|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

MENGKRITIK KARYA

Saya meminati karya Faisal Tehrani, itu tidak dapat dinafikan lagi. Namun apabila kita minat sesuatu karya adakah kita diharamkan untuk mengkritik hatta kritikan pedas ke atasnya? Mungkin saya boleh katakan setiap orang ada cara sendiri untuk menghargai suatu karya.

Bagi saya, suatu karya yang saya kritik dengan banyak, maka saya ada kecenderungan ke arahnya, ada minat, ada suatu yang saya ingin angkatkan walaupun mesej kritikan saya bertentangan dengan imej atau mesej dalam suatu karya tersebut. Maka, minat saya pada suatu karya bukan semestinya saya suka dan memujanya, boleh jadi saya nampak suatu yang cantik untuk dikritik supaya akan bertimbal balas mesej pembetulan atas suatu mesej karya.

Saya mengkritik banyak karya Faisal Tehrani semasa sedang membacanya. Namun, saya tak mencatatnya, kerana bagi saya kritikan saya ketika sedang membaca itu lebih sesuai untuk saya pegang sebagai prinsip dan idea saya jika suatu hari Allah buka peluang untuk saya pula berkarya.

Contohnya, saya tak nampak apa rasionalnya tentera futuwwah dalam novel Kombat 1511 perlu dimasukkan cip dalam kepala otak, ia pula perbincangan hukum apabila tentera tersebut mati, apakah patut dikeluarkan cip tersebut atau tidak. Saya juga tak nampak aksi goda menggoda watak perempuan inggeris (saya lupa namanya) dalam novel 1515 perlu dimasukkan dalam novel itu, apa mesti ada aksi berahi di situ? Saya juga sungguh menyampah dengan watak Salsabila Fahim yang boleh berdating beberapa kali makan bersama lelaki bukan mahram di Restoran. Saya tidak pasti, adakah sudah ramai menerima budaya makan berdua bukan mahram sebagai halal di Malaysia?

Oleh itu, apabila saya mengkritik suatu karya, tidak sesekali saya membenci pengkarya tersebut, ia hanya sebuah kritikan yang hadir dari percanggahan prinsip dan pendirian mahupun pemikiran saya dengan pengkarya tersebut. Boleh jadi saya yang tak betul dan bodoh jahil maka percanggahan itu berlaku. Ia tidak mustahil.

Maka begitulah juga halnya apabila saya mengkritik karya drama atau filem. Ia hadir disebabkan percanggahan prinsip dan pendirian diri saya dengan apa yang ditonjolkan melalui hasil karya atau dari proses mahupun mesejnya.

KARYA HADIR ATAS PRINSIP

Saya tak pasti apa pemikiran yang ada pada seluruh pengkarya dalam kepala otak mahupun lutut mereka, yang pasti pada saya suatu karya itu hadir atas prinsip. Ini diterjemahkan dengan baik oleh beberapa pengkarya jika saya boleh sebutkan Faisal Tehrani dalam novelnya atau Yasmin Ahmad dalam filemnya.

Karya Yasmin Ahmad juga seronok dikritik, kerana percanggahannya begitu banyak dan Yasmin menterjemahkannya dengan begitu provokasi seperti menjemput orang-orang yang bercanggah dengannya untuk bangun melenting. Tapi biar kita melenting dan mengkritik karya juga atas prinsip.

Saya tak nampak prinsip yang kosong boleh hasilkan karya yang bermotif. Buktinya karya-karya Razak Mohaiddeen mahupun Ahmad Idham kebanyakannya hanya meraikan genre dan eksperimen idea bukannya ada apa-apa prinsip yang ingin diketengahkan. Saya fikir suatu yang buang masa jika menghabiskan masa mengkaji filem Syurga Cinta jika apa yang dipersembahkannya bukan lahir dari prinsip tapi genre saja. Sebab itu skripnya tangkap muat.

Namun, minat saya pada karya dakwah adalah tinggi. Seperti yang saya katakan sebelumnya, apabila saya berminat pada suatu karya, maka bersedialah karya itu dikritik. Maka saya mengkritik apa saja drama atau filem yang berunsur dakwah, dikatakan bergenre dakwah, atau yang dihebohkan punya elemen dakwah. Atas itu, saya kritik drama Nur Kasih, Cinta Sempurna mahupun filem Syurga Cinta.

Orang bertanya, mengapa tak dikritik drama atau filem yang sudah tentu maksiat dan kesongsangan dan kebodohannya?

Saya jawab ringkas, kerana tiada minat atasnya. Namun, banyak saja karya realisme yang menonjolkan maksiat secara terang-terangan pernah saya bantai dahulu, contohnya filem Anak Halal oleh Osman Ali. Saya boleh saja mula menaip kritikan pada drama Bionik atau Keliwon jika saya mahu, tapi saya cuba menontonnya, saya tahu ia bukan karya atas prinsip tapi hanya hiburan sesat yang tak perlu dibincang lagi, sudah sepakat segala manusia berfikiran normal, karya seperti itu hampasan lanjutan dari sekularisme artis. Saya sudah bantai akan mereka dengan artikel 2 tahun lalu.

Prinsip yang jelas dalam karya, saya tak nampak yang lebih penting dari prinsip dakwah. Maka saya simpulkan karya orang islam WAJIB berteraskan dakwah. Maka seperti kata Ustaz Zaharuddin, "TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram."

Maka banyaklah kritikan saya atas perkara HARAM yang berlaku dalam karya.

KRITIKAN ATAS PERKARA HARAM

Namun, konflik terjadi apabila ada usaha-usaha dari pelesit lagi malaun yang jahat lagi gila selayaknya segala gelaran buruk atas mereka yang mengatakan perkara HARAM adalah REALITI yang perlu DITERIMA.

Saya tidak meletakkan gelaran buruk ini ke atas orang-orang jahil atau tersilap faham. Tapi saya meletakkan gelaran buruk ini selayaknya ke atas mereka yang buruk perlakuannya yang berusaha bersungguh-sungguh malah mengeraskan pendirian mereka supaya semua orang perlu menerima bahawa PERKARA HARAM DALAM FILEM ATAU DRAMA ADALAH REALITI yang mesti DITERIMA. Kepala otak mereka berjambul molek.

Sebagai orang beriman, perkara haram itu adalah kemungkaran. Selemah-lemah iman orang beriman adalah mereka membenci akan kemungkaran, tidak ada iman lebih bawah dari itu, maka sepakat orang beriman tiada khilaf lagi, SEMUA ORANG BERIMAN MENOLAK PERKARA HARAM.

Maka, sekarang saya nak panggil apa pada orang islam yang berperangai buruk meminta supaya orang ramai menerima perkara haram sebagai realiti? Benar, secara realitinya perkara haram itu berlaku, namun orang beriman menolak ia dari berlaku, kita tidak redha, kita tidak mahu, kita tolak, kita protes, kita benci!

Jadi, sebagai pengkarya islami yang beriman, tidak akan ada satu pun yang sanggup untuk menerima perkara haram untuk berlaku dalam karya mereka, malah menyebutnya sebagai PERKARA YANG TAK DAPAT DIELAKKAN.

Anda fikirlah logik tak logik hal ini, mereka boleh beri hijab pada seorang pelakon yang di luar set penggambaran buka aurat, tapi mereka biarkan pelakon muslimat lain tak berhijab untuk menjayakan watak. Sekarang, anda kata itu perkara yang tak dapat dielakkan, padahal anda telah pun mampu menutup aurat seorang pelakon, mengapa tak tutup aurat semua pelakon? Gila tak gila puak-puak jahat ini.

Bak kata watak Adam yang menggesel dan memeluk cium itu dalam satu babak insaf Nur Kasih berkata, "kita memang tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi lebih baik".

BAGAIMANA SEBENARNYA LAKONAN ISLAMI?

Sepakat setiap muslim dan mukmin tak ada khilaf, setiap perkara haram tidak boleh dilakukan dalam apa saja keadaan kecuali darurat. Antara bentuk darurat adalah ancaman maut dan kemudaratan yang besar.

