|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Peristiwa itu benar-benar memberi kesan kepada emosi dan fikiranku.Aku mengakui ada trauma yang menyelebungi diriku. Aku sedar betapa trauma itu boleh menjejaskan semangatku untuk meneruskan pengajianku. Aku sedar betapa aku tidak boleh mengorbankan cita-cita diriku untuk jadi seorang pejuang,untuk menjadi senjata umat Islam,dan menghancurkan harapan dari individu-individu yang aku kasihi. Aku punya tanggungjawab yang lebih besar dan amanah yang lebih berat menanti di hadapan dan aku tidak mahu peristiwa itu menelan semua hasil usahaku selama ini. Aku sedar betapa aku perlu jadi lebih kuat. Kuat jiwa. Kuat hati.

Kuat semangat menempuh dugaan,kalau diikutkan tidaklah sebesar mana dibandingkan dugaan saudara-saudaraku di Palestin. Mereka dicerobohi tan
ah dan dihalau dari rumah mereka sendiri. Nyawa ahli keluarga melayang dek peluru dan bedilan zionis di hadapan mata mereka sendiri. Atas kesedaran itu aku bertekad untuk bangkit semula dan menghentikan kelam juang ini.

Hari itu hari Isnin iaitu hari ketiga selepas peristiwa itu berlaku. Setelah dua malam aku tidak lena tidur dan menghadapi mimpi-mimpi buruk,aku mula membuat keputusan untuk kembali ke balai polis dan bertemu dengan pegawai polis bernama Shitakata untuk mengubah keterangan aku dan mengaku akan penggunaan nama sahabatku itu.Pegawai itu dengan lembut menyoal aku soalan demi soalan dan mula merekod kembali isi-isi keterangan kes. Aku tahu pastinya tindakan nekad itu memberikan implikasi terhadap diriku,malah hukuman yang menanti akan menjadi lebih berat. Aku tidak pasti bagaimana sistem penghakiman kes di Jepun,namun aku pasti Jepun tidak berkompromi dengan pesalah. Peraturan tetap peraturan dan ia akan terus dijalankan. Itu adalah prinsip di Jepun yang dipegang oleh setiap warganegaranya.

Petang itu pula aku bertemu dengan mangsa yang bernama Shimizu Shouta. Shimizu pemuda Jepun yang sebaya denganku cuma dia pernah mengikuti pengajian di Amerika selama setahun memperlihatkan kematangan dan pengalamannya lebih daripadaku. Dia juga bekerja sambilan secara tetap di samping meneruskan pengajian di universiti yang sama denganku. Bilik apartmennya bersebelahan sahaja dengan bangunan tempat aku tinggal. Aku berbincangkan soal gantirugi yang perlu aku bayar pa
danya. Ya, memang aku tidak dapat elak untuk membayar dengan harga tinggi kerana aku sememangnya pesalah.Dia juga meluahkan simpati pada diriku kerana aku mungkin akan dikenakan denda yang mahal juga selepas ini oleh pihak mahkamah walaupun tidak mendapat maklumbalas dari pihak polis mengenai hal itu. Aku sememangnya sedikit lega selepas menyelesaikan semuanya dengan kejujuran. Cuma apa yang membebankan aku selepas ini adalah untuk berhutang atau meminjam wang untuk membayar segala gantirugi dan denda. Senior aku berkata kepadaku," Duit boleh cari tapi peluang belajar bukan senang untuk dapat. Selesaikan masalah ini dengan segera supaya tak ganggu pembelajaran,jangan sampai terjejas."

aku juga asyik terkenang-kenangkan nasihat dan galakan dari pegawai polis bernama Shitakata itu kepadaku, "Sekarang awak menghadapi masalah berat bukan?" aku menjawab dengan lemah,"ya". Dia menyambung,"adakah awak mahu lari dari masalah ini?". Aku geleng sambil getap bibir."Mengambil tanggungjawab untuk menebus kesalahan adalah penting. selepas ini awak berusahalah bersungguh-sungguh dalam pelajaran di universiti. jangan mengalah dengan dugaan berat. Semoga berjaya." Dia melemparkan senyuman. Namun aku sedar dia sendiri tidak dapat untuk menolong aku lebih dari itu,mungkin galakan itu cukup buat aku jadi lebih insaf kini,dan aku akan cuba bangkit dari trauma ini.

Esok Shitakata akan kembali menemui aku di tempat peristiwa berlaku untuk meneruskan siasatan berhubung kes itu. Betapa telitinya pegawai polis di Jepun ini menjalankan kerja-kerja mereka dan mungkin juga mereka teliti kerana aku bukan warganegara Jepun dan aku ialah orang asing.Aku tidak kisah lagi berapa kali akan dipanggil oleh pegawai polis itu untuk membantu siasatan,dan aku sudah tidak kisah lagi andai dicemuh oleh rakan-rakan sekeliling kerana kesilapan aku itu,aku menerima semua ini sebahagian proses mematangkan diriku walaupun trauma aku masih belum pulih sepenuhnya.

Walaupun masalah ini masih belum selesai dan banyak lagi urusan yang perlu dilakukan,namun bolehlah aku anggap bahawa perjuangan aku tidak akan kelam begitu sahaja. Aku masih ada ruang yang terbuka untuk aku kembali menapak dalam kedudukan selesa seperti sebelumnya.

Sokongan dari raka
n-rakan dunia maya juga sedikit sebanyak mempengaruhi tekad aku untuk bangkit menyelesaikan masalah ini dengan kekuatan semangat yang terbina walaupun ia di gagahkan dari sebuah perasaan trauma yang menyelubungi diriku.

Mungkin kes ini akan mempengaruhi sedikit perjalanan perjuangan ini namun tidak akan ia kelamkan perjuanganku. Aku tidak akan sama sekali benarkan perkara itu berlaku. Juangku tak kan kelam begitu sahaja!!
Terima kasih buat kalian yang menyokong. Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa kalian.

tamat entri kelamjuangku.

6 komentar:

Dyat said...

salam,

semangat sikit bila baca posting ni...perjuangan masih belum selesai =)

mfrstudio said...

thanx bro! =D

Syabab Musafir Kasih said...

aku sungguh kagum dengan dirimu itu kerna dari bidang engineering kamu menceburkan diri dalam industri perjuangan dan d.a.k.w.a.h. pula..
ustaz engin..hoho

mfrstudio said...

aku bukan ustaz lah dee.. jangan salah memahami.tiada "bicara agama" di sini. :)

mfrstudio said...

terima kasih. :) kunjungan anda satu dorongan buat diriku. :)

Ummu Yazid said...

teruskan berjuang
la tahzan..
walaupun tiada entry agama
namun nukilan ikhlas dari hati
bisa menyentuh hati nurani manusia
insya Allah
Allah ma'ana..
doa dari shbt dunia dan akhirat bersama
insya allah