan, apabila politik itu ditakrif sebagai kuasa maka mereka mula sibuk untuk mempertahankan kuasa lalu sibuklah memujuk-mujuk rakyat mengundi dengan buat pelbagai program yang boleh menghiburkan rakyat. Atau pihak pembangkang menakrifkan kuasa maka mulalah semuanya bangkitkan amarah rakyat tentang harga barang itu atau harga barang ini yang naik. Padahal, sementara kedua-dua parti sibuk dengan aktiviti amilin mereka yang kononnya berjiwa besar pemimpin itu langsung tak mahu pimpin golongan yang tak terpimpin selama ini? Apakah pemimpin itu ertinya memimpin konsert atau karaoke, mahupun demonstrasi atau piket? Golongan tak terpimpin terbesar di negara malaysia ialah golongan muda yang semuanya adalah pelapis kepimpinan negara juga.

Apabila diseru cadangan untuk kita perkasakan dakwah bersama dengan tenaga kerja yang ramai , kita turun berbondong-bondong membanjiri jalan-jalan tempat maksiat, lokasi anak-anak muda bermabuk,merempit atau bergaduh, langsung tak diendahkan oleh satu pemimpin pun. Masih sibuk nak cakap soal altantuya, padahal jika gatal sangat nak cakap pasal altantuya,mohonlah pada pihak pendakwaan kes mahupun pembela kes untuk menjadi saksi,namun dijawab pula tak layak jadi saksi sebab dia sendiri pun jenis maklumat dapat dari cakap-cakap orang. Apekejadahnya pemimpin politik sibuk dengan isu yang tak ada fakta, sebab kes itu boleh menjatuhkan pemimpin lain lalu kita mendapat kuasa,bolehlah kita perbanyakkan rumah kos rendah?

Begitu juga dengan pemuda atau puteri umno, dari sibuk dari rumah ke satu rumah boleh berpeluh untuk mengajak rakyat mendaftar mengundi, ape ke susah untuk memanfaatkan program mengajak dan memimpin anak-anak muda ke masjid untuk program membina sahsiah, pergi dari rumah ke rumah, dari disko ke disko, dari ceruk-ceruk jalan ke celah-celah bangunan, selamatkan anak-anak muda yang tidak terpimpin, dan pimpinlah ke jalan yang lurus. Adakah kerana tidak cukup program agama atau penceramah di masjid? Bukankah pemuda dan puteri pas boleh membantu kerana ramai antara mereka lulusan agama, lalu apakah ego pemuda dan puteri umno untuk bekerjasama dalam program memimpin? Kerana takut bila bekerjasama dengan ahli pas maka ahli pas akan lebih membasuh anak-anak muda menjadi penentang kerajaan? lalu apakah masalah orang pas pula asyik nak minta menentang kerajaan, jika boleh diadakan program bersama kerajaan menyelamatkan anak-anak muda yang tak terpimpin yang semakin ramai ini?

Atau adakah pemuda,puteri atau putera umno sendiri adalah ahli-ahli kebejatan sosial? lalu pemimpin veteran, pemimpin dewasa dan belia, tidak adakah program tarbiyah untuk mendidik pelapis-pelapis umno sendiri supaya kukuh akidah dan akhlak mereka? Tidak cukupkah program tarbiyah umno? Jika tak cukup,boleh gabungkan saja tarbiyah pas dengan umno. Sama-sama melatih pelapis kepimpinan secara bersama. Kerana takut program tarbiyah bersama itu nanti akan mematikan perjuangan umno? Apakah perjuangan umno dan pas itu berbeza? Adakah umno benci untuk menguatkan akidah dan akhlak islam di kalangan anak-anak muda? Adakah pas benci untuk menanamkan rasa cinta pada negara umat islam untuk dipertahankan? Kerana kedua-dua parti memandang ideologi mereka tak sama. Matlamat mereka mungkin dengar sama, tetapi kedua-duanya sanggup untuk tidak membersamakan gerak kerja kerana masing-masing mahu kekalkan pengikut dan ahli untuk satu arah iaitu kemenangan kerusi di pilihanraya umum. Lalu kita jangan berasa hairan jika pas sudi bekerjasama untuk membiarkan dap yang langsung tiada hati nak perjuangkan islam dan umat islam ,untuk beberapa kerusi pilihanraya, dan pas bertanding kurang dari 2/3 kerusi di parlimen untuk menuju matlamat mengubah perlembagaan negara kepada al quran dan sunnah,manakala umno terus menjalinkan kerjasama dengan astro atau kapitalis lain menyokong tentera hedonis dilahirkan lebih ramai dan masuklah sub-sub budaya agenda zionis ke malaysia membiakkan lagi kebejatan sosial remaja, dengan slogan membangunkan modal insan.

lihat juga dr asyraf dusuki yang rajin menulis di utusan dalam rancangan halaqah:
Perubahan dari ikhtiar dan tawakkal

2 komentar:

Unknown said...

apa yang anda boleh ubah jika hanya menulis tentang sesuatu yg tidak anda dalami mendalam. adakah anda boleh bezakan dasar dan pendekatan sebenar ketiga2 parti yang ada dlm malaysia kita ini? penyatuan yg bagaimanakah anda mahukan jika sekiranya diri anda sendiri tidak terlibat dalam politik parti islam??
saya mahu mencari islam yg sempurna dr ketiga2 parti itu jelas sekali pas teguh dengan dasar islam dan berusaha menentang kemungkaran yg sdg berlaku dlm negara kita hari ini namun kerana malaysia kita dikuasai oleh umno menyebabkan pas terpaksa bersaing untk merampas kuasa dr parti yg tidak mahu melaksanakan hukum islam. adakah anda sedar siapa yg sedang berkuasa skrg ini? kita wajib bersatu dalam jemaah islam pas untuk menegakkan islam yg sebenar agar hudud dpt dijalankan dan masalah sosial yg berlaku dapat diatasi. jika hanya berkokok di luar sampai bila negara kita dapat diselamatkan. saya mengajak anda untuk bersama2 berjuang dlm pas supaya apa yg anda luahkan dapat dilaksanakan.

mfrstudio said...

Puan Asma Abdullah,

Terima kasih kerana tinggalkan komen pada artikel panjang saya pada tahun 2007 ini.

Saya rasakan jika puan ahli PAS, maka marilah ulang-ulang baca kenyataan saya dalam artikel tersebut:

"Bukankah pemuda dan puteri pas boleh membantu kerana ramai antara mereka lulusan agama, lalu apakah ego pemuda dan puteri umno untuk bekerjasama dalam program memimpin? Kerana takut bila bekerjasama dengan ahli pas maka ahli pas akan lebih membasuh anak-anak muda menjadi penentang kerajaan? lalu apakah masalah orang pas pula asyik nak minta menentang kerajaan, jika boleh diadakan program bersama kerajaan menyelamatkan anak-anak muda yang tak terpimpin yang semakin ramai ini?"

PAS dan UMNO telah pun berubah pada tahun ini 2016, apabila pimpinan PAS dan UMNO sudi untuk bekerjasama dalam program-program yang menguntungkan islam dan Presiden PAS TG Hj Hadi sendiri telah mengakui, PAS sekarang menuju Politik Matang dengan tidak menentang kerajaan semata-mata tapi juga bekerjasama dengan kerajaan dalam hal-hal yang makruf.

Apa yang saya tulis di atas telah pun menjadi realiti lanskap politik hari ini. Jika momentum ini dikekalkan, tak mustahil apa yang saya sarankan politik sebagai kepemimpinan dengan pemimpin berganding bahu memimpin rakyat menjadi umat yang baik dan soleh akan menjadi kenyataan, ameen.

Saya pun tak faham bagaimana ada ahli PAS seperti Puan Asma yang belum nampak perubahan ini. Saya ingatkan semua ahli PAS yang kemaruk politik dah terjun dalam PAN kesemuanya.

Puan mungkin nampak saya berdegar-degar dalam artikel, tapi inti mesej saya sampai kepada pimpinan PAS dan mesej ini telah menjadi dasar PAS pada hari ini. Apa pula sumbangan puan dalam mengubah dasar politik PAS hari ini?

Wallahua'lam.