|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

Jika dilihat dari dirinya sejak kecil lagi,dia bukan seorang yang mahu dirinya ke depan. Tetapi mungkin tidak boleh dinafikan dia adalah seorang yang ego dan berkeyakinan bahawa dirinya sentiasa betul.Pernah diungkap oleh beberapa manusia di sekelilingnya bahawa dia itu suka sangat menegakkan hujahnya walaupun telah ditentang hebat oleh manusia-manusia lain. Mungkin atas sebab itu dia sentiasa mahu dirinya dianggap ketua. Walaubagaimanapun dia bukan ketua yang berekod baik. Dalam keluarganya juga,dia mempunyai seorang abang yang baik. Abangnya lebih merendah diri maka dia anak lelaki nombor dua sering sahaja berlagak untuk jadi nombor satu. Atas dasar itu dia sering sahaja mahu dirinya menang dalam apa bentuk pertikaian dengan abangnya.

Mungkin faktor-faktor ini boleh diambilkira mengapa dia memilih watak guile dalam street fighter atau watak pikor dalam dragonball. dia sedar dirinya jua ada kelemahan tetapi dia seakan tidak mahu perkara itu berulangkali berada di fikirannya,maka dia menganggap dirinya adalah posi
tif. Bagi seseorang manusia yang seakan-akan telah mendidik dirinya sendiri untuk berfikir yang dia sentiasa di pihak yang benar tentu sekali akan sentiasa lupa untuk mengawal sifat itu walaupun setelah dia memasuki zaman era cita-cita dan jatidiri iaitu sekitar tahun 1999. Sepertimana yang telah disebut dahulu bahawa tahun itu dia dilahirkan semula oleh tarbiyah motivasi Tengku Asmadi dan zaman itu jua negaranya Malaysia dilanda gerakan reformasi dan sedikit kekacauan politik.

Juga telah dikisahkan bagaimana
dia telah tidak mengendahkan perkembangan itu dengan menjarakkan dirinya dari perdebatan politik walaupun tidak dinafikan dia mengambiltahu kesemua jalan cerita politik tanah airnya.Lalu dia menumpukan kepada masalah utama dalam komuniti golongan sebayanya iaitu masalah disiplin dan akhlak remaja yang dia kira berada dalam isu yang wajar dia titikberatkan kerana komuniti itu adalah komuniti generasinya yang bakal membesar dan membangun bersama-samanya. Yang bakal menggantikan keseluruhan warga tua yang ketika zamannya itu sedang ber'perang' sakan(merujuk pada perihal politik).

Dia berkeyakinan bahawa hayat manusia di akhir zaman ini adalah sekitar umur Nabi Muhammad s.a.w jua lah iaitu seperti yang pernah dikhabarkan ungkapan bapa saudara sebelah ayahnya bahawa "umur 50 itu berjaga-jagalah,umur 60 itu dah dekat sangat dah tu,lebih umur 60 itu bonuslah tu..lebih 100 itu tak banyak lagi boleh dibuat,tunggu sahajalah,". Disebab keyakinan sebegitu maka pemikirannya dikuatkan lagi kepercayaan bahawa remaja,pemuda dan pemudi itu merupakan generasi yang wajar dibentuk,wajar dijaga,wajar dikawal,wajar dibangun dan ditarbiyah agar nanti walaupun zaman dia ketika itu sebuah zaman kekacauan namun zaman yang kedepan akan lebih gemilang.Dia yakin tentang itu.

Maka seperti yang telah disebut bahawa dia telah menceburkan dirinya dalam permasalahan remaja dan kebetulan di sekolahnya itu terdapat budaya samseng dari kelompok 3 kaum. Kes pukul dan gaduh seakan-akan kes biasa yang membuatkan cikgu-cikgunya juga semakin lali dengan perk
ara itu.

Dia sememangnya seorang yang sering berasa tidak puas hati dengan keseriusan pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin rakan-rakannya dari kelompok 3 kaum itu.Dan dia memang melihat pentadbiran sekolah yang lebih mementingkan keceriaan bangunan sekolah dan bunga-bunga di dalam pasu yang dijagarapi berbanding sikap sekolah untuk membentuk generasi pejuang di kal
angan generasinya.

Dia tidak fikir bahawa pentadbiran sekolahnya tidak mengetahui senario politik tanahair mahupun dunia amnya. Dia tidak fikir Puan Pengetuanya tidak tahu akan nasib rakyat palestin yang tertindas.Dia tidak fikir maklumat-maklumat politik yang dia ada lebih banyak dari Puan Pengetuanya yang telah lahir berpuluh tahun sebelum kelahirannya. Masakan Puan Pengetuanya selaku ketua di sekolah itu mahupun cikgu-cikgu lainnya (yan
g sering bermain politik di dalam kelas ketika itu) atau masyarakat tua di sekelilingnya tidak mengetahui betapa penting generasi seangkatannya diberikan tumpuan khusus.

Dia tidak fikir dia adalah satu-satunya manusia yang berfikiran sebegitu.
Telah dikisahkan bagaimana dia telah menyedari bahawa usahanya berseorang diri tidak akan membuahkan banyak hasil malah sememangnya dia sendiri mengakui bahawa keadaan tetap tidak berubah walaupun dia telah menjalankan beberapa usaha sedaya mampunya.

Dia pernah membuat d
asar dan peraturan untuk kelasnya selaku AJK Disiplin Kelas,menyebut seakan-akan sebuah perlembagaan,"Barangsiapa yang mahu memasuki kelas ini tidak kira murid mahupun guru,hendaklah mereka mensucikan hati mereka dari niat songsang melainkan niatkan jua dengan niat untuk mengajar dan menuntut ilmu ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t." Kenyataan itu diikuti dengan beberapa lagi peraturan khusus sebelum,semasa dan selepas menggunakan kelas yang dipampangkan dengan jelas di muka pintu kelasnya. Menyebut seorang gurunya selaku ustazahnya jua,"sekiranya semua manusia itu suka mengikut peraturan maka peraturan kelas kamu akan membentuk manusia yang berguna". Ya, dia gembira dengan kenyataan ustazahnya itu. Namun bukan pujian yang dia harapkan,dia kembali sedih apabila rakan-rakan sekelasnya cuma menjadikan segala macam peraturan itu sebuah senda gurau.

Dia
juga pernah cuba meleraikan pergaduhan iaitu sebuah tindakan yang amat ditakuti untuk dilakukan oleh pengawas sekolah itu.Dia yang hanya bertubuh kecil dan kurus keding itu masuk dalam pergelutan 2 kelompok kaum yang bersengketa yang rata-rata melibatkan pelajar yang lebih tua darinya.Walaupun dia tidak dipukul sekali,mungkin kerana nasibnya baik ketika itu,namun dia terdengar seorang pelajar dari kelompok melayu menyebut,"Hei,engkau! Jangan kau masuk campur,patutnya kau menyebelahi kami kerana kau seorang melayu!"

Atas sebab usaha-usaha itu telah membuktikan padanya yang dia tidak akan mampu berbuat apa-apa melainkan dia disokong oleh jamaah yang besar. Tetapi di mana jamaah itu? Dia cuba menyelidiki adakah jamaah mana-mana yang sedang menumpukan usaha kepada usaha yang dia sedang fikirkan itu. Malangnya dia tidak nampak. Apa yang dia nampak banyaknya jamaah yang ada sedang berusaha menggunakan situasi politik yang kacau bilau ketika itu untuk menyebarkan pengaruh jamaah. Dia tidak perlukan pengaruh jamaah. Dia mahukan usaha jamaah. Tapi di mana usaha jamaah itu? adakah politik itu segala-galanya. Adakah kekuasaan itu segala-galanya?


Dia merenung kata-kata Rasulullah yang dia ingat-ingat lupa ketika Rasulullah SAW ditawarkan kerajaan, harta, Wanita oleh kaum Quraisy agar baginda meninggalkan tugas ilahinya, baginda menjawab, ”Demi Allah...wahai pakcikku, seandainya mereka dapat meletakkan matahari di tangan kanan ku dan bulan di tangan kiri ku agar aku meninggalkan tugas suci ku, maka aku tidak akan meninggalkannya sampai Allah memenangkan (Islam) atau aku hancur keranaNya”
(andai ada sahabat yang dapat nukilkan sabda rasulullah yang menepati hadis termasuk riwayatnya perihal kisah di atas,minta jasa baik kalian untuk menolong saya nukilkan di ruang komen di bawah :)

bersambung episod 6...

0 komentar: