|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
from: mfr studio
to: dondaniyal@kuis.edu.my
date: Tue, Nov 4, 2014 at 2:59 PM
subject: Dalil Mengharuskan Watak Buka Aurat Dilukis Dalam Komik




Assalamualaikum Ustaz Don.

Nama saya, Muhammad Fakhrul Razi baru saja membeli Komik Don Nation dan mengkhatamnya.

Dalam komik tersebut, watak Aeishah telah sengaja dilukis tanpa menutup aurat walaupun inspirasi watak realitinya bertudung seperti yang diterangkan dalam muka surat 4 pengenalan watak komik.

Soalan saya, apakah dalil yang dipegang oleh Ustaz Don dalam mengharuskan watak buka aurat dilukis dalam komik?

Perkongsian dan pencerahan ustaz akan dalil penghujahan keharusan melukis watak buka aurat amat membantu saya dalam memahami hukum melukis komik dalam Islam.

Ini kerana saya juga berusaha menyampaikan mesej dakwah dalam komik-komik online yang saya usahakan seperti di sini: http://contengmfr.blogspot.com/p/katalog-komik-di-g.html

Saya amat menghargai jawapan ustaz nanti. Semoga Allah memberkati ilmu yang dicurahkan dan merahmati ustaz sentiasa.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Fakhrul Razi
mfr studio

0 komentar: