|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

(ENTRI INI ADALAH PENGUBAHSUAIAN TULISAN SEORANG USTAZ DI INTERNET. IA BOLEH DIANGGAP SARKASTIK, DAN IA JUGA BOLEH DIANGGAP BERMANFAAT BAGI YANG MAHU AMBIL MANFAAT. SAYA MEMANG SENGAJA MENGUBAH TULISANNYA SUPAYA GAYA BAHASANYA YANG INDAH DAN HIKMAH ITU DAPAT DIAMBIL MANFAAT OLEH PENGUSAHA INDUSTRI HIBURAN DAKWAH)


"Mfr, apakah boleh dikira darurat untuk kami hadir ke lokasi penggambaran drama dakwah bagi melakonkan watak muslimat sesat yang berpakaian seksi mendedahkan paha dan duduk bersilang di depan watak ustaz hensem lagi comel?” tanya sekumpulan pelakon-pelakon muslimat yang free hair dan seksi.

“Dah jauh benar soalan itu pergi” saya membalas.

“Jauh macam mana Mfr?” salah seorang mereka meminta penjelasan.

“Tidak perlu sampai mahu menggunakan peruntukan darurat. Mungkin kehadiran antuma ke penggambaran itu tidak perlu pun. Asalkan kalian ada keberanian membawa isu ini ke perbincangan,” saya menjawab.

“Hmm!” keluh si anak muda gadis free hair genit itu. Dalam fikirannya.

“Sudah dibawa ke perbincangan?” saya mahukan kepastian.

“Belum” kata si penyoal tadi.

“Saya yakin, kalau antuma bawa isu ini kepada perbincangan tentu ada penyelesaian yang lebih baik. Kita tidak hadir ke penggambaran drama itu bukan kerana tidak menyokong dakwah, tetapi kerana ia usaha yang menyuruh kepada mungkar yang dimarahi Allah s.w.t, maka Islam menegah kita menyertainya. Kita menghormati mana-mana ustaz atau pendakwah yang gigih mahu berdakwah dengan drama.Tapi batasan syarak kena dijaga. Berlakon dibuat dengan tertib dan tidak mempersendakan agama walaupun dengan lakonan. Itu patut dijelaskan,” saya memberi cadangan.

“Betul juga” katanya.

CATATAN DI DALAM INTERNET

Lama dahulu, semasa saya menulis-nulis blog, sekumpulan pelajar Malaysia di bidang penggambaran drama dan filem meminta pandangan saya tentang masalah yang mereka hadapi. Para pelajar ini dikehendaki menghasilkan sebuah filem pendek perihal masalah keruntuhan akhlak remaja dewasa ini.

Selalunya, saya akan mencadangkan kepada para pelajar agar mereka bertindak proaktif, memanfaatkan profesionalisma dalam institusi pengajian tinggi. Biasanya, jika hal ini dibincangkan secara baik dan kita pula membuat sedikit homework untuk menyediakan kertas kerja yang boleh dirujuk, permintaan untuk membuat filem pendek yang mencampur unsur-unsur batil dan kerja-kerja berlakon penuh maksiat dapat ditolak dan menggantikannya dengan lakonan islami tidak menjadi masalah.

Itulah khasiatnya bersikap proaktif.

Jangan reaktif, melatah atau bertindak melulu.

Sama juga dengan isu tuntutan berlakon secara islami dalam drama dakwah atau filem dakwah. Andai timbul sebarang isu, selalunya ia selesai dengan perbincangan dengan membawa sekali para alim ulama bersama.

CATATAN DI BLOG DAKWAH

Akan tetapi, keadaan yang sama, ada perbezaannya di blog-blog dakwah kelolaan beberapa tokoh ustaz.

Saya berperasaan yang bercampur aduk di antara sedih dan marah apabila sering membaca komen mahasiswa dan mahasiswi yang terpengaruh dengan puak-puak yang mengatakan adalah logik dan boleh diterima akal watak-watak seksi dilakonkan oleh muslimat kita yang kurang pengetahuan agama yang sudah banyak dosa, dimanfaatkan dirinya yang berdosa pada Tuhan digunakan demi manfaat dakwah dengan dia disuruh berlakon sebagai seksi mendedah pangkal dada dan keseluruhan paha untuk ditonjolkan di dalam drama dakwah.

Pelajar sekolah filem sering terbelenggu oleh dilema permintaan masyarakat yang islami yang menginginkan lakonan berlandaskan syarak dan masyarakat nifaqi yang mahukan lakonan dilakonkan seumpama realiti dengan penonjolan aurat diterima secara tasamuh berlapang dada . Alasan yang diberikan sangat tipikal. Seperti biasa, tak mungkin dalam dunia realiti semua wanita menutup aurat dan beriman, malah watak seorang sesat mestilah ditonjolkan imej sesatnya dengan meraikan penonjolan bentuk buah dada dan warna kulit paha sebagai bukti pendosaan yang terang kepada Allah s.w.t.

Kesemua alasan itu bukan tiada jalan keluarnya.

Namun, apa yang menimbulkan kedukacitaan ialah apabila pihak penerbit, pengarah, penulis skrip atau pemberi idea asal tidak mahu berfikir qurani malah ada pengusaha industri TIDAK AKAN SEKALI-KALI meminda corak lakonan dakwah kepada islami kerana percaya kepada teori genre-genre yang perlu ditaati dan diimani untuk maslahat dakwah islami.

Semua orang faham, bahawa sehingga tahun 2009 ini, banyak drama-drama di televisyen mahupun filem-filem melayu yang sudah berminat mengambil tema islam dan soal dosa pahala diketengahkan sebagai isu dalam cerita mereka. Namun mereka tetap mengambil jalan lakonan yang sekular iaitu dengan berpura-pura tak tahu larangan Allah s.w.t dalam proses penggambaran dan melanggar larangan itu semampu daya sebagai tanda mereka komited dengan realisme. Akan tetapi, para pengusaha drama dan filem yang berpendidikan sekular ini mungkin sudah tidak mengikuti perkembangan semasa di dalam dunia perfileman, bahawa persoalan aurat yang merupakan perintah Allah ini bukan lagi suatu taboo malah boleh ditaati dalam lakonan tanpa sedikit pun terjejasnya isi cerita, hanya perlukan sedikit kreativiti dan kemahuan pada agama dalam diri saja.

Sudah tentu, apa yang kita maksudkan di sini adalah pemakaian tudung kepala dan baju lengan panjang oleh para pelakon muslimat kita sebagai tuntutan asas dalam agama. Ada pun pemakaian purdah macam watak Aishah dalam ayat-ayat cinta atau Aliya dalam Nur Kasih, ia adalah pilihan yang boleh diterapkan dan kita tak paksa pun kena ada watak berpurdah.

LEMAH SEMANGAT

Ada pelajar filem dan pengusaha drama filem yang patah semangat untuk terus memperjuangkan lakonan islami dan mahu berhenti sahaja kerana tiada perangsang dan sokongan baik dari peminat mahupun pendakwah sendiri yang memerlukan mereka untuk memasukkan watak seksi.

Akan tetapi saya cuba memujuk mereka agar tidak mengalah. Sebaliknya usahakan perbincangan selagi ada ruang untuk isu ini diperbincangkan. Kita tiada medan getir seperti perjuangan srikandi Islam di era Khadijah atau Khansa’ . Justeru terimalah sedikit kesusahan ini sebagai sebahagian daripada perjuangan. Biar pun agak mengaibkan untuk berfikir, kita terpaksa berjuang di Malaysia untuk mendapat lakonan bertudung 100%!

Saya sarankan mereka bertindak mengusulkan perbincangan. Nyatakan dalam bahasa yang profesional, kedudukan tudung di dalam Islam, bagaimanakah saranan anda untuk mengatasi kekhuatiran faktor kerugian drama dan filem tak dapat dijual yang terpaksa ditanggung oleh pihak pengusaha, atau di pihak pelakon sendiri, dengan kata kuncinya, PROAKTIF. Buat sedikit kaji selidik dengan meneliti integriti dan kompetensi drama dan filem dakwah yang memaparkan gadis bertudung di dalam dunia drama dan filem yang memberikan kelainan dan kreativiti untuk mentaati perintah agama untuk bertudung (menutup aurat) ini di dalam dan luar negara. Analisa sejauh mana benarnya dakwaan tudung dan mentaati syarak sebagai suatu ancaman keuntungan drama atau filem itu terjejas.

Namun, jika pihak pengusaha drama dan filem berdegil, bersikap tertutup dan enggan membuka meja rundingan, saya cadangkan agar isu ini diajukan ke badan-badan agama dan majlis fatwa untuk dinilai daripada aspek hukum.

Apakah pihak pengusaha drama dan filem mempunyai HAK untuk menyekat pelakonnya untuk tidak buat maksiat dan terpaksa berlakon seksi kerana mereka seksi di luar set penggambaran? Khidmat nasihat boleh diperolehi daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jamaah Islah Malaysia (JIM) , Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) , Parti Islam SeMalaysia (PAS), Hizbut Tahrir Malaysia, Syura Markaz Sri Petaling, PERKIM, YADIM, PUM, DAMAI, PERKID, PEKIDA, UMNO, PKR, dan lain-lain organisasi yang ada kemahuan pada Islam.

Jika perlu, isu ini juga wajar dibawa ke Parlimen melalui wakil-wakil rakyat kerana perbuatan menyekat pelakon seksi daripada tidak mahu berlakon seksi dan disekat kemahuan mereka belajar menutup aurat adalah jenayah yang amat serius, bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi di Malaysia serta mencabuli hak kebebasan beragama.

DRAMA DAN FILEM HARAM

Seandainya tiada perubahan berlaku, saya kira ada kewajaran untuk drama atau filem sama ada arus perdana mahu pun indipenden yang menonjolkan lakonan melibatkan orang islam lelaki atau perempuan sebagai DRAMA/FILEM HALAL atau DRAMA/FILEM HARAM, sebagai panduan kepada orang ramai. Drama/Filem yang mempunyai lakonan sengaja membiarkan penonjolan aurat pelakonnya biar atas nama apa sekali pun, harus dilabelkan HARAM bagi Muslim menonton atau mempromosinya apatah lagi ditunjuk pada anak mereka di rumah di waktu bulan Ramadhan pula, di waktu sahur dan berbuka pula tu, astaghfirullah.

Islamophobia bukan hanya penyakit di Eropah, Amerika, atau negara Barat lain.

Di tanah umat Islam ini juga, ada sindrom bangga untuk lebih kuffar dari kafir.

Suatu kemalangan ke atas umat!



38 komentar:

Anonymous said...

Salam buat MFR
Membaca komentar anda ada kebenarannya, filem-filem di Iran sekalipun bahkan mungkin filem hebat hollywood seperti Saving Private Ryan (sekadar contoh) adalah bukti bahawa seksi itu bukan satu keperluan untuk melahirkan filem yang hebat.

Kita tidak mahu akhirnya filem-filem dakwah akan senada dengan filem seperti Rempit, Bohsia, KL Menjerit yang kononnya ingin mendedahkan kepincangan dan memberi ingat kepada masyarakat akan bahaya fenomena tidak sihat itu. Tetapi akhirnya dalam filem yang ditonjolkan hanyalah 5 % babak keinsafan manakala 95% lagi adalah babak rempit.

Maka berbondong-bondonglah perempit tegar ke pawagam untuk menyaksikan kehebatan mereka dilayar, akhirnya pengajaran entah kemana, habuk pun tarak...

Risau bila filem seumpama Cinta Sempurna ditonton bukan untuk mendapatkan pengajaran, tetapi untuk mendapat kepuasan menonton peha bersilang didepan ayah dan ibu, yelah hendak menonton Sex and the City atau Chuck lesen tak dapat, maka filem dakwah Cinta Sempurna akhirnya menjadi medan untuk melepaskan nafsu...

Proaktif adalah kuncinya...

walaubagaimanapun MFR, kenakalan anda dalam memberi teguran amatlah kurang disenangi oleh ramai pihak walaupun mesej itu tepat, belajar-belajarlah untuk berhikmah dan lemah lembut kerana dalam hikmah dan kelembutan itu juga ada tumbukan padu buat hati jitu...

mfrstudio said...

saya tak faham bila orang kata tulisan saya tak lemah lembut. padahal bila saya baca sendiri, sangat lemah lembut sekali intonasi bacaan saya. menusuk ke kalbu sendiri.

macam al quranlah, ayat-ayat ancaman Allah bila diperdengarkan oleh qari begitu sekali sayu dan menginsafkan. tapi bila dibaca ulasan para pemfitnah macam filem FITNA, memang ayat al quran nampak jahat atau keras.

orang yang suka bercakap lemah lembut, dia baca tulisan siapa pun, dia rasa lembut sangat tulisannya. orang yang hatinya memang banyak kekerasan dan dia pun jenis amarah, dia baca tulisan sape pun, dia pikir orang tu macam dia jugak, pemarah atau keras.

entah, pandai-pandailah kome nak hidup.

Anonymous said...

sudah tiba masanya mfr buat drama cntoh.....

mfrstudio said...

inshaAllah. semuanya sudah ada dalam pelan tindakan saya sejak bangku sekolah lagi.

saya bukan sekadar memberitahu, tapi saya ada mahu dan bergerak menuju mampu.

saya bukan saje-saje letak "studio" pada perkataan "mfr" itu.

Anonymous said...

saya setuju... drama yg berbentuk dakwah x perlu adegan2 kurang sihat.. tp kdg2 adegan2 itulah yg menyedarkan kite yg hati batu nie.. krn slps adegan 2 mesti la menyusul adegan yg berintikan dakwah kan?

tapi..

rasanya x perlu ambil tulisan org dan edit..

walau ape yg beliau tulis.. itu adalah pendapatnya..

dan kamu pun ade pendapat kamu juga kan?

xperlu kutuk tulisan org..
tulisan sndri belum tentu bagus sgt kan?

semoga kamu tulis dari hati dan bukan akal semata2 ^^

Allahua'lam~

Anonymous said...

saya ini hanya permasalahan pendekatan sahaja. Benda yang pertama yang perlu kita lihat ialah soal matlamat. Kenapa kita nk buat filem atau drama?. Ok pastinya niat untuk dakwah kerna Allah.

Bagi saya, memang betul kata MFR bab pelakon wanita beraksi seksi kononnya ingin mendedahkan kepincangan dan memberi ingat kepada masyarakat akan bahaya fenomena tidak sihat itu. Namun, itu yg dilihat oleh penerbit atau pengarah yg kurang faham ttg islam. Bila mereka tidak faham ttg islam, maka pendekatannya pun kurang islam wp niatnya baik. Tidak boleh kita hukum mereka begitu sahaja kerna mereka kurang faham.

Apakata kita yg faham ini tunjukkan jalan yang sebaiknya kepada mereka. Jika kita terus-terus salahkan org, maka perkara ini tidak akan selesai. Bukan tugas daei untuk menghukum, tugas daei untuk mengajak dan mendidik.

Berdakwah melalui drama dan filem bukan perkara baru namun ia perlukan perdekatan baru. Bila bicara bab pendekatan ini, kita kena kreatif dalam lingkungan yg dibenarkan syarak terutama dlm adegen memaparkan kerosakan akhlak.

akhirnya, usahlah ubahsuai tulisan orang lain. Mungkin tujuan dia menulis tak sama dengan tujuan anda menulis. Ditakuti nanti maksud sebenar tidak kesampaian. Jika perlu papar tulisannya, lebih elok sertakan sumbernya sekali dan kekalkan keaslian tulisan tersebut. Ini merupakan etika dalam penulisan.

Maafkan saya jika bicara saya menganggu perasaan saudara. Harap saudara berlapang dada ya.

Selamat hari raya aidilfitri saudaraku.

-Ahmad Abdullah

Anonymous said...

Bismillahhirrahmanirrahim..
Moga sahabat terus sihat dan berfikiran waras untuk berdakwah... setelah dibaca tentang 'lebih kuffar dari kafir' saya merasakan ada betulnye.. cume yang kurang betulnya... apabila menggunakan istilah lebih kuffar dari kafir itu sendiri.. kerana bagi saya ia seperti telah mengkafirkan orang islam... dan orang yang mengkafirkan orang islam ni bahaya... Jadi mungkin sahabat dapatlah mencari 'term'yang lebih sesuai. Walaupun saya tahu, saudara berniat baik.. namun dgn tulisan itu mungkin menyebabkan saudara dipandang serong... saya tiada komen untuk yg lain... cuma kalau boleh diubah lebih dari kuffar dari kafir itu lebih baik... terima kasih.. moga Allah merahmati diri kita dan semua umat islam.. semoga kita teros mendapat hidayahNYA..

Anonymous said...

Assalamualaikum... TAHNIAH... Anda memang seorang yang amat kreatif.. Alhamdulillah, saya belajar mengenali Islam sebelum menegenali tulisan anda... Jika saya mbca tulisan anda dahulu, sudah tntu saya sudah bprasangka buruk trhadap Islam.. Ya Allah, jauhkan hambaMu ini dpd fitnah2 terhadap agamaMu yang suci ini...

mfrstudio said...

heh.. rupanya bukan saja isi tulisan ustaz yang saya edit saja mereka tak hadam,isi yang lebih kurang sama yang saya telah edit pun mereka tak mahu hadam.

tak habis-habis dengan tak hikmah.

padahal isi artikel asal tentang isu tudung doktor dan nurse isinya meminta proaktif, isu pelakon muslim juga masih poin yang sama dikekalkan proaktif.

bagaimana proaktif dalam isu doktor dan nurse boleh dianggap hikmah, bernas, suci murni, hebat, bijak sana, tapi bila dialihkan isu kepada pelakon muslim dengan poin yang sama dikekalkan iaitu proaktif, perbincangan, label halal haram dikatakan tidak hikmah pula?

saya mahu puak-puak dan kaum ini lebih menyerlahkan lagi sifat-sifat mereka. saya syor, panggil lagi kawan-kawan macam anda datang ke sini. saya nak tengok macam mana perangai deme.

Anonymous said...

assalamualaikum.
tahniah tuan kerana tuan membawa bakat menulis dan mengkritik tuan fisabilillah.

saya terima yang baik di mana-mana, walaupun ada kontra antara pemikiran tuan dan penulis asal blog kritikan tuan.

tuan, tentang pelan tindakan - saya sangat berminat mengetahui perkembangannya sehingga drama ditanyangkan.

selamat menambah haruman di kaki ramadhan. =)

amiaruzitis@yahoo.com

Anonymous said...

alhamdulillh..ada rs kemahuan untuk mengubah keseluruhan filem/drama/sketsa drp sekular kpd bsifat islami.semoga berjaya mfrstudio!ramai yg menanti drama cth dr anda..!

mfrstudio said...

oh kuffar itu maksudnya orang kafir.

kafir pulak orang kufur.

mungkin salah bahasa arabnya.tapi saya tak kafirkan mana-mana individu.

tajuk saya itu jelas.

suruhan membuka aurat adalah suruhan kufur kepada perintah Allah.

ok, siapa yang iktikad suruhan membuka aurat adalah suruhan keimanan dan ketaqwaan? saya nak tahu siapa. kita boleh berdialog.

Anonymous said...

betul mfr mksudkn tntng ciri perfileman kita yg 'lebih kuffar dari kafir'..tp xperlu smpi mengubahsuai artikel org lain..buknkah lbh molek kiranye anda mwujudkan artikel sndri tanpa merujuk kpd mn2 artikel lain.bila ini blaku, scr xlgsung ayat2 artikel anda akan mengganggu penulis asal artikel yg diubahsuai itu..niat yg baik, cara yg tidak menyenangkan..(jgn smpai seolah-olah ketam mengajar anaknyer bjalan betul..)masing-masing tidak maksum.sbb itu Rasulullah menyarankan kita bdakwah scr hikmah..kalau tidak,jd la spt peribahasa ketam td!

Syabab Masjid said...

Bersikap keras terhadap orang kafir(harbi) dan bersikap lemah lembut sesama muslimin adalah contoh sifat mulia Nabi saw, yg m'jadi ikutan tauladan para sahabat r.a (trmasuklah Saidina Umar r.a) dan sekalian umat Nabi saw yg bertaqwa.

Penggunaan perkataan "Lebih Kuffar dari Kafir" yg ditujukan kpd para penggiat industri hiburan dakwah amat tidak bertepatan dgn sifat mulia Nabi saw ini.

Sungguhpun niat MFR baik utk mengubahsuai tulisan daripada seorang ustaz di internet supaya gaya bahasanya yang indah dan hikmah itu dapat diambil manfaat oleh pengusaha industri hiburan dakwah...

Namun, pasti dan sudah pasti ustaz, penulis asal artikel tsbt mrasa amt t'ganggu, sedih dan marah sehingga t'bawa2 k'dlm mimpi & bercakap di dalam tidur dek krn t'lampau amt memikirkan nya.

Beliau merasakan seolah2 ayat kejam & sarkastik "Lebih Kuffar dari Kafir" tsbt ditujukan kepada artikel beliau (atau peribadi beliau sendiri).

Ini krn beliau sendiri prnah terlibat sbg penulis skrip kpd salah sebuah filem b'unsurkan dakwah yg sdkt sbyk tlh m'cetuskan kontroversi bru2 ini.

Namun, beliau dan penerbit menyatakan kekesalan yg amt krn mrk tiada di lokasi penggambaran dan rakaman aksi yg tidak disangka2 itu juga dibuat dgn sangat tergesa-gesa.

(Pihak penyunting filem dan Lembaga penapisan filem jg mgkin tdk memainkan peranan nya yg sewajarnya dlm memastikan kualiti filem dakwah tsbt)

Mgkin pihak MFR tidak berniat atau terdetik walau sezarah pn utk mengguris hati penulis asal artikel tsbt, namun sewajarnya pihak MFR memohon kemaafan samada scr terbuka atau tertutup scr langsung kpd alFadhil ustaz, penulis asal artikel tsbt, demi menjernihkan kekeruhan dan mengembalikan ketenangan di pnghujung Ramadhan yg penuh barakah & menjelang ketibaan Aildilfitri yg mulia ini.

p/s : Ana hrp komen ini diluluskan & tmasuk dlm kategori kritikan membina, teguran berhikmah seterusnya memberi manfaat kpd antum, pihak MFR dgn niat utk menyatukan dua saudara seislam yg berselisih fhm..Jazakumullahu khayral jaza'.

mfrstudio said...

ya.. nantikan drama/filem/animasi/sketsa/teater islami dari mfrstudio!

ya, kita ini terus menanti. menanti orang buat itu dan ini. berpeluk tubuh menantilah kita.

apa nak risau, mfr akan buat semuanya. dialah akan ubah politik, ubah sistem pendidikan, ubah ekonomi, ubah industri hiburan.

ya teruskan menanti, jangan bekerja dan berusaha sendiri. nanti saya tak dapat bolot menjadi pejuang islam berbakti di akhir zaman.

mfrstudio said...

ish ish.. susah rupanya nak paham yer.

1. tolong quotekan saya mengkafirkan mana-mana individu. saya sebut tentang suruhan membuka aurat itu lebih kuffar dari kafir. tolong buktikan suruhan membuka aurat adalah sunnah nabi s.a.w atau amalan para solihin, atau sekurang-kurangnya harus mahupun makruh saja.

2. mengapa saya edit tulisan ustaz itu? ini dah baca ke belum tulisan ustaz itu? ish, saya letak link nya di atas sejak first time saya publish.pergilah baca sana.

bagi yang dah baca, paham ke tidak tulisan ustaz tu?

meh saya bagi poin:

1. ustaz tu sedih kenapa Malaysia negara islam tak bagi muslimat yang kita kasihi memakai tudung semasa jadi nurse, doktor atau pelajar medik.

2. ustaz tu suruh perbincangan dibuat, malah dirujuk pada badan2 agama, malah ustaz tu jugak syorkan isu ni dibawa oleh wakil rakyat di parlimen, kerana suruh muslimat kita buka aurat adalah isu besar dan serius.

3. ustaz tu cadangkan juga, dah susah sangat kalau tak nak berubah untuk tutup aurat muslimat kita , labelkan saja universiti medik tu universiti halal dan universiti haram. senang kita faham mana yang nak ikut syariah, mana yang tak nak.

hah, saya nampak semua poin ustaz tu amat tepat juga dialihkan pada isu pelakon muslimat dalam drama dakwah. nak saya tuliskan juga ke kalau poin tu dah beralih jadi ape?

meh la, kesian saya tengok.

ini poin yang dialihkan @ hasil artikel yang saya edit:

1. saya sedih kenapa Malaysia negara islam tak bagi muslimat yang kita kasihi memakai tudung semasa jadi pelakon dalam drama dakwah.

2.saya suruh perbincangan dibuat (bukan senyap dan senyum saja pelakon buka aurat dalam drama dakwah malah diucap syabas pulak), malah dirujuk pada badan2 agama, malah saya jugak syorkan isu ni dibawa oleh wakil rakyat di parlimen, kerana suruh muslimat kita buka aurat adalah isu besar dan serius.

3. saya cadangkan juga, dah susah sangat kalau tak nak berubah untuk tutup aurat muslimat kita , labelkan saja drama/filem tu drama/filem halal dan drama/filem haram. senang kita faham mana yang nak ikut syariah, mana yang tak nak.

saya bukan saja-saja je edit tulisan ustaz tu. sebab stand ustaz tu semacam berbeza dalam lapangan berbeza,padahal boleh disamakan dan dikonsistenkan perjuangannya, tapi mengapa tidak?

saya bukan tak mampu tulis. bila saya tulis sendiri orang kata saya punya mesej tak hikmah, menakutkan, dan memalukan islam. sekarang saya gunakan poin dan prinsip sama dengan ustaz tu, cuma dialihkan saja perjuangan tudung nurse/doktor kepada perjuangan pelakon drama/filem. memang saya nak tengok siapa yang bukan main sokong kalau nurse doktor pakai tudung, tapi bila pelakon muslimat nak disuruh pakai tudung dia melenting konon takut islam menjadi malu, keras , tak hikmah. podah

mfrstudio said...

(saya boldkan tulisan syabab masjid di bawah dan respon padanya)

Namun, pasti dan sudah pasti ustaz, penulis asal artikel tsbt mrasa amt t'ganggu, sedih dan marah sehingga t'bawa2 k'dlm mimpi & bercakap di dalam tidur dek krn t'lampau amt memikirkan nya.

Beliau merasakan seolah2 ayat kejam & sarkastik "Lebih Kuffar dari Kafir" tsbt ditujukan kepada artikel beliau (atau peribadi beliau sendiri).


-ha? biar betul! setahu saya ustaz hasrizal cukup memperjuangkan muslimat ditutup aurat. sedangkan tulisan saya berkisar tentang golongan yang menyuruh muslimat kita berlakon seksi dalam drama dakwah. saya sebutkan suruhan membuka aurat itulah lebih kuffar dari kafir.

macam mana pula ustaz hasrizal pula akan sedih, marah, terasa hati? tak faham saya. atau anda yang iktikad dalam hati ustaz hasrizal memperjuangkan buka aurat dan seksi?

anda ni dah baca ke belum tulisan asal artikel ni. ustaz hasrizal berbicara soal perjuangan untuk menutup aurat nurse,doktor, dan pelajar medik. saya pula memperjuangkan penutupan aurat pelakon muslimat kita. tak ada langsung perselisihan.

perselisihan saya adalah dengan puak-puak yang marah betul bila saya seru supaya semua pelakon muslimat tutup aurat. saya berperang dengan puak nilah, bukan dengan ustaz hasrizal. saya ingat semua orang dah paham dah. ada lagi orang masjid yang tak paham ni apekebendenye. dah kaji ke belum. takpe, kaji pelan-pelan.

Ini krn beliau sendiri prnah terlibat sbg penulis skrip kpd salah sebuah filem b'unsurkan dakwah yg sdkt sbyk tlh m'cetuskan kontroversi bru2 ini.

Namun, beliau dan penerbit menyatakan kekesalan yg amt krn mrk tiada di lokasi penggambaran dan rakaman aksi yg tidak disangka2 itu juga dibuat dgn sangat tergesa-gesa.

(Pihak penyunting filem dan Lembaga penapisan filem jg mgkin tdk memainkan peranan nya yg sewajarnya dlm memastikan kualiti filem dakwah tsbt)


1. bila masa pulak ustaz hasrizal jadi penulis skrip? ini pendustaan. penglibatan ustaz hasrizal hanya 2% sahaja dalam drama tersebut. nak buat apa terasa-terasa ini semua. anda ni betul-betul dah kaji ka isu drama ni. saya nampak macam belum saja.

2.bila masa pulak adegan buka aurat watak muslimat seksi kita dibuat tergesa-gesa? setahu saya pengambilan pelakon sendiri memakan masa, malah penulis skrip sendiri berpuas hati muslimat seksi kita itu terus diseksikan demi dakwah islam suci murni abadi ini.dia kata sebab kena taat dengan genre drama itu.

3.cadangan anda itu bagus juga supaya penapisan dibuat pada semua adegan buka aurat. patutnya letak censored pada semua anggota aurat yang terdedah. boleh kata 97% pendedahan aurat berlaku.mana lebih baik, menunggu censored atau menutup kemas aurat pelakon kita? sebenarnya mereka takkan censored pun, sebab mana ada mereka censored drama atau filem lain pun tentang aurat ini.

Anonymous said...

salam.

how old are you? pls be more mature. i'm not taking any side, i do agree n i know what are you trying to say, but pls, if u want to talk about islam, u should start it with your writing first.

practice what u preach. sarcasm is not the way to potray islamic value any better.

sesama islam sendiri kt perlu bekerjasama. x kira berbeza pandangan dan sebagau. we should complement each other, yg kurang kita sama2 berusaha betulkan.

erm, i'm one of those people that use sarcasm as a way to express myself better. now only i know why my friends hated me for that.

salam.

diZ said...

Salam mfr,
Banyak-banyakkan bersabar dan beristighfar... Ingat yang Allah tahu apa yang terkandung dalam isi hati kita, walau sekecil-kecil lintasan fikiran.... Banyakkan bersabar dan beristighfar...

Saya doakan mfr dapat memanfaatkan ilmu dan kebolehan yang ada kepada umat islam, sama ada yang baru menganut agama suci ini mahupun yang lahirnya dalam islam... jangan kerana tulisan mfr, pelbagai persepsi timbul.. persepsi itu perlu diurus dengan baik.

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Sangat berbeza mesej yang disampaikan di artikel ini berbanding artikel penulis asalnya.

Saya akui, ada banyak loopholes dalam industri perfileman local, baik yang menonjolkan unsur islamic mahupun tidak. Memang susah saya rasa jika seseorang itu mahu menerbitkan drama/filem yang 100% halal. Bukan sahaja untuk mengelakkan adegan2 pergaulan bebas, membuka aurat, malah dari barisan pelakonnya sendiri. Bolehkah wanita mendedahkan dirinya menjadi tatapan umum? Menjadi tarikan masyarakat walhal Rasulullah sendiri menyuruh umatnya menundukkan pandangan? Its a question to ponder upon even to myself.

Another thing is, saya tahu tulisan ustaz ini memang sangat berhikmah yang pasti memberi kesan kepada jiwa. Namun begitu, patutkah seseorang yang dalam dirinya menyala semangat ke arah tajdid untuk membawa perubahan tidak mengambil kira perihal pandangan dan perasaan penulis asal dalam menciplak hasil karyanya sendiri?

Tidakkah anda menyedari dalam usaha untuk menyedarkan orang lain anda sendiri mengguris hati dan perasaan yang hak ke atas tulisan asal ini?

Wajarkah perbuatan ini dan halalkah ia?

Saya sarankan anda berbincang dengan penulis asal mengenai perkara "copyright" ini supaya usaha anda lebih diberkati dan dihargai bukan menyakiti hati pihak yang lain.

Please ponder upon this.

zubaralhadid said...

Assalamualaikum...

Akhuna MFR...Salam perkenalan. Ni kali pertama saya mengunjungi blog akhi. namun setelah baca komen akhi tentang perkara ini, ni nasihat saya buat akhi.Saya faham akhi cuba iqtibas guna perkataan yang sama dengan Buya HAMKA Rahimahullah iaitu 'Lebih Belanda dari Belanda' namun begitu konotasi KAFIR ini memang tersasar dari hala tuju kematian akhi...Akhi INGAT!!! kalau ucapan yang kitatujukan kepada saudara muslim kita itu tidak benar, maka ia akan dilemparkan kepada muka kita kembali. Sah-sah hala tuju kematian akhi juga sudah tersasar kalau perkataan yang akhi lempar kepada tulisan dan penulisnya itu dilempar semula ke wajah akhi. INGAT juga bahawasanya para Malaikat akan mendoakan sesuatu kebaikan apabila kita mendoakan kebaikan untuk saudara kita dengan kata-kata "Wa Laka Mithlu Ma Da'awta". Saya khuatir tatkala akhi mengatakan lebih kuffar dari kafir itu, Malaikat turut doa kat akhi "Wa Laka Mithlu Ma Da'awta" (kepada kamu juga seumpama yang engkau doakan). Astaghfirullah....

P/S : Sekadar ingatan...BLOG, FB dll adalah hasil kreatif bangsa Yahudi. Tak SALAH kita guna dan manfaatkannya tapi yang SALAH adalah menggunakannya sebagai senjata untuk memusuhi sesama ISLAM!!!

_ZUBARALHADID_

Anonymous said...

macam mana pula ustaz hasrizal pula akan sedih, marah, terasa hati? tak faham saya. atau anda yang iktikad dalam hati ustaz hasrizal memperjuangkan buka aurat dan seksi?

saya rasa dari sini boleh dibaca bahawa anda tidak pernah bertanya pendapat ustaz hasrizal sendiri dalam menggunakan dan mangubah suai artikelnya. Saya rasa pointnya bukan tentang pandangan ustaz tentang buka/tutup aurat yang dikesalkan di sini, tetapi isu menggunakan karyanya dan mengubah suai isunya menjadikannya sangat sarkastik sehingga penulis asal terasa bahangnya.

One more thing, tidakkah anda tahu penggambaran Cinta sempurna hanya mengambil masa 35 hari? Itulah yang dimaksudkan oleh Syabab Shadid tadi.

Allahua'alam. Marilah berhikmah dalam berdakwah agar kita tidak 'ter'guris perasaan orang yang sepatutnya "on same boat with us".

Anonymous said...

beristighfarlah....orang yang baik takkan sewenang2 nya menghukum orang lain apa lagi menghukum orang lain kafir..berdirilah di depan cermin ketika menulis artikel ini...**sedih dengan orang2 seperti KAMU...

mfrstudio said...

salam buat semua.

1. sila nyatakan siapa yang saya telah kafirkan dalam entri di atas. tolong quote kan supaya saya boleh mengubahnya jika ia terkena pada orang islam lagi mukmin.kalau anda gagal menyatakan siapa telah dikafirkan dalam entri di atas, andalah yang suka menghukum saya mengkafirkan orang islam padahal saya tidak.

2. ustaz hasrizal marah, sedih dan terasa bahangnya itu bagaimana boleh anda tahu mengenainya? adakah ustaz hasrizal bercakap tentang saya di belakang saya? saya tak dapat pun apa-apa mesej dari ustaz hasrizal. entri saya bukan ditujukan kepada ustaz hasrizal, saya dah sebut di awal entri.

saya nak tanya sesuatu, adakah perasaan orang boleh ditentukan oleh orang lain? anda tentukan perasaan ustaz hasrizal dan anda juga tentukan perasaan saya, begitu? saya tahu puak dan kaum ini mereka proksikan ustaz hasrizal, kononnya mereka berjuang melindungi ustaz hasrizal. padahal apa yang mereka perjuangkan pun mereka tak faham sendiri. apa yang saya perjuangkan dalam entri ini dan perjuangan ustaz hasrizal dalam entri beliau adalah sama:

PERJUANGAN UNTUK MENUTUP AURAT MUSLIMAT KITA.

3. Drama Cinta Sempurna mungkin dibuat tergesa-gesa penggambarannya, tapi asasnya bukan tergesa-gesa. banyak sekali perbincangan di adakan, termasuk adakah patut pelakon membuka aurat atau menutup aurat.sebab itu kita faham sangat shila memang watak yang direka untuk seksi, dan najihah adalah watak yang sengaja direka untuk menutup aurat.

bagitahu saya bahawa:

1. penerbit asalnya mahu pelakon muslimat semua menutup aurat dalam setiap episod.

2. penulis skrip asalnya mahu semua pelakon muslimat menutup aurat dalam setiap episod.

3. pengarah mahu asalnya semua pelakon muslimat menutup aurat dalam setiap episod.

4.ustaz hasrizal sendiri asalnya mahu semua pelakon muslimat menutup aurat dalam setiap episod.

sila beritahu saya yang mana satu fakta di atas adalah benar dan sahih?

panggil lagi ramai puak-puak dan kaum anda datang. saya ingin tahu adakah anda redha pelakon muslimat kita buka aurat demi dakwah?

atau alasan darurat? saya nak tahu. panggil lagi ramai-ramai datang, saya tahu beratus orang datang ke entri ini dari facebook.entah apa lah yang dibicarakan dalam facebook tu.mahu juga saya tahu. jadi sila serlahkan diri anda dan iktikad anda di sini.

Banat said...

Seperti yang dinyatakan dlm komen Syabab Syadid tadi, honestly, it is a fact yang ustaz ada menyebut perihal ketidaksenangannya kepada pengubahsuaian artikelnya oleh saudara.

Kerana itulah disarankan anda menghubungi ustaz hasrizal sendiri. Tanya pandangannya. Itu lebih baik.

Allah bless us ameen.

mfrstudio said...

salam Banat.

saya tak faham mengapa ustaz itu perlu nyatakan di belakang saya pada penyokong-penyokongnya, tapi tidak menghubungi saya terus untuk tahu kedudukan sebenar pada siapakah yang dituju entri ini.

tapi saya tak percaya ustaz hasrizal sebodoh itu. saya fikir ustaz hasrizal selalu mengingatkan pembacanya supaya hadam artikelnye sehadam mungkin. mustahil bin ajaib jika ustaz hasrizal sendiri tak menghadam betul-betul isi kandungan entri ini.

ya, drama cinta sempurna adalah antara drama yang saya ingin tegur dalam entri ini. tapi ustaz hasrizal bukan pembikin dan pengusaha drama itu. beliau sendiri kata kaitan beliau dengan drama itu sangat tipis.

saya masih tak percaya ustaz hasrizal sebegitu. saya amat yakin dan iktikad ustaz hasrizal bersama-sama dalam menutup aurat para pelakon muslimat kita.

ustaz hasrizal boleh saja komen di blog ini, daripada cakap dalam facebook yang saya sendiri tak boleh baca. nak buat apa hantar kaum-kaum dan puak yang tak membaca pun. mereka ni memang kerjanya menyerang saja, bukan menghadam.

Banat said...

ustaz hasrizal boleh saja komen di blog ini, daripada cakap dalam facebook yang saya sendiri tak boleh baca. nak buat apa hantar kaum-kaum dan puak yang tak membaca pun. mereka ni memang kerjanya menyerang saja, bukan menghadam.

Innalillah, sampai ke situ prasangka saudara. Apakah setiap komen yang menggalakkan kebaikan dianggap menyerang saudara? Bukan niat saya mahupun kebanyakan komentar disini untuk menyerang, tetapi sebagai pandangan dan nasihat. Ustaz bukan sebagai salah satu nama yang terlibat dalam cerita Cinta Sempurna susah tentu terasa tempias kritikan cerita tersebut. Tidakkah anda juga akan merasa begitu apabila hasil idea anda menjadi kritikan? Jika anda boleh tersalah sangka kami menyerang anda, ustaz juga manusia biasa yang juga boleh tersalah sangka.Pasti dia ada reasoning sendiri tidak terus menghubungi anda mengenai perkara ini.

Jangan tekadkan hati menyangka kami membidas mahupun menyerang, bukanlah itu maksudnya. Buka fikiran, lapangkan dada. :)

mfrstudio said...

salam banat.

saya bukan tuju kepada anta. macam biasa, saya suka tulis tanpa bagitahu pada siapa saya tuju.kaum menyerang tanpa menghadam itu bukan anta.

cuma yang ada keyakinan diri dia faham dia tak terlibat dengan apa yang saya tuju.

dan anda bukan orang yang datang menyerang. anda kaum yang memaklumkan.

siapa pula yang kritik idea asal cinta sempurna? saya kritik pasal penutupan aurat dan syariat. itu sebab saya pilih artikel pasal nurse dan doktor itu. sebab artikel tu bercerita tentang WAJIBnya kita berjuang untuk menutup aurat dan menjaga syariat.

saya cuma pusingkan kepada dunia lakonan pula. supaya kaum-kaum dan puak yang tak ada perasaan untuk PROAKTIF menutup aurat pelakon akan terdetik untuk berjuang menutup aurat pelakon tanpa lemah semangat.

sekian.

Adam said...

salam mfr

saya setuju dgn artikel yg diubahsuai ni, saya faham apa maksud saudara

cuma minta maaf saya tegur, saya rasa mfr agak kurang beradab dlm menjawab komen, tegas mesti tegas tapi terus terang ada kesombongan dalam jawapan komen dari mfr

saya tetap akan Tunggu dan Berdoa yg mfr akan hasilkan drama halal, saya sokong 100%, saya akan Nantikan mfr ubah industri hiburan, saya tak akan buat sendiri kerana itu bukan bidang kepakaran atau minat saya, saya serahkan pada yg arif, tetapi saya akan tumpukan jihad di bidang saya iaitu perubatan, kita ada peranan masing2

all the best.

Anonymous said...

"ustaz hasrizal boleh saja komen di blog ini, daripada cakap dalam facebook yang saya sendiri tak boleh baca. nak buat apa hantar kaum-kaum dan puak yang tak membaca pun. mereka ni memang kerjanya menyerang saja, bukan menghadam."

Buat ape nak komen kat blog ko? Ko yang ciplak artikel dia, ko nak ustaz hasrizal kontek ko? Ko ni gile ke ape? Idealistic. Ko buat la filem melayu yang semua tutup aurat. Kalau x pernah buat, jangan sebut. Dah la org komen die marah2. Gile ke. X gune la blaja agama kalau perangai macam ni.

nabil said...

salam lailatu qadar..
saya pernah bagi satu perumpamaan kat kawan saya tentang teguran dan nasihat.
teguran/nasihat ni macam makanan, kalau dihidang dengan sebaiknya, insya Allah, semua orang takkan ade masalah untuk menjamah dan menghadamnya.
tapi masalahnya bila yang menghidang tu tak reti cara nak hidang, sehingga mendatangkan rasa tidak selesa dan berat hati kepada orang yg dihidangkan makanan tu.
apalagi, kalau makanan tu dibaling terus ke muka, dengan kasar dan biadab, adakah ada lagi manusia yang nak menjamah nasi yang dibaling ke muka mereka sendiri?
sungguh, tulisan saudara ini bukan lah tembakan yang tepat ke sasarannya, malas seperti periuk api dibawah tanah, sesiapa sahaja yang melintas akan dibaham oleh letusannya tanpa mengira mangsa.
semoga saudara mengerti, yang menjadi keluh kesah saudara2 kamu itu bukanlah matlamat kamu, tapi cara saudara mencapai matlamat tersebut. kalau saudara nak orang lain makan hidangan saudara, hidang lah sebaiknya, pelawalah dengan penuh sopan santun, janganlah dibaling makanan itu ke muka sesiapa.
akhuka fillah

Anonymous said...

al-Quran {16:125}

mfrstudio said...

jangan lupa juga al quran (16:126)

Anonymous said...

bismillah...
tiada erti kalah buat saudara... kerna kata pujangga, mengalah xmestinya kalah... mungkin saudara boleh mengalah sedikit... walaupun syaitan diikat, tp ego saudara masih tinggi... kita perlu berbincang, bkn serang mnyerang...

Yang salah kita akui, yang benar kita tegakkan...

benar ape yg saudara cuba sampaikan dalam pengisian blog, tp salahnya apabila ego saudara terlalu tinggi... jadi tenangkan fikiran,bukakan hati, lapangkan dada... moga kita bole terus menjadi ummah yg bersatu bukan meruntuhi...

Moga Islam terus disanjungi dan matlamat kita utk menjadikan islam sebagai rujukan seluruh alam terlaksana...

Alla da bess dan selamat berjuang...

Assalamualaikum..

zan89 said...

Pada Sep 14, 2009 5:58:00 PM
MFR said...

ya.. nantikan drama/filem/animasi/sketsa/teater islami dari mfrstudio!

ya, kita ini terus menanti. menanti orang buat itu dan ini. berpeluk tubuh menantilah kita.

apa nak risau, mfr akan buat semuanya. dialah akan ubah politik, ubah sistem pendidikan, ubah ekonomi, ubah industri hiburan.

ya teruskan menanti, jangan bekerja dan berusaha sendiri. nanti saya tak dapat bolot menjadi pejuang islam berbakti di akhir zaman.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Wahai hamba Allah,tidakkah saudara tersedar bahawa telah terselit sifat takabur dan riyak terhadap perkataan diatas...Astaghfirullah hal azim...Inilah penyakit pendakwah zaman sekarang,terasa diri hebat dan bagus sangat...sampai terlupa untuk menjaga perkara yang paling asas dan penting iaitu keikhlasan hati...Persoalannya adakan amalan/kritikan/tulisan/puisi/hentaman itu akan dinilai oleh Allah sebagai ibadat kalaulah ia tidak berpaksikan niat hanya semata2 kerana Allah?(Bukan ditujukan kpd sesiapa,hanya mahu menimbulkan persoalan..X salah kan?)

*Kalo anda benar2 pejuang islam,approvelah comment ini untuk muhasabah bersama..Kalo x..?Wallahu'Alam.

mfrstudio said...

memang sah tak reti baca.

tak apa, belajar lagi membaca.

itulah namanya bahasa sindiran.

saya tak pasti, kelas bahasa melayu di sekolah dah berhenti ajar seni bahasa sindiran dalam karangankah? pelik saya. dulu cikgu noraini waktu saya form 4 ajar saya awal-awal lagi seni karangan ni.

asasnya banyak sekali sindiran dalam sastera melayu.

ayat suruhan atau pernyataan dalam karangan sindiran , maksudnya adalah bertentangan tetapi dimaklumi orang.ah, cikgu kat sekolah tak mengajar saya pula kena mengajar asas karangan pula.

mfrstudio said...

saya tak pasti tahap penguasaan analisis dan pembacaan orang yang baca blog saya. tapi saya sudi membantu. malas nak buat entri khas, saya bantu di sini saja.
-------------------------------
kaedah membaca komen sindiran berikut:

ya.. nantikan drama/filem/animasi/sketsa/teater islami dari mfrstudio!

ya, kita ini terus menanti. menanti orang buat itu dan ini. berpeluk tubuh menantilah kita.

apa nak risau, mfr akan buat semuanya. dialah akan ubah politik, ubah sistem pendidikan, ubah ekonomi, ubah industri hiburan.

ya teruskan menanti, jangan bekerja dan berusaha sendiri. nanti saya tak dapat bolot menjadi pejuang islam berbakti di akhir zaman.

--------------------------
sebelum saya beri tutorialnya, komen di atas sebenarnya respon kepada komen salah seorang pengunjung seperti berikut:

"alhamdulillh..ada rs kemahuan untuk mengubah keseluruhan filem/drama/sketsa drp sekular kpd bsifat islami.semoga berjaya mfrstudio!ramai yg menanti drama cth dr anda..!"

------------------------------
jawapan ringkas untuk yang dibold di atas: "ramai yg menanti drama cth dr anda..!"

jawapan utama: "mengapa hanya perlu menanti drama contoh dari saya, mengapa tidak kita berusaha sama-sama, atau anda sendiri bergerak juga?"
-------------------------------

tapi saya gunakan karangan sindiran supaya boleh membawa kepada fikir:

berikut adalah tutorial pembedahan komen sindiran tajam (sinisme) saya itu:

1.ya.. nantikan drama/filem/animasi/sketsa/teater islami dari mfrstudio!

teknik mengulang ayat. ayat di atas hanya mengulang poin asas dari komen pengunjung tadi bahawa beliau mahu MENANTI, malah beliau menggunakan frasa "ramai yang menanti". Maka teknik ulangan ini sebagai penegasan poin utama itu bakal disindir selepasnya.

contoh lain adalah seperti berikut:
-Ibu berkata kepada ahmad,"bangun ahmad, dah pagi ni, nanti lambat bangun"
ahmad menjawab,"ibu, nanti lah. ahmad nak tidur sekejap lagi".
ibu membalas,"nanti..nanti..ya, nanti lah sangat"

lihat pengulangan perkataan "nanti" oleh si ibu adalah sindiran kepada jawapan ahmad.

2.ya, kita ini terus menanti. menanti orang buat itu dan ini. berpeluk tubuh menantilah kita.

-fakta fenomena. ayat di atas bukan sindiran, tetapi hanya suatu fakta dari fenomena yang boleh dikaitkan dengan subjek yang ingin disinis.
fenomena "berpeluk tubuh" telah cuba saya kaitkan dengan poin "menanti" tadi.

contoh lain,adalah seperti berikut:

-si ibu menyambung,"ya, nantilah sangat. selalu pun bila dikejut kata nak tidur sekejap, tapi nanti lama sampai tengahhari".

lihat, si ibu cuba menggunakan fakta fenomena si ahmad sering tidur sampai tengahhari.

mfrstudio said...

3.apa nak risau, mfr akan buat semuanya. dialah akan ubah politik, ubah sistem pendidikan, ubah ekonomi, ubah industri hiburan.

sinisme/sindiran kemustahilan. inilah sindiran provokasi untuk membangkitkan rasa tidak setuju pada penyataannya yang mustahil, tapi apabila sudah tidak setuju, terkena pula batang hidung sendiri atas poin awal.

lihat saya mengatakan bahawa mfr akan lakukan semua, padahal itu suatu yang mustahil. maka jika mustahil, apa yang kita fahami, mfr perlukan bantuan dari semua pihak, atau dengan kata lain semua pihak perlu berganding bahu-bersatu melaksana baru berjaya.

contoh lain adalah seperti berikut:
-si ibu sambung lagi,"tak payah bangun langsung, kerja rumah pun biar ibu yang buat, biar ibu tak payah masak,ibu sajalah yang pergi sekolah belajar di kelas"

kenyataan si ibu itu difahami adalah mustahil dan provokasi untuk menimbulkan rasa tidak setuju si ahmad. mana mungkin si ibu tak payah masak, siapa pula akan masak nanti? dan adalah tak logik si ibu akan ke sekolah menggantikan ahmad.

4.ya teruskan menanti, jangan bekerja dan berusaha sendiri. nanti saya tak dapat bolot menjadi pejuang islam berbakti di akhir zaman.

ini juga adalah jenis sinisme/sindiran kemustahilan. penerangan adalah seperti pada nombor 3.

semoga kita semua berazam menjadi pejuang islam yang berbakti di akhir zaman, bukan mfr sorang saja yang perlu jadi.

sekian. selamat belajar adik-adik.