|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Ya Rasulullah dari Raihan
Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh,

ke hadapan adikku,

bagaimana keadaan adik di Malaysia? abang harap adik-adik abang sihat-sihat sahaja hendaknya. Maaflah kerana abang menulis surat dan bukannya menelefon adik. Ya,abang ada dengar juga teknologi yahoo messenger yang bukan sahaja boleh berkomunikasi dengan tulisan malah turut mengaplikasi audio dan visual. abang juga ada dengar boleh jalankan konferens yang boleh melibatkan ramai orang berkomunikasi secara serentak. Dan ada juga yang bernama skype.

Baguslah banyak sekali teknologi di dunia zaman sekarang yang boleh diaplikasi untuk menyampaikan berita,maklumat dan sebagainya. Dulu sewaktu abang kecil mungkin abang pernah dengar tentang televisyen dan radio sahaja.Itupun abang tidak berkesempatan sangat menonton televisyen kerana ayah tidak beri kita lalai menonton televisyen.

adik bagaimana sekarang? semestinya dunia teknologi masakini yang pesat telah membuka mata adik sehingga mampu memperoleh pelbagai maklumat,tetapi abang harap adik tidak terlalai dan leka apatah lagi lupa bahawa apa perjuangan kita di dunia ini.

jangan adik jangan leka.

dunia muzik yang mendendangkan lagu-lagu menyentuh jiwa itu tidak patut didewa-dewakan sehingga kita lupa bahawa al quran itu jua petunjuk kita. abang dengar sudah makin ramai kawan-kawan adik yang menyertai dunia hiburan. Mereka benar-benar yakinkah bahawa dunia hiburan itu medan perjuangan mereka? Jika mereka lagukan zikir dan bait-bait mengingati Allah dan semangat perjuangan Rasulullah tidak apalah. abang harap mereka itu tidak bermain muzik mendendangkan luahan nafsu dan hakikat yang berlaku tentu sekali adik sendiri mengerti ,bukan? mereka itu akan kejar glamor lalu yang perempuannya mula dedah sana dedah sini dah lupa yang rasulullah kata muka dan tapak tangan sahaja boleh ditunjuk. Yang lelakinya pula mula menghangguk-hangguk kepala bukannya berzikir tapi mengikut rentak gitar dan drum yang membingitkan.

ya Allah...adik jangan ikut mereka ya.Bukankah adik tahu kita punya perjuangan.abang pasti adik masih tidak lupa apa yang telah orang-orang Barat itu buat pada saudara-saudara kita di Afghanistan di Iraq serta Zionis mendera saudara-saudara Palestin kita.

Adik masih ingat bukan? jangan lupa ya adik..musuh sedang serang kita sekarang.

tentu sekali adik masih ingat dengan strategi yang telah lama dilaung-laungkan pejuang-pejuang islam pelbagai generasi. Kita pemuda dan pemudi Islam ini mesti meningkatkan kekuatan kita.Ilmu dan teknologi kita mesti utuh untuk bertempur dengan ilmu dan teknologi mereka.

abang pasti adik masih ingat surah al anfaal ayat 60

وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).

bersambung episod 2...

0 komentar: