dengan nama Allah Yang Maha Berkuasa Yang Maha Pemurah Yang Maha Penyayang Yang Menciptakan sekalian makhluk
saya berkira-kira untuk mengarangkan sebuah siri baru bagi siri Remaja Gagah dan saya berikan nama siri ini Pembangunan Remaja Gagah.
Saya bukan remaja gagah.
Namun adalah menjadi suatu kesilapan bagi diri saya andai tidak memperkasakan diri untuk bersama-sama dengan barisan kebangkitan Remaja Gagah yang menjadi impian dan harapan barisan ulama-ulama dan seluruh umat islam.
Para ulama ahlus sunnah wal jamaah telah menaburkan begitu banyak jasa buat kita umat islam di bumi nusantara ini.Menghormati para ulama perlulah menjadi teras kepada pembangunan remaja gagah.Remaja yang mahu menjadi gagah tetapi gagal dalam menghormati para ulama bukanlah remaja gagah yang diimpikan sekalian umat islam pada zaman ini.Umat islam sering berdoa kepada Allah s.w.t untuk didatangkan pertolongan buat merubah suasana umat islam yang ditindas di seluruh dunia islam,dan ketahuilah perubahan yang berkesan dan berpanjangan adalah bergantung kepada pembangunan generasi muda umat islam yang saya gelarkan golongan remaja gagah.
Kita tahu manusia itu lemah.Mana mungkin manusia mampu gagah.Apa tidaknya semua yang ada pada diri manusia adalah pinjaman semata-mata dari Allah s.w.t. Hatta nyawa yang ada pada kita ini juga adalah pinjaman semata-mata.Kita boleh ke hospital atau klinik apabila kita sakit.Kita boleh berubat apabila kita tidak sihat.Namun,untuk mengatakan tujuan kita berubat adalah untuk terus bernyawa adalah suatu yang silap.Tujuan kita berusaha kononnya menggagahkan diri kita yang sakit itu dengan ubat ubatan jika diniatkan untuk terus hidup adalah suatu kesilapan.Mana mungkin kita terus hidup.Kita tidak akan terus terusan hidup kerana kita pasti mati.Jika kita berkata nyawa adalah kepunyaan kita yang mesti dijaga juga adalah silap.Nyawa bukan kepunyaan kita.Nyawa adalah kepunyaan Allah s.w.t.
Begitu juga dengan segala nikmat yang ada pada kita ini semuanya bukan milik kita.Tidak ada satu pun di dunia dan pada makhluk itu milik mereka,semuanya milik Allah s.w.t.
Oleh itu, jika nyawa ini bukan milik kita,maka sebab mengapa kita diajar supaya berusaha mengubat diri kita yang sakit untuk kembali sihat dan gagah? Jawapannya adalah satu sahaja iaitu atas sebab tujuan kita dihidupkan Allah s.w.t dengan meminjamkan segala macam nikmat ini adalah untuk beribadat kepada Allah s.w.t. Beribadat bermakna menyembah Allah s.w.t selayak-layaknya Allah s.w.t sebagai Tuhan Pencipta Yang Esa disembah iaitu dengan mentaati segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya.Berusaha untuk berubat supaya menjadi gagah adalah prasyarat untuk menjalankan ibadah kepada Allah s.w.t. Jika kita lemah dan sakit,maka tentu sekali kita tidak dapat beribadah kepada Allah s.w.t dengan sempurna. Begitu jugalah apabila saya mengucapkan kita mahu membangunkan generasi remaja gagah bukanlah untuk tujuan hidup bermegah-megah di dunia,tetapi semata-mata mahu menjadi hamba Allah s.w.t yang taat.
Remaja pada zaman Rasulullah s.w.t dianggap gagah sehingga mereka sanggup ikut berperang walaupun diri mereka masih muda dan bujang belum menikmati keindahan berumah tangga.Ada juga yang baru berkahwin tidak sempat bersama isteri lagi sudah bersiap memakai baju perang apabila dibunyikan semboyan untuk mempertahankan islam di medan peperangan.
