|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH


Saya lihat beberapa anak-anak muda yang cuba review filem syurga cinta telah menepekkan "skrip" yang dikatakan "skrip filem syurga cinta" mengenai 3 jenis jodoh. Skrip itu berbunyi begini,

Jodoh ada tiga jenis jodoh.

Jodoh dari Syaitan… berkenalan, berpegangan tangan, buat maksiat, mengandung lalu bernikah.

Jodoh dari Jin… berkenalan, bertepuk sebelah tangan, lalu dibomoh dan disihirkan sebelah pihak sampai tunduk mengikut kemahuan lalu bernikah.

Jodoh dari Allah… cinta berputik, masuk meminang dan langsung bernikah, itulah SYURGA CINTA.


Saya tahu , mereka kutip dari siapa skrip di atas, tapi buat pengetahuan adik-adik yang cuba nak review filem dengan copy paste ayat review orang ada padah yang adik akan hadapi. Iaitu kesalahan fakta. Skrip di atas bukan skrip dari filem syurga cinta yang asal, tapi telah diubahsuai oleh tangan manusia yang cuba review filem tersebut. Manusia itu tak memaklumkan yang dia telah mengubahsuai skrip itu, sehingga mati-mati adik-adik remaja yang teruja menepek-nepek skrip yang telah diubahsuai itu dan puji-puji filem tersebut kerana punya skrip yang sangat baik.

Nanti dulu, biar saya letak skrip yang sebenar buat adik-adik.

Syuhada:Atuk pernah cakap yang jodoh itu terbahagi pada tiga.

Irham:Tiga?

Atuk: Yang pertamanya, yang dikatakan jodoh dari syaiton. Kamu berdua berkenalan, berpegangan tangan, dan terus buat maksiat, akhirnya Syuhada mengandung. Baru kamu menikah.

Yang keduanya, jodoh dari Jin.Kamu berdua berkenalan.Kamu sukakan Syuhada, tapi Syuhada tak sukakan kamu. Kamu bomohkan dan sihirkan agar Syuhada suka kepada kamu.Dan kamu berdua menikah.

Dan yang ketiganya,jodoh dari Allah. Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu.Dan kamu berdua menikah. InsyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat. Dan itulah yang dikatakan SYURGA CINTA.


Sekarang saya akan ulas mengenai skrip sebenar dan skrip yang diubahsuai itu. Saya rasa penting untuk lihat pada keterangan mengenai "Jodoh dari Allah" tersebut.

Dalam skrip sebenar, Jodoh dari Allah dikatakan bermula dengan "berpandangan mata" dan kemudian "menusuk ke kalbu".

Dalam skrip yang diubahsuai oleh sang pengulas pula, jodoh dari Allah bermula dengan "cinta berputik".

Kedua-dua skrip ini adalah salah dari adab berjodoh atau merancang pernikahan dalam islam.

Dalam kaedah Islam, bertemu jodoh itu sepatutnya bermula dengan "pinangan" selepas istikharah tentunya. Baik, pinangan ini tak semestinya berasal dari "cinta berputik" apatah lagi bermula dari "berpandangan mata menusuk ke kalbu".

Pinangan yang menurut maksud agama, bermula dari "tujuan beragama" iaitu pernikahan adalah tuntutan agama, untuk mencari jalan halal berkeluarga, dengan mengikut contoh dari sunnah Rasulullah s.a.w semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ya, tujuan beragama, tujuan beribadah, tujuan berTuhan, semuanya kerana misi meraih redha Allah atau mardhatillah.

Inilah asal yang menggerakkan pinangan. Lalu siapa yang kita mahu pinang? Adakah meminang calon yang telah memutikkan cinta kita atau yang telah berpandangan mata dengan kita lalu menusuk ke kalbu? Salah, kita meminang calon yang sama-sama boleh bawa kepada tujuan asal kita tadi, mardhatillah tadi. Ya, calon beragama juga. Calon yang dirasakan mampu bawa kita kepada keredhaan Allah.

Ya, banyak saja asbab calon itu boleh bawa kita kepada keredhaan Allah, bukan saja kerana putik-putik cinta, atau tusuk-tusuk kalbu. Sebagai contoh, calon itu adalah baru memeluk islam atau berniat memeluk islam lalu memerlukan pembimbing agama, dan kita menawarkan diri untuk membimbingnya, lalu dipinang akan dirinya. Lihat, pernikahan ini tentulah boleh menjadi asbab kita meraih redha Allah kerana telah mengislamkan atau memimpin saudara baru ke jalan islam, satu-satunya jalan yang diredhai Allah.

Juga, mungkin saja calon itu seseorang yang berada dalam keadaan sulit, sebagai contoh janda anak lima katakan. Kita lihat di zaman nabi sendiri, pertolongan kepada janda-janda atau balu-balu mujahid adalah berupa pernikahan baru untuk mereka supaya muslimin dapat terus melindungi kaum muslimat dari kepayahan.Tentu sekali boleh menjadi asbab pada meraih keredhaan Allah.

Juga, calon itu boleh saja seorang gadis yang liar, untuk mudah memimpin kehidupannya, maka kita lamarnya dan sebagai suami kita membimbing langsung kehidupannya hingga akhirnya si gadis bertukar menjadi insan solehah. Boleh saja menjadi asbab kepada keredhaan Allah pada kita.

Juga, jika si calon adalah muslimat yang beragama, atau muslimin yang beragama, yang boleh membantu dan menyokong kita apada usaha agama juga, tentu juga inilah calon yang paling mudah untuk menjadi asbab kepada keredhaan Allah, kerana kita mungkin saja tak perlu berusaha membimbing pasangan kita, tetapi kita sendiri akan dibimbing.

Nah, sekarang adik-adik sudah faham apakah permulaan kepada peminangan? Maksud agama, tujuan agama itulah yang perlu sampai kepada kita dahulu. Barulah pernikahan kita itu dimulai dengan putiknya cintakan agama dan cintakan Allah.

Dan apakah sebenarnya Jodoh Dari Allah yang dipegang sekalian orang beriman?
Jodoh Dari Allah bagi orang-orang beriman adalah Datang Dari Istikharah. Jadi, dialog sebenar yang SEPATUTNYA dituturkan adalah,

Yang ketiganya, Jodoh Dari Allah. Kamu tidak mengetahui siapa jodoh kamu, lalu kamu istikharah meminta petunjuk dari Allah, lalu Allah kurniakan kamu petunjuk dan kamu bulatkan tekad lalu kamu meminang. Yang dipinang juga beristikharah selepas dipinang, lalu jika dia pun mendapat petunjuk dan bulatkan tekad, lalu menerima pinangan kamu. Langsung kamu bernikah. Lalu kamu jaga keluargamu hingga akhir hayat, lalu kamu menemui ajal. Kemudian kamu dimasukkan ke alam barzakh dan yang mengikut kamu hanya iman dan amalan kamu saja. Jika baik, maka bersenang kamu dalam kubur. Lalu dibangkit semula kamu di Padang Mahsyar, kemudian kamu menerima buku catatan dengan tangan kanan. Dan melintas titian sirat sepantas kilat. Dan masuk ke syurga tanpa hisab. Itulah SYURGA ALLAH yang tidak ada tolok bandingnya dengan segala kenikmatan di dunia ini. kamu kekal di dalamnya buat selamanya.

Sekarang, apa masalah pula kedua-dua skrip dalam filem dan skrip yang diubah suai itu dengan teori Jodoh Dari Allah bagi orang beriman? Jawapannya, kedua-dua skrip itu menggambarkan jodoh dari Allah itu berasal dari nafsu berahi yang tercetus.

Kedua-duanya, "berpandangan mata menusuk ke kalbu" dengan "cinta berputik" adalah nafsu-nafsu berahi yang bermain dalam hati. Makanya, bukanlah bernikah kerana Allah, tapi bernikah kerana cinta nafsu. Oleh itu apa lagi yang dikatakan dari Allah, sedangkan yang datang dari Allah itu segala yang baik saja, sedangkan yang tak baik itu datang dari syaiton dengan keizinan Allah sejak awal penciptaan Nabi Adam a.s. lagi.

Pernah dengar "bercinta selepas nikah"? Ha, kalau nak tahu kedua-dua "berpandangan mata menusuk ke kalbu" dengan "cinta berputik" itu kedua-duanya adalah gerak kerja selepas nikah, bukannya sebelum nikah. Kalau sebelum nikah, sudah tercetus cinta, maka apa bezanya dengan jodoh dari syaiton dan jodoh dari jin? Bukankah syaiton suka membisikkan nafsu samada ketika berpandangan mata, hingga akhirnya terputik-putik cinta?

Oleh itu, adik-adik, jangan terpengaruh dengan kedua-dua skrip dari filem mahupun skrip yang diubahsuai di atas. Tapi skrip yang saya cadangkan boleh membantu adik-adik untuk mendapatkan jodoh dari Allah. InsyaAllah. Istikharah ya.

10 komentar:

ahya_ijja said...

Assalamualaikum akhi..
Syukran atas keprihatinan. Secara jujurnya komentar tu memang komen peribadi saya, dan terus terang saya nyatakan disini, hanya petikan tu '3jenis jodoh' tu sahaja yang saya petik dari sumber tersebut [ ni sbb Kes sy tak ingat keseluruhan dialognya ] apapun ya akhi, saya dah betulkan dialog tu, menggunakn dialog yang akhi dah sertakan. Terima kasih yea..
Salam Ziarah gak ke blog akhi ni..

Anonymous said...

Assalamualaikum, fakhrul.

Baru 5 bulan lalu menguruskan ceramah awak tentang cabaran belajar Sains dan matematik dlm BI, PPSMI akan dimansuhkan pula 2012. Walaupun sudah jelas pendirian awak ttg isu ini dlm entri trdahulu, ulaslah keputusan kerajaan ini. Saya nak dengar pdgn dari hati seorang pelajar. Moga dpt dimanfaatkan bersama.

Cikgu.

mfrstudio said...

InsyaAllah cikgu, saya akan ulas keputusan PPSMI.

zmm said...

salam
thanx for ur explanation.
yawn*
sorry la. sy ni cpt ngntuk sket kalo bace bab2 cenggini. otak susah nak digest tp still truskan bace. tu la pasal. mase tgk cite syurga cinta tu, kerut2 gak dahi denga dialog tu. 1st time denga . tp xde la amek bulat2 coz terpikir gak ,mcm nonsense je especially part
" Kamu berdua berpandangan mata,terus menusuk ke kalbu.Kamu terus meminang Syuhada dan Syuhada terima pinangan kamu."
bukan ke org laki xle pandang2 org pompuan ke n vice versa? sy xde la follow pon rules tu wpon sy tau kene jage pndangan..hehe..tapi tu la..film ni kan mcm bajet islamik2 kan..so mcm slek plak dnga dialog tu.
just my 2 cents.
oh, tau psl ur blog time godek2 kt saifulislam.
k. bye!

Anonymous said...

banyaknya masa lapang ye? amik kos apa kat jepun sana?

Dilla said...

Salam.
Ini kali pertama saya singgah di blog ini. Saya setuju dengan kupasan brother. Saya sendiri pun bila menonton filem tu, ternganga bila mendengar dialog tentang 3 jenis jodoh tu.

Dan untuk Anonymous Aug 6, 2009 4:16:00 PM, saya fikir MFR menulis atas dasar keprihatinan seorang Islam kepada saudaranya. Kenyataan saudara "banyaknya masa lapang ye?" itu sgt cynical. Apakah seorang mahasiswa ruang waktunya hanya boleh diisi dengan study-study-study? Saudara perlu keluar dari pemikiran yang sebegitu kiranya mahu melihat mahasiswa kita menjadi mahasiswa yang proaktif seperi mahasiswa dari negara-negara maju. Maaf kalau saya katakan pemikiran seperti saudara itu hanya akan melahirkan mahasiswa yang pasif seperti zombie.

Dieyna said...

saya baru je menonton epilog syurga cinta dan baru je tahu berkenaan tiga jenis jodoh yang dituturkan oleh pelakon. bunyinya mmg pelik sehingga saya rasa mcm lawak pun ader. penggunaan perkataan yang salah boleh menyebabkan terpesongnya maksud kan?? jemput dtg ke blog sy untuk baca entri berkenaan, saya ada membuat ulasan sedikit..cuma saya takdelah copy bulat skrip tersebut.

eikynsilent said...

thanks for sharing :)

eikynsilent said...

thanks for sharing :)

Sis fatisyah๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ said...

thanks for the statement..before this sya always review statement yg dpetik dari syurga cinta itu...but now i know the statement is wrong...syukran jazilan