|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH


Peristiwa itu berlaku semalam.Ia berlaku tanpa diduga. tapi ia telah pun dibimbangi oleh saudara-saudaraku di sekitarku tentang kemungkinan keparahan akan terjadi jika peristiwa itu berlaku.

Pada persepsi mereka,kemungkinan aku terlibat dengan peristiwa itu amat besar. Disebabkan beberapa peristiwa lain yang berlaku selama ini yang semuanya terjadi disebabkan kedegilan aku menerima nasihat. Aku masih berkeyakinan bahwa peristiwa itu boleh dikawal jika kita mengawal diri. Namun peristiwa itu berlaku juga tanpa boleh dikawal. Dan sememangnya bukan faktor diri sendiri sahaja penyumbang bagi satu-satu peristiwa malang,tetapi setelah berbuih mulut orang tua menyebut yang malang itu tidak berbau.

Polis bernama Shitakata berkata kepadaku setelah melihat penyesalan yang amat sangat diwajah aku, "saya faham pe
rasaan yang menyelubungi awak kerana peristiwa malang ini,tetapi bukankah awak patut bersyukur kepada Tuhan kerana awak telah pun insaf ketika ini untuk tidak mengulangi lagi kesilapan awak."

Penyesalan itu bukan sahaja timbul akibat peristiwa itu,akan tetapi aku berasa amat bersalah kerana mengaitkan nama kawan dan sahabatku yang tidak ada kaitan dalam peristiwa ini semata-mata untuk menyelamatkan diriku. Aku tak mampu nak berpatah balik sekarang kerana aku telah pun terlanjur. berkata sahabatku itu,"aku tak tahu nak marah atau nasihat kau lagi,benda dah jadi,dah terlambat."

ketahuilah wahai sahabatku,aku adalah manusia yang benar-benar berasa amat sedih dan pilu kerana telah menjadi punca semua pihak di sekitarku mengeluh berat melihat peristiwa malang itu berlaku dan sememangnya segalanya adalah tanggungjawab aku untuk menanggungnya. akan tetapi aku telah membuatkan bukan sahaja aku seorang yang menanggung tapi turut melibatkan
perasaan dan diri orang lain sama terjejas.

aku tidak tahu bila semua ini akan berakhir. Setelah peristiwa itu berlaku,ada banyak urusan yang perlu diselesaikan,dan kini aku masih belum di tahap 'selamat'.

aku amat berharap Allah memberikan aku peluang sekali lagi untuk membetulkan diriku,dan aku amat-amat-amat sangat memerlukan pertolonganMu ya Allah supaya tidak terjadi kecelakaan pada nasibku dan cita-citaku untuk jadi seorang pejuang.


aku akui,aku adalah manusia yang amat saitei (paling teruk tahap bawahan yang hina) kerana mungkin diriku sendiri penyebab peristiwa ini berlaku. aku tidak tahu sama ada patut memaafkan diriku ini kerana peristiwa itu atau ia akan jadi penyesalan yang amat berat dalam diriku sepanjang hidup ini. dan ke manakah jalan perjuangan aku jika peristiwa ini menjadi penyebab segala jalan yang aku bina selama ini bakal hancur?!

aku tidak tahu. aku tidak tahu. aku tidak tahu.

segala-galanya akan ditentukan oleh perancangan Allah terhadap diriku ini.
aku tak dapat tidur dengan lena. aku hadapi trauma. aku hadapi penyesalan terburuk dalam diri. aku berada dalam situasi yang amat membimbangkan kini.

Tetapi sebenarnya aku masih ada masa untuk menenangkan diri. mengumpul kembali semangat. mungkin selepas ini jika pun masalah ini selesai,aku perlu membanting tulang aku untuk kembali membetulkan semua perkara yang terjejas akibat peristiwa ini. aku amat berharap ia akan selesai dengan baik dan lancar. Dan aku kembali berusaha untuk membetulkan semua masalah ini selepas itu.

aku amat berharap aku diberi peluang.
aku amat-amat-amat sangat diberi peluang. Jika ia tidak selesai dengan baik, aku tidak tahu apakah akan jadi pada perasaan orang tuaku,apa kan jadi pada perasaan adik beradiku yang menaruh harapan menggunung untuk aku menjadi seorang yang mampu melindungi keluarga.

aku bukan sahaja bersalah kepada sahabat dan orang sekitarku kini, lebih teruk aku bersalah pada keluargaku,kepada seluruh rakyat malaysia yang menanggung perbelanjaan pengajianku,serta diri ku sendiri. Pada diriku sendiri yang kononnya mahu menjadi pejuang berhikmah dan bercita-cita mendapat redha Allah..


aku amat berharap masalah ini selesai. aku amat berharap aku boleh mengurus situasi ini dengan baik. aku amat berharap perja
lanan perjuanganku tidak kelam tidak malap tidak hancur berderai.aku amat berharap aku akan menjadi lebih insaf lebih bersemangat lebih kuat selepas ini. Walaupun kini apa yang aku rasa,aku menghadapi semua ini secara berseorangan. aku berasa amat lemah. aku berasa amat lemah ya Allah. aku betul-betul lemah dengan ujian ini. aku harap Kau bekalkan aku sedikit kekuatan ya Allah untuk aku kembali menyusun strategi perjuangan ini.

ya Allah...aku tahu Kau dengar rintihan penyesalan aku.

ya Allah..aku tahu Kau Maha Penyayang,...

ya Allah...aku tahu Kau menguji hambaMu untuk melihat akan ketaqwaan hambaMu...


aku akan kembali memberitakan "kelam juangku" ini di lain masa,mungkin setelah mengetahui keputusan pihak berkuasa menimbang terhadap peristiwa itu.


buat para pembaca yang sudi,aku mohon anda jua mendoakan kesejahteraanku dan biarlah Allah sentiasa memandu aku ke jalan yang benar.Aku amat menghargai sokongan anda padaku.


dan buat pembaca yang lain,terima kasih meluangkan masa membaca blogku. semoga kesilapanku tidak menjadi kesilapan kalian pula. semoga kalian tidak mengulangi kesilapan aku yang amat
saitei ini.

wasalam.

3 komentar:

Dyat said...

salam,

aisey melankolik je bunyinya brother... sy pernah dgr kat movie: no sinner who dont have future.. jgn sedih2 sy sokong brother dari tepi...

siri blogevolusi tu dah habis ke? sy trtungu-tunggu ni... tak baik biar tergantung tak bertali.. =)

mfrstudio said...

siri blogevolusi itu tak habis lagi memang ada sambungannya.memang tak kan bergantung tak bertali.

time kasih saudaraku.

walopun hang tak knal aku tapi tetap menyokong itu satu dorongan untuk aku bersemangat.time kasih saudaraku.hanya Allah jua yang dapat membalas jasa bg mereka yang menggembirakan saudaranya yang sedang gundah gulana.

time kasih sekali lagi atas sokongan ini.

akan ku hadiahkan siri blogevolusi yang terbaik untukmu. =)

Ummu Yazid said...

sbnrnya expect smbungan dari blog evolusi..tp x pelah

Allah tidak menguji seseorang melainkan melalui kemampuannya..
Ujian yg ditimpakanNya sekadar utk menguji..ikhlaskah kita berjuang keranaNya..
Namun yakinlah Allah ma'ana
jgn berputus asa dr rahmat Allah