|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Di saat itu dia masih lagi bersekolah. Dia bukanlah budak pintar yang dikurniakan kepintaran semulajadi. Dia juga sepertimana rakan-rakan yang lain. Apabila dia menelaah buku dan menghafal teks-teks mahupun rumus-rumus matematik dia akan mampu menjawab peperiksaan dengan baik dan tenang. Sewaktu itu dia belum lagi punya cita-cita yang tinggi. Sewaktu itu dia cuma murid sekolah rendah. Dalam hatinya cuma mahu tunjuk kehebatan. Dia memang suka akan strategi dan plan.

Dia tahu untuk tunjuk kehebatan tidak cukup hanya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan tetapi dia perlu ada suatu bakat yang perlu diakui oleh rakan-rakan dan cikgu-cikgu. Itu strateginya.Dia sukakan lukisan. Maka dia pilih untuk masuk pertandingan melukis di sekolahnya. Tetapi amat malang sekali lukisannya tidak memenangi apa-apa hadiah. Dia kemudian sedar bahawa minat tidak semestinya bakat. Dia tahu dia suka melukis komik dan akhirnya dia sedar yang dia sememangnya tidak berbakat untuk melukis.

Kemudiannya suatu hari seorang guru kelasnya telah mendapati dia boleh menulis karangan dengan baik. Cikgu itu memujinya dan cuba mencungkil bakatnya dalam bidang penulisan. Cikgu itu memintanya menulis sebuah karangan pendapat. Temanya tentang masyarakat Malaysia.Dan dia mula berfikir tentang kehidupannya.

Dia lahir dalam sebuah keluarga yang susah. Mereka sekeluarga pernah kehabisan beras selama sebulan. Lalu suatu hari tepung dan lain-lain bahan makanan juga telah habis. Pada hari itu ibunya keluar mencari kerja di kilang. Ayahnya pula berjanji akan pulang sebelum petang dan akan membawa pulang bersama roti canai untuk dimakan bersama-sama dia dan adik beradiknya yang seramai 7 ketika itu.

Mereka adik beradik amat kelaparan kerana kali terakhir mereka makan ialah sarapan pagi semalam iaitu lempeng sebanyak 3 keping yang dikongsi 7 orang. Ayahnya sering mengingatkan supaya mereka tidak menggunakan duit tabungan masing-masing kerana duit tabungan itu perlu disimpan sekiranya alat tulis atau buku-buku sekolah perlu dibeli dan sememangnya ayahnya mementingkan pelajaran buat mereka.

Namun hari itu ayahnya masih tidak pulang-pulang dan langit mula semakin gelap. Adik perempuannya yang kecil telah menangis teresak-esak kerana lapar.Dia pula hanya termenung di jendela memandang langit.Apabila azan maghrib berkumandang dari corong pembesar suara surau,pintu rumah dibuka.Dan ayahnya telah pun pulang membawa bersama roti canai,sate,ayam percik,dan bermacam kuih muih. Malam itu mereka makan dengan gembira.

Dia mula memegang pena untuk menulis kisah rakyat Malaysia.Orang Malaysia suka makan.Di mana-mana ada gerai makanan. Tetapi ada rakyat Malaysia yang tidak cukup makan. Dan ada pula rakyat Malaysia yang terlebih makan. Hidup untuk makan. Makan untuk hidup.Dia mencoretkan kesemua idea yang terlintas di kepalanya.Kemudiannya karangan pendapatnya itu diserahkan kepada cikgunya tadi. Begitu banyak sekali kesalahan tatabahasa malah susunan isi yang tidak kemas. Akhirnya cikgu itu mengeluh dan bertanya apa yang dia ingin sampaikan sebenarnya.

Dia mula terkilan dengan pertanyaan cikgunya itu. Rupa-rupanya cikgu itu tidak memahami isi-isi karangannya.Kemudiannya dia mula menerangkan kepada cikgu tersebut.Dia terangkan dengan begitu khusyuk tanpa dia sedar kedua-dua tangannya beraksi sama seiring dengan hujah-hujahnya.Cikgu itu mula menggaru-garu dagunya dan mengangguk-angguk berkali-kali membenarkan hujah-hujahnya.

Dia bukan seorang yang banyak bercakap pada masa dahulu. Dia lebih suka diam melainkan dengan teman-teman rapatnya dia memang seorang yang bising.Tetapi kali ini cikgu itu mengangkatnya untuk dilatih bersyarah bagi mewakili kelasnya dalam pertandingan syarahan. Namanya mula naik dan disebut-sebut oleh para guru. Dia sebenarnya adalah pendatang baru di sekolah itu. Tetapi dia naik begitu cepat sehingga menjadi seorang ketua murid. Dia mula aktif dalam pertandingan syarahan dan perbahasan.Itu adalah kisah bagaimana dia mula sedar bahawa bakat itu mungkin bukan dari minat. Tetapi di hatinya dia tetap minat melukis.

Mutu penulisannya juga meningkat bersama-sama mutu persembahan syarahannya. Namun apabila keputusan UPSR diumumkan. Dia gagal mendapat 'A' dalam subjek penulisan.Begitulah kuasa Allah s.w.t untuk ditunjukkan kepada hambaNya bahawa kehebatan dan kepandaian itu cuma nikmat sementara,dan Allah boleh mencabut nikmat yang dipinjamkan itu bila-bila masa.

Di zaman Malaysia dilanda gerakan reformasi dia telah kembali mengeluarkan idea-ideanya. Dia terpaksa kembali mencurahkan idea-idea itu kerana dia sewaktu itu telah pun punya cita-cita dan matlamat hasil tarbiyah Tengk
u Asmadi dalam pembinaan jatidirinya.

Dia berdepan dengan dua kelompok rakan dan taulan yang punya dua ideologi politik berbeza. Mereka mula berdebat dengan masing-masing mengutarakan hujah masing-masing. Dia sewaktu itu mungkin tidak begitu mem
ahami hal-hal politik walaupun bukan dia tidak baca risalah-risalah reformasi mengutuk peribadi Perdana Menteri dan pendedahan-pendedahan skandal rasuah dan penyelewengan kuasa,dan terlebih awal dia telah pun membaca banyak buku-buku politik Al Attas dan memahami akan pergelutan politik dan apa itu kerja-kerja kotor dalam politik.

Bukan dia tidak tahu kisah Anw
ar yang dulunya amat sekali dia kagum. Mungkin menteri muda itu agak kacak berbanding menteri-menteri lain dalam kerajaan. Dan bukan dia tidak pernah mendengar ceramah-ceramah Anwar bahkan ayahnya jua antara pengkagum Anwar. Anwar dulunya Presiden ABIM yang keras mengkritik kerajaan. Malah bukan dia tidak tahu keakraban ABIM Kedah dengan Al Arqam sekitar tahun 80 an iaitu zaman sebelum kelahirannya.Dia pernah membaca kisah-kisah Ashaari menyertai PAS dan kemudian keluar semula.Dia tahu tentang kisah-kisah PAS,ABIM,AL Arqam dan UMNO.Dia ada baca tentangnya dan dia juga punya saudara mara yang beroleh banyak maklumat tentang kelompok-kelompok itu.Itu kisah yang berlaku sekitar tahun 80 an.

Kini PAS menyokong gerakan reformasi Anwar yang telah ditendang keluar oleh
UMNO. Bukan dia tidak tahu ucapan-ucapan Anwar tentang PAS ketika berada di dalam UMNO. Bukan dia tidak tahu apa yang diucapkan oleh Anwar pada persidangan UMNO yang terakhir buat Anwar terhadap Mahathir. Bukan dia tidak sedar pukul-pukul terajang-terajang politik di Malaysia.

Tetapi dia tidak mahu bercakap tentang itu.

Dia nampak semua umat islam ada tujuan yang sama.Pegang kitab yang sama. Nabi yang sama. Dia lebih suka fikirkan masalah serangan musuh Islam terhadap rakan-rakannya yang tidak menyertai perdebatan politik itu.Mereka datang ke sekolah tetapi mereka ti
dak mahu belajar. Apabila di sekolah mereka langgar peraturan sekolah malah mereka mencarut di belakang guru-guru yang memarahi mereka. Mereka mencalarkan kereta guru. Mereka memecahkan pasu. Pada asalnya dia tidak pasti mengapa mereka punya sifat demikian padahal nama-nama rakan-rakannya itu adalah nama Islam dan berbangsa Melayu.Ibu bapa mereka bukannya orang yang mewah-mewah. Pernah sekali dia lihat seorang ibu pelajar bermasalah itu memakai selipar yang hampir putus untuk hadir ke sekolah bagi membincangkan masalah disiplin anaknya.

Bukan setakat itu saja. Kelompok-kelompok rakan-rakannya itu tidak henti-henti bersengketa dengan kelompok dari kaum Cina dan India juga. dia yang berada di sekolah it
u terasa bagaikan berada dalam kancah perang di mana harus waspada takut-takut diserang oleh kumpulan-kumpulan kaum lain kerana dia juga Melayu.

Mujur dia punya idea berbeza. Dia tidak menyertai perdebatan politik kelompok rakan-rakan yang satu itu,tetapi dia mula menggerakkan penyatuan perkauman de
ngan menceburkan diri dalam masalah sengketa ahli-ahli kumpulan bermasalah 3 kaum.Dia berbaik dengan kumpulan-kumpulan Cina dan India,dan dalam masa yang sama dia mula bercakap tentang masalah umat islam di kalangan kelompok Melayu.

Tetapi sesungguhnya usaha berseorangan itu tidak sedikitpun merubah keadaan yang sediaada. Dia mula berfikir tentang jamaah.

bersambung episod 5

3 komentar:

Syabab Musafir Kasih said...

yaa..perjuangan takkan berjaya tanpa jamaah.

Tawel Sensei said...

Cerita Shaolin Soccer ni baru keluar wayang kat Ireland ni 2 tahun lepas. Pelik betul aku..kenapa ntah lambat..

mfrstudio said...

sbb dia citer hongkong bkan citer hollywood (^_^)V