|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
tidak dinafikan semua manusia di dunia ingin berjuang, mahu atau tidak, mereka tetap berjuang, melainkan golongan yang berputus asa dalam hidup dan orang yang membunuh diri atas kekecewaan kehidupan dan takdirnya.

siapa kata yang bisu dan tidak berkata-kata itu bukan pejuang,maka dia sebenarnya ujub pada diri sendiri dengan memandang diri sendiri sahaja adalah pejuang.Mentang-mentang dia berkorban duit dan harta benda untuk terjun dalam dunia politik pembangkang, berceramah road tour seluruh negara, berdemonstrasi berasak-asak dan bertempur dengan polis dan FRU, menulis blog mengutuk kerajaan, merintih-rintih nasib rakyat berkenderaan yang melalui tol yang naik dan harga minyak yang meningkat, atau nasib rakyat kampung-kampung setinggan,maka dia rasa dia sudah cukup berjuang dan dialah pejuang sejati.Dia boleh terus mengaku dirinya pejuang, tetapi dia tak layak merasakan usaha dia itu sudah cukup hebat hingga merasakan orang lain yang tidak bertindak sepertinya adalah bukan pejuang.

aku lebih suka melihat pejuang-pejuang yang tidak menghina orang lain dengan mudah tetapi cukup benci akan sikap-sikap mungkar sehingga dia mempersiapkan dirinya menjauhi segala sikap yang dia celakakan dan bangsatkan seperti dia celaka dan bangsatkan dadah,rasuah, zina,rogol,bunuh, politikusarap, carut-carutan melulu,bidaah membidaah orang yang selain dari jalan mereka, sesat dan kafirkan orang dengan mudah,dan sebagainya. Ya, dia juga tidak setuju dengan banyak hal dan langkah kerajaan,namun dia lebih suka dikenali sebagai pencadang dari menjadi pembangkang. Sebagai seorang pencadang, dia akan bertindak memberi teguran,lalu memberi nasihat seterusnya mencadangkan langkah-langkah penyelesaian atas idea yang dia fikir dan kaji.Ya, dia tak berceramah road tour seluruh negara di atas lori atau trak untuk meminta orang ramai mengundi dia di dalam pilihanraya dan meminta-minta orang menaikkan dirinya sebagai pemimpin. Dia lebih suka berdakwah.Dakwah di sini bererti mengajak kepada yang makruf dan mencegah pada yang mungkar.

Bagaimana dia mengajak pada yang makruf? Ya, mengajak itu banyak cara dan kaedahnya. Ada orang boleh menulis untuk mengajak,seperti orang tua di kampungnya yang menulis di atas papan tanda surau kampung,dengan tulisan "SEMBAHYANGLAH KAMU SEBELUM KAMU DISEMBAHYANGKAN". Mengajak boleh dengan berziarah, bertanya khabar, membelanja kawan makan atau memberikan hadiah-hadiah dan buah tangan sebagai kaedah melembutkan hati sebelum mengajak seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabatnya pada dirinya untuk mengajaknya bersabar dan tabah dalam menghadapi mehnah dunia.Mengajak boleh dengan menunjukkan contoh teladan sebagaimana ayahnya pernah mengajaknya supaya bersungguh-sungguh membaca al quran dan kitab-kitab ulama dengan menunjukkan praktikalnya di depan matanya.Mengajak boleh dengan mengajar dan memberikan anjakan paradigma pada pemikiran dan jiwanya seperti yang sering dilakukan oleh para gurunya.

Dan kadang kala dia terajak untuk sedar dan insaf apabila menonton filem dakwah mahupun membaca komik dakwah, atau mendengar alunan-alunan nasyid yang mengajak untuk selalu tabah berbuat baik walaupun orang membenci kita dan memulaukan kita atas sebab kita pilih menjadi ghuraba dari orang lain atau arus perdana zaman millennium seperti budaya merokok, melepak, mengorat anak gadis, gila bola,tidur bola, makan bola,minum coca cola,menonton dan membaca bahan lucah, budaya hip hop, skinhead, punk, gothic, black metal, rock kapak, blues selamanya, jazz, balada, joget pahang, zapin johor, dan sebagainya.Atas sebab itu dia yakin, mengajak pada yang makruf itu boleh sahaja dengan apa saja metod asal saja tidak melanggar syarak,malah dia cukup teruja dengan kawan-kawannya yang mampu memanfaatkan segala kelebihan mereka untuk mendekatkan para remaja untuk cintakan islam seperti seorang kawannya yang men design corak-corak pada baju, pada poster-poster yang sangat menarik yang terkandung mesej-mesej mengajak pada yang makruf.

Bagaimana pula mencegah mungkar? Jika mengajak pada yang makruf boleh dengan apa saja metod, maka mencegah mungkar mesti seiringan dengan mengajak pada yang makruf itu. Jika seorang tua boleh menulis,"sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" maka boleh sahaja orang tua itu menambah di bawah tulisan itu,"orang yang meninggalkan solat amat berdosa besar,maka janganlah meninggalkan solat". Atau seorang ayah yang boleh menunjukkan contoh teladan membaca al quran dan kitab-kitab ulama pada anaknya, boleh juga menunjukkan contoh teladan dengan menghalang sesiapa dari terjebak dalam kemungkaran seperti menarik tangan pakciknya yang mahu menghisap rokok dan menyebut,"marilah kita tinggalkan budaya merokok",lalu ayahnya menunjukkan contoh teladan dengan meninggalkan budaya merokok.

Sebab itu dia amat yakin berdakwah itu boleh terlaksana oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja, bila-bila sahaja tidak terbatas pada 3 hari, 40 hari mahupun 4 bulan.Dakwah boleh terlaksana oleh seorang pelukis yang melukis, seorang doktor yang merawat, seorang guru yang mengajar, seorang penyanyi yang menyanyi, seorang pensyarah yang bersyarah, seorang blogger yang berblog, seorang petani dan nelayan yang bekerja.Buktinya, pelukis melukiskan sesuatu hingga buat orang tertarik dan terajak untuk berbuat makruf dan meninggalkan mungkar.seorang doktor bukan sahaja memberikan ubat dan penawar pada pesakit, tetapi mengajarkan iktikad yang betul dalam merawat iaitu mengingatkan pesakit bahawa yang menyembuhkan mereka bukan ubat yang diberinya tetapi Allah lah satu-satunya yang mampu menyembuh sebarang penyakit,dan betapa ubat hanya asbab yang diusahakan makhluk diiringi doa dan pengharapan yang tinggi kepada Allah.seorang penyanyi boleh menyanyi atau melagukan ayat quran,atau setidak-tidaknya menasyidkan sebarang mesej-mesej berguna seperti raihan menyanyikan "ingat 5 perkara".seorang blogger boleh menulis, meletakkan gambar,video mahupun audio yang mengandungi mesej-mesej berguna mengajak pembaca dan penjenguk blog untuk berbuat makruf dan meninggalkan mungkar.seorang nelayan boleh berdakwah dengan menunjukkan kecekalan mereka menangkap ikan pada anak-anak mereka yang menghantar mereka ke laut dan menyambut mereka di daratan, sehingga setiap hari anak-anak nelayan itu terharu dan insaf betapa mencari rezeki itu bukanlah mudah, tetapi tetap akan terlaksana oleh mereka yang tabah, bertanggungjawab, amanah, dan ikhlas seperti kasih sayang ayah mereka seorang nelayan yang beriman itu.begitu juga seorang petani yang bercucuk tanam akan berdakwah pada setiap petani yang lain, betapa bumi yang Allah kurniakan mampu membuahkan hasil tanaman yang subur hingga dapat mereka mengutip hasilnya, sebahagian mereka makan,sebahagian yang lain mereka jualkan untuk membeli keperluan lain.

Ya, atas usaha dakwahnya,dia akan nampak pelbagai macam persediaan yang dia perlu siapkan dan betapa banyak sekali tugas untuk dia menaburkan jasa pada saudara dan umatnya,banyak strategi dan perancangan yang dia perlu teliti dan susunkan supaya setiap langkah dan tindakannya bukan membuang masa dan menghabiskan tenaga semata-mata akan tetapi membuahkan penyelesaian buat masalah dan bahaya yang menimpa agama, bangsa,dan negaranya.Oleh itu, apa dia ada masa lagi berdemonstrasi dan bertempur dengan FRU jika dia boleh selesaikan masalah harga tol dan minyak dengan mencari kaedah mengelak menggunakan tol dan minyak yang tersedia? Dia tahu di negaranya ada banyak tanah yang masih belum dikerjakan,maka dia bersiap diri mengumpul ilmu dan modal untuk membeli tanah dan membangunkan tanah supaya dia dapat berbakti pada bumi Allah seterusnya membuka peluang orang lain bekerja bersamanya bagi mencari rezeki dari bumi Allah. Lalu jalan menuju ke tanah yang dia bangunkan itu tiadalah sebarang tol melainkan laluan-laluan jalan darat,air dan udara yang percuma belaka. Betapa fikirannya tidak tersempit dan tersepit dengan memandang minyak petrol semata-mata sumber yang tak dapat dielakkan. Dia bekerjasama dengan beberapa rakannya membangunkan enjin yang tidak menggunakan petrol atau setidak-tidaknya mampu mengurangkan pergantungan pada petrol, menggunakan minyak sawit misalnya, atau air yang tercampur petrol contohnya. Atau dia bangunkan kenderaan-kenderaan menggunakan kuasa elektrik dari elektolisis bateri menggerakkan sayap-sayap seakan helikopter agar kenderaan itu mampu terbang,dan sesungguhnya belum ada manusia di zaman ini yang mampu membina bangunan mengutip tol di udara. Jika ada pun, udara dan langit Allah terbentang luas untuk kita terbang lebih tinggi supaya melepasi setiap halangan tol. Atau dia tidak lokek untuk meminjam teknologi nenek moyangnya bersampan di sungai,malah dia perbesarkan parit-parit bukan saja boleh menampung air bah ketika musim tengkujuh malah mampu menyambung dari satu sungai ke satu sungai sehingga jadilah gabungan parit dan sungai itu satu lingkaran jalan air di negaranya,lalu dia berinovasi atas sampannya supaya lebih pantas berkayuh samada menggunakan kuasa solar atau teknologi putaran kincir aplikasi dari tekanan air yang menampung muatan. Dia bukan sahaja sudah menyelesaikan masalah tol dan minyak, malah dia menjadi pencipta dan pelopor kepada lingkaran jalan air,teknologi sampan laju,dan pertumbuhan industri pelancongan atas sebab dunia luar begitu teruja dengan sistem dan kaedahnya itu. Itu dia cara dia berjuang menyelesaikan masalah,lalu apakah apabila dia berjaya menyelesaikan masalah tol dan minyak itu, maka kalian yang menghabiskan air liur dan jerit pekik terlolong meminta kerajaan berbuat inisiatif tanpa klaian sendiri berinisiatif lebih hebat daripada dia bersama-sama rakannya mengajak orang ramai berinisiatif menjadi pencipta teknologi dan tamadun?

Ya, mungkin dia juga sedih melihat saudara-saudaranya hidup di setinggan lalu rumah mereka diroboh dan dihancurkan, dan dia lebih sedih jika orang yang mendakwa diri mereka pejuang sejati sekadar, menghasut-hasut orang miskin setinggan mengupah peguam untuk bertarung dengan undang-undang bagi menuntut hak yang bukan haq. Atau pejuang sejati yang memberikan beras dan barang makanan lalu ber'dakwah' pada rakyat setinggan dengan 'dakwah' ,"undilah kami dalam piliharaya akan datang kerana kerajaan sekarang zalim merobohkan setinggan , sedangkan kerajaan yang bakal kami bangunkan ialah yang prihatin rakyat dengan memberikan semua rakyat setinggan hak menduduki tanah yang sudah di'setinggan'kan itu,". Mereka menyebut perjuangan mereka itu bukan retorik, tetapi sungguh praktikal dan hebat lagi syabas.Sedang dia berjuang mengajak rakyat setinggan melepaskan diri dari terus menjadi setinggan apatah lagi merebut hak yang bukan haq, lalu mengajak mereka manfaatkan program-program felda yang mampu memberikan mereka tanah malah sudah terbukti di depan mata mereka, zaman yang sama mereka menjadi setinggan saudara-saudara mereka yang berumah kayu beratap zink persis setinggan di felda yang berbakti pada bumi telah dapat memiliki banglo, menunaikan haji,memiliki perusahaan dan perniagaan mampu pula bersedekah jariah pada orang-orang miskin dan fakir setelah berhempas pulas memerah keringat bukan sekadar duduk men'setinggan'kan tanah semata-mata.

Aku ingin berjuang seperti dia berjuang.Lalu adakah aku yang bukan ahli politik pembangkang, bukan peserta demonstrasi,bukan perusuh yang bertarung dengan polis dan FRU (malah mengajak orang menjadi rakan polis a.k.a rakancop),adakah seorang yang dayus,fasik,bisu,pemalas, dan bukan pejuang? Jika mereka fikir usaha mereka yang mereka sebagai tukang carut dan tukang karut itu sudah cukup menjadikan mereka pejuang sejati, berbakti pada agama, bangsa dan negara, pembangun umat dan ummah, pelindung agama dan sunnah, maka saksilah aku berbeza dengan mereka , namun aku tetap berjuang!

Walaupun semua orang tetap ingin berjuang sama, sekurang-kurangnya manusia tetap berjuang untuk mengisi perut, namun sesungguhnya beruntunglah yang berjuang untuk meraih cinta dan redha Allah, seperti jalan para shuhada,para ulama, para mujahidin,para daie,dan para abid.

Lebih parah apabila muncul anak-anak muda yang terkecelaruan dalam mencari erti perjuangan sebenar.Ada di antara mereka hanya terikut-ikut gelombang persekitaran, apabila ramai orang di persekitaran bercakap soal reformasi dan anwar ibrahim,maka mereka teruja lalu turut sama berjuang menjadi reformis.Mereka sanggup berlawan habis-habisan kononnya itulah zaman kebangkitan,zaman pencerahan,zaman peralihan suatu kezaliman kepada keadilan. Tatkala sudah lama mereka bertempur, mereka mula lelah hingga ada yang mula merasakan detik gemilang perjuangan mereka lesu sudah dan tatkala anwar keluar dari penjara mereka mula mengadu-ngadu,"sekarang perjuangan kita ke mana pula saudara anwar? kamu telah bebas, dan apa pula tugas kami wahai anwar?" lalu anwar mula mencanangkan,"sekarang kita bersama-sama semua kaum dan bangsa di malaysia, kita bina malaysia baru dan perdana menterinya aku!".

aku masih ingat gambar yang tersimpan di rumah lama di kampung, ada gambar anwar ibrahim berceramah di depan ahli-ahli Al arqam sambil diperhatikan oleh Asaari muhammad.Itu zaman semasa al arqam dan abim bekerjasama rapat dalam arena dakwah di malaysia.Masing-masing sudi mengiktiraf perjuangan ikhwanul muslimin.Itu zaman sebelum asaari membuat keputusan bahawa ikhwan adalah warga salafi,dan warga salafi adalah wahabi yang anti sufi sedangkan asaari mahu aurad muhammadiah jadi pegangan al arqam.