Adakah darurat berlaku dalam lakonan filem atau drama?

Ancaman maut? Kemudaratan yang besar? Terpaksa melakonkan sesuatu dengan perkara haram supaya dapat mengelak dari kemudaratan yang besar? Saya tak nampak di mana "bank konvensional " yang menghalalkan perkara haram perlu dilakukan dalam filem dan drama melainkan kebodohan pengkarya yang tak ada prinsip dan idea bernas.

Anda boleh bayangkan penulis skrip yang ada prinsip dakwah, pengarah yang ada prinsip dakwah dan penerbit yang ada prinsip dakwah, adakah mereka akan benarkan perkara haram berlaku dalam karya mereka? Dan mengatakan itu perkara yang tak dapat dielakkan?

Itu hanya tipu dan dusta sahaja. Prinsip dakwah boleh diraikan dalam filem dan drama, dan saya tak nampak ada masalah ancaman maut atau mudarat yang besar jika semua perkara haram ditinggalkan dan hanya lakukan perkara halal semata-mata. Hebatnya cabaran kreativiti penulis skrip, pengarah dan penerbit muslim lagi mukmin, mereka bukan saja perlu berfikir di luar kotak tapi juga berfikir di dalam batas syariat. Kreativiti kuffar hanya perlu fikir idea di luar kotak, dan mereka tak perlu fikir syariat maka karya mereka tak mencabar.

Contohnya bagaimana aksi kemesraan pasangan bercinta perlu dilakonkan dalam filem dan drama?

Bagi kuffar, mereka tak perlu fikir lama, apa yang perlu pelakon lakukan hanya cium,peluk beromance, dan selesai. Maka idea lakonan mereka tak kreatif.

Bagi mukmin, mereka tak perlukan aksi cium, peluk mahupun romance, tapi penonton boleh faham watak itu sedang bermesra.

Saya bagi idea spontan akan hal ini. Bagi orang islam lagi mukmin, pasangan yang bermesra wajiblah berhubungan yang sah. Maka jika pelakon itu bukan pasangan yang sah, mereka tak perlu bermesra untuk tonjolkan kemesraan. Hebat bukan? Lakonan islami sangat halus, seni, dan kreatif!

Contohnya, babak pasangan baru bernikah, kita boleh tujukan kamera ke watak perempuan yang masih berhijab memakai pakaian pengantin yang menuturkan dialog, "saya cintakan abang kerana Allah" pada suaminya. Hakikatnya pelakon lelaki tak ada dalam latar kamera tersebut. Pelakon perempuan itu hanya menuturkan dialog sendirian. Kemudiannya, watak lelaki pula menuturkan dialog,"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya". Kemudian kamera mengambil gambar pintu ditutup.

Apakah sebenarnya dialog lelaki tersebut? Itu adalah maksud doa sebelum berjimak dengan isteri seperti yang diriwayat oleh Ibn Abbas,

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا Yang bermaksud: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya


Nah, bukankah ia membuatkan penonton mengkaji lakonan tersebut, seterusnya dakwah akan sunnah Nabi s.a.w akan adab berjimak dapat disampaikan. Maka kemesraan dapat difahami, dakwah dapat disampaikan, dan perkara haram tidak berlaku langsung antara pelakon muslimat dan lelaki bukan mahram tadi.

LAKONAN ISLAMI BORING?

Asasnya dalam perkara-perkara yang membataskan, kita tak perlu jadikan topik penting dalam filem. Apabila semua otak pengusaha drama atau filem asyik nak buat kisah cinta, dan kemudian otak cinta mereka tak ada lain melainkan babak peluk cium, maka di situlah kebodohan dan kongkongan terbina pada rangka kepala otak mereka.

Kemudiannya, asyik nak tonjolkan kebejatan sosial maka mereka terpaksa memerlukan perkara-perkara haram ditonjolkan dan dibuat oleh pelakon. Memang saya akui, saya tak ada formula bagaimana patut watak pelacur nak dihijabkan sedangkan kita tahu realiti pelacur di Malaysia tak berhijab, (kecuali di arab).

Namun seperti yang sering saya tekankan, apa penting topik kebejatan sosial ini nak diangkat dan dipenuhkan dalam filem? Mereka tak rasakah perkara haram ini umpama najis, lalu memenuhkan drama dan filem dengan najis seperti menawarkan mangkuk jamban tersumbat pada penonton, yang berenang segala taik ketul dan ciritnya?

Mari kita lihat isu-isu masyarakat yang lain, tak akanlah dah tak ada idea sangat. Belajar industri perfileman dan pengarahan drama filem, akhirnya minta saya yang belajar kejuruteraan mekanikal bagi idea? Jangan mangkukkan sangat kepala otak itu.

Isu kemiskinan misalnya, boleh diangkat. Contohnya filem Children of Heaven mengangkat nilai dan dakwah akan semangat kekeluargaan dari seorang anak hanya berkisar akan masalah sepasang kasut yang dikongsi. Isu nampak remeh, tapi segala macam perasaan kita menerawang pula pemikiran kita mengaitkan akan soal kemiskinan, soal kejujuran, soal semangat yang boleh dikaitkan pula pada isu yang besar dengan kiasan-kiasan di minda. Itulah filem kreatif namanya! Menggunakan subjek yang kecil untuk menyentuh mesej yang besar! Saya tak fikir seluruh pengusaha filem drama di Malaysia terlalu bangang untuk fikirkan idea sebegini.

Children of Heaven tidak ada aksi letupan, tidak ada aksi perempuan seksi, tidak ada aksi ranjang, malah tidak diselang-selang dengan dialog panjang atau menjerit pekik, hanya bahasa biasa tetap tidak membosankan sekian ramai penontonnya di seluruh dunia. Ya, soal boring ini subjektif. Kawan saya menonton filem tembak-menembak penuh saspen dan aksi pun tertidur boring.

KESIMPULANNYA

Filem dan drama orang-orang Islam lagi mukmin WAJIB meninggalkan segala perkara HARAM, mengunakan daya kreativiti tertinggi untuk memelihara syariat dalam lakonan, dan mestilah dibina berasaskan prinsip dakwah yang kuat. Kita buat filem bukan nak ikut kesukaan orang ramai, tapi nak dapat kesukaan Allah pada kita. Maka, hujah yang mengatakan nanti orang ramai tak suka menonton filem yang tak ada aksi haram dan ikut syariat 100% tertolak. Kita bukan nak dapatkan kesukaan orang.Celakalah siapa yang buat drama dan filem buat nak biar orang suka dan sanggup biar Allah murka. Celaka kau.

Sekian.

11 komentar:

aride said...

valid ke omelan anta ni? anta boleh mengomel macam2 sebab bukan anta xterlibat. kalau anta xtonjolkan realiti dalam sesuatu drama, bagaimana masyarakat nak ambil pengajaran. anta xrasa ke, kalau anta tonjolkan lakonan islami tu mcm hipokrit sangat sebab anta sendiri pun memang xpernah buat benda tu. please la, face the reality.

mfrstudio said...

kalau tak tonjolkan realiti dalam sesuatu drama, bagaimana masyarakat nak ambil pengajaran?

sila sebut dengan terang, adakah anda redha dan mahu semua orang redha dan menerima bahawa berlakon secara haram untuk menonjolkan realiti adalah jalan yang diredhai Allah?

saya memang suka menjemput sekalian manusia yang berprinsip macam anda datang ke blog saya. sudah lama saya mencari kaum dan puak ini.

panggil semua kawan-kawan anda yang lain yang percaya dan iktikad sebegitu untuk datang ke sini.

saya berminat untuk berdialog dengan anda.

abuyon said...

salam MFR. Dari pedang Islam atas talian, ana ke sini.

Contoh dakwah medium filem terbaik setakat yang ana dah tengok ialah,

Children in Heaven

Sarat dengan pengajaran. Dan yang penting cara ia dihasilkan.

Tabik pada pengarahnya. Filem ini menunjukkan bahwa Islam boleh apa saja jika kena dengan orangnya. Filem yang dihasilkan dengan kreatif selaras dengan kehendak syariat

Anonymous said...

masih igt satu dialog antara rosyam noor dan sorang ustaz ni di TV1.. perihal hukum berlakon, e.g. Rosyam kata dia berlakon dgn pelakon perempuan, salam cium tangan, berpeluk utk menunjukkan kasih sayang terhadap ibu, bg menonjolkan sikap yg baik utk jadi tauladan.. takkan tu pun x boleh, katanya. ustaz tu jawab simple aje.. 'haram tetap haram.. itu sebenarnya menghalalkan cara!'

Anonymous said...

jangan pandai kritik je...yang penting ad usaha...DIAM lebih baik dari CAKAP TAPI TAK BUAT APA2.....

Anonymous said...

assalamualaikum saudara mfr. setelah membaca post saudara, saya rasa tertarik utk memberi komen kpd pendapat saudara. saya pun bersetuju dgn komen saudara berkenaan aksi peluk cium antara bukan mahram dalam cerita nur kasih, pada pandangan saya ianya tidak berpatutan dan kalau xde pun xpe. namun begitu, pandangan saudara supaya semua pelakon cerita islami perlu memakai tudung dan jilbab, cuba bayangkan kalau watak katrina diberikan tudung dan menutup aurat. xjadi ceritalah kan. lagi teruk kalau pengarah suruh watak katrina tu pakai tudung utk memuaskan hati penonton seperti saya dan juga saudara, lagi haru jadinya. sbb cerita tu nanti memaparkan imej perempuan islam yg bertudung minum arak, berparty dan melakukan hubungan seks luar nikah. ia akan menjadi fitnah besar kepada wanita islam bertudung itu sendiri. walaupun itulah hakikatnya zaman sekarang (perempuan pakai tudung tapi berbuat perkara mungkar) namun saya rasa tidak wajar jika filem dan drama memaparkan imej wanita bertudung yg tidak sopan kerana drama dan filem adalah cermin masyarakat. walaupun saya bukanlah seorg yg arif dlm bidang seni, saya berpendapat filem2 sesebuah negara mencerminkan keadaan sosial masyarakat sesebuah negara itu sendiri. filem juga boleh jadi medan utk mencerminkan harapan dan fantasi penonton. sebagai contohnya, pernahkah saudara terfikir mengapa filem2 hindustan (especially cerita zaman 60-an) asyik memaparkan tentang kisah cinta orang2 kaya yg jatuh cinta dengan org miskin, keluarga tak restu, pastu last2 sekali bapak dia give up kasi green light eventually. ini kerana inilah harapan mereka terhadap tahap sosial di negara mereka kerana dalam realiti, xmungkin seorg gadis kaya di india boleh berkahwin dgn lelaki miskin papa kedana. oleh itu, filem menjadi medan mereka utk lari dari realiti yg kejam. filem itu juga berperanan supaya apabila ramai rakyat di india yg menonton mesej cerita itu, mereka akan berpendapat.. oh, sebenarnya tak salah pun kahwin dua darjat ni. walaupun pada awalnya masyarakat tak dapat menerima realiti itu, lama kelamaan apabila ramai org disogokkan dgn mesej sedemikian rupa, pandangan masyarakat itu sendiri akan berubah. kalau kita lihat zaman sekarang, perkahwinan berlainan kasta dan darjat di India walaupun masih mendapat tentangan namun sudah dapat diterima sedikit demi sedikit, tentangannya tidaklah sehebat 40 tahun dahulu dimana mereka akan dibakar hidup2. walaupun mesej yg cuba saya sampaikan mungkin tak dapat difahami oleh sesetengah individu, saya yakin saudara dapat faham kerana menurut pemerhatian saya, saudara adalah seorg yg suka menilai dan mentaksir maksud tersirat dari sesuatu keadaan. jadi saya yakin saudara akan faham insyaAllah.

ada kawan pernah berkata kepada saya, jika ada org memberikan nasihat dan teguran, jangan dilihat kpd org yg memberi nasihat itu tetapi renungkanlah apa yg cuba disampaikan.
menurut kata lecturer saya dlm salah satu kuliahnya, getting angry is easy but getting angry at the right time, to the right person, for the right reason at a right moment is really hard and thats what we call anger management. kalau marahkan seseorang itu kerana perlakuannya, bencilah perlakuannya sahaja. janganlah dibenci individu itu secara personal kerana kebencian itu terutamanya terhadap saudara seislam boleh membawa kita ke jurang api neraka. dari segi kesihatan pula, sakit hati yg berpanjangan boleh membawa kepada penyakit seperti stress, depression, high blood pressure, asma, eczema, stroke dll. kalau dah terkena high blood pressure nanti kena makan ubat seumur hidup. kalau tak makan ubat pulak boleh kena cardiovascular disease, nanti mati muda, berkurang pula org muda untuk meneruskan jalan dakwah. wassalam

Anonymous said...

Assalam MFR.. kita sama2 dari jepun

ana setuju dgn beberapa pendapat enta, esp brkenaan dgn benda haram xbleh berlaku dlm karya dakwah.
dan enta sendri dah cdgnkan beberapa alternatif lain utk elakkn prkara2 haram ini daripada berlaku.alhamdulillah.

dan sbgai tambahan cdgn enta, ana nk cdgnkan bagi watak realiti muslimah skarang(yg teruk dsb..), bagaimana dgn mnggunakn pelakon non muslim?apa pendapat antum suma?

tetapi ana nak ingatkan enta,
jaga bahasa dan kawal kemarahan enta tu. adakah enta berdakwah pada suma org dgn bhs sekasar ini?
enta mesti ingt bhw org yg enta kritik itu juga bukan shj manusia mcm enta juga, tapi juga ADIK BERADIK SEAGAMA!
enta musti ingt akan ada org yg terluka dgn kata2 kesat enta.
jgn sebb cara dakwah enta mnjauhkan org dri deen kita.
kata2 melambangkan akhlak kita.

bersama saling mnigati
saisha

Anonymous said...

aku lebih respect org yg 'byk buat' drpd 'byk cakap'..better to mess up than miss out completely..every perfect thing goes through error and failure my fren..kalo dok ngomel je langsung xde hasil,bile ko nak wat drama pulak?aku nk tengok je xnak komen

Anonymous said...

weh, xpayah la komen ni requires approval pulak,kata perbincangan sihat..nnt sia2 je byk pengkomen taip panjang2 tp x approved..kalo ade komen yg x sehat boleh delete kemudian kan,yg penting approve dulu hehe

Nazri Samsudin said...

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah di atas ketegasan saudara MFR, khususnya dalam kes perkara-perkara yang sudah jelas haram cuba diliberalkan dengan diletakkan 'logo Halal' yang cuba menyalahgunakan istilah 'dakwah' demi mengikut 'realiti semasa' dan pelbagai alasan untuk menuruti hawa nafsu mereka. Astaghfirullah.

Saya juga sedih melihat ada orang yang mengaku 'pencinta Islam' dan 'pejuang Islam' tetapi sudah kabur mana yang Haq dan Batil.

Apabila pendakwah -khususnya yang bergelar ustaz-ustazah- lemah dan tunduk dengan realiti yang rosak, maka rosaklah masyarakat.

Ada pembaca yang tidak senang dengan gaya bahasa ayat-ayat saudara, tetapi saya tidak kisah kerana saya fokus kepada mesej yang saudara kemukakan.

Marilah kita berdoa agar di akhir zaman ini kita tetap tergolong sebagai orang Islam yang berpegang teguh dengan ajaran-Nya bagaikan memegang bara api.

Kita hanya menuntut redha Allah, bukan redha manusia. Tiada lakonan dalam perkiraan dosa dan pahala. Semuanya realiti, bukan fantasi.

suaramurni said...

ulasan yang enta luahkan ini sebenarnya ada kebenarannya.

Ini disebabkan filem filem yang berbentuk islami yang berada di tanah air ini ke arah yang islam liberal.

dan akhirnya generasi-generasi mendatang pula akan terikut-terikut dan menggangap `islam-islam juga, tetapi sebatas pegangan individu.

dan hanya mengikut hati dan cita rasa.