|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
IMAN

Apabila kita berdakwah persoalan iman adalah tonggak dan isu utama. Kita tidak mengajak orang masuk islam tanpa menjelaskan, syarat memeluk islam adalah mengimani kalimah syahadah. Sekadar menyebut kalimah tanpa mengimaninya tapi hanya mahu digelar muslim, mungkin kita tak dapat berbuat apa-apa melainkan terus berterusan menjelaskan iman dan cara hidup islam sebenar pada mualaf itu.

Hari ini kita dapat lihat perkahwinan artis muslim kita dengan bangsa-bangsa asing berjaya menarik mereka memeluk islam. Tapi hakikatnya, artis kita itu cara hidupnya tidak islamik walaupun mungkin kita tak pertikaikan keimanan mereka pada kalimah. Hasilnya, suami atau isteri artis itupun kita lihat masih hidup sepertimana hidup mereka sebelum islam. Artis itu tak ada usaha mengubahnya, kerana hidup dia yang muslim pun hidup cara kafir juga! Maka iman pasangannya sekadar iman menyebut kalimah, bukan iman pada kalimah.

Apabila kita bersaksi tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah s.w.t, maka secara automatik kita bersedia 100% mengikut segala perintah Allah semampu daya. Semampu daya bererti buat apa yang terdaya, berusaha untuk meningkatkan daya bagi mana yang tak berdaya.Bukan buat apa yang terdaya, tapi mana yang tak berdaya dibiarkan terus tak berdaya.Itu bukan cara hidup muslim.

Apabila kita bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruhNya, maka segala syariat dan sunnah yang diajarkan nabi akan kita ikut dan patuh. Kami dengar dan kami taat. Kita tak akan berani melawan sunnah nabi,kalau kita tak berdaya melakukannya. Kita tak suruh orang tinggalkan segala yang sunat ,konon pada pendapat kita islam hanya menyuruh yang wajib sahaja. Kita tak akan ubah-ubah yang wajib, konon pendapat kita islam benarkan tinggal yang wajib jika darurat atau waqi' berbeza. Padahal yang anehnya darurat itu mereka terus meraikannya, malah hidup menyanjungnya. Ada pula yang cuba melebarkan darurat ke wilayah lain. Pelik dan hairan.

DARURAT

Contohnya, suatu ketika dulu hanya ada bank konvensional dan tidak ada bank islam. Kita anggap menggunakan bank itu adalah darurat. Maka sewajarnya kita menggunakan pada keperluan mendesak sahaja. Anehnya, sudah tahu menggunakan bank itu darurat, mereka boleh pula membuat pelaburan dan mengembangkan harta dan saham dan menjadi kaya kerananya. Samalah asas kesnya dengan makan babi. Makan babi itu dibolehkan ketika darurat, untuk mengelak maut dan ketika tidak ada makanan lain.Mereka pula siap masak rendang babi, siap buat babi salai, makan babi goreng dengan nasi dan kicap! Dah ada nasi dan kicap, itu dah menafikan wujudnya darurat untuk makan babi.

Samalah apabila mereka katakan "tidak menutup aurat pelakon" adalah disebabkan darurat yang melanda industri drama dan filem sekarang. Macam bank konvensional, macam makan babilah kononnya, darurat lagi katanya tidak mengapa. Tapi sambil kata tak boleh tutup aurat pelakon, mereka boleh pula tutup sebahagian aurat pelakon dan sesetengah babak, malah ada yang letak watak pelakonnya memakai purdah lagi. Itu dia, purdah pun boleh dipakaikan dalam banyak juga babak, tapi mengapa masih mahu beralasankan hijab atau tudung "terpaksa" dibukakan dalam babak lain atas alasan DARURAT? Saya lihat kes ini sama macam makan babi goreng bersama nasi dan kicap tadilah. Konon TERPAKSA makan babi goreng kerana darurat, tapi boleh pula ada makanan halal sampingan seperti nasi dan kicap. Pelik tapi benar.

Ya, kita tahu perbuatan beralasankan darurat untuk menghalalkan nafsu kita mencapai sesuatu hal keduniaan adalah persoalan iman. Kita tak menafikan isu haq bercampur batil dalam karya drama atau filem umat kita hari ini adalah kerana persoalan iman pembikin drama dan filem itu bermasalah. Kita juga tahu apa yang ada dalam kotak pemikiran pelakon-pelakon muslimin dan muslimat kita yang menguasai lebih 90% industri lakonan tanah air. Senang cerita dunia artis ini, kita tahu kerosakan dan kepincangan iman pesertanya.

TAK KISAH

Apabila mereka ambil gambar berpeluk-pelukan bukan mahram, kita tanya "mengapa ambil gambar berpeluk-peluk?". Apa mereka jawab? "Itu masa majlis hari jadi kawan saya. Jadi kami pun ambil gambar rapat-rapat. Tak ada lebih-lebih pun. Perempuan yang jelir lidah pula dia cuma buat aksi macam itu saja. Tak kena mulut saya pun. Sekadar bergambar." (klik sini)

Hari ini alasan "sekadar bergambar, sekadar sebuah lakonan" adalah dalil aqli yang mereka pakai untuk menghalalkan perbuatan mungkar itu. Ini bukan lagi persoalan iman kerana mereka tak letakkan alasan "darurat" seperti sebelumnya, tapi ini persoalan kejahilan akan batas agama. Kejahilan ini memang tak boleh dinafikan puncanya berbalik semula pada iman. Sebab saya sudah sebut tadi, iman kita kepada Allah adalah bersedia melaksanakan perintahNya semampu daya. Semampu daya bererti buat yang mana terdaya, berusaha meningkatkan daya mana yang tak berdaya. Menambah ilmu pada mana yang jahil. Elak sungguh-sungguh perbuatan mungkar.

Kalau saya bercakap persoalan iman dunia artis ini seolah-olah dunia artis ini macam satu dunia dimensi lain, saya silap. Persoalan dunia artis ini tidak lain tidak bukan adalah persoalan iman keseluruhan masyarakat kita. Saya percaya dunia artis malaysia hari ini sedang diserbu oleh anak-anak muda atau mereka panggil sebagai artis baru. Dari mana datangnya anak-anak muda ini? Tidak lain tidak bukan adalah dari masyarakat kita juga. Kalau anda duduk dalam halaqah orang-orang soleh, anda tidak akan bimbang dengan keadaan umat kita. Tapi jika anda berhadapan dengan umat, bermusafir ke wilayah lain bertemu umat, mengetuk dari pintu ke pintu menziarahi umat, bersapa berbincang dan muzakarah bersama ahli masyarakat, anda tak akan dapat lari dari rasa sedih yang memilukan, rasa benci akan kemungkaran dan dosa yang berleluasa seterusnya akan menggerakkan anda untuk bertindak berusaha membaiki. Itu pun jika anda ada iman.

Selemah-lemah iman terlintas kemungkaran di depannya adalah kebencian kita dalam hati. Maksud selemah-lemah iman, bukanlah maksudnya cukup kita ada iman peringkat itu tapi adalah iman paling asas dan tidak ada lebih bawah dari peringkat itu. Makanya, adakah benci itu dalam hati anda ketika menonton aksi-aksi yang menyedihkan melanda drama dan filem kita? Atau anda selamba badak saja, dan mengatakan "Iman Tak Kisah!". Kepala anda fikir tak kisah, tapi setiap pergerakan hati anda, Allah kisah.

Kita ini nak dapat redha Allah dengan membiarkan hati kita rasa tak kisah dengan kemungkarankah? Alasan, "alah, mereka itu berlakon saja. biarlah mereka buat kerja mereka, kerja kita adalah mengambil mesej yang baik dari lakonan mereka". Saya tak faham bagaimana orang yang ada iman, tak boleh ada rasa bimbang sehingga dia boleh selesa sahaja dan bukannya tak senang duduk sepertimana yang saya faham. Kalau ada banyak pencuri di kawasan kita, kita tak senang duduk bukan? Sebab apa, kita rasa takut pada seksanya kalau harta kita dicuri. Tapi ada tak kalian rasa tak senang duduk apabila dosa dan kemungkaran sudah dianggap biasa dan tak lagi disensitifkan, padahal anda tahu membiarkan dosa berleluasa dalam masyarakat, seksa azab Allah yang pedih itu akan melanda kita juga walaupun hebat mana kita beramal soleh!

CELIK MATA HATI



Tapi hal ini berlaku pada umat hari ini, ada yang hatta jika ditakdirkan mereka dinikahkan dengan seorang artis, dan bini mereka berpeluk dengan pelakon lelaki bukan mahram, mereka akan tak kisah malah menghormati kesudian isterinya untuk dipeluk, dicium dan digomol.Hilangnya sensitif mereka pada iman, pada agama, malah pada naluri kebiasaan seorang suami pun lesap. Orang kafir normal pun ada rasa bengang dan marah juga kalau isteri mereka bermesra, dicium dan digomol lelaki lain. Ini fitrah. Perasaan marah pada benda yang melanggar fitrah adalah biasa dialami oleh yang beriman atau yang tak beriman. Tapi hari ini, yang beriman jadi lebih tak kisah dari yang tak beriman.

Siapakah penonton yang celik mata hati? Dia boleh menonton kononnya orang berkata drama atau filem itu ada pengajaran agung, tapi jika mata hatinya celik dengan iman, mahu atau tak mahu rasa bimbang, rasa tak senang duduk, rasa marah, rasa benci pada kemungkaran akan tercetus apabila dia menyaksikan lakonan muslimin dan muslimat itu dilakukan secara mungkar. Yang tak celik mata hati dengan iman adalah yang duduk rileks,muka selamba badak, berfantasi konon-kononnya watak suami isteri dalam lakonan itu memang watak suami isteri sebenar, melupakan sekejap realitinya pelakon yang berpeluk bercium itu adalah bukan mahram, malah umat islam saudara kita sendiri yang patut kita kasihi mereka dan tak akan biarkan mereka diperkotak katikkan.

Mentang-mentang artis itu banyak berdosa di luar set, kita pula berkata, tak apalah dia sambung buat dosa dalam set penggambaran asalkan aku dapat pengajaran dan mesej positif untuk hidup aku. Ini kegilaan apa pula? Sayangkah tidak kita pada saudara semuslim kita? Kita mahu diri kita sendiri berubah menjadi lebih baik, patutnya itulah sikap kita pada saudara semuslim kita. Kita patut sayang mereka sepertimana kita sayang diri kita. Kalau kita ini tak mahu buat mungkar, kita juga tak mahu saudara kita buat mungkar. Kalau kita ini takut masuk neraka, kita juga akan berusaha selamatkan keluarga dan saudara kita dari api neraka!

ZaffanKhalid menulis di so called iluvislam.com ketika mengulas drama Nur Kasih yang ditontonnya,

Samada melihat orang disekeliling kita, mahupun kita melihat diri sendiri. Seburuk manapun, setiap diri punya kebaikan di dalam hati. Yakinlah.

Ujian datang dan pergi. Mata hati yang celik membuatkan diri mencari. Akhirnya membentuk diri. Sebelum pulang menuju ilahi.

Syaratnya diri sendiri!


Leokid membalas,

Bagus, artikel dan penonton sebegini yang kita mahukan.

Bukan hanya menonton NK semata-mata sebab ternanti2 kecantikan Nur atau ke-hensem-an Adam,

tetapi menonton dengan mata hati yang celik.


Penonton yang menonton dengan mata hati yang celik, mindanya berligat-ligat mencari hikmah, pengajaran, membanding-bandingkan situasi dalam cerita yang ditonton dengan realiti dirinya, mencungkil seribu satu macam persoalan serta berusaha untuk mengaplikasikan 100% manfaat yang boleh diperolehnya dari cerita-cerita mahupun filem-filem seperti ini.

sumber


Anda timbang sendiri, celik apa yang mereka maksudkan. Mata hati apa yang mereka maksudkan. Mereka sayang diri mereka sendiri, tapi kasih sayang mereka pada umat tak sama yang Nabi anjurkan.Mereka tak kisah dengan kemungkaran asalkan diri sendiri dapat faedah. Pergi jahanam saudara mereka dengan dosa, apa mereka peduli. Risau dan bimbang pada umat, kosong. ummati ummati ummati. Kita ini nafsu nafsi nafi nanti nak mati menuju ilahi dengan hati yang mati.

3 komentar:

Anonymous said...

kalaulah ada produser filem yang bertakwa.... pasti ramai yang tertunggu2 bagaimanakah agaknya filem islam yang benar benar islam....

Anonymous said...

msyrkt skarg amat3 kurang n blh dkatakan xde lgsg sensitivti dlm agama..mcmne dorg nk stuju dgn ap yg dkatakan..xrmai yg btol2 clik mata hati tu..na'uzubillah..ana pon xstuju dgn yg dkatakan sdare2 dlm ili tu..doakn kita sume dberikan hdayah spy lbh luas mata hati utk mnilai mana baik n bruk..skadar pndgn..wsslm..

Assiddiq said...

Salam..

Sy stuju sangat.. Berpandukan alquran dan sunnah. Sy pun langsung xberminat cerita Nur Kasih dan berpendpt sperti saudara..

Cuma setiap org ada hujjah dan dalil tersendiri..Semoga yang baik itu ALlah redha dan yg xbaik itu ALlah ampuni dan bimbing kita ke jalan yg selamat..

Sy suka melihat saudara menjawab di "I Luv Islam".. Alhamdulillah.Sikap seperti itulah yg perlu ada dalam etika Berhujjah..Puji-pujian hanya pada ALlah. Moga ALlah selamatkan diri kita dari menjadi hambaNya yg derhaka InsyaALlah..

Etika Berdiskusi Imam Syafie:-
"*Jika engkau adalah org memiliki kelebihan dan pengetahuan tentang pertikaian pendapat orang-orang terdahulu dan org saat ini,berdebatlah dengan org yg engkau ajak berdebat dengan jiwa yg tenang,penuh kearifan,sikap ramah dan hargai pendapat kawan,serta jgnlah bersikap angkuh. Ambillah apa yg engkau anggap baik dan benar,dari lawan-lawan bicaramu,baik yg ramah maupun yg kasar. Dan tunjukkanlah kesungguhan kepada orang-orang di sekitarmu yg menunjukkan bahawa diri mereka paling benar dan suka menyombongkan diri. Sebab sikap emosi dalam suasana seperti itu akan menimbulkan perpecahan dan pemisahan diri."

Salam perkenalan dari saya.. Moga persahabatan kita kekal hingga hari akhirat insyaALlah..