|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

1. Adakah demokrasi itu halal dalam islam?

Sebelum menjawab halal atau haram, marilah kita lihat apakah prinsip demokrasi itu bercanggah dengan islam atau pun tidak. Malangnya pada hari ini, demokrasi yang ada di dunia sudah tidak mempedulikan lagi apa definisi sebenar demokrasi, kerana demokrasi asal sudah dianggap lemah , maka terciptalah pelbagai versi demokrasi. Walaubagaimanapun, pejuang-pejuang demokrasi tidak dapat lari dari mengakui dua hal prinsip asas demokrasi yang menjadi terasnya , iaitu

1. kemenangan pada majoriti
2. kebebasan dan hak setiap insan walaupun minoriti

Kedua-dua teras ini boleh menjadi halal apabila,

1. majoriti adalah haq dan mukmin dan kemenangan pada haq dan mukmin
2. kebebasan diberi dengan tidak melanggar batas syarak, dan hak diberi pada setiap insan walaupun minoriti dengan hak yang diakui oleh syarak.

Dengan kata lain, demokrasi yang halal dalam islam adalah apabila demokrasi tadi tidak melanggar syarak atau yang mengikut syarak. Namun, adakah terkandung syarat dalam perjuangan demokrasi itu adalah mengikut syarak?

Tidak. Malah demokrasi berdiri sendiri atas prinsipnya, lalu sekarang anda mahu pilih menjadi pejuang syarak atau pejuang demokrasi? Jika anda pilih menjadi pejuang syarak, anda juga boleh mendapat apa yang demokrasi yang mengikut syarak mahu dapatkan iaitu keadilan, haq, keamanan, keredhaan Allah.

Namun, jika anda menjadi pejuang demokrasi, bolehkah anda jamin demokrasi anda mengikut syarak?

Lihat kembali prinsip teras tadi:

1. kemenangan pada majoriti

bagaimana anda boleh menjamin majoriti akan sentiasa adalah haq dan mukmin?

Jika majoriti bukan haq dan mukmin, dan kemenangan berpihak pada batil dan kuffar, dan anda membenarkan kemenangannya dan redha atas ia, hukumnya HARAM dan bukan halal.

2. kebebasan dan hak setiap insan walaupun minoriti

bagaimana anda boleh menjamin kebebasan dan hak yang diberi adalah merujuk pada syarak, sedangkan tiada peraturan demokrasi wajib mengikut syarak dalam perjuangan mereka?

Asasnya kebebasan yang sering dipakejkan dalam demokrasi terbanyak adalah kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan media,kebebasan berpersatuan dan sebagainya.

Apa jaminan anda kebebasan bersuara dalam demokrasi boleh bersuara mengikut syarak?

Apa jaminan anda kebebasan beragama dalam demokrasi boleh bebas beragama mengikut syarak?

Apa jaminan anda kebebasan media dalam demokrasi boleh bebas media mengikut syarak?

Apa jaminan anda kebebasan berpersatuan dalam demokrasi boleh bebas berpersatuan mengikut syarak?

Bebas bersuara dalam keadaan dunia muslim diserang pemahaman dan ajaran menyerang ketulenan islam, dan anda mahu biarkan ia bebas?

Bebas beragama dalam keadaan dunia muslim diserang gejala murtad dan gerakan memurtad yang berleluasa, anda mahu biarkan si murtad bebas?

Bebas media dalam keadaan dunia muslim diserang media penuh putarbelit, berita fasik, hedonisme,aksi mungkar yang bertebaran, anda mahu biarkan ia bebas?

Bebas berpersatuan dalam keadaan dunia muslim makin berpecah, dan masing-masing persatuan merasakan diri mereka yang paling betul dan di saat ini kita panggil muslim bersatu, di saat ini juga kita lepaskan untuk muslim berpecah dan berseteru?

Anda boleh pilih demokrasi jika anda dapat mengawal dan berikan jaminan sepenuhnya bahawa semuanya akan meninggikan syariat Allah. Tapi jika syariat Allah direndahkan atas kerana demokrasi yang anda angkat tinggi-tinggi ini, andalah celaka yang merosakkan agama.

2. Jika saya tak sokong demokrasi, saya tak boleh mengundi pilihanraya, jika saya tak mengundi, puak kuffar akan menang, bagaimana?

Maka silalah mengundi supaya puak kuffar tidak menang. Tapi jangan sesekali memperjuangkan demokrasi sebagai asas perjuangan anda. Anda mengundi bukan kerana anda mahu demokrasi subur, tetapi anda mengundi supaya batil dan kuffar tidak menang. Itu strategi yang baik dan patut dipuji.

3. Jika tuan kata strategi mengundi supaya puak kuffar kalah dalam pilihanraya satu strategi yang baik, mengapa demokrasi bukan suatu strategi yang baik untuk mengangkat islam?

Nanti dulu, mengundi untuk mengalahkan puak kuffar itu satu strategi yang baik. Maka tentunya kita mengundi untuk mengangkat islam dalam pilihanraya juga suatu strategi yang baik. Tapi harus diingat, para pejuang islam mestilah dengan terang memaklumkan kemenangan mereka nanti akan mengangkat islam paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya termasuk demokrasi.

Dengan kata lain, pejuang islam hanya boleh menyertai pilihanraya dengan maksud dan tujuan menawarkan islam untuk diangkat menjadi teras negara dan mengajak majoriti umat menyokong untuk menjalankan syariat islam yang bukan berteraskan kepada majoriti tetapi berteraskan alquran dan sunnah nabi s.a.w.

Lalu, demokrasi bukan teras, demokrasi bukan sistem lagi, demokrasi bukan dasar, tapi islam, syariat, hukum Allah menjadi teras, sistem dan dasar.

Dengan kata lebih mudah, strategi menyertai pilihanraya boleh dimaafkan apabila kita menyertai untuk menghapus sistem-sistem yang berteraskan akal manusia semata-mata dan menggantikan dengan sistem yang dibawa Nabi dan para sahabat yang diperintahkan Allah s.w.t.

4. Lalu mengapa tuan tidak mendaftar diri sebagai pengundi padahal tuan boleh membantu Parti Islam SeMalaysia untuk mengangkat syariat Allah sebagai dasar.

Siapa kata Parti Islam SeMalaysia akan angkat syariat Allah sebagai dasar dalam keadaan diri bertanding bukan atas kapasiti perjuangan mengangkat syariat semata-mata? Tetapi dengan perjanjian bersama Pakatan Rakyat, mereka juga setuju untuk mempertahankan Perlembagaan Negara dan memperjuangkan DEMOKRASI.

Sudah saya nyatakan tadi, perjuangan menegakkan syariat jika bertanding dalam pilihanraya pun hanya menggunakan kesempatan yang ditawarkan DEMOKRASI sebagai suatu strategi untuk memenangkan ISLAM, bukannya memperjuangkan DEMOKRASI yang akhirnya yang menang adalah DEMOKRASI. Tak mungkin DEMOKRASI boleh diperjuangkan bersama-sama dengan SYARIAT ISLAM. Batas dan hukumnya berbeza. Apa yang demokrasi hukumkan, tidak dihukumkan Syariat dan apa yang Syariat hukumkan tidak dihukumkan demokrasi.

Maka saya tak nampak apa-apa yang saya boleh lakukan, kerana mendaftar menjadi pengundi pun jika pilihan yang saya ada kedua-duanya memperjuangkan DEMOKRASI dan bukannya SYARIAT maka di mana strategi mengangkat Islam yang dapat saya bantu jika yang akan saya bantu nanti kedua-duanya adalah DEMOKRASI yang menghalalkan mungkar dan kebatilan kuffar?

5. Bukankah PAS memperjuangkan syariat Allah seperti hukum hudud?

PAS mungkin memperjuangkan syariat Allah, tetapi PAS bukan berjuang seorang diri sekarang, mereka perlu berbincang bersama parti lain yang menjadi pakatan mereka sama apabila mereka mahu buat KEPUTUSAN.

Saya tidak redha untuk memberi undi pada perbincangan tentang perlaksanaan syariat dengan meminta pendapat dari kuffar. Orang Kafir tidak layak memberi pendapat mengenai samada syariat Allah patut atau tidak patut dijalankan. Anda sanggup beri orang kafir buat keputusan untuk anda? Silakan. Saya pada pendapat peribadi saya tidak menyetujuinya.

6. Adakah tuan fikir Malaysia yang majmuk mampu menjalankan syariat Allah tanpa melibatkan orang kafir?

Tuan kena tahu bagaimana Piagam Madinah dibentuk. Hak orang kafir diberikan, tetapi bukan menjadi hak orang kafir membuat keputusan samada hak Allah dijalankan atau tidak.

Saya tidak fikir orang kafir di Malaysia tidak bersetuju jika semua hak mereka yang diakui syariat diberikan, mereka akan terus aman dan dilindungi, mereka boleh beribadah dengan agama mereka, mereka boleh belajar dan mencari rezeki.

Kita lihat bagaimana minoriti Islam di Amerika sanggup bersetuju dengan sistem demokrasi negara Amerika selagi mereka diberikan hak yang adil.

Lalu, mengapa sistem Syariat Islam tidak boleh dipersetujui oleh minoriti kuffar yang ada di Malaysia selagi mereka diberikan hak. Bukankah Syariat Allah lebih adil dalam mengagihkan hak sesama manusia berbanding sistem Demokrasi? Atau anda tidak bersetuju tentang itu dan merasakan Demokrasi lebih adil dari Syariat Islam? Istighfar saudara, istighfar.



7. Saya merasakan Syariat Islam lebih adil daripada sistem Demokrasi, tetapi adakah tuan yakin orang kafir bersetuju dengan hal itu, padahal mereka tak kenal apa itu Syariat Islam?

