|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

Seks itu asal perkataan melayunya diambil dari kata sex dalam bahasa inggerisnya merujuk kepada jantina.Di sudut yang lain,sex dalam bahasa inggeris juga membawa makna hubungan kelamin.Dalam bahasa melayu jantina itu asal katanya dari kata jantan dan betina.Jantan itu meliputi kaum haiwan dan tumbuhan yang menyumbang benih kepada pasangannya betina untuk dibuahkan zuriat.Adapun perkataan seks dalam bahasa melayu itu tidaklah bermakna jantina sebagaimana bahasa inggeris.Seks dalam bahasa melayu itu hanya merujuk kepada hubungan kelamin manusia atau hubungan persenyawaan dalam.Adapun tentu sekali manusia itu terbahagi kepada lelaki dan perempuan yang mirip jantan dan betina pada haiwan atau tumbuhan.Lelaki akan menyumbangkan benih dalam hubungan seks.Menariknya bahasa melayu ini ialah terkandungnya pelbagai macam nada dalam satu perkataan. Sememangnya perkataan jantan itu merujuk jantina haiwan,namun jantan yang digunakan ke atas manusia bernama lelaki membawa nada yang melambangkan sifat berani,tegas,kuat,gagah,dan penuh kelelakian.

Anak-anak jantan melayu tentunya memahami akan nada yang diberikan kepada mereka itu. Anak-anak jantan itu bertumbuh dari kecil hingga mula remaja dan mengalamilah mereka akan perubahan nafsu seks.Ya,seks itu berteraskan nafsu.Allah s.w.t memberikan nafsu itu kepada manusia dengan hikmah yang luas dan besar.Nafsu mendorong seorang manusia untuk mencari usaha,mempunyai visi dan wawasan,memenuhi tuntutan jasad seperti makan,minum,buang air dan juga seks.Seks merupakan antara tuntutan jasad seorang lelaki yang normal.Keperluannya bagi memastikan lelaki akan menaburkan benih mereka pada perempuan untuk menambah kelangsungan generasi manusia.Allah s.w.t menyusun kitaran alam pada hidup manusia itu sebegitu bagi memberi laluan kepada roh-roh manusia di alam ghaib dapat diuji di dunia ini dengan memiliki jasad.

Seks menyumbang kepada proses mengandung bagi pihak perempuan dan disudahi dengan proses kelahiran bayi.Bayi sebelumnya telah ditentukan jantinanya oleh Kehendak Allah s.w.t dengan Kebijaksanaan Allah s.w.t menyusun unsur genetik bagi menghasilkan kod-kod arahan kepada pertumbuhan bayi sehingga jadilah bayi itu lelaki dengan fisiologi tubuh seorang lelaki dan jadilah bayi itu perempuan dengan fisiologi tubuh perempuan.Ada kala Allah s.w.t cuba menguji hamba-hambaNya dengan menambah atau mengurang keadaan fisiologi itu,namun setelah bayi itu lahir ke dunia,menjadilah tanggungjawab para ibu dan bapa mereka untuk mendidik keadaan bayi-bayi yang pelbagai itu dengan satu panduan iaitu ajaran islam berteraskan al quran dan as sunnah.

Itu kisah bagaimana penulis diajar tentang lelaki dan seks.Dalam tulisan ini,penulis menumpukan kepada kaum penulis sendiri iaitu kaum lelaki,yang tentunya penulis memahami akan kaum ini berikutan penulis sendiri seorang lelaki.

Bayi lelaki akan diajar kesemua ilmu dan hukum-hukum akan hidupnya seorang lelaki.Allah s.w.t telah membezakan lelaki dan perempuan itu dengan sifat-sifat tersendiri,dan begitu juga hukum,peranan dan tugas masing-masing di dunia ini.Pada asasnya lelaki dan perempuan itu tugasnya adalah sama iaitu beribadah dan mentaati Allah jua Rasul.Kemudiannya tugas-tugas itu diperincikan mengikut perbezaan keadaan yang telah Allah tetapkan kepada lelaki dan perempuan.Lelaki itu mempunyai alat kelamin yang berlainan bentuk dengan perempuan sebagai antara bukti tugas lelaki dan perempuan berlainan.Bentuk alat kelamin itu disesuaikan Allah s.w.t kepada tugas dan peranannya seorang lelaki.

