|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

8 Julai 2009 tarikh pengumuman oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkenaan dengan pemansuhan PPSMI melibatkan tahun satu dan empat di sekolah rendah dan tingkatan satu dan tingkatan empat di sekolah menengah bermula tahun 2012.

Mari kita memahami peringkat dan pemansuhan bertahap yang dirancang kerajaan ini.

Pada tahun 2012 nanti pemansuhan sistem PPSMI hanya berlaku pada 4 golongan saja.

Mereka ialah:

1. tahun satu sekolah rendah
2. tahun empat sekolah rendah
3. tingkatan satu sekolah menengah
4. tingkatan empat sekolah menengah


Dan ada lagi 10 golongan akan meneruskan sistem PPSMI ini.

Mereka ialah:

1. tahun dua sekolah rendah
2. tahun tiga sekolah rendah
3. tahun lima sekolah rendah
4. tahun enam sekolah rendah
5. tingkatan dua sekolah menengah
6. tingkatan tiga sekolah menengah
7. tingkatan lima sekolah menengah
8. tingkatan enam bawah sekolah menengah
9. tingkatan enam atas sekolah menengah
10. pelajar matrikulasi


Dan tiga golongan akhir iaitu tingkatan enam bawah, enam atas dan matrikulasi akan meneruskan PPSMI sampai bila-bila selagi dasar ini kekal.

mari saya tunjukkan gambarajah untuk menjelaskan kesan sistem yang akan dilalui dari tahun ini 2009, kemudian tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya di hadapan.


klik gambar untuk saiz besar

Biar saya terangkan gambarajah di atas, mungkin ada yang tidak faham.Saya lukiskan gambarajah atau carta itu pun cincai saja.

Anda boleh lihat garis merah dan garis biru, garis merah mewakili sistem sains dan matematik dalam bahasa melayu sedangkan garis biru mewakili sistem sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

Saya tidak pasti bilakah tingkatan enam bawah mula belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris, ini kerana PPSMI yang dilancarkan pada tahun 2003 dikatakan melibatkan tahun satu sekolah rendah dan tingkatan satu sekolah menengah sahaja pada masa itu.Maka saya warnakan garis hitam pada mereka yang masuk tingkatan 6 bawah dari tahun 2003 iaitu tahun terlaksananya PPSMI.

Baik, tahun yang saya tulis di bahagian kiri itu adalah tahun mula sekolah. Saya ambil 23 kes dari pelajar yang mula sekolah tahun satu sekolah rendah tahun 1990 hingga mereka yang akan mula sekolah tahun satu sekolah rendah pada tahun 2012.

Kumpulan pertama yang bergaris biru pada tingkatan satu iaitu yang mula belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris di sekolah menengah adalah kumpulan yang mula sekolah pada tahun 1997.Dan kumpulan pertama yang mula belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris di sekolah rendah adalah yang mula bersekolah tahun satu pada tahun 2003.

Kumpulan pertama yang akan kembali belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris di sekolah menengah setelah belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu di sekolah rendah adalah pelajar yang mula sekolah tahun satu pada tahun 2006 dan 2003 . Manakala kumpulan pertama yang akan kembali belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu mula tahun empat sekolah rendah setelah belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris ketika tahun satu hingga tiga adalah yang mula bersekolah pada tahun 2009 iaitu tahun ini.

Dan pelajar yang mula bersekolah tahun satu pada 2012 adalah kumpulan pertama yang akan belajar sistem sains dan matematik dalam bahasa melayu sehingga tingkatan 5 dan akan belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris ketika tingkatan 6 atau matrikulasi.Inilah sistem yang setakat ini dianggap terbaik sebagai penyelesaian oleh kerajaan Malaysia.

Kumpulan yang melalui dua sistem iaitu sains dan matematik dalam bahasa melayu dan sains dan matematik dalam bahasa inggeris adalah pelajar yang mula bersekolah tahun 1997,1998,1999,2000,2001,2002,2003,2004,2005,2006,2007,2008,2009,2010,dan 2011, iaitu sebanyak 15 kumpulan pelajar.

Manakala kumpulan pelajar yang sepenuhnya mengikuti sistem PPSMI dari tahun satu sekolah rendah hingga tingkatan 5 sekolah menengah sifar! Ini bermakna tiada satu kumpulan pelajar pun mengikuti sistem PPSMI sepanjang sekolah rendah dan menengah mereka.

Dalam 15 kumpulan pelajar yang mengikuti sistem bercampur itu, 6 kumpulan pelajar terpaksa menyesuaikan diri dalam suasana bahasa inggeris selepas belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu. Mereka yang mula bersekolah pada tahun 1997,1998,1999,2000,2001 dan 2002.

Manakala pelajar yang terpaksa menyesuaikan diri dalam suasana bahasa melayu setelah mengikuti sains dan matematik dalam bahasa inggeris ialah 9 kumpulan berikutnya. Mereka ialah yang mula bersekolah tahun 2006,2007 dan2008 akan menyesuaikan diri setelah masuk tingkatan satu.Manakala yang mula bersekolah tahun 2003,2004 dan 2005 akan menyesuaikan diri setelah masuk tingkatan empat. Dan yang mula bersekolah tahun 2009,2010,dan 2011 akan mula menyesuaikan diri setelah masuk tahun empat sekolah rendah.

Baik, dari analisis ini saya kelompokkan akan ada 6 pengalaman berbeza akan dirasai oleh anak-anak kita di sekolah yang mula sekolah dari tahun 1996 hingga yang mula sekolah tahun 2012. Mereka ialah:

1.Yang mengikuti sepenuhnya sains dan matematik dalam bahasa melayu (mula sekolah tahun 1996)

2.Yang mengikuti sains dan matematik dalam bahasa melayu di sekolah rendah dan bahasa inggeris di sekolah menengah (mula sekolah tahun 1997,1998,1999,2000,2001,2002)

3.Yang mengikuti sains dan matematik sepenuhnya dalam bahasa inggeris sehingga tingkatan tiga, dan mengikuti dalam bahasa melayu setelah masuk tingkatan empat(yang mula sekolah tahun 2003,2004,2005)

4.Yang mengikuti sains dan matematik dalam bahasa inggeris di sekolah rendah dan melayu di sekolah menengah (yang mula sekolah tahun 2006,2007,2008)

5.Yang mengikuti sains dan matematik dalam bahasa inggeris dari tahun satu hingga tiga sekolah rendah dan bahasa melayu mula tahun empat (yang mula sekolah tahun 2009,2010,2011)

6. Yang mengikuti sepenuhnya sains dan matematik dalam bahasa melayu di sekolah rendah dan menengah dan bahasa inggeris di tingkatan 6 atau matrikulasi (yang mula sekolah tahun 2012).


Persoalannya di sini, antara 6 pengalaman ini, siapakah yang mampu menguasai sains, matematik, bahasa melayu dan bahasa inggeris dengan baik? Saya akan ulas di entri akan datang insyaAllah.

2 komentar:

Anonymous said...

Terima kasih atas respons isu ini.

PPSMI dimulakan pada tahun 2003 di tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 6.

untuk makluman.

Cikgu.

mfrstudio said...

terima kasih cikgu.

jadi bermakna pelajar yang mula sekolah pada tahun 1992,1993,1994,1995 dan 1996 juga terlibat dengan PPSMI jika mereka ke tingkatan 6.

Ini kerana yang mula sekolah tahun 1992 akan masuk tingkatan 6 pada tahun 2003, dan yang mula sekolah pada tahun 1993 akan masuk tingkatan 6 pada tahun 2004, dan bagi yang mula sekolah tahun 1994,1995 dan 1996 akan masuk tingkatan 6 masing-masing 2005,2006 dan 2007.

terima kasih untuk info itu cikgu.