|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH


Saya tertarik untuk mengulas beberapa ungkapan yang dibuat oleh Ustaz Zabidi yang banyak menulis skrip drama-drama yang dipanggil dakwah dan tarbiah.

Saya hargai usaha beliau selama ini dalam banyak drama yang dicetusnya, antaranya Drama Cinta Madinah dan Mencari Nur Khadijah.

Namun ketika beliau mengulas tentang Drama Cinta Sempurna sebagai reaksi beliau terhadap respon pembaca blog Ustaz Hasrizal, saya tak lihat apa yang beliau sebut melainkan salah satu suntikan puak liberalisme dan pluralisme yang dianuti kebanyakan pengusaha filem dan drama tempatan.

Beliau menyebut,

"Semuanya mungkin berpunca kerana selama ini mereka telah banyak kali tertipu dengan golongan pengkarya (terutamanya dalam bidang drama dan filem) apabila ramai antara mereka sering mendakwa karya mereka adalah karya dakwah tapi hakikatnya yang terhasil lebih bersifat dakyah halus (songsang) yang mengajak manusia melupakan tuhan dan agamanya. Agama diberi definasi berdasarkan pengalaman hidup dan kejahilan para pengkarya itu sendiri dan bukan berdasarkan pada ilmu dan sumber hukum yang sahih. Sebagai contoh filem dakyah songsang pada pengamatan dan pentafsiran saya ialah , Sepet, Gubra, Akhirat, Maut dan terkini "Anu Dalam Botol'. "


Beliau katakan Sepet, Gubra, Akhirat, Maut, atau Anu Dalam Botol itu mendakyahkan dakyah songsang, manakala tentunya anggapan beliau bahawa drama Cinta Sempurna tidak mendakyahkan dakyah songsang. Ya, benar. Drama itu belum ditonton oleh umum lagi, maka kita tak mampu menilai lagi. Tapi itu tak bermakna kita boleh berikan kredit bahawa drama Cinta Sempurna tidak ada dakyah songsang.

Buktinya, dari ulasan Ustaz Hasrizal dalam drama Cinta Sempurna akan ada "watak untuk membunuh watak". Apa itu "watak membunuh watak"?

Watak pendakwah akan digambarkan dengan pelbagai versi, namun ia disediakan secara berpakej untuk membunuh watak realitinya yang mirip kepadanya.

Kaedah ini banyak dipakai oleh penggiat filem dan drama Amerika, di mana mereka akan gambarkan islam itu berserban, berjanggut, dan selalunya berserban dan berjanggut itu sangat keras, kasar dan tidak bertamadun. Ini percubaan mereka untuk berikan persepsi negatif ke arah serban dan janggut, padahal bukankah banyak alim ulama berserban berjanggut? Di sinilah pembunuhan watak ulama islam diadakan dengan menggambarkan pakej imej luaran mereka untuk bersifat negatif dalam watak ciptaan mereka dalam filem dan drama.

Dalam drama Cinta Sempurna juga ada perilaku sebegitu seperti yang ditunjukkan oleh Ustaz Hasrizal dan diulas olehnya,



"Ustaz pertama yang dihadapkan kepada Najib dan Shila terlebih yakin.

Pengalamannya bergaul dengan remaja rosak, yang menurutnya terpengaruh dengan Orientalis dan Barat, menyebabkan beliau begitu yakin dapat berdepan dengan Najib dan Shila.

Watak anti Barat itu sangat baik ditonjolkan.

“Ada kumpulan nasyid tu, dok nyanyi Thank You Allah, Thank You Allah. Astaghfirullah. Apa, mereka ingat Allah tu Tuhan Barat ke?” katanya sambil kencang memetik tasbih.

Malang sekali, ustaz itu terlalu cepat melenting dengan provokasi Najib dan Shila."


Namun mari kita lihat adakah sifat melenting seorang ustaz adakah bukan hikmah dalam dakwah sebagaimana Nabi juga ada pernah melenting, sahabat juga pernah melenting?

Hal ini diakui sendiri oleh Ustaz Hasrizal sendiri bahawa hikmah boleh bertukar dalam keadaan tertentu,

"apa pun, saya tidak pernah bimbang blog saya hilang peminat. saya akan tulis dan buat apa yang saya halusi sebagai betul, ia prinsip terasas sebagai seorang muslim.

hikmah itu sopan.

hikmah itu tegur.

hikmah itu nasihat.

hikmah itu marah.

hikmah itu herdik.

hikmah itu pedang.

iaitu bertindak tepat dengan keperluannya."


Lihat, sifat melenting seorang ustaz dalam perkara agama, dalam soal halal haram merupakan pakej dalam diri banyak pendakwah. Tapi ia sengaja diketengahkan sebagai buruk dan tak kena tempat, malah diletakkan adegan "kencang memetik tasbih", padahal umum mengetahui tasbih merupakan alat kiraan zikir yang popular digunakan dan umum mengetahuinya.

Mengapa soal zikir nak disekalikan dalam imej negatif, dengan pakaian masyhur alim atau imam di Malaysia nak diletakkan dalam watak sebegini?

Soalnya, bagaimana pula watak pendakwah hebat yang nak digambarkan dalam Drama Cinta Sempurna ini?



Asyraf Muslim yang memegang watak pendakwah hebat @ hero dalam drama ini sebagai Ustaz Nazir, hanya berkemeja dan berseluar slack pakaian umum golongan pekerja di Barat.Soalnya, mengapa tidak menggambarkan yang berkemeja dan berseluar slack itu yang cepat melenting sedangkan yang berserban dan bertasbih itu tawadhu' dan hebat hikmahnya?Bukan pakaian yang ingin saya pertikaikan, Islam tidak menghalang berpakaian dengan budaya apapun asal tidak melanggar apa yang diajar Nabi, tetapi di sinilah senjata liberal selalu menyuntik.

Konsepnya mudah, "agama bukan pada paras rupa, bukan imej luaran, bukan pada pakej berserban atau bertasbih, agama datang dari hati dan akhlak mulia saja."

Konsep ini betul, namun awas ya senjata liberal selanjut dari konsep di atas.

Lanjutannya, "maka kamu tak perlu berjubah cara nabi, tak perlu memanjangkan janggutmu, tak perlu menipiskan misaimu, tak perlu bertasbih berzikir, tak perlu pakai tudung seperti muslimat, kamu boleh jadi diri kamu, asal saja hati kamu berniat baik dan kamu berperangai baik dan disenangi orang"

Maka hal ini saya dapat kesan dalam penyataan Ustaz Zabidi selanjutnya mengenai pakaian tidak menutup aurat dalam dramanya,

"AAC menggunakan latar pelajar bidang agama yang belajar di Mesir dan diselitkan dengan elemen cinta. melibatkan pelajar muslimah berpurdah. Maka dari fizikalnya nampak jelaslah elemen dakwahnya. Tetapi CS menggunakan latar sebuah keluarga moden di Kuala Lumpur yang mengagungkan budaya inggeris dengan di selitkan elemen cinta dalam garapan penceritaannya. Tentulah tidak nampak 'dakwahnya' apatah lagi para pelakun utamanya tidak bertudung. Latar yang tak sama dan berbeza dengan AAC."


Lihat perkataan dakwah dalam hujung perenggan di atas ada pembuka dan penutup kata ( '' ) yang cuba nak difahami dari ayat Ustaz Zabidi bahawa drama Cinta Sempurna juga "ada dakwah walaupun pelakon muslim tak tutup aurat".

Di sinilah dakyah songsang muncul dari pemikiran Ustaz Zabidi terserlah. Jika pemikiran ini menjadi dasar suatu skrip dihasilkan oleh Ustaz Zabidi, saya tak menolak Ustaz Zabidi sebaris dengan penulis skrip dakyah songsang, Sepet, Gubra, Akhirat, Maut dan Anu Dalam Botol.

Apabila seorang alim hukum seperti Ustaz Zabidi sudah redha dakwah dilakukan dengan cara maksiat atas alasan "nak wujudkan latar sebenar realiti", maka saya tak nampak ke arah mana cadangan Akademi Lakonan yang dibuat Ustaz Hasrizal akan pergi.

Bagimana nak melahirkan seorang pejuang islam sebenar jika pejuang senior yang dipanggil 'ustaz' pun redha dan rela seni lakonan tak menutup aurat menjadi kaedah dakwah dengan alasan latar dan genre?

Lihat apa kata Ustaz Zabidi ketika ingin memahamkan pembacanya mengapa pelakon dramanya tak menutup aurat walaupun beliau boleh menulis skrip akan hal itu,

"Tapi kita kena terima hakikat bahawa tidak semua orang suka dengan latar yang melibatkan story-line sekitar pelajar agama sahaja. CS adalah sebuah kisah benar yang saya kembangkan dan fictionkan agar kisah tauladan dari pengalaman UH ini boleh dijadikan bahan dakwah untuk tontotan dan ikhtibar semua yang menontonya. InsyAllah.

9. Dalam ilmu perfileman kita perlu faham apa yang dikatakan genre. Terdapat pelbagai jenis genre yang antaranya ialah : biograpphy, comedy, children's, crime, disaster, drama, fantasy, horror, musical, sci-fi, short, sport, thriller, war, western dan mystery.

10 Dalam setiap genre pula para penulis skripnya akan memilih latar yang menjadi minat dan subject matter mereka. Namun sebagai nilai universalnya kebanyakkan penulis skrip akan memasukkan eleman kasih sayang dan cinta dalam latar yang mereka pilih."


Saya tak melabelkan drama Cinta Sempurna adalah drama maksiat, tetapi saya tak boleh berdusta dengan mengatakan bahawa membuka aurat dan mempertontonkan untuk maksud dakwah adalah bukan maksiat yang keji lagi hina.Membuka aurat adalah maksiat, merelakan aurat dibuka malah memerlukan aurat dibuka untuk menepati citarasa storyline atau genre yang diminati orang ramai mahupun diminati oleh penulis skrip, maka ia maksiat dua lipat kejinya.

Pendapat saya tentang hal ini cukup jelas sepertimana saya pernah tegurkan pada Puan Maizura Mohd Ederis tentang dramanya Nur Kasih. Benar, Nur Kasih bagus dari skripnya, menarik jalan ceritanya, cantik sinematografinya, namun saya tak boleh berdusta maksiat sedang berlaku dalam aksi-aksi drama itu terutama aksi peluk, cium, hempap,gesel,usap yang berlaku antara watak Adam dan Katrina. Saya tak boleh menipu, ia memang sama dengan aksi-aksi maksiat dicekup oleh pencegah maksiat Jais yang jelik untuk kita tonton.

Saya nak dengar jawapan daripada seluruh penulis skrip muslim, pengarah muslim, dan penerbit muslim dalam industri filem dan drama,

"Adakah anda fikir buka aurat bukan maksiat?"


Jika mereka setuju itu maksiat, maka mereka muslim. Jika mereka tak setuju itu maksiat, maka mereka liberal. Jika mereka liberal, maka mereka berdakyah songsang.

Saya tak faham bagaimana ada muslim seperti Marwa el Sherbini boleh maut hanya mempertahankan hijab, sedangkan muslim di sini mati-mati mempertahankan lakonan tanpa hijab. Saya tak tuju pada pelakon kerana mereka berlakon ikut skrip, walaupun seseksi mana mereka, mereka boleh dipakaikan hijab jika skrip menetapkannya. Namun, malangnya, penulis skrip seorang ustaz pun rela mati-mati nak ikut selera citarasa entah siapa untuk membiarkan pelakon muslimat yang kita sayang mereka untuk terus membuka aurat. Adakah mereka puas mempergunakan kejahilan orang untuk sampaikan dakwah Nabi yang mulia? Ini satu yang gila.

4 komentar:

zmm said...

senang je.
1. ini yang penonton drama mahu kan dalam drama. ikot psikologi manusia la. suka kan yg bgitu dan begini.. nampak adegan yg mesra2.." msg2 scare refleks..cakap " alaa..sweetnye..alaa suke nye die..alaa comelnye.."
artis ckp: kami kan pelakon. just nak bagi feel. this is our job.ala kalo ktorang x buat pon, in real life belambak da org buat mcm2 maksiat. so ape beza? org skang da open minded. derang tau tu sume lakonan. so relax la. mane yg baek amek. xbaek jgn amek. xsuke jgn tonton. tuka channel lain. x suke. jgn bli tv.
2. nak buat dakwah islam tru lakonan, ade ke muslim yg btul2 muslim luar n dalam setuju untuk belakon? pagi bwk ke petang kat set, x kire mase, yg maybe amek mase solat derang etc..blakon ade yg smpai minggu2..mcm2 hal lg la.
3. director pk..i buat film utk industry. film/ drama - business- money.
competition merata2. kene buat cpat2. book pelakon cpt2 so dat production lain x rembat derang. so, kalo derang da bz pk kan bende2 gini, xde makne nye derang nak buat ape yg sebetulnye dbuat. kdg2, bukan drang tak tahu.drang tahu..tapi..ini adalah business..

Anonymous said...

Astaghfirullah...membaca tulisan saudara terasa bergegar jiwa.. satu pesanan saya- tinggalkanlah usaha2 perdebatan anda- kerana bila sy lihat semua tulisan anda-dpt sy rumuskan anda adalah seorang "jadal kalami" fikirkanlah...adakah usaha anda ini dikira sebagai amal qawiey disisi Allah? berdebat dan berdebat?? adakah dengan usaha anda ini merupakan salah satu wasilah dari "wa'yun islami" @ ijad rakaiz islamiah untuk anda membolehkan amal anda dikira sebagai amal qawiey...saudara..banyak lagi yg perlu di perbetulkan pada umat kita- aqidah yg masih perlu dipersoalkan..dan mengapa saudara banyak berdebat dalam urusan khilaf? astaghfirullah

nasir said...

.dan mengapa saudara banyak berdebat dalam urusan khilaf? astaghfirullah

-----------------------------------

ini bukan masalah khilaf saudara/ri . Ini masalah pokok . Selepas nie ramai orang akan berfikir tak apa dalam filem berpeluk cium , berpegang tangan kerana nak tunjuk raealiti . Tak apa tengok aurat dsbnya kerana nak ambil iktibar .

Kita boleh lihat sendiri banyak filem2 keinsafan dari indonesia ditonton tetapi tidak mendatangkan keinsafan yang sebenar.

Saya sendiri tertanya2 adakah nilai hidayah itu boleh disampaikan dengan kerja maksiat ?

Anonymous said...

tutup aurat urusan khilaf ke?
sy tak pandai agama..
ingin bertanya pada yang pandai...
ada sesiapa yang boleh bantu saya...?