Allah s.w.t telah melebihkan darjat lelaki terhadap perempuan itu sebanyak satu darjat bukanlah bertujuan menghina kaum perempuan yang juga makhluk ciptaan Allah s.w.t.Melebihkan darjat lelaki itu supaya lelaki memahami tugas seorang lelaki dan perempuan adalah tidaklah sama.Oleh itu seorang lelaki wajiblah mengetahui peranan dan tugas mereka sebagai lelaki sebagaimana mereka sudah memahami tugas dan peranan alat kelamin mereka.

Seorang lelaki yang tidak ambil peduli akan tugas dan peranan mereka adalah ibarat seorang lelaki yang tidak memahami tugas dan peranan alat kelamin seks mereka.Hari ini ramai lelaki yang melanggar amanah dan tanggungjawab Allah s.w.t kepada mereka dengan pengurniaan darjat mereka yang ditinggikan daripada perempuan itu digunakan di jalan yang salah.Yang anehnya dalam masa mereka lupa akan peranan dan tugas yang diamanahkan Allah kepada seorang lelaki,mereka tidak pula lupa peranan dan tugas alat kelamin mereka yang sentiasa menjadi sarang nafsu.Lelaki mestilah memahami bahawa di atas alat kelamin mereka itu adanya sarang nafsu.Jika sarang itu tidak dibersihkan,maka nafsu akan berakar kukuh atas alat kelamin mereka sehingga mendorong mereka menjadi lelaki bangsat.

lelaki bangsat ialah lelaki yang lupa kepada amanah seorang lelaki tetapi tidak lupa malah tunduk pada alat kelamin yang telah bersarangkan nafsu.Lelaki bangsat biasanya menganggap diri mereka cukup jantan atas keprihatinan mereka kepada tugas dan peranan alat kelamin mereka untuk menjalankan hubungan seks atas permintaan nafsu syahwat yang bergelojak.Jika mereka merasakan kejantanan mereka itu adalah lambang yang dibanggakan,maka kita berikan saja gelaran jantan itu kepada mereka.Namun,seperti yang penulis sebutkan di awal perenggan,bahawa jantan itu nadanya ada banyak di dalam bahasa melayu,dan ketahuilah bahawa jantan yang mereka dambakan itu ialah jantan seks yang bangsat.

Jantan seks yang bangsat tumbuh pada setiap generasi dan pertumbuhan dan perkembangannya adalah antara misi janji syaitan kepada Allah s.w.t untuk menghasut manusia ke lembah kemungkaran dan kekufuran supaya nantinya manusia boleh bersama-sama syaitan diazab di neraka yang membakar liang-liang kulit hingga hangus hitam kemudiannya lebur dan meleleh bak lava.kulit yang terbakar itu terbentuk semula lalu terhiris dan tersiat kulit itu menggelupas menjadi kulit-kulit yang terbakar semula.Kemudiannya akan kebali bertumbuh kulit sekelip mata dan terbakar semula dengan lebih azab hingga tidak tertahan maka tersembul biji mata keluar bergolek dan lidah terjelir hingga menolak anak tekak tercampak dari ruang tekak kerana jeritan azab yang maha dahsyat.Itulah nasib bagi jantan seks yang bangsat dan keseksaan ke atas mereka itu bukanlah suatu kezaliman Allah kepada mereka,tiada mahkamah untuk mereka minta dibicarakan,kerana perbicaraan itu patutnya telah mereka adakan di dunia lagi.

Jantan seks yang bangsat wajar melakukan perbicaraan ke atas kesalahan nafsu syahwat yang tidak terkawal yang memperkudakan alat kelamin menjadi proksi kepada kemungkaran dan maksiat.Setiap manusia yang beriman mempunyai iman sebagai hakim perbicaraan itu dengan peguam pendakwa rayanya ialah akal dan ilmu. nafsu syahwat adalah tertuduh dan syaitan menjadi peguam bela.Manusia beriman tidak akan berkawan dengan syaitan,maka adalah wajar syaitan itu tidak dibenarkan langsung untuk masuk berbicara dalam mahkamah.Jika syaitan berjaya masuk,maka peranan peguam akal dan ilmu untuk menjadi perkasa supaya nanti hakim iman akan kukuh membuat keputusan bagi menjatuhkan hukuman ke atas nafsu syahwat.

Nafsu syahwat itu bukanlah jahat pada asalnya.Namun,jika sudah terpengaruh dengan syaitan maka nafsu syahwat wajar dihukum,dan hukuman yang dikenakan iman wajarlah membersihkan nafsu syahwat dari pengaruh syaitan. Nafsu syahwat tidak akan mati selagi manusia tidak mati.Oleh itu mendidik dn mentarbiyah nafsu syahwat menjadi peranan iman seorang manusia beriman.Lelaki yang tidak mahu menjadi jantan seks yang bangsat wajar mendidik nafsu syahwat masing-masing supaya nanti alat kelamin mereka dapat diurus dan menjalankan tugas dengan bersih,cekap dan amanah.

Hari ini jantan seks yang bangsat sudah berkembang hingga menampakkan kita bahawa mereka sedang membentuk entiti bahaya dalam masyarakat kita umat islam di malaysia.Kita abaikan kaum kufar kerana kaum kufar itu sifatnya memang kufur walaupun sesudah diterangkan dakwah islam.Kaum kufar hanya akan selamat jika Allah s.w.t mengurniakan hidayah.Hidayah dikurniakan jika para pejuang dan daie menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan tabah dan istiqamah.Jika kaum kufar mati tanpa hidayah,maka ke nerakalah mereka semuanya menjadi kayu api neraka.Namun wajib kita meyakini hidayah Allah itu hak Allah secara mutlak,hidayah diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya.Usaha dan tawakkal antara jalan menuju hidayah.

Akan tetapi dalam bab entiti jantan seks yang bangsat yang ada dalam masyarakat islam,mereka ini membarahkan penyakit dan musibah kepada ahli masyarakat.

jantan seks yang bangsat boleh hadir dalam watak ayah,abang atau datuk kepada seorang perempuan.Jantan seks yang bangsat menunjukkan taring kejahilan dan kelaknatan mereka dengan melakukan sumbang mahram ke atas saudara perempuan mereka.Kaum perempuan yang diamanahkan untuk dijaga dan dipelihara oleh kaum lelaki beriman akhirnya dirosakkan oleh jantan seks yang bangsat.

Jantan seks yang bangsat tidak berhenti pada kes-kes begitu sahaja.Mereka juga boleh wujud dalam bentuk suami dan ayah yang mencari ruang-ruang maksiat di rumah-rumah pelacuran.Perempuan-perempuan yang ditindas dan dimanupulasi oleh bapak-bapak ayam najis busuk masyarakat menjadi bahan ratahan nafsu si jantan seks yang bangsat.kerakusan jantan seks yang bangsat dalam kes ini samalah dengan khinzir-khinzir yang menyondol sebarang khinzir betina dalam tempoh mengawan.

Jantan seks yang bangsat juga wujud dalam bentuk remaja-remaja lelaki.Mereka berpesta berseronok yang menunggu sahaja mangsa dari kaum perempuan untuk mereka muncul menjadi jantan seks yang bangsat dalam bentuk nyata.Beberapa penyiasatan penulis terhadap kaum jantan seks yang bangsat yang ada pada jiwa remaja itu menemukan penulis kepada golongan remaja lelaki melayu islam yang rupa mereka bersih dan kacak serta elok rupa parasnya.Rupa paras itu jika dimanfaatkan untuk dakwah islam,dan dihiasi dengan akhlak dan peribadi rasulullah maka alangkah indahnya.Namun,hari ini remaja lelaki yang elok rupa paras ini lebih suka menjadi jantan seks yang bangsat.

Apabila mereka menjadi jantan seks yang bangsat,tugas pertama yang diberikan oleh syaitan kepada mereka ialah mencari perempuan untuk dijadikan habuan nafsu syahwat.Mereka akan cuba mencari perempuan dalam proses yang dipanggil sebagai mengurat atau "tackle". Apabila seorang perempuan sudah dapat dingurat,maka langkah seterusnya adalah mengikat hubungan cinta yang dipanggil sebagai couple.Syaitan akan memberikan beberapa tugasan harian mahupun mingguan seperti menelefon,memberi mesej,dan berjumpa atau berdating sebagai langkah untuk melemakkan habuan mereka.

Perempuan yang sudah dilemakkan itu akan siap siaga untuk dilapah pada saat-saat yang perempuan itu sendiri tidak sedar.Itulah yang disebut oleh alim ulama memesan kepada perempuan dengan pesanan dan ingatan bahawa,"perempuan itu kaum yang lemah".

ingatan para ulama itu bertujuan memastikan perempuan berjaga-jaga dari menjadi habuan jantan seks yang bangsat,dan memberikan ingatan juga kepada kaum lelaki beriman untuk menyelamatkan kaum perempuan mereka dari menjadi habuan si jantan seks yang bangsat.

Jika terlepas,maka si jantan seks yang bangsat akan melapah lemak-lemak habuan mereka dan menyedut segala manis dan madu,seterusnya habis madu sepah dibuang.Habuan-habuan atau mangsa-mangsa si jantan seks yang bangsat akan menanggung sengsara dosa dan akan mengandunglah mereka anak-anak yang tidak berdosa yang lahir sebagai zuriat manusia seperti yang penulis telah terangkan prosesnya di awal bab.

Lazimnya mangsa-mangsa si jantan seks yang bangsat akan menggugurkan kandungan itu,atau membuang dan membunuh anak-anak yang mereka lahirkan.Perbuatan ini hinanya lebih hina dari bangsa hayawan.Adapun bangsa hayawan tidaklah hina mana,kerana bangsa hayawan itu sentiasa berzikir dan taat pada Allah melaksanakan tugas sebagai bangsa hayawan(kaum binatang dan serangga).Mangsa secara otomatik telah bertukar menjadi bangsat juga atas perilaku mereka itu,dan bergembiralah para syaitan di alam ghaib kerana berjayalah mereka membangsatkan anak-anak Adam di kalangan lelaki dan perempuan.

Jantan seks yang bangsat yang sering terhalang dari mendapat habuan rela akan cuba teknik memburu mangsa dengan bertukar bentuk menjadi perogol.Selalunya perogol akan menjadi pembunuh sekali.adapun perogol ini sifatnya sukar dikesan,melainkan setelah terjadi rogol maka barulah dapat dikesan jantan seks yang bangsat yang bertukar bentuk ini.Pihak berkuasa yang bernama polis mungkin boleh menangkap perogol,namun bagi menghentikan perogol dari mendapat mangsa adalah menjadi tanggungjawab hero-hero masyarakat yang bernama kaum lelaki beriman.

Kaum lelaki beriman mestilah menjalankan dakwah kepada saudara-saudara lelaki mereka agar terbendunglah misi syaitan untuk melahirkan si jantan seks yang bangsat.Dan kaum perempuan mestilah menghindarkan diri dari si jantan seks yang bangsat yang boleh bertukar-tukar bentuk macam sesumpah,dan boleh menjadi pelbagai watak dalam kehidupan anda.Elakkan ber couple kerana hubungan couple itu adalah tugasan syaitan kepada si jantan seks yang bangsat.

MAKA AWASLAH KAUM PEREMPUAN! SI JANTAN SEKS YANG BANGSAT MUNGKIN SEDANG BERDATING DENGAN ANDA!

3 komentar:

Dyat said...

salam,

isy isy...
bahaya berdua-dua ni...

kalu dlm akta kampus sy, bleh kna kompaun kalu brdua-dua w/pun kat kafe...

la taqrobuzzina..

wallahumusta'an.

nbn said...

Takut dan ngeri baca entry ni...
....pernah lihat kejadian sebenar terjadi...

Anonymous said...

adik, jadilah lelaki pelindung...kakak doakan...bila pergi Nihon???artikel yang bagus, semoga lebih ramai lelaki mukmin seperti kamu yang lahir untuk melindungi saudara-saudara perempuan kamu.