Ha, rupa-rupanya tuan juga mengakui orang kafir tidak kenal Syariat Islam! Maka, tanggungjawab kitalah untuk memperkenalkannya. Nampaknya kita tak jalankan tanggungjawab kita.

Jika kita menyertai pilihanraya, fokus memperkenalkan sistem Islam ini wajar diberikan penekanan lebih dari sibuk nak buka kain orang, serangan peribadi, menjawab isu-isu semasa dari sumber yang belum sahih, memperbesarkan sangka-sangkaan dan konflik tikam menikam. Atau sibuk memekik nak perjuang demokrasi, asyik sebut demokrasi saja memanglah orang lebih kenal demokrasi daripada syariat Islam. Nak angkat syariat Islamkah atau nak angkat demokrasikah?

Jika sebagai orang yang mengakui wakil atau pejuang siasah syariiyah memperkenalkan apa itu syariat islam setiap hari, saya merasakan tidak ada sebab mengapa orang kuffar tidak kenal lagi apa itu syariat islam selepas lebih 50 tahun negara mengecapi kemerdekaan. Nampaknya seperti ada pembuangan masa di situ, apa sebabnya ya, sama-sama kita fikirkan.

Oleh itu, jangan tunggu lagi, mulai sekarang banyakkan terangkan apa itu syariat islam lebih banyak daripada demokrasi. Disebabkan masa pun sudah suntuk, maka apa penting lagi demokrasi nak diangkat-angkat, kalau masa nak terangkan apa itu syariat islam pun tak sempat dan tak cukup masa.

Maka promosi Islam, cintai Islam, perjuang Islam.

"..Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridai Islam itu jadi agama bagimu."
(al maidah :3)

[akan ditambah lagi jika menemui sebarang soalan-soalan lazim]

6 komentar:

Anonymous said...

Salam

PAS tidak pernah sama sekali mengangkat Demokrasi melebih Al-Quran dan Sunnah. Tuan kena mendapatkan pandangan daripada tok-tok guru Pas sebelum menuduh Pas sedemikian.

Pas bersama Pakatan ketika ini bukan bermakna mereka membuta tuli untuk mengangkat demokrasi, mereka tetap dengan Perlembaahn Pas Fasal 5 yang menyatakan jika Pas memerintah Pas akan melaksanakan Islam dan mengangkat Al-Quran dan AsSunnah lebih tinggi daripada segala2nya.

Pas bersama Pakatan ketika ini kerana beberapa sebab musabah yang saya rasa tuan lebih baik merujuk kepada ulama'-ulama' Pas sebelum menuduh Pas angkat demokrasi lebih dr Islam

Pas di Kelantan tidak pernah pula membuang Hukum Hudud selepas mereka berpakat dengan Pakatan. Hukum Hudud masih teras utama Kelantan

Saya rasa tuan sila rujuk dahulu kepada Pas sebelum buat kesimpulan

Syukran

mfrstudio said...

saya ada 2 soalan, walaupun 2 soalan itu pernah dijawab oleh beberapa pimpinan pas, tapi saya nak tahu apa pengetahuan saudara tentang hal itu.

1. adakah PAS akan mempertahankan perlembagaan dan dasar demokrasi negara sebagai perjuangan politiknya?

2. jika PAS ingin memilih pemimpin tertingginya, adakah PAS lebih lazat memilih dengan syura yang sedia ada atau memilih menggunakan kaedah demokrasi?

saya mahu jawapan tuntas.

dan saya mahu jawapan yang sama yang sering disebut oleh pimpinan PAS ketika pilihanraya. saya tak mahu sebarang jawapan pendustaan dan percanggahan.

Anonymous said...

kita bertindak berdasarkan keadaan hari ini, kita bukan bertindak dengan apa-apa yang kita angan-angankan akan berlaku dimasa mendatang.

ye.. hari ini PAS dengan cita-citanya mahu mengangkat syariat, berjuang melalui jalan demokrasi, apakah jika ada jalan lain yang lebih baik dimasa mendatang PAS akan tinggalkan untuk kekal setia dengan demokrasi?.

Saya jawab, tidak.. ini soal mencari kuasa, bukan soal memilih ketua kelas. perbalahan tentang tatacara atau sistem tak harus membuatkan kita keliru.

apa yang akan berlaku akan datang kita tidak tahu, tetapi kita berbuat dan bertindak dari apa yang sedia ada pada hari ini.

Anonymous said...

Im totally agreed with u on this matter bro...there is no standout personel or organization currently that worth my so called 'vote'

Gempita said...

apa akan jadi bila majoriti jiwa ummat tidak terdidik dgn syariat islam? Masih relevenkah memenagkan Islam cara pemilihan demokrasi? Lihat sendiri komposisi masyarakat kita, adakah terdiri dari org alim atau org jahil?

Anonymous said...

Apepun pendapat mengenai halal berdemokrasi, demokrasi bukanlah jln utk perjuangkan Islam, kerana islam tidak akan bangkit dengan demokrasi atau mana2 jln lain melainkan dgn jln kenabian.