Namun malaysia baru wacana lanjutan anwar selepas masyarakat madaninya itu ada persamaan dengan daulah cita-cita asaari dalam arqam dahulu dan rufaqa kini.Iaitu kedua-duanya merasakan diri sendiri adalah pemimpin teragung dan terbaik untuk dinaikkan. Jika pak lah yang dikatakan imam sesat pengasas islam hadhari itu sendiri tidak malu mengaku dirinya lemah dan bukanlah hebat sangat apabila ada yang menegur dia berucap membaca teks seperti baca khutbah jumaat yang mendatar sahaja bunyinya, namun belum pernah pak lah merasakan dirinya pemimpin paling ajaib atau agung malah terbuka sahaja untuk dikutuk dan diperleceh oleh sesiapa sahaja dan hanya akan menjawab,"saya ada banyak kerja lagi perlu dibuat" atau "banyak lagi janji belum ditunaikan mesti ditunaikan dulu".

aku mengakui kebenaran kata-kata paklah ketika menangis menerima tugas sebagai perdana menteri malaysia dan merayu agar barisan menteri dan pegawai juga rakyat jelata jangan bekerja untuknya, tetapi bekerja bersama-samanya. Jika kerja bersama-samanya itu didasarkan pada 10 prinsip islam hadhari yang digariskannya itu, maka saksikanlah aku ingin bekerja bersama-sama paklah.

Bukan main seronok lagi mereka apabila ada seorang bertanya padaku," sekarang kau jawab jika kau berani, kau sokong islam hadhari atau tidak?", bila saja aku kata ,"jika 10 prinsip yang dikatakan rukun dan prinsip islam hadhari itu menjadi asasnya, maka ketahuilah aku sokong islam hadhari", terus sahaja orang itu menyesat dan mengkufurkan aku. Alahai mudahnya.Ya, aku bukan kali pertama disesatkan atau dikufurkan oleh kaki-kaki carut dan karut ini. Dan dalam aku menyokong islam hadhari dan 10 prinsipnya, aku juga menyokong 6 perkara yang dijadikan garis panduan mufti perak ustaz harussani kepada kerajaan perak sewaktu menyokong islam hadhari dulu.Amboi, dulu mereka cabar mufti perak pasal islam hadhari dan berani fitnah mufti perak, namun mereka buat-buat lupa hal mungkar mereka itu,apabila mufti perak tunjukkan bagaimana cara ulama menyokong islam hadhari sebenarnya dengan menegur pelbagai macam isu yang bertentangan dengan hasrat 10 prinsip islam hadhari.Mufti perak dan Ustaz Uthman el muhammady , aku kira dua tokoh ulama yang berjaya membuktikan bahawa menyokong islam hadhari bukan jalan sesat mahupun kufur, kerana menyokong suatu cita-cita yang baik DENGAN MEMANDU DAN MEMIMPINNYA adalah jalan dakwah para ulama.

Begitu juga apabila aku mengatakan aku menolak politik kepartian dan amalan demokrasi ala-ala politikusarap ini,senang saja mereka menyelar aku anti politik dan dengan megahnya mereka kata aku sama macam sekular kerana memisahkan politik dan agama. Begitulah akibat budaya carut dan karut dah jadi amalan, mereka cuma teruja dengan parti mereka atas kerana label parti itu adalah 'parti islam', maka semuanya islam. Yang anehnya, mereka mendakwa tasamuhhhhhhh dengan wahabi yang berMANHAJkan MANHAJ TANPA KHILAF YANG PALING TEPAT JALAN BERHUKUM, namun tatkala aku tolak amalan politik mereka, sungguh mereka terlupa bahawa penerimaan demokrasi amalan barat itu juga ulama dan tokoh yang masyhur dalam islam dan perjuangan mereka juga ada yang menolaknya tidak pula mereka tasamuhhh kan. Contohnya syed qutb menolak amalan demokrasi kepartian.

Bukan main lagi apabila mereka mendakwa golongan yang memisahkan diri dari pergelutan politik kepartian adalah anti politik yang memisahkan politik dan agama. Atau mereka tidak memahami bagaimana segolongan ulama yang masyhur memegang konsep membina insan dimulai iman dan hati kemudian diri,keluarga, jiran, masyarakat, kampung, negeri atau negara itu sebenarnya konsep politik islah dan dakwah yang begitu praktikal.Bertahun-tahun manusia seperti mereka bergelumang dengan arena politik dan tradisinya dibawa turun temurun pada generasi anak mereka,kemudian cucu mereka,yang mengiktiraf pergeseran dan pertelingkahan, hingga membarah dengan parah hingga pada zaman kini mereka sendiri mengucapkan, "mustahil untuk kita bersatu" merujuk kepada usaha penyatuan kelompok parti melayu-islam yang bertentangan.

Ya, mereka ada yang tanya padaku, "jika kau tidak menyokong salah satu parti dan sistem demokrasi kepartian, maka apa rancangan politikmu?", sebab itu terpalitlah saranan mereka agar aku kembali belajar sirah Rasulullah,dan pada puak salafi haraki yang selalu suruh aku keluar dari bidaah dan pegang sunnah Rasulullah teguh-teguh terpalit juga ke muka mereka. Apa tidaknya, bidaah malah fitnah terbesar dalam dunia hari ini, adalah amalan politik kepartian yang bukan saja mencipta perpecahan di kalangan umat islam yang mereka sendiri telah akui betapa sudah capai tahap mustahil untuk disatukan parti politik yang mereka cipta (restu penjajah), bahkan bertentangan dengan semangat persaudaraan islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w yang sepatutnya menjadi satu tubuh yang saling jaga menjaga,baiki membaiki, teguh meneguh, dan lengkap melengkapi.

pada mulanya aku juga telah berputus harap untuk memegang keyakinan akan jalan politik kesatuan ini, namun seorang tua yang cukup berpengalaman telah meluahkan isi hati dan keyakinannya padaku, katanya,"atuk yakin setiap orang islam di bumi malaysia sukakan penyatuan umat islam,cuma mereka takut meninggalkan amalan berpolitik kepartian sebab mereka takut tidak akan ada keseimbangan". Dan aku tak hairan jika anak-anak muda sebaya aku juga berpandangan bahawa idea politik kesatuan akan memusnahkan demokrasi dan tidak praktikal apabila bertentangan dengan perlembagaan negara.

Tak pernah pula aku terdengar dari mana-mana ahli politik, peguam, mahupun sesiapa yang ada membaca perlembagaan malaysia beranggapan menubuhkan hanya satu parti umat islam sebagai melanggar amalan demokrasi perlembagaan, malah tidak pula aku pernah mendengar mana-mana ulama mengharamkan umat islam bernaung dalam satu kesatuan atau parti. Dan aku tak pula memandang apabila ada satu parti maka amalan pilihanraya perlu dihapuskan,apatah lagi perlu menggulingkan institusi beraja atau menghapuskan perlembagaan dan kontrak sosial pelbagai bangsa di malaysia.Dan tak pernah pula aku tersempit dan tersepit pemikiran hingga berfikir jika orang islam bersatu maka kebebasan bersuara akan tergugat. Ape kejadahnya? Nampak sangat mereka tidak pernah mengenali kesatuan ahlus sunnah wal jamaah, di dalamnya ada 4 mazhab utama namun tetap bebas mengeluarkan ijtihad dan terkhilaf dalam beberapa hal,namun mereka tetap berada dalam satu kesatuan.

Lalu, ada pula yang mendakwa, jika langsung tiada pembangkang dalam negara, apakah masih boleh menjalankan pilihanraya? Aku jawab, boleh lah labu.Nama pun pilihan raya. Raya itu selain beerti 'besar', juga membawa erti 'rai' seperti kita kata 'meraikan hari raya' boleh juga disebut sebagai 'merayakan hari raya'. Oleh itu, jika sudah ada satu saja kesatuan umat islam dan melayu, maka PILIHANRAYA benar-benar akan jadi suatu majlis pemilihan yang diraikan dan bukan majlis pemilihan yang digaduh,diperang,disengketakan.Kebebasan berpendapat tetap boleh berlaku,khilaf atau perbezaan pendapat suatu yang normal dan masih boleh diraikan dalam satu kesatuan, maka siapa bilang tiada keseimbangan? Yang takut dengan penubuhan politik satu kesatuan ini adalah mereka yang centric kepada kuasa,kepada kerusi, kepada nama, kepada parti, kepada pemimpin sekian-sekian,dan mereka yang lebih suka melihat ada orang yang menang dan kalah,suka kepada ada yang dimuliakan dan dihina serta dicarutkan, suka kepada ada yang naik mulia dan jatuh terhina. Orang sebegini tak suka konsep menang-menang, tak suka konsep damai-tenang, tak suka konsep teguh-teguh, tak suka konsep semua orang perlu dihantar ke syurga,tapi lebih suka ada yang ke neraka dengan mengkufurkan saudara mereka baru puas hati mereka!

Ada yang begitu menggeletar takut nak mulakan zaman kesatuan dan perpaduan ini, atas sebab apa masih belum diketahui, tetapi mungkin ada kaitan dengan apa yang telah mereka mereka dalam pelbagai parti-parti melayu itu lakukan iaitu budaya carut-carutan sesama mereka.Mana mungkin orang yang telah mereka carut dan aibkan boleh mereka peluk, walaupun lim kit siang yang tak suka negara islam boleh dipeluk.Sebab itu tinggalkan dulu budaya carut-carutan, gelak-gelak mengaib orang, bersama kita tubuh kesatuan ulama, tubuh kesatuan umara agar masyarakat dan umat islam mampu disatukan akhirnya.

Janganlah kita kata benci syiah sahaja tetapi bersikap laksana syiah yang mengkafirkan para sahabat,atau kita kata benci wahabi tetapi bersikap laksana wahabi yang merasakan tiada khilaf lagi dalam berhukum dan sesungguhnya manhaj mereka paling tepat berhukum,lalu mudah sangat menolak ketulenan Islamnya majoriti umat islam,dengan membidaahkan akidah asyariah dan maturidiah.

Lalu jika mereka centric pada jemaah maka mereka rasakan jemaah lain rendah martabatnya, jika mereka centric pada ummah pun belum tentu mereka boleh jaga adab dan akhlak pada golongan lain, maka jika centric pada redha Allah, barulah terasa malunya kita bertengkar dan bergaduh selama ini, malunya kita carut-carut dan aibkan saudara kita,kalaupun saudara kita jahil,malunya kerana tak dakwah pada saudara kita, tak ajak pada kesatuan, maka centric pada redha Allah kita akan timbang perjuangan yang ingin kita perjuangkan selama ini. Centric pada redha Allah akan buat kita sering muhasabah,bukan sekadar tasamuhhhh tetapi juga tawadhuk dan tawakkal.Jika kita centric pada redha Allah,pastinya semua kita ingin berjuang meraih redha Allah,maka bersatulah kita akhirnya. Namun, berapa ramai yang mahu kisah akan hal ini. Cakap islam berdegar-degar, redha Allah langsung terbior.



(artikel seterusnya dijangka yang paling panjang dan berjela-jela serta paling membosankan bakal disiarkan di dalam blog ini yang ingin menghimpunkan segala karangan berjela dan bosan untuk pembaca yang benar-benar ingin membaca sahaja: AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA, nantikan kemunculan artikel dalam siri STRATEGI SEMASA (4): MENUMPASKAN TENTERA HEDONIS)



9 komentar:

Tawel Sensei said...

Kita masuk jemaah, kita masuk politik, kita masuk apa2 badan sekalipun, biasanya pertama sekali yang kita fikir adalah untuk mengubah dunia ini menjadi tempat yang lebih baik dan selesa untuk didiami.

Tapi ketahuilah bahawa benda yang paling senang kita nak ubah adalah diri kita sendiri. Semoga kau dan aku tak lupa juga untuk ubah diri sendiri.

Yosh!

Anonymous said...

assalamualaikum abang fakrulrazi.
lama x dgr khabar.
rindu shout anda kat Kakiblog.
teruskan perjuangan kita!

Syabab Musafir Kasih said...

Salam..
tak sabar rasanya nak membaca entri menentang tentera hedonis - tentera yang suka kepada sikap bersuka-suka dan ghairah serta hanyut dalam keseronokan dunia..

Wamal Hayaatuddunya Il-la La'ibun Walahwun. Waladdaarul akhiratu khairul lillaziena yattaqun. Afala ta'kilun ?
"Dan tidak dinamakan kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertaqwa ( takut pada Allah dgn sebenar² rasa takut ). Tidakah kamu mahu berfikir?"

Sekadar menjenguk. Wslm.

Midkazen said...

Ya al-fakhrul... Salamualaik...
Alhamdulillah.. Bagusla ad semangat pejuang utk tegak kan agame suci kite iaitu agame Islam... Biarla kite dianggap ghuraba(org asing) bg mereka, tp niat kite utk bwk mereka ke jalan Allah st kerja yg Allah amat suke... Selepas kewafatn Nabi SAW, ummat islam diamanah kan oleh Allah dan Rasul utk berdakwah... Yg, penting sifat sabar 2 mesti ad, meski pun kite dianggap kolot, atau dilempar kate2 kesat, tapi Allah sentiase bersame kite... InsyaAllah... Aku percaye, akan datang Islam masih ad harapan.

Btw, aku nak tanye, ko tau x tajuk nasheed selawat Nabi (YOU TUBE) yg ko display kat entry 2? Tlg bgtau aku... Aku da lame cari nasheed nie.. Klao x silap aku mase jejak rasul dl, dijadikan lagu ending theme rite? Klao ko ad file mp3 die skali, tlg inform kat aku...

JAZAKALLAH ya fakhrul...

mfrstudio said...

tu supplication by sami yusuf..

boleh download kat sini

Max J. Potter said...

OMG, we're like of the same age and i found your entries really mature..kinda put me down a bit. but i love it. *^^* keep it up, ne?

Max J. Potter said...

i'm not a politic person. i know nothing of the system and i dont intend to learn about it now. but i find your blog interesting, i saw you were learning about miyazaki-sensei and toriyama-sensei. are you somehow a comic fan? anyway, i kinda adore your writings. them seem very adult-like and i kinda feel like a kid when i read your stuff. anyway, i'm nani. can we be frens?

mfrstudio said...

mak saya bagitahu jangan kita mudah berkawan dgn org yg kita tak kenal..saudari langsung tak kenal siapa saya. oleh itu jangan pandai-pandai cuba dekati saya. saya mungkin raksasa yang jahat.

ada baik jugak saudari baca betul-betul komen terbaik mengenai diri saya di atas blog ini.

memang saya mengkaji miyazaki dan toriyama, dan saya mmg seorang yang kartun, retorik, fantasi, komik, tidak realistik, fikir diri sendiri saja yang betul, bajet ada moral high ground,oleh itu jangan kagum atau puji tulisan saya.

puji-pujian hanya merosakkan saya.

hanya kejian akan buat saya jadi lebih kuat, lebih berusaha, lebih praktikal, lebih selalu merendah diri,muhasabah diri, dan akan lebih mendekatkan saya pada kebesaran Allah s.w.t.

Maka kejilah saya.. tolong keji saya, jika saudari mahu puji, saudari boleh berhenti membaca tulisan saya kerana itu akan buat saudari rosak sepertimana saya rosak.

sekian harap maklum.

apa-apa pun terima kasih but no thanks.

"orang yang sudah mula matang adalah orang yang telah sedar dirinya belum cukup matang"-ibnmukhtar.

Anonymous said...

ya kejilah dia