|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
sambungan lagi....

saudara tidak mengaku sebagai ejen PMIUM,tetapi baru kejap tadi saudara menyokong projek PMIUM. sebenarnya di mana pendirian saudara?

MFR: pendirian saya di atas pendirian ahlus sunnah wal jamaah. Itu pendirian saya. Saya akui,saya bukan orang yang mendalam ilmu agama, namun itu kehendak dan hasrat hati saya iaitu mahu berpijak teguh atas jalan ahlus sunnah wal jamaah. PMIUM menjalankan dakwah islamiyah,maka projek dakwah dan penghayatan islam mereka wajar disokong.Namun tahun 2004 itu, HEP Universiti Malaya dilihat kurang adil terhadap PMIUM. Semata-mata PMIUM dituduh sebagai propembangkang,projek mereka telah dibatalkan. Dan FESKUM yang ada fun fair pula diluluskan dengan mudah. Sebenarnya apa yang ingin dikejar di Universiti Malaya ketika itu?

Saya sendiri mendengar ucapan Saudara Ramadan Fitri selaku presiden PMIUM ketika itu,bahawa beliau menolak politik luar dan mengaku mempunyai dasar tidak pro pembangkang.Jika mengkritik pihak universiti dan kerajaan,itu tidaklah boleh menjadi sebab dituduh sebagai pro pembangkang. Kecualilah PMIUM secara rasmi membuat kenyataan mereka pro pembangkang.

Tetapi PMIUM sering dilihat mengkritik kerajaan atas isu-isu pembangkang.

MFR:Ini yang saya sedih dalam minda orang-orang politik tanah air.Jika dasar kerajaan dikritik atau sebarang tindakan kerajaan ditegur,itu tandanya mahu memantap dan membina lagi kerajaan dan bukan menjatuhkan. Melainkan mesejnya menyuruh jatuhkan kerajaan,maka sememangnya itu mahu menjatuhkan.

saya tidak pernah menentang keputusan majoriti. Andai kerajaan sekarang terbina atas keputusan majoriti rakyat,untuk apa saya memaksa negara dan rakyat memilih pemimpin dari pilihan saya.

demokrasi yang ada di negara bukti bahawa negara yang baik lahir dari pimpinan yang baik,pimpinan yang baik lahir dari rakyat yang baik.

saya lebih suka menumpukan kepada pembangunan rakyat daripada pembangunan kepimpinan negara yang ada sekarang.Walaupun saya suka untuk menyeru agar golongan ulama dan cendikiawan terus tanpa putus asa memberikan nasihat dan cadangan-cadangan serta teguran kepada pihak kerajaan agar negara tidak dibawa ke jalan yang salah. saya sebagai rakyat yang hina juga cuba untuk menyampaikan mesej saya kepada pihak kerajaan melalui saluran jabatan-jabatan yang tersedia,walaupun saya tak tahu adakah jabatan-jabatan itu mengambil perhatian atas nasihat,teguran dan cadangan saya.

saudara langsung tidak menyentuh soal peranan pembangkang dalam arena politik.

MFR: memang kita sering dengar bahawa pembangkang perlu wujud bagi mengimbangi kerajaan. saya tidak memaksa orang menerima pandangan saya.

tetapi bagi saya, jika mahu ada pembangkang,biarlah pembangkang itu dari bukan islam. Kerana bagi saya umat islam tidak harus berpecah dengan ada dua unsur yang sering bertentangan,yang dipanggil sebagai kerajaan dan pembangkang.

Dalam kesatuan umat islam,kita berada dalam persaudaraan. Itu yang diajar oleh ahlus sunnah wal jamaah.Dan dijelaskan sendiri oleh Allah s.w.t bahawa orang mukmin itu bersaudara.

Dalam persaudaraan itu berbeza pendapat pasti berlaku. Semasa zaman Rasulullah s.a.w sendiri umat islam dari kalangan para sahabat pernah berbeza pendapat. Tetapi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bagi menyelesaikan masalah perbezaan pendapat. Itulah musyawarah.

Tentu agak sukar untuk bermusyawarah dalam keadaan masing-masing tidak terpimpin,maka dalam kesatuan umat islam itu sendiri mestilah diangkat dahulu orang-orang yang bijak-bijak dan layak dalam memimpin. Kemudian, bolehlah dijalankan undi andai sistem undi diterima pakai untuk melantik seorang ketua bagi kesatuan umat islam.

Ketua itulah nanti akan memimpin musyawarah. Sebarang cadangan,pandangan dan pendapat bagi menyelesaikan isu umat islam wajar ditimbang semuanya dalam satu musyawarah dan al quran dan sunnah jadi dasar dan rujukan.

nampaknya saudara cuba menghancurkan sistem pilihanraya dan parlimen?

MFR: siapa pula yang mencadangkan supaya menghancurkan pilihanraya dan parlimen? pilihanraya boleh terus ada,dan parlimen boleh terus wujud. Institusi beraja boleh terus ada.Itu semua tidak pernah menghalang umat islam untuk mempunyai kesatuan.

apa yang menjadi impian saya ialah umat islam kembali menghayati persaudaraan islam. Hubungan itu diajar sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w kepada para sahabat. Persaudaraan islam tidak menghalang sebarang idea atau pandangan. Para sahabat juga bebas mengemukakan cadangan apabila Rasulullah meminta pandangan dari mereka. Dan kadang kala cadangan para sahabat itu bertentangan antara satu sama lain. Namun,persaudaraan islam tidak pernah terjejas.

adakah saudara ingin mengatakan persaudaraan islam terjejas apabila wujud pembangkang dari kalangan umat islam?

MFR: sebenarnya sistem yang dibentuk oleh penjajah Barat ke atas umat islam di malaysia itu sudah lama merosakkan bukan saja persaudaraan islam,malah pelbagai masalah keruntuhan akidah,akhlak dan sebagainya yang melanda umat.

parti-parti politik diwujudkan untuk merebut kerusi,semua itu sistem yang mampu memecahbelahkan umat. Umat islam dipecah kepada dua ideologi iaitu kebangsaan atau nasionalis dan islamis.

Tidak ada pecahan buat umat islam. Kita hanya ada satu ideologi. kita punya Tuhan yang sama. Rasul yang sama. Kitab suci yang sama.Kiblat yang sama.Cara hidup yang sama. Dan jalan yang sama buat orang Melayu-Islam dan umat Islam di nusantara iaitu jalan ahlus sunnah wal jamaah.

saya tahu orang UMNO tak suka kata-kata saya ini. Dan orang PAS juga ada yang tidak setuju. Orang UMNO boleh bencikan saya.Saya tidak pernah menghalang. Orang PAS juga boleh membenci saya,saya tidak pernah menghalang. Cuma,jangan samakan saya dengan pemikiran anda wahai orang-orang politik. Saya tidak suka dipanggil ahli UMNO. saya juga tidak suka dipanggil ahli PAS. Saya bukan UMNO dan saya bukan PAS. saya ialah generasi muda yang ingin menjunjung perjuangan para ulama ahlus sunnah wal jamaah di bumi malaysia,iaitu menegakkan kalam Allah,menyebarkan ajaran islam sebenar.Itu hasrat dan impian saya. Saya menyokong siapa saja menjalankan dakwah islamiyah.Tapi jika kebencian dan permusuhan sesama umat islam yang disebarkan,sehingga menutup jalan untuk bersatu,maka saya menentang. Jika saya menentang membuatkan anda membenci saya,maka bencilah saya. Saya bukan harap redha anda,saya cuma harap redha Allah.

saudara sanggup tiada penyokong? kerana orang melayu pastinya terpecah kepada dua parti ini iaitu UMNO dan PAS,saudara tentunya berseorangan.

MFR: sebenarnya UMNO dan PAS cuma contoh sahaja. saya tahu ada kumpulan lain yang ingin menguasai politik melayu-islam di malaysia.

saya tak mahu terlibat dengan parti politik. Itu janji saya pada Allah.Saya akan meneruskan strategi yang saya rancang untuk persediaan kematian saya.Strategi itu perjuangan hidup saya. Jika kalian mahu berjuang sampai mati berebut kerusi,terpulanglah. Saya akan terus berusaha membina diri menjadi daie,agar dapat berdakwah kepada semua pihak pelbagai lapisan,dari atas hingga ke bawah.

sebenarnya saya tidak berseorangan. saya percaya para ulama ahlus sunnah wal jamaah yang ikhlas dengan ilmu mereka mempunyai impian yang sama seperti saya iaitu menubuhkan kesatuan umat islam yang berpaksikan al quran dan sunnah dan menjadikan musyawarah sebagai jalan kesatuan.

Jika kesatuan umat islam terjadi,bukankah itu satu cabaran buat bangsa lain dan agama lain?

MFR: itu pandangan yang salah. islam tidak pernah memberikan apa-apa mudarat kepada kaum lain atau agama lain. kamu agama kamu,aku agama aku. tiada paksaan dalam islam.

di bawah kepimpinan islam,semuanya akan selamat, orang bukan islam selamat,bangsa lain selamat.

Tetapi pastinya bangsa lain akan menuntut hak mentadbir negara juga. mereka juga mahu jadi menteri dan punya kuasa politik bagi menjamin bangsa mereka dan menyebarkan rasa memiliki negara secara bersama.

MFR: saya tidak menolak kaedah sedemikian,berdasarkan sejarah dan situasi negara kita,bukannya boleh dibuat sebiji macam madinah. Malaysia bukan madinah. Saya cuma mahu umat islam duduk dalam satu kesatuan. Kalau nak berbeza pendapat pun,biarlah berbeza pendapat dalam kesatuan.Itu akan menjamin kekuatan kita.Buat masa ini,saya tak nampak keperluan yang lebih utama selain kesatuan umat islam.

Apa pentingnya kesatuan umat islam?

MFR:Apabila saya sebut kesatuan umat islam,maka apa yang menjadi teras kesatuan itu ialah pegangan kita iaitu al quran,as sunnah,dan jalan ahlus sunnah wal jamaah.Kesatuan kita akan memartabatkan ulama.Kesatuan kita akan perkasakan daie dan dakwah islamiyah.

Jika ulama telah dimartabatkan,daie telah perkasa,maka golongan sasaran utama untuk dibina ialah golongan remaja atau generasi muda.Kita perlu siapkan aset kita yang itu dahulu.Jangan biarkan melayu sekular,melayu murtad,melayu munafik,melayu liberal,melayu yang aneh-aneh meracuni fikiran remaja kita.

Usaha menentang fahaman aneh-aneh yang berkembang dalam masyarakat umat islam di malaysia dapat dibuat dengan lebih berkesan andai kesatuan umat islam ini wujud.

Saudara sebut tadi,orang UMNO dan PAS pastinya tidak suka akan cita-cita saudara,boleh saudara jelaskan?

MFR: saya tak sebut semua ahli UMNO dan PAS begitu.Saya yakin ada generasi tua mahupun muda dalam UMNO dan PAS yang punya impian yang sama seperti saya. Namun mungkin tindakan politik dua parti melayu-islam itu dikuasai oleh pemain politik yang tidak bersetuju dengan cita-cita saya.

pemain politik UMNO sudah mempersiapkan tanggapan terhadap ahli PAS sebagai parti ekstrim,membawa fahaman kebelakang, ulamanya jumud, mempergunakan islam,dan mungkin secara tak langsung menganggap PAS sebagai musuh utama islam.

pemain politik PAS pula sudah mempersiapkan tanggapan terhadap ahli UMNO sebagai sekular,munafik, nasionalis,tidak berpegang kepada al quran dan sunnah, mengutamakan keuntungan peribadi dengan cara menipu rakyat,sehingga ada yang anggap sebagai kafir.

pemain politik ini pastinya akan tua dan mati juga satu hari nanti. Saya akur bahawa cita-cita dan hasrat hati saya tidak sekuat pemain-pemain politik UMNO dan PAS sehingga mampu menenggelamkan mereka dan mencetuskan gelombang kesatuan.

sebab itu saya cuba perkasakan diri saya selepas satu peristiwa muzakarah saya dengan saudara syakirin pelajar PASUM 2004 di surau kolej sebelas universiti malaya pada tahun yang sama.

Apa kaitan perkasakan diri dengan muzakarah itu?

MFR:saya telah bercerita sebelum ini perjalanan perjuangan saya sejak kecil,sehingga ke perjuangan di seratas dan universiti malaya,namun muzakarah itu telah menyedarkan saya supaya menyediakan tempoh untuk memperkasakan diri saya bagi berjuang dengan lebih kemas di masa hadapan.

boleh ceritakan apa isi muzakarah itu?

(bersambung bahagian terakhir temubual)

---------------------

hamza yusuf-in the footsteps of the Prohet


0 komentar: