
Isinya mudah,ada seruan untuk berpegang teguh pada perjuangan dan seruan untuk tidak dilalaikan dengan rentak dan arus dunia zaman kini.Itu surat dari si abang. Adiknya menulis lebih panjang.Hatinya ikhlas mahu lihat keamanan.Mahu lihat semua orang berasa tenang dan gembira dalam kehidupan. Dia jadikan Allah tempat mengadu dan dia harapkan jalan-jalan hikmah itu digunakan oleh para pejuang.Dia tidak mahu ramainya orang melalak sakit tetapi dia harapkan ramainya orang duduk bersama berganding bahu meraw

Itu apa yang aku dapat dari isi-isi surat tersebut.Di akhir surat si adik ada tertera akan "kebangkitan generasi pejuang kebenaran".Kebangkitan..ya..kebangkitan. Tentunya untuk bangkit dengan gagah,bukan sekadar melolong seorang diri,terpacak menjerit bangkit,itu langkah yang longlai.
kebangkitan itu perlukan sebuah generasi. Sebuah generasi yang bakal membawa perubahan. Jika Rasulullah s.a.w berjaya membentuk sebuah generasi sahabat yang disebut sebagai umat yang terbaik yang pernah diutuskan,mereka menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta beriman kepada Allah,maka di zaman ini juga kita perlukan generasi itu. Generasi para sahabat.
Aku percaya,bukan setakat diriku tetapi mungkin beratus atau beribu atau berjuta lagi pemuda-pemudi Islam yang mahu diri mereka menjadi sebahagian dari generasi kebangkitan ini.Di kalangan para

Inilah Islam.Perbezaan sifat dan kaedah tidak menghalang untuk kita bersatu. Namun pastinya Allah s.w.t tidak akan berhenti menguji umat Islam kerana sesungguhnya hidup ini sememangnya suatu ujian. Andai kita pilih jalan yang lurus,itulah pilihan yang akan membawa kita kepada kejayaan.
Dahulunya kita bersaudara,kemudiannya Allah menguji lalu timbul fitnah dan sejarah mencatatkan perpecahan mula berlaku di kalangan kita. Kemudiannya hidup kita bergelumang antara kejayaan dan k

Di sini ujian Allah telah melanda,dan setiap kali ujian melanda pastinya kita mahu lulus ujian ini,maka kita tidak boleh melarikan diri dari ujian tetapi kita kena hadapinya.
kita kena hadapi bersama-sama sebagai sebuah pasukan. Ada beberapa unit dalam pasukan ini perlu bekerja di setiap kawasan yang diserang. Ada yang perlu menjadi penyerang-penyerang hiburan untuk mengalahkan musuh di sudut hiburan.Kita sebarkan zikirullah itu sebagai hiburan,al quran sebagai jiwa anak-anak muda kita.Ada yang perlu menguatkan ekonomi kita supaya umat islam tidak menagih bantuan musuh lalu musuh pergunakan jalan bantuan untuk meracuni umat kita.Jangan...kita perlu ada kekuatan untuk kita laburkan

Ini cuma sedikit sahaja kisah kebangkitan yang wajar menjadi jiwa dan cita-cita pemuda pemudi Islam yang mahu menjadi generasi kebangkitan pejuang kebenaran.
Aku juga bukan insan yang kuat. Jika pun aku bukan ditakdirkan memiliki kekuatan untuk menjadi sebahagian dari generasi ini sebab kelemahan diriku,namun aku percaya di setiap sudut dunia ini akan lahir beberapa pemuda yang akan bersatu dan mereka menyatukan pula umat islam yang bertelagah,mereka serukan kasih sayang dan penyatuan di tali Allah.Pastinya akan lahir pejuang-pejuang kebenaran itu,mereka tidak mahukan perdebatan,yang mereka perlukan ialah kesepakatan lalu mereka seru untuk bekerja menguatkan kekuatan umat supaya peperangan ini dapat kita hadapi dengan berani.Persediaan kita bukan saja kekuatan persenjataan,kekuatan ekonomi,kekuatan ilmu atau kekuatan kesatuan,bahkan kita perlu ada kekuatan taqwa yang menjadi kunci strategi perang ini,yang menjadi kunci kebangkitan ini,yang menjadi kunci generasi pejuang kebenaran yang bakal lahir.
Aku membuka semula surat si abang.
Di akhir surat itu tertera petikan surah al anfaal ayat 60
وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا اسْتَطَعْتُم مِّن قُوَّةٍ وَمِن رِّبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدْوَّ اللّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِن دُونِهِمْ لاَ تَعْلَمُونَهُمُ اللّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُواْ مِن شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنتُمْ لاَ تُظْلَمُونَ
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).
maka,aku juga menutup lembaran-lembaran surat itu setelah merenungi ayat berkenaan,lalu ku sematkan dalam hati yang membara mahu berjuang.Dan aku mengetahui bahawa di hati aku itu tersemat jua dosa-dosa silam...dan aku yakin,andai aku bertaubat,dan meninggalkan segala laranganNya,Allah pasti ampunkan.
Ya Allah,ampunilah dosaku.Bersihkanlah dosaku untuk aku berjuang dengan hati yang ikhlas demi Mu.
TAMAT
