|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
(sambungan dan bahagian terakhir temubual)

MFR: muzakarah itu bukanlah dirancang sebenarnya.Menjadi rutin ketua biro kerohanian RPKJ iaitu ketua saya yang menyertai jamaah tabligh menyampaikan tazkirah dengan membacakan hadis dari kitab fadhail amal dan kemudian mencatatkan nama sesiapa yang mahu turut serta keluar berdakwah bersama jamaah tabligh pada hari minggu ke dalam sebuah buku nota beliau sesudah habis tazkirah.seperti lazimnya pelajar-pelajar yang menyertai tabligh mengucapkan sesudah tazkirah mereka,"oleh sebab itu, kita kena usaha atas iman.bagi berusaha atas iman,orang alim telah mengajarkan bahawa kita kena keluar dalam beberapa hari tertentu.jadi, kita letaklah azam untuk keluar.jadi,siapa yang bersedia boleh angkat tangan," ketika itu saya seperti lazimnya tidak mengangkat tangan.Dan kemudian,seorang sahabat saya yang baru pertama kali datang ke surau dan mendengar tazkirah orang tabligh telah menguis lengan saya,dan berkata,"fakhrul, kau tak bersediakah?"

saya terkejut dengan soalan itu. pada saya,usaha atas iman dilakukan setiap saat. dan ketika saya di dalam kursus motivasi alihan pelajar,ustaz rosli staf MAP yang ditugaskan mendidik bab kerohanian mengajarkan kaedah untuk usaha atas iman setiap kali solat dengan mengucapkan 2 kalimah syahadah sebelum membaca niat solat.saya sering amalkan kaedah itu untuk usaha atas iman.Dan sebelum itu,ustaz rosli memberikan ceramah yang cukup menyentuh kalbu dengan menghuraikan 2 kalimah syahadah itu dengan panjang lebar sehingga kekal hidup dalam jiwa saya.itu kisah ketika saya ditarbiyyah di MAP pada tahun 1999.

tentu sekali umat islam disuruh berazam dan bersedia setiap masa untuk usaha atas iman.maka,tidak timbul soal saya tidak bersedia untuk usaha atas iman apabila tidak mengangkat tangan ketika itu. Saya mula berasa bimbang dengan soalan yang sering ditanya oleh rakan-rakan jamaah tabligh itu. Soalan mereka telah meletakkan dua pilihan kepada jamaah surau ketika itu,iaitu, keluar bersama tabligh jika bersedia berusaha atas iman atau menjadi orang yang tidak bersedia berusaha atas iman dengan tidak keluar bersama tabligh.

atas kebimbangan kaedah mereka itu bakal mengelirukan rakan-rakan yang tidak tahu apa-apa pasal kaedah dakwah , maka saya membuat keputusan bertemu dengan ketua saya selepas beliau mencatatkan nama di dalam buku nota beliau.Maka bermulalah muzakarah saya dengan ketua saya itu perihal kaedah dakwah jamaah tabligh.

Saya berkata,"ajarkan aku tentang kaedah dakwah tabligh"

maka ketua saya yang sebelum itu sudah beberapa kali bermuzakarah malah berdebat dengan saya tentang kaedah dakwah,berlapang dada dengan saya walaupun saya sering mengguris hati beliau sebelum itu,berceritalah tentang asal usul tabligh.

Maka beliau berceritalah soal Rasulullah s.a.w telah mula menghantar para sahabat ke tempat-tempat tertentu dalam bilangan hari-hari tertentu untuk berdakwah.Malah rasulullah sendiri sering melakukan majlis-majlis ilmu.Berpegang kepada sunnah rasulullah itulah para sahabat telah menghidup dan mengamalkan budaya dakwah itu sehingga menjadi sebuah amalan di madinah. Amalan madinah itu kemudiannya diselaraskan dalam bentuk yang lebih tersusun dan meletakkan beberapa syarat sebagai menghidupkan amalan madinah.Antara syarat itu ialah majlis ilmu atau bayan, ziarah,tazkirah dengan membaca hadis dalam bentuk halaqah,dan lain-lain.Beliau kemudian menyebut bahawa jamaah tabligh berpegang kepada amalan madinah itu dan cuba menghidupkan amalan itu sesuai dengan sunnah rasulullah s.a.w.

Maka kemudian,saya pula bercerita akan kaedah dakwah ikhwanul muslimin dan gerakan jamaah islami dan bercerita sama beberapa lagi gerakan dakwah dan jamaah dakwah yang ada dalam sejarah kebangkitan islam. Saya kemudian bercerita tentang dakwah para ulama silam di nusantara. Kemudiannya bermuzakarahlah kami tentang sama ada kaedah selain tabligh masih dikira sebagai dakwah atau tidak.Beliau masih berpegang bahawa kaedah tabligh itulah kaedah dakwah sebenar yang diajar oleh orang-orang alim katanya. Kemudian beliau mengajak saya meluangkan masa untuk ikut beliau keluar bersama tabligh bagi melihat sendiri hakikat dakwah tabligh.

Kami bermuzakarah panjang lebar sehingga sampailah solat isyak.Sesudah solat,kami bermuzakarah kembali dan menjadi hairanlah para jamaah yang lain melihatkan perilaku saya dan ketua saya hangat bermuzakarah itu,dan kemudian muncullah saudara syakirin,seorang pelajar PASUM yang gigih mengembangkan dakwah jamaah tabligh di kolej 11 ketika itu.Beliau menyertai muzakarah itu sehingga situasi menjadi 2 lawan 1.

Ohh..saya sangkakan ketua saudara itu saudara syakirin.Panjang juga ya introduksinya. Rupanya baru saja bermula kisah muzakarah sebenar.hehe

MFR:yaa... maafkan saya kerana suka memberikan introduksi yang panjang.haha. astaghfirullah al adzim.

apabila saudara syakirin masuk dalam muzakarah itu beliau bercerita pula akan sejarah tabligh dengan lebih terperinci.Beliau bercerita bahawa ketika kejatuhan khalifah islam dan masyarakat islam dijajah dan diperangi,maka dunia telah kembali ke zaman jahiliyyah. Zaman jahiliyyah di akhir zaman ini bentuknya sangatlah teruk dan lebih teruk dari jahiliyyah di zaman rasulullah s.a.w dahulu.Bagi memulihkan umat islam supaya berada di jalan yang benar berpaksikan al quran dan sunnah,maka seorang alim yang bergelar maulana di India telah bermimpi dan mendapat ilham supaya dihidupkan kembali sunnah dakwah Rasulullah s.a.w bagi mengembalikan umat islam atas landasan iman yang sebenar.Bagi mengusahakan iman ini, orang-orang alim menyusun metod dakwah yang sekarang ini diamalkan oleh jamaah tabligh. Metod dakwah itu menyusun setiap golongan masyarakat untuk keluar berusaha atas iman dalam kiraan hari yang tertentu seperti 40 hari atau 3 hari.Kemudiannya tahap iman akan lebih bertambah andai umat islam bersedia berkorban untuk keluar dengan lebih lama ke jalan Allah.

Beliau menganggap keluar bersama tabligh itulah yang dipanggil sebagai keluar di jalan Allah.Apabila saya menimbulkan usaha jihad menuntut ilmu seperti yang dilakukan oleh imam asy syafie sebagai keluar di jalan Allah sama,maka beliau tidak menolak menuntut ilmu fiqh sebagai keluar di jalan Allah,namun lebih afdhal keluar bersama tabligh.Beliau kemudian bercerita akan dua pecahan ilmu agama iaitu masail dan fadhail.Bagi ilmu masail, boleh dituntut dengan ulama fekah. Namun,untuk dapat ilmu fadhail,perlulah keluar bersama tabligh.Maka saya menyanggah pandangan itu,kerana jika itulah yang diyakini mereka,maka apakah saya ini belum betul-betul menjadi muslim sejati dalam menuntut ilmu fardhu ain kerana saya tidak keluar bersama tabligh dan tak dapat ilmu fadhail.

muzakarah itu kian hangat sehingga beberapa pelajar PASUM mengerumuni kami bertiga membentuk halaqah lah jadinya. maka melihatkan saya bermuzakarah berseorangan dengan kedua-dua belah pihak tidak memetik apa-apa dalil al quran atau hadis dengan tatacara yang betul,muncullah ketua biro kerohanian PASUM ke dalam muzakarah itu.Dan menjadilah muzakarah itu 2 lawan 2.

Maka muzakarah itu bertukar menjadi begitu mendalam dan mencabar apabila saudara syakirin mula beranalogi akan cara berdakwah islam kepada orang asli yang duduk di dalam hutan.Saudara syakirin cuba membuktikan bahawa teras dakwah islam adalah mengenal iman.Dan bagi membuahkan benih iman adalah penting untuk diceritakan kisah-kisah fadhilat yang terdapat dalam hadis rasulullah.Saya yang bersetuju dengan setengah pendapat beliau mulalah menjawab satu persatu soalan beliau yang saya tahu akhirnya bermatlamatkan untuk saya bersetuju bahawa tiada cara dakwah keluar di jalan Allah melainkan keluar bersama tabligh.Beberapa kali ketua biro kerohanian Pasum menyampuk dan kadang kala semua pelajar yang duduk dalam halaqah itu terpegun menumpukan pada hujah-hujah berdalil yang disusun dengan cermat oleh ketua biro itu. Pada ketika itu ketua saya mula beredar apabila beliau merasakan kehadiran beliau tidak memberikan apa-apa makna dalam muzakarah itu,maka jadilah muzakarah itu 1 lawan 2,dengan saudara syakirin berseorangan mempertahankan tabligh.

Jadi,apa keputusannya?

MFR:keputusannya adalah kesedaran saya kepada kata-kata di dalam blog ini iaitu "mencari hikmah dalam berdakwah,redha Allah dalam berjuang".

itu keputusan yang saya dapat buat untuk diri saya,apabila saudara syakirin yang kematian hujah mula menyalahkan dirinya kerana lemah tidak dapat mempertahankan jamaah tabligh yang beliau yakin adalah jamaah yang berada di jalan yang benar.

Melihatkan suasana muzakarah sudah bertukar hiba dan sayu,akhirnya saya cepat-cepat membuat kesimpulan supaya setiap orang berlapang dada dengan pandangan dan kaedah dakwah masing-masing.Jika saudara syakirin merasakan keluar bersama tabligh adalah keluar di jalan Allah,maka seharusnya saya melukis komik,mencetak risalah dakwah,dan turun naik tangga di ambang asuhan jepun pasum untuk membahagikan risalah saya dianggap jua keluar di jalan Allah.Tidak bolehlah kita menafikan orang-orang yang berjuang dan berdakwah tanpa mengikuti kaedah kita sebagai tidak berjuang atau berdakwah.Saudara syakirin akhirnya bersetuju dan semua pelajar yang duduk dalam halaqah itu juga bersetuju dan muzakarah itu diakhiri oleh majlis membaca doa dari saudara syakirin dengan doa beliau yang sayu dan menginsafkan.

Jadi,atas sebab itu saudara membuat keputusan untuk perkasakan diri?

MFR:saya belajar sesuatu yang amat penting di sebalik peristiwa muzakarah itu.Saya mula bermuhasabah diri dan perjuangan kembali.

pertama, semasa saya kecil saya telah meyakini bahawa saya akan mati pada bila-bila masa dan atas sebab itu saya memilih untuk tidak menjadi kanak-kanak yang mengharungi zaman kanak-kanak seperti kanak-kanak lain.saya menolak budaya kanak-kanak untuk bermain-main dalam zaman itu,dan memilih untuk merencanakan idea dan pemikiran saya atas isu-isu yang menyentuh soal agama,bangsa dan negara.saya tidak menyesal kerana memilih jalan itu,walaupun akhirnya kerana tiada zaman kanak-kanak seperti kanak-kanak yang lain,saya menghadapi masalah kekeliruan ketika pertumbuhan emosi saya tidak sama dengan pertumbuhan fikiran saya.Atas sebab itu kadang-kala saya ada dua watak atau banyak watak dalam satu jasad. saya mula jadi keliru,siapa saya sebenarnya.seorang kanak-kanak,seorang remaja atau seorang tua uzur yang hampir menemui ajal.

atas sebab itu,perjuangan saya di seratas seperti yang saya ceritakan sebelum ini,banyak bercampur baur dengan kepelbagaian watak dan sikap saya.sehingga kawan saya pernah menegur saya akan kehairanan beliau mengenai diri saya dalam situasi berbeza,apabila suasana serius maka saya mula bertindak dengan pendirian tegas,namun ketika situasi biasa saya mula menjadi seorang yang lain.Pendiam dan serius dalam satu masa yang lain, banyak cakap dan menjadi badut dalam masa yang lain.

Orang dakwah memanggil saya tidak tsiqah.Dan saya akui kelemahan itu dan saya menganggap masalah saya adalah beristiqamah dengan satu watak.

Dan saya telah sebutkan bahawa perjuangan di seratas tidak begitu berkesan kerana faktor istiqamah dan itu merupakan jalan penghalang mendapat hikmah dalam berdakwah.

perjuangan di universiti malaya di pecahkan kepada tiga zaman iaitu zaman saya menghadapi kekeliruan budaya sebelum peristiwa BTN 2003, identiti kontroversi selepas peristiwa BTN 2003,dan zaman memperkasakan diri selepas peristiwa muzakarah bersama saudara syakirin.

Bermakna peristiwa itu titik tolak kepada perubahan perjuangan saudara?

MFR: ya,boleh dikatakan begitu. Ada sesetengah strategi,kaedah dan gaya perjuangan lalu telah saya tinggalkan buat sementara waktu atas faktor kesedaran ini.

antaranya saya tidak menyertai lagi mana-mana aktiviti persatuan pelajar,atau menggabungkan diri dengan mana-mana jamaah dakwah seperti mana saya telah mulakan di zaman seratas dalam badar dan di UM dalam biro kerohanian.

Tidakkah saudara menolak hidup berjamaah dalam berjuang?

MFR:muzakarah dengan saudara syakirin memperlihatkan saya kepada realiti dan cabaran jika saya membuat keputusan menjadi sebahagian ahli jamaah.Kecenderungan untuk mempertahankan metod jamaah kita sebagai jalan paling ideal tersangatlah besar.Kita faham dan sedar betapa kita tidak boleh taksub dengan kumpulan kita hingga merendahkan kumpulan yang tidak menjadi sebahagian dari kita,namun bukan suatu yang mudah untuk tidak menjadi taksub. Hanya diri yang diperkasakan dengan pendirian kukuh dan ilmu yang luas sahaja akan menjadikan kita seorang ahli jamaah yang adil kepada sekalian manusia. Kita mesti ingat,dakwah islam adalah untuk sekalian manusia,dan bukan untuk ahli jamaah kita sahaja.

Kesedaran itu telah membawa saya kepada sikap yang sama yang ada pada parti politik.Peristiwa dialog dengan pengetua seratas , peristiwa pembentang modul BTN yang merupakan ahli UMNO sejati,telah menunjukkan saya sikap itu mampu muncul dalam UMNO. Begitu juga peristiwa dialog saya dengan timbalan pengarah dalam isu Majlis Ukhuwah.Saya yang bukan ahli UMNO telah dituduh dengan pelbagai tuduhan seprti ejen pembangkang,berfikiran jumud,berhati keras,ekstrimis dan pelampau agama.

Baru-baru ini saya juga melihat dan mengalami sendiri sikap taksub itu apabila saya cuba membentangkan teguran dan nasihat kepada laman-laman pembangkang,dan forum-forum tang melibatkan isu mereka,telah menemukan saya dengan gelaran yang lain pula dari parti pembangkang yang sebelum ini,tidak saya selami betul-betul.Saya pernah dituduh ejen UMNO, musuh islam,munafik,menghalang kemenangan islam, kafir, mentaliti tertutup, hati buta,dan sebagainya lagi yang keluar sendiri dari penyokong sejati mereka.

Saya juga telah berdialog dengan remaja-remaja salafi yang jauh lebih muda dari saya,yang akhirnya saya dapat gelaran taksub mazhab,taklid buta,menghalang tajdid,ahli bidaah, tidak berjuang, escapisme, jahil dan sebagainya.

Inilah cabaran bagi mereka yang menggabungkan diri dengan perjuangan berjamaah sebelum memperkasakan diri.Saya terluka dengan gelaran-gelaran serta tuduhan-tuduhan pelbagai kelompok jamaah itu apabila saya mengemukakan pandangan dan cadangan.

Akhirnya saya membuat keputusan untuk menggabungkan diri dalam jamaah firqah yang merupakan firqah majoriti umat islam,iaitu ahlus sunnah wal jamaah. Namun sebelum itu,perlulah saya memperkasakan diri dengan ilmu dan strategi yang berlandaskan ahlus sunnah itu dahulu.

Maka saya mengambil masa selama 5 tahun untuk tujuan itu iaitu dirancangkan bermula tahun 2005 hingga 2010.Tidak pula saya berhenti menyumbang dalam dakwah islam dalam tempoh memperkasakan diri itu.

Apa bukti saudara tidak berhenti menyumbang?

MFR: Dalam tempoh 5 tahun itu,pertamanya saya berhasrat untuk memperkasakan diri saya dengan ilmu dan pegangan ahlus sunnah wal jamaah. Itu hasrat dan matlamat utama.

Keduanya,saya akan memperkemaskan kembali semua idea dan strategi yang saya ada sejak kecil hingga kini untuk lebih matang,sistematik,dan praktikal.

ketiganya,saya cuba menyempurnakan amanah untuk menjadi engineer islam sebagai tuntutan fardu kifayah ke atas diri saya.

keempat,saya akan menyalurkan bantuan dan sokongan kepada mana-mana aktiviti dakwah semampu daya saya.Maka saya tidak akan berhenti menyumbang dalam arena dakwah.

saya akui,saya bukan alim yang mendalami ilmu islam untuk mengajar akan ilmu fiqh,ilmu tasawwuf atau ilmu-ilmu dakwah.Saya tidak mahir ilmu al quran dan hadis. saya cuma ada semangat,kesedaran,dan sedikit minat yang boleh disalurkan untuk adik-adik saya (para remaja) terutamanya atau sesiapa sahaja atau dari mana-mana jamaah atau gerakan dakwah manapun bagi membentuk generasi muda yang berjuang,dan mengejutkan lamunan para pejuang yang hebat-hebat agar memanfaatkan kehebatan mereka ke jalan perjuangan.

maka,selama lebih setahun saya cuba perkasakan diri kembali,pada tahun 2006 iaitu tahun ini,saya mula bersedia untuk menulis idea-idea perjuangan saya dalam blog ini untuk dikongsi.

walaupun hakikatnya saya masih dalam tempoh memperkasakan diri.

bagaimana perkembangan terbaru usaha saudara ini?

MFR: usaha saya telah dapat diterima oleh beberapa pihak terutamanya di universiti malaya tempat saya belajar dahulu. Dua kelompok yang dianggap bermusuh dan bersengketa dalam politik kampus iaitu parti aspirasi dan parti gagasan,kedua-duanya menerima usaha dakwah saya iaitu dalam bentuk dakwah berilustrasi.saya membantu mereka dengan syarat usaha saya tidak digunakan untuk menghentam antara satu sama lain.saya akui,usaha saya ini dipandang remeh sahaja dari pihak-pihak yang berjuang isu-isu rakyat melalui jalan gerakan underground di kalangan sahabat-sahabat saya. Usaha pihak tabligh juga dianggap remeh oleh jamaah politik,namun sejarah membuktikan jamaah tabligh berjaya memperkenalkan islam di Jepun dengan jayanya. Saya mendapat tahu rakyat Jepun yang pertama memeluk islam yang dicatatkan ialah dari usaha dakwah tabligh.

walaupun saya tidak bersetuju dengan jamaah tabligh dalam sesetengah perkara,namun saya akui sumbangan mereka dalam dakwah islamiyah. Begitu juga dengan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. Dan mazhab-mazhab serta manhaj-manhaj yang ada dalam islam pada hari ini. Saya memilih untuk menghargai sumbangan setiap pejuang,dalam masa yang sama memperkukuhkan diri dengan pegangan tulen ahlus sunnah wal jamaah,dan membina strategi serta jatidiri dalam perjuangan mencari hikmah dalam berdakwah,redha Allah dalam berjuang.

saya sebutkan semua itu dalam strategi saya seperti,redha Allah centric,penyatuan dan perpaduan,remaja gagah,pendidikan pejuang,ekonomi pejuang,dan teknologi pembaiki.

terima kasih saudara MFR atas kerjasama saudara dalam sesi temubual 9 episod ini.Saya harap saudara dapat menaikkan gaji para pekerja MFR Production kerana tanpa kami,siapalah saudara.Hahaha.

MFR: yaa..yaa.. ambillah semua duit gaji saya ini. saya makan nasi dan bawang saja.

haha..astaghfirullah al adzim.apa cadangan saudara untuk tajuk temubual ini?

MFR: tuliskan entri perasan. sebab temubual ini adalah temubual perasan sorang-sorang, macam bagus sangat padahal diri sendiri masih belum kuat.Dan di sudut yang lain, saya harap temubual ini akan membuatkan para pembaca ter perasan sesuatu yang baik yang boleh dimanfaatkan demi perjuangan islam.saya harap ada mesej yang bermanfaat. jika tiada, maka segala kelemahan itu atas diri saya sendiri.

Yaa.. bukan kelemahan wartawan MFR Production.haha. ok ok. assalamualaikum.

MFR:waalaikumsalam.

TAMAT
-----------------------

KL menjerit


6 komentar:

Anonymous said...

Bagus tulisan ini saudara..Namun bukan semua memahaminya. Paling penting berada di atas jalan Salafuna Soleh. Berpegang dgn Aqidah Ahlul Sunnah Wal-Jamaah. Utk terlibat dlm politik atau tdk terpulang. Memang ianya akan giat dibidas oleh mrk yg mengikuti manhaj apa2 jemaah. Namun kita yakin kecenderungan berpolitik atau tidak terpulang pd individu. Individu yg muhklisin inshAllah akan menerima apa jua method dan wadah dlm berdakwah selagi mana tidak bertentangan Al-Quran dan Hadith. Dan tidak berniat menjatuhkan antara satu sama lain.

Ana cadangkan bro baca tulisan Said Nursi bagaimana beliau bertukar dr Said Qadim ke Said Jadid. Bagaimana beliau giat dlm politik dan akkhirnya menjadi khadam Al-Quran dan Iman.

Anonymous said...

assalamu'alaikum warahmatullah.

posting yg menarik tp pjg sgt letih jgk ana nk meenghabiskannye..

di sini ana ade satu dua nasihat utk sheikh penulis blog dan pesanan ni jgk ahli2 ilmu kite slalu bgtau,yakni

"jgn cari ilmu utk berdebat dan berbahas tp carilah ilmu utk beramal"

baru ade keberkatan di situ.

psl tabligh, jgn judge 'pihak tabligh' just melalui muzakarah sheikh dgn 2org shbt yg dinyatakan tu. tksume org tabligh kata tabligh je yg cara yg btul dlm berdakwah.

ana nk ajak sheikh kuar 3ari nk tk? kan ade byk mase free. kuar smbl blaja2 imarahkan msjid,ckp2 tntg perkara iman dan amal,membaiki diri serta hidupkan amal masjid dan amal harian kite.
try kuar, insyaAllah br rase sket mujahadah dlm berdakwah.
bkn just ckp2 or tulis2 smbl menunggu org dtg dgr n bace jer.

note: bkn bermksd bnde yg sheikh buat ni slh yer.

"ilmu tnpa amal ibarat pohon tkberbuah"
biar ilmu sket tp kite amal ape yg kita tahu..jgn tahu byk tp amalnye tdk. ini pesanan utk diri sendri trutamanye. di akhirat nnti pn bnde ini akan disoal, ADAKAH KAMU AMAL APA YG KAMU TAHU? insyaAllah sesama kite sheikh muhasabah diri bbbyk.

mfrstudio said...

waalaikumsalam.

benar sekali kata-katamu

saya sdg berusaha mengamalkan apa yg saya tahu, apa yang saya mahu, dan apa yg saya harapkan saya amal.

namun, yg saya tahu itu belum cukup, apa yg saya mahu itu belum sempurna, dan apa yg saya harap saya amal itu belum gagah dan perkasa.

usaha tetap usaha.saya tak pernah berhenti usaha.

saya sdg mengumpul seberapa ramai manusia yg dapat mendidik dan membantu usaha saya.

namun bila saya tak dapat buat beberapa usaha , adakah patut saya tinggal semua usaha yg saya mampu usaha?

saya berusaha atas kemampuan. dan saya manfaat atas segala pemberian dan ruang.

p/s- bila saya tolak kuar 3 hari bersama anda, adakah anda fikir saya tak usaha imarah masjid, iktikaf, atau berdakwah di alam nyata?

tambahan;

dulu masa kat UM, saya tak join tabligh ke masjid sri petaling tuk kuar 3 hari di hujung minggu, tapi hampir setiap hari saya ke masjid ar rahman beberapa meter saja dari kolej, menelaah pelajaran dan menambah amal, serta beramah mesra dgn pakcik2 yg dtg jemaah di sana.malah byk juga pengalaman bermalam di sana.sape2 yg dok kolej saya mgkin ada yg tau saya jd kan kolej tempat salin baju dan mandi saja.

Anonymous said...

alhamdulillah, jika itu yg sheikh sntiasa lakukan.

bg ana,kuar 3 hari,40 hari dan 4 bulan itu sbg metod utk blaja2 buat dakwah, blaja2 utk istiqamah dlm beramal dan seterusnye blaja2 utk hidup spt hidup para sahabt dan Nabi saw. lg2 bler dk kt negara bukan Islam ni. masjid dh bukan bermeter2 dr umah lg tp berjam2 perjalanan. btul tk?
utk pegi masjid saje dh perlukan mujahadah sket. (n of course hidayat dr Allah swt)

ok, truskan berdakwah seikhlas2nye.

smoga Allah bg kefahaman agama lg kpd kite.

mfrstudio said...

segelintir rakan tabligh juga sering salah faham dengan diri saya. saya tak menolak kaedah jamaah tabligh, cuma saya menolak iktikad setengah ahli jamaah tabligh yg beriktikad bahawa dakwah dgn metod bukan dari jamaah tabligh adalah bukan cara nabi @ sunnah.

ini seolah-olah menafikan peranan setiap wadah dakwah yg diakui oleh para ulama majoritinya yg patut diserap dgn dakwah.

jika saya berjuang melukis komik dakwah menyampaikan ajaran islam melalui komik pun, adakah itu bukan kaedah dakwah yg bersesuaian dgn sunnah?

itu saja.

saya bukan seperti sesetengah ahli pas atau wahabi yang menyesatkan jamaah tabligh, mendolalahkan usaha mereka atau mengkafirkan mereka. itu saja.

mfrstudio said...

dan saya juga beberapa kali keluar bersama jamaah tabligh di jepun ini disamping berusaha sendiri ke masjid yg sememangnya jauh dari kawasan tempat tinggal.

oleh itu jgn pandang rendah atau bersangka buruk.

ikram muslimun