|KUMPULAN BLOG MFR
|RANGKAIAN MFR
|MISI MFR
|KOLEKSI TULISAN TOKOH
(tinggal lagi 2 entri untuk tamat..ohh aku dah tak sabar untuk berhenti ditemubual)

yaa..sambungan seterusnya...

saudara berkata bahawa peristiwa kursus BTN itu pada tahun 2003,tetapi jika saya tak silap,saudara ke jepun pada tahun 2005.Bermakna pada tahun 2004 saudara masih di UM?

MFR:ya,benar.

Saudara kata pembentang modul itu mengugut saudara untuk melaporkan kepada JPA sikap saudara di BTN,ada saudara terima apa-apa surat amaran JPA?

MFR: mungkin pembentang modul itu hanya mahu mematahkan semangat saya saja dari bangkitkan isu-isu mengenai perlembagaan dan negara.Saya tak bersetuju dengan kaedah begitu. Mungkin beliau tidak melaporkan pada JPA .Mungkin juga beliau kasihan pada saya yang berasal dari kampung,untuk melaporkan kepada JPA.Mungkin juga JPA tahu,tapi tidak sampai hati mahu bertindak.Jika JPA menarik semula biasiswa pengajian saya ke jepun,maka tentu sekali amat rugi kepada orang kampung saya iaitu kampung bendang selinsing,sauk kuala kangsar perak. Saya dengan tegas ingin menyatakan bahawa saya bukan orang yang suka melakukan perkara di luar prosedur.Walaupun kadang kala saya dihalang melalui prosedur yang ada. Seboleh-boleh saya mahu berdakwah melalui saluran yang tidak menimbulkan kekacauan. Dakwah islam itu mengajak kepada keamanan,maka mengapa harus saya menghancurkan keamanan dengan dakwah saya?

ohh..tak harus.hehe. tapi,apa bukti saudara ini seorang yang mengikut prosedur dan tak ganggu keamanan,setahu saya,saudara ini seorang yang kontroversi?

MFR: yaaa..yaaa..memang itu yang kawan-kawan memanggil saya. seorang yang kontroversi. tetapi mereka tidak tahu sangat apa yang saya perjuangkan dan apa tindakan saya.

Di sekolah misalnya,tazkirah-tazkirah saya adalah melalui prosedur yang ada iaitu saya selaku pimpinan Badar,malah ketua warden cikgu sohor juga menyokong usaha tazkirah saya di surau.Bermakna,saya bertazkirah dalam keadaan yang dilulus dan bukan keadaan underground.Walaupun saya mengaku saya ada melakukan aktiviti underground dan menyalahi peraturan sekolah,seperti duduk beriktikaf di surau padahal peraturan sekolah tidak benarkan pelajar ke surau selepas jam 12 malam.semua mesti berada di dorm.

Dalam kes kertas kerja "penstrukturan Badar" juga,saya cuba bawa pembaharuan suasana islam di seratas melalui prosedur kertas kerja dengan perkasaan Badar. Antara permohonan saya di dalam kertas kerja itu ialah menaiktarafkan Badar sebagai Badan Dakwah atau organisasi pelajar yang diiktiraf oleh sekolah dan bukan hanya biro agama di bawah MP (Majlis Pelajar).Pada tahun 2004,saya dimaklumkan oleh pimpinan Badar bahawa ahli Badar telah diberikan sijil keahlian di perhimpunan sekolah. Maka pengetua telah pun melulus permohonan saya. Bukan senang untuk mengubah dasar sekolah,tapi jika dibuat dengan taktik dan strategi,pembaharuan akan berlaku dalam suasana aman. Seperti pembukaan Mekah.

Pada tahun 2004 juga, selepas dari peristiwa BTN,saya telah mencadangkan kepada ketua biro kerohanian RPKJ (rancangan persediaan khas jepun) untuk melancarkan projek penerbitan risalah dakwah. Saya menawarkan diri sendiri sebagai tenaga kerja apabila biro mengeluh tidak cukup tenaga kerja bagi menjayakan penerbitan risalah dakwah.

Saya menubuhkan Squad Penerbitan RPKJ dengan menerbitkan edisi percubaan Risalah Pemantapan Kerohanian & Jatidiri (RPKJ). Dalam melancarkan penerbitan itu,tidak pula saya melakukan secara underground,kerana saya percaya ada saluran yang tersedia untuk saya melancarkan risalah itu.Maka saya bertemu dengan Pengarah Ambang Asuhan Jepun merangkap timbalan pengarah pusat asasi sains (kalau saya tak silap),dan berbincang serta menyerahkan surat permohonan untuk menerbitkan risalah itu. Malah beliau juga menukilkan kata-kata aluan dalam risalah edisi percubaan itu.

Risalah itu telah dilancarkan dengan mendapat restu timbalan pengarah, guru penasihat biro,ketua biro dan penolong,dan juga presiden RPKJ batch 22. Saya akui sebelum risalah itu diterbitkan saya memang ada menampal artikel di kelas, dakwah kontroversi yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada biro.

Saya akui itu satu kesilapan saya,kerana teguran keras saya kepada pelajar RPKJ perempuan yang bertudung semasa ke kelas tetapi menanggal tudung semasa di padang bola dianggap sebagai ekstrimis. Saya memang menghadapi kejutan budaya,kerana di sekolah dulu,saya tidak pernah melihat seorang perempuan bertudung di kelas kemudian tanpa segan silu membuka tudung di padang. Saya memang tak boleh terima sikap nifak sebegini. Ini bukan sikap yang diajar oleh ahlus sunnah wal jamaah. Maka saya bangkit cuba untuk amar makruf nahi mungkar ke atas fahaman nifak ini.Saya tidak sangka bahawa mahasiswa islam di universiti malaya sudah menerima budaya ini sebagai budaya yang biasa.

Saya akui,selepas saya ditentang keras oleh pelajar perempuan yang tak bersetuju dengan artikel saya,saya cuba mengkaji corak pemikiran mahasiswa universiti malaya. Memang saya akui,telah terserempak dengan banyak kes-kes yang menyedihkan saya. Remaja Melayu telah jauh dari pegangan ahlus sunnah wal jamaah,malah telah jauh dari agama,telah jauh sangat jauh sehingga hampir sahaja mereka kepada jurang neraka.Tak perlu saya untuk memperincikan kes-kes itu,namun sememangnya berlaku kes-kes khalwat yang hampir-hampir dengan zina. astaghfirullah al adzim. banyak saya belajar di universiti malaya.

Ohh maaf,dah melalut. tadi saya cerita pasal apa ya?

pasal saudara mengikut prosedur untuk berdakwah.

MFR: ooo terima kasih.

Itu antara contoh prosedur yang saya ikut. Saya akui,tidak semua program dakwah berjaya dengan melalui prosedur. Memang ada prosedur yang menghalang dakwah.

Saya ambil contoh,selepas RPKJ edisi percubaan,saya telah lancarkan projek RPKJ edisi setiap 3 bulan iaitu sebanyak 4 edisi,bermula dengan edisi muharram-safar-rabiulawal.Projek saya itu telah dibawa kepada timbalan pengarah yang baru.Dan timbalan pengarah yang baru ini begitu berhati-hati dengan projek-projek sebegini kerana Politik Kampus Um yang tengah hangat ketika itu.

Saya memang benci kalau aktiviti atau idea saya digagalkan atas nama politik. Memang cukup benci. Kerana saya bukan orang politik. Saya menjadi mangsa politik mereka.Jika mereka nak main politik,boleh pergi main jauh-jauh,nak buat apa melibatkan saya?

Saya telah disyaki ejen PMIUM (persatuan mahasiswa universiti malaya) yang memimpin parti Gagasan di Universiti Malaya.Hanya kerana risalah saya itu islamik,maka secara pantas saya dituduh ejen Gagasan. Padahal kalau ikutkan logik,untuk apa saya berpolitik bagi parti Gagasan padahal saya belajar di Universiti Malaya untuk setahun saja lagi ketika itu. Saya cuma menumpang UM untuk buat persediaan ke Jepun. Saya bakal mahasiswa universiti di Jepun bukan malaya.

waah.menarik. jadi,adakah risalah 4 edisi anda itu ditolak?

MFR: hampir ditolak atas alasan politik kampus. Namun saya panjangkan permohonan saya kepada bekas timbalan pengarah untuk menyokong saya bagi memohon sekali lagi kepada timbalan pengarah untuk meluluskan risalah itu.

Akhirnya sampel risalah saya diserah kepada pengarah pusat asasi sendiri,kerana timbalan pengarah tidak berani untuk meluluskannya,kerana takut menyokong parti Gagasan.

Pengarah pusat asasi sains meluluskan risalah saya malah memuji kesungguhan saya menjalankan dakwah. Lihatlah,sebenarnya jika masih ada ruang berjuang melalui prosedur yang ada,tidak semestinya perjuangan kita akan gagal. Selagi ada ruang,selagi itu kita manfaatkan.Ketika saya berhempas pulas berjuang untuk memohon kelulusan risalah itu, pelajar lain tak tahu menahu pasalnya,kemudian bila telah diterbitkan,mereka hanya memandang remeh risalah itu,dan lebih suka baca majalah Kreko.

Haha.ok-ok. teruskan.

MFR: Dan tidak lengkap andainya saya tidak bercerita projek Majlis Ukhuwah RPKJ yang saya menaip sendiri kertas kerjanya.Saya dah buat posternya. Akhirnya gagal kerana alasan yang sama,"politik kampus".

Boleh saudara cerita sedikit perihal projek itu?

MFR: melihat projek ini gagal memang memilukan hati saya. Saya dan ketua biro berhempas pulas,naik tangga turun tangga untuk mendapatkan kelulusan projek itu.

Akhirnya,saya berdialog panjang dengan timbalan pengarah dalam dialog pertama,sehingga dialog itu bertukar perdebatan saya dengan dia,soal bagaimana untuk menanamkan jiwa islam di kalangan pelajar RPKJ.

Projek itu,saya anggap penting untuk merevolusikan suasana RPKJ yang selama ini dikuasai golongan remaja lalai. Majlis Ukhuwah itu saya rangka bersama-sama ketua biro,bagi menggantikan Malam Kebudayaan RPKJ yang saya rasa tidak mendatangkan banyak manfaat.

Antara misi Majlis Ukhuwah ialah menanamkan semangat dan jatidiri sebenar seorang muslim sebagai bekal kepada pelajar tahun satu RPKJ yang baru masuk program itu. Ini dapat menyumbang kepada membetulkan niat dalam usaha belajar ke Jepun.

Jepun adalah negara orang kafir. Masjid bukan ada di merata-rata tempat,dan penduduk islam di Jepun bukannya ramai. Jepun juga menawarkan budaya bebas tanpa batasan dan memang kita tahu budaya dan nilai orang Jepun tidak sama dengan orang Islam. Di kedai-kedai kombini 24 jam,majalah porno dijual secara terang-terangan. Budak-budak sekolah bebas membuka dan membaca majalah di kombini. Majlis Ukhuwah itu dirangka untuk berikan matlamat jelas kepada pelajar RPKJ yang akan ke Jepun untuk memasang niat mengutip nilai-nilai baik orang Jepun sahaja,dan tidak terpengaruh dengan budaya orang jepun.Saya tak nafikan orang Jepun banyak nilai yang baik yang wajar diteladani,yang sebenarnya telah pun ditonjolkan oleh Rasulullah dan para sahabat terlebih dahulu.

Majlis itu gagal.Perdebatan saya menjadi buah mulut pensyarah sehingga seorang pensyrah ambang asuhan jepun yang tak ada kaitan dengan biro kerohanian telah campur tangan dalam hal itu. Kemudiannya saya,ketua biro dan seorang wakil muslimah biro telah menemui kali kedua timbalan pengarah untuk permohonan kali kedua.

kertas kerja saya ditolak dan saya telah menjelaskan isi kandungan kertas kerja itu secara terperinci,namun semua usaha itu ditolak dengan satu alasan utama,"politik kampus".

mengalir air mata saya pada waktu itu. saya menangis di hadapan timbalan pengarah disaksikan oleh ketua biro dan wakil muslimah sendiri. Islam dan dakwah rasulullah dipolitikkan, perjuangan ulama ahlus sunnah wal jamaah dipandang sepi, saya selaku generasi muda yang cuba bangkit berjuang,akhirnya ditolak dan dipandang rendah. Saya sedih kerana usaha dakwah dianggap satu usaha milik saya,dan bukan milik bersama. Majlis ukhuwah itu bukan berasaskan idea saya,matlamatnya bukan datang dari saya,tapi itulah hasrat umat islam sendiri yang mahu generasi muda diasuh dan dididik supaya berjuang di jalan ahlus sunnah wal jamaah.Walaubagaimanapun timbalan pengarah berjanji akan memantau malam kebudayaan tahun berikutnya dan menjadikan kertas kerja saya asas kepada malam kebudayaan yang lebih teratur dan berdisiplin.

Saya tak menyalahkan timbalan pengarah semata-mata. Ada juga perasaan geram dengan mahasiswa politik kampus yang ada di universiti malaya.Mereka berpolitik macam nak dapat sebuah negara. Padahal politik kampus hanya untuk melantik perwakilan mahasiswa untuk satu sesi sahaja iaitu 1 tahun! Saya benar-benar berharap politik kampus berubah. Saya tak mahu ada lagi program dakwah dan islam yang mendapat nasib yang sama dengan apa yang jadi pada projek PMIUM dan projek Majlis Ukhuwah biro dahulu.

saya ada karangkan hasrat hati saya untuk melihat politik kampus di universiti-universiti awam malaysia berubah dalam suasana intektual setaraf dengan diri mahasiswa dalam cerpen saya pada tahun ini. Tajuknya "si botak dan seekor kucing". boleh baca di sini

------------------------

bujang lapuk


0 komentar: