|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
Bismillah.

Setiap sesuatu ada hikmah. Setiap yang berhikmah patut diambil ibrah.

Imam Hoslan Hussin (bekas imam rawatib Masjid Ar Rahimah Kampung Pandan Kuala Lumpur) telah diisytihar sebagai hero oleh sahabat bff aku, Rusydee Artz di wall facebooknya.

Saya telah mengomentar agak kontra dalam isu akhlak dan melabel perbuatan tertentu si imam atau si hero sahabatku ini suatu yang tidak islami. Maka saya melihat di situ ada yang keliru dan terpinga-pinga tentang apa hal dan apa kes sebenarnya kisah si Imam Hoslan Hussin pembaling kasut ini?

Maka di sini saya senaraikan kronologi bulat-bulat diambil dari sumber Malaysiakini.com dan dengan kaedah anggapan bahawa semua yang dilaporkan adalah fakta tanpa spekulasi atau prejudis.


___________________________________________

IMAM HOSLAN HUSSIN

1. Nama: Hoslan bin Hussin
Anak: 7 orang (berusia antara 6-16 tahun)

Hoslan juga perlu menyara tujuh anaknya, berusia antara enam hingga 16 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai alam sekitar di Jabatan Alam Sekitar, kata Karpal lagi.


2. Bekas pengikut Arqam dan penyokong PAS

Bekas pengikut al-Arqam itu lagi turut mengakui bahawa beliau merupakan seorang penyokong PAS – parti yang disifatkannya sebagai gerakan yang mendukung kebenaran.


Tahun 90-an

1. Penyelewengan duit Masjid Ar Rahimah berlaku

Beliau mendakwa, dakwaan penyelewengan berjumlah "ratusan ribu" itu antara lainnya melibatkan bayaran sewa tanah masjid, kutipan daripada tabung masjid dan juga sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Beliau mendakwa, penyelewengan itu berlaku sejak tahun 1990-an lagi.

Tahun 2002

1. Tinggal di kuarters masjid bersama tujuh anak

Keputusan itu juga memaksa beliau untuk mengosongkan kuarters imam yang dihuni bersama tujuh orang anaknya itu sejak 2002.


Tahun 2005

1. Dilantik menjadi imam rawatib

Menurut Hoslan, beliau menjadi imam rawatib sejak tahun 2005 dan sebelum itu, beliau merupakan bilal di masjid berkenaan.


2. Menerima elaun RM450 semenjak bertugas sebagai imam rawatib

Beliau menerima elaun sebanyak RM450 semenjak bertugas sebagai imam rawatib di masjid tersebut, sehinggalah perkhidmatannya ditamatkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2008.


3. Menghidu penyelewengan duit masjid

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, beliau mendakwa mula menghidu perkara itu apabila dilantik sebagai imam rawatib di masjid tersebut sejak tahun 2005.


4. Dibentuk 4 ahli jawatankuasa bertindak oleh MAIWP

Difahamkan pada tahun itu juga, sebuah jawatankuasa bertindak yang dianggotai empat ahli jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), dibentuk dan menghantar laporan kepada MAIWP pada Februari 2006, yang kemudiannya menjalankan audit dalaman pada bulan berikutnya.


Feb 2006

1. Jawatankuasa bertindak menghantar laporan

Mac 2006

1. Audit dalaman dijalankan dan mesyuarat sahkan duit banyak hilang antara tahun 2003-2005

"Mesyuarat itu sahkan banyak duit hilang," dakwa Hoslan lagi yang merujuk kepada mesyuarat hasil daripada audit dalaman untuk tahun 2003 hingga 2005 – dijalankan jabatan tersebut pada Mac.

Mesyuarat berkenaan dikatakan antara lainnya mendapati perbezaan di antara penyata kewangan, penyata kutipan dan penyata bank masjid tersebut, menurut minit mesyuarat itu yang dilihat Malaysiakini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali itu juga dikatakan mendapati jawatankuasa itu tidak mengetahui mengenai sumbangan jabatannya sebanyak RM2,000 setiap tahun.

22 Mei 2006

1.Pertemuan JAWI dengan semua ahli jawatankuasa masjid

Dakwaan Hoslan itu pernah mendapat perhatian Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang mengadakan pertemuan dengan kesemua anggota jawatankuasa masjid berkenaan pada 22 Mei 2006.

MAIWP selaku pemegang amanah masjid tersebut kemudiannya dikatakan telah mengadakan mesyuarat dengan memanggil semua ahli jawatankuasa Masjid Ar-Rahimah pada Mei 2006, mengikut peruntukan Seksyen 72, Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.


2. Jawatankuasa dipecat atas dakwaan penyelewengan dan jawatankuasa baru dilantik

Hoslan mendakwa, kesemua anggota jawatankuasa berkenaan telah dipecat dan satu jawatankuasa baru dibentuk. Bagaimanapun, ahli jawatankuasa itu masih tidak berpuas hati dengannya apabila beliau terus menimbulkan dakwaan penyelewengan melibatkan jawatankuasa berkenaan, dakwanya.


Julai 2006

1. Laporan polis dibuat atas salahlaku dan penyelewengan kewangan masjid

Satu laporan polis kemudiannya dibuat pada Julai 2006, atas dakwaan salahlaku dan penyelewengan kewangan terhadap seorang pegawai masjid berkenaan pada Julai 2006 berhubung isu yang dibangkitkan dalam mesyuara berkenaan.

Laporan di ibupejabat kontinjen polis Kuala Lumpur itu juga dibuat berhubung kutipan tabung masjid yang didakwa dibuat tanpa rekod sah.

Tahun 2008

1. Masalah disiplin Imam Hoslan menimbulkan rasa malu pentadbiran masjid

"Keputusan tersebut diambil berdasarkan pemerhatian dan penilaian terhadap beliau bagi memelihara kemuliaan jawatan imam di mata masyarakat dan menjaga nama baik masjid Ar-Rahimah," laporan itu dipetik.

Laporan JAWI ke atasnya antara lainnya mendakwa Hoslan sering tidak memakai pakaian rasmi lengkap imam dan tidak berkerjasama dengan pihak masjid dalam program yang dijalankan.

Malah, beliau juga didakwa telah memakai pakaian yang melambangkan imej parti politik dalam satu bengkel pada Mei 2008, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hoslan juga didakwa sering "berebut" dengan imam dan juga khatib jemputan untuk menjalankan tugas berkenaan – satu tindakan yang menimbulkan rasa malu di kalangan pentadbiran masjid, menurut laporan itu lagi.
2. Membantu setiap pilihanraya kecil PAS

Hoslan juga mengaku menjadi penyokong kuat pembangkang, terutama PAS, dan berkata beliau turut membantu pada setiap kempen pilihan raya kecil yang disertai parti itu.


16 Mei 2008

1. Pertemuan jawatankuasa masjid dengan Imam Hoslan dan jawatan imam ditamatkan.

Pihak pentadbiran masjid berkenaan juga telah mengadakan perjumpaan untuk memberi teguran kepadanya dan mendapatkan penjelasan daripada beliau pada 16 Mei 2008.

Susulan daripada pertemuan itu, pentadbiran masjid tersebut kemudiannya mencadangkan supaya perkhidmatan beliau sebagai imam ratib ditamatkan.


2. Duduk di kuarters masjid tanpa kebenaran

Selain itu, Hoslan juga didakwa menduduki kuarters masjid tanpa kebenaran walaupun telah diberikan unit perumahan di salah satu pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Termiskin.


3. Notis dari MAIWP mengosongkan kuarters

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kemudiannya menamatkan perkhidmatan Hoslan pada 2008 dan mengeluarkan notis ke atasnya supaya mengosongkan kuarters yang didudukinya itu.

4. Berkeras duduk di kuarters masjid

Hoslan bagaimanapun tetap berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan, menyebabkan MAIWP mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang beliau daripada terus tinggal di situ.

Jun 2011

1. Dihalau kerana pendedahan penyelewengan

Beliau juga percaya bahawa tindakan yang dikenakan ke atasnya setakat ini, termasuk dihalau keluar daripada kuarters imam, adalah ekoran daripada pendedahannya berhubung dakwaan penyelewengan yang berlaku di masjid itu.

Ketua imam masjid itu, Zakaria Mohamed ketika dihubungi hari ini bagaimanapun enggan mengulas dakwaan yang ditimbulkan Hoslan.

"Tidak boleh tanya saya... Kena tanya MAIWP sebab semuanya itu urusan MAIWP," katanya lagi.

2. Perintah Mahkamah dikeluarkan

Perintah Mahkamah Tinggi pada Jun 2011 itu bagaimanapun dirayu oleh Hoslan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan itu semalam.


3. Merayu di Mahkamah Rayuan

Julai 2011

1. Mengangkat jubah menunjukkan baju T BERSIH 2.0 ketika khutbah Jumaat.

Ketika kemuncak BERSIH 2,0 tahun lalu, katanya,
khutbah Jumaat di masjidnya menasihatkan orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan berkenaan.
Namun, sebaik mendengar khutbah itu Hoslan berkata, beliau mengangkat jubahnya sebagai protes di hadapan jemaah, untuk menunjukkan baju-T BERSIH yang dipakainya


22 Feb 2012

1. Merayu di Mahkamah Persekutuan akan perintah Mahkamah mengosongkan kuarters masjid.

2. Keadilan cuba ditegak bukan berkenaan pengusiran tapi berkenaan kes penyelewengan duit masjid dan kaitan UMNO dengan MAIWP

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini, Hoslan berkata, rungutannya bukan tentang pengusiran, tetapi demi keadilan, kerana beliau telah membangkitkan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan tabung di Masjid Ar Rahimah dan isu-isu berkaitan tidak dilayan.

Beliau mendakwa banyak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan berkenaan, tetapi tiada tindakan.

Malah, dakwanya, Umno turut terbabit menggunakan MAIWP untuk menyingkirkannya.

3. Tidak diwakili peguam

Hoslan tampil mewakili dirinya sendiri di mahkamah semalam dan bertindak membaling kasut berkenaan apabila mendengar keputusan tersebut yang menjadikan beliau seorang penceroboh sekiranya terus tinggal di kuarters masjid.
Katanya, beliau tidak diwakili peguam dalam semua kes mahkamah, bukan kerana beliau tidak mampu, tetapi kerana MAIWP telah menggantung gajinya

4. Mahkamah menolak rayuan beliau atas perintah Mahkamah Tinggi mengusir beliau dari kuarters kerana beliau lambat mengemukakan rayuan.


Kejadian sekitar jam 10 pagi itu berlaku apabila Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin menolak permohonannya supaya diberi kebenaran membuat rayuan.

Ini berikutan bantahan yang dibangkitkan oleh peguam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Zulkifli Che Yong bahawa afidavit imam itu difailkan di luar dari masa yang ditetapkan.

Imam berkenaan, Hoslan Hussain (kiri), yang tidak diwakili berdiri di barisan meja berhampiran pegawai pendakwa raya dan peguam semasa permohonan itu.

Difahamkan Hoslan merayu kepada Hakim Zulkefli supaya berlembut dan membenarkan permohonannya itu tetapi tetapi hakim dilaporkan mahkamah terpaksa membenarkan bantahan kerana ia mengikut undang-undang.
Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menolak dokumen tersebut setelah dibantah oleh peguam yang mewakili MAIWP dengan alasan, dokumen tersebut tidak difailkan mengikut tertib


5. Membaling selipar ke arah Hakim setelah tak boleh terima alasan rayuan ditolak

Hakim Zulkefli cuba menenangkan Hoslan tetapi beliau dikatakan tidak mahu mendengar alasan berkenaan tetapi sebaliknya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian ini, polis yang mengendalikan perbicaraan mahkamah memegang Hoslan dan cuba menenangkan beliau.

6. Balingan kena timbalan pendaftar

Surat oleh timbalan pendaftar mahkamah Jumirah Marjuki itu juga menyatakan bahawa balingan tersebut mengenai seorang timbalan pendaftar ketika mahkamah itu bersidang.

7. Hakim tidak buat apa-apa perintah mengenai tindakan membaling selipar itu.
Adalah difahamkan bahawa ahli panel tiga hakim tidak membuat apa-apa perintah berhubung tindakannya yang menghina mahkamah itu.
8. Tidak tahu prosedur sehingga menyebabkan rayuan ditolak
"Saya hanya seorang imam sahaja. Saya tidak tahu undang-undang ini (prosedur mahkamah) semua," kata Hoslan ketika mengulas mengenai keputusan mahkamah yang menolak permohonan rayuannya semalam.

23 Feb 2012

1. Membuat laporan polis ke atas hakim

Beliau yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu semalam membuat laporan polis ke atas panel tiga orang hakim tersebut – Tan Sri Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin, Datuk Suriadi Halim Omar dan Datin Zaleha Zahari.

"Keputusan hakim tidak menepati keadilan mengakibatkan saya melemparkan sepatu saya kepada hakim, bukan bertujuan menghina mahkamah.

"Keputusan itu menyokong orang-orang dan pentadbir masjid yang menyelewengkan beratus ribu duit Masjid Ar-Rahimah sebagaimana laporan yang telah dihantar kepada ketua polis negara," katanya dalam laporan polisnya.

24 Feb 2012

1. Menjawab sebab baling selipar kerana kehakiman negara sudah rosak

Bekas imam sebuah masjid yang melontarkan kasut ke arah hakim ketika sesi Mahkamah Persekutuan Rabu lalu berkata, beliau berbuat demikian sebagai satu tanda bahawa "kehakiman negara sudah rosak."

Hoslan Hussin, 46, berkata beliau juga bertindak melontar kasutnya ke arah hakim memandangkan keadilan tidak memihak kepadanya.

"Tidak tahulah, siapa yang kena itu rezekilah," katanya sambil tersenyum ketika ditemui di satu sudut di Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan di Kuala Lumpur, semalam.

Hoslan memilih sudut berkenaan untuk mengadakan temubual – 'port' istimewanya di masjid itu yang digunakannya untuk bersembahyang sunat dan juga untuk mengajar kanak-kanak membaca al-Quran.

2. Tinggal di PPRT Cochrane Kuala Lumpur

Hoslan yang kini tinggal di PPRT Cochrane, Kuala Lumpur berkata, apa yang diharapkannya hanyalah untuk mendapatkan kebenaran demi membuktikan bahawa beliau tidak bersalah atas tuduhan yang dihadapinya sebelum ini.

7 Mac 2012

1. Menerima surat untuk hadir mahkamah kes baling selipar

Hoslan, 46, berkata beliau telah menerima surat berkenaan hari ini, yang meminta beliau hadir ke mahkamah berkenaan pada pagi esok.

Beliau diminta menjelaskan sebab yang boleh menghalang Mahkamah Persekutuan daripada mengambil tindakan ke atas kesalahan "menghina mahkamah" itu, kata Hoslan yang membacakan surat berkenaan.

Surat itu juga menyebut, "(Hoslan) telah bertindak menghina mahkamah dengan membaling selipar ke arah panel hakim ketika mahkamah sedang bersidang."

Hoslan berkata, surat berkenaan diserahkan kepadanya oleh anggota polis ketika beliau pulang ke rumahnya di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Cochrane, Kuala Lumpur tengahari ini.

2. Meminta pandangan peguam (akan diwakili peguam)

Bagaimanapun, Hoslan berkata beliau tetap akan mendapatkan pandangan daripada peguamnya terlebih dahulu, petang ini.


8 Mac 2012

1. Memohon maaf dan kesal kerana membaling selipar

Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu.

"Saya kesal atas apa yang berlaku dan memohon maaf kepada seluruh kehakiman.

"Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan," katanya lagi.


2. Menangis dengan kuat dan solat sunat

Hoslan yang tidak berkasut hari ini turut dilihat menangis dengan kuat selepas memohon maaf daripada mahkamah.

Beliau turut menarik perhatian orang ramai apabila beliau menunaikan solat sunat di ruang legar mahkamah ketika mahkamah berhenti rehat.


3. Keliru dengan perjalanan kes

Hoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu.

Hoslan yang mewakili dirinya sendiri dalam kes berkenaan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."

Kes tersebut sepatutnya didengar di Mahkamah Syariah dan bukannya di Mahkamah Sivil, katanya lagi yang meminta prihatin mahkamah.

4. Keputusan hakim menjatuhkan penjara setahun

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin (kanan) ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.

Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruah mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.

"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung.

Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong.

Suzana berkata tindakan Hoslan telah menyebabkan institusi kehakiman dipersenda dan mencadangkan hukuman penjara.

Wong turut mempersetujui cadangan hukuman oleh wakil Peguam Negara itu.

Seorang lagi panel hakim, Datuk Suriyadi Halim Omar pula berkata beliau tidak begitu bermurah hati dalam menjatuhkan hukuman atas insiden yang "amat memalukan" itu.

Beliau juga mendapati Hoslan tidak menunjukkan imej seorang imam yang berbudi pekerti tinggi sebagai seorang yang menyandang jawatan keagamaan.

Sebaliknya, tindakan imam itu menunjukkan sikap "angkuh, biadap, riak, ganas dan langsung tidak menghormati institusi (kehakiman)," katanya.

Tambahnya, Hoslan menunjukkan kepercayaan kepada mahkamah apabila mengemukakan kes tersebut.

"Tapi bila kecewa atas tindakan yang tidak cekap, anda bertindak sedemikian.

"Jadi sekarang anda perlulah terima padahnya," katanya lagi.

5. Tindakan membaling selipar tidak dapat dipertahankan, namun peguam bela, Karpal Singh minta pertimbang emosi, faktor keliru dan anak-anak Imam Hoslan perlu tanggung.

Dalam mitigasinya selepas itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Hoslan turut memberitahu mahkamah bahawa tindakan membaling selipar itu "tidak dapat dipertahan."

Bagaimanapun mahkamah perlu mengambil kira faktor emosi Hoslan dan tindakan itu dilakukan secara tiba-tiba kerana beliau "keliru."

Hoslan juga perlu menyara tujuh anaknya, berusia antara enam hingga 16 tahun dan kini bekerja sebagai pegawai alam sekitar di Jabatan Alam Sekitar, kata Karpal lagi.
_________________________tamat kronologi_____________________

Berikut kronologi yang ditulis sahabatku Rusydee,

- nama beliau Imam Hoslan Hussin, 46 tahun.
- beliau mengesyaki penyelewengan duit masjid telah berlaku.
- lalu mengadu, tetapi sebaliknya terjadi beliau pula digari di dlm masjid sedangkan beliau imam yang membaca khutbah.
- kes dibawa ke mahkamah, kes tidak dilayan.
- berang dengan ketidakadilan, beliau bertindak melempar selipar ke arah hakim. kemudian, bersolat sunat di dlm mahkamah.
- sekali lagi ke mahkamah. beliau solat sunat lagi, kali ini di luar mahkamah.
- kes didengar semula, tapi bukan kes penyelewengan. Kes didengar utk pertuduhan hina mahkamah yg dikatakan kesalahan serius (melebihi penyelewengan duit masjid).
- mahkamah yang 'adil lagi bijaksana' memutuskan beliau dipenjara 1 tahun kerana melempar selipar (wlpn tidak mengenai sesiapa).
- keadilan yg dicari, penjara yang diberi.
- ya, ini di Malaysia, tanah tumpahnya darahku.

Kesalahan fakta kronologi ini yang dapat saya kesan adalah seperti berikut:

- lalu mengadu, tetapi sebaliknya terjadi beliau pula digari di dlm masjid sedangkan beliau imam yang membaca khutbah.
1. Beliau tidak digari kerana mengadu penyelewengan tetapi atas perintah mahkamah yang mengkehendaki beliau hadir beri keterangan kerana keengganan beliau mengosongkan kuarters masjid walaupun telah ditamatkan kontrak sebagai imam pada 2008. Tentunya polis menggari kerana beliau tidak mahu mengikut polis.

- kes dibawa ke mahkamah, kes tidak dilayan.
2. Kes di bawa di mahkamah adalah berkenaan rayuan beliau akan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengeluarkan perintah beliau mengosongkan kuarters.

- berang dengan ketidakadilan, beliau bertindak melempar selipar ke arah hakim. kemudian, bersolat sunat di dlm mahkamah.
3. Beliau berang kerana mahkamah menolak rayuan beliau disebabkan bantahan peguam MAIWP yang berhujah beliau mengemukakan dokumen rayuan di luar tempoh rayuan.

- kes didengar semula, tapi bukan kes penyelewengan. Kes didengar utk pertuduhan hina mahkamah yg dikatakan kesalahan serius (melebihi penyelewengan duit masjid).
4. Kes yang didengar pada 8 Mac itu adalah kes susulan laporan polis yang dibuat timbalan pendaftar berkenaan beliau membaling selipar ke arah hakim. Asalnya hakim tidak buat apa-apa perintah berkenaan hal itu tapi sebab telah ada laporan polis dan dibuat dakwaan maka mahkamah memberi surat 7 mac 2012 untuk beliau hadir menjelaskan apa-apa halangan untuk mahkamah tak kenakan tindakan pada beliau atas perbuatan membaling selipar. Kes penyelewengan masjid adalah kes lain yang tak ada kaitan dengan fokus mahkamah pada hari itu.

- mahkamah yang 'adil lagi bijaksana' memutuskan beliau dipenjara 1 tahun kerana melempar selipar (wlpn tidak mengenai sesiapa).
5. Selipar itu mengenai timbalan pendaftar. Beliau juga mengaku itu adalah suatu kesalahan termasuk peguam bela beliau sendiri maka, setiap yang bersalah perlu dihukum. Cuma mungkin beliau boleh merayu hukuman dikurangkan kerana beliau sudah insaf dan kesal dengan perbuatannya.

- keadilan yg dicari, penjara yang diberi.
6. Keadilan yang beliau cari sudah diadili sewaktu mesyuarat Mei 2006 apabila ahli jawatankuasa lama dipecat kerana tidak mengurus kewangan dengan betul dan dilantik jawatankuasa yang baru. Cuma mungkin beliau cuba membawa pesalah-pesalah itu untuk dihukum penjara atau hukuman yang lebih berat dari dipecat. Mungkin juga bukti untuk sabit kesalahan tidak kuat oleh polis atau sprm membuatkan kes itu tertangguh. Apa-apapun beliau boleh berusaha mengukuhkan segala bukti untuk dibentangkan. Adapun membaling selipar tak ada kaitan dengan pembuktian kes penyelewengan duit masjid, tapi adalah berkenaan rayuan beliau untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi untuk beliau kosongkan kuarters yang bukan menjadi haknya telah ditolak.

Sekian.

___________________________________________

UPDATE 11 MAC 2012

INFO DARI SAKSI KEJADIAN

oleh Nana Diana:

i) Kes ni takde kena mengena dgn islam...Islam tidak dicerca dalam kes ini...yang kuat mencerca adalah orang tertentu di wall ni yang menganggap syurga sudah di tangan mereka...dan bg yg mencerca saya di wall ni... takpelah...sekurang-kurangnya saya tidak menganggap syurga sudah ada di tangan saya hingga berasa layak utk mengutuk org lain dan menunjukkan kepandaian saya dlm Islam...teguran dengan kutukan itu berbeza..teguran2 tu saya boleh terima...sebab tuhan bagi saya dua telinga utk dengar ajaran dan teguran...bukan kutukan...

ii) "imam" tersebut hadir ke Mahkamah hanya krn ketidakpuasan hati beliau setelah diarah utk mengosongkan Quaters tetapi beliau terus bertahun2 tinggal di quaters tanpa kebenaran...sewaktu kes berjalan beliau sudah pun mengosongkan quaters tersebut dan tinggal di rumah PPRT...tapi beliau membawa ketidakpuasan hati itu ke mahkamah...kes ni cuma kes nak balas dendam krn beliau telah di minta keluar walaupun setelah bertahun2 dibiarkan duduk tanpa kebenaran...tiada kena mengena dgn Islam..perkara berkaitan dgn Islam mahkamah civil tidak berhak mendengarnya berdasarkan Perkara 121A Perlembagaan Persekutuan...malah mahkamah tidak mengenakan sebarang hukuman terhadap kesalahan menetap di quaters selama bertahun2 walaupun tanpa kebenaran...malah quaters yg didukinya pun bukan quaters yg ditetapkan utk "imam" masjid...quaters utk jawatan masjid yg lain...

iii) beliau dihukum kerana menghina institusi mahkamah dengan membaling kasut walaupun hakim telah bersikap sgt sopan dan menghormati beliau...saya ada di situ...yang comment lebat2 di wall ni tiada di situ...cakap la apa nak cakap...kutuk lah apa nak dikutuk..tapi kesalahan dgn manusia cuma manusia yg berhak maafkan...kesalahan dengan tuhan...barulah mintak ampun dgn tuhan..itu basic knowledge kann...kutuk lah lagi saya panjang2...takpe..syurga sudah pun ada di tangan anda..tapi belajarlah untuk membezakan teguran dengan kutukan sebelum mempamerkan kehebatan anda beragama...

4 komentar:

Anonymous said...

Mgkin nk dapat perhatian untuk kes penyelewangan duit masjid..mgkin x puas ati apabila beliau menegak penyelewangan ,tapi beliau dihalau..pelbagai alasan diguna untuk menghalau beliau kluar dari kariah itu..jika beliau akur, kluar maka kes selewang akn senyap.. fikirkan..

mfrstudio said...

Anoni,

Benar juga strategi itu. Tapi kes penyelewengan itu telah pun mendapat perhatian pada tahun 2006 oleh JAWI atau MAIWP dan beliau sendiri telah membuat laporan polis. Maka tugas beliau untuk mengemukakan bukti-bukti beliau sudahpun tamat di situ. Allah s.w.t tidak membebankan beliau lagi untuk berusaha keras untuk pastikan semua penjahat dimasukkan dalam penjara.

maka strategi duduk di kuarters yang bukan haknya, adalah suatu kemungkaran yang dibimbangi akan dipersoalkan Allah kelak. bab menduduki tempat tanpa izin ini sangat keras oleh Allah sehingga jihad boleh diisytihar pada musuh yang menceroboh dan menduduki tanah umat seperti yang dilakukan oleh Yahudi laknatullah.

walaupun duduk di kuarters masjid tidaklah nampak seserius merampas tanah-tanah penduduk palestin oleh israel, tetapi perbuatan duduk tanpa izin tuan rumah yakni pemilik kuarters (MAIWP) adalah perbuatan yang tidak islami, mungkar menyerupai perangai musuh islam laknatullah.

firman Allah s.w.t
"Dan perangilah kerana agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh; kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh." (Al-Baqarah:190)

Bukan saja tak boleh duduk tanpa kebenaran, malah jika tuan rumah suruh balik, maka kita kena balik.

firman Allah s.w.t
"Maka sekiranya kamu tidak mendapat sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu "Baliklah", maka hendak kamu berundur balik cara yang demikian adalah lebih suci bagi kamu dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu lakukan." (surah An nur:28)

Pihak mahkamah yang menolak rayuan beliau untuk mengenepikan perintah mengosongkan kuarters itu boleh isytiharkan beliau menceroboh dan boleh dihukum, tapi saya puji mahkamah kerana tidak mengenakan apa-apa hukuman atas beliau, malah beliau juga mendapat rumah PPRT sebelum itu lagi, maka tiada beban yang berat untuk beliau ikut perintah mengosongkan kuarters pun. Malah mahkamah juga tak mengenakan apa-apa kos atas persidangan itu. Maka beliau teramatlah beruntung walaupun dah lakukan kesalahan.

Bab penyelewengan masjid masih boleh beliau tegakkan, walau di mana beliau tinggal. Tak ada kemestian kena duduk di kuarters untuk perjuangkan pasal penyelewengan masjid. Bukti-bukti yang beliau ada itupun sangat bermanfaat untuk pihak-pihak parti politik yang memperjuangkan anti-korupsi seperti PAS dan PKR, maka beliau boleh bekerjasama dengan parti politik jika mahu isu penyelewengan itu mendapat suara yang lebih gegar dan gempita.

Malangnya, semua itu dipilih untuk dibaling kasut pada hakim yang sudah menyantuni beliau. Walaupun beliau memohon maaf pada perbicaraan 8 Mac untuk isu baling selipar itu, tetapi sehari dua hari lepas kejadian yakni 23hb dan 24hb, beliau mencanangkan akan mahkamah atau kehakiman negara yang sudah rosak dalam media malah dah buat laporan polis pada hakim.

Bermakna sebelum beliau momohon maaf beliau tak merasa perbuatan beliau itu suatu yang biadab malah tindakan beliau disokong oleh banyak pihak.Maka pada awalnya mahkamah tidak buat apa-apa perintah tentang menghina mahkamah termasuk ketika hari kejadian, tapi logiklah apabila beliau tak tunjukkan keinsafan atas perbuatannya walaupun telah solat sunat, pada 7 mac surat meminta beliau hadir perbicaraan isu baling selipar dikeluarkan. Anehnya selepas itu beliau memohon maaf.

Pada saya, beliau bukan saja patut mohon maaf pada mahkamah, malah beliau patut menyeru kembali orang-orang yang memperlekehkan mahkamah dan mendapat maklumat salah mengenai kes beliau atau yang keliru tentang apa yang hakim telah lakukan pada beliau juga patut disusuli.

Islam tak mengajar kita membaling kasut pada orang yang sudah menyantuni kita atas kesalahan yang kita lakukan terang-terang tanpa syak. Ini bukan akhlak islami ini akhlak badwi.

Sekian.

droidS said...

hihihi puji la sangat mahkamah ciptaan manusia tuh, yang merogol terlepas yang baling selipar kena penjara? ingatkan kembali kisah Khalifah Ali ibn Abi Talib tidak jadi membunuh musuhnya yang meludahinya kerana takut niatnya bukan lagi kerana Allah lagi tapi kerana marahnya. Mulia sangat tuan hakim berbanding Khalifah? hahahaha dunia!!!
pikir2kan laa(x approve pun tak pa, baca sendiri sudah) Masalamah

nadzirah said...

erm..kenapa dalam bantahan peguam maiwp mengatakan imam hoslan ni tidak mengikut tertib? tertib apa yang dimaksudkan? part bantahan keputusan mahkamah rayuan yang dah terima rayuan imam hoslan.