|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Sila baca tulisan dan ruang komen di sini, untuk faham susur galur perguruan ilmu makrifat yang sampai ke lepat : http://ulama.blogspot.com/2005/03/sheikh-fadhil-banten.html

Beberapa keratan komen yang menjelaskan susur galur perguruan dari Abu Darsan dapat saya kutip dalam beberapa komen seperti di bawah (klik atas gambar untuk saiz besar):










Kalau ikut artikel dan komen tersebut, ringkasnya susur galurnya adalah:

tariqat qadiriyah+tariqat naqsyabandiyah--->
sheikh fadhil banten (wirid khaujakan/ mufti peribadi sultan ibrahim johor)--->
kiyai salleh/ panglima selempang merah ( https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Salleh_bin_Abdul_Karim ) ---->
Abu Darsan / Pak Abu (difatwa sesat oleh JAKIM pada 1988 http://masjid.melaka.gov.my/muatturun/122014/PENYELEWENGAN_AJARAN_SESAT_2.ppt ) --->
Ariffin bin Ali/ Ayah pin/ Ayah Lepat --->
Lepat


Salah seorang teman seperguruan Ayah Lepat yang dipanggil Ibrahim Awang/ Ayah Chik/ Bang Chik/ Guru Yahu mengaku anak murid Abu Darsan yang telah disahkan sesat oleh JAKIM, telah dipanggil oleh JAIP kerana didakwa mengajar anak muridnya tak solat dan tak puasa, tapi dia tak mengaku malah sudi untuk berhenti mengajar dan pergi ke masjid beribadah (nampak tak modus operandinya sama dengan apa yang diterangkan Lepat, supaya tak membawa "susah" pada teman sepengajian).

Rujuk:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0201&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Bagi anak-anak murid ayah Lepat, ayah Lepat adalah pengganti Abu Darsan dan bukannya Bang Chik. Ini diceritakan sendiri oleh Lepat, Pak Abu berkata pada ayahnya, Allah dan Rasul sendiri yang nak lantik ayah lepat jadi guru. Mengaku dapat mesej langsung dari Allah dan Rasul? Nampak tak kesesatannya sekarang?

Rujuk: https://www.facebook.com/video.php?v=805603059496228&pnref=story

Dan hasil kajian JAKIM ajaran Abu Darsan ada persamaan dengan ajaran Hasan Anak Rimau yang difatwa sesat pada 1971, dan ajaran Hasan Anak Rimau pula ada persamaan dengan ajaran sesat terawal, Ajaran Taslim yang dikesan pada 1870-an di Kg Seronok Bayan Lepas Pulau Pinang.

Mungkin Ayah Pin, ayah Lepat berbeza dengan Ayah Pin Kerajaan Langit Terengganu, tapi Ayah Pin, ayah Lepat berguru dengan pak Abu Darsan yang dah difatwa sesat pada 1988 yang ajarannya hampir sama dengan ajaran Hassan Anak Rimau yang difatwa sesat 1971 yang menjadi guru kepada Ayah Pin Kerajaan Langit Terengganu.

Kenali lanjut konsep ajarannya, dan anda akan dengar hampir serupa dengan apa yang diajar oleh Lepat dalam video-videonya: http://www.abuanasmadani.com/kenali-jauhi-ajaran-sesat-di-malaysia/

Jadi, masih ada lagi orang yang tak setuju Lepat membawa ajaran sesat?
Melainkan orang-orang yang menganggap JAKIM, JAIP dan segala jabatan agama di Malaysia yang membawa ajaran sesat.

Sekian.
mfr studio

9 komentar:

Unknown said...

Cuba tgok tafsiran surah Al Baqarah

M.R.A.J said...

Sesat atau tidak seseorang itu bukan di tangan kita akan sesuatu hukuman itu pada semua hamba Allah.......

Fauzan87 said...

Sekadar pandangan sy.berguru x slah.takat amik yg mana btol/slah sje.yg penting solat puasa jgn tinggal.halal/haram kena tau..itu amalan dan bekalan mati nty.ilmu itu luas..tp jgn jd taksub dgn ilmu kitab smpi benda lain xbole bawa bincang,dok kata guru tuh je btol pon x bole..bce alquran byk² zikir byk² insyallah hati dipelihara kelak.kalo sesat bertaubatlah.smoga kita diberi taufiq dan hidayah Allah S.W.T.

Fauzan87 said...

Sekadar pandangan sy lah,berguru x slah..tp ilmu kitab jgn taksub sgt.kalo guru tuh kata dia sja btol guru² lain slah..itu taksub.bce alquran byk² dr ilmu kitab.nty mati x ditanya kitab apa melainkan hanya alquran.yg mana murtad mohon taubat.smoga kita diberi taufiq dan hidayah Allah..peliharalah iman

Unknown said...

sesat tang mana tu?setahu aku jakim tidak ada kuasa untuk mengikklafasi kan seseorg itu sesat...selagi seseorg itu masih berpandukan pada al_quran

Unknown said...

bahata skrang ni tengik fb lepat tu pon rmaj folloe dia... allahu

Anonymous said...

Jgn libatkan guru lepat ..yg buat hal adalah lepat..bukan gurunya..gurunya mngajar cara solat yg betul cara memperbaiki solat ..solat yg sempurna..tiada tolak solat pon

Unknown said...

Untuk apa Nabi diutus ?

Unknown said...

Siapa pon nak mengajar yg baik boleh shj...tapi tak blh talqin shj..sebab guru dah meninggal...carilah guru yg berhubung sanad dgn rasul d doa pda tuhan diketemukan...pasti doa kalian makbol...cubalah...tkasih..allahyarham abdul ghani bin adam...tkasih almarhom tuan guru abu darsan...