|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Zaman dia punyai cita-cita itu zaman negaranya hadapi krisis politik. Ayahnya bukan seorang ahli politik. Ayahnya seorang guru. Tahu berpolitik dengan tahu mengenai politik mungkin berbeza. Dia mula membaca buku agama seiring dengan buku-buku politik karangan Al Attas. Buku-buku itu tersusun rapi di atas rak koleksi ayahnya. Ayahnya penggemar buku.

"Ada orang suka berjalan kerana ingin melihat pemandangan, namun membaca itu lebih lagi dari berjalan,pemandangan yang kita jumpa merangkum pandangan dari mata-mata manusia lain." Itulah kata ayah padanya.

Dia baca jilid-jilid kitab fiqh sunnah,dia baca ihya karangan imam ghazali terjemahan indonesia,dia baca "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" terjemahan kitab Fathi Yakan,dan dia baca buku "Inilah Pandanganku" tulisan Ashaari Muhammad pengasas kumpulan Al Arqam yang diharamkan.


Dia kaji amat mendalam akan tokoh kumpulan yang didakwa ajaran sesat itu. Dia dengar cerita dari ayahnya. "Ashaari mengaku dia pemuda bani Tamim,katanya carilah pemuda bani Tamim dan dia akan bawa kepada Imam Mahdi". Dia nampak strategi Ashaari.

Dia ikuti kisah bagaimana Al Arqam berada di puncaknya, namun tumbang atas kerakusan nafsu. Dia tahu ramalan pengalihan tampuk pemerint
ahan dari Dr Mahathir kepada Ashaari kononnya akan terjadi dengan cara yang tidak disangka-sangka.Dia masih ingat wajah Ashaari yang ditemubual dalam Malaysia Hari ini di TV3. Dia dengar Ashaari mengaku dia tersilap. Dia kaji lagi.

Asalnya kumpulan itu bawa sinar buat insan yang mencari kebenaran. ada ramai pemuda dan pemudi yang berubah menjadi insan-insan taat dalam ajaran agama. Ashaari bawa pula meneroka dunia ekonomi. Yang ketika itu kaum yang dipanggil Melayu ini amat ketinggalan sehingga bahan-bahan makanan halal amat jarang diusahakan. Ashaari merintis usaha produk halal. Alunan-alunan nasyid yang indah cuba bertempur dengan nyanyian lagu-lagu rock meleleh ketika itu.
siapa yang tidak tahu lagu "sepohon kayu" hasil nukilan Ashaari.

sepohon kayu daunnya rimbun

lebat buahnya serta bunganya
walaupun hidup seribu tahun

kalau tak sembahyang apa gunanya

walaupun hidup seribu tahun

kalau tak sembahyang apa gunanya.


Dia juga dibesarkan dengan lagu-lagu nasyid. Dia mula berminat mengkaji kehebatan dakwah Al Arqam,namun dia amat sedih melihat betapa di akhir-akhir kemuncak Al Arqam itu Ashaari sama ada dipengaruhi oleh orang sekitarnya mahupun dirinya sendiri telah bergelumang dengan benda-benda karut marut. Mereka anggapnya ilmu tasawwuf. Ashaari dianggap mursyid yang punya karamah. Mereka diikat dengan tareqat.

Kemudiannya Ashaari mula dipuja. Ashaari biarkan dirinya dipuja. Unsur-unsur mistik yang aneh mula membayangi kumpulan itu. Tidak,bukan itu yang wajar dilakukan,dia menggeleng. Mengapa idea yang baik,strategi yang baik harus dikubur dengan rakusnya seorang manusia mendambakan kemuliaan sehingga mahu dirinya dipuja? Mengapa? Bukankah Allah itu Yang Mesti dipuja?


Dia mula
berani persoalkan.Dia mula berminat mengkaji politikus yang berjaya menenggelamkan Ashaari dengan bayang-bayang sendiri. Orang itu Mahathir namanya. Dia terus baca buku-buku politik dari Al Attas. Kebetulan tahun itu dia pilih kerja kursus bertajuk Biografi seorang tokoh:Mahathir Mohamad.Dia baca tentang UMNO. Dia baca kisah pergelutan politik. Dia baca tentang Musa Hitam. Dia baca tentang Ghafar Baba. Dia baca tentang Anwar.Dia baca Wawasan 2020.

Dia mula berminat kaji sejarah. Dia kaji Renaissance,dia kaji Revolusi Perindustrian,dia kaji Revolusi Perancis,dia kaji revolusi Amerika.Dia kaji kisah kegemilangan Islam. Dia mula kaji tentang perang. Perang Dunia Pertama. Perang Dunia Kedua. Dia kaji tentang f
asisme. Dia kaji Nazi. Dia kaji Jepun.

Dia mula membaca buku-buku perjuangan Ikhwanul Muslimin. Dia mula kenal dengan Imam Hassan Al Banna. Dia mula lihat kembali Al Arqam. Dia mula faham. Begitukah..rupanya begitu! Dia semak semula buku "kisah 60 sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga". Dia baca kembali kisah dan sirah Rasulullah. Dia baca kisah "Nabi dan Rasul yang wajib diketahui".


Zaman itu masih krisis. Dia pula telah pun jauh menuntut ilmu ke negeri Perak. Di sana dia dalami pergerakan politik PAS. Dia duduk mendengar fikrah mereka. Dia hampir-hampir saja ber bai ah. Tapi akhirnya dia nampak sesuatu yang tidak kena selepas muzakarah. Dia rasa perjuangannya lain.


Dia mula berani baca buku-buku perbandingan agama karangan ustaz-ustaz dari Indonesia. Buku yang paling dia teliti bertajuk "Muhammad dalam Bible, Isa dalam Quran".
Ketika itu sudah galak pejuang-pejuang reformasi menyebarkan risalah politik. Dia baca dan dia buntu kerana tidak mampu kaji lebih jauh. Banyak sekali dakwaan sehingga merasakan negaranya Malaysia dalam kancah terburuk dalam sejarah.

Dia merasakan begitu di saat rakan-rakannya masih bergelak tawa bergurau senda dan ada juga menangis bermuram durja kerana ditolak cinta dari seorang gadis rupawan.
Dia juga kadangkala punya rasa untuk jadi seperti rakan lain,tetapi niatnya terhenti suasana dunia begitu celaru waktu itu.

WTC runtuh dirempuh pesawat. Islam digelar Pengganas. Naik nama seorang pejuang bernama Osama. Dia terus membaca. Bagaimana seorang jutawan seperti Osama boleh bertukar menjadi pemimpin gerakan menentang Amerika.
Dia baca lagi tentang Palestin. Dia baca tentang Israel. Dia baca tentang Zionis. Dia garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mesti jadi senjata umat Islam dia tekad dalam hatinya.

Dia mahu berdakwah seperti Imam hassan Al Banna.

Dia mahu seberani Salahuddin Al Ayyubi.

Dia mahu sifat tanpa putus asa Asy Syafie.

Dia mahu jiwa seperti al Ghazali.


Hari itu dia lupa dia pernah meminati Suria Perkasa Hitam (kamen rider black),pernah minat Ultraman Ace,pernah minat Flashman, semuanya itu rancangan dari jepun yang disaji oleh televisyen negaranya,Malaysia.


bersambung episod 4

6 komentar:

Rusydee Artz said...

oh aku suke tu kamen rider black..
eh silap.. ana suka kamen rider black..

mfrstudio said...

hehehe (>0<)

Tawel Sensei said...

Ingatkan cerita pasal ultraman dan kamen raider ;p

Dyat said...

Salam,

tulisan yang menarik.. tak sabar tunggu sambungan seterusnya.

Ummu Yazid said...

hidayah dari Allah
jangan dipersiakan!

Norziati Mohd Rosman said...

teruskan berjuang!