|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH

Tak apa, jangan risau. Saya sudi mengarang entri khas kayak sebuah tutorial ya. Tutorial menganalisis sebuah tulisan bertajuk "Suruhan Membuka Aurat: Lebih Kuffar Dari Kafir". Kita guna genre wawancaralah. Macam saya buat entri perasan tahun 2006 dulu.

1. Hei apa kafirkan orang, ni?

Astaghfirullah. Mari kita selidik berapa kali ayat kafir atau kuffar disebut.

Pertama, tajuk entri ada menyebut: "Suruhan Membuka Aurat: Lebih Kuffar Dari Kafir"

Keduanya, sepotong ayat di perenggan penutup: "Di tanah umat Islam ini juga, ada sindrom bangga untuk lebih kuffar dari kafir."

Pertama, Kuffar dan Kafir merujuk kepada "Suruhan Membuka Aurat" dan tidak ada "orang" yang dirujuk di situ.

Keduanya, Kuffar dan Kafir dirujuk kepada "sindrom" juga tidak ada "orang" dirujuk di situ.

Jadi di manakah "orang" yang dimaksudkan itu?

2. Kau ambik artikel Ustaz Hasrizal untuk kau ubahsuai, maknanya kau nak kata Ustaz Hasrizal kafir lah, tak pun artikel Ustaz Hasrizal yang kafir.

Ini tuduhan melulu. Malah tuduhan lemah. Next.

3. Apa pasal artikel Ustaz Hasrizal yang kau ubahsuai, dan apa pasal nak ubah-ubah suai ni, kau tak reti tulis sendirikah, buat malu jah!

Soalan yang baik. Mengapa Ustaz Hasrizal? Kerana isu tudung dan aurat dalam drama dakwah ada di sebut dalam beberapa entri beliau dan sebahagiannya telah buat kesimpulan sendiri.

Saya berikan contoh sampel, beberapa komen yang saya anggap serius di kalangan pengunjungnya:


entri sampel:http://saifulislam.com/?p=6598

"Salam…
cinta sempurna amat menarik cuma terkilan dgn masa tayangan yg begitu pendek. Pd pandangan saya pakaian shila amat bersesuaian dgn karektor yg dibawa. Kerana d alam realiti mungkin shila yg benar2 wujud berpakaian lebih dasyat…moga2 cerita ini mampu memberi sedikit cahaya keinsafan kpd yang menonton. Tahniah kpd semua yg terlibat dlm drama ini."-sherrydan

"slps baca comment2 diatas psl pakaian,makeup dll..sya tertanya2..adakah drama ini dibuat untuk tatapan ustaz2 dan orang2 ‘alim’ sahaja? smpai watak yg tak islamic pun kena tutup aurat?lets face the reality.. penonton diluar sana bukan semua nya paham islam spt commentor2 diatas.."-diyana

"Isu make up dan ‘tabarruj’ itu adalah pada dr najihah iaitu karakter tunang ustaz, dan juga dr yang nak betulkan najib. jadi dia adalah watak islamik.Saya tak timbulkan isu sheila make up ataupun pakaian sheila tu. Sebab itu ‘hak’ dia."-zacharias

"Quaira berjaya membawa watak shila dengan berkesan..that’s few little words could be said..wallahua’lam.."-yat

"kalau tgk filem ‘Dua Marhalah’ sekalipun, heroin dia tunjukkan zaman silamnya sebagai pelacur. Masa tu dia kena dressing as it is. Takkan jd pelacur, dressing pakai tudung kot." -ummusaif
Mengapa saya katakan serius, kerana sudah hilangnya rasa sensitif umat akan kemungkaran yang berlaku. Apa kemungkaran itu? Buka aurat. Itulah tajuk yang saya pilih sempena isu yang berat yang terpampang dalam ruang komen blog Ustaz Hasrizal.

Ramai orang komen berkenaan dengan seksi pakaian. Ya, malah ustaz Hasrizal juga ada menyatakan beliau dan pihak penerbit kecewa. Tapi kecewa apa? Kecewa sebab buka aurat atau sebab seksi? Sebab seksi. Bukan sebab buka aurat. Jika tak percaya sila tanyakan soalan berikut kepada 4 pihak berikut:

1. Penerbit- adakah asalnya beliau mahukan pelakon muslimat dalam setiap episod menutup aurat?

2. Penulis skrip-adakah asalnya beliau mahukan pelakon muslimat dalam setiap episod menutup aurat?

3. Pengarah- adakah asalnya beliau mahukan pelakon muslimat dalam setiap episod menutup aurat?

4. Ustaz Hasrizal-adakah asalnya beliau mahukan pelakon muslimat dalam setiap episod menutup aurat?

Apa yang saya tahu, perbincangan mengenai lakonan Shila dan imejnya sekali telah dibincangkan bersama penulis skrip:

"Gayanya yang secara naturalnya nampak seperti Londoners, egoistik, fashionable, bercakap melayu macam cakap 'om putih' memang sesuai dengan watak Shila yang telah saya reka dalam Cinta Sempurna. Tengku Tiara sebenarnya tidak perlu banyak berlakun untuk mengidupkan watak Shila. Dia hanya perlu membawa dirinya sendiri sahaja dengan sedikit exegeration. Shila telah pun ujud dalam diri Tengku Tiara."-Zabidi Mohamed


Malah sebelum itu lagi, Ustaz Zabidi pernah menerangkan mengapa beliau sengaja tidak akan menutup aurat semua pelakonnya dalam drama Cinta Sempurna,

"AAC menggunakan latar pelajar bidang agama yang belajar di Mesir dan diselitkan dengan elemen cinta. melibatkan pelajar muslimah berpurdah. Maka dari fizikalnya nampak jelaslah elemen dakwahnya. Tetapi CS menggunakan latar sebuah keluarga moden di Kuala Lumpur yang mengagungkan budaya inggeris dengan di selitkan elemen cinta dalam garapan penceritaannya. Tentulah tidak nampak 'dakwahnya' apatah lagi para pelakun utamanya tidak bertudung. Latar yang tak sama dan berbeza dengan AAC."-Zabidi Mohamed

Jadi apa kaitannya dengan entri Ustaz hasrizal yang saya ubahsuai itu?

Jawapannya kerana TUDUNG.

Ya, entri yang saya ubah suai itu adalah mengenai bagaimana Ustaz Hasrizal memberi semangat kepada para pelajar perubatan di universiti yang tidak membenarkan tudung atau menutup aurat termasuk bahagian lengan. Ustaz Hasrizal malah tidak berhenti sekadar cadangan supaya para pelajar itu mengadakan perbincangan dengan pihak atasan (ertinya tidak senyum , diam dan pasrah semata-mata), malah saya terasa ingin memuji ustaz hasrizal perihal entri itu kerana Ustaz juga tidak segan mencadangkan supaya isu tudung ini dibawa ke Parlimen oleh wakil rakyat, malah mencadangkan juga langkah akhir jika semua langkah itu gagal iaitu meletakkan label halal dan haram pada universiti berkenaan.

Saya kira ini satu mesej yang amat baik untuk perjuangan menutup aurat dalam dunia lakonan juga. Ustaz Hasrizal memang saya percaya tidak akan menyampaikan mesej perjuangan menutup aurat di kalangan pelakon islam dalam filem dan drama, berikutan drama Cinta Sempurna yang sengaja tidak menutup aurat semua pelakon itu baru saja berakhir dan masih panas dipuji-puji. Oleh itu, saya rasa diri saya boleh memainkan peranan tersebut.

Apa yang saya lakukan cuma memusingkan isu tudung di kalangan doktor dan nurse itu kepada isu tudung di kalangan pelakon. Mesejnya tetap sama, perlu ada langkah proaktif, adakan perbincangan (bukannya hanya diam, senyum dan pasrah sahaja pelakon islam tak tutup aurat), malah cadangan isu aurat pelakon islam juga wajar dibincangkan di parlimen itu sangat bernas sekali, apatah lagi hampir 80% pelakon muslimat kita dalam industri membuka aurat semasa berlakon. Pelakon juga manusia. Pelakon juga umat. Pelakon juga rakyat yang patut dibela dan diletakkan dalam batas syariat oleh para pemimpin. Saya percaya isu ini wajar dibincangkan di parlimen sepertimana isu tudung doktor dan nurse itu.

Malah jika Ustaz Hasrizal mencadangkan wajar universiti dilabelkan halal dan haram kerana buka aurat pelajarnya, saya kira tak kontra langsung jika idea ustaz itu disalur juga ke bidang lakonan dengan drama dan filem diberi label sama halal dan haram kerana membuka aurat pelakonnya.

4. Tak faham macam mana watak shila yang tak faham akidah boleh ditudungkan, kau ini tak realistiklah!

Ya, saya tak realistik. Tapi anda jelas tak kreatif. Pendapat anda sama saja dengan pendapat ummusaif yang saya petik sebelumnya:

"kalau tgk filem ‘Dua Marhalah’ sekalipun, heroin dia tunjukkan zaman silamnya sebagai pelacur. Masa tu dia kena dressing as it is. Takkan jd pelacur, dressing pakai tudung kot." -ummusaif


Komen ummusaif di atas dijawab dengan baik oleh pengomen di entri yang sama bergelar minah.

"sebenarnya tak perlu dressing seksi pun nak menggambarkan cerita pelacur ni, dengan kreativiti, boleh dicuba cara lain, mungkin dngn menggelapkan gambar ke, tggal bayang2 je

dulu, kalau cerita yang ada Islam di dalamnya hanyalah apabila ada ajaran sesat, tok guru kahwin dua,

sekarang, cerita yang ada Islam di dalamnya adalah buat jahat mula2 then insaf,

persoalannya bilalah cerita ini akan melangkah setapak lagi ke hadapan untuk dipamerkan Islam is a way of life

semua orang kena usaha ke arah itu,"-minah

Dalam industri drama atau filem, kita bukan mengira sejauh mana seorang pembikin itu realistik atau tidak, tapi sejauh mana kreatifnya dia atau tidak. Bagi umat Islam, syariat dan batasan agama kita bukan penghalang kepada diri kita untuk berkreatif, malah mungkin kerana adanya syariat kita umat islam menjadi lebih kreatif menghasilkan idea yang orang tidak jangka.

Hal ini diakui oleh Ustaz Zabidi dalam salah satu entrinya yang mengulas Filem Leila dari Iran.

"Walaupun agak tidak natural dan tidak realistik untuk memaparkan babak isteri berbual dengan suami dalam bilik tidur dalam keadaan bertudung, namun pengarahnya secara kreatif telah menyembunyikan aurat (tidak bertudung) Leila tersembunyi di balik bayang-bayang almari bilik boleh diterima. Saya anggap ini amat kreatif pada pengarahnya yang terpaksa akur dan patuh pada pantang larang syariat. Jelas kekangan dan pantang larang syariat tidak mematikan kreativiti seorang pengkarya atau pengarah (Dariush Mehrjui)."- Zabidi Mohamed

Lakonan Islami kata kuncinya KREATIF. Kreativiti buat suatu yang nampak mustahil menjadi tak mustahil. Mentaati syariat Allah bukan suatu kemustahilan dalam dunia lakonan.


5. Tapi kau tahu tak Ustaz Hasrizal tak boleh tidur lena termimpi-mimpi pasal ni, Ustaz Hasrizal ada terlibat dalam drama Cinta Sempurna tentulah beliau akan terasa bahangnya kau sebut kafir-kafir ini.

Saya tak tahu Ustaz Hasrizal tak dapat tidur lena. Tapi saya yakin beliau tak dapat tidur lena bukan kerana entri saya, tapi kerana qiamulail mencari lailatul qadr. Malah saya tak nampak di mana logiknya entri saya yang menyentuh soal aurat pelakon boleh terkesan kepada diri Ustaz Hasrizal.

Ustaz Hasrizal menyebut dalam sebuah entrinya:
"Apabila ada orang di dalam majlis saya yang tidak bertudung, apakah ini bermaksud yang saya sedang menyampaikan satu mesej bahawa tidak salah untuk membuka aurat, termasuklah di dalam majlis ilmu?

Tidak sama sekali!

Salahlah orang yang berfikir begitu.

Justeru, andai sebuah drama bertajuk CINTA SEMPURNA yang terbina dari idea asal saya, ada orang yang tidak bertudung di dalamnya, adakah point filem itu ialah harus membuka aurat?

Salahlah orang yang berfikir begitu."-abu saif


Jelas di sini, Ustaz Hasrizal tidak bersengkongkol dengan suruhan membuka aurat. Malah beliau juga pernah mengingatkan bahawa jika nak dibincangkan kaitan drama Cinta Sempurna dengannya bukan soal hero, heroin, baju, tudung, atau mekap tapi dialog.


"bincang hero, bincang heroin, bincang baju, bincang tudung, bincang mekap…

sikit sangat yang ajak bincang bab dialog, isi, perbincangan…

kalau nak ada kena mengena dengan saya, ia adalah tentang dialog, isi dan diskusi dalam drama tu, tetapi yang dikomen semuanya benda yang di luar pembabitan saya. apa nak dikeluhkan, sabor aje le…"
-abu saif


Maka adakah saya membicara atau mengkritik dialog Cinta Sempurna dalam entri tersebut? Tidak langsung. Saya berbicara soal tudung dan aurat. Maka jelas, tindakan saya ini langsung tak menjejaskan Ustaz Hasrizal seperti yang didakwa. Bagaimana mungkin Ustaz Hasrizal boleh tak tidur lena kerana soal aurat dalam Cinta Sempurna? Padahal kaitan beliau dengan drama itu hanya dalam lingkungan dialog saja? Saya tak nampak ada sebab untuk kita gelisah kepada perkara yang tak ada subahatnya dengan kita.

6. Jadi siapa yang kau "kuffar" dan "kafir"kan sebenarnya?

Saya? Nanti dulu. Mari baca firman Allah ini:





Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.(Al Maidah:78-79)

Orang-orang kafir jenis yang tidak melarang-larang kemungkaran.






Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut tatkala dia berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.Patutkah kamu mendatangi orang lelaki (untuk memuaskan nafsu syahwat kamu)? Dan kamu memotong jalan lalu-lalang (untuk tujuan jahat kamu)? Dan kamu pula melakukan perbuatan yang mungkar di tempat-tempat perhimpunan kamu? Maka kaumnya tidak menjawab selain daripada berkata (secara mengejek-ejek): Datangkanlah kepada kami azab dari Allah (yang engkau janjikan itu) jika betul engkau dari orang-orang yang benar.(Al Ankabut:28-29)

Orang-orang kafir tidak takut amaran dan azab Allah walaupun sesudah diperingatkan bahawa perlakuan mereka keji, mereka tetap masih berbuat mungkar dalam perhimpunan mereka.

Jadi apa yang telah saya lakukan?



Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.(Luqman:17)

Saya mengambil berat soal aurat ini kerana buka aurat adalah kemungkaran. Dan apa yang saya katakan adalah,

1. Suruhan membuka aurat itu lebih kuffar dari kafir.

Tahukah anda, kuffar adalah jamak bagi kafir. Kuffar juga digunakan untuk penegasan akan kelompok kafir yang membenci islam. Kafir asasnya adalah orang yang kufur sesudah diberi peringatan. Namun kufur bermaksud enggan atau ingkar semata-mata. Sedangkan menyuruh (suruhan) perintah untuk membuka aurat bagi seorang muslim , itu adalah tindakan menghalang orang lain melaksanakan perintah Allah. Menghalang atau memerintahkan suatu perintah yang bertentangan itu lebih teruk dari ingkar semata-mata. Itulah yang saya maksudkan "lebih kuffar dari kafir". Apa yang kuffar, apa yang kafir? Suruhan membuka aurat. Hal ini sangat logik jika mana-mana orang berakal membaca tajuk saya,

SURUHAN MEMBUKA AURAT: LEBIH KUFFAR DARI KAFIR

Jadi, apa peringatan yang kita dapat? Jika kita ingkar tak nak ikut perintah Allah sebab kelemahan iman kita, jangan pula kita jadi orang yang mengusahakan perlanggaran perintah Allah oleh orang lain, seperti memerintahkan pelakon untuk pelakon berlakon membuka aurat walaupun kita faham dia adalah muslim yang merupakan saudara kita yang kita WAJIB pelihara agamanya.

Memang takut bila dengar perkataan "kuffar", "kafir". Mengapa kita takut kerana kita beriman. Apa tugas orang beriman? Ikut perintah Allah , contohi sunnah Nabi s.a.w. Nak suruh pelakon buka aurat? Tak nak, kita takut Allah. Allah akan azab orang-orang "kuffar" , "kafir". Bagus. Jangan buat lagi ya. Pandai pakcik-pakcik, makcik-makcik, abang-abang, kakak-kakak , tuan puan sekalian. Selamat beramal.

2.Di tanah umat Islam ini juga, ada sindrom bangga untuk lebih kuffar dari kafir

Betulkah di tanah umat Islam ini ada sindrom tersebut? Ish, kan kamu selalu tengok filem dan drama realistik, tak akan saya nak jawab betul atau tidak lagi kenyataan saya ini? Habis cerita Cinta Sempurna itukan based on true story. Nah, bukankah ungkapan di atas sekadar fakta yang dimaklumi semua. Umum.Tak ada masalah langsung.


7. Aku sokong mesej kau, tapi bab kafir-kafir ini saja aku rasa tak kena.

Bagus, sokonglah mesej ini dan sebarkannya. Supaya semua orang islam mengambil berat dan sensitif soal aurat ini. Sekurang-kurangnya jika orang islam itu tak nak taat islam pun, jangan dia jadi orang islam yang suruh orang islam lain buat dosa dan mungkar. Dosa sendiri tak tertanggung macam mana berani nak tanggung dosa orang?

8. Aku sokong semua niat dan mesej kau, tapi aku tak suka kau edit entri Ustaz Hasrizal tanpa minta izin.

Saya fikir Ustaz Hasrizal boleh saman saya jika terbukti saya benar-benar melanggar etika penulisan dengan mengedit entri beliau itu. Saya sudah nyatakan bahawa saya memang berniat mahu mengeditnya atas sebab yang telah dimaklumkan di jawapan yang lepas.

9. Aku sokong niat dan usaha kau menulis, tapi bahasa kau itu tak lembut. Kau pendakwah apa bahasa tak lembut?

Saya sudi untuk berbahasa lembut, anda boleh ajarkan saya. Tapi tunjukkan dulu di mana dalam entri tersebut bahasanya kasar? Quote dan berikan pada saya, supaya saya boleh timbang untuk mengeditnya.

10. Aku sokong entri kau, tapi bahasa kau menyakitkan hati orang.

Yang mana satu sakit, quote dan tunjukkanlah. Boleh saya betulkan.

11. Aku sokong semua yang baik, tapi kau ini pandai menjawab pula bila orang menegur. Berlapang dadalah sikit.

Menjawab untuk menjelaskan situasi sebenar itu penting. Berlapang dada bukan bermakna berdiam diri dan senyum saja apabila kezaliman terjadi ke atas diri. Diri saya disalahfahami atau sengaja difitnahkan, tentulah saya bela diri. Kalau semua kezaliman perlu diraikan dengan berdiam diri, Palestin mesti kita suruh diam ketika diserang Israel.

12. Aku memang tak sokong kau. Entah kenapa, you are not my taste.

Ahaks. geli aku.

Sekian.

soalan lain boleh letak di komen.

2 komentar:

Xeno said...

orang yang comment ni diorg x baca MFR punya post. Mata cume 'zoom' pada part yang dia suka ajer, ni yg berlaku salah faham.

Anyway, nice comeback/rebuttal.

mfrstudio said...

kaum dan puak tu memang macam tu.

diaorang datang ke blog aku sebab link aku diberi pada diaorang bersama satu persepsi yang dah siap-siap ditanam dalam kepala.

menghadam entri tak penting lagi. apa yang diaorang tahu persepsi itu mustahil silap.sebab itu banyak di kalangan diaorang ni buat silap dalam penilaian.

pernah sekali tu , sebab persepsi bahawa aku ni dikatakan "pengkritik setia" seorang individu, diaorang pun datang ke blog aku dan terjumpa pula satu entri yang ada perkataan hampir sama dengan entri baru individu itu. nah, dia pun mengadu kat individu itu siap kata aku busuk lagi. tapi apa yang dapat, buat malu je. terperangkap habis.

sama lah juga entri aku yang ada kuffar kafir. nak hadam malas. yang diaorang tahu aku adalah "pengkritik setia". pelik aku. ustaz hasrizal sendiri dah kata dia tak ada kaitan dengan aurat pelakon, macam manalah pulak bila orang bicara pasal aurat, penyokong ustaz hasrizal jadi kelam kabut macam ni.

siapalah punya angkara yang bagi persepsi salah ni.hadamlah dulu biar selesai.