Jika sebentar tadi saya mengatakan kita mesti berusaha mengubat diri kita yang sakit supaya menjadi gagah adalah prasyarat seorang hamba Allah,maka dalam kes yang ini pula pergi berperang mempertahankan islam dengan sanggup luka,sakit dan gugur terkorban dan syahid itu adalah prasyarat seorang remaja gagah.Ini bukti bahawa islam mengajar kita memahami bahawa hidup ini bukan untuk hidup,tapi hidup ini adalah landasan cuma untuk menuju kematian yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
Remaja gagah cemerlang apabila memperkasakan diri dengan ilmu dan kemahiran buat ber'perang' dalam pelbagai bidang di dunia ini,gemilang apabila sanggup menghadapi pelbagai macam musuh dan ancaman walaupun nantinya kita tidak dapat mengecapi keseronokan dan kenikmatan dunia,dan terbilang apabila mati sebagai syuhada sebagai hamba Allah yang disukai dan diredhai Allah s.w.t.
Kita ketahui umat islam sering mengeluh kita tidak cukup tenaga untuk melawan musuh yang menyerang kita dalam pelbagai sudut dan bidang. Dalam bidang ekonomi,umat islam mengeluh kerana kita dipaksa menerima sistem kapitalis yang bermatlamatkan keuntungan dan menjarakkan si kaya dan si miskin.Umat islam mengeluh kita tidak cukup kuat buat melawan pengaruh produk dan keluaran musuh sehingga apabila kita disuruh memboikot barangan musuh,kita mendapati sebahagian besar hidup kita adalah bergantung kepada ekonomi musuh.Umat islam mengeluh tiada tentera-tentera ekonomi yang dapat memperjuangkan keadilan umat islam dan manusia seluruhnya.
Remaja gagah adalah penghidup dan pencerah kepada keluhan itu.
Ekonomi pejuang menggariskan strategi membina pasukan ekonomi remaja gagah yang mampu membenteng umat islam dari serangan ekonomi musuh.Ekonomi pejuang bukan mahu keuntungan.Kegagahan kita dalam berjuang di bidang ekonomi bukan untuk berbangga dengan hasil keuntungan berlipat ganda.Kita bukan mengejar pitis dan wang ringgit.Oleh itu bagaimana ekonomi berjalan andai tiada impian untuk untung? inilah beza ekonomi pejuang yang diperjuangkan oleh barisan remaja gagah dengan sistem kapitalis.
Musuh kapitalis adalah komunis.Komunis menggariskan setiap harta rakyat adalah milik negara.Setiap individu tidak mempunyai jurang tetapi sama rata dengan yang banyak bekerja dan sikit bekerja,semuanya berharta sama.Diri individu itu sendiri adalah hak milik negara.
Ekonomi pejuang bukan ekonomi komunis.Pejuang yang banyak bekerja dan menjadi hartawan boleh memiliki harta mereka tetapi sebahagiannya perlu diserahkan dalam bentuk zakat.Pejuang yang kecundang menjadi miskin akan ditolong dari wang zakat itu.Ekonomi pejuang adalah ekonomi perkongsian.Yang telah ditolong dan dibantu akan menerima isyarat bahawa mereka sedang duduk dalam kelompok kecundang.Maka menjadi kewajipan buat mereka berusaha supaya menambahkan nilai perjuangan dan keluar dari kelompok kecundang itu.Akhirnya kemiskinan terhapus dengan bersemaraknya usaha pejuang-pejuang untuk berkelompok menjadi pejuang yang berjaya.Pejuang-pejuang yang berjaya akan mengurniakan kekayaan mereka ke kepada strategi dalam bidang lain pula.
Bagaimanakah ekonomi pejuang mampu berjaya tanpa menumpukan kepada keuntungan? Bagaimana mahu ada wang dan kekuatan ekonomi andai tidak untung?
Ekonomi pejuang adalah berkenaan dengan memanfaatkan nikmat dan kekuatan yang diberikan Allah s.w.t. Ekonomi pejuang adalah bekerja untuk mensyukuri nikmat Allah s.w.t. Apabila pejuang kecundang yang miskin berada dalam kelompok kecundang,mereka mesti memahami bahawa Allah s.w.t tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Pejuang kecundang akan sentiasa memikirkan kekuatan dan nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka secara sembunyi dan terang.
Pertama, bermulanya ekonomi pejuang adalah dengan berfikir.Berfikir adalah modal utama dalam ekonomi pejuang dan bukannya wang ringgit. Jika pejuang kecundang tidak ada modal berfikir,maka seharusnya pejuang-pejuang itu pergi menemui dengan para pejuang lain untuk mendapatkan berfikir itu dengan bertanya dan berbincang.Bertanyalah.Berbincanglah. Bertanyalah nikmat Allah yang mana lagi yang kita dustai.Berbincanglah jalan mana lagi kita tidak tempuh demi mensyukuri nikmat Allah s.w.t. Dengan proses bertanya dan berbincang itu maka tentu sekali modal berfikir akan timbul.
dengan modal berfikir itu para pejuang kecundang akan mampu melihat kekuatan diri yang boleh mengeluarkan mereka dari kelompok kecundang.Kekuatan itu boleh saja dalam pelbagai bentuk.Ada pejuang diberikan kekuatan dari segi tanah.Maka gunakanlah tanah itu untuk ditanam tumbuh tumbuhan yang boleh dimanfaatkan manusia.Ada yang diberikan kekuatan tubuh badan yang sasa,dapat masuk ke hutan memburu haiwan,dapat ke laut memburu ikan.Ada yang diberikan kekuatan kekreatifan.Diambilnya hasil bumi yang tidak dimahukan orang lagi,untuk dijadikan barang-barang yang boleh dimanfaatkan.Sebagai contoh, diambilnya najis-najis binatang dan dikeringkan menggunakan matahari dan menjadilah baja untuk menyuburkan tanaman buat petani.
Begitulah ekonomi pejuang bermula.Modal utama ekonomi pejuang adalah berfikir.Bicara tentang strategi ekonomi ini sangatlah panjang dan bolehlah diadakan di siri yang berlainan khusus membincangkan akannya.
Adapun di sini,sudahlah kita fahami bahawa dalam bidang ekonomi itu sebenarnya mampu kita adakan sepasukan tentera buat menyelamatkan umat dari diserang musuh secara ekonomi.Maka jika musuh menyerang kita dalam ekonomi,maka bersiaplah kita dengan tentera ekonomi kita sendiri.Jika dalam bidang lain,maka persiaplah tentera kita dalam bidang itu.
Remaja gagah adalah pasukan harapan umat dalam segenap bidang. Umat islam yang terdiri dari para pejuang yang tua-tua telah berusaha zaman berzaman sebelum kelahiran kita para remaja lagi mendirikan kemudahan untuk mempersiapkan pasukan remaja gagah dalam segenap bidang.
Maka didiri sekolah-sekolah,universiti-universiti,dan jadilah si pejuang-pejuang tua sebagai pendidik di sekolah dan universiti itu untuk diajarkan kepada generasi muda.
Hari ini di semua lapangan ilmu generasi muda telah hadir untuk menuntutnya.Akan tetapi bertahun-tahun lamanya sejak kejatuhan khalifah islam,umat islam masih belum boleh berdiri gagah mempertahankan diri mereka dalam segenap bidang.
Dalam ekonomi sahaja,ramai sekali umat islam kecundang dan tewas.Apakah bahayanya jika kita menjadi umat yang kecundang dan tewas? Maka jawapannya yang kecundang dan tewas akan dikuasai musuh.
Dengan penguasaan ekonomi,musuh berjaya menyusup masuk menguasai minda dan jatidiri generasi muda islam.Mereka tawarkan ideologi hedonisme.Ideologi mencari kelazatan hidup di dunia.Maka berbondong-bondong remaja kita masuk menerjah ke dalam ideologi itu.Maka jauhlah mereka dari ajaran agama islam yang suci.Dalam ideologi itu diserapkan lagi ideologi kapitalis,supaya nanti generasi muda islam akan membentuk pasukan kapitalis yang meneruskan hasrat musuh.Ideologi kapitalis adalah ideologi mencari keuntungan dalam perniagaan.Maka secara tidak langsung generasi muda menjadi materialistik. Material diagungkan dan dimuliakan.Siapa yang kaya dan berharta dimegahkan.Tiada perkongsian.Harta adalah jalan untuk berkuasa.Maka apabila harta telah menjadi tuhan,kepimpinan yang berkuasa yang lahir dari generasi muda yang materialistik,kapitalis dan hedonis akan mudah turut menyembah golongan berharta,sehingga terjadilah rasuah.Dengan itu seluruh hidup manusia dikawal oleh putaran penguasaan ini.
Adalah sedih buat umat islam terutama generasi tua dalam melihat senario generasi muda kini. Mereka yang hedonis ada yang kecundang hingga mati dalam keadaan hina,hidup penuh kemaksiatan,merosaknya masyarakat yang dipenuhi noda. Mereka yang kapitalis,bekerja dan berniaga untuk mencari untung,untuk menjadi berharta,untuk mendapat kuasa.Mereka yang materialistik akan belajar untuk bekerja,bekerja untuk berharta,berharta tanpa pedulikan lagi hal-hal perkongsian dan tujuan hidup adalah berbakti dan berjasa dengan menjadi hamba Allah yang tawadhuk.
Inilah remaja yang tidak gagah.Kerana lahirnya mereka tidak menggagahkan umat.Lahirnya mereka tidak mencerahkan harapan umat.Lahirnya mereka cuma membuatkan generasi tua kita yang telah berusaha menangis dan hampa.
Kita bukan mereka. Siapakah yang mampu membangunkan remaja gagah? Jawapannya bukan kerajaan.Bukan pembangkang. Biar banyak projek yang diumumkan kerajaan.Walau banyak bantuan dan peluang yang ditawarkan kerajaan buat remaja,semuanya sia-sia.Biar berbuih mulut pembangkang merencanakan projek-projek dan strategi-strategi bagi mengurus ekonomi dengan lebih baik.Biar melalak pembangkang memperkatakan tentang penyelewengan dan tuntutan untuk melawan penyelewengan.Biar banyak kata-kata pembangkang memuji negeri kita kaya dan berharta.Semuanya sia-sia andai kita tidak membangunkan remaja gagah.Dan mereka kerajaan tidak mampu untuk membangunkan kita.Pembangkang tidak mampu membangunkan kita.Jika kerajaan dan pembangkang masing-masing meminta kita mengundi mereka,undi kita tidak mampu membangunkan kita. tulisan pangkah pada kertas undi tidak mampu membangunkan kita.Siapa yang dapat membangunkan kita? Allah s.w.t mampu membangunkan kita tetapi Allah s.w.t tidak akan berbuat demikian sehingga KITA SENDIRI MEMBANGUNKAN DIRI KITA MENJADI REMAJA GAGAH!
Bagaimana untuk membangunkan diri kita menjadi barisan remaja gagah?
Pertama,kenalilah kekuatan kita.Remaja gagah dalam bidang ekonomi pejuang akan kuat bermodalkan berfikir.Namun,sebelum bermodalkan berfikir itu hanya satu sahaja teras kekuatan remaja gagah,bukan sahaja dalam ekonomi pejuang,malah dalam bidang-bidang yang lain jua,remaja gagah mampu mempersiapkan dengan modal-modal masing-masing jika teras utama kekuatan remaja gagah dapat diwujudkan iaitu IMAN!
Remaja mesti melangkah diri dalam usaha membangunkan diri sebagai barisan remaja gagah yang menjadi harapan umat dengan mempersiapkan diri dengan iman.Kenali diri kita,adakah kita beriman ataupun tidak? Jika kita tidak mempunyai iman kepada ajaran agama kita iaitu mentaati Allah dan Rasul,maka kita tidak dapat merencanakan strategi membangunkan remaja gagah.
Iman mesti dipupuk.Siapakah yang mahir memupuk iman? Itulah kaum ulama. Maka mendekatkan diri dengan kaum ulama adalah satu-satunya cara untuk memupuk iman.Kaum ulama akan mengurniakan para remaja dengan ilmu akan iman.Ilmu itu adalah ilmu agama.Semua ilmu agama menuju iman.Belajar fiqh,belajar syariah,belajar tasawwuf,semuanya menuju iman.Ilmu agama mestilah dituntut dan dikejar oleh remaja gagah.
Dengan kekuatan ilmu dan iman ini,maka barulah boleh menggerakkan diri para remaja untuk terjun dalam bidang-bidang tertentu dan membentuk pasukan tentera menghadapi serangan musuh dalam bidang tersebut.Sebagai contoh bidang ekonomi pejuang untuk menjadi tentera menghadapi musuh yang menyerang secara ekonomi.
Adapun bidang-bidang yang diperlukan untuk diisi remaja gagah itu banyak sekali bidangnya.Jika mahu disebut bidang itu ialah antaranya ekonomi,hiburan,sastera,politik,pendidikan, teknologi, perubatan,alam sekitar dan sebagainya.
bersambung...
Label:
pendidikan,
remaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment