|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

Pendidikan itu bermula dengan mengenalkan tentang Allah s.w.t. Konsep tauhid dan akidah yang tepat diberikan sejak kanak-kanak memasuki sistem pendidikan ini.Mereka dinilai bukan sahaja dari hafalan-hafalan tertentu tetapi mereka dinilai dengan interview atau perbincangan untuk lihat kefahaman mereka benar-benar berada di landasan tauhid dan akidah yang sebenar. Dari tauhid ini kemudiannya berkembang kepada subjek meneroka Al quran dan sunnah.

Mereka diuji dengan meletakkan mereka dalam situasi seakan-akan situasi sebenar,dan apabila mereka berada dalam situasi berkenaan apakah yang akan mereka lakukan? adakah mereka akan mengharapkan pada Allah atau mereka lupa diri dan berputus harap. Mereka dididik dengan banyak sekali latihan praktikal .Di sekolah terdapat pelbagai macam kemudahan untuk tujuan praktikal tauhid,mereka diasuh dan ditarbiyah bukan sahaja dalam sekolah tetapi jua ke dalam masyarakat.

Pendidikan ini bukan sahaja melibatkan golongan yang disasarkan iaitu kanak-kanak yang mahu dilahirkan sebagai pejuang tetapi pendidikan ini juga melibatkan masyarakat. Peranan masyarakat dalam sistem pendidikan ini wajar diberi perhatian serius,oleh itu sebarang individu dengan pengaruh buruk tidak wajar berada dalam persekitaran pendidikan maka wajar dikeluarkan dari masyarakat dalam sistem pendidikan ini.

Maka usaha pendidikan ini melibatkan penguatkuasa.Dan tentu sekali kawasan pendidikan mestilah dikhaskan dan fokus ke dalam masyarakat yang benar-benar bertanggungjawab sahaja. Kanak-kanak dididik pada peringkat awal dengan menjaga mereka sehingga tidak benarkan ada individu mahupun pengaruh luar memasuki minda mereka maka usaha menanamkan tauhid dan keyakinan yang utuh dengan kefahaman yang mendalam dapat dicapai.Boleh diadakan kajian berapa tahunkah mereka wajar diberikan kefahaman ini sehingga mereka menguasai bukan sahaja tauhid,malah akhlak,ibadah,muamalah yang semuanya bersumberkan al quran dan sunnah di samping mereka diajar membaca al quran,membaca kitab-kitab hadis dan diajar juga kemahiran asas dalam bahasa pelbagai membaca,menulis,mengira,berfikir dan bertindak.

Berikutnya mereka ke arah fasa kedua dengan diberikan mereka kefahaman tentang dunia dan sejarah tamadun manusia sehinggalah kepada zaman mereka.Mereka memahami bagaimanakah dunia berubah akibat tiadanya pengharapan dan pengagungan Allah maka manusia binasa dan bercelaru.Dan apabila manusia mengikut adab-adab lalu taat akan perintah Allah maka manusia berjaya mambina tamadun yang indah.Tamadun boleh sahaja dibina tanpa ketaatan dan ketaqwaan namun hasilnya manusia bukan hidup lebih bahagia tetapi menderita.

Dalam fasa ini bakat mereka mula dikesan.Mereka sewajarnya diuji untuk melihat kecenderungan mereka. Ke arah manakah bakat dan keistimewaan yang Allah telah kurniakan kepada mereka wajar diselidiki oleh guru-guru sistem pendidikan ini.Kemudian bakat itu akan diserapkan kepada projek 7 bidang kritikal yang dibincangkan sebelum ini,dan dalam projek itu mereka diasuh betul-betul sehingga layak menjadi pejuang bidang masing-masing dalam usia yang muda dan matang.

Namun Allah kurniakan manusia yang lambat untuk dikesan bakat mereka,mungkin disebabkan kelemahan yang sengaja Allah kurniakan buat mereka untuk diuji hidup mereka itu.Guru-guru dalam sistem pendidikan ini memegang prinsip bahawa semua manusia yang diciptakan Allah itu istimewa dan tidak ada satu pun yang yang tidak punya manfaat. Bakat dan kebolehan merupakan senjata yang Allah lahirkan bersama-sama jasad manusia ketika keluar dari rahim. Senjata itu mampu berfungsi jika bergabung dengan senjata-senjata lain yang dikurniakan pula kepada individu yang lain.

Sistem pendidikan ini percaya dan yakin bahawa Allah mengurniakan bangsa yang beriman itu kumpulan manusia yang punya senjata yang mengimbangi antara satu sama lain dan apabila digabung kumpulan senjata itu menjadi satu senjata yang amat digeruni oleh pihak musuh. Senjata-senjata itulah yang wajar digilap dan dihebatkan oleh para guru dan akhirnya pejuang-pejuang itu akan keluar dari sistem pendidikan ini dengan masing-masing punya fokus dan matlamat yang jelas. Iaitu berjuang mencari redha Allah memakmurkan dunia menunaikan amanah sebagai khalifah dunia.

Sistem pendidikan dalam projek-projek bidang kritikal mestilah disusun berdasarkan matlamat setiap bidang kritikal.Boleh merujuk bahagian sebelum ini menyenaraikan bidang kritikal dan matlamatnya.

Pendidikan mementingkan kefahaman dan bukan hafalan.Peperiksaan yang mendatangkan perasaan takut,gerun,cuak,gubra,dan usaha-usaha dibuat d
alam keadaan tertekan dan bukan atas kecintaan ilmu. Sistem pendidikan seperti ini bukan sistem pendidikan yang mendidik untuk memahami dengan daya kecenderungan untuk mencintai ilmu seterusnya memahami sebuah ilmu tersebut.Ini sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan. Sistem pendidikan yang menghasilkan manusia penghafal nota dan buku teks,pendidikan yang menghasilkan jaguh-jaguh penjawab soalan peperiksaan. Mungkin boleh melahirkan graduan-graduan universiti pemegang ijazah namun bukan melahirkan jaguh-jaguh yang berupaya mewujudkan kepemimpinan dalam bidang kritikal mereka. Jaguh-jaguh cuma mampu dilahirkan andai jaguh-jaguh ini berada dalam matlamat yang jelas sejak bermula pendidikan lagi.

Bilakah bermula pendidikan? Pendidikan bermula di rumah yang berharmoni dengan masyarakat. Itu sekolah yang utama. Sekolah kehidupan. Sekolah kedua yang mengandungi guru-guru cuma sebagai landasan atau pentas penggilapan senjata ilmu dan bakat yang ada pada setiap kanak-kanak,remaja mahupun pemuda pemudi yang belia.Inilah hubungan pendidikan yang meletakkan anak-anak generasi baru Islam sebagai golongan sasaran atau golongan yang dididik. Keluarga,masyarakat dan guru-guru sebagai pemain tanggungjawab pendidik. Di sini dilihat pemimpin,p
enguasa,dan ahli penyokong sistem hidup (seperti pengilang untuk mengeluarkan barangan keperluan,peniaga untuk memperdagangkan barangan,doktor untuk meninjau kesihatan,bomba dan penyelamat untuk kecemasan dan sbg nya) adalah sebuah unit-unit pengawal sistem pendidikan ini supaya tidak diganggugugat sehinggalah anak-anak generasi islam ini berjaya dibentuk menjadi golongan pejuang,golongan khalifah,golongan yang meneruskan pimpinan dunia supaya berada di tangan orang-orang soleh.

Pendidikan adalah suatu yang indah dan menarik. Ia mendidik bukan sahaja menyalurkan ilmu dari kajian manusia pencinta ilmu seperti saintis-saintis islam yang menyusun ilmu fikiran manusia yang mengkaji fitrah alam juga sunnatullah yang membawa kepada penggunaan konsep lalu tercetusnya ciptaan-ciptaan bagi kemudahan manusia( ilmu sains dan teknologi) malah ilmu-ilmu sebegitu mendekatkan diri pengkaji dan penuntut ilmu untuk lebih dekat dengan Allah.Pendidikan suatu yang tidak menyeksakan tetapi ia membuka minda manusia untuk menjadi lebih selesa dan lega dalam memahami alam,mengurus alam,dan memelihara alam.

Pendidikan itu bermula dari mengenal akan Allah s.w.t dan berakhir dengan pengharapan kepada keredhaan Allah s.w.t.

bersambung bahagian 3

"Remaja Gagah" merupakan siri tulisan yang sedang diusahakan oleh penulis yang mencanangkan beberapa idea sejak tahun 2000 yang telah kembali dikemaskini dan kemudian diubah menjadi sebuah cerita yang ditulis secara bersiri dalam blog alhikmah-diari.Namun para pengunjung blog pasti tidak tahu apakah matlamat tulisan ini maka diadakan review "disebalik tabir siri Remaja Gagah".

REMAJA GAGAH merupakan himpunan idea yang dicetus oleh penulis iaitu MFR Ibn Mukhtar (bukan nama seperti dalam IC) sejak tahun 2000 selepas usianya menjangkau 15 tahun dan menjelang Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) tahun yang sama. Kebanyakan ideanya itu kemudiannya dicanang ke dalam beberapa misinya selepas memasuki SERATAS iaitu Misi Revolusi @ Revolusi Empayar Islam Abad ke 21 dan Misi Alhikmah @ Jamaah Alhikmah.

Kedua-dua misi itu memperlihatkan beberapa aspek dalam idea REMAJA GAGAH yang rata-rata tidak disusun dengan baik cuma memfokuskan pendirian politik dan beberapa idea perubahan masyarakat dan sistem oleh penulis yang telah mendapat beberapa kritikan dari teman-teman sebaya, guru-gurunya mahupun beberapa individu dari pelbagai parti politik di Malaysia. Cuma anggapan sesetengah mereka yang diajak berbincang akan idea REMAJA GAGAH cuma memberikan beberapa kesimpulan mudah bahawa :

1)penulis masih belum matang maka ideanya tidak matang.
2)penulis banyak baca komik maka ideanya fantasi lagi tidak berpijak di bumi nyata dan cuma lucu-lucuan.
3)penulis masih muda maka penulis hanya mengikut darah muda.
4)penulis berasal dari sauk berdekatan dengan bukit jenalek maka ideanya sama dengan idea al maunah.
5)penulis tidak pandai dalam pelajaran malah bukanlah pelajar yang pintar di dalam kelas.Sering juga tidak menyiapkan kerja sekolah,maka segala ideanya juga adalah idea seorang pemalas.
6)penulis tidak berakhlak mulia maka ideanya tidak mulia.
7)penulis tidak pandai bergaul maka ideanya tidak hikmah dan tidak bijak.
8)banyak sekali peribadi dan aib yang ada pada penulis maka ideanya juga aib dan memalukan.
9)penulis tidak hensem maka ideanya juga tak hensem.=p

Disebabkan kebanyakan kritikan itu menjuruskan kepada umur penulis ketika itu maka penulis akur kerana umur tidak mampu digerakkan dengan pantas dan umur itu kurniaan dari Allah.Walaubagaimanapun ramai antara teman-teman rapat penulis amat arif akan idea ini cuma mungkin mereka tidak mendengarnya secara teliti kerana zaman mereka ketika itu tak mengizinkan iaitu kebanyakan temannya menyebut kepada penulis bahawa,"Hang ni cakap lebih-lebih pun hang bukan PM,bukan boleh buat apa-apa,hang cuma budak sekolah menengah yang SPM pun tak lepas,dan bukan boleh mengundi lagipun,hang ada 6 tahun lagi untuk layak mengundi,ceh! baik hang blah ngan idea kosong hang tuh!"

Kritikan itu diakui kebenarannya oleh penulis sehinggalah kini pada tahun 2006,penulis bukan lagi berumur 15 tahun,walaupun hanya warganegara Malaysia yang tidak punya pengaruh dan pangkat mahupun harta,namun dengan umur 21 tahun pada tahun ini,penulis rasakan sudah tiba idea yang kebanyakannya masih sama dengan dulu wajar diketengahkan kembali untuk sama-sama kita kongsi strategi demi kemajuan dan kekuatan umat.

Penulis dalam beberapa peristiwa pernah mengutarakan beberapa ideanya. Pada tahun 2000 penulis berbincang dengan seorang gurunya berkenaaan dengan idea pendidikan berteras agama.

idea itu antara lain menyebut pendidikan bukan soal untuk menjawab peperiksaan. Maka sistem penilaian ilmu bukan diiktiraf berdasarkan peperiksaan.Penulis menyambung,setiap manusia yang lahir iaitu kanak-kanak dan remaja membesar bersama bakat-bakat tertentu yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Bakat-bakat ini wajar dikesan oleh guru-guru dan kemudian digilap untuk dijadikan setiap kanak-kanak dan remaja itu wira dalam bidang-bidang kritikal yang memerlukan pejuang.

Antara bidang yang kritikal memerlukan pejuang boleh dipecah dalam beberapa kumpulan seperti:

1)politik iaitu pejuang yang memperjuangkan kepimpinan melalui teladan,kepimpinan yang berteraskan taqwa,kepimpinan yang menurut kaedah ajaran al quran dan sunnah rasulullah juga teladan dari para sahabat baginda.(penulis akan perincikan idea politik penulis dalam bab lain).

2)ekonomi iaitu pejuang yang memperjuangkan keadilan ekonomi dengan jurang si kaya dan miskin dirapatkan berteraskan prinsip-prinsip ekonomi dalam islam.Pejuang yang mampu menyelamatkan umat islam dari bergantung kepada kemakmuran ekonomi orang bukan islam samaada kawan lebih-lebih lagi musuh.Jika ini berlaku maka umat islam sebenarnya meletakkan leher mereka di mata pedang musuh.(akan perincikan dalam bab lain).

3)dakwah dan pendidikan iaitu pejuang yang memperjuangkan pendidikan berteraskan al quran dan sunnah dan kemudian berdakwah,mentarbiyah dan mendidik bagi melahirkan barisan pejuang pelapis.Bakat dan keistimewaan setiap individu dihargai dan digilap demi membangunkan individu islam yang menggunakan nikmat yang dikurniakan Allah sebaik mungkin.

4)budaya iaitu pejuang yang meresap dalam kebudayaan masyarakat untuk membawa budaya itu kembali kepada al quran dan sunnah rasulullah. Yang akhirnya mampu mencipta budaya yang indah dengan dijadikan pengagungan Allah teras matlamat budaya.Bidang ini meliputi hiburan,sastera dan lain-lain(akan perincikan dalam bab lain).

5)sains dan teknologi iaitu pejuang yang memanfaatkan ilmu sains dan teknologi yang ada pada dunia sekarang untuk membawa dunia ke arah keamanan dan kesejahteraan.Bidang ini juga meliputi persenjataan dan strategi peperangan juga meliputi perindustrian dan aplikasi bagi memanfaatkan sumber alam.(akan perincikan dalam bab lain).

6)sosial dan alam sekitar iaitu pejuang yang mengadakan biah solehah,sebuah suasana yang dapat memberi ruang hati dan jiwa masyarakat menyembah Allah selayak-layaknya dan beribadat jua berjuang dengan jalan perjuangan yang tersusun dan teratur. Membaiki kerosakan alam sekitar dan membawa alam kembali indah dan permai tanpa kemusnahan.(akan perinci dalam bab lain).

7)Kesihatan dan keharmonian iaitu pejuang yang berusaha mengkaji dan membekalkan ubat-ubatan yang halal buat merawat penyakit dengan disertakan tawakkal kepada Allah.Bidang ini penting untuk menyelamatkan sekalian umat Islam yang dilanda penyakit akibat perubahan cuaca dunia dan persekitaran yang tidak sihat.(akan perincikan dalam bab lain).

Penulis telah berbicara dengan panjang lebar akan bidang kritikal yang perlu diberi perhatian untuk diisi para pejuang,dan dari manakah para pejuang itu datang,tentulah bermula sejak dari kanak-kanak atau remaja.

Cikgu yang mendengar bertanya,bagaimanakah mahu dilaksanakan satu sistem pendidikan kebangsaan yang tidak punya peperiksaan dan hanya fokus untuk mengisi bidang kritikal dengan pejuang.Bagaimana industri di Malaysia mahu menerima sistem begini yang akan membekalkan mereka pekerja mahir dan separuh mahir.

Lalu penulis menjawab,sistem ini melibatkan sistem-sistem lain iaitu sistem industri dan pengeluaran yang sebenarnya mereka tidak perlukan pekerja yang mendapat keputusan hebat dalam peperiksaan atau ijazah-ijazah yang bergulung-gulung semata-mata.Pihak majikan sedar mereka hanya perlukan pekerja yang boleh buat kerja.Untuk permulaan pejuang-pejuang yang dilahirkan dalam sistem ini semestinya perlu bekerja dalam bidang industri tertentu untuk menyara hidup maka,barisan pejuang pertama sebagai pioneer sistem pendidikan tanpa peperiksaan ini hanya perlu diberikan tumpuan khusus untuk bidang yang bakal mereka ceburi.

Namun penulis sedar kebimbangan cikgunya hanya ke arah macam mana sistem pendidikan yang diubah ini mampu digerakkan bersepadan dengan sistem ekonomi sekarang,akan tetapi cikgu itu lupa bahawa penulis bukan berbicara soal ekonomi tetapi penulis berbicara 7 bidang kritikal yang masing-masing punya lapangan yang berbeza.

Kemudiannya cikgu berkenaan meminta penulis memperincikan kaedah pendidikan tersebut.

bersambung bahagian 2


Rejab antara remaja yang sering dipuji oleh pejuang-pejuang tua perkampungan wira atas sebab ketelitian sikapnya dalam menganalisis maklumat. Seorang pejuang tua pernah mengajarnya bahawa dalam dunia sebaran maklumat canggih ini,kita akan dihidangkan dengan pelbagai maklumat.Untuk memahami sesuatu isu dan permaslahan kita perlu punya banyak pengetahuan akan isu dan permaslahan yang berkaitan. Dan maklumat yang kita perolehi mestilah mempunyai sumber-sumber yang luas.Oleh sebab itu sikap seorang remaja gagah mestilah bijak mengkaji dan menganalisis,menggunakan segala macam capaian maklumat dengan pemikiran analitikal.sila klik

Golongan muzikal underground tidak seperti golongan muzikal popular yang menghebohkan aktiviti mereka pada khalayak umum. Maka maklumat tentang sikap dan pemikiran mereka mestilah dikaji sedalam-dalamnya kerana sumber-sumber tentang mereka amat terhad dan tertutup.

Mr Copypaste bercerita perihal PUNK-SKINHEAD

Punk merupakan sub-budaya yang tercetus di London,Inggeris. Pada awalnya, kelompok punk selalu bersengketa dengan golongan skinhead. Namun, sejak tahun 1980-an, saat punk bermaharajalela di Amerika, golongan punk dan skinhead seolah-olah bersatu, karena mempunyai semangat yang sama. Punk bukan sahaja dapat diertikan sebagai genre muzik yang wujud pada awal 1970-an,akan tetapi turut mencakupi sebuah ideologi hidup yang menyentuh soal aspek sosial dan politik.

Gerakan anak muda yang dimulakan oleh anak-anak kelas pekerja ini dengan segera berkembang dikala Amerika yang mengalami masalah ekonomi dan kewangan yang diteraju oleh kemerosotan moral para tokoh politik,menyebabkan peningkatan pengangguran dan kriminalitas yang tinggi. Punk berusaha menyindir para penguasa dengan caranya sendiri, melalui lagu-lagu dengan muzik dan lirik yang sederhana namun terkadang kasar, beat yang cepat dan menghentak.

Ramai yang beranggapan bahawa punk sebagai glue sniffer dan perusuh karena di Inggeris pernah terjadi fenomena penggunaan lem yang berbau tajam untuk mengganti beer yang tak terbeli oleh mereka. Citra punk bertambah rosak apabila banyak dari mereka yang berkeliaran di jalanan dan melakukan berbagai tindak kriminal.

Punk lebih terkenal dari hal fesyen yang dipakai mereka dan tingkah laku yang mereka perlihatkan, seperti potongan rambut mohawk ala suku indian, atau dipotong ala feathercut dan diwarnai dengan warna-warna yang terang, sepatu boots, rantai dan spike, jaket kulit, celana jeans ketat dan baju yang lusuh, anti kemapanan, anti sosial, kaum perusuh dan kriminal dari kelas rendah, pemabuk berbahaya sehingga banyak yang beranggapan bahwa orang yang mempunyai penampilan seperti itu sudah layak untuk disebut sebagai punker.

Punk juga merupakan sebuah gerakan idealisme anak muda yang berlandaskan dari keyakinan we can do it ourselves. Penilaian punk dalam melihat suatu masalah dapat dilihat melalui lirik-lirik lagunya yang bercerita tentang masalah politik,sosial, lingkungan hidup, ekonomi, ideologi,bahkan menyentuh masalah agama.

Skinhead juga suatu sub-budaya yang wujud di Inggeris sekitar tahun 1960-an,dan mula dilihat berkembang pada tahun 1964 di Bandar Chelsea. Nama Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak.

Meskipun Skinhead banyak digolongkan dengan kelompok orang-orang yang rasis dan Neo-Nazi, namun Skinhead yang sebenarnya bukanlah Neo-Nazi, karena pada awalnya Skinhead adalah kaum tertindas dari kelas pekerja (terutamanya buruh pelabuhan) di Inggeris. Skinhead juga merujuk kepada kepada kelompok remaja yang merupakan fans muzik Oi!/streetpunk dan juga punk.

Sejak tahun 1990 lagi budaya Skinheads telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinheads adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinheads telah berkembang, ini kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads.

Skinheads di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang Skinheads. Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yg berperanan memperkembangkan budaya Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock. Cara Punk Rock berpakaian dan ada yang berambut Trojen itulah menjadi isu. Hasil dari tanggapan masyarakat tentang budaya Punk Rock, golongan Punk Rock telah mengubah cara hidup mereka dan cara berpakaian mereka lebih kemas. Mereka telah memilih cara hidup Skinheads kerana cara Skinheads berpakaian kemas dan muzik Oi!, Ska dapat diterima oleh golongan Punk Rock. Dengan membawa masuk kaset dari barat serta cara pakaian ala Skinheads, dan ini membuka mata golongan anak muda meniru budaya ini.

Kemudian muncul beberapa band muzik yang memainkan muzik Oi!, Street Rock, Ska, Rocksteady, para peminat muzik Skinheads ini muncul dengan banyaknya. Pengaruh muzik yang dimainkan oleh The Business, The 4 Skins, CockSparer, Oi Polloi, Last Resort, The Skatalites, The Special, The Selecter telah menjadi ikutan band-band Skinheads di Malaysia. Skinheads di Malaysia tidak dilabelkan undergrounds, sebaliknya mereka hanya menyokong band-band undergrounds. Skinheads merupakan satu budaya, tentang D.I.Y atau Major Label, itu terpulang kepada mereka sendiri samada menerimanya sebagai attitude atau tidak. Skinheads di Malaysia juga terbahagi kepada pecahan-pecahan Skinheads seperti Skinheads Trads, Sharp, Nazi.

Beberapa maklumat tambahan Skinhead

Skinheads ada dua cabang iatu New Traditional dan Traditional.

Traditional Skinheads punya peringkat:
Football
Hardworking
Sex & Violence
Drunk Together
Riot & Chaos

Skinheads menggemari Hang Out atau melepak di Snooker dan juga Pub.

Boot juga dianggap sebagai senjata utama bagi Skinheads.

Sham 69 ialah band pertama yang memainkan muzik Punk Oi! yang diketuai oleh Earry Bushers.

Fighting 84 ialah pergaduhan terbesar antara Punk dan Skinheads di England pada tahun 1984 yang melibatkan 5000 orang Punk dan Skinheads.

Pada tahun 1971 Skinheads telah dilihat oleh khalayak ramai iatu seramai 300 orang di bandar Chelsea.

S.H.A.R.P ialah perkataan yang telah diberi oleh Jimpesy iatu orang kuat Punk Oi!

Pada tahun 1971, Jimpesy telah menubuhkan Football Team.

Skinheads hendaklah menghentakkan kaki mereka sebelum masuk ke padang sebagai memperingati jasa yang dicurahkan oleh Jimpesy untuk Skinheads Football.

Football Hooligans = Penonton Skinheads yang suka membuat huru-hara di stadium bola sepak.

Hooligans = Kuasa besar.

Hooo! Budak Skinheads yang pergi menonton perlawanan bola sepak pada tahun 1968.

Pengasas Oi! ialah wartawan dari akhbar The Sun yang bernama Garry Bushell.

Riot membawa maksud rusuhan dan sewaktu rusuhan ini berlaku, Skinheads yang memakai braces hendaklah melepaskan braces mereka sewaktu merusuh.

Fesyen rambut botak telah dimajukan oleh Skinheads pada tahun 1964 .

Skinheads telah menamakan fesyen rambut Suede Head.

Suede Head sesuai dengan Skinheads yang working class.

Hippy ialah potongan rambut yang sederhana.

Skinheads tidak menyukai rambut Hippy dan menukar pada rambut botak pada tahun 1964.

Fresh Cut = Potongan ini sesuai untuk ahli Skinheads yang baru ataupun New Comers dalam scane Skinheads.

Sham 69 tidak menyukai Skinheads, kerana Skinheads membuat huru-hara di gig Punk di London.

Salah seorang Skinheads hendaklah menyebut Vehaviour sebelum memulakan Riot.

Skin dan Tren :
Gemar mengubah tekanan.
Gemar mengkaji.
Gemar menyembahkan sytle mereka

Uniform juga boleh dikenali sebagai Edwardian.

New Look seluar ketat yang dipakai oleh Skinheads di bandar New Look.

Braces dibahagikan kepada banyak warna dan berbagai maksud :
Kuning = Bunuh Polis
Merah = Kejam / Nazi
Putih = Nazi
Hitam = Traditional

Tali kasut juga diabahagikan kepada banyak warna dan berbagai maksud :
Hitam = Traditional, SHARP
Merah = Nazi, National Front, Kumunis
Putih = White Power
Pink = Gayskin
Biru = Penyokong Chelsea, Fuck Polis

Hammerskin merupakan Skinheads di England yang menamakan diri mereka sebagai menonton “Up Againt The Wall”.

Nutty Skinheads dikenali sebagai Skinheads yang berfikir gila-gila.

Rudeboy adalah gelaran bagi budak nakal, budak jalanan, dan kurang ajar yang berkulit hitam.

Harps = Hawahansian Againts Racial Prejudice.

SCAR = Skinheads Culture Anti Racist.

A.P.I = Skinheads Jamaica telah menubuhkan satu parti iatu Anti Paki League.

B.N.P = British Nazi Parti

Swastika = Nazi

Niggies = Kerajaan

Old Biddies = Polis

bersambung episod 4...


Remaja bertemu remaja

Dalam memberitakan kisah remaja gagah ini dibuatkan orang sebagai sebuah kisah yang punya watak dan jalan cerita.Dibuat sebegini untuk orang yang mendengarnya faham bahawa begitulah keadaannya remaja gagah dalam menghadapi cabaran dunia.Dan begitulah jua diri kita di dalam dunia ini,kita punya watak dan jalan cerita yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. sebagai takdir hidup.

Penceritaan remaja gagah bukan cerita yang ditulis untuk memenangi mana-mana kategori penulisan sastera,akan tetapi penceritaan remaja gagah untuk menyampaikan idea,strategi,jalan-jalan yang terbuka buat kita memahami bahawa umat islam masih punya peluang untuk menjadi gagah sehingga disebut sebagai sebuah umat yang digeruni oleh musuh-musuh Islam.

Remaja gagah itu mungkin lebih ramai bilangannya tetapi dalam penceritaan ini kisah mereka dikisahkan berjumlah 12 orang semuanya yang berasal dari perkampungan wira.Mengapa 12? Tentulah ada sebab tersendiri mengapa bilangan 12 yang diambil barangkali ada 12 skop yang ingin disentuh dalam penceritaan ini.12 remaja gagah itu masing-masing memiliki nama dari bulan-bulan dalam kalendar Islam.

Kisah remaja gagah yang mula dihantar ibu bapa masing-masing menghadapi masyarakat yang penuh dosa dan noda barangkali wajarlah dimulakan dengan skop remaja itu sendiri.Dan ada dua remaja yang menghadapi mereka ini.Seorangnya bernama Rejab dan seorang lagi bernama Syaaban.

Adapun Rejab tugasnya mengumpul maklumat tentang golongan remaja yang tidak berada di landasan perjuangan Islam,golongan remaja itu bukan sahaja tidak memberi sumbangan buat perjuangan Islam malah dikhuatiri merekalah yang melemahkan asset umat iaitu golongan remaja itu sendiri yang sepatutnya lahir sebagai pejuang-pejuang gagah mendepani musuh-musuh Islam yang menyerang agama ini.

Manakala Syaaban tugasnya mengumpul maklumat mengenai golongan remaja yang terjun dalam perjuangan islam atau mungkin mereka tidak terjun dalam perjuangan islam tetapi golongan mereka itu menuju ke arah kekukuhan pembinaan kekuatan umat.Cuma golongan ini juga ada masalah tersendiri yang perlu diselidiki supaya nanti moga-moga dapat bertukar menjadi remaja gagah yang berjuang dengan panji islam.

Rejab dan Syaaban diberi tugas untuk membawa dua golongan remaja ini bersatu akhirnya membentuk sebuah golongan remaja yang memberi nilai tinggi buat perjuangan islam.Mampukah mereka melakukannya? Sudah tentu kisah ini akan diceritakan dalam hukum logik yang diterima akal ertinya tidak akan menambah pula kisah ini dengan kesaktian kuasa atau keajaiban peristiwa bagi melihat kisah ini mampu membuatkan kita berfikir akan peluang dan cara yang ada buat membina kegagahan umat.

Dalam menceritakan kisah Rejab dan Syaaban,kedua-dua mereka punya tugas yang sama penting membuktikan pada kita kedua-dua golongan yang mereka hadapi sama-sama penting dalam perjuangan islam.

Cuma dalam kisah ini kisah Rejab dimulakan dahulu.Walaupun dikatakan golongan yang dihadapi Rejab sebagai sebuah golongan namun golongan itu ada bermacam-macam puak dan kumpulan.Kategori terbesar yang punya bermacam-macam kumpulan ialah kategori muzikal.Adapun ada lagi kategori yang lain tetapi wajarlah kita melihat satu persatu supaya kita tidak serabut melihat keserabutan masalah yang ada dalam golongan yang dihadapi Rejab ini.

Rejab mengumpul maklumat underground.

Mendapatkan maklumat mengenai golongan muzikal underground ini tidak terlalu payah buat Rejab kerana di perkampungan wira sendiri pejuang-pejuang tua yang pakar akan isu-isu semasa pernah memberi jalan-jalan buat menyelidik.

Rejab bertemu dengan seorang penglipurlara underground yang menamakan dirinya Mr Copypaste.Ketika ditanya kepada Mr Copypaste bagaimanakah sejarah perkembangan golongan underground di tanah tumpah airnya Malaysia,Mr copypaste menceritakan sebagai berikut:

Mereka pada mulanya lebih terpengaruh kepada muzik Punk setelah banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga daripada band The Sex Pistols yang begitu popular ketika itu. Mereka mula mengumpul berita, kaset dan majalah mengenai punk dan mula berhubung dengan scene punk di luar negara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.

Joe Kidd telah menubuhkan scene punk yang pertama di Kuala Terengganu pada awal 80an. Mereka hanya bermain gitar kapok sambil lepak di tepi pantai, tetapi pada tahun 1987 terdapat sebuah band di Terengganu yang memainkan irama punk dengan pengaruh thrash metal iaitu Mallaria dan mereka turut merakamkan demo yang tidak diketahui kesudahannya.

Selain Joe Kidd dan rakan-rakan di Kuala Terengganu, terdapat juga geng-geng punk yang lain di Kuala Lumpur dan P. Pinang ( Abazz daripada band punk The Karatz ) tetapi semuanya dalam komuniti yang kecil dan tidak mempengaruhi budak-budak lain. Ketika itu juga telah muncul segelintir pemuzik yang memainkan irama yang lebih keras iaitu thrash metal. Muzik ini dikesan pada sekitar awal tahun 1984 dan mula berkembang selepas lebih kurang dua tahun selepas itu. Antara band metal terawal di Malaysia ialah Punisher, Nemesis, Glottis, Picagari dan FTG. Mereka ini kebanyakannya mendapat pengaruh band-band luar negara seperti Sodom, Kreator, Black Sabbath, Venom, Slayer, Bathory dan King Diamond.

Pada peringkat awal ia tidak dilabel muzik underground kerana tidak wujud suasana bertukar-tukar demo tape, maklumat dan membuat fanzine sendiri. Material-material dari luar negara ( album, demo dan majalah ) masih lagi tidak dijual di sini. Kebanyakannya hanya dibawa oleh pelajar-pelajar di luar negara dan mana-mana mamat yang berminat cuma fotostat dan dubbing sahaja daripada mereka. Bermula pada tahun 1988, keadaan sudah menjadi semakin hangat apabila sudah ramai remaja yang berminat muzik sebegini. Muzik tersebut sudah mula diklasifikasikan dengan lebih spesifik sperti death metal, industrial, grindcore dan black metal. Kalau sebelum itu jika sesuatu muzik itu lebih berat daripada heavy metal, ianya dipanggil thrash metal.

Selain daripada band-band yang disebutkan tadi, sudah ada band yang memainkan muzik yang lebih ganas konsepnya iaitu black metal. Antara band black metal terawal ialah Black Fire, Rator dan Vulga. Pada tahun itu juga sebuah konsert thrash metal pertama kali telah diadakan di Stadium Negara dengan aksi band Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death. Penonton dianggarkan sekitar 6000 orang walaupun sebelum beberapa buah media tempatan mengatakan konsert tersebut tidak akan mendapat sambutan ekoran daripada jenis muzik yang dibawakan. Suasana underground mula wujud apabila sudah banyak band mula merakamkan demo, membuat fanzine dan sudah ada gig secara kecil-kecilan. Muzik thrash, black dan death metal telah dilabel sebagai muzik underground. Pada penghujung tahun 1989, Rator telah merakamkan demo mereka yang pertama iaitu 'Evil Symphony' di Hellion Studio, Sil Khannaz juga telah ditubuhkan pada waktu ini. Fanzine juga telah mula wujud dan antara yang terawal ialah Aedes ( Joe Kidd ) dan Thrash Attack ( Aziz ). Zine Thrash Attack hanya dikeluarkan sehingga isu ke lapan sahaja dan selepas itu Aziz menyambungnya dengan zine Vortex From The East.

Ada yang mengatakan zine Aedes ( dimulakan pada tahun 1986 ) merupakan zine underground yang pertama di Malaysia tetapi menurut Joe Kidd sebelum itu sudah terdapat sebuah lagi zine di Terengganu iaitu Huru-Hara. Menurutnya editor zine tersebut hanya diedarkan di kalangan rakan-rakannya sahaja di Kuala Terengganu. Zine Aedes hanya wujud hingga isu ke tujuh sahaja. Zine-zine tersebut pada awalnya hanya ditulis tangan atau ditaip sahaja ( menggunakan manual typewriter ) dan kemudian difotostat serta diedarkan kepada rakan-rakan mereka di dalam dan luar negara. Sebuah zine dari Ipoh iaitu Krenmaut yang diusahakan oleh Sam ( Batara Guru ), Ajak dan Bearkey juga adalah antara zine yang terawal.

Selepas tahun 1993 bermacam-macam zine yang keluar dan boleh dikatakan tedapat di seluruh negara terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang. Antaranya ialah Heartcore, Buddy Holly, Suffer Age, Mukus, Obscure People, Earslaughter, Piss of Mine, Nathias, Verization, Noisy Scene dan banyak lagi. Ada antara zine tersebut yang masih wujud sehingga kini seperti Nathias dan Mukus.Pada waktu yang sama, scene underground berkembang dengan begitu pesat. Antara yang begitu aktif ialah di Kuala Lumpur, Ipoh, Kuantan dan Pulau Pinang. Pada awalnya hanya muzik metal sahaja yang menduduki 'carta underground' dan begitu banyak diadakan di kelab-kelab. Pada waktu ini sudah banyak band metal ditubuhkan seperti Silent Death, Suffercation, Infectious Maggots, dan banyak lagi. Kebanyakan daripada band-band ini berpusat di Kuala Lumpur dan sering membuat 'meeting' di Central Market. Bandaraya Ipoh juga antara yang paling aktif melahirkan band-band metal yang power. Antaranya ialah Langsuyr, Profane Creation, Necrotic Chaos, Athotorgh dan banyak lagi. Di Sarawak juga terdapat scene yang aktif dengan band metal seperti Senseless, Sputum dan Kremation.

Pada waktu tersebut juga terdapat band black metal seperti Aradia, Nebiras, Bazzah, Hayagriva, Misanthrope, Mistik, Nakaratul Khaum dan macam-macam lagi. Selepas itu wujud bermacam-macam lagi band beraliran metal seperti Narsamum, Infernal Void, Silo, Kerrasuk dan pelbagai lagi band dengan konsep metal yang pelbagai. Kebanyakan daripada band tersebut juga sudah mula merakam album di bawah label-label independen yang wujud untuk menyokong scene underground seperti Dark Journey Records, Ultra Hingax Productions dan Sonic Asylum Records.

bersambung episod 3..



Remaja itu hanya satu tempoh usia seorang manusia.Tempoh itu bukan tempoh dia membangunkan mindanya kerana tempoh membangun minda itu tempoh usianya ketika kanak-kanak.Itu merupakan tempoh selepas mindanya terbina.Ketika kanak-kanak dia diasuh bukan dibiar bermain dan bertindak sesuka hati.Asuhan itu dimulakan dengan memperkenalkannya akan Tuhan Maha Pencipta,Allah s.w.t tiada tuhan melainkanNya.

Yang menciptakan pohon-pohon rendang itu Allah s.w.t.Yang mencipta rumput-rumput yang menghijau itu Allah s.w.t.Yang mencipta sang unggas yang terbang hinggap di atas pepohon itu Allah s.w.t.Yang mencipta langit yang membiru dan bumi yang terhampar luas itu ialah Allah s.w.t.Manusia-manusia yang hidup di atas bumi ini,dan bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain mencari kurnia Allah itu juga dicipta oleh Allah s.w.t. Seluruh alam ini dan tidak ada satu pun yang bukan dijadikan oleh Allah s.w.t.Maka ketahuilah olehnya bahawa Allah itulah raja bagi alam ini dan segala sesuatu dibawah pemerhatian dan pengetahuanNya Yang Amat Luas.

Dia dibenarkan bermain bersama rakan-rakan mahupun saudara mara.Tetapi sebelum bermain dia diasuh dan dididik dengan aturan akhlak dan adab yang dia perlu jaga.

Jangan ambil hak orang lain jadi hak kita.
Jangan sakitkan orang lain.
Jangan sakitkan diri sendiri.
Jangan mendekati benda yang berbahaya.
Banyakkan senyum dan mesra dengan semua orang hatta mereka yang buat jahat terhadap kita.
Tetapi tetap tegas mengatakan tidak pada perkara yang tidak baik.
Cuba menasihat orang lain menjauhi perkara yang tidak baik dan meminta orang lain menasihati kita andai kita lalai.
Bermainlah dengan sopan kerana Allah melihat kita.

Itu antara asuhan dan didikan yang ditanam di dalam kepalanya sebelum sesi bermain bersama rakan-rakan mahupun saudara mara dijalankan.Atas sebab asuhan seperti itu menjadi dasar permainan yang dijalankan,maka seringlah saja permainan kelompok kanak-kanak itu membuahkan ilmu dan pengalaman baru terhadap mereka.

Mereka ialah kanak-kanak gagah sebelum lahir menjadi remaja gagah.Kanak-kanak itu diberi makanan yang segar dibawa dari kebun,laut,dan ladang.Para bapa bercucuk tanam di tanah-tanah yang subur,menjala ikan dan haiwan laut,menternak binatang ternakan dari baka berkualiti,dibantu pula oleh kaum ibu.Ibu dan ayah tidak kira kepenatan untuk membesar dan mendidik anak-anak yang mereka sediakan makanan yang segar-segar,dan mengasuhnya dengan ilmu kerohanian dan mengajar akan tauhid,fiqh,tasawwuf,akhlak,dan pelbagai cabang ilmu al quran dan hadis.

Pastinya semua itu tidak mustahil untuk berlaku kerana mereka bukan ibu dan ayah yang bersendirian dalam hal ini.Mereka ialah sekelompok ibu dan ayah dan mengikat persaudaraan utuh dengan kalimah Lailahaillallah sebagai pengikat ukhuwah mereka.Mereka mungkin 5 atau 6 keluarga namun tidak mustahil mereka lebih dari 10 keluarga yang mendiami perkampungan wira itu.

Perkampungan wira adalah perkampungan untuk melahirkan wira.Wira yang lahir itu pastinya diletakkan harapan kepada kanak-kanak gagah itu untuk menjadi remaja gagah lalu jadilah nanti mereka semua wira terbilang.Di luar sana peperangan sedang mengombak dan membadai bak lautan yang ganas.Mereka kelompok ibu dan ayah yang bertugas untuk mendirikan perkampungan itu di samping membekalkan makanan buat para pejuang yang berperang,mereka juga menjaga dan memelihara perkampungan itu untuk dijadikan pusat didikan,asuhan,dan tarbiyah yang kondusif buat kanak-kanak gagah itu.

Asalnya mereka kelompok ibu bapa yang hidup terasing dan berpisah-pisah.Mereka masing-masing menyeru kepada masyarakat sekeliling mereka untuk berubah menjadi masyarakat yang menyembah Allah s.w.t selayak-layaknya.Namun masyarakat itu semakin tenggelam dengan dosa dan noda.Sehinggalah setiap ibu-ibu itu mengandungkan seorang anak lelaki dan bimbang sekiranya anak lelaki mereka terpengaruh dengan masyarakat yang rosak binasa itu.

Dalam masa yang sama kelompok ayah itu juga sedang mencari kawasan baru untuk diteroka bagi menjayakan usaha mengeluarkan hasil tani,hasil laut dan hasil penternakan yang berjaya.Maka mereka bertemu di suatu tempat yang sama.Medan yang sama sehinggalah mereka bertaaruf dan menjadilah mereka saudara yang bermatlamatkan keredhaan Allah buat kehidupan mereka.Maka mereka berkumpul di perkampungan wira demi mendidik anak-anak mereka menjadi pelapis pejuang yang semakin berkurangan di abad itu.Disamping terus bekerja mencari kurniaan Allah s.w.t di perkampungan yang dahulunya cuma belantara yang tiada nilai bagi sesiapa.

Perkampungan itu sememangnya tenang dan aman ditambah penduduknya mengutamakan semangat ukhuwah islamiah yang tinggi ditambah amalan-amalan seharian yang semuanya bertepatan dengan sunnah rasulullah.Lama-kelamaan kelompok penduduk itu mula didatangi pejuang-pejuang tua yang mencari pelapis untuk mewarisi segala bentuk ilmu dan kemahiran mereka.Pejuang-pejuang tua itu ada yang mahir ekonomi,sains dan teknologi,seni peperangan,serta beberapa lagi kemahiran yang semuanya melengkapi segenap kehidupan manusia di abad itu.

Kanak-kanak gagah itu semuanya sudah mula mencecah usia remaja.Maka ilmu dan kemahiran yang dibekalkan telah penuh di dada mereka.Bukan sahaja ilmu kerohanian dan pegangan agama yang utuh bahkan kemahiran ilmu dunia yang masing-masing punya kelebihan tersendiri dalam menguasai setiap ilmu-ilmu itu.

Maka ibu dan ayah masing-masing telah mula untuk menghantar anak-anak mereka menghadapi masyarakat yang dahulunya telah menolak si ibu dan ayah dan meminggirkan seruan-seruan dakwah mereka.Kini yang menghadapi masyarakat ialah remaja-remaja gagah.Mampukah remaja-remaja ini mengubah masyarakat seterusnya membina sebuah masyarakat islam yang mengagungkan Allah s.w.t.?

kita akan lihat strategi mereka dalam episod 2...