|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

Saya tidak terkejut dengan kemunculan para pemuda pemudi yang skeptik agama, kerana zaman saya terkejut itu adalah 8 tahun dulu ketika saya di Taiping.Usaha dakwah ketika itu bukan saja keperluan mengimarahkan surau kami di sana, tetapi adalah pertentangan "budak surau" dengan "geng asrama".Sebenarnya tidak ada istilah itu di sana, saya yang reka khas untuk entri ini.

"Budak surau" adalah kelompok yang berusaha memenuhi tuntutan dakwah dari kalangan Badar (Badan Dakwah dan Kerohanian) dan "Geng asrama" adalah kumpulan pelajar berekod hitam yang menjalankan kerja-kerja buli dengan anggapan merekalah penakluk asrama atau penjaga asrama dengan peraturan mereka sendiri.

Saya biasa dengan orang yang memandang rendah kepada para pelajar yang bersemangat islam dan dakwah. Pandang rendah kepada individu itu normal, kerana itu saya biasa dengan ejekan, cacian dan kutukan. Saya tidak ada masalah dengan masalah peribadi orang terhadap diri saya sebagai individu, maka saya tidak melihat itu sebagai masalah juga jika tertimpa pada orang lain. Namun, kejutan saya ketika zaman itu adalah mereka yang duduk dalam "Geng asrama" bukan saja bermusuh dengan individu yang ingin membawa rakan-rakan dalam jalan dakwah dan penghayatan islam, malah mereka bermusuh dengan agama Allah itu sendiri.

Saya adalah orang yang berusaha mencadangkan beberapa nama rakan sebaya saya ketika itu untuk dibuang sekolah, atas sebab kekejian tindakan mereka memusuhi agama Allah dengan memijak al Quran dan membakar buku zikir al Mathurat di depan tandas asrama. Ya, mereka bukan sekadar skeptik agama atau bermasalah dengan peribadi saya,saya tak kisah jika mereka benci saya,namun mereka adalah musuh agama kerana terjebak dengan gerakan subversif skinhead yang kuat pengaruhnya di Taiping ketika zaman itu.Saya tak mahu mereka terus mempengaruhi junior untuk wujudkan legasi "geng asrama" mereka. Alhamdulillah, gerakan Badar jadi kuat selepas saya tinggalkan sekolah atas usaha para junior.

Hari ini apabila saya membaca blog akan teguran seorang siswi Malaysia yang menuntut di sebuah negara di hemisfera selatan beribu kilometer dari hujung ekor Jepun ke atas komuniti pelajar Malaysia di sana,yang menganjurkan talentnite dengan pakaian beragam itu, saya tidak terkejut.Apatah lagi hujah-hujah yang mereka kemukakan juga bukan kejutan, sekurang-kurangnya tidak sampai tahap kejutan saya di Taiping dulu dengan perbuatan rakan-rakan sebaya saya itu.

Hujah 1: Kami anjurkan program bukan islamik supaya orang bukan islam juga sertai.

Masalah mereka adalah mereka tidak tahu bahawa Islam itu memimpin hidup MANUSIA. Mereka fikir Islam ini ajaran agama persendirian, iaitu jika anda mengimaninya, anda hanya perlu beriman seorang diri dan tak perlu dihebohkan atau diterapkan nilai anda pada kehidupan orang lain. Mereka tidak reti mengapa Rasulullah s.a.w itu membawa rahmat ke seluruh alam.

Islam wajib memimpin.Maka kita umat islam adalah pemimpin-pemimpin manusia lain yang tak beriman untuk bergerak ke arah jalan-jalan Islam. Mereka fikir rahmat Allah juga mencurah-curah jika kita ambil sebahagian nilai Islam dan tinggalkan sebahagian. Mereka fikir untuk ajak orang kepada Islam, kita perlu menjadi seperti orang bukan islam dahulu.Itu pelik wahai kawan! Jika anda sudah pun menjadi seperti bukan islam, untuk apa lagi orang bukan islam mengikut Islam sedangkan anda juga mengiktiraf gaya dan cara bukan Islam beraksi.

Hujah 2: Kita perlu menanamkan perpaduan kaum, dengan cara buat program yang bercorak bersama.

Itu silap mereka. Mereka mahu kaum lain yang tak beragama Islam menyertai komuniti mereka sebagai orang Malaysia lalu wujud perpaduan kaum, namun benarkah program bercorak bersama itu, bersama nilainya dengan kaum beragama Islam?

Mereka fikir Islam meraikan program yang melanggar nilai Islam dengan percampuran lelaki-perempuan secara bebas, atau terbuka dengan aurat segala, padahal dalam Islam ada larangan menyertai majlis yang bercampur maksiat!

Bagaimana orang Islam boleh bersama dan berpadu, jika program itu tidak bersama-sama menghormati jalan hidup orang Islam?

Yang anehnya, 95% peserta program talentnite berpakaian beragam itu adalah Muslim. Adakah logik majoriti muslim sanggup mengorbankan cara hidup Islam dengan mencampurkan maksiat dalam program supaya program diterima kaum bukan Islam? atas faktor perpaduan kaum?

Hujah 3: Di sebabkan kaum bukan Islam minoriti,maka program perlu menarik minat mereka supaya mereka selesa dan hadir dalam program.

Sekali lagi, mereka tidak faham akan erti Islam memimpin bukan Islam.Atau sebenarnya mereka sendiri tidak yakin Islam adalah cara hidup terbaik. Bagaimana seorang yang beriman dan yakin akan kebenaran Islam boleh bertolak ansur mengorbankan prinsip Islam untuk menyelesakan hati bukan Islam? padahal kita semua baca yang Allah larang kita mengikut hawa nafsu orang kuffar.



Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.(al maidah:49)


Hujah 4: Program yang tak islamik itu tak menghalang saya solat, tak menyuruh saya makan makanan haram atau bersentuh dengan lelaki dan perempuan.

Masalah pertama adalah dosa orang-orang Islam yang menganjur. Jika penganjuran adalah dibuat oleh orang bukan Islam, kita tidak akan komplen banyak, tetapi menjaga diri sendiri agar tidak terjebak dengan kemungkaran.

Ya, pilihan utama kita adalah menjauhi majlis yang bercampur maksiat. Namun jika ada keperluan mendesak untuk hadir jua, kedatangan kita cuma atas alasan DAKWAH. Apabila alasan dakwah, kita tidak sekali-kali akan meniru perbuatan kuffar yang ada dalam majlis itu tetapi kita tegas dengan cara dan gaya hidup Islam. Maka harapan kita, apabila akhlak dan peribadi kita dilihat bukan Islam yang menganjur program akan tertarik atau teringin untuk memahami prinsip dan pegangan kita.

Namun kes ini jadi tunggang terbalik, apabila kita diminta untuk menjaga diri sambil penganjur yang juga saudara seagama kita tidak boleh ditegur atau dihalang akan kemungkarannya. Penganjuran oleh orang Islam akan program atau majlis bersifat mungkar pasti dan pasti berdosa.Namun jika kes jahil, kewajipan untuk mereka mendalami semula islam dan kewajipan para pendakwah menerangkan akan keterangan-keterangan yang nyata.

Hujah 5:Mengapa teguran datang selepas program, tidak datang sebelum program diadakan? Yang lepas itu lepaslah.

Salah. Yang lepas itu perlu ditegur supaya di hari kemudian tidak mengulangi. Orang bertaqwa pun buat kesilapan, namun apabila sedar saja kesilapan, sifat orang bertaqwa adalah cepat-cepat bertaubat. Dan taubat orang bertaqwa adalah taubat nasuha iaitu menghentikan kemungkaran dan tidak akan sekali-kali mengulanginya lagi di masa hadapan.



Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.(an Nisa:17)





Hujah 6:Kami tidaklah jahat sangat, banyak juga program islami yang kami sertai dan anjurkan.

Inilah sebabnya teguran siswi itu penting tersangat penting. Jika kalian adalah jahat, malah memusuhi islam, maka anda tidak ada faedah lagi diberi peringatan, seperti yang disebut oleh Allah, hati mereka itu terbelenggu dan tak akan dapat menerima hidayah atau dibuat apa-apa lagi.



"Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman."(Yasin:10)


Maka, peringatan itu tersangatlah berguna untuk orang beriman. Maka jika siswi itu berikan peringatan atau sesiapa saja peringatan kepada anda akan amaran Allah tentang dosa dan kemungkaran, maka siswi itu dan orang yang beri anda peringatan menganggap anda orang yang beriman yang sangat bermanfaat diberi peringatan.

"Oleh sebab itu berilah peringatan karena peringatan itu bermanfaat. Orang-orang yang takut kepada Allah akan mendapat pelajaran,orang-orang kafir dan celaka akan menjauhinya.” (Al-A’la: 9-11)

Hujah 7: Mak ayah saya pun tak bising bila saya buat aksi tak islamik, mengapa awak nak bising?
Kita memahami setiap orang dibesarkan dengan pelbagai latar belakang yang berbeza. Bukan semua orang diberi Allah, ibubapa yang sedar dan insaf, atau persekitaran yang menyokong akan kesedaran dan keinsafan. Tapi jangan sesekali berkata, "Ibu bapa saya berbangga dengan apa yang saya buat (aksi kejahilan)". Itu menjelaskan kejahilan ibubapa anda sendiri. Mana ada ibubapa yang sedar akan perintah Allah s.w.t dan sunnah Nabi s.a.w boleh berbangga anak perempuan mereka jahil atau beraksi jahil? Mustahil sama sekali.

MENCAMPUR HAQ DAN BATHIL

Itulah orang tidak faham mengapa kritikan ke atas drama melayu-islam lebih-lebih lagi yang diniatkan sebagai drama dakwah perlu dan tersangat perlu dikritik.Dakyah campuran haq dan bathil yang dipaksa untuk diterima sekalian umat Islam sebagai suatu kenikmatan atau suatu kegembiraan adalah keji lagi mengejikan.

Mahasiswa dan siswi kita di luar negara itu sendiri mengakui, mereka mewujudkan organisasi bagi komuniti dan menganjurkan pelbagai program adalah sebagai latihan untuk mereka hadir dalam masyarakat Malaysia untuk memimpin tentunya.

Namun apabila mentaliti mereka terbelenggu dengan campuran haq dan bathil dikatakan diperbolehkan atas niat yang baik, maka masalah demi masalah untuk memanggil mereka masuk ke dalam Islam secara keseluruhannya akan terjadi.

Mereka punya skeptik agama konon orang usrah tidak suka bercampur-gaul, anti sosial, tidak suka bersukan, tidak menyokong perpaduan kaum, dan sebagainya adalah berpunca dari diri mereka sendiri.

Bagaimana orang usrah nak bercampur-gaul padahal Islam bukan sewenang-wenang membuka ikhtilat lelaki-perempuan tanpa batas. Hukuman tidak suka bersukan disebabkan sukan yang diperkenalkan adalah netball mix, futsal mix (bermain campuran lelaki-perempuan) yang memang tidak dibenarkan dalam Islam. Lalu orang yang nak pegang dengan Islam tidak setuju untuk menyertai dikatakan tidak suka bersukan apehal? Atau hukuman tidak menyokong perpaduan kaum, atas sebab program perpaduan kaum talentnite itu bukannya meraikan nilai-nilai murni antara kaum, tetapi meraikan nilai-nilai nafsu yang tercetus dari jiwa-jiwa anak muda yang tak reti bahasa.

Mengapa tak reti bahasa? Tak reti bahasa kerana bahasa sopan akan perpaduan kaum bukannya meraikan gejala atau budaya tanpa adab. Perpaduan hanya tercetus dengan adab, salah satunya saling hormat menghormati. Sepatutnya yang dilatih adalah penghormatan kaum bukan Islam ke atas cara hidup Islam, bukannya mengorbankan cara hidup satu kaum, untuk meraikan cara hidup kaum lain. Itu bukan perpaduan! Dan kaum Cina dan India yang ada di Malaysia hadir dengan adab jua, kebanyakan orang Asia kaya dengan adab.Yang anehnya, yang biadab itu datang dari orang Melayu atau orang Islam sendiri, mengapa? Biadab dengan perintah Allah dan laranganNya.

Saya melihat fenomena ketidakfahaman mahasiswa melayu-islam Malaysia di luar negara berpunca dari masyarakat awam di Malaysia sendiri.

Salah satunya yang tadi saya sebutkan , dalam dunia hiburan yang masih dianggap bank konvensional oleh sesetengah pihak kononnya masih diizin di dalam Islam untuk terus dibiar haq dan bathil bercampur aduk disebabkan darurat.Maka daruratnya mendatang ke minda anak-anak muda kita yang meraikan kemungkaran asal saja niatnya adalah kebaikan. Atau sifat kadang-kadang buat kebajikan dijadikan alasan untuk kadang-kadang nak buat kemungkaran.

Alasan organisasi sama pernah buat solat raya, solat tarawih, iftar, baca Yasin tak memberikan apa-apa justifikasi untuk organisasi itu mengadakan talentnite yang melanggar syarak dan tatasusila akhlak islamiyah.

Salah satunya dunia hiburan, salah duanya dunia politik. Terlalu banyak haq dan bathil bercampur dalam dunia politik. Ya, bukankah kita biasa dengar pemimpin si anu pemimpin si polan telah berjasa sekian-sekian maka itukah justifikasi untuk kita menerima apa saja tindak tanduk atau dasar yang dikemukakannya? Walaupun bertentangan dnegan apa yang diperintah Allah? Apatah lagi sangat dangkal apabila menolak untuk melaksanakan islam atas alasan perpaduan kaum, atau menolak untuk promosi islam atau tegas dengan islam atas alasan pakatan dengan bukan islam. Itu mengarut sangat.Perjuangan Islam bukan bergantung pada persetujuan kuffar. Ingat, Islam itu memimpin bukan dipimpin!

Benar, saya bukan dari komuniti mahasiswa tersebut. Saya di Jepun, sedangkan mereka di negara lain. Tapi mahu atau tidak mahu, saya dan mereka akan kembali ke tanah tumpah negara kita akhirnya, berbakti di bumi sendiri, Malaysia atas kerana sudah menerima tajaan belajar selama ini. Saya perlu untuk menyatakan pendirian dan pendapat, dan anda perlu baca pendirian dan pendapat ini walaupun anda adalah golongan yang pro haq dan bathil dicampurkan.

Di Jepun mungkin mahasiswanya kurang aktif dalam acara-acara program bersuka-suka dengan aksi-aksi joli dan lagha. Tapi saya tak menolak, ada juga mahasiswa di sini yang berprogram sendiri dalam kumpulan kecil dengan aktiviti yang tak kurang unsur mungkar dan maksiatnya. Namun, alhamdulillah, kesibukan belajar dan kehidupan bertata susila Jepun sedikit sebanyak meletakkan disiplin dan adab dalam diri pelajar. Apatah lagi usaha dakwah sentiasa mendampingi mahasiswa di sini baik dari kumpulan usrah atau kumpulan tabligh.

Alhamdulillah, di Toyama komuniti kami mungkin tak sebanyak komuniti kumpulan pelajar yang dibincangkan itu, membuatkan kami senang diurus. Usaha istiqamah dan turunnya hidayah membuka hati-hati kami di sini juga membuka jalan untuk kami sentiasa membaiki dan terus membaiki suasana di sini. Hari ini kami tidak berasa sedih kehilangan tradisi-tradisi tertentu yang cuba dibawa oleh senior lama, dan kami bangga mewujudkan tradisi-tradisi baru di muka bumi Gofuku Toyama ini terutama usaha Gofuku Mosalla.

Kita mahasiswa siswi, pemuda pemudi adalah generasi pembaharuan, generasi pembaiki, generasi yang mampu untuk mengubah dunia ini menjadi lebih baik. Kita tidak cakap kosong, kita ada misi, ada matlamat jelas, ada kesungguhan dan semangat yang kental. Kita pegang Islam dan kita serius memeluk Islam,memperjuangkan Islam, mempromosi Islam, cinta Islam, menyebarkan Islam,dan akan menegakkannya dalam segenap hidup semua manusia.

Anda dipersilakan berlawan dengan kami, menentang usaha kami, merosakkan dan memusnahkan kami jika anda memusuhi Islam.Tapi ternyata apa yang anda usahakan akan sia-sia, kerana jika kami tidak menang kami tetap mendapat syahid.

Kami bukan memperjuangkan halatuju hidup, tapi kami memperjuangkan halatuju kematian kami, supaya kami dapat mati yang agung, bukan mati katak. Ayuh rakan-rakan, anda tak ada sebab dan tak ada alasan lagi untuk tidak menjadi sebahagian pejuang Islam yang serius. Tidak ada pejuang islam melainkan semuanya serius pejuangkan islam. Yang main-main itu tak dianggap pejuang islam. Jika kita serius, mengapa masih mahu biarkan haq bercampur bathil? Biar yang haq itu menjadi haq dan bathil itu menjadi bathil.ameen.


Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.(al baqarah:42)


UPDATE:

Bagi mahasiswa siswi Wellington New Zealand, saya mohon maaf jika kalian rasa saya tak patut mencampuri urusan kalian dengan buat entri ini mengulas kejadian program di tempat kalian. Apatah lagi saya hanya orang luar yang membaca sahaja.

Namun, saya persembahkan sedikit hiburan untuk kalian yang melayari internet. Entri saya yang mengomentar hal kalian dianggap sebaliknya oleh puak dan kaum mengadu domba yang saya baru jumpa dalam jerat yang dipasang. Saya juga tak sangka hanya kerana menggunakan perkataan "skeptik agama", jerat saya mengena dengan jayanya. Kasihan dia tak reti membaca keseluruhan cerita. Padahal itulah yang diasuh oleh ustaz yang dia adudombakan.



Apa-apa pun entri ini dibuat khas untuk memberi semangat pada siswi di Wellington khususnya Iynas Omar dan Shamimi Napis atas ketegasan mereka menegur akan kemungkaran demi cinta mereka akan agama. Teruskan semangat dakwah anda! Walaupun saya bukan dari usrah ISMA.

Rupanya bukan talent nite atau talent time tapi costume nite.Apa-apa pun harap semua generasi mahasiswa siswi dapat bergerak ke arah kebangkitan islam sekurang-kurangnya islah pada diri sendiri.

10 komentar:

iynas said...

Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan. Terasa kemanisan berdakwah.

Saya rasa nak link post ini di blog saya, tapi memandangkan keadaan di sini yang masih belum sejuk sepenuhnya, adakah ia satu tindakan yang bijak?

Maaf, saya masih baru dalam bidang ini. Saya tahu dakwah perlu berstrategi. Saya anggap apa yang berlaku sebagai liku-liku yang biasa dihadapi. Oleh itu, saya memerlukan pandangan yang lebih berpengalaman.

Wajarkah?

mfrstudio said...

Sebenarnya, saudari Iynas tak perlu takut jika ada kawan-kawan saudari yang berasa panas membaca entri saya.

Saya sudah biasa dengan mereka yang panas sebelum ini, datang ke blog saya merujuk beberapa isu-isu yang panas jua.

Tapi, pada hemat saya, ada baik jika mereka terjumpa sendiri berbanding saudari Iynas mengheboh-heboh mengenai tulisan saya.Apa-apa pun pengadu domba memang banyak di akhir zaman ini, kita tak perlu nak bekerja keras untuk dapatkan khidmat pengadu domba untuk menghebahkan isi dakwah kita. Mereka akan bekerja dengan sendirinya.

Kesimpulannya, saudari Iynas tak perlu letak link blog ini di sana.

Lagipun blog saya ini bukan semata-mata melibatkan pihak 'Jepun' tapi ada pihak 'Welly' juga akan terjejas jika pengadu domba cuba nak menyerang peribadi-peribadi pula.

apa-apa pun, terus bersemangat ya.

saya berasa malu pada anda jika saya menjadi pengecut untuk menegur kemungkaran, kerana anda perempuan, saya lelaki. Saya patut buat lebih dari anda kerana Allah letak beban tugas satu darjat lelaki lebih dari perempuan.

iynas said...

Baik. Saya faham.

Anonymous said...

assalamualaikum,

terima kasih di atas penerangan ini. sekurang2nya saya turut belajar.

insyaAllah, akan saya copykan artikel anda ke blog saya.

tapi, saya tak rasa sekarang adalah masa yang sesuai. kerana mahu menunggu keadaan reda. insyaAllah.

wallahu'alam. correct me if I am wrong. :)

mfrstudio said...

you correct me if i'm wrong!

nar said...

assalamualaikum,
saya nak bertanya pendapat saudara tentang bagaimana jika seseorang yang berpengetahuan agama yang agak lebih berbanding orang lain tapi terlibat dalam mengendalikan majlis makan malam yang bercampur lelaki dan perempuan dan maksiat yang lain.

Ada pendapat yang mengatakan untuk mengubahnya, kita mestilah hadir dan terlibat dalam mengendalikan majlis tersebut. Masalahnya, ikhtilat tetap tak terjaga.

mfrstudio said...

waalaikumussalam.

kes itulah bertepatan sangat dengan firman Allah yang saya lampirkan di hujung entri:

Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.(al baqarah:42)

jika anda punya ilmu agama lebih dari orang lain, maka anda sudah punya kewajipan lebih dari orang lain untuk memimpin mereka.

tidak salah mengendalikan majlis makan malam, tetapi sebagai pengendali, anda boleh melakukan banyak perkara untuk mencegah percampuran lelaki-perempuan dan segala bentuk maksiat dari berlaku.

contohnya boleh ditempatkan meja makan peserta majlis mengikut jantina, dan menapis apa-apa aktiviti yang menjurus ke arah maksiat, juga boleh diperingatkan supaya peserta majlis menjaga adab tatasusila bersesuaian dengan orang bertamadun dan banyak lagi boleh diusahakan.

jika usaha-usaha anda dihalang oleh pengendali-pengendali lain, atau mereka enggan mengikut seruan anda untuk melakukan beberapa tatatertib bagi mencegah hal maksiat dalam majlis, maka anda boleh berlepas diri dari bersekongkol dengan mereka. Ini bersesuaian dengan firman Allah

"..dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)." (al maidah:2)

ainohikari said...

Salam sheikh.

Di Jepun pun sebenarnya ada juga dibuat majlis seperti itu. Jika tidak silap, mereka ingin tiru cara budak di UK dengan nama majlis yang sama iaitu Malaysian Night.

Sekadar info. JazakAllah

submachine said...

Dahsyat jugak bebudak skinhead .. betul la pendedahan yang pernah mastika buat dulu ... tapi Alhamdulillah sekarang ni "Godfather" skinhead pun dah insaf dah .... dah pakai jubah, pakai serban .. WaAllahua'lam .. tapi yang pasti dia tak botak macam dulu dah ... pengikut-2 dia dulu tak tau la macam mana sekarang ... kalau ada orang yang boleh tarik bebudak yang lagho ni untuk insaf "sikit" dan berubah memang mamat ni lah orangnya ... sebab pengaruh dia dulu memang kuat di kalangan bebudak skin ...

Xeno said...

Sapa yg bakar mathurat tu? Pisak ke? Budak2 B1-3? Depa tu memang.

Tapi kalau kita dakwah pun x berubah, tunggu je tuhan dakwah kan diorg. baru nak berubah?